Tuesday, January 4, 2011

'Sri Alam Trading' tipu RM300,000

SHAH ALAM: Sebuah syarikat yang diberi jolokan ‘flying by night’ dan beroperasi di Sungai Buloh, Kuala Selangor, dekat sini, dikesan sudah memperdayakan 30 mangsa membabitkan kerugian hampir RM300,000 sejak sebulan lalu.

Syarikat itu yang dipercayai menggunakan nama perniagaan ‘Sri Alam Trading’ menyewa lot kedai di kawasan itu sebagai markas operasi sebelum membuat tempahan pelbagai barang daripada pelanggan.

Difahamkan, syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) didalangi empat suspek termasuk seorang wanita berusia antara 40 hingga 60 tahun dan kerugian tertinggi yang dialami mangsa ialah RM28,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kejadian pertama dikesan pada 24 Disember lalu dan terakhir dua hari lalu.


Menurutnya, modus operandi syarikat terbabit ialah mereka akan membuat pesanan pembelian ke atas barang berharga seperti komputer riba, alat tulis, minyak pelincir, bulu tangkis, bahan binaan, kayu, pagar automatik dan kamera litar tertutup (CCTV).


“Selepas menerima barang yang dipesan, suspek akan menyerahkan cek yang didaftarkan atas nama syarikat.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian cuba menunaikan cek itu yang kebiasaannya memerlukan tiga hari sebelum menyedari mereka ditipu selepas akaun ditutup,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SriAlamTradingtipuRM300_000/Article/index_html

Santan naik RM2 sekilogram

KUALA LUMPUR: Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.

Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.


Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.

Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.


“Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SantannaikRM2sekilogram/Article/index_html

Menular ke ibu kota

KUALA LUMPUR: Masalah kekurangan bekalan minyak yang sebelum ini dilaporkan berlaku di Perlis dan Kelantan kini menular di sekitar pusat bandar raya apabila bekalan itu sukar didapati pengguna.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kedai runcit di sekitar ibu kota kehabisan bekalan berkenaan sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, bekalan berkenaan masih boleh didapati di beberapa pasar raya besar walaupun ada sesetengah pasar raya mengehadkan pembelian minyak bagi setiap pelanggan memandangkan bekalan terhadap bahan masakan itu meningkat.


Bagaimanapun, harga bekalan berkenaan masih lagi stabil apabila sekampit minyak masak seberat satu kilogram dijual dengan harga RM2.50 dan RM6.20 bagi minyak masak dijual dalam botol dua kilogram dilihat hanya membabitkan beberapa jenama minyak masak saja.

Peniaga kedai runcit, Hasbi Mohd Nafi, 48, berkata masalah itu mula dialami sejak tiga hari lalu sehingga menyebabkan pengguna merungut dan tidak berpuas hati.


Sebelum ini, Hasbi mendapatkan bekalan di Pasar Borong Selayang tetapi dimaklumkan bekalan itu tidak mencukupi sedangkan dia biasanya menempah 20 kotak minyak masak dengan setiap kotak mengandungi 17 kampit minyak masak seberat satu kilogram.


“Bagaimanapun, ketika membeli stok baru-baru ini, saya hanya menerima dua kotak saja minyak masak. Bekalan itu sememangnya tidak mencukupi dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.

“Bukan hanya kekurangan minyak masak kampit malah minyak masak botol seberat dua kilogram juga tidak dapat dijual menyebabkan buntu memikirkan cara untuk mendapatkan stok,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Pekerja pasar raya, Norlela Abdul Ghani, 43, pula berpendapat masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk kerana ia adalah barang keperluan harian.

Katanya, ketiadaan bekalan berkenaan sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya walaupun dia hanya membeli barang keperluan harian pada hujung bulan.


“Apa yang saya lihat, ketiadaan bekalan ini membabitkan beberapa jenis minyak masak saja yang mana masalah ini lebih serius di kedai-kedai runcit berbanding pasar raya.


“Mungkin hal ini berlaku apabila ada sesetengah pihak menyembunyikan bekalan yang ada memandangkan sebelum ini ada khabar angin mengatakan harga bahan masakan itu akan naik,” katanya.


