KUALA LUMPUR: Dr V.M. Palaniappan kini berusia 73 tahun tetapi penampilan serta semangat beliau tidak menunjukkan usia sebenar.
Lebih mesra dikenali sebagai Dr Palani, bekas profesor ekologi Universiti Malaya ini masih mampu membaca tanpa menggunakan kaca mata, tiada masalah dengan pendengaran malahan dapat menggigit dan mengunyah makanan keras dengan set gigi beliau yang masih dalam keadaan baik.
Pemikirannya masih tajam, beliau bercakap lancar dengan suara yang tegas dan tiada pula kedut atau kerut di muka mahupun anggotanya.
"Tekanan darah saya ialah 117/67 dan kadar denyutan nadi ialah 65," kata Dr Palani kepada penulis selepas pelancaran buku ke-16 beliau bertajuk 'Barah: Punca, Rawatan dan Pencegahan' di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, bagi Dr Palani, awet muda hanya satu daripada aspek Sistem Penyembuhan Ekologi (EHS) yang beliau rintis 36 tahun lepas.
Lebih penting lagi, pengamal perubatan tradisional ini percaya EHS adalah kunci bagi pencegahan dan penyembuhan kepada banyak masalah kesihatan termasuk penyakit yang digeruni seperti barah.
HIPOTESIS ALTERNATIF DR PALANI Walaupun berlatar belakang saintifik, Dr Palani mencabar fahaman konvensional akan asal-usul penyakit termasuk barah dan kaedah rawatan mereka.
Dan bercakap mengenai kanser, berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian beliau, Dr Palani telah muncul dengan hipotesis sendiri mengenai asal-usul barah.
"Semua kanser berpunca daripada kalsium bebas berlebihan yang terkumpul pada tisu-tisu lembut oleh kerana kurang buang air (tidak kira kuantiti air yang diminum), makan dengan cepat, banyak berpeluh, mengelakkan daripada makanan dan buah-buahan bersifat asid, pendedahan yang kurang atau berlebihan pada sinaran matahari, terlalu banyak memakan makanan yang kaya atau yang diperkayakan dengankalsium dan sembelit kronik.
"Oleh itu semua jenis kanser berpunca kerana kalsium yang terkumpul dalam sel-sel dan ia boleh dicegah," dan menambah kata bahawa masih belum ada penawar bagi kanser sehingga kini kerana masyarakat saintifik mencari jawapan di tempat yang salah.
Dalam bukunya sebelum ini Dr Palani menjelaskan bahawa pengambilan kalsium secara berlebihan menyebabkan obesiti serta gangguan kesihatan lain. Beliau juga menunjukkan bahawa kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis. ADAKAH DR PALANI MEMPUNYAI JAWAPANNYA Dr Palani dalam bukunya menjelaskan punca dan rawatan bagi 31 jenis kanser serta langkah-langkah pencegahan kanser. Untuk menyokong hipotesis ini beliau menunjukkan lebih 360 rujukan dalam bidang onkologi.
Beliau mendakwa bahawa EHS mampu menyembuh hingga kanser paling berbahaya yang telah sampai ke Peringkat III, tanpa menggunakan steroid, kemoterapi, krioterapi, radiasi, pemindahan sel stem, rawatan hormon, skala nano dan/atau terapi genetik seperti terapi telomerase, melalui pembedahan dan tanpa pembedahan.
Bagi Dr Palani tiada tempat bagi ubat-ubatan ataupun rumusan kimia untuk menyembuh kanser atau mana-mana penyakit lain. Ia lebih mengenai pengurusan sistem fisiologi dan mencapai pH atau imbangan asid alkali yang tepat.
Para pesakit kanser perlu elakkan makanan dan minuman yang diperkaya dengan kalsium dan beliau sebaliknya mengesyorkan lebih banyak pengambilan karbohidrat dan lemak. Beliau tidak mengesyorkan diet yang kaya dengan protein kerana ini akan menghakis kalsium tulang. Sebaliknya makanan berasid yang melarut atau menuetral kalsium disyorkan, dan yang sangat berciri alkali ada baiknyadielakkan.
Salad yang tidak dimasak mengandungi banyak kalsium dan oleh itu tidak disyorkan. Beliau juga mengesyorkan meminum 2.5 liter air yang ditapis setiap hari untuk mengeluarkan kalsium berlebihan selain menggalakkan tabiat buang air secara liberal.
Beliau juga berkata air yang ditapis ini boleh digantikan dengan air hujan atau air suling bagi meningkatkan lagi penyingkiran kalisum berlebihhan daripada tubuh. SENAMAN UNTUK SEMBUH Menurut beliau, mereka yang sihat hanya perlu mendedahkan tubuh pada sinaran matahari sederhana. Bagaimanapun, mereka dengan sista, fibroid, gumpulan, tumor lain, dan/atau kanser harus elakkan pendedahan kepada cahaya matahari secara keterlaluan kerana tubuh menghasilkan vitamin D yang membantu membebaskan molekul kalsium yang akan mengikat dengan sel-sel malignan.
Oleh itu sista, gumpulan dan tumor bertumbuh lebih cepat dan membahayakan lagi keadaan.
Lagipun, sinaran kuat matahari mendorong peluh yang banyak hingga menyebabkan seseorang kurang membuang air dan ini boleh menyebabkan kalisum terkumpul dalam tubuh.
EHS juga mencadangkan beberapa latihan yang tidak menyebabkan seseorang berpeluh seperti meniup udara, menarik nafas dan menggosok tubuh. Banyak lagi penyelesaian yang ditawarkan di bawah EHS dalam buku beliau dan terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
Walaupun pembaca mungkin bingung dengan banyak daripada petua rawatan Dr Palani yang di luar kelaziman, mereka tidak boleh lupa bahawa banyak daripada cadangan beliau ini turut dikongsi oleh rakan-rakannya dalam dunia saintifik.
Contohnya Carmen Rodriguez dari American Cancer Society menunjukkan peranan kalsium dalam kalsium prostat.
Mereka yang mengambil 2000 mg atau lebih kalsium sehari menghadapi empat kali lebih risiko mengalami kanser prostat berbanding mereka yang mengambil kurang 50mg.
Buku ini menawarkan banyak penjelasan terperinci mengenai pelbagai jenis kanser, punca dan rawatan bagi mereka, dan para pembaca boleh menilai sendiri alternatif yang ditawarkan dalam buku ini (vmpalani@streamyx.com). - BERNAMA
http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2011/6/16/mstar_rencana/20110616121727&sec=mstar_rencana


Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.
Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.
Perwakilan yang memilih golongan “profesional” atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.
Kedua-dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.
Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. 
Aku tidak tahu menahu apabila berlakunya serangan terhadap WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu, Elizebeth Wong datang melawat Tian Chua. Dan dia membawa berita ini.
Bila aku kaji kes Al-Maunah, maka aku merasakan ledakan WTC ini juga satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.
Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka 'poyo' dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.
Dengan sandiwara bersenjata Sauk ini juga, Mahathir seakan mendapat persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin gerakan Reformasi.
Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali, akhirnya lebih dari 50 peratus warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Putih, tentera atau Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama Loose Change. Dokumentri ini dengan jayakan membuktikan bahawa ledakan WTC adalah kerja orang dalam.
Selesai Perang Dingin ini, Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strategi yang dipanggil "perang menentang keganasan".
Skru mungkin berkarat. Selipar Jepun mungkin terputus talinya. Beg plastik mungkin terkoyak. Semuanya boleh dibuang bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham, bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.
Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan 'jihad' ini.
Bayangkan betapa gembiranya para mujahidin apabila mendengar bahawa muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.
Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.
“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.

Demonstrasi itu dianjurkan NGO bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka - Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM).
Kenaikan itu mendapat kritikan hebat pembangkang kerana didakwa tidak mengambilkira beban kewangan rakyat dan dibuat secara tergesa-gesa.



Ditanya sama ada pihak polis akan mengeluarkan permit jika ada
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata hasil siasatan awal menunjukkan kira-kira 90 peratus serangan dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan.
Katanya, polis dan agensi berkaitan kini dalam proses mengenal pasti semua penggodam.
Ongkili juga meminta rakyat supaya menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Cheng Mai yang mewakili mewakili Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Ho Kok Yew bagi pihak Tan.
Presidennya Datuk Seri Aziz Abdul Rahman berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara.
"Dalam keadaan emosi peserta yang memuncak, seseorang hanya perlu melontarkan seketul batu ke arah orang ramai untuk memulakan rusuhan," katanya menambah keadaan akan menjadi lebih buruk jika ada kumpulan lain yang bertentangan pendirian turut berarak.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.
Peguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang.