May 19, 09 3:13pm |
MCA tidak memberi kebenaran atau restu kepada timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk mengadakan perbincangan dengan naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengenai krisis politik di Perak, kata presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Pucuk pimpinan parti hanya diberitahu mengenai perbincangan itu oleh Chua semalam, katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu yang tersiar dalam blog Chua semalam. Selain isu Perak, Chua yang disertai anaknya yang merupakan ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, telah membincangkan isu-isu politik secara am dan mereka bersetuju bahawa kini terdapat amalan politiking yang keterlaluan di negara ini, lapor Bernama. Sementara itu, di Petaling Jaya, wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri melaporkan bahawa Chua memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau bertemu Husam atas kapasiti peribadi. Dalam pertemuan tersebut, katanya, beliau memberitahu Husam bahawa selaras dengan amalan demokrasi, apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, maka beliau (Nizar) seharunya memanggil sidang DUN tergempar. "Kalau dapat sokongan majoriti, kita ucaphkan tahniah kepadanya," tegas Chua. Bagaimanapun, katanya, jika Nizar gagal mendapat sokongan majoriti DUN, maka beliau (Nizar) perlu memilih satu daripada dua pilihah: Pertama, menghadap Sultan Perak dan nyatakan bahawa beliau (Nizar) tidak mendapat sokongan majoriti, dan menyerahkan kuasa kepada pihak yang mendapat sokongan majoriti di DUN Perak; atau Kedua, jika Nizar tidak mahu berbuat demikian, maka beliau harus menyatakan kepada baginda bahawa beliau tidak mendapat sokongan majoriti dan menasihatkan baginda supaya membubarkan DUN. Dalam pertemuan itu juga, Chua berkata, Husam memberi gambaran seolah-olah BN telah merampas kuasa dahulu di Perak. Bagaimanapun, katanya, beliau memberitahu husam bahawa tanggapan tersebut adalah tidak adil. Sementara itu, katanya, kedua-dua pihak telah diharuskan oleh perdana menteri untuk duduk semeja berbincang dan mencari jalan untuk menyelesaikan krisis politik itu demi kepentingan rakyat. http://www1.malaysiakini.com/news/104623 |
Tuesday, May 19, 2009
MCA tak restu pertemuan Chua-Husam
Chua-Husam bincang 'isu sensitif'
May 18, 09 7:13pm |
Pertemuan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, asalnya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Perak. Bagaimanapun kenyataan bekas menteri kesihatan itu boleh menimbulkan spekulasi baru apabila menyatakan terdapat "isu-isu sensitif" yang mereka bincangkan dan "tidak boleh dilaporkan." Bekas ahli parlimen Labis itu menjelaskan, mereka berdua juga membincangkan isu-isu politik negara, selain krisis rampasan kuasa BN di negeri tersebut. Dalam pertemuan tersebut, pihak MCA turut diwakili oleh anaknya dan ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong dan juga ahli jawatankuasa pusat parti itu Loh Seng Kok. Dr Chua menjadi perhatian nasional akhir-akhir ini apabila muncul spekulasi beliau akan melompat kepada Pakatan Rakyat selepas didakwa telah dipinggirkan dalam partinya sendiri. Selepas pertemuan mereka hari ini, Husam gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut. Dalam kenyataannya, Dr Chua juga berkata orang ramai kini muak dengan permainan politik berlebihan antara BN dan Pakatan Rakyat, selain krisis berlarutan di Perak sejak Februari lalu. Pertemuan dua pemimpin itu diusahakan oleh Husam dalam rangka PAS mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin BN. Sabtu lalu, beliau mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertemuan PAS-MCA itu, Dr Chua berkata beliau menyatakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, jika disahkan sebagai menteri besar Perak, wajar mengadakan sidang tergempar DUN bagi menguji sokongan yang diperolehinya. Tambahnya, jika gagal mendapat sokongan, beliau wajar meletakkan jawatan dan membenarkan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengambil alih kerajaan. Atau, tambah Dr Chua, Mohammad Nizar membubarkan DUN dengan keizinan Sultan Perak. "Bagaimanapun, saya juga menjelaskan bahawa sama ada Pakatan Rakyat atau BN berjaya, mereka tidak akan boleh membentuk kerajaan yang stabil," katanya lagi. "Kami setuju bahawa terlalu banyak permainan politik buat masa sekarang. Rakyat sudah meluat pada ahli-ahli politik." http://www1.malaysiakini.com/news/104582 |
BN lantik Chua ketua penyelaras rampas negeri Pakatan
Jimadie Shah Othman | May 18, 09 7:23pm |