Bagi P Santhivan, 46, pula kedai runcitnya sudah seminggu tidak mempunyai bekalan minyak masak sedangkan sebelum ini dia menerima dua kotak minyak masak dengan setiap kotak mengandungi 17 kampit.


“Jika dulu, saya biasanya membeli dua kotak minyak masak untuk dijual dalam tempoh seminggu di kedai tetapi kini bekalan berkenaan tidak dapat diperoleh,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menularkeibukota/Article/index_html

Tertuduh kejam, ganas

KOTA TINGGI: Lelaki yang menikam Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, sebanyak 19 kali dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Salawati Djambari menjatuhkan hukuman itu terhadap Habin Sulaiman, 42 atas kesalahan cuba membunuh mangsa menggunakan pisau.


Tertuduh juga dihukum penjara 17 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua iaitu cuba membunuh Nur Ain menggunakan asid cuka getah.

Salawati yang mengambil kira kes itu mempunyai kepentingan awam, mengarahkan supaya hukuman itu dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditahan.


Ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, Salawati menyifatkan tindakan tertuduh sebagai kejam dan ganas sehingga boleh menyebabkan trauma teruk kepada mangsa.


Berdasarkan pertuduhan pertama di rumah No 41 Jalan Cemara Dua Kampung Baru Sungai Redan, kira-kira jam 9.15 pagi, 16 Disember lalu, tertuduh dengan niat melakukan perbuatan cuba membunuh Nur Ain Ashikin, menggunakan sebilah pisau serta asid cuka getah.

Ia menyebabkan mangsa cedera parah. Dakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.


Bagi pertuduhan kedua, pada masa, tarikh dan lokasi sama, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan menggunakan sebilah pisau dan bahan berbahaya iaitu asid cuka getah pada tubuh mangsa.

Habin didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.


Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya, Natassa Zaini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Natassa ketika prosiding memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan berasingan mengikut pertuduhan.


Dalam kejadian pada 16 Disember lalu, Nur Ain cedera parah di badan apabila ditikam 19 kali oleh tertuduh di rumah mangsa.


Selepas menikam Nur Ain tertuduh mencurah asid di badan remaja itu sebelum ke Balai Polis Ulu Tiram untuk menyerah diri.


Sebelum kejadian mangsa bersama adik perempuan berusia Nurrehan Jemadi, 13, dan anak saudara dikejutkan dengan kehadiran lelaki terbabit yang tiba-tiba menendang pintu rumah.


Ia diikuti dengan pertengkaran antara mangsa dan tertuduh sebelum Nur Ain ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid cuka getah yang mengenai kepala dan badan. Mangsa cuba menyelamatkan diri, bagaimanapun lelaki terbabit mengekorinya dan menikam kaki serta tangan gadis malang itu. Pihak hospital mengesahkan tikaman yang mengenai perut gadis terbabit menyebabkan kandungan mangsa ketika itu berusia enam bulan meninggal dunia.


Berikutan kejadian, mangsa dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), akibat cedera parah dan 70 peratus badannya melecur terkena asid.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertuduhkejam_ganas/Article/index_html

Cekup khalwat sekali lagi

ALOR SETAR: Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di hotel murah di bandar raya ini November lalu, dicekup buat kali kedua di bilik sewa sebuah bangunan di Jalan Langgar di sini, malam kelmarin.

Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), yang menerima aduan berhubung kegiatan itu kira-kira jam 4 pagi ketika mereka nyenyak tidur.


Sumber Jaik berkata, pada mulanya lelaki itu cuba terjun melalui tingkap belakang balkoni setinggi empat meter untuk melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pegawai agama, namun gagal apabila diarahkan masuk semula ke dalam bilik di tingkat dua bangunan itu oleh anggota penguat kuasa.

“Lelaki yang berpakaian lengkap jeans dan baju-T itu akur dengan arahan anggota kami sebelum membuka pintu bilik berkenaan untuk membenarkan pemeriksaan dijalankan.


“Hasil siasatan menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap berada dalam bilik itu dan mereka mengaku tiada sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram,” katanya.


Sumber berkata, lelaki terbabit berasal dari Titi Gajah di sini, manakala teman wanitanya dari Pumpong, yang terletak berhampiran dan bilik itu dipercayai disewa kakak angkat wanita berkenaan yang ketika itu tiada di bilik.

