PAS dakwa ramai lagi anggota tentera akan tampil

Abdul Rahim Sabri
Ogos 24, 11
6:33pm
Ogos 24, 11
6:33pm
Susulan pendedahan empat bekas anggota tentera yang mendakwa telah menanda ribuan kertas undi pos dalam pilihan raya sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa lebih ramai bekas anggota itu akan tampil membuat pengakuan yang sama.
Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, ramai bekas anggota tentera menghubunginya untuk membuat pengakuan tersebut.
"Setiap kali ceramah, ada (bekas tentera) yang mengaku bahawa dia terlibat. Mereka terdiri daripada dua kategori.
"Pertama, mereka yang memangkah iaitu anggota tentera yang membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh empat orang tersebut.
"Satu lagi, mereka yang tidak berpuas hati,kerana mereka beberapa kali tidak dapat mengundi. walhal, nama mereka ada dalam daftar pemilih," katanya dalam satu sidang media.
Bagaimanapun, sehari selepas pendedahan itu dibuat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun dilaporkan tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."
Beliau dilapor menyalahkan Pemuda PAS dan mencabar mereka mengemukakan bukti untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan.
Mengulas cabaran Zulkifeli itu, Suhaizan berkata pihaknya akan menunjukkan bukti dan data untuk membuktikan dakwaan mereka selepas sambutan Hari Raya Aildilfitri.
"Apa yang kita jumpa di Bagan Pinang, di Sibu... Ini kita akan keluar satu per satu untuk menyatakan ini bukti-bukti bahawa ada manipulasi dalam undi pos," katanya.
Menurutnya, Dewan Pemuda PAS akan "mengumpulkan lebih ramai" untuk membuktikan dakwaan mereka "benar-benar berlaku".
"Perkara ini, bukan satu atau dua orang berkata, tapi begitu ramai (bekas) anggota tentera yang menyatakan perkara ini," katanya.
Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata pihaknya akan terus memperjuangkan reformasi undi pos sekiranya tidak ada usaha dibuat ke arah itu.
Ditanya sama ada Zulkifeli patut mengeluarkan kenyataan tersebut, Suhaizan berkata perkara tersebut sepatutnya dijawab oleh menteri yang terlibat dan SPR.

"Kita khuatir bila panglima respons, ia akan mencetuskan berpihak. Itu yang kita khuatir," katanya.
http://malaysiakini.com/news/174022

8.35 pagi: Sekumpulan anti-Anwar yang memakai baju-T kuning

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan (kiri) bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela, Dr David Wells - pakar patologi forensik Australia - mengenai kemungkinan tersebut.
Seorang lagi ahli kimia, Dr Nor Aidora kemudiannya mendakwa beliau membandingkan DNA tersebut dan mendapati ia milik Anwar.
Dr Asri berkata, dalam pengakuan kepadanya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun tiga anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan.
Menurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'.
Marzuki memberi jaminan akan menuduh mana-mana pihak sekiranya cukup keterangan yang menepati keperluan intipati seksyen kesalahan yang disiasat.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Masyarakat Islam perlu dijelaskan mengenai murtad yang tidak hanya melibatkan pertukaran daripada agama Islam kepada agama lain semata-mata.
Beliau juga tidak berpendapat bahawa kenyataannya – berhubung konspirasi tiga orang menteri berkenaan supaya beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah – akan melemahkan lagi Umno dan BN Selangor.

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.
Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.
Dua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.
"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 Sept.