Monday, January 5, 2009

Anak gadis taat tiba-tiba hilang

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


PULANGLAH...Sulaiman merayu anaknya pulang ke pangkuan
keluarga.
Bold

JOHOR BAHRU: “Dia anak yang baik...cukup taat pada perintah kami,” kata Sulaiman Md Yatim, 43, bapa kepada Syahida Syarain, 14, yang menghilangkan diri secara misteri sejak Ahad lalu.

Menurut Sulaiman, dia tidak menyangka Syahida boleh hilang begitu saja kerana anak gadisnya itu seorang akur pada nasihat keluarga dan tidak pernah keluar tanpa mendapat izin daripada ibu bapa.

“Pada malam kejadian, Syahida memberitahu dia menerima SMS daripada seorang kawan bernama Fatin mengajaknya bertemu di tingkat bawah rumah flet kami di Taman Perling.

“Bila dia minta izin berjumpa dengan rakannya itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan memberi kebenaran kepadanya. Namun saya sempat berpesan supaya dia pulang awal ke rumah,” katanya.

Rasa kesal bagaimanapun membelenggu Sulaiman apabila anak disangka pulang terus menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

“Saya gagal menghubungi Syahida pada malam itu kerana pembesar suara telefon bimbitnya rosak, tapi saya menyuruh anak bongsu menghantar SMS meminta segera pulang.

“Dalam balasan SMS pertama Syahida cakap ‘sekejap’ manakala SMS kedua mengatakan dia menaiki tangga untuk pulang ke rumah. Selepas hampir 20 minit menunggu, saya terfikir sendiri ‘takkan naik tangga tingkat empat pun lama sangat’.

“Sekali lagi saya minta nak bongsu menghantar SMS...tapi kali ini saya kata - jangan balik lambat sangat. Kalau tak, nanti balik ayah pukul,” katanya dalam nada sebak di pejabat Harian Metro di sini, petang semalam.

Sulaiman berkata, anaknya tidak pulang ke rumah selepas SMS terbabit dihantar sebaliknya ada jiran mendakwa melihat Syahida menghilangkan diri mengikut tiga lelaki bermotosikal menghala ke arah Tampoi.

“Pada esoknya barulah saya menerima SMS daripada Syahida mengatakan dia selamat di bawah jagaan seorang perempuan bernama Fatin. Itupun hanya selepas kami sekeluarga menghantar puluhan SMS kepadanya,” katanya.

Menyentuh peribadi anaknya di sekolah, Sulaiman berkata, Syahida adalah pelajar pintar dan menduduki tempat pertama di kelasnya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090105091014/Article/index_html

Laman ajak pesta seks

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my





KUALA LUMPUR: Memeranjatkan apabila pengguna Internet kini diterjah satu laman web baru mempelawa orang ramai menyertai pesta seks yang digelar ‘Pesta Seks di Seluruh Malaysia dan Nusantara’.

Budaya mempromosikan pesta seks mula popular di kalangan belia tempatan menimbulkan rasa resah di kalangan pengguna Internet dpercaya ada pihak seolah-olah mahu menarik minat remaja terjebak dalam aktiviti seks bebas.

Laman web menggunakan pelantar Wordpress itu dilihat sebagai satu propaganda pengendalinya mempromosikan parti seks bebas di kalangan remaja dan warga emas selain turut menyatakan negeri tertentu sedang sibuk berlangsungnya pesta.

Ini kerana laman web berkenaan langsung tidak menyatakan lokasi atau tarikh pesta berkenaan dilakukan sebaliknya lebih mempengaruhi orang ramai menikmati seks secara sebebas-bebasnya selain melabelkan polis serta pihak berkuasa sebagai musuh utama mereka kerana sering mengganggu.

Antara tajuk posting terbaru laman web itu adalah pesta seks warga emas, kakitangan kerajaan serta pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S).

Laman web dipercayai dibuka sejak Jun 2008 turut mendakwa mencapai lawatan 150,000 hits sehari dan memerlukan pasukan baru didakwa dianggotai pelajar Sains Komputer IPTA/S dan graduan perisian komputer mengendalikannya dengan sistem keselamatan lebih canggih bermula kelmarin.

Salah seorang pelayar laman web, Muhammad Haris Mokhtar, 29, berkata, dia mula menyedari kewujudan laman web parti seks berkenaan kelmarin selepas menerima e-mel dari rakannya.

Menurutnya, sebaik membuka laman web berkenaan, dia terkejut apabila mendapati semua posting lebih kepada ajakan melakukan pesta seks di kalangan remaja dan warga emas.

“Laman web itu mengajak pelayar menyertai kelab mereka tetapi individu berminat perlu melalui beberapa tapisan kononnya untuk mengelak daripada disertai polis atau pihak berkuasa lain.

“Dalam posting tahun 2008, pengendali itu memaparkan beberapa gambar bogel dengan menyatakan ia diambil dalam satu pesta seks di beberapa lokasi di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikesalkan, laman web itu mendapat sambutan pelayar lain malah di ruangan komen, pelayar dilihat teruja mengetahui di mana serta masa pesta seks dilakukan.

“Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran laman web itu yang mendakwa mereka menganjurkan pesta seks tetapi amat menyedihkan kerana di saat generasi muda kita diasak dengan pelbagai masalah sosial, muncul pula laman web menggalakkan seks bebas dengan alasan berfikiran terbuka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin, berkata kewujudan laman web itu menjadi bukti kepincangan moral di kalangan generasi muda.

“Ia nyata bertentangan dengan akidah Islam yang secara jelas mengharamkan zina. Tindakan sebegini amat memalukan kerana Islam adalah agama yang sempurna namun disebabkan perbuatan jahat segelintir umatnya, ia mencemarkan agama suci ini,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan kurangnya bimbingan serta panduan agama di kalangan remaja sehingga mereka mengambil mudah serta tidak mempedulikan dosa atau pahala.

“Mereka mungkin belajar tinggi namun moral serta akidah rosak sehingga tidak dapat menilai apa yang buruk atau baik. Saya amat takut dengan perkembangan ini kerana generasi muda kita adalah pelapis masa depan namun disebabkan asakan dengan mempromosikan gaya hidup yang salah ini, mereka menjadi rosak,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memantau laman web sebegitu serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengendalinya.