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu di kedai emas, di bandar raya ini dikatakan menghubungi teman lelakinya itu ketika kakak angkatnya keluar membeli makanan sebelum mereka dicekup berkhalwat.


Berdasarkan siasatan, pasangan terbabit pernah ditahan di sebuah hotel di Jalan Kampung Perak, di sini, November lalu dan kes masih dalam proses siasatan lanjut dan belum dibicarakan di mahkamah.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.


Dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki Myanmar dalam sebuah rumah di Jalan Alor Mengkudu di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.


Sumber Jaik berkata, pasangan terbabit dicekup berkhalwat oleh jemaah masjid di kawasan berkenaan apabila mengesyaki kegiatan maksiat di rumah itu sebelum menahan dan menyerahkan mereka ke IPD Kota Setar.


“Anggota kami mengambil keterangan daripada seorang jemaah masjid terbabit dan membuat laporan semula sebelum mengambil keterangan remaja perempuan itu dan pasangannya.


“Remaja itu mengaku sudah berhenti sekolah dan berkenalan dengan lelaki Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cekupkhalwatsekalilagi/Article/index_html

Remaja ditahan

SERIAN: Misteri penemuan janin dalam tangki pam tandas wanita di Hospital Serian petang Jumaat lalu terjawab selepas polis berjaya menahan seorang remaja dipercayai ibu kepada janin malang terbabit, pagi semalam.

Remaja berusia 15 tahun yang berkahwin pada pertengahan Julai tahun lalu itu ditahan di sebuah rumah di sini, hasil siasatan polis dan maklumat penduduk kampung.

Difahamkan, siasatan awal polis mendapati suspek melakukan perbuatan itu pada 27 Disember lalu ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kandungan sebelum mengadu sakit perut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011010401470620110104014706/Article/index_html

Remaja tiada lesen punca 4 kereta berlanggar

SHAH ALAM: Seorang remaja yang memandu tanpa lesen merempuh empat kereta lain dalam kemalangan di hadapan persimpangan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), di sini kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, remaja terbabit yang baru selesai bermain futsal di Seksyen 19 memandu laju menyebabkannya tidak sempat membrek selepas kereta di hadapannya berhenti akibat kesesakan lalu lintas di bulatan menuju Uptown Seksyen 24.


Remaja terbabit yang memandu Proton Waja panik selepas melihat kenderaan di depannya tidak bergerak lalu merempuhnya.

Akibat rempuhan kuat itu, kereta di hadapannya yang berhenti meluncur ke depan menyebabkan berlaku pelanggaran berturutan membabitkan empat kereta lain.


Suasana tegang apabila abang remaja terbabit yang datang ke tempat kejadian selang beberapa minit kemudian memukul adiknya itu sambil memaki hamun.


Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, remaja terbabit turut dipersalahkan abangnya kerana menyebabkan Proton Waja miliknya rosak teruk di bahagian hadapan dan menyatakan tidak mahu campur tangan sebaliknya menyuruh adiknya menanggung semua kesalahan dilakukannya.

“Remaja terbabit yang masih trauma dengan kejadian itu bertambah gerun selepas abangnya mahu dia menanggung semua kerosakan dialami empat kereta dirempuhnya menyebabkan wajahnya bertukar pucat.


“Bagaimanapun, orang ramai meleraikan pergaduhan itu dan menasihatkan abang remaja itu supaya bersabar,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajatiadalesenpunca4keretaberlanggar/Article/index_html

Pengasas Facebook makin kaya



MARK ZUCKERBERG


NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.

Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).

Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Saintis cipta hujan lebat di gurun




DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

TV3 siasat Karam Singh Walia



KARAM SINGH WALIA


PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Penyerang gadis dijel 17 tahun


NUR AIN ASHIKIN yang melecur teruk dan cedera ditikam ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru baru-baru ini.


KOTA TINGGI - Seorang remaja, Habin Noor Sulaiman yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan cuba membunuh Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Redan di sini pada Disember lalu dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Salawati Djambari ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai kejam dan ganas sehingga menyebabkan mangsa trauma.

