Saturday, November 27, 2010

cartoon

...

Remaja khalwat hisap syabu

MELAKA: Sepasang kekasih bukan saja menjadikan bilik hotel bajet yang disewa sebagai tempat melampiaskan nafsu, malah dipercayai turut menjadikannya sebagai tempat melepaskan gian untuk menghisap syabu.

Ini berikutan pasangan kekasih ditahan ketika ‘lalok’ menerusi operasi sepasukan polis ke atas sebuah hotel di Bandar Hilir, dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu lalu.


Difahamkan, ujian air kencing terhadap kedua-dua pasangan itu yang membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 21 tahun didapati positif syabu, malah pemeriksaan lanjut polis menemui syabu pada lelaki terbabit.

Remaja perempuan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas reman ke atasnya selesai dan disabitkan dengan kesalahan berkhalwat dengan kekasihnya.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan, pasangan terbabit mendakwa memasuki bilik itu beberapa jam sebelum diserbu polis.


Katanya, ketika ditahan hanya pasangan terbabit berada di dalam bilik berkenaan dan polis menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.

“Pasangan terbabit berdua-duaan di dalam bilik berkenaan dan dipercayai melakukan maksiat. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan gadis itu diserahkan kepada Jaim hari ini (semalam), manakala lelaki terbabit masih direman,” katanya di sini, semalam.


Rahimin berkata, pasangan terbabit berkenalan sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini gadis terbabit mengakui pernah beberapa kali ke rumah teman lelakinya itu.

Katanya, dia menjadikan bilik di rumah lelaki terbabit sebagai tempat melakukan maksiat, tetapi mereka tidak melakukan lagi di situ kerana beberapa kali diserbu penduduk kampung.


“Ketika ini, pihak Jaim mengambil keterangan gadis itu serta lelaki terbabit selepas dia akan diserahkan nanti.


“Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dengan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajakhalwathisapsyabu/Article/index_html

Diperdaya ejen

MELAKA: Seorang suri rumah mendakwa tertipu dengan tindakan ejen insurans yang tidak telus dalam hal berkaitan insurans kesihatan anaknya.

Hamidah Abd Ghani, 33, berkata, ini berikutan dia terpaksa membayar kos perubatan anaknya berusia enam tahun berjumlah lebih RM2,500 untuk tiga hari di wad sebuah hospital swasta, dekat sini, disebabkan kad insurans perubatan anaknya sudah tidak aktif.


“Kalau saya tahu kad insurans anak saya tidak aktif lagi, baik saya hantar dia ke hospital kerajaan dan tidak perlu bayar apa-apa jika menggunakan GL (Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai) suami.

“Namun, ejen itu yang menyuruh saya membawa anak (Fais Naim Abdul Malek) ke hospital swasta kerana didaftarkan dalam pelan insurans untuk kad perubatan,” katanya.


Menceritakan kejadian itu, Hamidah berkata, sebelum ini dia mendaftarkan anaknya untuk perlindungan insurans menerusi ejen insurans berkenaan kerana tertarik dengan faedah yang bakal diperoleh.


Katanya, pelan insurans itu dibayar menerusi ansuran bulanan RM100, namun pembayarannya dibuat melalui serahan tangan kepada ejen terbabit.

“Saya tidak pernah berhenti membayar untuk insurans anak saya, namun disebabkan masalah tertentu, bayaran bagi Oktober lalu tertunggak. “Bagaimanapun, saya menjelaskan bayaran itu bersama ansuran bulan November berjumlah RM200 pada 9 November lalu dan diberitahu tiada masalah.


“Pada 10 November lalu, saya menghubungi ejen itu memaklumkan anak saya tidak sihat.

“Dia kemudian menyuruh saya membawa anak ke hospital swasta kerana mempunyai kad insurans perubatan,” katanya.


Katanya, pada hari pertama anaknya di tempatkan di wad biasa sebelum dipindahkan ke wad lain yang mempunyai dua katil selepas ejen itu datang untuk menguruskannya.


“Pada keesokannya, kira-kira jam 2.30 petang, saya dimaklumkan pihak hospital kad perubatan anak saya tidak aktif.


“Saya menghubungi ejen itu yang terkejut dan berjanji menyelesaikannya, namun sehingga kini, saya gagal menghubunginya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diperdayaejen/Article/index_html

Penipu Internet

SEREMBAN: Orang ramai diminta berwaspada dengan sindiket penipuan dipercayai didalangi warga asing yang cuba memperdayakan mangsa menggunakan taktik meminta ribuan ringgit untuk memproses transaksi urusan jual beli barangan melalui Internet.