“Kita tidak mampu menyekat penyebaran laman web sebegini namun penyalahgunaan ini perlu dipantau,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090105092637/Article/index_html

Petrol RM1.90 jika minyak mentah AS$50 setong


JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu menaikkan harga petrol kepada RM1.90 semula, sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, (gambar) berkata pada Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter, termasuk cukai 58 sen.

Beliau berkata, sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan kepada sekitar lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

“Ini bermakna sekiranya harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol sebanyak RM1.80 seliter.

“Namun apabila harga minyak dunia melepasi AS$50, sehingga kerajaan tidak lagi dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter... pada peringkat itu, kerajaan tidak akan mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemantapan Jati Diri anjuran Puteri Umno Johor Bahru, di Dewan Kampung Melayu, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090105093407/Article/index_html

Pelajar dipaksa minum racun

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan dan Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


TRAUMA...Mohamad Akhir dijaga kakaknya, Siti Muniroh
di Hospital Pulau Pinang, semalam.


GEORGETOWN: “Saya tidak dapat bayangkan bagaimana ada orang tergamak memaksa adik saya minum cecair berbahaya sehingga dia terlantar di hospital dalam keadaan trauma dan tidak mampu makan atau minum sejak beberapa hari lalu.

“Lebih menyedihkan, adik saya yang juga antara pelajar cemerlang di sekolahnya mungkin terpaksa menangguh pengajian sehingga tempoh setahun berikutan kecederaan dalaman yang serius,” kata Mohd Nasir Idris, 30, ketika dihubungi semalam.

Adiknya, Mohamad Akhir, 16, yang masih terlantar di Hospital Pulau Pinang (HPP) menjadi mangsa penculikan dalam kejadian Khamis lalu sebelum ditemui semula kelmarin.

Mohd Nasir berkata, selepas kejadian itu adiknya berada dalam keadaan trauma dan perlu sentiasa ditemani keluarga dan kakitangan hospital bagi mengurangkan tekanannya.

Katanya, sejak ditemui Mohamad Akhir tidak mampu bercakap berikutan kecederaan serius di mulut selepas dia mendakwa dipaksa minum sejenis cecair berwarna ungu dan putih disyaki racun atau asid.

“Sehingga hari ini, doktor masih tidak dapat mengenal pasti jenis cecair terbabit yang menyebabkan kecederaan dalaman serius sehingga mulutnya bengkak dan tidak mampu bercakap.

“Menurut doktor, kecederaan dalaman itu akan mengambil masa untuk sembuh dan ditambah pula dengan trauma yang dialami adik saya, kemungkinan cita-citanya untuk memasuki sekolah aliran teknik tidak tercapai tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Md Rashid, berkata remaja itu bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan dengan menulis butir kejadian yang menimpanya.

Beliau berkata, polis kini dalam proses siasatan dan sedang mendapatkan maklumat yang membawa kepada motif penculikan serta penangkapan pihak bertanggungjawab yang merancang melakukan jenayah itu.

“Ketika ini kami masih menyiasat bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat terbaru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, bapa mangsa, Idris Shahid, 60, berkata Mohamad Akhir yang memperoleh 4A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu, mendakwa dilarikan bapa angkatnya, seorang kontraktor binaan berusia 50-an kira-kira jam 1.30 tengah hari pada hari kejadian.

Idris mendakwa anaknya dilarikan di hadapan rumah mereka sebelum kejadian itu disedari seorang jirannya yang kemudian memaklumkan kepadanya.

“Berdasarkan cerita yang ditulis anak saya, dia diculik dan dibawa ke satu lokasi oleh dua lelaki dipercayai warga Thailand sebelum dipaksa minum cecair berwarna ungu dan putih dipercayai racun sehingga muntah.

“Anak saya juga mendakwa lelaki itu mengancam menembaknya dengan pistol sebelum dia berpura-pura pengsan bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di HPP, kelmarin.

Dia berkata, anaknya yang disangka pengsan kemudian dicampak ke tepi jalan berhampiran kawasan Balik Pulau sebelum Mohamad Akhir meminta pertolongan seorang lelaki yang melalui kawasan itu.

Idris berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Jelutong sejurus menerima panggilan telefon daripada lelaki berkenaan sebelum membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pada hari kejadian, Salleh mengesahkan seorang lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan, tetapi dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman berakhir.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090105093610/Article/index_html

Rejim Zionis dakwa punca serangan difahami


SEORANG pemuda cedera didukung untuk dibawa ke sebuah hospital di Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


PARIS - Masyarakat antarabangsa memahami punca tentera Israel melancarkan serangan di Genting Gaza yang akan berterusan sehingga serangan roket Hamas berakhir, kata seorang jurucakap kerajaan Israel semalam.

"Terdapat satu peringkat kefahaman di kalangan masyarakat antarabangsa bahawa kami melakukan hak kami untuk mempertahankan diri akibat serangan yang berlaku dari wilayah Gaza oleh pejuang-pejuang Hamas," kata jurucakap itu, Avi Pazner.

Beliau berkata dalam temu ramah dengan stesen radio Perancis, Europe 1.

Jurucakap itu menyatakan Perdana Menteri Republik Czech, Mirek Topolanek menganggap serangan tentera darat Israel itu lebih bersifat mempertahankan diri.

Bagaimanapun, Perancis mengutuk serangan itu yang bermula pada malam Sabtu lalu.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak satu gencatan senjata dilaksanakan di Gaza dalam satu mesyuarat tertutup lewat kelmarin. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Perang darat Israel bermula


SEBUAH kereta kebal Israel membedil ke arah Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Beribu-ribu askar Israel yang dibantu oleh sejumlah kereta kebal bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas termasuk di jalan-jalan raya di Gaza semalam.

Sebanyak 39 penduduk Palestin terbunuh akibat terkena bedilan meriam atau peluru dari jet-jet pejuang rejim Zionis di Gaza.

Bagaimanapun, pertempuran darat antara pejuang-pejuang Hamas dengan ribuan askar Israel itu memasuki hari pertama malam kelmarin.

Sebelum ini, rejim Zionis melancarkan serangan udara sejak 27 Disember tahun lalu menyebabkan lebih 400 penduduk Palestin maut.

Menurut beberapa saksi, pejuang-pejuang Hamas melancarkan serangan mortar dan meletupkan bom di tepi jalan ketika kemaraan tentera Israel.