Mengikut pertuduhan pertama, Habin didakwa cuba membunuh Nur Ain Ashikin menggunakan sebilah pisau dan asid cuka getah sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Pindaan Perlembagaan Selangor Boleh Dilakukan Secara Retrospektif

Published: Selasa Januari 4, 2011 MYT 6:49:00 PM
Updated: Selasa Januari 4, 2011 MYT 6:50:11 PM

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim berkata sebarang cadangan pindaan perlembagaan negeri itu dalam memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik jawatan utama kerajaan negeri boleh dilakukan secara retrospektif.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, keputusan tersebut bakal memberi kesan kepada pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih terlalu awal untuk dinyatakan ekoran kerana beliau masih belum menerima sebarang representasi secara rasmi daripadaMenteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cadangan untuk memanggil sidang dewan tergempar seperti dimaklumkan semalam.

"Jika rang undang-undang yang dinyatakan bahawa pindaan itu berkuat kuasa 1 Januari, 2011 maka ia menjadi retrospektif dan jika iamempunyai kesan retrospektif maka ia akan memberi kesan kepada perlantikan setiusaha kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Selasa.

Beliau sebarang sidang tergempar boleh diadakan dalam tempoh 24 jam dan ia tidak memerlukan perkenan Sultan bagi mengadakannya.

Menurut Teng, mengikut peraturan tetap DUN Selangor dewan boleh diadakan serta merta jika ia mempunyai kepentingan awam.

"Jika dalam masa Dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada Tuan Speaker, iaitu, bagi kepentingan awam berkehendakkanmesyuarat diadakan lebih awal daripada masa yang Dewan telah ditangguhkan, Tuan Speaker hendaklah memberitahu dengan serta-mertaperkara itu dan Dewan hendaklah bermesyuarat pada masa yang dinyatakan dalam pemberitahu itu.

"Urusan perkara mesyuarat pada hari itu hendaklah ditetapkan oleh Menteri Besar dan pemberitahu mengenainya hendaklah dipekelilingkantidak lewat dari masa itu," katanya. Bagaimanapun Teng menegaskan, sebarang tindakan untuk menentukan sidang tergempar itu masih belum boleh dilakukan memandangkan representasi usul belumdikemukakan menteri besar.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada mesyuarat tergempar itu akan diadakan berikutan pelantikan (dia) Khusrinsebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru atau berkaitan dengan perkara lain.

"Saya masih belum melihat representasi usul yang dikemukakan kerana saya masih bercuti sehingga hujung minggu ini," katanya.

Katanya, sebarang pindaan perlembagaan rang undang-undang perlu digazetkan dalam tempoh 14 hari untuk dibentangkan, malah sebarangpindaan itu memerlukan 2/3 undi dalam dewan.

Namun menurut Teng, perkara tersebut bukan dibawah bidang kuasanya dan hanya berkuasa untuk membentangkan pindaan tersebut.

"Jika menerima 2/3 undi majoriti ia akan diluluskan jika tidak ia sebaliknya. Namun kita tidak boleh jangka usul meminda itu ditolakkerana menteri besar berjaya yakinkan wakil pembangkang untuk menerima usul tersebut," katanya.

Kini Pakatan Rakyat mempunyai 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Ketika ditanya sama Khusrin boleh dipecat apabila DUN mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap pelantikannya, Teng berkata"Mengikut perundangan Malaysia beliau tidak boleh dipecat kerana merupakan ex-officio. Dalam sebab-sebab yang normal usul undi tidak percaya ke atas pegawaikerajaan yang dilantik berlaku apabila seseorang melakukan kesalahan.

"Jika dewan boleh diyakinkan melalui undi tidak percaya itu, maka usul boleh diterima, jika tidak sebaliknya. "Usul undi tidak percaya hanya biasa dan memerlukan tempoh 14 hari untuk dibentangkan dalam dewan," jelas beliau.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/4/mstar_berita/20110104180722&sec=mstar_berita

Angkat Sumpah Khusrin Di Istana Kayangan Khamis Ini

Selasa Januari 4, 2011

KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah taat setia oleh Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi akan tetap diadakan Khamis ini di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Ini kerana pada pengetahuan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Mohd Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Mohamad Munir, yang bertindak atas titah Sultan Selangor, menjelaskan bahawa Sultan Selangor telah menitahkan supaya cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dilaporkan akan dibuat oleh kerajaan negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor, dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan kepada media selepas menghadap Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri bercadang mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membuat pindaan tersebut.