Difahamkan, sindiket licik yang mendakwa menetap di luar negara itu menyasarkan mangsa yang mengiklankan penjualan barang di Internet.


Mangsa kemudian menerima e-mel daripada sindiket yang kononnya bersetuju membeli barangan berkenaan melalui pembayaran secara dalam talian (online) dan meminta mangsa membuka akaun dalam satu sistem akaun jual beli antarabangsa secara dalam talian.

Sejurus mangsa menghantar e-mel tuntutan melalui sistem itu, maklum balas diberikan ahli sindiket menyatakan transaksi pembayaran sudah dibuat melebihi harga barangan dijual. Melalui emel itu, transaksi perlu terlebih dulu menggunakan pihak ketiga iaitu syarikat perkapalan berpangkalan di luar negara dan mangsa diminta menjelaskan bayaran ribuan ringgit ke dalam akaun diberikan melalui satu ‘sistem penghantaran wang keluar negara’ sebelum diluluskan.


Bagaimanapun, apabila diperiksa, mangsa dimaklumkan pihak berkaitan bahawa perkara itu palsu.


Ini didedahkan penjawat awam yang nyaris menjadi mangsa, kelmarin.

Mohd Hanafi Abd Rahim, 33, ketika ditemui Harian Metro semalam berkata, perkara itu dikesan sejurus mengiklankan set perabot kerusi jati miliknya yang mahu dijual dengan harga RM2,300 di sebuah laman web tempatan.


“Tidak lama kemudian, saya menerima e-mel daripada seorang pembeli yang memperkenalkan diri sebagai ‘John James’ memaklumkan mahu membeli perabot berkenaan.

“Lelaki yang mendakwa menetap di luar negara itu bagaimanapun meminta saya membuka akaun melalui sistem akaun jual beli antarabangsa secara dalam talian.


“Selepas menghantar e-mel tuntutan kepadanya, saya menerima maklum balas kononnya pembayaran sudah dibuat ke dalam akaun sistem berkenaan iaitu RM4,500 merangkumi kos barangan (RM2,300) dan syarikat perkapalan (RM2,200),” katanya.


Katanya, dia terkejut apabila menerima e-mel daripada syarikat sistem akaun jual beli antarabangsa itu yang menyatakan semua wang itu akan diterimanya, namun perlu dibuat melalui pihak ketiga iaitu sebuah syarikat perkapalan berpangkalan di United Kingdom, namun perlu menjelaskan RM2,200 terlebih dulu kepada pihak ketiga melalui akaun bank diberikan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenipuInternet/Article/index_html

Tuntut cerai suami miang

KAJANG: Selepas tidak tahan dengan sikap suaminya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita, seorang ahli perniagaan memfailkan tuntutan perceraian fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas hampir 22 tahun bernikah.

Sadiah Abdul Shukor, 46, yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, membuat permohonan itu terhadap Abdullah Abdul Rahman, 46, yang juga pegawai kanan kerajaan di kaunter pendaftaran Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.


Tuntutan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).

Berdasarkan penyata tuntutan itu, Sadiah (plaintif) mendakwa dia sudah tidak tahan dengan sikap Abdullah (defendan) yang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita Filipina dan Thailand.


Plaintif mendakwa mempunyai bukti terhadap kecurangan suaminya apabila menjumpai gambar lucah defendan bersama wanita lain selain bukti salinan pasport yang menunjukkan Abdullah berulang-alik ke Thailand setiap bulan.


Defendan juga didakwa mengabaikan nafkah melebihi tiga bulan sehingga menyebabkan plaintif terpaksa menampung perbelanjaannya dan anak.

Pasangan itu bernikah pada 31 Januari 1988 di Johor dan dikurniakan empat anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia 22 hingga empat tahun.


Mahkamah menetapkan 15 Disember ini untuk mendengar kes itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tuntutceraisuamimiang/Article/index_html

Anak tidak pulang sejak cari kerja Oktober lalu

KEMAMAN: Seorang ibu, Mezian Hassan, 53, bimbang dengan keselamatan anak gadisnya, Siti Fatimah Ramli, 20, kerana tidak pulang ke pangkuan keluarga sejak keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan pada 31 Oktober lalu.

Katanya, sejak anaknya keluar rumah mencari kerja di Kuantan, Pahang, mereka hanya sempat berhubung beberapa kali termasuk petang hari dia dilaporkan keluar dan keesokannya apabila Siti Fatimah memaklumkan dia sudah mendapat kerja.