Dewan Tertinggi BN hari ini melantik Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat. Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan 'untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN. Najib juga mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai setiausaha agung BN. Beliau memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tersebut di ibunegara hari ini, yang memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti 31 Mei depan. Mesyuarat hari ini juga memutuskan pelantikan pengerusi BN di peringkat negeri-negeri. Kecuali Pulau Pinang, kesemua pengerusi Umno negeri dilantik sebagai pengerusi BN negeri. Manakala di Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan, jawatan tersebut disandang oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga kekal menyandang jawatan pengerusi BN negeri tersebut. Najib juga mengumumkan penubuhan Puteri BN dan setiap parti komponen akan mengambil tindakan susulan untuk menjayakannya. Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau pernah dua kali mencadangkan Chua dilantik memegang jawatan tersebut. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa pelantikan itu bertujuan untuk meredakan rasa tidak puashati Chua yang dilihat dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti. Sebaliknya, Ong menyifatkan tanggapan bahawa Chua dipinggirkan sebagai satu spekulasi semata-mata. Reaksi Kayveas Sementara itu, Pengerusi PPP, Datuk M Kayveas ketika ditemui selepas mesyuarat berkata, T Murugiah bukan lagi ahli parti itu selepas dipecat hujung minggu lalu. "Sebelum rayuannya diterima, beliau bukanlah ahli parti (PPP)," katanya. Oleh itu, Kayveas berkata, timbalan menteri tidak layak membuat sebarang kenyataan berhubung parti berkenaan. Mengenai rancangan Murugiah untuk mengumpul tandatangan bantahan terhadap pemecatannya dan enam orang lagi, Kayveas menyifatkannya sebagai satu 'politik murahan'. "Saya pun boleh kumpul tandatangan seperti itu. Tetapi saya tak mahu buat," katanya. http://www1.malaysiakini.com/news/104583 |
Amaran Hindraf: Batalkan arahan atau 'perang'
Athi Veeranggan | May 18, 09 6:32pm |
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy memberi kata dua kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tarik balik arahan terhadap abangnya yang juga pemimpin Hindraf, P Uthayakumar untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau bersiap sedia untuk berdepan sekali lagi dengan protes jalanan di seluruh negara. Waythamoorthy yang tinggal di London berkata arahan ke atas Uthayakumar selepas beliau dibebaskan tanpa syarat dari Kem Tahanan Kamunting, adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya segera menarik balik arahan tersebut, dan jika tidak, pergerakan itu akan mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan Najib. Menurutnya, tindakan lembaga penasihat ISA itu melampaui Perlembagaan Persekutuan dan "satu ugutan untuk menahan semula Uthayakumar". Waythamoorthy kini sedang menziarahi tempat-tempat suci di India sebagai memenui niatnya ekoran pembebasan abangnya daripada tahanan di bawah ISA. http://www1.malaysiakini.com/news/104577 |
H1N1: Penutup muka, herba naik harga
May 18, 09 1:57pm |
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengawal harga penutup muka dan juga herba Cina yang naik mendadak susulan kebimbangan wabak influenza A (H1N1). Timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe kedua-dua barangan itu penting untuk menghadapi wabak selesema tersebut dan menggesa peniaga agar tidak mengambil kesempatan. "Kementerian akan memantau harga penutup muka, dan herba Cina kerana barangan itu penting dan sering digunakan orang ramai bagi mendepani wabak H1N1," katanya dalam satu kenyataan. Tan, juga naib presiden Gerakan, berkata kenaikan dua produk tersebut akan menyusahkan pengguna. "JIka pengeluar herba Cina atau penutup muka dari luar negara ingin menaikkan harga, pengedar tempatan atau pengimport haruslah mencari dari pembekal-pembekal lain," katanya lagi. http://www1.malaysiakini.com/news/104538 |
‘Tak sangka dia kejam’
am@hmetro.com.my
KULIM: “Saya tidak sangka dia sanggup melakukan tindakan kejam terhadap adik saya kerana saya mengenali lelaki itu kerana pernah berjumpa dengannya beberapa kali ketika dia menemui adik saya di rumah,” kata Muhammad Fairus Ishak, 25.
Dia abang Nurbahirah, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, yang maut akibat ditikam bertubi-tubi dipercayai bekas kekasihnya di rumahnya di Taman Perak, di sini kelmarin.
Menurutnya, walaupun dia mengenali suspek, namun mereka tidak begitu mesra kerana jarang berbual cuma sesekali bertemu ketika dia datang menemui adiknya di rumah.
Katanya, daripada segi fizikal, dia nampak lelaki mempunyai peribadi baik kerana berkawan dengan adiknya sejak begitu lama.
Bagaimanapun, dia pernah menasihati adiknya berhati-hati ketika menjalin hubungan dengan lelaki terbabit kerana berasa tidak sedap hati terutama selepas mengetahui status lelaki berkenaan.
“Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana pada Khamis lalu adik saya baru saja menghadiri temu duga sebagai Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di Alor Star.
“Dia harapan kami sekeluarga kerana mempunyai pendidikan lebih tinggi.
“Lebih menyedihkan adik saya itu seorang yang periang dan mudah mesra dengan orang serta adik beradik yang lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Muhammad Fairus berkata, adiknya itu tidak pernah menceritakan masalahnya kepadanya atau pun ibu tiri mereka kerana mungkin dia tidak mahu menyusahkan orang lain.
Muhammad Fairus berkata, keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap kejadian berkenaan sebagai takdir yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
Jenazah arwah Nurbahirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelang Lama, di sini kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata keadaan suspek semakin pulih tetapi masih lagi dirawat di Hospital Kulim (HK).
Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam sehingga 24 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Harian Metro semalam melaporkan kes seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus selepas mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090519071252/Article/index_html
4 jam tunggu ambulans
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang ibu kecewa apabila anak perempuannya yang demam panas tidak diberikan sebarang rawatan awal biar pun dikenakan tindakan kuarantin kerana disyaki menghidap penyakit Influenza A (H1N1) sebaik tiba di Lapangan Terbang LCCT, Sepang dari United Kingdom, Rabu lalu.
Lebih menyedihkan apabila ibu itu mendakwa dia terpaksa menyaksikan pegawai perubatan yang ditugaskan di LCCT tidak memberikan rawatan kepada anaknya yang menghidap demam panas sebaliknya mereka berehat tanpa mempedulikan keadaan anaknya itu.
Ibu terbabit turut mendakwa terpaksa menunggu selama lebih empat jam di lapangan terbang berkenaan sementara menunggu ambulans yang akan membawa mereka ke Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini untuk rawatan.
Mangsa, Nor Syahirah Omar, 30-an, berkata dia yang baru tiba di lapangan terbang berkenaan kira-kira jam 4.20 pagi terus ditahan petugas kesihatan kerana mengesyaki anaknya itu menghidap H1N1.
“Disebabkan itu, kami berdua dikuarantin bersama beberapa lagi individu yang turut disyaki menghidapi virus berkenaan di kawasan menunggu sebelum beberapa petugas mendakwa akan membawa kami ke HSB.
“Ketika itu, hanya Tuhan saja tahu perasaan seorang ibu apabila anaknya disyaki menghidap virus berbahaya itu. Saya tidak putus-putus berdoa supaya anak saya segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya menerusi e-mail yang dikirimkan kepada Harian Metro, semalam.
Menurut Nor Syahirah, selepas empat jam menunggu di bilik yang dikhaskan tanpa sebarang rawatan awal, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertugas.
“Cukup mengejutkan apabila saya melihat beberapa petugas beristirahat sambil membaca surat khabar seolah-olah tiada perkara buruk berlaku di sebuah bilik khas yang lengkap berhawa dingin.
“Disebabkan itu, saya mempersoalkan tindakan mereka menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum saya ditenangkan pegawai berkenaan,” katanya.
Nor Syahirah berkata, sebaik ditenangkan dia cuba mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakan mereka yang menahan dia dan anaknya itu lebih empat jam tanpa memberikan rawatan awal.
“Seorang daripada pegawai bertugas mendakwa mereka hanya membuka pusat kuarantin di lapangan terbang berkenaan sebaliknya rawatan lanjut akan diberikan di HSB.
“Saya terkejut dengan dakwaan itu dan mempersoalkan mengapa mereka tidak membawa saya dan anak ke hospital berkenaan dengan segera sebelum mereka mendakwa hanya dua buah ambulans dari Hospital Putrajaya dan Serdang.
“Terduduk saya dibuatnya sebaik terdengar alasan ‘bodoh’ seumpama itu sambil mengenangkan nasib yang bakal menimpa anak perempuan saya itu,” katanya.
Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke HSB sebelum diberikan rawatan susulan namun dibenarkan pulang selepas didapati negatif daripada menghidapi penyakit berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Surveilliance / Kesihatan Awam, Dr Zainuddin Wahab, memohon maaf atas kelewatan ambulans disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
“Kami sedang mempertimbangkan untuk menambahkan ambulans sekiranya jumlah penumpang penerbangan luar negara yang disyaki menghidapi penyakit terbabit bertambah,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090519071515/Article/index_html
86 diminta tampil
amar@hmetro.com.my
Pengurusan Demam Hospital Kuala Lumpur, semalam." title="PERIKSA...orang ramai melakukan pemeriksaan di bilik Pusat Pengurusan Demam Hospital Kuala Lumpur, semalam." height="181" width="300" border="0"> |
PERIKSA...orang ramai melakukan pemeriksaan di bilik Pusat Pengurusan Demam Hospital Kuala Lumpur, semalam. |
PUTRAJAYA: Seramai 86 penumpang daripada dua penerbangan yang turut membawa dua pelajar disahkan menghidap Influenza A (H1N1), berdepan risiko dijangkiti virus itu dan usaha mengesan mereka giat dilakukan Kementerian Kesihatan bagi tujuan kuarantin.
