Sunday, May 2, 2010

Gadai tanah pusaka bayar hutang ibu tiri

CARDIFF - Seorang peladang di Wales, Britain kehilangan estet pusaka seluas 100 hektar warisan keluarga sejak tiga generasi untuk membayar tuntutan hutang oleh ibu tirinya, Lidiya Shulga dari Ukraine yang suka berbelanja mewah.

Christopher Morgan, 34, berkata, wanita itu ialah isteri kedua mendiang bapanya, Keith Morgan, 58, yang diceraikan selepas enam tahun berkahwin kerana tidak tahan dengan sikapnya gemar membuat tuntutan.

"Kami bersusah-payah memajukan ladang ini bermula daripada kosong sehingga pernah muncul antara terbaik di Britain tetapi dia (Shulga) hanya tahu meminta itu dan ini," katanya.

Christopher semalam diarah oleh sebuah mahkamah di sini untuk membayar tuntutan Shulga yang berjaya mendapat harta berjumlah £115,000 (RM562,000). - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Parti lesbian berleluasa


GOLONGAN lesbian menganjurkan parti liar di sebuah premis hiburan di Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur kelmarin


KUALA LUMPUR - Menari sambil menjilat tubuh pasangan masing-masing!

Itu antara aksi panas pengunjung sebuah pusat hiburan yang majoritinya golongan lesbian dan pengkid di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi.

Selepas mendapat maklumat, wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pengunjung di pusat hiburan itu mendapati aksi itu sebahagian daripada pakej parti liar yang diadakan khas buat pengunjung kelab tersebut pada malam minggu.

Bermula kira-kira pukul 9 malam, kelibat lebih 100 orang yang rata-ratanya terdiri golongan songsang tersebut dapat dilihat membanjiri premis berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Ditahan minum arak

Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/04/25

PUTRAJAYA: “Biasa la bang, kami semua memang minum nak dapat tenaga bila buat persembahan,” kata seorang anggota kumpulan muzik beragama Islam yang ditahan selepas didapati minum arak di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya, dekat sini, malam kelmarin.

Kegiatan kumpulan anak Melayu yang baru sebulan beraksi di pusat hiburan terkenal itu dikesan beberapa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyelinap masuk ke premis berkenaan sebelum serbuan.


Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Jais, Shahrom Maarop, berkata mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun selepas didapati minum minuman keras.


Beliau berkata, yang mengejutkan, kumpulan dianggotai seorang penyanyi wanita itu selamba mengaku meneguk minuman haram itu.


“Mereka mengakui minum arak dan tidak menolak kemungkinan ada barang terlarang diisi dalam air haram itu,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ditahanminumarak/myMA/myArticle/

Pelajar elak dicekup Jais temu ajal

2010/04/25

GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.


Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.


“Penguat kuasa Jais mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar bunyi objek terjatuh dari dalam kediaman itu. Tidak lama kemudian pintu dibuka oleh seorang perempuan Melayu dalam keadaan cemas dan mencurigakan,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap yang terbuka.

“Namun, penguat kuasa Jais terkejut apabila mendapati seorang lelaki terjatuh ke bawah pangsapuri dalam keadaan tubuhnya terperosok di dalam longkang.


“Lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri dengan meniti bahagian tembok luar tingkap pangsapuri terbabit, namun terjatuh dari tingkat lima,”
katanya ketika dihubungi, semalam.


Pihak Jais kemudian menghubungi ambulans sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mati akibat cedera parah pada kepala dan organ dalaman.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum pihak Jais membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


“Hasil siasatan awal, polis mendapati mangsa adalah pelajar kolej swasta. Keterangan teman wanitanya berhubung kejadian itu akan diambil,”
katanya.


Rosly berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut tanpa membabitkan sebarang unsur jenayah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarelakdicekupJaistemuajal/myMA/myArticle/

Budak mangsa culik

2010/05/02

GOMBAK: Hati ibu mana tidak resah apabila anak lelakinya yang berusia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa culik lelaki menaiki lori sebelum gagal dikesan sejak 14 hari lalu.

Bapa mangsa, Ibrahim Muhamad, 45, berkata kehilangan anaknya hanya disedari selepas mangsa tidak pulang ke rumah pada 17 April lalu.


Menurutnya, Mazlan atau panggilan manjanya Awe sebelum ini memintanya supaya dia dihantar ke sebuah pusat beli-belah kira-kira 700 meter dari rumahnya.


“Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, saya akur dengan permintaan Mazlan yang mendakwa ingin bertemu rakannya di pusat beli-belah itu tanpa mengesyaki sebarang kejadian buruk bakal berlaku.


“Mazlan yang ketika itu memakai seluar jeans dan kemeja-T merah kemudian ditinggalkan di kawasan berhampiran pusat beli-belah berkenaan sebelum saya beredar pergi untuk meneruskan urusan perniagaan,”
katanya.

Dia dan isteri, Darisah Ramli, 43, mula tidak sedap hati apabila Mazlan tidak pulang ke rumah sehingga jam 9 malam.


“Saya ada menghubungi telefon bimbitnya dan panggilan itu dijawab Mazlan sekitar jam 10 malam. Ketika ditanya di mana dia berada, Mazlan memberitahu berada bersama rakannya dan berjanji untuk pulang ke rumah tidak lama lagi.


“Namun, penantian itu makin meresahkan apabila Mazlan terus tidak pulang ke rumah sehingga keesokan harinya. Malah, telefon bimbitnya terus gagal dihubungi sehingga kini,”
katanya.


Dia dan rakan berusaha menjejaki Mazlan di sekitar kawasan pusat beli-belah terbabit, termasuk di rumah rakan baiknya. Bagaimanapun, jejaknya seolah-olah hilang begitu saja.


“Yang saya tahu Mazlan tidak membawa sebarang dokumen, termasuk Mykad, selain wang RM5 yang diberikan saya sebelum itu.


“Susulan kejadian itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis Selayang pada 22 April lalu,”
katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya semalam.


Selepas puas mencari, seorang jiran berhampiran mendakwa ada melihat kelibat Mazlan menaiki sebuah lori satu tan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa tujuan Mazlan menaiki lori itu selain rupa pemandu lori berkenaan. Apa yang kami khuatir jika Mazlan dilarikan individu tertentu yang berniat jahat,” katanya.


Ibrahim berkata, dia sudah puas berusaha, termasuk melakukan solat hajat bersama penduduk setempat, namun usaha berkenaan belum menampakkan hasil.


“Paling saya sedih apabila isteri saya tidak dapat melelapkan mata dan menangis apabila mengenangkan Mazlan.


“Kami terlalu rindukan Mazlan, malah adiknya, Mohd Alif, 4, dan kakaknya Mastura, 17, turut sering menyebut namanya,”
katanya sayu.


Dia meminta orang ramai yang melihat anak lelakinya supaya segera menghubungi balai polis atau menghubungi telefonnya di talian 012-6659341.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi berkata, siasatan terperinci dilakukan berhubung punca kes itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakmangsaculik/myMA/myArticle/

Serbu sindiket jual bayi

2010/05/02

GEORGETOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket menjual bayi ketika mengadakan serbuan di kawasan rumah setinggan di Sungai Nibong Kecil, Bayan Baru, Khamis lalu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, berkata mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ada antaranya memiliki pasport tamat tempoh.


“Namun, keadaan mencurigakan apabila wanita warga Indonesia yang sarat mengandung cuba bersembunyi dalam almari bagi mengelak ditahan dan selepas disiasat, wanita itu mengakui anak yang bakal dilahirkannya akan dijual kepada rakyat tempatan,” katanya.


Beliau berkata, wanita berkenaan yang mengandung anak luar nikah dan ditinggalkan kekasihnya mengambil jalan mudah untuk menjual anak yang bakal lahir kepada rakyat tempatan daripada menjaganya sendiri.


Selain itu, katanya, pihaknya juga mendapati ada beberapa bayi yang baru dilahirkan di setinggan itu dan dipercayai akan dijual kepada rakyat tempatan.

Katanya, pihaknya berjaya menghidu kejadian itu tetapi masih dalam proses mengesan dalang sindiket terbabit.


“Kami akan menghantar wanita berkenaan pulang ke negara asalnya bagi mengelak terbabit dalam sindiket penjualan bayi di negeri ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Serbusindiketjualbayi/myMA/myArticle/

Pesta jilat, lekat

Oleh NAZARALI SAERIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
2010/05/02

KUALA LUMPUR: Jilat dan lekat. Itulah permainan yang disediakan penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.

Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial facebook di Internet.


Pesta terbabit bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi.


Bagaimanapun, usaha wartawan untuk merakam gambar aksi lucah golongan pengkid dan lesbian terbabit sukar kerana penganjur mengambil langkah berhati-hati dengan mengarahkan lampu disuramkan hingga hampir gelap.


Apabila masa ditetapkan tamat, satu pasangan diisytiharkan pemenang dan selepas itu semua pengunjung mula berpesta kembali dengan pasangan masing-masing.

