Sunday, September 21, 2008
Gadis OKU hilang lepas beli juadah berbuka
JOHOR BAHRU: Seorang ibu merayu kerjasama orang ramai untuk mengesan anak gadisnya yang kurang upaya yang disedarinya hilang selepas dia pulang daripada membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran kediamannya di Taman Daya, di sini, Jumaat lalu.
Suri rumah, Norizah Jamburi, 46, berkata anaknya, Khairuniza Ibrahim, 30, yang mempunyai masalah pendengaran, komunikasi dan tidak mampu berfikir secara normal terpaksa ditinggalkannya di dalam rumah yang berkunci ketika dia keluar untuk ke bazar berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
Bagaimanapun, katanya, apabila pulang ke rumah kira-kira setengah jam kemudian, dia mendapati pintu pagar rumah tidak berkunci manakala pintu rumahnya terbuka sebelum mendapati Khairuniza sudah tiada.
“Saya tidak mengambil masa lama untuk berbelanja di bazar itu kerana risaukan keadaan Khairuniza. Sejurus pulang, saya mendapati pintu terbuka dan keadaan itu membuatkan saya cemas serta segera memasuki rumah.
“Bagaimanapun, Khairuniza gagal ditemui selepas saya mencarinya. Saya hanya menemui pakaian yang sudah dipakai mangsa di dalam bilik dan saya percaya dia menukar pakaian sebelum keluar rumah.
“Selain itu, Khairuniza turut membawa semua pakaiannya dan dokumen penting antaranya kad ahli Orang Kurang Upaya (OKU) serta laporan hospital,” katanya.
Norizah berkata, kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak suaminya meninggalkan keluarga pada Disember tahun lalu berikutan enggan menerima kenyataan anak sulung dan bongsunya cacat sebelum mengahwini wanita lain.
“Saya percaya Khairuniza berjaya melepaskan diri melalui kunci pendua kerana dia amat suka dengan tabiat menyelongkar barang di rumah.
“Khairuniza tidak mempunyai rakan dan tidak tahu ke mana hendak dituju, selain tidak pandai menggunakan wang. Saya amat berharap , Khairuniza ditemui semula dan merayu kepada orang yang menemuinya supaya tidak mengapa-apakannya,.
“Orang ramai yang menemui atau mengetahui kedudukannya diminta supaya menghubungi di talian 014-3145620 atau 014-3145296 atau menghantar semula di alamat yang tertera di kad OKUnya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/
Buat pengesahan semula di JPN
KUALA LUMPUR: Mangsa penyalahgunaan identiti, Mohd Ismail Sulaiman diminta pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat pengesahan semula identiti sebagaimana rekod kelahiran dan maklumat dirinya.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor, berkata Mohd Ismail perlu ke JPN Pulau Pinang untuk membuat imbasan cap jari bagi mengesahkan semula identitinya.
“JPN akan membuat semakan rekod, dokumen dan cap jari untuk pengecaman. Mohd Ismail juga perlu membawa bersama semua dokumen berkaitan untuk tujuan pengesahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, JPN juga bersedia membantu Mohd Ismail mengesahkan identitinya jika dia menghadapi masalah berhubung identitinya apabila berurusan dengan pihak polis.
Bagi membersihkan dirinya daripada rekod jenayah dan hutang bank yang tidak pernah dibuatnya itu, Mohd Ismail juga diminta mengemukakan masalahnya kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli, berkata Mohd Ismail boleh membersihkan rekod jenayah dan hukuman yang dilakukan lelaki Bangladesh itu dengan mengemukakan permohonan kepada Ketua Polis Negara.
Menurutnya, kes itu akan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk tindakan lanjut kerana ia membabitkan kes pemalsuan identiti.
Beliau berkata, Mohd Ismail diminta supaya menulis surat dan mengemukakan dokumen berkaitan kepada Bahagian Urusetia Pentadbiran Polis Diraja Malaysia bagi memohon supaya rekod itu dipadamkan.
“Mohd Ismail juga boleh datang sendiri ke Bukit Aman memudah dan mempercepatkan kes ini diteliti dan diproses,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, Mohd Ismail diminta menghubungi Bahagian Urusetia Pentadbiran melalui talian 03-22626222 atau berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara.
Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Pelanggan Bank Negara (BNM) berkata, orang ramai yang mempunyai masalah identiti digunakan pihak lain untuk membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan dinasihatkan supaya membuat laporan polis.
Katanya, pelanggan terbabit perlu pergi ke bank berkenaan dan melaporkan masalah identiti digunakan untuk membuat pinjaman itu bersama sokongan salinan laporan polis yang sudah dibuat mengenai masalah itu.
Menurutnya, jika bank tidak menerima aduan yang dibuat, pelanggan dinasihatkan supaya membuat aduan secara bertulis kepada Unit Aduan di bank berkenaan.
“Orang ramai yang menghadapi kes identiti disalahgunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman juga dinasihatkan supaya mendapatkan laporan kredit daripada Bank Negara.
“Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan lesen memandu (jika ada) dan mengisi borang khusus untuk mendapatkan laporan kredit sama ada di ibu pejabat BNM atau cawangan BNM berdekatan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/
Malang tak sudah
Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Mohd Ismail Sulaiman, 35, menyangka dia sudah melakukan perkara betul apabila menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang menyalahgunakan identiti dan maklumat peribadinya sebelum menyerahkan lelaki itu kepada polis pada 2001.
Bagaimanapun, anggapan Mohd Ismail meleset kerana tindakan itu menyebabkan dia dirundung masalah lebih besar berikutan lelaki terbabit didakwa di mahkamah dengan menggunakan identitinya sebelum didapati bersalah dan seterusnya, menerima hukuman.
Kesilapan teknikal itu menghadirkan mimpi ngeri dan mengubah sama sekali kehidupan Mohd Ismail apabila dia diisytiharkan muflis sejak 2005.
Semuanya disebabkan tindakan penjenayah terbabit yang membuat beberapa pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan bernilai ratusan ribu ringgit namun tidak menjelaskan bayarannya.
Lebih malang lagi, Mohd Ismail sukar mencari pekerjaan apabila rujukan menunjukkan dia ada rekod jenayah dan pernah dihukum 24 bulan penjara serta tiga sebatan. Hakikatnya, rekod jenayah dan hukuman itu dijatuhi ke atas lelaki warga Bangladesh yang mencuri KPT dan menggunakan identitinya.
Pada masa ini, Mohd Ismail yang mempunyai dua isteri dan tujuh anak berusia antara lima bulan hingga 16 tahun, bekerja sebagai pembantu restoran dengan pendapatan antara RM30 hingga RM35 sehari.
“Saya cukup merana kerana menjadi mangsa, biarpun cukup berhati-hati dan tidak pernah kehilangan kad pengenalan sepanjang hidup saya. Semuanya akibat perbuatan penjenayah warga Bangladesh itu yang ‘mencuri’ identiti saya,” katanya.
Mengimbas kejadian itu, Mohd Ismail berkata, dia hanya mengetahui identitinya digunakan penjenayah terbabit apabila menerima notis tarik kereta daripada Maybank cawangan Pudu, Kuala Lumpur pada 2001.
“Di dalam surat itu tertera saya membuat pinjaman sejak 1999 bagi van Nissan Vanette bernombor pendaftaran WHA 2298 dan ansuran bulanannya tertunggak tiga bulan.
“Nasib baiklah pada 2000 saya membeli kereta Proton Saga melalui Maybank cawangan Pulau Pinang dan ini membolehkan notis mengenai van berkenaan dihantar ke alamat terbaru saya.
“Saya kemudian ke Kuala Lumpur (dari Pulau Pinang) pada 21 April 2001 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hal itu,” katanya kepada Metro Ahad.
Mohd Ismail berkata, dia berjumpa dengan Penolong Pengurus Maybank cawangan Pudu bernama Azman Thesaraie yang menunjukkan dokumen asal perjanjian jual beli berkenaan.
“Nyata tandatangan kami berbeza kerana warga Bangladesh itu menandatangani dengan hanya menulis perkataan ‘ABU’. Saya dan pegawai bank kemudian merancang usaha menjerat penjenayah terbabit. Dia dihubungi oleh pihak bank supaya datang ke bank dan menjelaskan sedikit ansuran bulanan jika tidak mahu vannya ditarik.
“Dia (lelaki warga Bangladesh) itu kemudian merayu untuk membayar RM200 atau RM300 dulu dan pihak bank berpura-pura bersetuju untuk memastikan dia datang,” kata Mohd Ismail.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudian datang dengan menunggang motosikal Honda EX5 dan hanya berselipar. Sebaik tiba di bank, dia ditangkap.
“Dia kemudian mengaku membayar RM3,000 kepada seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membeli kad pengenalan sementara sebelum ‘dinaik taraf’ kepada kad pengenalan dan lesen memandu.
“Dia kemudian membawa kami ke tempat dia berurusan dengan pegawai ‘JPN’ berkenaan pada 1998 di Cheras (Kuala Lumpur) tetapi malangnya kawasan itu sudah dirobohkan untuk pembinaan projek baru,” katanya.
Mohd Ismail berkata, penjenayah itu kemudian diserahkan kepada Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Selepas itu, dia tidak tahu perkembangan kes berkenaan sehinggalah pada 2005 apabila usahanya untuk menunaikan cek yang diterimanya daripada tugas mengajar silat ke dalam akaun Maybank ditolak.
“Saya kemudian pergi ke Maybank Pulau Pinang dan diminta berurusan dengan cawangan asal di Butterworth dan di situlah, saya mendapat maklumat yang semua akaun saya disita kerana saya dalam proses diisytiharkan muflis.
“Saya kemudian menjalankan siasatan sendiri dan mendapati lelaki warga Bangladesh yang saya tahan pada 2001 itu sudah didakwa dan dijatuhi hukum pada 6 Jun tahun yang sama di Mahkamah Sesyen 2 Kuala Lumpur.
“Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan tiga sebatan tetapi yang menimbulkan persoalan ialah mengapa dia didakwa di atas identiti saya,” katanya.