Ini berikutan, sejak kes pertama disahkan di negara ini Khamis lalu, sebahagian daripada penumpang terbabit diperiksa dan dikuarantin.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata jika tiada kes terbaru dikesan, negara boleh diisytihar bebas daripada wabak itu Rabu ini.
“Ini kerana tempoh penularan virus H1N1 adalah tujuh hari selepas kes pertama Influenza A dikesan di Malaysia pada 13 Mei lalu.
“Baki 69 penumpang lagi menaiki pesawat AirAsia AK5358 dari Sepang ke Pulau Pinang pada hari yang sama yang turut dinaiki mangsa kedua.
“Kita meminta mereka terbabit segera menghubungi talian terus 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk pemantauan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata, seramai 111 individu sudah diasing untuk tujuan notifikasi dan pemeriksaan di seluruh negara.
“Bagaimanapun, sehingga pagi semalam (kelmarin) jumlah individu disahkan postitif H1N1 masih kekal kepada dua kes,” katanya.
Beliau berkata, tiga penumpang pesawat MH091 yang dinaiki rakyat Malaysia pertama dijangkiti Influenza A adalah antara 109 kes yang disahkan bebas daripada H1N1.
“Mangsa pertama yang kini berada di Hospital Sungai Buloh berada dalam keadaan stabil, tidak batuk dan sakit tekak serta dilaporkan hanya mengalami demam sedikit.
“Ujian X-Ray dada menunjukkan beliau dalam keadaan normal, manakala keluarganya di rumah juga sihat.
“Mangsa kedua kini berada di Hospital Pulau Pinang tidak lagi demam dan sedang menerima rawatan,” katanya.
Sehingga jam 8 pagi semalam, katanya, seramai 6,617 individu disaring termasuk 4,745 atau 71.7 peratus melalui pintu jalan udara, 1,574 individu (23.8 peratus) yang tiba menerusi pintu darat dan 298 yang tiba menerusi pintu pelabuhan (4.5 peratus).
“Daripada sembilan kes yang disyaki semalam (kelmarin), empat dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Kangar, dua di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan satu kes di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Kita juga merujuk seorang penumpang yang tiba di KLIA ke Hospital Sungai Buloh kerana mempunyai tanda-tanda jangkitan virus H1N1. Bagaimanapun, hasil ujian dan pemeriksaan mendapati beliau bebas daripada Influenza A,” katanya.
Satu lagi mati akibat leptospirosis
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan bedah siasat punca kematian itu.
“Kematian itu adalah daripada 23 kes yang dirawat di dua hospital kelmarin,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Sementara itu, seramai 12 lagi pendatang tanpa izin yang ditahan di Depoh Tahanan Juru dekat sini, dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) selepas dikesan mengalami simptom penyakit leptospirosis.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abd Rahman Harun, berkata 12 pendatang terbabit dihantar ke hospital selepas mengadu demam dan mempunyai simptom penyakit leptospirosis.
Lelong kereta klon
ahmadtajol@hmetro.com.my
CRV 'kembar' yang diperiksa anggota JPJ." title="PERIKSA...Nadzri (kanan) melihat dua kereta Honda CRV 'kembar' yang diperiksa anggota JPJ." height="186" width="300" border="0"> |
PERIKSA...Nadzri (kanan) melihat dua kereta Honda CRV 'kembar' yang diperiksa anggota JPJ. |
KUALA LUMPUR: Dua kereta Honda CRV dikesan memiliki nombor plat dan casis sama tetapi sebuah kereta klon.
Kewujudan ‘kereta kembar’ itu hanya disedari seorang daripada pemilik sebenar kereta berkenaan ketika hadir pada satu lelongan kereta import di ibu kota baru-baru ini.
Lelaki terbabit dikatakan terkejut mendapati plat kenderaan akan dilelong itu sama plat kenderaannya.
Dia membuat pemeriksaan pada casis dan didapati sama casis kenderaannya sebelum melaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Proses pemeriksaan menggunakan sejenis cecair kimia bagi melunturkan plat besi mencatatkan nombor casis kenderaan bagi mengesan sama ada nombor berkenaan cuba dipadamkan atau ‘diganggu’.
“Sebaik diperiksa menggunakan bahan itu, anggota mampu mengenal pasti kenderaan sah dan sebaliknya,” katanya.
Katanya, biasanya kereta klon ini dijual pada harga murah selain nombor casisnya ditiru serta memalsukan dokumen kereta sebenar bagi urusan jual beli.
“Pihaknya turut tidak menolak kemungkinan kenderaan klon berkenaan bakal digunakan bagi tujuan jenayah sekali gus memberi masalah kepada pengguna kereta asal,” katanya.
