Wednesday, May 13, 2009

Pemegang rekod payu dara terbesar enggan dibedah



STITZ


ATLANTA -  Pemegang rekod payu dara terbesar dunia, Norma Stitz mendedahkan dia enggan membuat pendedahan bagi mengecilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu berkata, ramai orang yang mengemukakan pertanyaan kepadanya bagi meminta penjelasan kenapa dia tidak membuat pembedahan untuk mengecilkan payu dara.

"Saya sayang payu dara saya dan ia memberikan saya satu kehidupan yang indah," kata Stitz.

Menurutnya, dia menerima banyak tawaran yang mengundangnya untuk muncul dalam program stesen televisyen di seluruh dunia.

Wanita itu turut mendedahkan ketika dia menemui lelaki, dia berharap mereka menaruh minat terhadap dirinya bukan payu daranya.

"Bagaimanapun, kebanyakan lelaki tidak bersembang dengan rancak. Mereka hanya merenung saya," katanya.

Wanita itu diiktiraf memiliki payu dara paling besar dengan berat hampir 18.14 kilogram oleh Guinness World Records. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Dua kes A H1N1 di Thai


SEORANG pegawai kesihatan memakai topeng muka pada sidang akhbar berhubung influenza A H1N1 di Bangkok semalam.


BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand semalam mengesahkan dua kes pertama influenza A H1N1 sekali gus menjadi negara pertama di Asia Tenggara mempunyai kes selesema babi tersebut.

Menteri Kesihatan Awam, Witthaya Keawparadai berkata, pesakit itu merupakan warga tempatan tetapi keadaan mereka sudah beransur pulih.

"Kedua-dua mereka dijangkiti virus itu ketika melawat Mexico baru-baru ini," kata Witthaya pada satu sidang akhbar di Bangkok.

Tambah beliau, pesakit berkenaan pulang ke Thailand secara berasingan dalam keadaan demam namun mereka pulih selepas diberi ubat antivirus.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sampel pertama positif ujian influenza A H1N1 manakala sebuah makmal tempatan mengesahkan kes kedua.

Pihak berkuasa turut memantau tiga orang yang pernah menemui pesakit pertama dan lima orang yang berhubungan dengan pesakit kedua namun mereka tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan, katanya.

Dalam satu kenyataan selepas itu, kementerian menggesa semua pelancong yang melawat negara luar untuk berjumpa doktor dalam tempoh tujuh hari jika mereka mempunyai tanda-tanda selesema.

Witthaya berkata, Thailand masih mengekalkan amaran perjalanan ke AS, Mexico, Kanada, Britain dan Sepanyol.

Kes tersebut muncul beberapa hari selepas Thailand menjadi tuan rumah persidangan selesema babi yang menyaksikan negara-negara Asia bersetuju untuk meningkatkan ubat antivirus.

Menteri-menteri kesihatan dari China, Jepun, Korea dan ASEAN turut menggesa ketua pegawai syarikat kesihatan lebih adil dalam memastikan pengagihan ubat-ubatan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Petrol RON 95 dijual mulai 1 September




PUTRAJAYA - Orang ramai bakal mempunyai lebih pilihan dalam penggunaan petrol apabila kerajaan memperkenalkan minyak baru iaitu petrol tanpa plumbum RON 95 dengan harga RM1.75 seliter berkuat kuasa mulai 1 September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan petrol RON 95 yang disubsidikan kerajaan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bagi menggantikan penggunaan petrol RON 92.

"RON 95 ialah minyak berkualiti, kurang mencemarkan udara dan harganya lebih rendah berbanding RON 92.

"Kerajaan memberi subsidi 3 sen untuk setiap liter untuk minyak RON 95,'' katanya selepas merasmikan penjualan petrol RON 95 di Stesen Minyak Petronas 9D di Presint 9 di sini semalam.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Pengerusi Petronas Dagangan Berhad, Datuk Anuar Ahmad.

Ekoran pengenalan petrol baru itu, Ismail memaklumkan, petrol RON 97 yang digunakan ketika ini akan dijadikan produk premium bermula September ini dan dijual pada harga baru iaitu RM2 seliter berbanding RM1.80 ketika ini.

"Pengguna tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga RON 97 kerana petrol RON 95 sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di negara ini termasuk kereta mewah,'' jelas beliau.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...