“Kali terakhir menghubunginya pada 6 November lalu tetapi ketika itu hanya sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum panggilan diputuskan dan sejak itu saya tidak dapat menghubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram Dua, Bandar Ceneh Baru, di sini, semalam.

Mezian berkata, dia turut menghubungi dua lagi anaknya, masing-masing di Kedah dan Sarawak untuk mengetahui sama ada anak gadisnya itu ke sana tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan.

Bimbangkan keselamatan Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Mezian membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, 22 November lalu.


“Saya merayu sesiapa menemui atau melihat Siti Fatimah menghubungi kami di talian 017-9895876 atau 012-6122253 atau balai polis berhampiran,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AnaktidakpulangsejakcarikerjaOktoberlalu/Article/index_html

Spesis baru ikan tanpa mata ditemui


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan ikan tanpa mata di temui di kawasan timur Papua.


JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.

Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.

"Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua," kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.

Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Budak 7 tahun belanja RM1,235 main Facebook



MATTHEW dan anaknya, Megan Fox


BIRMINGHAM - Keasyikan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melayari permainan di laman sosial Facebook selama satu jam menyebabkan ibu bapanya menerima bil berjumlah £250 (RM1,235), lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu, Megan Fox meminta kebenaran ibu bapanya untuk bermain permainan maya Petville di Facebook yang membolehkan pengguna membeli pakaian dan perabot maya untuk haiwan peliharaan maya mereka.

Ekoran bapanya Matthew, 35, terlupa untuk menutup maklumat akaun pembayaran Paypal di Internetnya, dia telah menerima tuntutan bil akaun melalui e-mel bagi sesi permainan maya Megan.

Matthew dan isterinya, Dawan, 33, bertindak membuat rayuan kepada pihak pengurusan Facebook dan PayPal untuk menuntut semula bayaran tersebut namun gagal.

"Sepanjang dia bermain, kami tidak sedar dia sebenarnya sedang membelanjakan wang," kata Matthew. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Kena tipu RM26,000 mentol ajaib


SEORANG pegawai polis melakukan demonstrasi menunjukkan
sebiji mentol bercahaya selepas direndam di dalam air di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1.

Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan ‘batu’ tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan.

‘Batu’ tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Petisyen bekas Sultan ditolak


TUANKU ISMAIL PETRA


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata, Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.

"Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," kata beliau.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Batu delima kebas duit

Batu delima kebas duit

Oleh Ahmad Othman


HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.
HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia lewat 30-an bersama dua ‘pelakon tambahan’ dipercayai menjadi dalang kepada dua kes penipuan batu delima merah palsu di sekitar daerah ini membabitkan kerugian RM26,000.

Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara ‘tarik duit’.

Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila dipicit.

Menurutnya, dua individu yang juga teman subahat lelaki terbabit pula berlakon sebagai pembeli dan beria-ia mahu membelinya dengan harga RM350,000 daripada mangsa.


“Polis menerima laporan pertama pada 22 April lalu membabitkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa sindiket ini.

“Mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum dihampiri dan ditawarkan batu delima merah yang kononnya diperoleh ketika menggali kubur di Melaka serta didakwa mampu digunakan untuk upacara tarik duit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.

Menurutnya, mangsa yang mendakwa seolah-olah terpukau kemudian pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas isterinya bernilai RM20,000 sebelum diserahkan kepada ketiga-tiga lelaki terbabit.

Pada Isnin lalu, seorang lagi lelaki warga emas, menjadi mangsa membabitkan kerugian RM6,000.

“Mangsa berusia 71 tahun dan suspek utama merendam batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

“Suspek utama mengatakan dia hanya akan menjualnya kepada mangsa selepas mendapat firasat warga emas berkenaan individu paling sesuai menyimpan batu delima itu,” katanya.

Osman berkata, pada masa sama, seorang lelaki yang dipercayai rakan suspek tiba-tiba muncul dan mengatakan mahu membeli batu delima itu pada harga RM350,000.

Berikutan itu, mangsa terus ke Melaka untuk mengeluarkan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM6,000 sebagai bayaran mendapatkannya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Batudelimakebasduit/Article

Jalan songsang

Jalan songsang

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.


Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.

“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jalansongsang/Article

Presiden tolak ketua umum PKR 'dirasmikan'


Jimadie Shah Othman
Nov 27, 10
1:16pm

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, jawatan ketua umum yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang juga suaminya - tidak perlu 'dirasmikan' buat masa ini.