Justeru, Nadzri menggesa pengguna kenderaan bermotor negara ini supaya lebih berwaspada ketika melakukan urusan jual beli kenderaan dan tidak mudah terpedaya tawaran istimewa ditawarkan.
“Sekiranya harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pasaran biasa, berkemungkinan perkara seumpama ini berlaku dan jika ingin mendapatkan kepastian, setiap kenderaan yang mencurigakan perlu dilaporkan sebelum dibawa ke USK JPJ bagi tujuan pemeriksaan,” katanya.
Wanita tanggung hutang kad kredit dicuri rakan
kad kreditnya yang disyaki digunakan suspek." title="TERANIAYA...Yap menunjukkan laporan polis serta penyata kad kreditnya yang disyaki digunakan suspek." height="398" width="300" border="0"> |
TERANIAYA...Yap menunjukkan laporan polis serta penyata kad kreditnya yang disyaki digunakan suspek. |
KUALA LUMPUR: Seorang Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia terpaksa menanggung hutang ribuan ringgit dengan sebuah bank tempatan selepas kad kredit miliknya lesap dipercayai dicuri rakan sekerjanya akhir Mac lalu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yap, 24, mendakwa kehilangan kad itu disedarinya selepas pihak bank menghubunginya bagi membuat pengesahan terhadap 12 transaksi bernilai RM 4,213.85 pada 29 Mac lalu.
“Sehari selepas itu, pihak bank menghubungi saya dan membuat pengesahan bagi semua transaksi dilakukan di tiga pusat membeli-belah di sekitar ibu negara.
“Namun saya menafikan dan selepas diperiksa, saya dapati kad kredit di dalam dompet saya hilang,’’ katanya ketika ditemui di Wisma MCA semalam.
Dia yang panik dengan situasi itu meminta pihak bank supaya membatalkan semua transaksi terbabit.
Bagaimanapun, pihak bank memaklumkan bahawa empat transaksi yang dibuat sudah diluluskan dan akan membuat pembatalan untuk lapan lagi baki transaksi selepas mangsa membuat laporan polis.
“Saya terus membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya dan menghantar salinan itu melalui faks kepada bank terbabit dengan harapan transaksi itu dibatalkan.
“Bagaimanapun saya terkejut apabila menerima penyata transaksi pihak bank tidak membatalkan sebaliknya meminta pembayaran dibuat berhubung transaksi terbabit,” katanya yang kecewa kerana pihak bank sepatutnya menghubunginya pada hari transaksi itu dilakukan dan bukan keesokan harinya.
Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menjejak suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup, usaha buntu kerana pihak bank tidak mempercayai kejadian itu.
“Daripada rakaman itu, suspek iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an menggunakan wanita berlainan setiap kali membuat pembelian,” katanya.
Mangsa kemudian membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090519072151/Article/index_html
20 kali pindah
ahmadshahru@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Penangan suami ‘psiko’ yang tidak gentar menghadapi undang-undang menjadi mimpi ngeri kepada seorang isteri hingga hidup tidak keruan apabila terpaksa menjadi pelarian dengan berpindah lebih 20 kali sejak dua tahun lalu bagi menyelamatkan diri.
Wanita berusia 50-an itu menyembunyikan diri bersama empat anak selepas lelaki terbabit mengugut memburunya hingga ke lubang cacing.
Malah, suami yang dipercayai terpengaruh ilmu hitam itu pernah mengejarnya dengan pisau berikutan menuduh isterinya cuba bermain kayu tiga walaupun dakwaan itu tidak benar.
Wanita yang mahu dikenali Saadiah itu turut mendakwa cedera akibat dibelasah sebelum dia membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan.
Bagi menjauhkan diri daripada lelaki terbabit, dia memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah sejak lebih enam tahun lalu, namun menemui jalan buntu apabila tiada penyelesaian diputuskan pihak berkenaan.
Walaupun kes itu dibicarakan di mahkamah, suaminya tetap mahu isterinya itu sujud di kakinya dan kembali ke rumah tanpa sebarang alasan.
Menurut Saadiah, dia terpaksa berpindah lebih 20 kali bagi melarikan diri daripada suami yang mencarinya tanpa henti.
Dia berkata, suaminya tidak mempedulikan undang-undang walaupun proses mahkamah sedang berjalan dan laporan polis dibuat.
“Saya tak sanggup lagi pulang ke rumah dan menyerahkan kepada mahkamah segera membuat keputusan bagi mengelak kehidupan ngeri yang terpaksa dihadapi.
“Saya hidup dalam ketakutan apabila dikejar suami dengan pisau selain dibelasah hingga cedera,” katanya.
Dia sudah membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang dilakukan suami bagi menjaga keselamatan diri dan anak.
Walaupun mempunyai pelbagai bukti tindakan ganas suami serta laporan polis, kata Saadiah, mahkamah masih tidak dapat memberikan keputusan, malah semakin banyak penangguhan perbicaraan dilakukan.