Sebelum permainan berlangsung, banyak juga adegan menjijikkan dapat disaksikan di dalam pusat hiburan terbabit membabitkan pengkid serta pasangan mereka.


Ada yang mengambil kesempatan untuk bercumbu, malah mengusap mana-mana bahagian tubuh pasangan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dalam masa sama orang sekeliling juga seolah-olah tidak kisah, malah ada yang bertukar-tukar pasangan.


Jika dilihat daripada segi umur, sebahagian besar pengunjung berusia belasan hingga 20-an. Pengkid berpakaian lengkap dan penuh aksesori manakala pasangan masing-masing pula berpakaian seksi.


Sementara itu, mengulas penganjuran pesta songsang terbabit, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata berdasarkan sudut psikologi, golongan seperti itu mempunyai jumlah I/D besar untuk mencari keseronokan.


“I/D adalah elemen untuk mencari keseronokan. Setiap individu mempunyai I/D ‘Ego’ dan ‘Super Ego’. Oleh itu, apabila jumlah I/D terlalu banyak, ia berubah menjadi perkara negatif.


“Dalam konteks ini, seperti yang dilakukan golongan terbabit, mereka mencari I/D bagi memuaskan nafsu secara songsang dan sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga simptom songsang dalam diri wanita berkenaan hingga mereka terbabit dalam gejala terbabit,”
katanya.


Sapora mengatakan, bukan mudah untuk memperbetulkan kembali keadaan jika golongan terbabit terlalu lama terdedah dengan kegiatan itu.

“Yang perlu dilakukan ialah menguatkan asas kerohanian serta agama. Ia penting supaya mereka tidak terus terlanjur di dalam dunia songsang terbabit,” katanya.

Tak takut buang kemaluan

Oleh ADAM SALLEH, NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my
2010/05/02

KUALA LUMPUR: Alat sulitnya bernilai RM15,000, 16 batang giginya RM10,000, punggungnya RM12,000, manakala payu daranya pula RM5,000. Jika termasuk hidung, dagu dan kos menambahkan lagi kewanitaan dan kejelitaan, keseluruhannya lebih RM100,000.

Mahu dikenali sebagai Lisa Aziz, 30, dia mendakwa puas dan gembira dengan apa dimilikinya hari ini selepas menggantikan alat sulitnya menerusi pembedahan menukar jantina di Bangkok, Thailand, 10 tahun lalu.


Walaupun sedar perbuatannya menyalahi hukum agama, dia rela melakukannya kerana tidak sanggup menjadi lelaki.


“Saya dilahirkan sebagai lelaki tetapi sejak zaman kanak-kanak, naluri saya lebih kepada wanita. Saya tidak mampu membendung naluri itu dan sentiasa berusaha menjadi wanita.


“Saya bercampur dengan golongan yang sealiran dan mula belajar banyak perkara untuk mengubah diri menjadi wanita. Pada usia 13 tahun, saya memulakan langkah pertama dengan mengambil pil hormon,”
katanya.

Sejak itu dia menyimpan impian merubah sepenuhnya diri menjadi wanita dengan melakukan pembedahan sedikit demi sedikit; bermula daripada mencantikkan gigi, mewujudkan payu dara, memancungkan hidung, meruncingkan dagu hinggalah kepada memantapkan punggung.


Lisa berkata, semua pembedahan dilakukan di Bangkok untuk mendapatkan hasil terbaik selain harga lebih murah berbanding di negara ini.


“Gigi, payudara, hidung dan dagu, saya lakukan pembedahan sekali saja. Untuk punggung, saya melakukannya (pembedahan) dua kali. Sekali bedah punggung, saya berhabis RM6,000.


“Kalau awak nak tahu, untuk payudara, saya tidak memasukkan silikon, sebaliknya sejenis cecair dengan kos RM5,000. Namun, selagi tidak menukar jantina, saya tetap tidak puas hati, malah tertekan, terutama ketika melihat alat sulit lelaki masih terlekat di anggota badan,”
katanya.


Menurut Lisa, pada 2000, selepas cukup modal dan menemui hospital terbaik untuk melakukan pembedahan menukar jantina, dia berangkat ke Bangkok untuk berubah menjadi wanita.


“Tiada perasaan takut kerana memang itu (menukar jantina) yang saya mahu. Ketika itu saya yakin hospital yang saya pilih adalah yang terbaik kerana sebelumnya saya berhubung dengan doktor pakar yang melakukan pembedahan berkenaan selama empat bulan,” katanya sambil mendakwa alat sulitnya berfungsi seperti wanita lain, cuma berbeza dia tidak boleh mengandung.


Dakwanya, selepas menukar jantina dan berubah sepenuhnya menjadi wanita, ramai lelaki menagih cinta daripadanya, termasuk suami orang.

Lisa mendakwa alat sulitnya berfungsi seperti wanita lain, cuma yang berbeza dia tidak boleh mengandung.


“Saya merasai rangsangan pada alat sulit saya. Saya beroleh nikmat ketika melakukan seks dengan lelaki. Tapi, prinsip saya tidak akan mengganggu suami orang, masalahnya ramai golongan itu datang kepada saya, tetapi saya tidak layan.


“Lelaki bujang jangan cakaplah. Ada yang datang menangis, malah melutut pun ada semata-mata mahu menagih cinta daripada saya,”
katanya.


Baginya, dia hanya melakukan apa yang dirasakan terbaik untuk dirinya.


Dia tidak pedulikan pandangan negatif masyarakat dan gembira dengan apa dilakukannya serta belum terfikir untuk berubah.


“Saya tidak kacau orang. Saya hanya melakukan sesuatu yang menggembirakan diri saya. Apa yang saya lakukan adalah hak peribadi saya,” katanya.


Ditanya bagaimana jika dijemput Ilahi kelak? Lisa mendakwa keluarganya tahu apa yang dilakukannya.


“Saya berpesan kepada keluarga, apabila ajal tiba, kebumikan saya dalam keadaan asal (lelaki). Saya sedar ada kes ‘wanita’ seperti saya dikebumikan sebagai wanita selepas tiada siapa tampil membuat pengesahan.


“Kes seperti itu hanya berlaku kepada mereka yang hidup bersendirian. Saya ada keluarga dan mereka tahu siapa saya,”
katanya.


Walaupun mengakui keluarga menerimanya, dia tetap menerima tentangan pada awalnya.


Keluarga memahami saya kerana saya bukan ‘suka-suka’ mahu menjadi wanita. Memang keluarga, terutama ibu, merelakan saya menjadi wanita tetapi tidaklah sampai tahap menukar jantina.


“Namun, saya tetap melakukannya (menukar jantina). Apabila saya beritahu keluarga, mereka terkejut, namun lama kelamaan saya diterima seadanya,” katanya.


>Megah dilahirkan tanpa ‘asam boi’


KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki yang menukar jantina sama dengan Lisa Aziz menyifatkan dirinya bertuah kerana dilahirkan tanpa ‘asam boi’.


Apabila ditanya apa dimaksudkan ‘asam boi’, sambil ketawa kecil dia yang mahu dikenali sebagai Juliana berkata, istilah itu merujuk kepada halkum.


Menurutnya, bagi golongan mak nyah, ketiadaan halkum adalah sesuatu yang istimewa kerana membuatkan mereka lebih sempurna dan proses mengubah suai identiti daripada lelaki ke wanita menjadi lebih mudah dan murah.


“Kalau ada asam boi, nak buang secara kikis perlukan belanja besar. Ramai juga rakan segolongan saya buang asam boi di Bangkok, tetapi saya dikira beruntung kerana sejak kecil tidak nampak asam boi.


“Lalu tidak hairan jika kali pertama bertemu lelaki, mereka sangka saya wanita asli. Tanpa asam boi, rakan segolongan meletak saya pada prestij tersendiri. Mereka menggelarkan saya NB, singkatan kepada natural beauty,”
kata Juliana yang mendakwa sudah berkahwin.


Bukan itu saja, kata Juliana, dia tidak perlu memakan hormon untuk membesarkan payudara, kecuali menjalani pembedahan di Bangkok bagi menukar jantina.


“Kos pembedahan saya dulu lebih RM10,000. Saya tidak masuk ICU (Unit Rawatan Rapi) dan selepas enam hari pembedahan, baru saya dibenarkan pulang.


“Prosedur sama, saya serahkan bahagian ‘anu’ yang dipotong kepada rakan untuk diuruskan,”
katanya.


Juliana yang lima tahun lebih tua dari Lisa berkata, kehidupannya lebih terisi sejak berkahwin lebih 10 tahun dengan seorang lelaki yang dikata ahli perniagaan.


Ketika ditanya siapa lelaki itu, Juliana tidak mahu memberitahu, namun sempat bergurau senda dengan wartawan apabila menunjukkan gambar lelaki itu pada telefon bimbitnya tetapi mengelak bila mahu melihat secara dekat.


Menurut Juliana, suaminya romantis, penyayang dan memahami nalurinya. Kebahagiaan dinikmati itu membuatkan rumah tangga mereka bertahan 10 tahun. Namun dia enggan menjawab bila ditanya bagaimana cara pernikahan mereka? “Yang saya tahu, suami saya duda dan ada dua anak. Kedua-dua anaknya memanggil saya mama,” katanya.