Namun, tentera Yahudi mengambil alih kawalan di Jalan Salaheddine iaitu lebuh raya utama ke bandar Gaza.



KEPULAN asap tercetus akibat letupan tentera Israel di Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan serangan di Gaza itu tidak dapat dielakkan tetapi menegaskan ia tidak akan melancarkan serangan terhadap pejuang-pejuang Hizbollah di Lebanon.

"Operasi akan diluaskan dan ditingkatkan seperti yang diperlukan. Perang bukan satu perkelahan," katanya.

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket oleh pejuang-pejuang Hamas ke wilayah Israel.

Israel bertekad untuk menghancurkan Hamas menerusi serangan besar-besaran itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

The Mall bakal dilelong


Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my



KOMPLEKS The Mall akan dilelong pada 20 Januari ini.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - The Mall yang merupakan perintis dan antara kompleks beli-belah moden terawal di sini bakal dilelong kepada orang ramai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada 20 Januari ini.

Dalam pengisytiharan jualan yang diiklankan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 2 Januari lalu, deskripsi lelongan merangkumi harta di podium kompleks beli-belah yang dikenali sebagai The Mall, menara pejabat yang dikenali sebagai Putra Place (bermula dari tingkat 10 hingga 33) dan hotel (tingkat 11 hingga 21).

Ia juga melibatkan servis apartmen (tingkat 22 hingga 34), pangsapuri yang dikenali sebagai The Legend (34 hingga 35) serta 1,323 tempat meletak kereta di tingkat bawah tanah 1 dan 2 serta tingkat lima hingga lapan.

Dalam pernyataan pengisytiharan itu, Commerce International Merchant Bankers Bhd. disebut sebagai plaintif sementara Metroplex Holdings Sdn. Bhd. bertindak sebagai defendan.



NOTIS lelongan kompleks The Mall.

--------------------------------------------------------------------------------


Metroplex ialah pemilik berdaftar dan bertindak menguruskan sepenuhnya bangunan tersebut yang terletak di Putra Place, 100 Jalan Putra di sini.

Meskipun The Mall 'hilang taring' setelah kewujudan kompleks beli-belah KLCC, Mid Valley Mega Mall, Sunway Pyramid dan Pavilion, ia tetap dikunjungi apatah lagi lokasinya yang strategik berdekatan dua hotel terkemuka, Hotel Pan Pacific dan Hotel The Legend.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Denggi: Jangan tolak ansur lagi

Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@kosmo.com.my



TOPI keledar yang dibuang ini digenangi air yang penuh dengan jentik-jentik di pekarangan pangsapuri Pudu Hulu, Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Jangan kompromi lagi!
Itu desakan orang ramai yang mahu pihak berkuasa bertegas mengenakan kompaun atas kesalahan membiak nyamuk dan secara tidak langsung menyumbang kepada menularnya wabak denggi dan chikungunya.

Ada yang berpendapat, mentaliti masyarakat tidak akan berubah jika pihak berkuasa tidak konsisten dalam menguatkuasakan peraturan itu.

Kebimbangan itu berasaskan kepada peningkatan korban kes denggi kepada 108 tahun lalu, naik 10 mangsa berbanding 2007 manakala Chikungunya pula kini mencatatkan hampir 4,200 kes.

Seorang penduduk pangsapuri Pudu Hulu di sini, Ghazali Ahmad, 43, berkata, bulan lepas sahaja tiga kes denggi telah dikesan di pangsapuri itu, semuanya didakwa berpunca daripada sikap membuang bekas plastik di merata-rata tempat.

"Ia menyebabkan air bertakung dan membiakkan nyamuk,'' ujarnya.

Katanya, kerajaan wajar lebih tegas mendenda mereka yang bersalah sambil tidak melupakan aspek pendidikan.

Langkah itu turut disokong oleh seorang lagi penduduk, Zulkifli Abd. Ralib, 45, yang mahu kerajaan melakukan tindakan serius jika ingin menangani masalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk.

"Cuba lihat pangsapuri ini. Walaupun pelbagai memo dan nasihat dibuat, mereka tetap tidak ambil kisah.

"Tetapi bila kena denggi pihak berkuasa yang dipersalah sedangkan mereka semua tahu denggi boleh membawa maut,'' ujarnya.





http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

RM399 lesap, syarikat ghaib

Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my




IRA menunjukkan borang keahlian dan resit bayaran RM399 semasa mendaftar sebagai ahli sebuah kelab pelancongan di George Town baru-baru ini.
-------------------------------------------------------------------------------


GEORGE TOWN - Kata-kata manis seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat pelancongan cukup membuat seorang eksekutif akaun teruja lalu melabur RM399 menjadi ahlinya.

Dengan bayaran tersebut, Ira Nasir (bukan nama sebenar) dijanjikan mendapat diskaun pakej pelancongan sehingga 50 peratus oleh lelaki itu selain berpeluang bermalam di lebih 600 hotel ternama di Malaysia serta 10,000 hotel di luar negara.

Namun impian Ira yang turut dijanjikan baucar penginapan percuma dua hari satu malam berkecai apabila kaunter syarikat di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini 'ghaib'.

"Semuanya bermula apabila saya terima panggilan daripada syarikat terbabit April tahun lalu yang menawarkan keahlian kelab untuk mendapat pelbagai keistimewaan melancong.

"Saya kemudian ke kaunter syarikat itu dan terpedaya dengan kata-kata manis pegawai pemasarannya," kata beliau kepada Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Ira memberitahu, beliau diberi kad keahlian serta sebuah buku panduan penginapan hotel yang kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia setelah menjelaskan bayaran menggunakan kad kredit berjumlah RM399.

Apa yang terlintas di fikiran Ira semasa itu, peluang melancong ke Langkawi selain berura-ura menggunakan kemudahan yang ditawarkan sebagai ahli kelab terbabit untuk ke Bandung pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, kata Ira, cubaannya menghubungi syarikat itu beberapa bulan kemudian gagal sebelum menyedari dirinya tertipu setelah mendapati laman web syarikat terbabit tidak dapat dilayari.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Surcaj tetap 30 peratus


Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my




TEKANAN kos operasi menyebabkan tambang bas sekolah naik dan akhirnya ibu bapa yang terpaksa menanggung beban. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSSM) yang enggan lagi bertolak ansur tetap merancang mengenakan surcaj 30 peratus bagi tambang bas sekolah mulai hari ini.