“Saya berusaha supaya kes dipercepatkan dengan mematuhi tarikh ditetapkan, tetapi masalah timbul apabila pihak suami sering ‘mengganggu’ bagi memastikan kes berkenaan berlarutan tanpa penyelesaian,” katanya.
Dia pernah meminta mahkamah mempertimbangkan pertukaran taklik yang dibuat ketika berkahwin dulu selepas suami tidak lagi melaksanakan tanggungjawab sepatutnya.
“Lebih mengejutkan, saya perlu mencari dua saksi akad nikah bagi membolehkan permohonan itu diteruskan.
“Mana saya hendak cari saksi terbabit kerana perkahwinan sudah lama. Saya pun tidak tahu sama ada saksi terbabit masih hidup atau mati,” katanya.
Kini, Saadiah berkata, dia bingung akibat tekanan suami menyebabkan tidak dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.
Tanpa berselindung, Saadiah mengakui perkahwinannya sudah tidak boleh diselamatkan dan nekad untuk membina hidup baru bersama anak yang turut terasa bahang apabila diburu bapa mereka.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana anak masih memberikan sokongan kepadanya dengan tidak menerima tindakan dilakukan bapa terhadap ibu mereka.
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090519064926/Article
Ucapan Obama diganggu penunjuk perasaan
WASHINGTON - Sebanyak 27 penunjuk perasaan ditangkap manakala beberapa lagi mencelah ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Universiti Notre Dame, Indiana, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekecohan itu berlaku kerana Obama menyatakan dalam ucapannya bahawa pihak yang menentang dasar pengguguran anak perlu menghentikan perbalahan.
Obama dalam ucapannya mengaku: "Tanpa mengira bagaimana kita hendak melembutkan (isu pengguguran), secara faktanya, pada satu-satu peringkat, pandangan oleh kedua-dua kem tidak dapat didamaikan."
Presiden AS itu yang menyokong hak-hak pengguguran diundang untuk berucap di universiti tersebut dan menerima ijazah kehormat.
"Saya tidak mencadangkan bahawa debat yang berlegar tentang isu pengguguran boleh atau tidak diteruskan," kata Obama kelmarin.
Ketika Obama memulakan ucapannya, terdapat beberapa penunjuk perasaan yang menjerit ke arahnya dengan meminta supaya anak tidak digugurkan. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Tamatnya konflik antara paling dahsyat
COLOMBO - Kekalahan terakhir kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka menyaksikan berakhirnya antara konflik etnik paling dahsyat di dunia di samping lenyapnya sebuah kumpulan yang sebelum ini dianggap sebagai antara paling berdisiplin dan digeruni.
Hanya dua tahun lalu, LTTE dianggap kebal dan kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara dan timur Sri Lanka dengan sempadan wilayah dipenuhi jerangkap samar bagi menandakan satu negara asing wujud di pulau berkenaan.
Ditubuhkan oleh Velupillai Prabhakaran, LTTE menghabiskan masa 30 tahun melakukan perjuangan bersenjata di Sri Lanka dan kekalahan mereka tidak dijangka.
Bagaimanapun, serangan besar-besaran secara berterusan oleh tentera kerajaan menyaksikan pertahanan mereka musnah dan kumpulan itu dihapuskan sama sekali.
Tawaran saat-saat akhir LTTE untuk meletak senjata tidak diendahkan tentera Sri Lanka yang mengarahkan satu serangan terakhir bagi menghapuskan keseluruhan kepimpinan LTTE, termasuk Prabhakaran dan 200 pejuang yang mengiringinya.
Kematian Prabhakaran yang ditembak ketika cuba melarikan diri dengan menggunakan sebuah ambulans, menamatkan kebangkitan semula LTTE dalam jangka masa pendek.
Prabhakaran, 54, turut mempelopori kaedah pengebom berani mati bagi menyerang sasaran berprofil tinggi termasuk infrastruktur penting bagi merealisasi impiannya mewujudkan sebuah negara Tamil merdeka di pulau itu.
Bekas perdana menteri India, Rajiv Gandhi dibunuh oleh seorang pengebom berani mati wanita pada 1991, sebagai tidak balas terhadap penghantaran tentera pengaman India ke Sri Lanka pada 1987 di mana mereka turut menentang LTTE.
LTTE turut dipersalahkan berhubung pembunuhan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada 1993 dan pengeboman ke atas bank pusat negara itu yang meragut 90 nyawa.
Pasukan itu merupakan kumpulan bersenjata lengkap yang memiliki unit tentera lautnya sendiri, dikenali sebagai Harimau Laut selain berjaya menyeludup sejumlah pesawat ringan bagi melancarkan serangan udara.