Mohamad Munir menjelaskan bahawa Khamis ini akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena ulang tahun keputeraan ke-65 Sultan Selangor kerana ketika istiadat pengurniaan darjah kebesaran pada 11 Disember lepas, Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

"Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan," menurut Mohamad Munir.

Berikutan pelantikan itu, katanya, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Berkenaan tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, dalam blognya pada 30 Disember lepas, dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Oleh itu sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

"Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda," kata Mohamad Munir.

Mohamad Munir juga mengulas artikel dalam akhbar Sinar Harian pada 29 Disember lepas mengenai "Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA" oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Menurutnya, walaupun terdapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi di negeri Selangor, kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA).

Mohamad Munir juga menjelaskan bahawa kenyataan akhbar oleh Menteri Besar Selangor semalam yang menyatakan Sultan Selangor berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

"Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan.

"Perkara ini telah menjadi amalan di Selangor," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Sultan Selangor sebenarnya telah bertitah sepatutnya Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda.

"Tindakan Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/4/mstar_berita/20110104184207&sec=mstar_berita

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Perlu Fail Fasakh Jika Mahu Cerai

Selasa Januari 4, 2011

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Justynn Cassandra, 25, sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai secara baik daripada Rozali dengan kebenaran mahkamah.

Kes itu disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.

“Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh,” katanya.

Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ia akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.

Amli semasa dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun.

NGO ancam bakar buku teks 'Interlok'

NGO ancam bakar buku teks 'Interlok'
Salhan K Ahmad
Jan 4, 11
5:41pm

Sebuah gabungan NGO masyarakat India mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel Interlok sekiranya buku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian daripada teks sastera SPM.

NONEPengerusi Gabungan NGO India Malaysia Datuk A Vaithilingam (ketiga dari kanan) berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya kerajaan tetap berdegil untuk tidak menarik balik ketetapan menjadikan buku tersebut sebagai teks komponen sastera untuk pelajar sekolah.

"Kita mahu kerajaan tarik balik kelulusan serta merta. Kita beri masa seminggu untuk mereka berbuat demikian," katanya dalam satu sidang media hari ini.

'Tak perlu panggil pariah'

Tambahnya, isu yang dipertikaikan bukanlah penggunaan istilah "pariah" yang digunakan dalam Interlok yang ditulis Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (bawah, kiri) itu.

"Isu yang sebenar adalah (tindakan) memperkecil-kecilkan masyarakat India (melalui buku tersebut).

NONE"Anda perlu ingat, interpretasi yang diberikan di dalam buku ini tidak boleh diterima. Mungkin benar bahawa pekerja (dari India) dibawa untuk bekerja di sini, tapi anda tidak parlulah memanggil mereka dengan nama pariah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, pengerusi bersama gabungan NGO berkenaan, K Arumugam pula berkata, perkara yang perlu diberi perhatian adalah kesan yang wujud dalam pemikiran pelajar, hasil daripada penggunaan buku berkenaan.

"Novel ini ditulis berdasarkan maklumat sejarah jadi ia perlu tepat. Jika gambarannya salah, ia merupakan satu bencana intelektual," katanya dalam sidang media yang sama.

Katanya, penulis novel berkenaan perlu menjalankan kajian mendalam sebelum ia diterbitkan untuk memahami latarbelakang sejarah yang berlaku ke atas masyarakat tersebut.

NONEBeliau memberi contoh satu kertas berhubung satu kajian ke atas masyarakat India di kawasan bandar yang dijalankan antara tahun 1920 hingga 1940.

"Perkataan pariah langsung tidak disebut dalam kertas itu," katanya yang menjelaskan bahawa kertas berkenaan telah menjelaskan bagaimana masyarakat India dari golongan pekerja berubah menjadi golongan nasionalis.

"Kenapa perkara itu tidak dimasukkan (dalam Interlok)? Buku seperti ini perlu menjadikan kita bangga dengan negara ini, bukan memecah-belahkan kita," tambahnya.

http://malaysiakini.com/news/152414

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi
Jan 4, 11 7:13pm

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

http://malaysiakini.com/news/152429

Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong

Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong
Jan 4, 11 2:43pm

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

NONENik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

NONESejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

http://malaysiakini.com/news/152373

SUK: Pemuda Pakatan protes kepada KSN

SUK: Pemuda Pakatan protes kepada KSN
Hazlan Zakaria
Jan 4, 11
12:37pm

Kira kira 60 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.

NONEBantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi. Ia diketuai ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin; ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga ketua pemuda DAP Selangor dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan.

Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai 'hadiah' untuk diserahkan kepada Sidek.

Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil masuk ke pejabat Perdana Menteri.

NONEPembantu peribadi KSN, Rosli Laji menerima memorandum itu bagi pihak Sidek.

Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan "reformasi", "hormati kerajaan negeri" dan "tolak Khusrin".

Rampas kain rentang

Sebelum itu, ketika kumpulan berkenaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, pihak polis merampas kain rentang yang memangkah muka Khusrin.

NONEKekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya ditenangkan.

Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekeh dalam urusan pentadbiran negeri.

Memorandum berkenaan, antara lain, menggesa Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.

Mereka mendakwa pelantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

NONE"Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu pelantikan ini.

"Membelakangkan hak kerajaan negeri samalah juga membelakangkan hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.

Selain itu, pelantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.

Ramai calon lebih layak

"Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak.

NONE"MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita minta KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam," gesanya.

Dalam pada itu, Hasbullah mahu KSN menarik balik pelantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini.

Beliau juga menyeru mana-mana pihak supaya tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau.

NONE"Kita minta beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

Janice pula mendakwa pelantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut.

Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.

http://malaysiakini.com/news/152345

Khusrin goyah, sidang tergempar boleh diadakan

Aidila Razak
Jan 4, 11
1:28pm

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

NONE"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Mac ini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.

Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendapati alasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan umum”.

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/152360

Isu SUK: PKR bersyukur sultan serah pada MB

Jan 4, 11 1:23pm

PKR bersyukur dan menjunjung kasih setingginya kepada Sultan Selangor yang memperkenan menyerahkan kembali urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan menteri besar untuk mencari penyelesaian terbaik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

NONE"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada 1993," kata penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baginda memberitahu demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Mestika, Shah Alam semalam.

Dr Muhammad Nur berkata, PKR juga menyokong penuh tindakan menteri besar memanggil sidang tergempar DUN bagi meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif - SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang - kepada sultan dan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata PKR yakin ia adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya, kuasa pelantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada 1983 dan 1993 meskipun ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

"Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak Umno dan kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada 2008," tegasnya.

Dr Muhammad Nur berkata, krisis itu juga membuktikan, demi meraih kuasa politik, Umno bersedia melakukan apa sahaja meskipun dengan
mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

"Adalah jelas kepada kita bahawa Umno sedang dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya," tambahnya.

Lantaran itu, katanya, demi mengekalkan kuasa, mereka sedia mempergunakan apa jua slogan '1Malaysia', 'Ketuanan Melayu', 'Kedaulatan Raja-Raja' dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya. PKR ingin menjelaskan kembali komitmennya untuk terus menegakkan keadilan berasaskan keluhuran perlembagaaan dan undang-undang negara yang ada dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia umumnya.

http://malaysiakini.com/news/152357

MPP Unisel bantah Prof Khoo jadi canselor baru

Jan 4, 11 12:36pm

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Industri Selangor (Unisel) turut menolak pelantikan ahli politik sebagai canselor baru tetapi tidak bersetuju cadangan supaya Prof Emiretus Tan Sri Khoo Kay Kim mengisi jawatan tersebut.

NONECadangan melantik Prof Khoo sebagai canselor baru dibuat sekumpulan pelajar pro-Mahasiswa Unisel yang turut menentang pelantikan orang politik mengisi jawatan tersebut.

"MPP Unisel menolak cadangan itu berdasarkan pendirian Prof Khoo berhubung beberapa isu mahasiswa yang pernah dinyatakan sekitar beberapa tahun kebelakangan ini," kata presiden MPP Unisel, Azim Md Kasim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa Prof Khoo menolak cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membenarkan mahasiswa berpolitik serta tidak mahu mengiktiraf sejarah gerakan mahasiswa dalam sejarah negara.