Tindakan itu adalah bukti mereka tidak mempedulikan amaran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang mahu membatalkan permit operasi mana-mana pengusaha bas jika surcaj itu dikenakan.

Alasan Presiden PPBSSM, Chee Ah Tey ialah pihaknya tidak mempunyai pilihan kerana pelaksanaan surcaj itu telah diputuskan dalam mesyuarat persatuan pada 6 Disember lalu.

"Kami semakin tertekan dengan kenaikan kos operasi, penyenggaraan, alat ganti dan sebagainya yang meningkat sehingga 30 peratus.

"Kalau tidak ada surcaj, ramai ahli kami gulung tikar," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


Menurut Ah Tey, pengusaha bas sekolah sudah beberapa kali memohon kepada kerajaan untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah namun tidak mendapat pertimbangan sewajarnya.

"Pada masa yang sama kita turut memohon subsidi diesel diturunkan daripada RM1.43 kepada RM1 seliter sekiranya permohonan menaikkan tambang bas sekolah ditolak tetapi ia juga tidak dilayan," ujarnya.

Ah Tey memberitahu walaupun kadar surcaj yang ditetapkan adalah 30 peratus, kadar sebenar berbeza-beza mengikut pengusaha bas sekolah di setiap negeri.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Polis wanita larikan anak


Oleh ZAKI SALLEH



MOHD. RIZAL menunjukkan gambar dua daripada tiga anaknya yang didakwa dilarikan bekas isteri pada pertemuan di Pulau Pinang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


GEORGETOWN - "Tindakan bekas isteri merampas anak-anak daripada saya ternyata melanggar perintah mahkamah," dakwa ahli perniagaan, Mohd. Rizal Mohd. Salleh, 35.

Beliau kini buntu apabila enam laporan polis yang dibuatnya sejak dua minggu lalu tidak mendapat tindakan segera dan percaya ia berkait rapat dengan bekas isterinya yang merupakan seorang anggota polis.

Mohd. Rizal yang menetap di Seberang Perai memberitahu dia berpisah dengan isterinya pada 26 Jun 2007 lantaran tiada sefahaman sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan hak penjagaan tiga orang anaknya Raihana Shahira, 7, Muhammad Rahimi, 5, dan Raihana Syazwana, 3, diberi kepadanya.

"Saya memang dapat kebenaran daripada mahkamah untuk penjagaan anak kerana sebelum ini dia (bekas isteri) tidak mahu menjaga anak kami, malah kesemua mereka dijaga ibu saya sejak dua tahun lalu setelah kami tinggal berasingan.

"Selepas bercerai, jarang-jarang dia pulang menjenguk, tapi pada 22 Disember lalu dia ke rumah ibu saya di Tanjung Bungah untuk membawa anak-anak 'jalan-jalan' sebelum melarikan mereka ke Kuala Lumpur," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Katanya lagi, beberapa panggilan telefonnya juga tidak berjawab manakala cubaan mengesan bekas isteri yang merupakan anggota polis berpangkat rendah termasuk melalui pegawai atasannya gagal seolah-olah mereka cuba menutup mulut.

"Dua laporan dibuat di Balai Polis Tanjung Tokong berhubung kes melarikan anak, satu laporan di Balai Polis Jalan Petani berhubung kes kekerasan terhadap ibu saya semasa cuba berbincang dengan bekas isteri untuk mengambil semula anak saya pada hari kejadian.

"Atas bantuan rakan-rakan, saya berjaya jejaki lokasi bekas isteri yang kini menetap di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan tunjukkan surat mahkamah serta minta dia serahkan anak-anak, tapi dia enggan sebaliknya mempertikaikan keputusan mahkamah," ujarnya.

Berikutan dengan kejadian itu, Mohd. Rizal berkata, beliau membuat tiga laporan serupa di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Baguskah minuman tenaga?


Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik, yang diminum untuk memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.



PELBAGAI jenama minuman tenaga kini memenuhi pasaran. Strategi sesetengah jenama yang menyertakan vitamin tertentu dianggap usaha memberi imej positif mengenai kandungannya.
--------------------------------------------------------------------------------


Banyak jenama minuman tenaga diperkenalkan dalam pasaran dan pengambilannya menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa hari ini.

Namun, ramai yang masih keliru antara fungsi penambah tenaga dengan fungsi isotonik bagi beberapa jenama minuman yang disukai ahli sukan.

Rata-rata jenama minuman tenaga yang popular di pasaran mengandungi sekurang-kurangnya 80 miligram kafein dalam setiap tin.

Kandungan tersebut adalah sama banyak dengan secawan kopi bru dan dua kali ganda kandungan kafein dalam secawan teh.

Namun, ada sesetengah minuman tenaga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi.

"Fungsi kafein dalam kopi atau teh malah sesetengah minuman berkarbonat memang tidak perlu diperjelaskan.

"Cuma kesan stimulasi akibat mengamalkan minuman tersebut secara berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada ketagihan," kata Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.

Selalunya, kandungan kafein dalam minuman tenaga ini tidak dijelaskan secara terperinci di labelnya, maka adalah sukar untuk mengagak sebanyak mana yang telah diminum sebenarnya.



MINUMAN tenaga popular di kalangan mereka yang aktif.
--------------------------------------------------------------------------------


Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik yang diminum bagi memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.

Minuman isotonik membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang akan disingkir melalui perpeluhan.

Sedangkan, kandungan kafein dalam minuman tenaga bertindak sebagai agen diuretik yang menyebabkan dehidrasi.

"Pengguna perlu memahami bahawa minuman tenaga ini bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah sesetengah produk hanya menawarkan ramuan yang berkalori kosong iaitu tidak disertai dengan zat-zat lain," kata Fatimah.

Tambah Fatimah, adalah penting bagi seseorang untuk memahami fungsi gula, elektrolit dan kepentingan zat-zat lain yang diproses dalam tubuh. Beliau tidak menafikan bahawa terdapat minuman tenaga yang mengandungi vitamin tambahan.

Kandungan gula dalam minuman tenaga adalah sumber tenaga pantas. Vitamin B, misalnya, ditambah ke dalam formula minuman ini sebagai strategi pemasaran yang memberikan jenama itu suatu imej minuman yang berkhasiat.

Vitamin B sememangnya diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia bertindak sebagai enzim yang membantu menghadamkan karbohidrat.

Begitupun, kandungan kafein dalam minuman tenaga boleh memberi masalah kepada mereka yang sensitif terhadapnya.

Golongan ini boleh mengalami kegelisahan, jantung berdebar, rengsa, sukar untuk tidur serta masalah penghadaman, walaupun hanya mengambilnya dalam jumlah yang sedikit.


FATIMAH ARSHAD
--------------------------------------------------------------------------------

Apakah yang boleh terjadi jika mereka mengambil minuman tenaga tanpa kawalan?

"Bagi yang bimbang akan kesan stimulasi itu, minuman jenis ini boleh diambil sekali-sekala selain diselangi pengambilan banyak air tambahan.

"Di samping itu, mereka perlu memastikan pengambilan sumber khasiat daripada variasi makanan lain," terang Fatimah.

Namun, menurutnya, golongan pesakit diabetes perlu menghindarkan pengambilan minuman tenaga.

Kandungan gula dan glukosa dalam hidangan minuman tenaga ini boleh meningkatkan paras gula darah seterusnya membahayakan pesakit.

Hakikatnya, ramai golongan konsumer yang masih tidak tahu akan kesan kombinasi kandungan bahan dalam minuman tenaga.

Pada pandangan mereka, bahan lain yang disertakan dalam formula minuman tenaga dipercayai boleh bertindak secara sinergi dengan kafein bagi mencetus daya rangsangan.

Sebagai contoh, pada label sebuah jenama minuman tenaga yang terkenal di negara ini tertera kandungan taurina sejumlah 1,000 miligram.

Sebuah laporan kajian di Jerman mendapati bahawa jumlah darah yang dipam bagi setiap degup jantung meningkat ketara di kalangan mereka yang mengambil minuman gabungan taurina dan kafein.

Ini menunjukkan bahawa taurina memainkan peranan dalam penegangan otot dalam jantung dan juga sistem saraf keseluruhannya.

Selain taurina, minuman tenaga turut mengandungi vitamin B1, B2, B6 dan juga niasin. Ramuan tambahan lain adalah madu, inositol, piridoxin, riboflavin dan tiamin.



KOMBINASI minuman beralkohol dengan minuman tenaga yang begitu popular di bar dan kelab malam bertujuan mengurangkan simptom alkohol bagi yang meminumnya.
--------------------------------------------------------------------------------

Menilai secara keseluruhannya, pakar diet walau bagaimanapun tidak menghalang pengambilan minuman tenaga ini, khususnya di kalangan mereka yang menjalani gaya hidup aktif.
Meminum satu atau dua tin sehari tidak membawa masalah kepada mereka.

"Cuma ia perlu dielakkan pesakit kencing manis manakala mereka yang mempunyai masalah jantung, pengambilan terkawal adalah disyorkan.

"Minuman ini hanyalah alternatif penambah tenaga. Bercakap tentang kalori ataupun tenaga yang diperlukan tubuh, ia masih boleh diperoleh dari banyak pilihan sumber makanan lain," ujar Fatimah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Memerang mengamuk pasangan ditangkap


SPESIES memerang terpaksa diternak semula kerana mamalia itu sudah lebih 400 tahun pupus di Britain.
--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Seekor memerang jantan menimbulkan kemarahan badan alam sekitar yang terpaksa memburunya kerana didapati merosakkan banyak pokok di sebuah ladang dekat Devon.

Mamalia seberat 38 kilogram itu dipercayai melarikan diri sejauh 32 kilometer hingga lembangan Tamar dan antara tiga ekor yang terlepas keluar dari sebuah ladang memerang liar.

Haiwan itu melepaskan diri untuk mencari dua pasangannya yang sudah pun ditangkap awal. Ini menyebabkan ia mengamuk dan merosakkan beberapa batang pokok hutan di sepanjang sungai.

Perangkap madu digunakan untuk menjejak haiwan itu, iaitu antara 24 ekor memerang liar yang dipelihara di bawah lesen khas Natural England untuk bisnes gambar hidupan liar. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Paus bengis takut berjauhan


BIARPUN hidup berkumpulan, paus pembunuh ini gemar berenang dalam lingkungan 20 kilometer dari pantai Kepulauan Hawaii.
--------------------------------------------------------------------------------


HONOLULU - Spesies mamalia marin terbesar dan antara paling jarang dikenali, paus pygmy yang merupakan pembunuh ganas sebenarnya takut tinggal berjauhan daripada kelompok sendiri.

Ia didedahkan pakar marin biologi, Robin Baird dalam kajian diterbitkan jurnal Marine Mammal Science yang menunjukkan paus tersebut lebih selesa berenang di perairan Hawaii.

Malah populasi mamalia itu sekitar 200 ekor sahaja menjadikan ia mudah diancam kepupusan walaupun sekadar terkena jaring nelayan atau sonar daripada tentera laut.

"Kami meneliti 3,431 foto paus ini sejak 22 tahun lalu sebelum mendapati ia adalah paus yang sama dan paling jauh mereka berenang ialah 20 kilometer dari pantai," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Penerbangan AS halau sekeluarga dari pesawat

WASHINGTON – Sebuah syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) menghalau sembilan penumpangnya yang beragama Islam daripada menaiki pesawat berkenaan kerana didakwa mengeluarkan perkataan mencurigakan.

Kesemua penumpang warga AS dari Washington tengah hari Khamis lalu menggunakan penerbangan AirTran untuk ke Orlando, Florida.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang dihubungi mendapati keluarga itu tidak melakukan sebarang kesalahan. AirTran kemudian meminta maaf berikutan insiden itu namun tetap tidak membenarkan keluarga tersebut menaiki pesawat berkenaan. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Obama dedah pelan rangsangan ekonomi


WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) semalam mengumumkan cadangan bagi menggalak pertumbuhan pekerjaan dan memulihkan ekonomi negara itu.

"Pakar ekonomi bersetuju bahawa kita perlu bertindak segera dan berani. Kita bakal menyaksikan lebih banyak masalah ekonomi termasuk kadar pengangguran melebihi 10 peratus," kata Obama menerusi ucapan radio mingguannya.

Katanya, negara itu memerlukan Pelan Pemulihan dan Pelaburan Semula untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Misi pertama Obama ialah untuk mencipta tiga juta peluang pekerjaan dengan 80 peratus berada di sektor swasta.

"Kita akan kurangkan kebergantungan terhadap minyak mentah luar. Kita akan meningkatkan pengeluaran tenaga boleh guna semula serta mengubah suai bangunan pejabat agar ia cekap mengguna tenaga," katanya.

Obama turut mencadangkan pelaburan jangka masa panjang seperti pembinaan prasarana, menaik taraf sistem kesihatan dan membina institusi-institusi pembelajaran.

"Pelan ini mesti direka dengan cara baru. Kita tidak boleh mengulang sikap membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan masalah. Ia perlu dilakukan secara pelaburan strategik," katanya.

Beliau turut dijadual menemui beberapa pemimpin Kongres esok untuk memuktamad pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion dolar yang akan diluluskan selepas dilantik secara rasmi sebagai presiden AS pada 20 Januari ini.

Menurut sejumlah laporan media, rang undang-undang perbekalan itu dijangka berjumlah AS$850 bilion (RM2.9 trilion) hingga AS$1 trilion (RM3.4 trilion). - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

10,000 tentera Israel bersiap serang Gaza


ANGGOTA tentera Israel yang berada di bahagian utara Gaza kelmarin bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat pada bila-bila masa.
-----------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Serangan udara terbaru rejim Zionis semalam meragut nyawa seorang lagi pemimpin pergerakan Hamas manakala sebuah sekolah turut musnah.

Kematian Mohammad al-Jammal, 40, yang bertugas sebagai pemerintah tentera Hamas merupakan satu kehilangan kepada pergerakan itu selepas kematian Nizar Rayan akibat satu bedilan Israel Khamis lalu.

Tindakan agresif Israel yang mendapat restu Amerika Syarikat (AS) itu memasuki minggu kedua semalam dengan angka kematian mencecah lebih 440 orang.

Pasukan 10,000 anggota tentera darat Israel bersama sejumlah kereta kebal dan artileri kini berada di sempadan dalam keadaan bersiap sedia untuk memasuki wilayah Gaza pada bila-bila masa, lapor media di Tel Aviv.

Pemimpin Hamas dalam buangan di Damsyik, Syria, Khaled Meshaal memberi amaran kepada Israel bahawa Yahudi berhadapan malapetaka jika menceroboh Gaza.

Namun Khaled menyatakan, Hamas bersedia berkerjasama jika Israel menamatkan serangan, menarik balik sekatan dan membuka semula pintu sempadan.

Sehingga kini lebih 750 serangan peluru berpandu memusnahkan banyak bangunan di Gaza termasuk 30 serangan udara semalam.

Israel menyatakan pesawat pejuangnya membedil sebuah kolej kerana ia dipercayai menjadi tapak pelancaran roket.

Masyarakat antarabangsa terus mengutuk serangan kejam Israel dengan menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan setelah lebih 2,290 cedera manakala 75 kanak-kanak turut mati.

Di Washington, Presiden AS, George W. Bush mendakwa Hamas bersalah dalam serangan tersebut.

Wilayah Gaza yang dikelilingi tembok konkrit setinggi lapan meter dikuasai pergerakan Hamas setelah parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas diusir dalam satu persengketaan pada Julai 2007.

Berikutan itu Fatah terpaksa membentuk kerajaan di Tebing Barat sekali gus meletakkan Gaza dalam sekatan Israel dan Mesir. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Rakyat asing tinggalkan Gaza


ASAP menjulang tinggi berikutan serangan tentera udara Israel di utara Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


GAZA - Tentera Israel membenarkan pemegang pasport asing dibenarkan meninggalkan Gaza dengan menaiki bas pada awal pagi semalam untuk menyelamatkan diri daripada serangan ganas rejim Zionis berkenaan.

"Situasi di Gaza sangat teruk dan kami bimbang dengan keselamatan anak-anak kami," kata seorang wanita dari Moldova, Ilona Hamdiya yang berkahwin dengan lelaki Palestin.

"Kami sangat bersyukur dan bernasib baik kerana kedutaan negara kami membawa kami keluar," ujarnya.

Seramai 350 hingga 450 rakyat asing diberi kebenaran oleh Israel untuk meninggalkan Gaza melalui tembok konkrit yang memisahkan wilayah itu.

Sebanyak lima buah bas membuat perjalanan pendek ke sempadan dan antara yang dibawa keluar termasuk seorang pemegang pasport Amerika Syarikat (AS). - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Hamas ikrar serang balas


SEJUMLAH kereta kebal Israel ditempatkan di sempadan
Gaza semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas semalam berikrar untuk melancarkan serangan terhadap Israel selepas pemimpin kanannya, Nizar Rayyan maut akibat dibom rejim Zionis.

"Kami tidak akan berehat sehingga rejim Zionis musnah," kata pemimpin Hamas, Fathi Hammad ketika menghadiri majlis pengebumian Nizar yang mati bersama empat isteri serta lapan anaknya akibat dibedil roket Israel.

Jurucakap Hamas, Ismail Rudwan berkata, kematian Nizar itu merupakan detik permulaan operasi syahid termasuk menggerakkan skuad berani mati terhadap kepentingan Israel di seluruh dunia.

Serangan-serangan Israel dari udara yang bermula Sabtu lalu masih belum menunjukkan tanda reda. Angka kematian sudah mencecah 424 manakala lebih 2,000 orang cedera.

Dalam satu serangan terbaru, tiga kanak-kanak Palestin berumur antara lapan hingga 12 tahun mati dibom ketika bermain di sebatang jalan di Gaza, kata kumpulan perubatan.

Pejuang Hamas membalas kerakusan Israel dengan melancarkan sejumlah roket ke Ashkelon namun ia hanya memecahkan tingkap kaca penduduk. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Israel guna taktik baru


DUA roket dilancarkan dari utara Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

BANDAR GAZA - Israel tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan serangan terhadap wilayah Palestin di Gaza walaupun kekejaman itu sudah masuk hari tujuh semalam.

Pesawat rejim Zionis turut mengebom sejumlah rumah penduduk dan sebuah masjid sehari selepas kematian seorang pemimpin kanan Hamas.

Para pegawai pertahanan Israel dan Palestin memberitahu, serangan itu menggunakan taktik terbaru dengan memberi amaran sebelum peluru dilancarkan.

Dalam beberapa kes, jet-jet pejuang mengeluarkan bunyi sebelum melancarkan serangan.

Bangunan-bangunan Hamas mengalami kerosakan teruk namun Israel seolah-olah masih belum puas.

Rejim Zionis kini beralih untuk menyerang pemimpin Hamas setelah struktur bangunan yang dimiliki pergerakan itu musnah.



PENDUDUK Palestin menyaksikan empat belas jenazah diusung untuk dikebumikan di Beit Lahiya, utara Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Menurut penduduk tempatan, Israel melancarkan serangan awal semalam terhadap 20 buah rumah yang dipercayai milik pejuang Hamas.

Pesawat Israel turut mengedar sejumlah risalah yang mengandungi nombor telefon dan e-mel bagi memudahkan penduduk Gaza memberikan maklumat berhubung lokasi roket penembak Hamas.

Namun strategi yang digunakan sama seperti perang di Lebanon pada 2006 itu tidak berjaya mempengaruhi penduduk Gaza. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Gadis bersama 5 lelaki dalam bilik

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my


SEORANG gadis menyembunyikan muka kerana malu ditahan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Kuantan semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUANTAN - "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang."
Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ghazali Abdul Aziz selepas operasi cegah maksiat jabatan itu berjaya menangkap 56 remaja yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini awal pagi semalam.

"Saya terkejut, dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.

"Kononnya nak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, lepas itu tak sempat hendak balik rumah, kemudian ambil jalan mudah sewa hotel murah, tidur bercampur lelaki dan perempuan.

"Macam kes lima lelaki dan seorang gadis itu, mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu mereka bukan muhrim dan salah dari segi hukum agama Islam," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

'Bukan madu kami'

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my



PEMBELI madu lebah di gerai Hentian Rehat Sungai Perak kini ditunjukkan surat perakuan makmal yang mendakwa produk tersebut adalah tulen.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA KANGSAR - Beberapa orang penjual madu lebah dari kalangan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak semalam mengakui produk tersebut bukan hasil hutan yang mereka cari sendiri, sebaliknya dibekalkan oleh sebuah syarikat.

Malah, mereka kini tidak lagi memperagakan botol-botol madu itu secara terbuka selepas pendedahan seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM), Prof. Kamaruddin Mohd. Yusoff bahawa kajiannya mendapati madu itu sebenarnya air gula.

Seorang peniaga yang enggan identitinya didedahkan mengakui mereka bukan pencari madu, tetapi ejen jualan sebuah syarikat pembekal yang turut memberi mereka salinan surat perakuan bahawa madu-madu itu produk tulen.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Nak belikan ibu radio, televisyen


Oleh NASRI JAMALUDIN
nasri.jamaludin@kosmo.com.my



NORAISYAH dicium oleh Fatimah sambil disaksikan anaknya di Batu Pahat semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


GAMBAR Mohamad mendukung anaknya di Kemboja.
--------------------------------------------------------------------------------

BATU PAHAT - Selama empat tahun mengikut suami kahwin lari sampai ke Kemboja, Noraisyah Syed Mohd., 27, tidak tahu tindakannya itu telah menyebabkan ibunya menderita.

Fatimah Syadan, 50, yang kematian suami beberapa tahun lalu bukan sahaja makan hati dengan perbuatan anaknya tetapi juga hidupnya hampir melarat.

Selama empat tahun tiada khabar berita daripada Noraisyah.

Fatimah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk masyarakat Orang Asli di Rengit di sini sewaktu Noraisyah melarikan diri beberapa tahun lalu dan hidup bersama ibu, Sana Udin, 80, yang sakit tua manakala anak sulungnya, Syed Mohd. Zabri, 32, menghadapi masalah mental.

"Saya menyesal tinggalkan emak sampai makan minum dia pun jiran yang tolong,'' kata Noraisyah sambil menangis ketika ditemui di rumah ibunya di sini semalam.

Noraisyah kembali dari Kemboja kelmarin bersama dua orang anaknya hasil perkahwinan dengan rakyat negara itu, Mohamad Abdullah. Dia pulang selepas mendapat bantuan Kedutaan Malaysia di negara itu dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO.

Selain daif, rumah Fatimah juga bocor serta bergelap selepas bekalan elektrik dipotong sejak setahun lalu.

"Saya nak tutup kesilapan dulu dengan bekerja semula dan membantu keluarga. Saya nak belikan mereka radio dan televisyen,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Dua selebriti berpesta seks


Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my



PELAKON wanita (kiri) dan penyampai berita stesen televisyen semasa dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, tiga daripada 26 orang yang ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee bersama dua selebriti itu.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan ditahan kerana disyaki menjadi dalang menyewa sebuah bilik di tingkat 11 sebuah hotel di Jalan P. Ramlee di sini untuk menganjurkan pesta seks dan dadah semalam.

Turut ditahan ialah seorang rakan kepada pasangan suami isteri itu yang dipercayai turut mengeluarkan wang modal untuk menjayakan pesta tersebut.

Bagaimanapun, keseronokan pesta itu tidak berpanjangan apabila bilik hotel itu diserbu polis.

Polis turut menahan 23 orang yang menyertai pesta tersebut yang kesemuanya berusia 18 hingga 31 tahun.



SEBAHAGIAN daripada dadah dan kondom yang ditemui dalam serbuan pesta seks di sebuah hotel di ibu negara semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Daripada 23 orang itu, turut ditahan seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta dan seorang pelakon wanita muda yang merupakan deejay sebuah kelab malam di hotel itu.

Kedua-dua selebriti wanita berusia 25 tahun itu juga didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu bersama sembilan lagi peserta pesta liar tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Piza


Terkejut jumpa kereta paling mahal di dunia


GAMBAR menunjukkan kereta Bugatti berada dalam keadaan berhabuk di sebuah garaj mendiang Dr. Carr.
--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Seorang peminat kenderaan, mendiang Dr. Harold Carr menyebabkan beberapa anak saudaranya berasa terkejut apabila dia meninggalkan sebuah kereta paling mahal di dunia dalam sebuah garaj di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Garaj itu menempatkan sebuah kereta Bugatti Type 57S Atalante tahun 1937. Hanya 17 model seperti itu dikeluarkan di dunia.

Keluarga Carr juga terkejut besar selepas dimaklumkan kereta itu mungkin mencapai harga £6 juta (RM30.5 juta) jika dilelong sekali gus menjadikan mereka jutawan segera.

Carr meninggal dunia ketika berumur 89 tahun pada tahun lalu dan dia tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak.

Dia mewasiatkan garaj kereta itu kepada beberapa anak saudara perempuan dan lelaki.

Dalam garaj itu, mereka turut menemui sebuah kereta klasik Aston Martin dan Jaguar E Type.

Kereta Bugatti itu yang berhabuk dalam garaj itu turut dipamerkan dalam pameran dan jualan kereta Bonham's Retromobile di Paris, Perancis.

Salah seorang anak saudara lelaki Carr dari Gosforth, Newcastle berkata, keluarganya tidak percaya bahawa kereta berada dalam dalam garaj itu dibiarkan berhabuk selama 47 tahun.

"Ia sungguh menakjubkan. Harga kereta itu tinggi kerana ia tidak pernah digunakan dan tidak digerakkan selama 47 tahun," katanya.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Agas mengawan ganggu nelayan


SEBUAH bot nelayan berada berhampiran ribuan agas di Tasik Malawi, Afrika.
--------------------------------------------------------------------------------


LILONGWE - Nelayan di Tasik Malawi, Afrika berhadapan dengan sekumpulan agas yang sedang mengawan, lapor sebuah akhbar semalam.

Serangga itu mengawan di atas permukaan Tasik Malawi yang merupakan tasik air tawar ketiga terbesar di Afrika.

Bagaimanapun, kumpulan agas yang terlalu besar mengakibatkan nelayan di tasik itu akan menderita apabila digigit oleh beribu-ribu serangga itu.

Tasik Melawi yang terletak di antara Malawi, Mozambique dan Tanzania dipercayai mempunyai lebih banyak spesies ikan berbanding mana-mana tasik di dunia.

Namun, pergerakan besar-besaran agas itu untuk memikat pasangan mengawan masing-masing menyebabkan aktiviti penduduk di tasik itu terganggu.

Nelayan-nelayan itu mungkin mempunyai banyak kesan gigitan agas jika mereka tidak memakai pakaian perlindungan yang sesuai. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_11.htm

Ikan melompat-lompat dengar bunyi getaran


RATUSAN ikan kap perak melompat-lompat di Sungai Illinois, Amerika Syarikat.
--------------------------------------------------------------------------------


SPRINGFIELD - Beratus-ratus ikan kap perak melompat-lompat di atas permukaan air seperti menari di Sungai Illinois, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena itu berlaku kerana terdapat getaran yang terhasil daripada motor elektrik bot pemancing.

Ikan itu menganggap getaran itu sebagai kehadiran pemangsa dan akan bertindak balas dengan melompat sehingga setinggi tiga meter.

Pemandangan menakjubkan itu dirakamkan oleh seorang pengarah dokumentari, John Downer pada Ogos lalu di Sungai Illinois yang merupakan cawangan Sungai Mississippi di AS.

Downer berkata, tindakan ikan itu yang boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram mampu menyebabkan bot terbalik dan mengakibatkan kecederaan kepada manusia.

"Krew-krew penggambaran saya terpaksa pulang untuk mencari peralatan perlindungan.

"Bagaimanapun, bagi pemancing, ia umpama syurga kerana mereka tidak perlu memancing dan ikan itu pastinya akan melompat ke dalam bot," ujarnya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Nafi terima syarat gencatan senjata


SEORANG anggota paramedik mendukung seorang
kanak-kanak yang cedera selepas serangan tentera udara Israel di Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Seorang pegawai kanan Hamas semalam menafikan pergerakan itu menerima satu cadangan gencatan senjata anjuran Kesatuan Eropah berhubung krisis di Gaza.

"Ia merupakan kenyataan palsu yang disiarkan dalam laman web utama Hamas," kata pegawai itu, Fawzi Barhum.

Menurutnya, kenyataan palsu itu dilakukan mencetsukan keraguan terhadap Hamas.

Sebelum ini agensi berita asing melaporkan Hamas menyatakan penerimaan cadangan Kesatuan Eropah (EU) berhubung satu gencatan senjata dengan Israel tetapi dengan bersyarat.

"Hamas menerima inisiatif dengan syarat keganasan rejim Zionis dihentikan, sekatan ditarik balik, penutupan pintu sempadan dibuka dan memperoleh jaminan antarabangsa bahawa Israel tidak akan memulakan kembali kempen keganasan," kata jurucakapnya, Fawzi Barhum dalam satu kenyataan.

Menurut Fawzi, perjanjian gencatan senjata perlu menjadi sebahagian daripada persetujuan global termasuk menamatkan semua bentuk kezaliman terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Katanya, lintasan Rafah yang bersempadan Mesir perlu dikeluarkan daripada perjanjian 2005 yang mensyaratkan kawalan terhad.

Persetujuan itu mengkehendaki kehadiran pemerhati EU di Rafah dan wakil-wakil Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Israel bunuh pemimpin Hamas


Penduduk Palestin memeriksa kemusnahan bangunan yang menempatkan rumah Nizar di Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Tentera Israel membunuh seorang 'orang kuat' Hamas semalam dalam serangan menyasarkan pemimpin-pemimpin kanan pergerakan berkenaan.

Serangan itu dilakukan di apartmen lapan tingkat iaitu tempat pemimpin Hamas tersebut, Nizar Rayan menginap menyebabkan dua daripada isteri dan empat anaknya terbunuh di Gaza.



SEBUAH jet F-15 milik tentera udara Israel berlegar-legar di utara Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Beberapa pemimpin Hamas menyembunyikan diri sebelum tentera Israel melancarkan operasi itu.

Rayan, 52, merupakan antara lima pemimpin teratas yang terlibat dalam membuat keputusan.

Beliau merupakan seorang profesor undang-undang dan dikenali mempunyai hubungan rapat dengan sayap ketenteraan Hamas.



ASAP menjulang selepas serangan Israel di utara Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Sementara itu angka korban berikutan serangan bertalu-talu sejak Sabtu lalu mengakibatkan lebih 402 penduduk Gaza mati manakala 2,098 lagi cedera.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan suku daripada angka kematian membabitkan orang awam.



SEBUAH roket dilancarkan dari Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Lebih 30 serangan peluru berpandu udara direkodkan semalam manakala beberapa buah kapal tentera laut mengawal pesisir pantai Gaza.

Banyak kemudahan awam dan rumah rosak termasuk bangunan Parlimen serta kementerian keadilan di kompleks kerajaan Hamas. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...