Dalam salah satu serangan paling nekad mereka, gerila-gerila LTTE meletupkan 12 jet pejuang kerajaan di sebuah pangkalan tentera ke utara Colombo pada 2001 di samping memusnahkan enam pesawat penumpang yang ditempatkan di satu-satunya lapangan terbang antarabangsa negara itu.
Penggunaan pengebom berani mati dan askar kanak-kanak oleh LTTE mendapat kecaman tetapi masyarakat antarabangsa pernah menyokong mereka apabila siri rundingan damai tajaan Oslo dilaksanakan sejak 2002.
Siri rundingan itu gagal dan proses ke arah keamanan berkubur pada Januari 2008 apabila Presiden Mahinda Rajapakse menarik diri daripada satu perjanjian damai.
Tentera kerajaan kemudian memasuki bandar Kilinochchi iaitu ibu pejabat politik LTTE pada bulan yang sama selepas melancarkan serangan paling besar sepanjang konflik itu. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
Prabhakaran maut ditembak di Sri Lanka
COLOMBO – Kerajaan Sri Lanka semalam mengisytiharkan kemenangan dalam perang menentang kumpulan gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) manakala pemerintah tertingginya, Velupillai Prabhakaran turut mati dalam pertempuran.
Kematian Prabhakaran melenyapkan cita-cita tiga dekad pemimpin LTTE itu untuk melihat sebuah negara merdeka bagi penduduk minoriti Tamil di Sri Lanka.
Stesen televisyen kerajaan menyiarkan pengumuman tergempar mengenai kematian Prabhakaran manakala Jabatan Penerangan pula menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya kepada pemilik telefon bimbit di seluruh negara.
“Kami boleh mengumumkan bahawa kami berjaya membebaskan seluruh negara ini daripada keganasan,” kata Ketua Angkatan Tentera Sri Lanka, Leftenan Jeneral Sareth Fonseka.
Menurut Fonseka, askar-askarnya menggempur saki-baki gerila LTTE di zon perang utara negara itu pagi semalam dan mengenal pasti Prabhakaran sebagai antara yang terkorban.
Menurut kenyataan rasmi kerajaan, pemerintah tertinggi gerila itu dibunuh bersama dua orang kanannya, Soosai dan Pottu Amman.
Pengumuman tersebut disambut gembira rakyat negara itu yang rata-rata keluar membanjiri jalan-jalan raya di sini sambil menyanyi dan menari.
Kematian Prabhakaran dianggap faktor penentu dalam menamatkan perang di negara berkenaan.
Sekiranya dia berjaya melarikan diri, pemimpin LTTE itu dibimbangi akan menggunakan perolehan daripada rangkaian penyeludupan antarabangsa yang diketuainya selain sokongan masyarakat Tamil di luar negara untuk mencetuskan semula perang gerila di pulau berkenaan.
Namun, bagi anggota-anggota LTTE, kematian pemimpin mereka itu merupakan satu berita yang menyedihkan.
“Kami menerima berita itu dengan amat sedih. Namun, semangat kami untuk memperjuangkan sebuah negara merdeka masih membara dan teguh,” kata jurucakap komuniti Tamil di Britain, Suren Surendiran. - AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Anak Zamarul rakan baik Diana
haryati.karim@kosmo.com.my
PERCINTAAN selama lapan tahun antara pasangan selebriti Diana Rafar, 27, dan Zamarul Hisyam, 38, akhirnya dinoktahkan dengan sebuah ikatan pernikahan pada pagi Sabtu lalu sambil disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.
Mereka telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khairuddin Haiyon yang mewakili wali pihak perempuan iaitu abang Diana, Airul Azmi Rafar dengan mas kahwin sebanyak RM165 di masjid yang sama. Dengan sekali lafaz, Diana secara sah menjadi milik mutlak Zamarul.
Apa yang menariknya, Diana yang menerima wang hantaran sebanyak RM16,500 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan turut menjadi 'ibu segera' sebaik bergelar isteri kepada Zamarul yang mempunyai dua orang anak lelaki, Izzat Haiqal, 10, dan Iqmal Haiqal 7, hasil perkahwinan terdahulunya.
Menurut Diana, meskipun mendapat anak 'segera' dia tidak pernah menganggap ia sebagai satu bebanan kerana telah mengenali anak tirinya itu sejak tahun pertama mereka bercinta, tambahan dia sudah biasa menjaga 13 orang anak buahnya.
"Rasanya tidak ada apa-apa masalah kerana hubungan saya baik dengan anak sulungnya yang dipanggil Aboy. Saya rapat dengan Aboy yang dijaga ibu Zamarul sendiri dan keluarga juga menyenangi kehadirannya apatah lagi wajahnya ada iras-iras anak buah saya sendiri.