"Saya hormati usul ketua Wanita untuk merasmikan jawatan itu. Tetapi buat masa ini tidak perlu. Beliau (Anwar) melakukan kerjanya sebagai ketua umum, juga memimpin Pakatan Rakyat...

"Buat masa ini semuanya bergerak lancar. Tidak perlu pertukaran. Ia hanya satu cadangan dan masih boleh diperdebatkan," katanya.

Semalam, ketua sayap itu Zuraida Kamaruddin mengusulkan kepada perwakilan Wanita agar diwujudkan jawatan ketua umum secara rasmi dan diserahkan pada Anwar.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres Wanita PKR semalam, Zuraida berkata, oleh kerana Anwar, PKR ditubuhkan, maka beliau perlu diberi pengikirafan khas.

Bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dalam kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya hari ini, Wan Azizah berkata, berdasarkan hirarki parti, semua pemimpin pada masa ini sudah berada di tempatnya masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pula hari ini mendedahkan bahawa keahlian lebih lima orang telah digantung serta-merta ekoran siasatan berkaitan aduan dalam pemilihan PKR.

Jumlah sebenar yang menghadapi tindakan itu dan identitinya tidak didedahkan kepada pihak media.

Ditanya tentang sasaran masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu bagi menyelesaikan aduan yang diterimanya, Saifuddin menjangka ianyadalam tempoh seminggu dua lagi.

Katanya, dalam tempoh tiga bulan, bermula daripada awal pemilihan cabang sehingga sekarang, sebahagian besar daripada 289 aduan yang diterima sudah selesaikan.

"Tinggal lagi 12 aduan apalah sangat," kata beliau yang juga ahli parlimen Machang.

http://malaysiakini.com/news/149319

PKR: Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan

Abdul Rahim Sabri
Nov 27, 10
10:47am

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidakakan dapat diselesaikan selagi melihat isu itu "melalui teropong Umno dan para kuncunya".

"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga dilihat memujuk anggota PKR mengenai isu pemilihan parti yang dikritik pelbagai pihak" dengan menyalurkan sebarang ketidakpuasan mengikut saluran parti.

"Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak".

"Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita.

"Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," katanya memetik kata-kata tokoh Indonesia Muhammad Natsir.


http://malaysiakini.com/news/149311

Iring MB serah memo atau hadapi tarif air naik 37%

Nov 26, 10 5:55pm

Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh tindakan krajaan Selangor yang membantah tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan, kata pemangku ketuanya, Herman Samsudeen.

NONE“Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.”

NONESehubungan itu, Herman berkata sebagai mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dewan pemuda PAS merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar memorandum rakyat ke Istana Negara.

“Jika pengguna air berdiam diri pada hari itu, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus ini,” katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/149267

H1N1 kembali semula, lapan kes terbaru dilapor

Nov 26, 10 4:39pm

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin hari ini mengesahkan lapan kes Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 Nov.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinSehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap perkembangan tersebut dan mengambil langkah pencegahan termasuk mengambil vaksin bagi mengelak jangkitan virus tersebut daripada merebak.

"H1N1 kini dikategorikan sebagai endemik, iaitu penyakit yang akan berterusan berlaku di kalangan masyarakat. Namun, tiada kematian dalam tempoh ini.

"Tetapi orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan walaupun jangkitan virus ini masih ditahap minimum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran dagangan sempena kongres Oral dan Pembedahan Maxillofacial (rahang atas) Asia Ke-9 (ACOMS) selama tiga hari di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, selain langkah pencegahan yang telah dimaklumkan sebelum ini, orang ramai dinasihatkan mendapatkan suntikan vaksin 'trivalent' di mana-mana hospital swasta berdekatan.

h1n1 flu malaysia school children students wearing mask 260609 06Ini kerana, katanya, pemberian vaksin tersebut di hospital kerajaan hanya memfokuskan kepada golongan yang berisiko tinggi.

Kebimbangan orang ramai terhadap jangkitan H1N1 meningkat kebelakangan ini setelah terdapat laporan mengatakan seorang rakyat Hong Kong dikenal pasti dijangkiti virus tersebut di negara itu pada 18 Nov lalu.

Sementara itu, beliau berkata kes kematian akibat denggi meningkat pada tahun ini berbanding tahun lepas, iaitu 127 kematian daripada 43,281 kes yang dilaporkan. Selangor mencatat angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 43 kes.

"Berbanding tahun lalu, kes kematian akibat denggi cuma 78 kes daripada 3,715 kes terkumpul dan ini menunjukkan terdapat peningkatan ketara terhadap kes ini," katanya.

NONERosnah berkata orang ramai perlu mengambil sikap lebih berwaspada dengan mengutamakan kebersihan di kawasan tempat tinggal dan amalan gotong-royong.

"Jika terdapat pihak yang masih degil dan tidak menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka, mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM500," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bidang pembedahan oral dan rahang atas yang semakin berkembang di negara ini bukan sahaja menunjukkan Malaysia maju dalam bidang perubatan pergigian malah mampu menyumbang dari segi pelancongan kesihatan.

"Ini dapat dilihat menerusi perkembangannya yang seiring dengan kemajuan teknologi, pertambahan tenaga pakar yang bertauliah di samping kos pembedahan yang antara termurah di rantau ini," kata beliau.

http://malaysiakini.com/news/149255

Umno S'gor: Noh ketua, Ezam ketua penerangan?

Salhan K Ahmad
Nov 26, 10
3:03pm

Penyusunan semula kepemimpinan Umno Selangor dijangka menyaksikan Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.

NONEJawatan timbalan pengerusi perhubungan yang dikosongkan Noh pula akan diisi oleh Abdul Shukor Idrus (kini merupakan ketua penerangan Umno negeri itu), menurut tulisan ringkas yang disiarkan semalam di sebuah laman blog pro-Umno.

Laman parpukari.blogspot.com itu dilihat hampir dengan kepemimpinan Umno negeri dan sering dipetik oleh akhbar arus perdana.

ezam mohd nor column pixMenurut laman itu lagi, Senator Ezam Mohd Nor yang menyertai Umno pada Jun 2008 pula akan mengisi jawatan ketua penerangan Umno negeri yang dikosongkan oleh Abdul Shukor.

Ketika diminta mengulas desas-desus yang disiarkan blog berkenaan, Abdul Shukor berkata perkara itu masih belum disahkan lagi.

Jelasnya, perkara itu itu hanya akan disahkan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu yang dijadualkan pada petang ini.

NONEMesyuarat berkenaan bagaimanapun ditunda sebagai menghormati majlis pengebumian bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu.

"Saya tidak ada maklumat lanjut sebab belum ada pengumuman lagi," kata Abdul Shukor lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Najib dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno pada Oktober lalu mengumumkan untuk membuat perubahan kepemimpinan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perubahan itu diumumkan berikutan beberapa teguran yang ditimbulkan oleh para perwakilan dalam perhimpunan berkenaan.

http://malaysiakini.com/news/149242

Wanita PKR mahu ketua umum 'dirasmikan'

Wanita PKR mahu ketua umum 'dirasmikan'

Abdul Rahim Sabri
Nov 26, 10
1:54pm

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengusulkan kepada perwakilan Wanita agar diwujudkan jawatan ketua umum secara rasmi dan diserahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tidak perlu sebut (panjang) kerana sebelum ini beliau diaibkan dan dinafikan haknya dan keluarganya.

"Oleh kerananya, Keadilan (PKR) ditubuhkan (maka) beliau perlu diberi pengiktirafan. Khas untuknya," katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres Wanita hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon suara-suara permintaan daripada perwakilan Wanita untuk "menabalkan" Anwar sebagai ketua umum.

"Lahirnya reformasi kerana Anwar, suburnya demokrasi usaha Anwar, melangkah inovasi bersama Anwar!" katanya sewaktu menyampaikan ucapan yang berjudul "Suburkan Demokrasi Tujah Inovasi".

Sementara itu dalam sidang medianya selepas itu, Zuraida berkata, Wanita PKR mahu jawatan tersebut diwujudkan secara rasmi "di akhir kongres ini".

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata Anwar juga dikenali ramai dari dalam dan luar negara, maka sewajarnya kredibiliti beliau dimanfaatkan dengan meletakkan beliau dalam struktur parti.

Ditanya sama ada jawatan itu akan menyebabkan konflik dengan presiden parti, Zuraida menafikan perkara tersebut.

"Ia akan memperkukuhkan peranan presiden. Kita memiliki beliau sebagai mentor kepada parti dan mengetuai Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya lagi, dengan imej Anwar yang dikenali di luar negara, beliau boleh memastikan imej parti dan Pakatan dikenali di peringkat antarabangsa.

http://malaysiakini.com/news/149232

Nik Aziz: Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga

Nov 26, 10 12:50pm

Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang tetapi pada masa yang sama kesempatan itu diguna untuk menyebar risalah Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEAkhbar rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, berkata Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', melangkah ke hadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

Bijak pilih pemimpin

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

Kesal tiada liputan

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Nik Aziz melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana yang tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, program berkenaan cukup baik dan pertama kali ia diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

“Namun kerana ia dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ia tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ia memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/149218

Bekas Sultan gagal cabar pemasyhuran anak baginda

Bekas Sultan gagal cabar pemasyhuran anak baginda

Hafiz Yatim
Nov 26, 10
11:50am

Mahkamah Persekutuan - mahkamah paling tinggi di negara ini - hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh bekas sultan Kelantan untuk mencabar kuasa Pemangku Raja yang mengambil-alih takhta negeri.

tengku faris kelantan 130910Keputusan dibuat oleh hakim mahkamah persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tiga hakim.

Beliau berkata Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan
bahawa Pemangku Raja boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.

"Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," katanya.

Menurut Zulkefli, Sultan Ismail Petra tiada hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu-isu perlembagaan ke mahkamah tersebut kerana baginda bukan lagi Sultan Kelantan sehingga pulih daripada ketidakupayaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra setelah membenarkan bantahan awal peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili responden, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), bahawa ayahanda baginda tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan tersebut kepada mahkamah berkenaan.

Gulingkan ayahanda


Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September lalu di sebalik dakwaan ada cubaan oleh 'konspirator' untuk menggulingkan ayahanda baginda daripada takhta.

Oleh kerana Sultan Ismail Petra sedang gering, Pemangku Raja Kelantan menggunakan perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan diri baginda menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda.

NONEUndang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Baginda kemudian berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Kemelut istana Kelantan bermula apabila Sultan Ismail Petra diserang angin ahmar pada 14 Mei tahun lalu.

Perkembangan itu menyaksikan Tengku Muhammad Faris - anak sulung baginda daripda tiga putera - dilantik sebagai pemangku sultan.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149213

Syed Husin: Ideologi bukan prasyarat wajib

Syed Husin: Ideologi bukan prasyarat wajib

Jimadie Shah Othman
Nov 26, 10
10:29am

Di sebalik tanggapan tidak mempunyai ideologi yang jelas, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali hari ini berkata perkara itu bukanlah prasyarat wajib dalam perjuangannya.

"Ada pihak mengatakan masalah PKR ialah ia tidak mempunyai ideologi yang jelas. Oleh sebab sejarah dan komposisinya yang pelbagai, PKR belum dapat merumuskan ideologinya.

NONE"Perlu ditegaskan, ideologi bukan prasyarat yang wajib. Dan tidak ada gunanya kita mengambil saja satu ideologi dari luar dan kemudian memaksanya ke atas organisasi dan anggota," kata bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang 'sinonim' dengan ideologi sosialisme.

Berucap merasmikan Kongres Pemuda PKR (AMK) dan Wanita di Petaling Jaya pagi ini, Syed Husin bagaimanapun berkata, PKR ketika ini mempunyai matlamat atau dasar perjuangan yang tegas.

"Lebih baik, dalam keadaan sekarang, parti mempunyai dasar atau program perjuangan yang luas tetapi jelas dan diterima, difahami dan dihayati semua anggota," katanya sambil menambah bahawa perkara itu sering dihuraikan dengan terang dalam ucapan-ucapan pemimpinnya.

Sehubungan itu, tambahnya, "17 perkara dalam Fasal 5 Perlembagaan" harus dihadam dan dijadikan panduan untuk segala tindakan politik.

"Hendaklah keadilan tidak menjadi keistimewaan kepada segelintir kecil dari golongan atasan yang berkuasa dan kaya sahaja." katanya di hadapan 1,500 perwakilan dan pemerhati daripada seluruh negara.

Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Syed Husin menyifatkan PKR sebagai menyerupai "parti pelangi" atau rainbow party yang mempunyai pelbagai warna kerana anggotanya terdiri daripada pelbagai latar politik dan penyertaan dalam NGO, termasuk daripada Umno.

"Sehingga sekarang ada di antara mereka yang masih terbawa-bawa oleh pengaruh lama mereka.

Bahkan masih ada, walaupun bilangannya sangat kecil, yang menimbulkan syak wasangka atau permusuhan dengan membangkitkan latarbelakang tertentu," katanya dengan nada kritikal, berbeza dengan ucapan perasmiannya sebelum ini.

Bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu juga berkata, terdapat dua lagi "perkara yang dari mula-mula menimbulkan masalah dalaman", iaitu perbezaan kaum dan agama sesama anggota dan perbezaan taraf ekonomi.