Mohd Ismail berkata, dia mungkin tidak berpelajaran tinggi tetapi pendakwa raya sepatutnya mendapatkan identiti sebenar penjenayah itu daripada Kedutaan Bangladesh, bukannya menggunakan kad pengenalannya.
“Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) punca saya tidak tahu pun mengenai perjalanan kes itu sedangkan saya sebagai saksi utama.
“Saya dimaklumkan oleh seorang pegawai polis yang kes itu tidak memerlukan kehadiran saya sebagai saksi kerana tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Beliau, bagaimanapun, mengaku berlakunya kesilapan teknikal menyebabkan tertuduh didakwa menggunakan identiti saya,” katanya.
Apabila ditanya di mana lelaki Bangladesh yang mencuri identitinya, Mohd Ismail berkata, dia sendiri tidak tahu tetapi yakin lelaki itu yang kini sudah bebas masih di Malaysia kerana dipercayai sudah berkahwin dengan wanita tempatan.
“Sekiranya dia diambil tindakan menggunakan identiti saya, pasti dia kini sudah bebas dan berkemungkinan mengulangi perbuatannya. Saya melantik peguam untuk membersihkan nama saya sejak 2005 lagi tetapi di sebalik berpuluh surat yang dihantar peguam saya kepada pihak bertanggungjawab, hanya satu atau dua berbalas.
“Itupun tidak menjawab persoalan sebaliknya sekadar memberikan maklumat yang kami sendiri sudah tahu seperti tarikh dan bentuk hukuman ke atas warga Bangaladesh berkenaan,” katanya.
Mohd Ismail sendiri mengambil inisiatif dengan berjumpa Ketua Polis Pulau Pinang pada 2006, Datuk Christopher Wan Soo Kee tetapi dimaklumkan yang polis negeri ini tidak dapat berbuat apa-apa kerana kes dikendalikan polis Kuala Lumpur.
“Saya cuba berjumpa dengan banyak pihak termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tetapi semua usaha menghadapi jalan buntu sehingga sekarang,” katanya.
Menurutnya, dia juga membuat lebih 10 laporan polis namun sehingga sekarang namanya masih belum berjaya dibersihkan.
http://www.hmetro.com.my/
Juliana Ibrahim seksi
Terkejut Diva bila dapat e-mel daripada seorang teman. Buka saja Diva rasa kurus sedikit puasa Diva. Bukan apa, Diva dapat gambar pelakon siri Saka dan filem Jarum Halus dengan seorang lelaki mat saleh.
Tak dapatlah pula Diva pastikan siapa lelaki yang tinggi sasa itu, tapi melihat kemesraan mereka, mungkinlah dia lelaki yang dekat dengan hidup Juliana.
Angin sepoi-sepoi dan suasana pantai yang mendamaikan membangkitkan rasa gembira dan romantis mereka. Melihatkan senyuman pasangan ini, rasanya seperti mereka ada ikatan. Tapi itu daripada pandangan kasar Diva sahaja.
Sudah banyak betul gambar selebriti kita berpakaian kurang sedap mata memandang yang beredar di dunia siber.
Diva pun rasa kurang enak dan ingin menasihatkan artis kita supaya lebih berhati-hati apabila bergambar mahupun berpakaian.
Memanglah ini dunia mereka, tapi ramai orang yang mengambil tahu perihal artis kita. Itu sahaja.
: Tak pandai pakai seksi sebab takut nampak lemak yang terkumpul di sana sini.Diva
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm
Ju sudah berkahwin - NINIE AHMAD
Merujuk kepada ruangan gosip Cik Diva dalam Kosmo! Ahad minggu lalu, bagi pihak teman baik saya, pelakon dan pengacara cilik, Juliana Ibrahim yang Cik Diva siarkan gambarnya di tepi pantai. Untuk pengetahuan Cik Diva, ‘lelaki mat saleh berbadan sasa’ itu merupakan suami Juliana Ibrahim. Mereka telah berkahwin (nikah) di London pertengahan tahun ini.
Majlis resepsi di KL berlangsung di Hotel PJ Hilton bulan Julai lalu. Disertakan bersama e-mel ini adalah gambar koleksi peribadi saya ketika menjadi pengapit Juliana pada majlis persandingan beliau.
Sebagai sahabat karib dan bagi pihak keluarga & peminat Juliana Ibrahim, saya berharap Cik Diva dapat memperbetulkan keadaan dengan cara yang baik, terbuka dan belajar melaluinya. Mengenali hati budi dan ketulusan Juliana, saya pasti beliau akan menerimanya.
Diva: Ninie, terima kasih atas teguran dan respons yang diberikan kepada ruangan ini. Buat Juliana, Diva mohon maaf atas penyiaran gosip tersebut.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_02.htm
Tuna 'harimau' macam emas
Pengarah lembaga Oceana, Ted Danson mendedahkan, nilai seekor ikan itu yang seberat 635 kilogram kini mahal macam logam emas namun ramai pula sanggup membelinya pada harga sehingga £125 (kira-kira RM788) sekilogram.
Musim panas ini, Oceana melancarkan kempen dan sebuah bot penyelidikan baru, MarViva Med dikhususkan menyelamatkan tuna itu atau nama saintifiknya, Thunnus thynnus.
Populasi spesies yang menetas 30 juta telur setiap musim dan dianggap menu sushi elit di restoran masakan Jepun kini didapati merosot di Lautan Atlantik sejak 1990-an. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/
Eropah selaras cara sembelih
Peraturan baru itu menyaksikan hampir 360 juta ekor babi, bebiri, kambing dan lembu yang disembelih setiap tahun di 27 buah negara Kesatuan Eropah akan mengikut standard sama.
Namun, jurucakap suruhanjaya itu menjelaskan, beberapa kaedah yang diguna pakai sekarang masih diteruskan dengan alasan teknik penyembelihan tersebut kelihatan tidak begitu kejam.
"Di bawah peraturan ini, kaedah melemaskan di dalam air atau pelepasan gas karbon dioksida dibenarkan tetapi mesti oleh petugas bertauliah dengan alat diluluskan," katanya. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/
Pokok panas buat ubat tahan sendiri
Ia seumpama gas yang mampu menjana zat protein pada sistem pertahanan biokimia pokok tersebut serta merawat luka dalaman, kata saintis Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan di Colorado.
Ketuanya, Thomas Karl dalam jurnal Biogeosciences berkata, kimia methyl salicylate ibarat isyarat amaran malah pokok kurang meresap gas karbon dioksida ketika cuaca terlalu panas.
Penemuan di ladang kekacang di California itu juga selari dengan kajian Institut Penyelidikan Gurun Nasional di Nevada yang mendapati gas oksigen kurang dibebaskan pokok ketika suhu kering. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/
Politik dalaman 'pembunuh' sukan
Beberapa bulan sebelum itu seluruh negara asyik dengan kejayaan Malaysia mengatasi Korea Selatan dan Jepun untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik di Moscow.
Penulis juga sempat menonton kehebatan Ow Soon Kooi, Poon Fook Loke, Colin Sta Maria dan rakan-rakan mengawal bola hoki di atas padang rumput.
Lapangan olahraga ketika itu pula dibintangi nama-nama seperti Marina Chin, Mumtaz Jaffar, Zaiton Othman dan Rabuan Pit.
Malang sekali tidak banyak perkara positif yang dapat dibicarakan mengenai tiga sukan ini, disiplin yang dekat di hati pencinta sukan negara, terutama cara-cara sukan terbabit dikendalikan akhir-akhir ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diterajui oleh Sultan Ahmad Shah sejak 1984 tidak sunyi daripada kontroversi.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang dipimpin oleh politikus dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim terus menerus dibelenggu permainan politik dalaman.
Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) bukan calang-calang individu.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Anwar Mohd. Nor, menduduki kerusi panas ini.
Tiga persatuan ini memiliki sentuhan diraja, pemimpin politik dan bekas penjawat awam.
Namun memegang kemudi persatuan ini tidak semudah yang disangka.
Ketiga-tiga sukan ini sentiasa dipantau dengan hebat, keputusan dan dasarnya sentiasa dipertikaikan.
Bahkan penulis sukan yang membuat liputan sukan-sukan terbabit tidak terlepas daripada ditohmah dan dituduh mempunyai agenda jika dilihat terlalu rapat dengan tokoh-tokoh tertentu sama ada dalam bentuk penulisan mahupun tindak-tanduk di belakang tabir ataupun secara terang-terangan.
Kerusi paling panas di FAM, selain yang diduduki oleh jurulatih kebangsaan ialah jawatan setiausaha agung.
Tajuk utama akhbar akhir-akhir ini banyak memperlekehkan cara urus setia FAM yang dikendalikan oleh Datuk Azzuddin Ahmad.
Hinggakan Azzuddin dilaporkan menuntut sebuah akhbar tabloid untuk meminta maaf kerana menuduh penulis artikel itu menyerang peribadi beliau dan ini mengundang kekecewaan Sultan Ahmad Shah.
Bagi mereka yang mengenali Azzuddin, beliau dianggap seorang yang ‘ikut buku’.
Setiap resit perbelanjaan disimpan.
Ketika beliau mengepalai Jawatankuasa Disiplin FAM, Azzuddin sentiasa ditemani buku garis panduan kecil yang disediakannya sendiri untuk dijadikan panduan oleh anggotanya dalam membuat keputusan.
Ketika mengurus pasukan bawah 20 negara yang antara lain dianggotai Aidil dan Zaquan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Samransak Kram dan Azlan Zainal pada 2004-2006, Azzuddin dianggap ibarat bapa kepada pemain dan beliau tidak lokek membelanjakan wangnya sendiri.
Namun genap setahun beliau dilantik menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, Azzuddin dilempar pelbagai tuduhan. Surat layang dan memorandum diedarkan serta diserahkan kepada Sultan Ahmad Shah menerusi orang tengah.
Bagi penulis mudah saja. Azzuddin harus diberi peluang mempertahankan dirinya.
Jika hujah yang dikemukakan oleh Azzuddin kurang meyakinkan, beliau harus rela melepaskan jawatan.
Namun jika Azzuddin berjaya membuktikan tuduhan-tuduhan itu satu pembohongan, nama beliau harus dibersihkan.
Azzuddin dituduh kurang mesra media. Namun kerap kali kenyataannya disiarkan dalam akhbar. Azzuddin melayan panggilan telefon, mudah dihubungi dan kerap bergurau dalam sidang akhbar apabila berdepan media.
Ini hakikat dan boleh dijelaskan oleh mana-mana wartawan yang objektif.
Malah beliau sudah menyatakan hasrat kepada kakitangannya untuk mengadakan satu sesi ramah tamah dengan media, disusuli pembentangan power point, perlawanan persahabatan antara FAM dengan media serta disudahi dengan majlis barbeku tidak lama lagi.
Malang sekali apabila Azzuddin terperangkap dalam isu-isu membabitkan hutang-piutang FAM.
Beliau cuba membersihkan FAM namun daki-daki yang melekat sukar dibuang, dan barangkali cara beliau ‘membasuh’ kotoran itu juga tidak kena.
Jika ‘ikut buku’ itu dilihat satu kekuatan, ia juga boleh dianggap kelemahan.
Dalam mengurus tadbir bola sepak, satu sukan yang dekat dengan masyarakat, kadang kala budi bicara harus diamalkan. Beberapa kelonggaran juga harus dikenakan, terutama dalam menjaga hubungan sesama pemegang saham dan pihak yang berkepentingan.
Hoki pula memerlukan campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menubuhkan jawatankuasa kerja diketuai Datuk Wira Mazlan Ahmad untuk memastikan pasukan kebangsaan layak ke temasya Olimpik di London pada 2012.
Dengan semangat dan moral pemain yang runtuh akibat dihimpit pelbagai tuduhan juga, tidak hairanlah jika Mazlan mencadangkan khidmat jurulatih luar sebagai penyelesaian jangka pendek.
Kemaraan pasukan negara ke temasya Olimpik di Barcelona pada 1992 dicarta oleh Terry Walsh dari Australia warga Jerman, Volker Knapp dan Paul Lissek masing-masing memimpin pasukan ke Sukan Olimpik di Atlanta 1996 dan pingat perak Sukan Komanwel 1998.
KOAM pula bergelut dengan tuduhan seorang pegawai mencabul pegawai seranta di Taiwan selain pertikaman lidah antara timbalan presidennya, Karim Ibrahim dengan pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi IAAF, Musa Noor Mohamad.
Mujurlah pegawai yang dituduh itu digantung daripada menjalankan tugas ke luar negara untuk satu tempoh yang belum ditetapkan.
Kita harus akur tidak ada kesempurnaan dalam hidup.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Namun dalam mengendalikan tiga sukan besar ini, seseorang yang mengutamakan kesempurnaan amat diperlukan.
Usahlah sampai satu hari nanti rakyat terpanggil untuk membuat demonstrasi agar tiga persatuan ini ditutup saja.
http://www.kosmo.com.my/
Sarimah, Amir & Kampung
Biar berdua, Sarimah masih Sarimah yang dahulu. Si suami di sisi, Amir Andrew Browning, sesekali menyampuk dan ketawa. Mereka serasi dan tampak bahagia. Apatah lagi apabila berbicara hal kehidupan rumah tangga yang telah dikongsi selama dua tahun.
Ditambah dengan keterujaan mereka menyambut Aidilfitri, luah Sarimah yang bersedia untuk berlakon dan kembali menyanyi, Syawal tahun ini adalah paling lengkap, bermakna dan dijangka meriah buat dirinya dan Amir.
"Sebab inilah tahun pertama saya dapat berhari raya lengkap seisi keluarga. Adik-beradik dan ibu bapa saya semua sudah kembali ke Malaysia. Kami akan berkonvoi pulang ke Batu Pahat, Johor, sehari sebelum raya. Jika tidak, nenek akan menjerit," beritahu Sarimah ketawa besar.
Amir pula menyampuk: "Saya mahu makan rendang daging nenek. Saya suka berhari raya di kampung kerana komunitinya ramah dan saling menziarahi. Senario ini sangat berbeza dan tidak dapat saya rasai jika berhari raya di Kuala Lumpur."
Malah pulang ke kampung yang serba kekurangan terutama dari segi kemudahan asas termasuk tiada pendingin hawa, digigit nyamuk dan sesekali dihambat kenakalan kanak-kanak bukan lagi senario asing yang harus dilalui sang suami. Sebaliknya, ia sudah sebati dengan jiwa lelaki Inggeris yang dikenali Sarimah sejak lapan tahun lalu ini.
Kata Sarimah, kampung dan kediaman neneknya adalah medan untuk Amir membiasakan diri dengan budaya Melayu. Lebih daripada itu, di sini juga menjadi lokasi Amir mendalami ilmu agama.
"Saya kerap bawa Amir balik Batu Pahat. Saya nak dia dapat pendedahan yang luas mengenai budaya Melayu. Misalnya ziarah-menziarahi, menghormati orang tua, makan pakai tangan, tidur di lantai juga tinggal di rumah tanpa pendingin hawa.
"Saya juga mahu dia menikmati keindahan suasana kampung. Makan masakan kampung seperti sambal belacan dan tempoyak. Saya mahu dia mengenal semuanya," kata Sarimah sambil dipersetujui Amir yang mengatakan tinggal di kampung seperti pergi berkhemah.
Beritahu Sarimah, apa yang dilakukannya iaitu sentiasa memandu Amir dalam norma adat dan budaya Melayu dengan betul dan tidak mahu Amir tergelincir daripada landasan itu kerana bimbang dipertikaikan.
Katanya juga, dia tidak mengahwini Amir kerana harta atau mahu tampak luar biasa, sebaliknya cinta yang tumbuh dalam hati tidak mengenal bangsa atau warna kulit. Sementelah, bapanya juga bernikah dengan ibunya yang merupakan seorang warga Ireland.
Pun dia akui, inilah cabaran yang digalas olehnya apabila bernikah dengan warga asing. Kerana katanya yang sudah bersiap dari segi mental dan fizikal, khalayak kerap prejudis kepada golongan Melayu yang bernikah dengan individu berbeza bangsa.
Kata Sarimah: "Orang selalu skeptikal kalau kita berkahwin dengan warga asing. Sebab itu, saya berusaha keras untuk memperkenalkan Amir dengan budaya kita. Dan orang selalu kata, bila saya kahwin dengan lelaki Inggeris, ia macam tak kekal lama.
"Pada saya, perkahwinan bukan kerana bangsa. Jika ia tidak kekal, juga bukan sebab Melayu kahwin Melayu atau Melayu kahwin bangsa asing. Tapi ia sebab jodoh dan itu kerja Tuhan." - MALIAH SURIP
http://www.kosmo.com.my/
Maut gara-gara berebut asam boi
Dalam kejadian 9 pagi itu, adik perempuan berusia tiga tahun telah memakan asam boi milik kakaknya yang berusia 14 tahun lalu berlaku pergaduhan antara mereka.
Justeru, abangnya iaitu mangsa yang berusia 20 tahun cuba meleraikan pergaduhan kedua-dua adik perempuannya itu.
Bagaimanapun, perbuatannya itu menimbulkan kemarahan abang mereka yang berusia 24 tahun.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Polis Fauzi Arshad berkata, akibatnya berlaku pergaduhan antara kedua mereka dan ketika itu abang yang berusia 24 tahun telah tertikam adiknya yang berusia 20 tahun menggunakan sebilah parang.
“Dalam pergaduhan itu, mangsa ditikam di rusuk kiri. Mangsa yang cedera parah kemudiannya telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kluang, bagaimanapun meninggal dunia dalam perjalanan tersebut,” katanya sambil membertahu ketika kejadian ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja.
http://www.kosmo.com.my/
Pelatih jururawat ada 'sugar daddy'
LAKONAN semula seorang pelatih jururawat menemui 'sugar daddy' di sebuah kolej di Lembah Klang baru-baru ini.
-------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Bagi segelintir pelajar institusi pengajian tinggi, antara cara paling mudah untuk mendapatkan wang tambahan dan bergaya mewah di kalangan rakan-rakan ialah dengan mempunyai 'sugar daddy'.
Ia bukan perkara luar biasa pada masa ini malah 'wabak' tersebut semakin merebak dan menjadi jalan pintas segelintir pelajar IPT ini untuk bermegah-megah dan bersuka ria.
Hal tersebut didedahkan seorang sumber di mana 'wabak' ini telah merebak sejak setahun lalu di sebuah kolej jururawat di Lembah Klang
"Pelatih jururawat tersebut memang sudah lama buat kerja itu. Mereka ini bergerak secara senyap-senyap untuk mengaburi mata orang lain terutamanya rakan sekampus.
"Dia orang ini cantik-cantik belaka sebab itu boleh ada sugar daddy. Agaknya mereka berlatih nak beri khidmat terbaik untuk pesakit kelak." katanya sinis.
Jelas sumber yang ingin dikenali sebagai Zaza itu, kebanyakan pelajar-pelajar yang menjalankan kegiatan ini berasal dari utara tanah air dan Sabah, Sarawak.
Bercerita lanjut, Zaza mendakwa, kegiatan pelatih ini boleh dilihat apabila hampir setiap malam mereka diambil dan dihantar oleh kereta-kereta mewah dengan berpakaian cantik.
Lebih mengejutkan, seorang pelajar bukan hanya ada seorang sugar daddy tetapi sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang.
"Dalam sebulan mereka ini dapat sebanyak RM300 hingga RM400 seorang, kalau sudah tiga orang, tentu dapat RM1,000 lebih dalam tangan.
"Wang itu sudah cukup untuk menampung pelajar-pelajar ini dan dapat bertukar-tukar pakaian baru sentiasa," ujarnya.
Ditanya mengapa pelajar-pelajar ini cenderung untuk mencari sugar daddy, beliau memberitahu:
"Semuanya sebab bosan dan ingin rakan yang boleh bawa mereka bersuka ria selain boleh mendapatkan wang tambahan untuk kegunaan pembelajaran dan harian.
http://www.kosmo.com.my/
9 Oktober, paku terakhir buat 'keranda' Pak Lah?
Oleh TARMIZI MOHD JAM
TELAHAN Dato' Mustapha Ali tentang '16 September' sebenarnya berasas dari segi fakta. Atas sifir itu, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan. Tetapi sudah ditolak mentah Perdana Menteri.
Anwar menghantar surat kepada Abdullah bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini. Tapi ia sudah berakhir dengan respon Abdullah menolaknya. Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.
Anwar hanya ada satu pilihan. Menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan beliau punya majoriti lebih dari yang dibolot Abdullah.
Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang juga mengiyakan sudah membelek-belek sebahagian nama-nama mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak. Dakwa Anwar, seramai 35 Ahli Parlimen BN akan 'melompat' ke Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.
Apakah Anwar akan menghadap Agong dalam masa terdekat ini? Anwar memang tidak boleh memaksa Parlimen bersidang. Itu adalah kuasa Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ini bermakna, kunci Parlimen ada ditangan Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen, jika itu yang diinginkan oleh baginda.
Dalam hiruk-pikuk dan gelabah sakan Abdullah bergelut dengan masalah dalaman Umno, beberapa langkah dratik diambil bagi meredakan semua senario yang boleh mentalqinkan karier politiknya.
Bukan sahaja wartawan Shin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dilepaskan tetapi Terasa Kok juga dibebaskan. Dan tentulah selepas ini Raja Petra Kamaruddin menyusul. Tangkapan dibuat bagi meningkatkan 'ketengangan' emosi rakyat.
Selepas itu mereka dibebaskan satu persatu untuk membuktikan 'kebaikan' Abdullah. Barangkali beliau hanya mahu 'berlakon' penuhi kehendak MT Umno, agar ISA digunakan untuk memadamkan 'api perkauman' yang dikatakan cukup membakar!
Abdullah sendiri, sudah maklumkan beliau tidak ada rancangan menangkap Anwar dengan ISA, selepas Terasa, Tan dan Raja Petra dicekup. Langkah ini bagi meredakan amarah rakyat kononnya Anwar termasuk dalam rancangan untuk disumbat ke Kem Tahanan Kamunting, kerana 'modus operandinya' mengancam keselamatan negara.
Cerita Anwar mahu menawan Putrajaya menerusi ‘pintu belakang’ cukup ditakuti Abdullah dan Najib. Tekanan MT Umno pada 18 September, agar Abdullah undur secara terhormat, masih dicuba untuk diatasi.
Akhirnya, memujuk kumpulan Najib, diserahkan kuasa Menteri Kewangan 1 kepada TPM dan beliau menggalas kuasa Menteri Pertahanan. Sebenarnya, Abdullah cukup-cukup terjepit dengan sebarang kemungkinan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal daripada yang dirancang mengikut pelan peralihan 2010.
MT dan akar umbi mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini. Iaitu tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November. Sebanyak 193 Bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan bermula daripada Presiden hingga MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember ini.
Apakah Abdullah mampu raih 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan Presiden? Ia berbeza sebelum ini. Beliau memegang jawatan Presiden tanpa bertanding. Kali ini, rentaknya amat berbeda.
Apa yang akan dijulang Anwar untuk menghentak BN selepas ini belum diketahui tetapi amukan akar umbi Umno sudah memanaskan punggung Abdullah. Silap-silap perkiraan, 9 Oktober pula jadi penentu hayat Presiden Umno ini.
Apakah tarikh ini akan menjadi paku terakhir untuk 'keranda' Abdullah?
http://www.tranungkite.net/
Mengapa PM Pegang Menteri Pertahanan?
Oleh ibnuhasyim.com
PERTUKARAN portfolio antara PM (Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan) dengan TPM (Timbalan PM merangkap Menteri Pertahanan) adalah 'merupakan satu pengakuan yang Abdullah (PM) tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan', dan 'Najib (TPM) akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik' kerana meningkatnya kemelut ekonomi di Amerika Syarikat masa kini.
Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang tertulis dalam web Malaysia Kini bertajuk 'Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan' pada Sept 19). Namun kata Dr M seterusnya, "Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop".
Bila ditanya sama ada pertukaran portfolio itu (Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan manakala Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan) akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam UMNO, Dr Mahathir menjawab secara sinis, "Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun."
Kalau begitu apa perlunya PM pegang Menteri Pertahanan? Pada saya kerana dua sebab…
Pertama:
Memandangkan semasa pertukaran portfolio tersebut berlaku (Sept 18), PM selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN sedang diserang dari serba sudut akibat kerana merosotnya pengaruh BN dalam PRU 12 yang lalu:
i..Iaitu dari Dr Mahathir dan kumpulannya seperti Datuk Mukhriz.
ii.Dari Tengku Razaleith dan kumpulannya yang berkemungkinan akan kembali merebut jawatan Presiden UMNO.
iii.Telatah rakan-rakan gabungan BN kalah seperti MCA, MIC dan lain-lain.
iv.Terakhir Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menampakkan tidak puas hati terhadap Pak Lah.
v.Juga dengan gelagatKetua Wanita UMNO nya…
vi.Dan peranan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan kegoncangannya yang akan merubah keyakinan YB-YB BN untuk melompat parti.
vii.Campur tangan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.
Maka Presiden UMNO itu perlu menunjukkan beliau ada kekuatan tentera di belakangnya. Ada juga yang mengandaikan apabila dirasakan UMNO akan pecah teruk dari dalam kerana menolak Pak Lah, maka Najib terpaksa menyelamatnya dengan mengarahkan tentera rampas kuasa? Akhirnya yang selamat Najib bukan Pak Lah!
Kedua:
Merujuk kepada tulisan saya 'Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..' Mac11,08, 'Teori 2, Anwar Jadi PM..' Mac12,08, 'Pertarungan 3 Tokoh, Teori 2 Anwar…' Mac13,08, 'Kerjasama BN-Anwar & Surat Peribadi Mukhriz Mahathir..' Mac15,08 dan beberapa tulisan lagi selepas itu, ada 2 teori Anwar jadi PM. Plan A dengan mencuri 30 Ahli Parlimen BN, dan Plan B berkejasama dengan kem Pak Lah memerintah negara.
Pada saya, andainya Plan A ini gagal, seperti gagalnya 'mengambil alih negara pada Sept 16' ini (walau selepas Sept 16 belum tentu gagal lagi), Anwar akan beralih kepada Plan B. Dalam Plan B pula, ada 2 cara.
i..Kerjasama Anwar-Pak Lah. Saya yakin, masih ada 'kaki-kakinya' dalam kem Pak Lah, contohnya dalam kes pembebasan beliau dari penjara, sewaktu Pak Lah baru ambil alih pemerintahan, walaupun menimbulkan tidak puas hati kepada penahannya iaitu Dr M sendiri.
ii.Kerjasama BN-Pakatan Rakyat di mana Anwar sebagai penghubungnya. Dalam politik segalanya boleh berlaku. PAS musuh ketat UMNO sejak belum dan lepas merdeka boleh 'kongsi kuasa' selepas Mei13, 1969. Parti Gerakan menentang MCA dalam PRU 1969, tetapi boleh bernaung sebumbung di bawah BN selepasnya. Begitu juga DAP. Sila lihat tulisan saya .' Rahsia Mengapa Karpal Singh Begitu Celupar..' April 24, 08.
Maka langkah dan muqaddimah awal kearah teori 2 atau Plan B Anwar jadi PM, ialah dengan peng'ambi-alih'an Kementerian Pertahanan terus di bawah Presiden UMNO itu. Mengapa saya berpendapat begitu dan apakah ada hubungan gelap atau jalan belakang Anwar-Pak Lah?
Insya Allah, akan bersambung dalam tulisan akan datang. Hanya, sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu 'aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September20, 08. KL.
http://www.tranungkite.net/
Tajuk Utama The Star Hari Ni..
Oleh Kopitiam
Pak Lah under pressure to exit tulisan Joceline Tan menjadi tajuk utama The Star hari ni...
Kalu surat khabo main stream dah tulis macam ni....tanda talqin untuk Pak Lah le gayenye... Tak dapek den nak menolongnye...
Tapi itu bukan yang paling menarik. Semua makluk dalam dunia ni memang menjangkakann riwayat politik Pak Lah sebagai PM memang di penghujung jalan. Berita mengenai Najib seperti yang disiarkan oleh Malaysian Insider yang menarik perhatian teman hari ni...
Should he (Najib) assume the Umno presidency now, he would have to select a deputy from Umno's two vice-presidents, Muhyiddin and Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, who is also the Chief Minister of Malacca.
Umno officials say that Najib isn't keen on either and is more partial to Datuk Zahid Hamidi, who is Information Minister and his former political secretary.
In any case, Najib's promotion to the presidency ahead of the Umno elections will trigger a scramble for the deputy presidency, a contest that will spilt an already fractured Umno, they argue.
Zahid Hamidi yob yang bakal jadi TPM...dan UMNO akan terus bergolak dengan berbagai pasukan.
Cuma satu kesan positif dari semua ni....sekurang-kurangnya tak berTPMkan Ali Rustam teman. Bayangkan Ali Rustam jadi TPM....habis diketamnya kita semua yob...
Loading...
--
Posted By Firdaus Omar to Kopitiam Bang Nan
http://www.tranungkite.net/
Akta Hubungan Kaum Di Malaysia
Oleh AlKundangi
Bila Menteri Dalam Negeri menyebut keperluan kepada akta hubungan kaum di Malaysia, tentulah kita tertanya-tanya apakah pula akta itu dan kenapa pula negara ini perlukan satu akta mengenai hubungan kaum. Dalam kenyataan yang sama selanjutnya Syed Hamid AlBar menyatakan akta itu melibatkan soal integrasi, pendidikan dan ekonomi.
Persoalannya di sini ialah apakah hubungan antara kaum di Malaysia begitu renggang sehingga memerlukan satu akta digubal untuk itu?
Sejarah hubungan kaum di negara ini amat panjang, sama panjangnya dengan usia kemerdekaan negara ini. Antara syarat kemerdekaan dalam rundingan antara Tunku Abd.Rahman dan kerajaan British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan bagi negara ini adalah persoalan hubungan antara kaum.
Semua rakyat jelata yang belajar sejarah memahami negara ini dihuni oleh tiga kaum terbesar,iaitu Melayu, China dan India.Tentu saja pihak British dan Tunku berunding mengenai kemerdekaan sedar tentang kedudukan kaum di sini. Sebab itu dalam rundingan itu disebut tentang permasalahan berkenaan yang terkenal dengan prinsip “jus soli,” di mana kaum Melayu hendaklah menerima kewarganegaraan kaum-kaum lain yang menetap di negara ini.
Sementara itu kaum-kaum lain itu,khususnya India dan China hendaklah mengiktiraf hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu. Hak-hak ini termaktub dalam perlembagaan seperti kedudukan Sultan dan Agama Islam serta pelajaran. Itulah antara lain yang dirundingkan oleh Tunku dan pihak British sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31.8.1957.
Dengan demikian,secara asasnya, akta hubungan kaum itu telah termaktub dalam perlembagaan negara,hanya ia tidak diperincikan sebagai satu akta yang tersendiri. Hubungan aantara kaum menegang pada tahun-tahun 1969, atau Mei 69, di mana waktu itu pergolakan politik agak meruncing terutama di Selangor, di mana UMNO kalah teruk pada pilihanraya 69. Namun tragedi berdarah itu tidak pula diikuti oleh suatu akta hubungan antara kaum.
Namun sesetengah sarjana menolak ia disebabkan oleh hubungan antara kaum, tetapi didorong oleh politik sempit murahan golongan tertentu. Pada tahun 1987 sekali lagi hubungan antara kaum di negara ini retak,bahkan ada ucapan-ucapan yang di luar logika manusia dilontarkan oleh mereka yang bertaraf menteri dengan perkataan seperti bunuh China,bunuh China.
Tahun itu menyaksikan UMNO berkonflik sesama sendiri,sehingga timbul kumpulan 11,Tun Salleh Abbas dipecat dari Ketua Hakim Negara, dan UMNO ditalkinkan oleh Tun Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh. Pertelagahan di antara keduanya menyebabkan UMNO diharamkan.
Namun dalam kedua-dua kes, iaitu Mei 69, dan peristiwa 1987, tidak pula kedengaran akta hubungan antara kaum itu perlu digubal. Tetapi ini dirasakan berlainan sekali pada tahun ini. Selepas UMNO/BN menang tipis dengan empat negeri terlepas ke tangan pembangkang, di samping usaha-usaha yang dijalankan oleh DS Anwar untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan menerusi pintu belakang, Menteri Dalam Negeri tiba-tiba pula mencadangkan supaya digubal satu akta hubungan di antara kaum.
Isu perkauman dimulakan atau dihangatkan oleh Ahmad Ismail, Ketua Umno Bukit Bendera yang menyebutkan kaum China menumpang di negara ini. Namun tindakan ke atas Ahmad Ismail cuma digantung keahliannya tiga tahun. Namun Raja Petra, Teresa Kok, dan seorang wartawan ditahan di bawah ISA,atau Akta Keselamatan Dalam Negeri, walaupun kedua-duanya dibebaskan kemudian.
Hanya Raja Petra yang masih ditahan. Tidak ada pun keperluan Akta Hubungan Antara Kaum kelihatan diperlukan dalam kes-kes ini. Soalnya kita tertanya-tanya, apakah perlu akta tersebut dalam keadaan sekarang? Apakah ia baik untuk rakyat Malaysia, atau adakah ia menambah-renggangkan lagi hubungan kaum di negara ini.Banyak akta-akta yang boleh digunakan untuk sesiapa yang cuba menimbulkan isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan antara kaum di negara ini seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri,Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak.
Kesemua akta ini sebenarnya lebih bersifat mengongkong kebebasan rakyat termasuk kebebasan berfikir secara rasional.
Apakah Menteri Dalam Negeri ingin menambahpanjangkan senarai akta-akta yang sedia ada dan menyekat kebebasan masyarakat negara ini, yang mana ia sudah tentu akan lebih banyak ditujukan kepada pembangkang serta menyekat kebebasan intelektual rakyat negara ini. Apakah logika yang digunakan oleh Menteri Dalam Negeri yang lebih terkenal sebagi anak singa UMNO itu?
AlKundangi,
19.8.2008.
http://www.tranungkite.net/
ISA: Bila lalat dan langau disangkakan gajah
Oleh : Sang Kelulut
Kota Baru : The magistrate's court here yesterday ordered a blogger to be remanded for two days.Magistrate Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra issued the order to enable police to investigate the 38 year old man under the Sedition Act.Police detained the blogger at his house here at 5.05 pm on wednesday.- Bernama
Sebelum ini Teresa Kok dan Raja Petra telah ditahan dibawah ISA.Bagaimana pun seorang wartawan akhbar berbahasa cina telah dibebaskan terlebih awal kerana tiada bukti kukuh yang boleh disabitkan.( tahanan yang lain ada bukti ke ? )
Sindrom salahkan pihak lain terutama dikalangan bloggers dan pimpinan Pakatan Rakyat sudah menjadi trend popular UMNO - BN .
Ketika rakyat sedang dicengkam masalah ekonomi dengan mudah Perdana Menteri menuduh Anwar Ibrahim sebagai punca pelabur asing takut untuk melabur sekaligus ekonomi terjejas .
Soalnya siapa yang sedang memegang tampuk pemerintahan ? Apakah semudah itu seorang pemimpin mengalihkan masalah ?.
Dalam malaysiakini melaporkan Dr Mahathir mengatakan" Abdullah tidak mampu menguruskan kementerian kewangan"(mkini 19.08.2008).
Fokus pimpinan negara bercelaru terhadap isu dan permasalahan rakyat sangat membosankan.Sepatutnya strategi - strategi dirangka dan dilaksanakan .
Pelabur kurang yakin terhadap Malaysia bukan hanya disebabkan faktor politik Pakatan Rakyat.
Bukankah seluruh dunia telah maklum tentang pergolakan politik di dalam Umno itu sendiri .Yang menggesakan agar Pak Lah mempercepatkan proses peralihan kuasa itu apakah pemimpin pakatan Rakyat atau pemimpin utama Umno ?
Kalau ahli parti sendiri yang bersuara terhadap presiden apakah nilai yang tinggal ? bagaimana mahu menyakinkan pelabur ? .
Isu penahanan ISA bukahlah penyelesaian , bahkan ini akan menambahkan lagi kekusutan .Sepatutnya pihak kerajaan mengambil jalan perbicaraan di mahkamah sekiranya benar ada perlakuan salah.
Dan terlebih penting wajib berlaku adil tanpa mengira latar belakang. ( kes Datuk Ahmad Ismail dilihat berat sebelah ).
Hal - hal titik bengik tidak perlulah diambil pusing hingga mencetuskan polemik murahan.
Kes kickdefella ( blogger ) perenggan pertama diatas.Kesalahannya hanya mencadangkan para blogger terbalikan bendera ketika sambutan kemerdekaan sebagai tanda protes.
Sebaliknya pula kes dari Pulau Pinang bukan itu hasutan jahat yang sangat merbahaya bukan setakat bendera terbalik ..bahkan negara pun boleh terbalik.
Apakah hanya Datuk Ahmad seorang ahli parti Umno maka di kecualikan dari tindakan undang - undang negara ?
Sebenarnya Umno - BN sedang nazak untuk mendapatkan sokongan rakyat setelah berakhir PRU 12 .Jika mereka tidak berubah sikap pasti BN akan menggali kubur mereka sendiri .
www.telokbakong.com
kelulut@telokbakong.com
http://www.tranungkite.net/
Jenayah Semakin Berleluasa, Kreadibiliti Dan Integriti Polis Wajar Dipersoalkan
Oleh: cucumatkilau
Kematian ngeri adik Ying Xin baru-baru ini jelas sekali menggambarkan kepada kita bahawa negara Malaysia kini bukan lagi sebuah negara "Selamat, Aman dan Makmur" seperti yang dicanangkan dalam slogan BN dalam pilihanraya umu lalu. Sesungguhnya, kematian ngeri beliau itu jelas membuktikan kepada kita bahwa para penjenayah di negara ini sudah semakin berani bertindak "drastik" dan diluar batas kemanusian.
Apa lagi yang harus diperkatakan sebenarnya?. Bermula dengan siri pembunuhan demi pembunuhan seperti Canny Ong, Noritta Shamsuddin, adik Nurul Huda, Farah Deeba, Nurin Jazlin serta ramai lagi mangsa yang dikenalpasti, dan kini kehilangan adik Sharlinie masih lagi menjadi tanda tanya yang tidak berpenghujung.
Apakah ini menunjukkan bahawa negara kita ini selamat, aman dan makmur seperti yang diwar-warkan?. Mengapakah ini semua berlaku dalam keadaan pasukan keselamatan kita dianggap antara yang terbaik di rantau ini malahan juga di dunia?. Persoalannya, mengapakah penjenayah-penjenayah ini masih berleluasa di Malaysia?. Mengapa mereka gagal dibenteras dan diambil tindakan?.
Kes Nurin Jazlin misalnya, hingga kini sudah lebih setahun kejadian ini berlaku. Namun, difahamkan penjenayah terbabit masih gagal untuk ditangkap apatah lagi ditemui. Jika pasukan polis kita cekap dan betul, mereka seharusnya melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Apakah ukuran standard pasukan polis kita boleh dipertikaikan? Mengapakah ini berlaku. Walhal dalam kes Nurin Jazlin, khidmat FBI dari Amerika telah digunakan untuk mengenalpasti dan mengecam gambaran penjenayah yang terdapat di CCTV. Namun, dengan bantuan FBI itupun kes ini masih belum dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Apakah kita mahu melihat penantian ini berakhir dengan lebih banyak tragedi ngeri?.
Inilah yang berlaku kepada adik Ying Xin baru-baru ini. Beliau bukan sahaja dibunuh malahan mayatnya telah dibakar dalam usaha untuk menutup serta menghapuskan bukti. Kaedah yang digunakan ini seolah-olah mengingatkan kita kepada kejadian pembunuhan ngeri wanita Monggolia Altantunya Sharibuu dulu. Mayatnya tidak dibakar tetapi diletupkan dengan bom C4 dalam usaha penjenayah untuk menghilangkan bukti. Kes ini akan didengar keputusannya pada 31 Oktober 2008 ini. Apakah keputusannya juga akan sama dengan kes Noritta Shamsuddin, dimana akhirnya semua penjenayah terlepas? Bahkan, individu yang dituduh iaitu Hanif Basree juga dibebaskan oleh mahkamah selepas itu. Akhirnya kes itu menjadi tanda tanya, siapakah pembunuh sebenar Noritta?. Polis mengeluarkan kenyataan terdapat "dua lembaga" yang tidak dikenalpasti terlibat. Soalannya siapakah lembaga itu? Apakah mereka "orang minyak" atau mungkin juga "orang bunian". Lantara itu terlalu sukar untuk pihak polis melakukan penyiasatan secara terperinci dalam kes ini. Segalanya berakhir dan kes itu dilupakan kini.
Namun, bila timbul kes terbaru yang melibatkan pelajar pintar seperti Ying Xin baru-baru ini maka terbukalah semula mata kita. Heboh disana sini tentang keselematan yang semakin tidak terjamin. Penjenayah yang semakin berleluasa dan ganas. Membunuh, merompak dan merogol kini sudah menjadi "lumrah" dalam kehidupan rakyat Malaysia. Terasa takut untuk kita berhadapan dengan situasi ini. Seolah-olah negara kita ini sudah tidak selamat lagi. Anak-anak kita bebas ditangkap dan diculik oleh penjenayah. Bulan Ramadhan ini pun penjenayah masih beroperasi sehingga menggundang "mimpi ngeri". Lihat sahaja kes pembunuhan "tebusan" selepas bersahur di ibukota baru-baru ini. Bukankah semua ini mengundang padah, penjenayah sudah mula nampak bahawa negara Malaysia "selamat" untuk mereka melakukan kerja-kerja terkutuk itu. Mengapakah ini terjadi? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini.
Apakah kejadian demi kejadian ini menunjukkan yang mereka sudah nampak "ruang yang terbuka luas" untuk beroperasi di negara ini. Saban hari kita disajikan dengan adengan jenayah ini. Bukti jelas dapat kita lihat dalam rancangan 999 yang disiarkan di media arus perdana TV3. Jenayah sering berlaku hingga menakutkan kita. Mungkin mereka melihat sememangnya Malaysia tempat paling sesuai untuk tujuan itu.
Sesuatu perlu dilakukan. Kreadibiliti pasukan polis perlu dipertingkatkan, bukan sahaja integriti semata-mata. Pulihkan kembali imej dan preastasi jika mahu dihormati. Ada pihak yang kini sudah mula "benci" dan "tidak percaya" kepada polis di negara ini. Menurut mereka, polis lebih gemar melakukan operasi bila berhadapan dengan pihak pembangkang. Mereka seolah-olah akur dengan arahan pihak atasan yang menerima tekanan daripada pucuk pimpinan kerajaan. Apakah ini benar? Atau sekadar telahan semata-mata.
Lihat sahaja dalam kes liwat terbaru Anwar Ibrahim. Pihak polis begitu cepat dan cekap melakukan siasatan dengan menampilkan 18 orang saksi kes itu pada awalnya. Namun kini segalanya bagai "wayang" semata-mata. Kes telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, biarpun banyak terdapat percanggahan fakta. Masih kita ingat laporan perubatan yang dibuat oleh seorang doktor di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), bahawa Saiful tidak diliwat. Namun pihak polis menolak laporan tersebut atas alasan doktor itu bukan "pakar perubatan yang sah" dan hanya sekadar pembantu. Namun, sehingga ke hari ini laporan perubatan Saiful dari Hospital Kuala Lumpur seperti yang diharap-harapkan tidak juga muncul. Maka sepatutnya kes ini boleh dibuang begitu sahaja. Apakah yang disiasat oleh pihak polis agaknya. Hinggakan mereka tidak "perasan" Saiful membuat pengakuan berbelit-belit "sekejap dipaksa" kemudia bertukar "suka sama suka". Kejadian tanpa "masa dan tarikh" bahkan banyak lagi keraguan timbul selepas itu. Namun polis terus menyiasat kes itu. Apa yang disiasat agaknya?
Lebih parah lagi, bila prosedur biasa untuk kita membeli "laporan polis" juga dinafikan. Peguambela Anwar tidak dibenarkan membeli laporan itu selagi Anwar tidak menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak polis. Kita sebagai orang awam pun naik hairan, jika ini berlaku kepada orang lain mungkin ia sudah dilepaskan. Lihat sahaja, laporan polis yang dibuat terhadap seorang artis veteran yang popular dengan gelaran "Raja Gelek" berhubung dengan kes liwat. Mana pergi siasatan dan laporan kes itu? Senyap menyepi begitu sahaja. Mungkin kerana beliau bukan ahli politik agaknya. Namun bila berhadapan dengan kes Anwar, mereka menerima segala apa yang dinyatakan oleh pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan tanpa menyiasat apakah dakwaan itu benar ataupun sekadar fitnah semata-mata. Senario ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa kreadibiliti pasukan polis kini semakin dipertikaikan oleh rakyat terbanyak.
Justeru itu, pihak polis perlu mengambil ikhtibar akan hal ini. Reformasi ke arah menjadikan serta mempertingkatkan kreadibiliti dan integriti polis perlu dilakukan segera bagi tidak menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap institusi itu. Rakyat yang sudah muak dan jelek dengan pihak polis ini akan terus memberontak mahukan perubahan. Inilah yang perlu dilakukan demi menyelamatkan mereka. Kita tidak mahu negara ini dianggap sebagai "selama, aman dan makmur" bagi penjenayah untuk bermaharajalela. Kes-kes yang berlaku mutakhir ini perlu dijadikan bukti bahawa memang mereka sudah tidak gusar dengan pihak polis. Mungkin mereka berkata bahawa pihak polis di Malaysia hanya akan bertindak cepat dan cekap kepada pemimpin pembangkang di negara ini. Maka mereka bebas melakukan jenayah. Sebab itulah semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu, awal-awal lagi sudah berlaku kes jenayah rompakan bernilai jutaan ringgit di Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang. Ini maknanya, mereka tahu jika berlaku seperti ini sudah pasti "line clear" untuk mereka lakukan jenayah terbabit. Semoga perubahan besar dapat dilakukan oleh pihak polis selepas ini.
[Kes tangkapan seorang blogger di Kuantan Pahang yang dikenali sebagai cucumatkilau, sehingga ke hari ini masih belum tahu perkembangannya. Biarpun sudah lebih 8 bulan berlalu dan laporan polis sudah dibuat. Namun status siasatan masih diragui ketelusannya. Apakah ini bermakna, pihak polis cuba menutup kes yang melibatkan anggota mereka sendiri. Jemput masuk ke Blog Pahang Daily ] (http://pahangdaily.blogspot.com/)
http://www.tranungkite.net/
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak – Profesor Dr. Abdul Aziz Bari
Oleh professor
"Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.
Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang?
Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan.
Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.
Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja.
Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini.
Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.
Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang.
Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.
Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan.
Prof Dr. Abdul Aziz Bari"
http://www.tranungkite.net/
Agen Amerika: AMK Bidas Kenyataan Biadap Rais Yatim
Sunday, 21 September 2008
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan biadap dan dangkal yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri, Dr. Rais Yatim hari ini yang cuba menimbulkan spekulasi mengenai hubungkait Amerika Syarikat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dipetik melalui laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, Rais dipetik sebagai berkata Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.
Kenyataan biadap ini dipercayai adalah satu usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah Utusan Malaysia yang kelihatan mahu mengucar-kacirkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya.
Propaganda murahan mengenai 'Anwar Agen Amerika' ini telah disebarluas sebegitu lama, paling hangat sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.
Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan.
Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.
AMK yakin dan percaya propaganda murah sebegini begitu terdesak direncanakan memandangkan mereka gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh terdekat.
AMK mendesak agar Rais Yatim memberikan justifikasi jelas mengenai tuduhan palsu beliau dengan kadar segera. AMK juga tidak teragak-agak untuk menyaman Utusan Malaysia kerana bertindak mengapi-apikan sentimen rakyat dengan nilai pemberitaan yang rendah dan jumud sekiranya mereka gagal menarik balik berita tersebut dalam tempoh 24 jam.
http://buletinonline.net/
Duit Raya - Lagi OKU dan Warga Emas Dianiaya JKKK
Friday, 19 September 2008
Dungun - Kira- kira 100 penduduk Kampung Sungai Buaya di sini termasuk 10 orang kurang upaya (OKU) dan warga emas kecewa tidak menerima dana bantuan Aidilfitri dari kerajaan negeri yang mula diagihkan sejak kelmarin.
Mereka mendakwa layak menerima bantuan tersebut dan sudah mengisi borang permohonan tetapi tidak menerima bantuan yang diagihkan di kampung berkenaan semalam.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM46.6 juta sebagai bantuan Hari Raya tahun ini kepada penduduk miskin, warga emas, OKU dan ibu tunggal dan senarai nama penerima dipilih oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.
Seorang penduduk cacat penglihatan, Ismail Man, 73, berkata, dia pernah menerima bantuan berkenaan tahun lepas tetapi dimaklumkan oleh pihak JKKK bahawa dia tidak layak menerimanya tahun ini.
''Saya ada jumpa pihak JKKK sebelum ini dan diberitahu bantuan ini bukan untuk semua orang tetapi untuk mereka yang bertugas dalam pilihan raya umum baru-baru ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Warga emas yang cacat penglihatan sejak kecil itu berkata, dia kini hidup seorang diri tanpa sebarang mata pencarian dan hanya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM200 sebulan.
''Jika saya dapat bantuan hari raya itu ia dapat mengurangkan sedikit beban kehidupan harian. Kadang-kadang makan pun tak cukup," katanya yang membela sejumlah ekor ayam dan menjual telur ayam berkenaan untuk menampung kehidupan harian.
Rakannya, Muhammad Yahya, 61, berkata, dia juga sudah empat kali menerima bantuan berkenaan namun kali ini dimaklumkan tidak layak menerimanya.
''Saya sudah isi borang permohonan yang diedarkan JKKK namun saya tidak menerima baucer untuk bantuan itu dan saya dimaklumkan saya tidak diberikan bantuan itu," katanya yang bekerja sebagai tukang urut untuk menampung kehidupan hariannya.
Lelaki itu yang hidup sebatang kara tidak mempunyai ahli keluarga lain untuk membantunya.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Hamiza Salmi, 30, berkata, lebih 100 penduduk kampung berkenaan layak menerima bantuan berkenaan berdasarkan kesempitan hidup mereka namun tidak dimasukkan dalam senarai.
''Mereka ini memerlukan bantuan untuk meringankan beban ketika menyambut Aidilfitri ini," katanya kepada Utusan Malaysia.
Bacaan Seumpama :
Angkara JKKK, OKU dinafikan duit raya?
Common Sense
ORANG ramai menyerbu kaunter untuk mengisi borang bagi mendapatkan wang dana khas kerajaan negeri di Dewan Sivik Buluh Gading, Manir, Kuala Terengganu semalam
Seramai 1,262 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Kuala Terengganu antara 150,000 penerima awal layak menerima duit raya bermula semalam.
Duit berjumlah minimum RM200 hingga RM400 itu merupakan dana khas sebanyak RM40 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu penduduk termiskin sempena Aidilfitri nanti.
Dalam agihan di Dewan Sivik Buloh Gading, Manir sebanyak RM383,600 telah diagihkan kepada enam kampung di bawah DUN tersebut iaitu Kampung Teluk Pasu, Sekati, Haji Awang, Tanjung Bunut, Buluh Gading dan Kubang Jela.
Antara penerima bantuan itu ialah 751 orang dari golongan miskin, 113 orang kurang upaya, 159 ibu dan bapa tunggal dan warga emas seramai 244 orang.
Agihan dana khas itu dijangka selesai diberikan kepada semua penduduk yang layak selewat-lewatnya Isnin depan melalui semua DUN masing-masing.
Berita diatas adalah dari sebuah akhbar perdana semalam. Cuba tengok wajah-wajah penduduk termiskin yang menerima duit itu semalam dibawah ini
http://buletinonline.net/
Angkara JKKK, OKU dinafikan duit raya?
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Tuesday, 02 September 2008
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyatakan Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Ahmad berkata, bantuan hari raya tersebut adalah untuk 153,201 penduduk terdiri daripada golongan miskin yang berpendapatan bawah RM1,500, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.
Menurutnya, bantuan berupa wang tunai itu adalah dari wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban golongan tersebut membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran umat Islam itu.
"Bantuan akan mula diagihkan pada minggu pertama Ramadan ini dan akan diberi secara berperingkat-peringkat," katanya pada 25 Ogos lalu.
Beliau memberitahu, bagi golongan miskin melibatkan 90,490 penerima dan setiap keluarga akan menerima RM300, bagaimanapun jika keluarga berkenaan mempunyai lebih lima orang anak, mereka akan menerima RM500.
Namun sebaliknya tinjauan Buletin Online mendapati bukan semua rakyat dapat merasai ‘nikmat’ dana khas ‘duit raya’ yang dinyatakan oleh Ahmad.
Antaranya adalah sebuah keluarga miskin warga emas dari Kampung Bukit Nenas, Encik Nasir Hamzah, dari Kampung Bukit Nenas, dekat sini.
Beliau yang ditemui baru-baru ini mendakwa tidak menerima sebarang bantuan dana khas raya kecuali ketika pemerintahan kerajaan PAS Terengganu sebelum tahun 2004.
Walaupun beliau adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini, namun menurutnya bantuan duit raya melalui dana khas telah ‘dipotong’ tanpa sebarang penjelasan.
“Saya tidak pernah bantuan raya dana khas sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu ini tetapi dahulu ada juga sekali-sekala.
“Bantuan dana khas saya sudah ‘dipotong’ tetapi orang lain yang lebih senang dan berkemampuan terus dapat duit raya atau zakat,” jelasnya.
Beliau yang juga tergolong di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) kerana masalah penglihatan masih menanggung persekolahan dua anak perempuan di peringkat menengah.
“Saya pun sudah lama tidak bekerja kerana masalah mata kabur dan mengharapkan bantuan bulanan pejabat kebajikan masyarakat,” ujarnya.
Walaupun begitu, beliau yakin bahawa rezeki adalah dari Allah SWT namun tangan-tangan manusia yang diberi amanah gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil.
Tindakan pihak pemimpin masyarakat seperti JKKK, tidak wajar memilih ‘bulu’ atau berdendam dan bertindak menyisihkan beliau sepatutnya tidak berlaku, kata beliau.
http://buletinonline.net/
Ramadhan di Palestin
Saturday, 20 September 2008
Rumah-rumah di Palestine lebih mudah dikenali dari rumah orang Israel kerana di setiap rumah orang Palestine pasti terdapat satu tangki simpanan air di bumbungnya.
Bekalan air 24 jam hanyalah untuk penempatan penjajah Israel, bagi kami penduduk Palestin hanya aliran titisan air yang dialirkan. Itu pun kami gunakan sepenuhnya, semaksima mungkin.
Tangki air dibumbung rumah kami hanyalah tangki kosong yang tidak dapat diisi dengan air kerana tekanan air yang terlalu rendah.
Bagi mereka yang mampu akan membeli tangki tambahan untuk diletakkan diatas tanah atau membeli air tambahan.
Memiliki dan menggali pergi telah lama diharamkan oleh peraturan Israel sejak berdekad yang lalu.
Kami agak bernasib baik kerana rumah lama kami terdapat sebuah sebuah telaga semulajadi yang menyimpan air hujan.
Kenalan dan sahabat handai sering datang menumpang mandi sekiranya kadangkala tidak ada langsung bekalan air untuk tempoh yang panjang.
Kos air menjadi telalu mahal di penempatan Palestine berbanding penempatan penjajah Israel.
Lapan puluh peratus sumber air yang datang dari Tebing Barat telah digunakan oleh Yahudi Israel secara haram.
Kelmarin, berpuluh ribu umat Islam Palestine berbaris berjam-jam di pintu sekatan Israel untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa pada minggu pertama bulan Ramadhan yang mulia.
Ramai yang hampa dan terpaksa pulang kerana tidak dibenarkan masuk oleh tentera Israel.
Mereka sanggup berpeluh menungu dalam terik matahari hampir 36 darjah Celcius (100 F) namun akhirnya dihambat balik dan pulang ke rumah masing-masing, tanpa mandi sebelum berbuka puasa kerana ketiadaan air.
Dengan mata kepala dapat dilihat, satu keluarga dipisahkan, yang tua dibenarkan masuk, orang muda kecewa dan kaum wanita pengsan kerana menunggu lama dibawah terik matahari dalam keadaan berpuasa !
Harapan yang tinggi dari rakyat Palestine kepada pemimpin dunia untuk membuka minda dan hati, melihat dan mendengar rintihan kami sedang menghadapi realiti tekanan dan penjajahan.
Seorang wanita yang mempunyai 8 anak menceritakan kesusahan hidupnya. Pendapatan suaminya yang kecil tidak mapu menyara seisi keluarga.
Anak sulongnya yang berumur 19 tahun terpaksa berhenti dari Universiti kerana tidak mampu membayar yuran yang begitu mahal ($700/semester).
Anak keduanya mengidap ketumbuhan dalam otak dan tidak berupaya bersekolah ataupun bekerja.
Pengangguran berlaku dua kali ganda lebih banyak di Palestine berbanding Amerika semasa Negara itu mengalami zaman kemelesetan dalam tahun 1930-an.
Israel memang tidak menghadapi masalah ekonomi kerana ekonomi mereka dijana hasil dari penjualan senjata alat pertahanan, samada yang dikeluarkan oleh Amerika atau yang dibiayai oleh cukai kami atau wang Amerika.
Terima kasih kepada Zionis yang menjuara perang dan keganasan dunia!
Teringat kepada satu sajak yang dikarang oleh seorang kanak-kanak Palestin;
Makna sebuah Penjajahan !
Dijajah, di ganasi, di sembelih
sedang dunia terpukau
Enam puluh tahun tangisan tanpa henti
tiada hari yang berlalu tanpa ketakutan yang tak terkira
untuk hidup, isteri-isteri dan airmata anak-anak kami
dunia terus berpaling, dan semangat kami mati.
Untuk tanah airku, aku akan berdiri
namun hampa tanpa tangan yang menghulur bantuan
penganiayaan, penindasan, kemurungan
setiap sudut kehidupanku, kau rampas
batu-batu adalah senjata, bagi melindungi rumah-rumah kami
jentolak kamu menang dan kegaganasan mengaum
kereta-kereta kebal, helicopter dan jip tentera
membunuh para pemuda sedang ibunya merintih
kau kawal elektrik, kawal laut kami
jalan raya dan pohon-pohon kami
sekolah ditutup anak-anak kami tidak terdidik
pelarian dinafikan jalan pulang
anak-anak menderita kehilangan ibu bapa
yang bangkit menentang dizalimi dan dihukum
kaum keluarga terpisah
pak tani hanya tinggal kenangan
tanah mereka yang hilang
dibawah tembok apartheid!
lalu diplomasi luar dan hubungan
direka membenarkan penjajahan
Palestine tanah air ku
rampasan kau tidak akan ku benarkan
sementara kau menidurkan dunia
aku akan membangkitkannya!
Abdul Nasir Rashid, Gred 11, 15 April, 2006
Ya Abdul Nasir, mungkin kita boleh mengejutkan sesetengah orang dari tidurnya, itu pun sekiranya mereka mahu dikejutkan.
Sebahagian sanggup menelan dongengan dan penipuan. Kebenaran adalah sesuatu yang menyakitkan. Lebih menyakitkan apabila yang tahu tentang kebenaran.
Umpama wajah Mahmud Abbas yang berpelukan dengan penjenayah perang Shimon Peres (bapa kepada senjata pemusnah dan nuklear Israel) yang terus mengaburi rakyatnya tentang “dua negeri untuk dua rakyat”
Ramadhan di Palestin masih lagi bulan yang mulia. Bukan tentang makanan, irama dan harum juadah berbuka dan petang yang hebat.
Semangat memberi dan menerima yang masih wujud, ramadhan memberikan kelebihan kepada orang-orang yang terus berusaha.
Masih ada tangan yang menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan. Masih ada yang bangkit menentang kezaliman.
Mereka terus berikhtiar untuk memasuki masjid al-Aqsa, walaupun mereka dinafikan haknya. Bagi mereka lebih baik dari hanya duduk berdiam diri dirumah.
Para nelayan yang terus berjuang untuk ke laut, walaupun mereka ditembak. para wartawan yang terus menulis, para perunding terus berusaha untuk satu keamanan yang mungkin mustahil!
Di Terjemahkan secara bebas dari Artikel asal oleh Mazin Qumsiyeh, Palestine Think Tank (http://www.uruknet.info/?p=47030)
http://buletinonline.net/
Najib bincang tambatan ringgit esok
Sep 21, 08 3:06pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Pelbagai perkara akan dibincangkan termasuk sistem tambatan ringgit dan kita juga akan memberi berita-berita tentang kedudukan terkini bagi memboleh Datuk Seri Najib membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang sepatutnya," katanya.
Hari ini, akhbar melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya sistem tambatan ringgit dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar AS terhadap mata wang negara.
Mantan perdana menteri itu berkata, nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini, akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, demikian dilaporkan Bernama.
Pada 1997, kerajaan pernah melaksanakan sistem tambatan ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar AS, sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset.
Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.
Nor Mohamed berkata Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat luar biasa kepada Najib berhubung keadaan ekonomi dan kewangan negara serta situasi global di kementerian itu esok.
Taklimat lengkap
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata taklimat lengkap yang mengandungi semua aspek berhubung Kementerian Kewangan itu akan disampaikan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh pegawai-pegawai kementerian.
"Esok adalah kali pertama Najib menghadiri mesyuarat di Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan dan pihak kementerian telah mengatur satu taklimat luar biasa kepada beliau. Taklimat itu memang luar biasa dari segi keseluruhan dan kesempurnaan kerana ia lebih lengkap.
"Macam-macam isu akan dibentangkan pada taklimat itu termasuk berhubung keadaan ekonomi, kewangan serta cabaran-cabaran yang dihadapi di Malaysia dan di arena antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol, Nor Mohamed berkata: "Perkara itu juga akan dibincangkan pada taklimat itu dan Datuk Seri Najib akan membuat keputusan".
Dalam perkembangan lain, beliau berkata dakwaan bahawa syarikat gergasi insurans American International Group (AIG) di negara ini akan ditutup adalah tidak benar.
"Saya difahamkan AIG di negara ini adalah satu syarikat berasingan dengan modal tersendiri. AIG di sini tidak terlibat atau menerima impak negatif dengan kedudukan AIG di luar negara," katanya.
http://www1.malaysiakini.com/news/90133
BPA mahu jumpa Teresa mengenai isu makanan
Sep 21, 08 12:44am
Biro Pengaduan Awam (BPA) akan menemui Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan bahawa beliau tidak diberikan makanan yang sesuai sepanjang
penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Balai Polis Jalan Travers di sini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata beliau bersama beberapa pegawai dan kakitangan BPA akan menemui Kok bagi mendapatkan maklumat.
"Jikalau benar Teresa (Kok) tidak mendapat makanan sesuai sepanjang lapan hari ditahan, beliau bolehlah mengemukakan aduan rasmi kepada kami," katanya.
Menurut Bernama, beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pertandingan bola sepak antara pelajar-pelajar Sekolah Tamil Wilayah Persekutuan dan Selangor di ibunegara hari ini.
Semalam Kok yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor mendakwabahawa beliau hanya diberi makan dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari iaitu bagi makan tengah hari dan makan malam.
Murugiah yang bertanggungjawab terhadap BPA berkata seseorang yang ditahan di bawah ISA sepatutnya mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.
Beliau berkata pihaknya juga akan melawat ke Balai Polis Jalan Travers untuk menyiasat dakwaan Kok itu.
http://www1.malaysiakini.com/news/90122
Freed Malaysian blogger says arrest politically motivated
Agence France-Presse - 9/21/2008 7:45 AM GMT
A Malaysian blogger arrested for displaying the national flag upside down on his site said Sunday his detention was politically motivated and challenged the government to charge him.
Syed Azidi Syed Aziz, who writes the popular "Kickdefella" blog, was released on a month's bail on Saturday. He had spent three days in prison after police arrested him under the Sedition Act.
"I am hoping that they will charge me. Then I can ask the prime minister to be a witness because it was his statement, saying that what I did was evil and malicious, which compelled the police to investigate me," he told AFP.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi ordered police to investigate Syed Azidi after he launched a campaign to fly the Malaysian flag upside down in protest against the country's political and economic turmoil.
"I do not think the police are serious about going all out in their investigating paper to charge me," said the blogger, known for his links to the opposition conservative Islamic PAS party.
"The whole scenario was politically motivated.
"They want to break me and they want to send a stern warning out to other bloggers," he added.
The award-winning screenwriter and film director was the second blogger to be arrested in Malaysia over website content.
Prominent blogger Raja Petra Kamaruddin, who has targeted government figures, was arrested last Friday under the tough Internal Security Act (ISA).
Raja Petra, founder of the controversial Malaysia Today website, has already been charged with sedition and defamation after linking Deputy Prime Minister Najib Razak and his wife to the sensational murder of a Mongolian woman.
Rights groups say about 63 people are being held under the ISA, which allows for renewable two-year periods of detention without trial and is normally used against suspected terrorists.
An opposition member of parliament and a journalist were detained under the act earlier this month but have since been released.
Their arrests prompted a cabinet minister in charge of law, Zaid Ibrahim, to resign last week in disgust.
http://news.my.msn.com/
Malaysian PM under new pressure to quit by year-end
Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is under intense pressure to quit, after being confronted by rare criticism from within his cabinet, as well as an opposition bid to seize power.
Abdullah led the ruling Barisan Nasional coalition to its worst electoral showing in half a century in March, as voters punished him over broken promises for reform, as well as spiralling prices of food and fuel.
So far he has clung tenaciously to the job, and refused to negotiate with opposition leader Anwar Ibrahim, who has announced he has enough support from defecting lawmakers to topple the government.
But last week Abdullah faced an unprecedented challenge from within his cabinet, as four ministers spoke out against him at a meeting of the United Malays National Organisation (UMNO) which leads the coalition.
According to The Star daily, they told Abdullah at a meeting of the party's supreme council that "the political situation was not improving and that he should consider an earlier exit".
UMNO information chief Muhammad Muhammad Taib confirmed the challenge took place and said Abdullah was saddened and visibly affected by it, but insisted he could ride out the crisis.
"The four of them spoke and said this to the prime minister... but it was not the majority speaking. There are more than 30 supreme council members and not all are in unison, asking the PM to resign," Muhammad told AFP.
"He listened. It was not the first time for him. He has his own intelligence report well prepared on what the feeling is at the grassroots level," he said.
Abdullah in July unveiled a plan to hand over to his deputy Najib Razak in mid-2010, but the strategy failed to quell calls for his ouster, and last week he indicated the timing was "flexible" and that he could depart earlier.
He handed over the important finance ministry post to Najib in a show of solidarity, but was hit with the challenge from his ministers just a day later.
An UMNO official from Abdullah's home state of Penang said the premier's position was now untenable and he would have to quit before the party holds leadership elections in December.
"Abdullah does not have any choice left. He has to go by year-end," the senior official told AFP on condition of anonymity. "Abdullah is now being viewed as a leader who has lost control of the party and government."
"He cannot make any drastic moves to reel in party leaders who have openly gone against him by questioning the power transition agreement," he said.
Najib is widely tipped to replace Abdullah, with his new deputy likely to be Trade Minister Muhyiddin Yassin, who has been one of the premier's most outspoken critics.
Muhyiddin was one of the ministers who reportedly challenged Abdullah at last week's meeting, along with UMNO's youth wing chief Hishammuddin Hussein, women's wing chief Rafidah Aziz and Culture Minister Shafie Apdal.
The meeting took place after a series of blows, including a furore within the 14-party Barisan Nasional over the arrests of an opposition MP, a blogger and a journalist under draconian internal security laws.
Cabinet minister Zaid Ibrahim, who had been appointed to direct a shake-up of the judiciary, quit in disgust after the arrests, saying he had met a "brick wall" in the ruling party which had blocked any reforms.
And last week a small party from Borneo island quit the coalition, saying the government had "lost its moral authority to rule".
Lim Kit Siang, a veteran figure in the three-member opposition alliance, called on Abdullah to agree to Anwar's call for an emergency session of parliament to hold a no-confidence vote in his leadership.
He said that after an historic 2004 election victory when voters endorsed his reform agenda, Abdullah had become a "lame duck" both as premier and leader of his party.
"Could it be that Abdullah is not absolutely certain and confident that he could command the support of a majority of 222 MPs in parliament if a no-confidence motion is put to a vote?" he said.
http://news.my.msn.com/
Malaysia to resort to nuclear energy by 2023: minister
Malaysia will turn to nuclear energy to generate electricity by 2023 as supplies of fossil fuel eventually run out, a minister said according to Saturday news reports.
Energy, Water and Communications Minister Shaziman Mansor said the use of nuclear energy was also an alternative to counter high global oil prices, the Star newspaper reported.
"I will be briefing the cabinet in a fortnight. We have no choice but to start the ball rolling," he was quoted as saying.
"You cannot say you want to use nuclear power in the next few months, and expect everything to be in place," the minister said.
Malaysia in June raised electricity tariffs after coal prices surged but Shaziman said the price of coal was now much higher than the government's estimate of about 75 dollars per tonne.
"The increase in coal prices had been exceptional and we need to act now," Shaziman said.
State utility Tenaga has said it could construct the country's first 1,000 MW nuclear power plant at a cost of 3.1 billion dollars after being asked by the government to look at the option amid surging global oil prices and the country's limited supply of oil and natural gas.
Currently, half of Malaysia's power plants run on gas. Other sources include coal and hydropower.
The government last year said it would build Southeast Asia's first nuclear monitoring laboratory to allow scientists to check the safety of atomic energy programmes in the region.
http://news.my.msn.com/