Azmi berkata, pendirian Prof Khoo itu dianggap tidak selari dengan pendirian gerakan mahasiswa hari ini.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kim"Bahkan, pendirian Prof Khoo juga diyakini bertentangan dengan pendirian Pro-Mahasiswa di Unisel dan di peringkat nasional yang memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa, serta autonomi kampus.

"Justeru MPP Unisel merasakan Prof Khoo tidak layak untuk diangkat sebagai canselor oleh kerana tidak mengiktiraf suara dan hak kebebasan mahasiswa juga sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia," tambahnya.

MPP Unisel juga, katanya, menolak dakwaan Pro-Mahasiswa Unisel yang menyatakan bahawa mereka mewakili suara seluruh mahasiswa universiti tersebut.

"Hal ini kerana, 500 tandatangan yang diperolehi tidak mewakili keseluruhan kira-kira 13, 000 orang Unisel," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Azmi, MPP Unisel akan berbincang dengan pimpinan persatuan mahasiswa fakulti dan kolej, sebelum mengemukakan cadangan untuk dibawa kepada ahli lembaga pengarah universiti dan mendapat perkenan Sultan Selangor.

Katanya, MPP Unisel berharap semua pihak berlapang dada untuk menerima kritikan dan juga cadangan.

"MPP Unisel juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kumpulan mahasiswa serta pentadbiran Unisel dalam usaha masa depan universiti dan mahasiswa yang lebih baik," katanya.

http://malaysiakini.com/news/152344

Pelajar Unisel pro-M cadang Prof Khoo ganti Rosmah

Kow Gah Chie
Jan 3, 11
1:40pm

Sekumpulan lima pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) yang mewakili kumpulan pelajar yang dikenali sebagai pro-mahasiswa hari ini menyerahkan satu memorandum kepada pejabat Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim petang ini.

NONEKumpulan itu yang diwakili oleh presidennya, Muhammad Nasir Abu Bakar menyerahkan memorandum itu pegawai media menteri besar, Tuan Nazuli Tuan Ismail.

Mengulas perkara itu, kemudian, Khalid berkata beliau “tiada masalah' bagi melantik mana-mana pemimpin tanpa pertalian politik ke jawatan canselor.

"Tidak pernah disebut nama sesiapun untuk jawatan canselor, malah nama (presiden PKR) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) sekalipun," katanya.

NONEPagi tadi, bertindak atas khabar angin, kononnya seorang pemimpin tertinggi PKR akan dilantik sebagai naib canselor yang baru, lima pelajarnya meluahkan bantahan mereka kepada menteri besar Selangor berhubung perkara itu.

Muhammad Nasir berkata pihaknya menolak pelantikan canselor pusat pengajian tinggi itu yang berlatakbelakangkan pengaruh politik sama ada dari BN ataupun Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa memegang prinsip untuk bebas bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka sebagai 'third force' sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) mahukan tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebagai canselor mengantikan Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE“Seluruh mahasiswa Unisel telah bersetuju memilih ahli akademik selaku canselor baru Unisel dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan ahli politik dalam melantik canselor baru.

“Antara sebab lain pelantikan beliau (Khoo) adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara,” kata Muhammad Nasir pada sidang media di Shah Alam.

NONESebelum ini timbul ura-ura bahawa sama ada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun bekas timbalannya, Syed Husin Ali akan dilantik sebagai canselor baru.

Menurut Muhammad Nasir pihaknya telah mengumpulkan kira-kira 500 tandatangan bagi menyokong perkara itu dan berharap pihak pentadbiran seharusnya berlapang dada dalam menerima kritikan dan pandangan dari mahasiswa khususnya untuk membaiki masalah yang sedia ada.

Pada 20 November lalu, Rosmah mengumumkan pengundurannya bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA dan pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

http://malaysiakini.com/news/152251

Hindari pertandingan joran, kata Dr Asri

Hindari pertandingan joran, kata Dr Asri
Jan 4, 11 11:30am

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONEKatanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.

"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

fishing trawlers 231216 fishermenMenurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.

Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

ikan kerapu grouper fish 140509Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.

Dr Asri berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

“Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya.

http://malaysiakini.com/news/152341

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini
Jan 4, 11 10:12am

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

sundry shop kedai runcit 250907 02"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

sundry shop kedai runcit 250907 01Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/152331
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...