"Masalahnya di sini ialah bagaimana hendak memastikan agar bilangan kecil yang berwang dan berpangkat tidak akan dapat menguasai parti, dengan wang dan pangkat, untuk kepentingan mereka sendiri.

"Jikalau ini berlaku bahayanya ialah PKR akan berkembang menjadi seperti Umno, terutama selepas mendapat kuasa," kata Dr Syed Husin lagi.

http://malaysiakini.com/news/149203

Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong

Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong

Nov 26, 10 9:57am

Penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini, lapor TVSelangor.

exco interview 170408 halimah aliExco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.

"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.

"Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," katanya.

Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.

NONEPada sesi dialog semalam, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.

Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya.

"Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.

NONE"Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu.

http://malaysiakini.com/news/149201

NUJ: Utusan terus rugi selagi tidak bebas

NUJ: Utusan terus rugi selagi tidak bebas

Nov 25, 10 8:18pm

Media perdana, termasuk akhbar milik Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan terus rugi selagi tidak membebaskan diri daripada pemilikan parti politik, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.

"Satu cara sahaja media perdana, terutama Utusan akan dapat meraih sokongan daripada pembaca dan pengiklan iaitu untuk menjadi sebuah media yg bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menyiarkan berita yang seimbang untuk memenuhi keperluan pembaca dan pengiklan," kata presidennya Hata Wahari.


nuj utusan melayu picket  police 160904  securitySemalam Utusan Melayu dilaporkan mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatannya merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada melalui SMS daripada Indonesia hari ini, beliau memuji Malaysiakini yang bertahan sebelas tahun ekoran kepercayaan pembaca dan pengiklan kerana mengamalkan kebebasan media.

http://malaysiakini.com/news/149188

Usul bahas 3 lelaki Melayu ditembak mati ditolak

Usul bahas 3 lelaki Melayu ditembak mati ditolak

S Pathmawathy
Nov 25, 10
7:35pm

Usul tergempar Dewan Rakyat bagi mendebatkan kes polis menembak mati tiga lelaki berusia antara 15 tahun dan 22 tahun di Glenmarie, Shah Alam ditolak hari.

Usul yang dikemukakan oleh R Sivarasa (PKR-Subang) mengikut Peraturan Dewan 18(1) ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar di kamarnya.

NONESivarasa (kiri, berjaket cerah) menuntut perbahasan diadakan bewrhubung insiden itu yang meragut nyawa Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Hairul Nizam Tuah, 20,dan Mohd Hanafi Omar, 22. Peristiwa itu dikatakan memberikan imej buruk kepada polis.

"Kes ini bukan terpencil kerana apa yang sangat mendukacitakan sejak 1998, tiada seorang anggota polis telah dihukum ke atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Menurut Sivarasa, kerajaan perlu menubuhkan badan bebas bagi menyiasat anggota polis yang terlibat dalam kes menembak mati tiga lelaki itu pada kejadian 13 November lalu.

"Sekiranya terus berlanjutan, anggota polis berasa boleh buat apa-apa sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman terhadap mereka," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Sivarasa, terdapat percanggahan keterangan maklumat polis tentang kejadian berkenaan yang menjurus kepada tindakan polis mempertahankan diri.

"Ini kerana saya telah meneliti laporan polis oleh Nor Hafizah Mad Razali iaitu ibu kepada Muhammad Shamil Hafiz, 15, dan keluarga Mohd Hairul Nizam, 20, mendakwa tembakan peluru dilakukan pada jarak dekat oleh polis.

"Ibunya juga mempercayai (anaknya) dibunuh dengan sengaja oleh polis kerana tembakan di dahi menembusi hingga ke bahagian kepala Shamil.

"Mereka juga terkejut dengan dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan tentang anaknya penjenayah ganas yang dikehendakai sedangkan (dia) tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Pada kejadian itu polis menembak mati tiga lelaki yang didakwa baru sahaja merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1 Glenmarie, Subang kira-kira jam 4.15 pagi ketika sedang membuat rondaan mencegah jenayah di kawasan berkenaan.

http://malaysiakini.com/news/149184

SPRM didesak siasat firma padi mencurigakan

S Pathmawathy
Nov 25, 10
6:04pm

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (bawah, kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat yang didakwa tidak mempunyai loji benih.

NONEKatanya, siasatan juga wajar dijalankan berhubung pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Satu siasatan harus dibuat di peringkat dalaman dan juga oleh SPRM untuk melihat kenapa proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih. Sebaliknya mereka ini menyewa loji benih di bawah Kementerian Pertanian.

"Kontrak membekal baja organik skim subsidi padi Malaysia 2010 juga diberi kepada syarikat yang tak ada pengalaman dalam membuat baja organik," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

NONEMenurutnya, mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih.

"Kenapa diberikan kepada satu syarikat yang tidak punya loji benih? Syaratnya ia mesti diberikan kepada syarikat yang ada loji benih untuk proses benih padi," katanya.

Beliau berkata, kementerian seharusnya mengutamakan syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberikan pulangan yang lebih banyak kepada petani.

NONEMenurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz menteri itu gagal menjelaskan mengapa pertubuhan besar seperti MADA hanya diarahkan mengeluarkan 5,000 tan padi sedangkan ia berkemampuan mengeluarkan sekurang-kurangnya 15,000 tan.


[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149171

NEKMAT berang nelayan didakwa seleweng subsidi

Nov 25, 10 3:50pm

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) meminta orang ramai tidak menuding jari kepada nelayan berikutan pendedahan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi bagi nelayan kerana penyelewengan itu membabitkan orang tengah dan bukan nelayan.

fishermens conferenceAhli Lembaga Pengarah NEKMAT, Abdul Hamid Bahari, berkata apabila isu itu timbul, ramai yang menuding jari kepada nelayan sedangkan mereka yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan daripada kalangan nelayan.

"Saya harap segala tohmahan yang dibuat ini ditarik balik kerana kami (nelayan) mempunyai maruah dan perasaan. Saya sedih apabila isu ini timbul," katanya kepada Bernama di Wisma Nelayan di Kuala Kedah hari ini.

Media arus perdana hari ini memetik Datuk Seri Noh Omar berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bertindak tegas membatalkan pemberian diesel subsidi kepada mana-mana nelayan yang didapati terlibat menyelewengkan bahan bakar itu

Menurut Noh, lesen pengusaha stesen minyak yang membekalkan diesel subsidi kepada nelayan juga akan dibatalkan dan stesen mereka diarahkan ditutup sekiranya dikesan melakukan perbuatan itu.

fishermens nelayan"Ini adalah antara tindakan pentadbiran yang kita lakukan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kerana kita tidak ada kuasa untuk menahan atau menangkap pihak yang terbabit dalam kes penyelewengan ini.

"Sehubungan itu, kita amat mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menahan mereka yang terlibat dalam kes penyelewengan itu," kata Noh, lapor Utusan Malaysia.

Ada rekod

Mengulas amaran itu, Abdul Hamid yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah berkata, diesel bersubsidi yang diberikan kerajaan bukan hanya untuk nelayan tetapi sektor lain seperti pengangkutan dan stesen minyak.

"Jika kita lihat semula, kebanyakan yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdiri daripada pengusaha stesen minyak dan juga pemandu lori. Jika ada pun nelayan yang terlibat (sebelum 2006), jumlahnya sangat sedikit," katanya.

diesel smugglers in sarawak 071004 petronas stationKatanya, nelayan sukar untuk melakukan penyelewengan kerana mereka perlu menggunakan kad e-diesel untuk membeli diesel.

Abdul Hamid berkata, setiap nelayan mempunyai had diesel tertentu untuk diisi bergantung kepada jenis bot yang digunakan.

"Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempunyai rekod setiap kali nelayan mengisi diesel atau petrol," katanya.

Beliau berkata, bagi Kuala Kedah, sebelum kerajaan melantik NEKMAT sebagai pemborong tunggal minyak diesel bersubsidi untuk sektor perikanan pada 2006, memang terdapat penyelewengan diesel tetapi selepas Nekmat mengambil alih, tidak ada tangkapan yang dibuat.

NONEDi Malaysia terdapat 90,000 anggota PNK dan PNK Kuala Kedah mempunyai 4,500 anggota dan merupakan persatuan yang mempunyai anggota terbesar di negara ini.

Dua hari lalu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, dilaporkan sebagai berkata PNK dikesan menjadi dalang utama dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan sehingga mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit kepada kerajaan.

Katanya, kegiatan penyelewengan itu berjaya dibongkar hasil risikan sepanjang lima bulan membabitkan 80 anggota serta pegawai SPRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) empat negeri iaitu Perak, Pahang, Perlis serta Kedah, di mana semua yang ditahan terdiri daripada ejen PNK, pengusaha jeti, "orang tengah" dan pemandu lori.

http://malaysiakini.com/news/149144

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...