Sekalipun lebih 15 tahun menjalani kehidupan sebagai wanita dan isteri, Juliana sedar asal usul kejadiannya.


“Saya sudah jelaskan pada keluarga dan rakan terdekat, andai tiba ajal saya, kenalah jenazah disempurnakan secara lelaki. Saya ada cita-cita, satu hari untuk jejak ke Tanah Suci bersama suami, paling tidak sekali seumur hidup,” katanya.


Sementara itu, jurumekap artis, Sutex, berkata bukan sekali dua dia mendengar masalah bila tiba urusan jenazah mak nyah, sama ada solatnya niat atas nama lelaki atau wanita.


“Masalah ini sepatutnya diselesaikan oleh pihak agama kita sejak dulu. Yang saya tahu, di Iran ulama dan mufti mereka turut campur tangan dalam isu begini, malah ada yang diberi lampu hijau untuk berkahwin,” katanya.


Sutex, antara pencetus idea filem Anu Dalam Botol, berkata melalui filem arahan Khir Rahman itu, ia mengajak masyarakat supaya tidak memandang serong dan pada waktu sama menyedari ramai mak nyah memotong ‘anunya’.


> Pintu taubat terbuka


KUALA LUMPUR: “Bertaubat dan berserah kepada Allah SWT. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang,” kata Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid ketika mengulas pendedahan dibuat Lisa dan Juliana.


Menurut Mohd Tamyes, walaupun gembira dengan apa dilakukan, hakikatnya dua ‘wanita’ itu tetap lelaki.


“Walau macam mana hebat perubahan mereka, mereka tetap lelaki. Mereka tidak ada rahim, malah rongga dalaman mereka tetap lelaki. Pintu taubat masih terbuka. Jika tidak sempat berbuat demikian... Nauzubillah,” katanya.


Mohd Tamyes turut membidas Lisa dan Juliana kerana melakukan perbuatan yang jelas diketahui haram di sisi Islam.


“Mereka tahu perbuatan dilakukan haram, malah ada fatwa mengenai pembedahan penukaran jantina haram bagi umat Islam. Inilah masalah umat Islam kita hari ini. Daripada segi hukum Islam memang jelas salah, tetapi mereka buat juga.


“Nak hukum ikut undang-undang, ia sukar dilaksanakan. (Akibatnya) golongan terbabit semakin bertambah, samalah seperti golongan gay,”
katanya.


Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam sejak 1982 memutuskan, pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram daripada segi syarak.


Keputusan majlis itu yang bersidang kali keempat pada 13 dan 14 April 1982 juga membuat ketetapan bahawa seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya ditukarkan jantina melalui pembedahan, begitu juga bagi wanita.


Namun bagi yang dilahirkan dengan dua alat kelamin lelaki dan perempuan, pembedahan diharuskan ke atas mereka bagi mengekalkan satu alat jantina yang disahkan lebih berfungsi bagi mereka.


Sementara itu, seorang pakar sakit puan yang enggan dikenali berkata, nikmat ketika mengadakan hubungan seks bagi lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina tidak menyamai apa dirasakan wanita sejati kerana faraj dan pangkal rahim wanita sangat sensitif pada sentuhan.


Alat sulit baru bagi mereka yang menjalani pembedahan penukaran jantina dibuat daripada kulit, justeru sensitivitinya kurang. Mereka rasa nikmat kerana ada ‘saluran’ khusus untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki.


“Walaupun membelanjakan banyak wang, perbezaan fisiologi hanya pada ‘rupa’ alat kelamin itu — daripada penis (zakar) kepada faraj buatan kerana organ lain berkaitan alat kelamin masih dikekalkan,”
katanya.


Menurutnya, risiko pembedahan penukaran jantina bergantung kepada kepakaran doktor yang melakukannya.


“Biasanya jika doktor pakar, peralatan mencukupi, ubat digunakan sesuai, tiada masalah selepas pembedahan. Masalah yang timbul mungkin daripada psikologi individu yang dibedah.


“Sebab itu sebelum pembedahan dibuat, golongan terbabit perlu berjumpa pakar psikologi dan melalui proses tertentu sebelum bersetuju dibedah,”
katanya.


Secara peribadi, beliau tidak menggalakkan lelaki melakukan pembedahan penukaran jantina.


“Risiko seperti penyakit boleh diubati, tetapi jika berdepan masalah daripada segi psikologi, ia sukar dihadapi,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taktakutbuangkemaluan/myMA/myArticle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...