"Dia pun jenis yang tidak banyak kerenah, mungkin sebab sudah biasa hidup berdikari. Lagipun, kalau saya dan Zamarul bergaduh, dialah yang jadi orang tengah untuk rapatkan kami semula. Sebab itu kami rapat," ujarnya yang belum pernah bertemu dengan anak kedua Zamarul yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.
Zamarul juga menyatakan tiada bantahan daripada anak-anaknya terhadap perkahwinan itu, malah anak sulungnya yang dipanggil Aboy, diibaratkan seperti kawan baik Diana. Aboy yang mahukan mereka segera berkahwin.
"Aboy ibarat kawan baik Diana. Memang dia sangat mahukan kami berkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru," katanya dalam senyuman.
Apabila ditanya mengenai perkahwinan kali kedua bapanya, Izzat yang hadir pada majlis pernikahannya itu turut melahirkan rasa gembiranya terhadap perkahwinan itu dan berasa senang dengan kehadiran ibu baru dalam keluarganya.
"Saya suka dengan mama, dia baik. Kalau boleh lepas ni saya nak adik perempuan," ujarnya yang petah berbicara.
Sejurus selepas upacara pernikahan berakhir pada sebelah malam hari yang sama, majlis persandingan sebelah pihak perempuan berkonsepkan perkahwinan dalam taman berlangsung dengan meriahnya di Bougainvilla Garden, Shah Alam.
Ramai tetamu yang hadir pada majlis persandingannya termasuklah rakan-rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Maria Farida, Fazura, Zizan Nin, Datuk A. Rahman Hassan, Zizie Ezette dan Serina Redzuawan .
Diana kelihatan jelita dalam gaun berwarna putih manakala Zamarul pula tampak segak dalam persalinan sut sedondon.
Namun, dalam senyum tawa terselit kerisauan di hati Diana, kerana dia impikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.
"Kahwin-kahwin juga. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa risaunya hati saya, tetapi alhamdulillah semuanya telah selesai dan saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
"Dulu masa-masa kakak-kakak saya kahwin, saya pelik melihat mereka risau tidak tentu arah, sekarang bila saya yang kahwin saya juga mengalami perkara yang sama," ujarnya dalam tawa.
Harap Zamarul tidak berubah
Menyentuh tentang tarikh pernikahannya, Zamarul memberitahu tarikh 165 mempunyai makna yang tersendiri kerana nombor berkenaan bukan sahaja dijadikan tarikh hari bahagianya tetapi juga nilai mas kahwin dan wang hantaran kepada Diana.
"Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami dalam mengharungi hubungan selama 8 tahun.
"Apabila hati sudah berdetik untuk berkahwin, saya dapat rasanya bahawa dialah (Diana) orang yang tepat untuk dijadikan suri dalam hidup saya," kata Zamarul yang melamar Diana sekitar Februari lalu.
Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu dan hubungan cintanya bersama Diana pernah dilanda badai kontroversi suatu ketika dahulu, Zamarul mempunyai harapan besar dalam kehidupan rumah tangga bersama Diana dan pengalaman telah mematangkan dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.
"Harapan saya agar hubungan ini kekal sehingga ke anak cucu, kalau ada masalah hanya melalui perbincangan yang dapat menyelesaikannya kerana bukan mudah untuk kami sampai ke tahap ini.
"Dugaannya terlalu banyak dan syukur kerana kami telah bersatu sebagai suami isteri," jelasnya yang tidak akan menghalang kerjaya seni isterinya kelak.
Bagi Diana pula, dia juga mengharapkan kebahagiaan yang dianyam selama ini berkekalan dan Zamarul dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.
"Saya harap dia tidak akan berubah, Zamarul yang saya kenal hari ini, saya harap dia kekal untuk selamanya. Seorang yang matang, mengambil berat, penuh dengan kasih sayang. Saya yakin dia mampu menjadi seorang ketua keluarga yang baik," ulasnya.
Menjadi kelaziman buat pengantin baru untuk berbulan madu, namun kerana kesibukan kerja sebaik sahaja majlis persandingan di sebelah pihak lelaki yang akan berlangsung pada 23 Mei ini, agenda bulan madu masih tidak dapat ditentukan tarikhnya.
"Kami tidak rancang untuk berbulan madu sebab sibuk. Cuma rancangan kami selepas berkahwin ingin mengerjakan umrah bersama, tetapi tidak tahu bila. Perlu tengok jadual kami dulu, jika ada kelapangan, lebih cepatlah kami ke sana," kata Zamarul.
Apabila ditanya jumlah cahaya mata yang diingininya, Zamarul hanya tersenyum dan memberitahu dia tidak kisah akan jumlah anaknya yang bakal dimiliki kelak.
"Saya tidak kisah berapa pun, lagi ramai lagi bagus, kalau dapat rezeki cepat alhamdulillah. Aboy pun tak sabar-sabar nak dapat adik. Ini semua bergantung kepada Allah," tuturnya sambil mengerling manja pada Diana.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm