Friday, September 26, 2008

Rayuan anak dari Lombok - Norfadillah telefon bapa minta dibawa balik ke Malaysia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my


AZEEZ (kanan) berbincang dengan Ahmad mengenai misi mereka membawa pulang Norfadillah di Kuala Lumpur semalam.

---------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR“Apok, bila abah nak datang... datanglah ambil saya dekat Lombok, saya nak sambut raya dengan mak, abah, saya sedia sambut abah dekat sana, datang le cepat.”

Itulah antara permintaan Norfadillah Ahmad, 18, yang dipercayai mencuri-curi pakai telefon bimbit milik pemuda yang melarikannya ke Lombok bagi menghubungi bapanya, Ahmad Abdul Hamid, 46, semalam.

Gadis itu membuat tiga panggilan dengan talian terputus-putus pada 1.48 petang, 2.02 petang dan 2.10 petang semalam.

Ia juga panggilan pertama kepada bapanya itu selepas hanya berani menelefon adiknya, Norfarawahida sejak hilang pada 3 September lalu.

Kepada Ahmad, panggilan dengan nada suara lemah Norfadillah itu menandakan anak sulungnya itu yang kini dalam perhatian keluarga pemuda yang hanya dikenali sebagai Nasruddin, kian mencurigakannya.



KERATAN Kosmo! 25 September.

-------------------------------------------------------------

Ahmad yang ditemui pejabat Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat di sini semalam yakin nombor telefon itu milik Nasrudin.

“Saya dapat cakap sekejap-kejap saja sebab rasanya telefon itu dirampas dan dimatikan, mungkin dia curi-curi pakai,” beritahu Ahmad.

Katanya, dalam setiap panggilan itu, anaknya mengulangi permintaan untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut lebaran bersama keluarga.

“Dia langsung tak sebut pasal kahwin... saya pun hairan dan saya rasa kemungkinan dia dipukau dan baru sedar dia kat mana dan apa yang berlaku padanya,” kata Ahmad.

Beliau juga dapat merasakan daripada suara itu, anaknya dalam keadaan lemah dan ini terbukti apabila Norfadillah mengakui dia demam dan masih menetap di rumah nenek Nasrudin di Lombok.

“Dia beritahu dah rindukan mak dan adik-adik,” katanya sambil memberitahu walaupun percakapan hanya berlangsung sekejap, ia cukup syahdu dan begitu menyentuh perasaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Norfadillah, seorang operator di kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor telah hilang, disyaki dilarikan oleh kekasihnya ke Lombok.

Sebelum ini gadis itu dilaporkan enggan berkahwin dengan Nasrudin tetapi keadaan mula mendesak apabila gadis itu mendakwa dia semakin dipaksa bernikah.

http://www.kosmo.com.my/26092008

Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.

-----------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

http://www.kosmo.com.my/26092008

Orang yang sama Perangkap Hakim Mahkamah Syariah? - Part 2


Siapa IMRAN ABDULLAH?
Orang yang sama Perangkap Hakim Mahkamah Syariah? - Part 2

Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN

Dalam pendedahan pertama saya sebelum ini berkisar soal penglibatan BPR dan Pemimpin Umno bagi memerangkap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, seperti yang kita maklum Pengarah BPR Perak Shamsiah telah jelas terbukti seorang penyokong kuat UMNO, dalam pendedahan pertama juga kita dedahkan bagaimana mereka memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah. dalam kita merungkai misteri siapa punya angkara dalam Konspirasi keatas Exco Perak dalam keadaan terdesak kerana mereka mahu merampas Perak sebelum 31 Ogos 2008 dan menjadikan kes ini sebagai bahan kempen menentang Anwar dii Permatang Pauh,kita akan menumpukan kepada watak utama dalam kes ini, iaitu Imran Bin Abdullah? siapa Imran Bin Abdullah? tahukah anda Imran Abdullah adalah orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah?

Hari ini kita telah dilaporkan oleh akhbar Utusan (Umno) seorang ahli PKR yang berakidahkan Umno membuat laporan kepada JAIP yang dia diperangkap oleh BPR, dan mengaku telah mengaku mengadakan hubungan seks dengan wanita cina, yang lebih bodohnya bila Ahli Parlimen Ampang dan Kapten Usaili mengekor budak ni membuat report ke Jabatan Agama Islam Perak. Samada dia di”sedekahkan” atau mencari perempuan cina tersebut dia tetap bersalah dibawah hokum Hudud. Malah mengadakan hubungan seks tersebut lebih terkutuk dari melakukan Rasuah, apapun dua pemimpin PKR tidak menyedari bahawa si Fairul Azrim ini juga adalag agen kepada agen BPR, dia pernah dikatakan sebagai Informer, begitu juga dengan seorang lagi pegawai PKNP, dialah antara sebab teori Projek 180juta dibangkitkan. MB Nizar tidak seharusnya orang begini bergayut dibawah pentadbiran Negeri Pakatan, malah tidak harus dekatpun dengan orang sebegini. Inilah padahnya.

Kita Tinggalkan cerita budak Fairul Azrim, sekarang kita lihat kembali siapa Imran Bin Abdullah, dalam laporan semalam sekali lagi nama Imran ini dikaitkan, dia bukan sahaja dibekal sebuah kereta Mercedes dan wang tunai tetapi bantuan dari segenap sudut bagi menjatuhkan Kerajaan Pakatan Perak, malah dia adalah agen khas BPR Putrajaya dan pemimpin Umno tingkat 4. jahat tidak jahat BPR di Malaysia ini, mereka sanggup menghidangkan dan menggunakan GRO Cina untuk kerja kerja memerangkap, apakah BPR Malaysia membenarkan warga cina berkerja sebagai GRO? Menggunakan GRO Cina seperti agensi ini berkomplot dengan tauke tauke kelab malam dan kongsi Gelap! Ya.. inilah pendedahan saya sebelum ini BPR Perak bersama pemimpin UMNO berkomplot memerangkap Hakim Tinggi Mahakamah Tinggi Syariah (lihat Video)menggunakan GRO, tuduhan yang dibuat juga melibatkan GRO. Maknanya sudah menjadi permainan BPR bekerja dengan pelacur untuk kerja jahat mereka. Apa sudah jafi dengan agensi ini?

Sekarang kita mengambil petikan pertuduhan ke atas Hakim Tinggi Mahakamh Syariah dari laman web Peguam Negara dan laman rasmi BPR, anda akan lihat kaitan Imran Abdullah adalah orang yang sama memerangkap Exco Kerajaan Negeri Perak.
---------------------------------------------------------

HAKIM
Tuan Tan Hooi Leng

Pendakwa
Dato’ Nordin Bin Hassan
Muhammad Bin Sinti


PEGUAM
En. Shan Theivinthiran

TARIKH PERTUDUHAN :


20 .11. 2007

TARIKH KEPUTUSAN :


PERTUDUHAN PERTAMA :

Bahawa kamu pada 15 Ogos 2007, jam lebih kurang 8.15 malam, di Restoran Wawa, Tambun, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak Darul Ridzuan, telah secara rasuah meminta bagi diri kamu suatu suapan, iaitu wang sebanyak RM3,000.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk kamu, seorang pegawai badan awam, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, melakukan suatu perkara yang dengannya badan awam itu terlibat, iaitu melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung kes jenayah no. 08001-160-0315-2006, 08100-132-0001-2006, 08100-132-0012-2006, 08100-132-0013-2006 dan 08100-132-0015-2006, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.


PERTUDUHAN KEDUA :

Bahawa kamu pada 6 September 2007, jam lebih kurang 3.25 petang, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat letak kereta di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak Darul Ridzuan, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak ,telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu suatu suapan, iaitu wang sebanyak RM3,000.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk kamu melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal-ehwal prinsipal kamu, iaitu melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung kes jenayah no. 08001-160-0315-2006, 08100-132-0001-2006, 08100-132-0012-2006, 08100-132-0013-2006 dan 08100-132-0015-2006, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.


PERTUDUHAN KETIGA :

Bahawa kamu pada 15 Ogos 2007, jam lebih kurang 8.30 malam, di Restoran Wawa, Tambun, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak, telah secara rasuah meminta bagi diri kamu satu suapan, iaitu wang sebanyak RM1,100 daripada Mohamad Imran bin Abdullah sebagai dorongan untuk kamu, seorang pegawai badan awam, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, melakukan suatu perkara yang dengannya badan awam itu terlibat, iaitu untuk membantu Mohamad Asri bin A. Bakar mendapatkan surat perintah kebenaran berkahwin bagi membenarkan Mohd Asri bin A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan binti Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, dan dengan demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

PERTUDUHAN KEEMPAT :

Bahawa kamu pada 17 Ogos 2007, jam lebih kurang 6.00 petang, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hill City, Ipoh, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak, sebagai ejen Kerajaan Negeri Perak, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, telah secara rasuah menyetuju-terima satu suapan, iaitu wang RM1,100.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengeluarkan surat perintah kebenaran berkahwin kepada Mohd Asri bin A. Bakar bagi membenarkan Mohd Asri bin A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan binti Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.


PERTUDUHAN KELIMA :

Bahawa kamu pada 6 September 2007, jam lebih kurang 3.20 petang, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat letak kereta Taman D.R. Seenivasagam, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak, sebagai ejen Kerajaan Negeri Perak, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, telah secara rasuah menyetuju-terima satu suapan, iaitu wang RM1,100.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi bin Ahmad bagi membenarkan Mohd Jefri Afandi bin Ahmad berkahwin dengan Nur Liza bt Musa tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

TARIKH BICARA :

31 Mac hingga 1 April 2008
--------------------------------------------------------------------------------

Kini anda boleh lihat bagaimana jijiknya BPR, mereka bukan sahaja berkomplot dengan Pemimpin UMNO, tetapi dengan tauke tauke kelab malam, mereka sanggup lakukan apa sahaja agar kehendak nafsu bos mereka di Putrajaya tercapai, Hamzah Zainuddin yang kini Timbalan Menteri perumahan sibuk berkempen sewaktu pilihanraya Permatang Pauh mahu menumbangkan Anwar dan dia sendiri terlibat dalam konspirasi Liwat 1998. sudah pasti Imran Abdullah kini menjadi perasuah no satu negara, selepas rasuah Hakim Mahkamah Syariah dia cuba Merasuah pula Exco Kerajaan Negeri Perak, nasiblah 2 Exco dan bekas adun Bota tidak menjejakkan kaki ke tempat persundalan yang diatur oleh Imran, kalau tidak mungkin Kerajaan Perak telah tumbang.

Diminta sesiapa yang mempunyai gambar dan maklumat berkenaan Mohamad Imran bin Abdullah, boleh segera mendedahkannya. kerana orang begini cukup bahaya kepada negara, mereka bukannya menjalankan tugas sebagai pegawai BPR, tetapi berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke tauke kelab malam. permainan jahat golongan ini bukan baru kali ini sahaja, malah Kumpulan Al-maunah juga diperangkap dengan cara yang sama. agen ini(SB) dia akan lihat di mana kecenderungan anda?

Seks atau keganasan, kumpulan Al-maunah yang terkenal dengan aktiviti pertahanan diri telah dibekalkan dengan senjata di bukit kebun durian (bukan gunung) di Sauk, lalu mereka diperangkap, tujuan mereka adalah untuk latihan dan akhirnya cuba dituduh cuba menggulingkan YDP Agung. Atas sebab itu perbicaraan ini diklasifikasikan sebagai sulit(untuk menutup Konspirasi).tahun itu tujuannya adalah menjatuhkan PAS dengan kaitan militan. akhirnya mereka ini dihukum Mati, perancangnya terlepas. siapakah perancang Sandiwara Sauk? Najib? Benarkah Peristiwa Sauk ini adalah konspirasi dari Unit Cawangan Khas. kita akan dedahkan banyak lagi rekaan dan Fitnah Palsu yang telah dibuat kelompok pemerintah terutama Peristiwa Sauk. benarkah seorang saksi Jaffar ditangkap bersama (ahli Almaunah) mati dalam keadaan misteri, cerita ini telah didedahkan oleh bekas anggota Polis yang pernah terlibat dalam operasi ini.

Nantikan pendedahan seterusnya kejahatan BPR dan Polis di Malaysia..


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda


26.09.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_reformismuda121.html

Bagaimana POLIS-BPR Mereka cipta Fitnah - Part 1


Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN

Kali ini saya akan menulis kembali bagaimana sejarah kerajaan malaysia dan Jabatan Polis yang menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim mereka cipta bukti dan tuduhan, terbaru bagaimana Teresa kok menjadi mangsa kepada hasil laporan Utusan dari hasil fitnah Khir Toyo ukan hasil penyiasatan, dan sebelum itu Exco Kerajaan Negeri Perak , manakala pada bulan jun yang lalu dengan mereka cipta sekali lagi satu Konspirasi Liwat. mereka tidak pernah serik. Polis di Bukit aman bertindak amat jahat dan kejam. mereka sangggup memberi alasan Bodoh untuk dan dangkal bagi memuaskan serakah pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa. dan jangan lupa awal tahun ini semasa pilihanraya Polis , SPR dan jabatan peguam Negara mereka cipta berita palsu bersama utusan yang mana tangkapan telah dibuat terhadap kumpulan yang cuba membuat huru hara semasa hari pengundian dengan membawa maksuk " dakwat hitam kekal", dan akhirnya berita ini disahkan tidak wujud, tiada tangkapan? bagaimana Ketua Polis, spr dan Jab Peguam negara boleh membuat sidang media? padehal laporan polis pun tidak wujud! inilah bukti mereka bersedia pada bila bila masa mereka cipta tuduhan palsu!!

pertamanya saya akan dedahkan bagaimana BPR telah mereka cipta tuduhan yang sengaja dirancang untuk menjatuhkan kerajaan pakatan. dan bahagian dua kita akan dedahkkan siapa imran abdullah yang memerangkap Exco Perak. dia agen BPR putrajaya yang menjadi barua kepada perancangan jahat tingkat 4 dan hamzah Zainuddin? dan apa kaitan agen ini memerangkap Hakim Mahkamah syariah Ipoh itu saya akan dedahkan dibahagian2 pendedahan saya. betul dia orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah. nantikan pendedahan ke 2 saya.

Artikel Saya Pertengahan Bulan Ogos

Di bawah artikel pendedahan KONSPIraSI BPR!!

Berita terbaru suara Keadilan mengesahkan artikel saya pagi semalam bahawa penangkapan 2 Exco Keadilan adalah rancangan jahat bukan sahaja dari BPR Perak malah diatur dari ibu Pejabat Putrajaya bersama pemimpin Umno, sehinggakan Ketua Pengarah BPR yang muka Panjang dan akalnya pendek naik angin dalam sidang media hari ini,bila BPR dikaitkan dalam Konspirasi. cepat betul BPR rasa pedasnya. dan pendedahan saya semalam bukanlah yang pertama, tetapi pernah dalam satu artikel lain tahun lepas saya menulis artikel bertajuk "Mungkinkah Juga Pengarah BPR PERAK pun Barua UMNO?". artikel ini disiarkan di Tranungkite pada 4.11.2007. Ok !! hari ini kita akan dedahkan satu persatu siapa disebalik permainan ini dan kita kenali personaliti mereka. Apakah benar personaliti Umno ada kaitan memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah pada tahun lepas? modus Operandinya sama. dan sehingga kini kes tersebut masih senyap seribu bahasa.

Begitulah juga kisahnya kes melibat bekas ketua Polis Bahagian Siasatan jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuf yang diperangkap BPR sehingga sekarang ia hanya dijadikan alat untuk memerangkap orang. tidak ada pendakwan susulan. Bekas ketua BPR Dato' Zulkifli pernah dilaporkan rasuah oleh Pengarah BPR sabah Ramli Manan.dan sehingga kini tiada tindakan.seperti juga laporan rasuah terhadap bekas ketua Hakim Negara sehingga kini senyap sunyi kes mereka dari perhatian BPR walaupun suruhanjaya sudah memutuskan mereka bersalah. dan Pengarah BPR sekarang ( muka panjang akal pendek)yang menggantikan Dato Zulkifli adalah orang kepercayaan untuk kerja kerja jahat dari Putrajaya.dan kini masih menjalankan kerja jahat di Putrajaya. ada yang mengatakan mungkinkah BPR sejahat Polis. jawapan saya mudah, ia lebih jahat dan hina kerana pernah dalam suatu ketika pegawai BPR menahan anak dan isteri seorang anggota Polis sebagai ugutan dalam kes Dato ramli Yusuf, tindakan mereka betul betul mengaibkan. mereka juga pernah menahan seorang peguam yang mewakili Dato Ramli Yusuf pada hari esoknya adalah hari orang menyambut hari raya. dan lebih hina lagi bagaimana BPR Perak berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke kelab malam memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah Ipoh. menjalan kerja jahat dari Putrajaya. mereka beroperasi dari Putrajaya ala operasi Unit Cawangan Khas Bukit Aman. mereka akan menjalankan agenda pemimpin Umno walaupun mereka tiada langsung bukti dan mereka hanya mereka reka bukti seperti mana yang dilakukan tuduhan liwat keatas Dato Seri Anwar. kini Konsiprasi mereka sudah bermula di Negeri Perak, tetapi siapa pula barua mereka di Perak?

SIAPA SHAMSIAH ABU BAKAR, PENGARAH BPR PERAK ?

Pengarah BPR Perak adalah wanita pertama menjawat jawatan Pengarah BPR Negeri, Namanya Shamsiah Bt Abu Bakar.dia dilantik sebagai Pengarah BPR Perak pada 2 Febuari 2007.Ibunya bernama Rahmah Mat Akit merupakan bekas ketua Wanita Umno Ulu kenas(Kuala Kangsar) yang memang sentiasa mengundi Rafidah setiap kali Pilihanraya. malah secara berterus terang dalam temu bualnya dengan Mingguan Malaysia pada 11 Febuari 2007, Shamsiah mengatakan Rafidah Aziz adalah Idolanya.mungkin pegawai BPR boleh mencari surat khabar pada tarikh berikut untuk mengetahui siapa sebenarnya Bos mereka. antara petikannya dalam temubual dengan wartawan Mingguan Malaysia dia mengatakan seperti berikut " Saya bila tengok Rafidah berkempen dan bercakap saya selalu kata aku nak jadi macam dia. Saya tengok beliau berani kerana menyuarakan perkara benar dan tidak nampak kredibilitinya boleh dipersoalkan. Beliau adalah contoh terbaik bagi wanita.- MINGGUAN MALAYSIA 11FEB 2007". Apakah boleh seorang Pengarah BPR menjadikan Rafidah sebagai Idola dan secara terang terangan mahu menjadi seperti rafidah? apakah sebagai pegawai tertinggi BPR dia tidak tahu bahawa sudah ada kes melibatkan Rafidah dalam hal Rasuah.dan saya boleh dedahkan bila bila masa 8 salinan dokumen BPR bertarikh 14 Mac 1995 yang dikategorikan sebagai sulit untuk tatapan Shamsiah Abu Bakar si Barua.... .apakah mahu Shamsiah melakukan tangkapan keatas Idolanya? kertas tuduhan itu ia berkaitan dengan peruntukan saham khas Bumiputera dua syarikat tersenarai Leader Universal Holdings Bhd (1,500,000 unit saham) dan First Allied Corporation Bhd (8,000,000 unit saham) kepada menantu Rafidah, Fazrin Azwar Md Nor

Dalam kes penahanan EXCO Perak ini keterlibatan Shamsiah nampak jelas apabila mengeluarkan kenyataan Palsu dan Fitnah berkenaan tangkapan dan satu kenyataan yang berbau Fitnah. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain. sedangkan Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel. Madzi berkata lagi "Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang" malah ketika tahanan itu dilakukan pada jam 6 petang Cafe yang terletak berhadapan Bagunan Kerajaan Negeri dipenuhi dengan Pelanggan. Mustahil perkara tersebut(Rasuah) dilakukan. malah pertuduhan yang dibuat hari ini tidak lagi berkisar soal RM 100,000 tetapi hanya RM 5000. Konspirasi ini jelas seakan akan pertuduhan palsu yang dilakukan terhadap Anwar, iaitu satu pertuduhan yang penuh penipuan dan cacat cela.dan mereka masih menggunakan motif seks. malah diberitakan seorang Pegawai Juruteknik PKNP terlibat dalam komplot ini? dan seorang pelakon BPR dari Putrajaya. dia dikatakan punca teori palsu projek Bandar Sri Iskandar yang bernilai 180juta direka cipta, malah yang lebih malang lagi andai betulpun projek ini wujud,projek yang dikatakan dikategorikan sebagai projek Mega, dan tidak mungkin diluluskan oleh seorang Exco dan Exco tersebutpun hanya memegang Portfolio Pertanian dan pelancongan.

Namun Shamsiah jangan buat buat lupa, kerana ada satu lagi kes menggunakan modus Operadis yang sama dibawah pentadbiran Pengarah ini. iaitu penangkapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak atas dakwaan Rasuah! penangkapannya mirip kepada penangkapan 2 Exco Perak. siapa Hakim tersebut?

SIAPA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH MENJADI MANGSA BPR?

Hakim tersebut adalah Hassan Basri Syafie, Hakim tersebut adalah Hakim yang telah memutuskan dalam penghakimannya supaya Hamzah Zainuddin Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat membayar bekas isteri pertamanya Nooraini sebanyak RM 11.2juta hasil perkongsian hidupnya setelah bercerai. Hakim tersebut telah lama menjalankan tugas dengan baik. malah dikalangan pegawai Jabatan Agama sudah lama mengenali personaliti Hakim tersebut sebagai tegas dan Bersih. selain Hakim Tinggi tersebut seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam juga diperangkap dengan cara yang sama, semuanya ada kaitan dendam pemimpin Umno dan mereka menjadi proksi tauke tauke kelab malam disekitar Ipoh. untuk lebih lanjut cerita soal serbuan termasuk melibatkan 2 adun Perak anda boleh membaca artikel yang ditulis pada 4.11.2007. kini hakim tersebut dikuarantin di bagunan SUK. Shamsiah dikatakan terlibat dalam Konspirasi melibatkan Hakim ini bersama pemimpin Umno, Kesilapan Shamsiah kerana mengulang Konspirasi yang sama seperti Konpirasi liwat2 , bila dia diulang maka nampaklah banyak cacat celanya. mungkin bila saya tulis keterlibatan Pengarah BPR Perak pada November 2007 ramai yang tidak percaya tetapi bila kes berulang ia menampakkan siapa dalangnya. Hamzah Zainudin memang menyimpan dendam kepada Hakim ini kerana memerintahkannya untuk membayar bekas isterinya sebanyak 11.2juta, jadi cuba anda nilai berapa pula hartanya sekarang.

Hamzah Zainudin dikatakan berdendam kepada Hakim tersebut.

Setelah Hakim tersebut ditangkap, beberapa minggu selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah menolak penghakiman Hassan Basri diatas tuntutan 11.2juta. jadi siapa yang untung atas penangkapan Hakim Mahkamah Syariah Ipoh? tidakkah Hamzah Zainuddin? sudah tentu penghakiman Hassan Basri ditolak kerana pada ketika itu kredebiliti Hakim tersebut telah berjaya dipertikaikan diatas komplotnya bersama BPR. mudah betul, Komplotnya seakan sama dirasuah oleh seorang yang tidak dikenali. mudah betul penyiasatan BPR Perak duit sebanyak RM 4ribu dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Hakim tersebut atas sebab itu Hakim Mahkamah Syariah itu ditangkap dan dihina. mungkin anda boleh bezakan bagaimana pula layanan BPR(Baruan Pengamal rasuah) kepada Peguam mabuk VK Lingam, Eric Chia dan Bekas ketua Hakim Tun Ahmad Fairus, sehingga kini mereka tidak disentuh sedikitpun oleh BPR, sedangkan jelas bukti Video menunjukkan wujud salahguna kuasa dan aktiviiti Rasuah dikalangan mereka.

Hakim Makkamah Syariah Perak dihina, digari dan diseret ke Mahkamah Sivil hanya kerana wujud satu transaksi duit RM4ribu ke Akaunnya. apa susahnya untuk memasukkan duit kepada akaun seseorang.bayangkan seorang Hakim Mahkamah Syariah diperlakukan negitu oleh Komplot Umno dan BPR. mungkin tahun lepas anda masih ingat bagaimana isu Murtad & serangan keatas pekerja seks anak Melayu di kelab kelab malam giat dilakukan Jabatan Agama Islam Perak. atas sebab itu pemimpin Umno berkomplot untuk kenakan Hakim dan penguatkuasa Jabatan agama tersebut . yang sedihmya komplot itu dilakukan bersama tauke kelab malam. BPR sekali lagi menjadi alat untuk Konspirasi mereka, malah kerja mereka lebih mudah dengan perlantikan Shamsiah Abu Bakar pada 2fevuari 2007 sebagai Pengarah BPR( Barua Pengamal Rasuah) Perak.kali ini komplot dia adalah mengenakan Exco Perak bagi merampas Negeri Perak dengan cara yang kotor dan terdesak setelah kompromi mereka dengan Pas dan rundingan dengan dengan Adun lain gagal. dalam artikel saya pada 4.11.2007 ada menceritaka 2 adun yang ditangkap khalwat tetapi ditutup kesnya, antaranya termasuklah setiausaha MB Tajol Rosli sendiri yang bergelar Al-hafiz (palsu) kononnya.

SIAPA HAMZAH ZAINUDDIN ?

Hamzah pada tahun 1980 hanya kontraktor biasa. Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat dan kini Ahli Parlimen Larut dan menjawat jawatan dalam kabinet Paklah sebagai timbalan Menteri Perumahan.Dia juga bekas pengerusi Felcra Berhad iaitu satu agensi kerajaan dimana Hamzah banyak menggadaikan tanah tanah Flecra dan menekan peneroka. dia banyak menggunakan Felcra sebagai badan untuk mengayakan dirinya. malah dia terlibat dengan Annuar Musa dalam kes kehilangan 40juta wang rakyat miskin di Kelantan.

Pada 12.3.2004 Lim Kit Siang dalam sidang medianya pernah mengeluarkan satu kenyataan agar BPR membuat siasatan terhadap Hamzah kerana harta luar biasa yang dimilikinya,tetapi seperti biasa BPR tak mampu lakukan apa apa. dan kini BPR adalah rakan seperjuangan Hamzah dan Rafidah Aziz. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah telah mendedahkan rakaman perbualan antara isteri barunya dengan Anwar sebagai bukti. rumah Isteri keduanya itu dikatakan terletak di Meru Hight pada ketika itu.

Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.kebetulan semalam Malaysiakini menyiarkan artikel yang sama berkenaan skandal isteri keduanya. apakah ada kaitan Hamzah dengan penangkapan 2 Exco ketika pilihanraya kecil permatang pauh yang berjalan ketika ini. malah dia dan tajol rosli, bersama Ezam berusaha untuk mengembalikan Perak kepada Umno sebelum 31Ogos2008.kini Hamzah juga sedaya upaya mahu menghalang Anwar untuk menang di Permatang Pauh, segala pengalaman Jahat dan Fitnah diera Dr Mahathir dulu cuba diulang kembali agar Anwar gagal di Permatang Pauh. kebetulan artikel terkini mendedahkan kerja jahat Hamzah Zainuddin. lihat : http://malaysiakini.com/news/88240

Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar. Antara kejayaan Hamzah ialah menjadi saudagar pengedar dadah yang diharamkan oleh Jabatan Vetirinar untuk ternakan babi dan ayam.Dan inilah cara bagaimana dia beroperasi.Hamzah menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini bertindak sebagai pengimpot tunggal secara resmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan Perancis.Pengurus Besar Rhone Poulenc, James AW, mempunyai kepentingan dalam Medik dan Kimia 2000 dan bertindak sebagai ‘rakan tidur’

Medik & Kimia 2000 kemudiannya mengimport dadah untuk ladang terrnakan babi dan ayam dari perancis.

Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik and Kimia 2000 sebagai pengimpot tunggalnya? Kenapa Rhone Poulenc tidak mampu mengimpot sendiri bahan-bahan tersebut?Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Veterinar. jadi Hamzah ada lesen Besar untuk lepas dari pemeriksaan kerana dia adalah ahli Umno. ahli Umno ada lesen untuk buat apa sahaja tanpa halangan termasuk meletupkan seorang model dengan bom C4.mereka tak perlu disiasat, tak perlu ditahan , cukuplah dengan bersumpah ala Saiful. maka terlepaslah mereka atas segala rasuah komisen 500juta dan membunuh orang.

TAJOL ROSLI, PROKSI KHAIRY (KETUA PEMUDA UMNO PERAK), HAMZAH & BPR BERKOMPLOT.

Tajol Rosli antara orang yang merestui segala Konspirasi dari pemimpin UMNO termasuk ketua pemudanya yang baik dengan Khairy. jadi soal arahan dari Putrajaya boleh dibereskan dengan mudah. kerana Khairy memegang kuasa disebalik PM Andullah Badawi. Tajol Rosli bukan jenis orang yang pandai buat kerja kerja macam tu, kerana jahat Tajol Rosli hanya mengayakan sanak keluarganya di Pengakalan Hulu, hinggakan tanah yang sudah dianugerahkan Sultan untuk sekolah agama, diserahkan kepada tauke Balak yang juga kroni tajol, begitu juga halnya dengan runtuhnya bagunan RM 4 juta ditasik Banding, entah kenapa Pengarah BPR senyap sunyi sehingga tiada seorangpun dipertanggung jawabkan. Shamsiah.. Shamsiah.., semua cerita Rasuah Tajol kita akan dedahkan dalam artikel yang lain.Shamsiah juga sering kelihatan bertemu dengan pemimpin Umno di sekitar Ipoh. itu semua kita tunggu untuk didedahkan. yang penting kini jelaslah BPR menjadi (Badan Barua UMNO= Barua Pengamal Rasuah). mereka akan lakukan apa sahaja demi jawatan dan pangkat. termasuklah ketua pengarahnya yang mukanya Panjang tetapi akal pendek.mereka mengeluarkan kenyatan seperti mereka ketua cawangan Umno. mereka mencipta bukti, mereka cipta Fitnah untuk memenuhi hasrat tauke mereka di Putrajaya, kalau BPR Perak boleh jadi barua Tauke kelab malam, inikan Tauke mereka di Putrajaya.

Saya Berharap agar semua jentera PKR ,PAS & DAP menyebar luaskan artikel ini kepada semua rakyat yang termakan dengan Media Umno, dan kalau boleh Fakskan ke pejabat BPR Perak tentang pendedahan ini, malah Fakskan bersama Dokumen Rasuah Rafidah Aziz dan terus membuat satu laporan kepada BPR agar Shamsiah dapat bertindak segera keatas Idolanya. Shamsiah juga mungkin harus bersedia menerima pembalasan seperti Musa Hassan dan Dr Qistina. cuma waktu yang dapat menentukan. Musa Hassan telah mendapat depositnya dari Tuhan. cuma dia menunggu saat penentuan. Ayuh semua jentera kita gerakkan kembali gerakan risalah..!! sedarkan rakyat atas komplot jahat mereka!!


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda


21.09.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_reformismuda119.html

Mesyuarat khas penentu nasib Abdullah?


Ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU

26 Sep 2008 11:44AM

Oleh Ruhanie Ahmad


MAJLIS Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas di Ibupejabat UMNO, di Kuala Lumpur, mulai 10.00 pagi 26 September 2008, dipercayai untuk membincangkan beberapa agenda penting membabitkan formula peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maklumat di atas disahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu berita Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun Najib tidak menghuraikan agenda bagi nesyuarat berkenaan.

Sumber-sumber UMNO menjangka terdapat tiga kemungkinan utama yang menyebabkan mesyuarat khas itu diadakan.

Pertama, untuk membincangkan cadangan Abdullah supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 10 Oktober 2008 ini ditunda kepada satu tarikh yang akan dipersetujui oleh MT. Ini bermakna Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008 ini juga kemungkinan besar akan ditunda.

Cadangan ini dipercayai adalah antara perkara yang diputuskan oleh sekumpulan ketua perhubungan UMNO negeri yang bermesyuarat dengan Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya, daripada jam 1.00 hingga 3.00 pagi, dua tiga hari yang lalu.

Kedua, mesyuarat khas MT ini diadakan mungkin bagi membolehkan Abdullah mengumumkan kepada MT akan cadangannya untuk mengundurkan diri daripada UMNO dalam tempoh terdekat.

Jika perkara dibincangkan, Abdullah dijangka menyatakan persetujuannya mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO tetapi mahu terus jadi Perdana Menteri sehingga suatu tempoh tertentu.

Ketiga, jika kedua-dua kemungkinan di atas tidak dibincangkan, Abdullah dijangka menyampaikan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.

Jika agenda inilah yang dibincangkan maka persidangan perwakilan bahagian-bahagian dan PAU Disember ini mungkin tidak akan ditunda.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini ditanya oleh media akan ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU.

Menurut Utusan Malaysia, Mahyuddin menegaskan, beliau tidak pasti sama ada PAU yang dijadualkan Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Apa pun, kesahihan seluruh spekulasi di atas akan diketahui esok. Kita nantilah dengan doa dan harapan semoga sesuatu yang positif demi agama, bangsa dan tanahair akan diputuskan dalam mesyuarat khas MT itu. KEPADA ALLAH BERSERAH!

* Datuk Ruhanie Ahmad merupakan bekas ahli parlimen Parit Sulong dan juga bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan. Blog beliau boleh dilayari di kuda-kepang.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/3.html

"Saya tak pernah lompat" Abdullah


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

26 Sep 2008 3:51PM


KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau akan mengambil cuti berikutan keputusannya untuk mengawalkan peralihan tampuk kepimpinan parti dan kerajaan.

"Saya akan bercutikah? Macam mana anda tahu?

"Tidak. Saya tidak akan bercuti. Saya ada banyak kerja untuk dibuat," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di sini pagi ini.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno dan pemilihan Disember ini sehingga Mac depan.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri dan memangku jawatan Presiden Umno pada Oktober 2003.

Beliau turut ditanya sama ada bersedia melakukan pengorbanan demi kebaikan dan kepentingan parti dengan melepaskan jawatan yang disandangnya.

Abdullah berkata, dalam sejarah perjuangannya, beliau tidak pernah mengambil apa juga tindakan yang bertentangan dengan parti kerana beliau menyayangi Umno.

"Bagi saya, saya sayangkan parti sungguhpun ketika melalui waktu yang sukar. Saya tidak pernah meninggalkan Umno. Saya tidak menyertai Umno 46 (Semangat 46), saya tidak menyertai parti lain.

"Saya tidak pernah berada pada platform manamana parti pembangkang demi kepentingan peribadi menentang Umno. Tidak ada rekod saya menentang parti langsung pada bilabila masa pun," katanya.

Abdullah juga ditanya sama ada Umno mempunyai cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan presiden selama tiga penggal seperti yang diamalkan MCA ketika ini.

Menurut Perdana Menteri, Umno tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berbuat demikian.

"Kita tak buat sebarang keputusan mengenainya dan belum ada dasar yang berkaitan mengenainya," katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan semua ucapan dan pandangan yang dibuat oleh anggota MT sebagai menyambut baik keputusan untuk menunda tarikh Perhimpunan Agung parti ke bulan Mac depan.

Ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang meminta agar lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan, Abdullah berkata, perkara itu terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Itu adalah perkara yang di bawah Kementerian Dalam Negeri dan saya telah pun menyerahkan surat (mengenainya) kepada menteri yang berkenaan," katanya tanpa menjelaskan kandungan surat itu. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/7.html

Anwar nafi ada 'call' Pak Lah

26 Sep 2008 3:26PM

KETUA Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan emel yang kini disebarkan dan tulisan dalam blog kononnya ada rakaman perbualan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


"Mutakhir ini bertebaran cerita bahawa ada rundingan di buat oleh wakil Pakatan Rakyat dengan BN mengenai peralihan kuasa.



"Catatan ringkas melalui beberapa catitan emel dan blog kononnya ada rakaman perbualan saya dan Abdullah yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali," kata beliau dalam blognya semalam.



Justeru, beliau yang mengumumkan tarikh sasaran membentuk kerajaan persekutuan 16 September pada 1 April lalu tetapi tidak menjadi kenyataan berkata, "kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta."



"Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai," katanya.



Desas-desus mengenai perkara itu menjadi tumpuan selepas Pakatan Rakyat gagal dalam mencapai sasaran 16 September. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/6.html

Khairy dakwa punya bukti disekat jumpa ahli


26 Sep 2008 10:38AM

KB: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.
Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya.

“Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir.

“Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Kelantan dan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini malam ini.

Khairy mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO mengenai sekatan oleh sesetengah pihak terhadap anggota parti daripada bertemu dengan pemimpin atau calon yang akan bertanding.

Menurut Mukhriz, ia adalah tidak selari dengan amalan demokrasi apabila ada anggota Pemuda UMNO disekat daripada bertemunya, manakala ada di antara mereka turut tidak dibenarkan bersama-sama di dalam majlis-majlis yang beliau hadiri.

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mukhriz; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Khairy.

Mengulas mengenai perkara itu, Khairy berkata, semua calon mempunyai kelebihan masing-masing dan perkara paling penting ialah sebuah pertandingan sihat yang kelak tidak akan memusnahkan institusi Pemuda UMNO.

Jelas beliau, perkara yang paling dibimbanginya ialah apabila seseorang calon itu menang tetapi tidak membawa kebaikan kepada parti dan negara akibat daripada perpecahan yang timbul natijah daripada persaingan tidak sihat.

“Bagi saya siapa sahaja yang menang tidak penting tetapi yang paling utama selepas kemenangan itu UMNO dan Pemuda semakin bertambah kuat, perpaduan semakin meningkat dan bukannya terus musnah akibat perpecahan,” katanya.

Khairy yang membawa pendekatan setiakawan dalam usaha merebut jawatan Ketua Pemuda itu yakin seluruh ahli Pemuda bijak untuk menilai dan seterusnya memilih ketua yang mampu memperjuang dan membela nasib ahli serta menguatkan parti dan negara. / Utusan

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/2.html

Mesyuarat tergempar Umno hari ini bakal putuskan apa?


Dipercayai untuk bincang rancangan bagi Abdullah undur pada Jun 2009

26 Sep 2008 9:55AM


KL: Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan pagi ini, dipercayai untuk membincangkan rancangan bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berundur pada Jun 2009.
Seorang sumber kanan parti juga berkata Datuk Seri Abdullah telah meminta MT Umno agar menangguhkan Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung Disember ini ke Jun tahun depan bagi mengelakkan dirinya dipaksa berundur.

Pada asalnya, Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010.

'Idea untuk menangguhkan (Perhimpunan Agung Umno) merupakan idea Perdana Menteri...Pelan (peralihan kuasa pada 2009) dan langkah menangguhkan Perhimpunan Agung mungkin tidak akan diterima dengan baik di peringkat akar umbi,' kata sumber itu.

Sementara itu, ketika ditemui wartawan semalam, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak pasti sama ada Perhimpunan Agung parti itu yang dijadualkan Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

'Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,' katanya.

Tan Sri Muhyiddin juga menafikan bahawa terdapat perebutan kuasa dalam Umno sehingga melemahkan parti itu.

Katanya, pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib yang dijadualkan pada Jun 2010 dijangka berjalan lancar.

Beliau berkata mesyuarat MT Umno baru-baru ini telah memutuskan menyerahkan kepada Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib untuk menentukan tarikh peralihan kuasa itu. / Bernama, Reuters

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/1.html

Utusan api-apikan sentimen kaum

Lee Ban Chen Sep 24, 08 1:56pm

Penggunaan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) terkutuk terhadap wartawan wanita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mencetuskan bantahan dan gerakan anti-ISA terbesar yang pernah berlaku di negara kita.

Selain badan-badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri juga tidak dapat bersetuju dengan tangkapan sewenang-wenang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menteri perundangan de facto, Datuk Zaid Ibrahim malah meletakkan jawatannya sebagai pengakuan kegagalan reformasi perundangan yang merupakan tanggungjawabnya.

Sungguhpun Hoon Cheng telah dibebaskan 18 jam selepas ditahan sejak 12 September dan Teresa Kok turut dibebaskan selepas seminggu ditahan, namun alasan-alasan yang diberi berkaitan asas penahanan mereka tidak masuk akal dan mengelirukan.

Hoon Cheng kononnya ditahan agar diberi "perlindungan keselamatan", dan Teresa, menurut beliau sendiri, cuma disiasat berasaskan suatu rencana kolum yang ditulis oleh Zaini Hassan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September lalu bertajuk: “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” .

Hoon Cheng yang mula-mula melaporkan kenyataan ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang melemparkan kenyataan perkauman bahawa masyarakat Cina "kaum penumpang" yang mustahil mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.

Atas tekanan parti-parti komponen Barisan Nasional, Umno terpaksa menggantung hak keahlian Ahmad selama tiga tahun kerana enggan meminta maaf secara terbuka berkaitan kenyataannya.

Yang menakjubkan, Hoon Cheng yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan sebaliknya telah ditahan bawah ISA, kononnya untuk melindungi keselamatannya – suatu dalih yang amat melucukan!

Menurut rencana Zaini, ahli parlimen Seputeh tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan jawi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan babi seperti disenaraikan dalam tajuk rencana kolum terbabit.

Selepas membaca artikel tersebut, Mohamad Asri Shafii, biro badan bertindak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak telah mencapai kesimpulan seperti tajuk suratnya kepada akhbar yang sama (11 September 2008) “Terhakisnya ketuanan Melayu”!

Mohamad Asri selanjutnya merumus: “Adalah menjadi mimpi ngeri bagi orang Melayu sebagai tuan di bumi bertuah ini mendapat menteribesar yang bukan Melayu.

"Hakikatnya telah berlaku, meskipun kita melihat dua buah negeri Perak dan Selangor diperintah oleh ketua negeri berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi hakikatnya daripada artikel ini adalah sebaliknya."

Nampaknya niat Zaini untuk merasiskan imej Teresa, dan melaluinya “memomokkan” kerajaan Pakatan Rakyat dari perspektif ketuanan Melayu telah tercapai, dan nyata sekali Teresa telah menjadi mangsa artikel terbabit!

Biarlah kita meneliti dakwaan-dakwaan artikel Zaini secara lebih objektif. Terlebih dahulu, dibangkitnya tuduhan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bahawa ada usaha pihak tertentu yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan.

Padahal menurut Steven Ee, yang bertanggungjawab menghantar petisyen kepada masjid Bandar Kinrara seperti yang dilaporkan Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 taman perumahan itu tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan.

Mereka hanya meminta agar direndah atau diperlahankan suaranya apabila kaset/CD berkaitan ceramah, kuliah agama serta bacaan al-Quran dipasang sebelum sembahyang subuh di masjid tersebut.

Kini, menteri besar baru Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa masjid boleh terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti bagi menyebarkan syiar Islam kerana pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan atau persatuan penduduk.

Mungkin masih ada dua masalah masih belum terjawab. Yang pertama, adakah petisyen bukan Islam Bandar Kinrara terbabit boleh dianggap sebagai tidak sensitif, malah menghina agama Islam seperti tuduhan terbabit?

Yang kedua, permintaan agar suara pembesar masjid direndahkan atau diperlahankan juga tiada tolak ansurnya, seperti ditegaskan JAIS?

Jika petisyen agar bunyi suara pembesar aktiviti agama direndah atau diperlahankan juga tidak dapat ditoleransi dan ditolak ansur, seperti mesej-mesej yang dibawa dalam Utusan Malaysia, maka semangat toleransi yang diuar-uarkan selama ini hanyalah jalan sehala saja di sisi ketuanan Melayu dan ketuanan Islam!

Teresa yang mendapat salinan petisyen terbabit telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Zaini, dan melalui mulut seorang YB dalam Pakatan Rakyat kononnya dihubunginya melalui telefon, Teresa dikritik sebagai "kurang ajar", dan dikatakan sedang "memaksa" DBKL menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur, supaya dinaikkan papan tanda tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

Namun, siapakah Teresa Kok yang mampu "memaksa" DBKL menurun dan menaikkan papan jalan mengikut suka hatinya?

Bagi mereka yang berfikiran liberal, di samping tulisan rumi, jika kaum Melayu inginkan tulisan jawi ditambah atau dikekalkan, sama juga dengan permintaan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil ditambahkan di papan jalan, apa salahnya jika kaum Melayu tidak terlalu obsesi dengan ketuanan Melayu?

Sekalipun tidak bersetuju, habislah cerita, buat apa digembar-gemburkan seolah-olah tibalah hari kiamat jika bahasa Cina dan bahasa Tamil ditambah di papan tanda jalan!

Menurut imaginasi Zaini, Teresa tiba-tiba menjadi manusia yang begitu "berpengaruh" sekali, sehingga sanggup "menyuapkan" Khalid mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan JAIS untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain, serta "memegang tali" untuk menyuruh menteri besar itu membuat kenyataan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Jika kita percaya kepada kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bersetuju bahawa agama-agama bukan Islam di Selangor juga berhak menerima bantuan daripada Selangor seperti JAIS, maka sudah barang tentu JAIS tidak dapat memonopoli seratus peratus peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebagai bantuan kepada institusi-institusi semua agama.

Jangan lupa, penganut bukan Islam di negara kita juga wajib membayar cukai.

Sebelum kenyataan Khalid, jika tidak silap penulis, kabinet telah mengambil keputusan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu, masa itu, tiada kontroversi dicetuskan seperti kali ini.

Selain itu, projek pemeliharaan berpusat babi di Sepang juga projek lama Barisan Nasional Selangor, ia juga tidak digembar-gemburkan seperti kali ini.

Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Jika wujud sebarang ketegangan kaum seperti dakwaan pihak polis, maka antara lain, Utusan Malaysia sudah barang tentu telah memainkan peranannya, dan oleh itu, patut disiasat dan diberi amaran, bukan mereka yang menjadi sasaran agenda perkauman, seperti Hoon Cheng, Teresa dan Raja Petra.

http://www1.malaysiakini.com/columns/90290

Hari-hari akhir PM Abdullah

Amin Iskandar Sep 23, 08 4:52pm

Abdullah Ahmad Badawi naik sebagai perdana menteri ketika kebencian rakyat terhadap Dr Mahathir Mohamad, Umno dan BN sedang memuncak.

Oleh kerana itu, keputusan pilihanraya umum 2004 menyaksikan BN menang besar, Terengganu dirampas daripada pemerintahan PAS, Kelantan hampir-hampir tumbang dan PKR hanya tinggal satu kerusi.

Kemenangan BN dalam pilihanraya umum ke-11 bukanlah kerana kebijaksanaan “budak tingkat empat” akan tetapi rakyat mahukan perubahan setelah 22 tahun bawah kepemimpinan kuku besi bekas perdana menteri.

Abdullah pada ketika itu dilihat seorang “Mr. Clean” yang mampu mereformasikan Malaysia daripada kepincangan sistem peninggalan Dr Mahathir.

Secara peribadinya, saya dan teman-teman aktivis mahasiswa daripada Universiti Bangsar Utama (UBU) mempunyai pengalaman lucu bersama Abdullah.

Ketika itu, tahun 2001, Abdullah sebagai timbalan perdana menteri (TPM) melawat Universiti Putra Malaysia (UPM).

Saya dan teman-teman ingin menghantar memorandum kepadanya berhubung tuntutan kami mengenai isu-isu kebajikan mahasiswa.

Oleh kerana kawalan dan halangan ketat oleh pengawal-pengawal keselamatan UPM, kami tidak dapat bertemu dengan Abdullah secara bersemuka selepas beliau menyampaikan ucapan di Fakulti Komunikasi.

Kami kemudian merancang bertemu Abdullah di tempat yang kurang kawalan keselamatan UPM. Kami menunggu rombongan kereta beliau berhampiran dengan pintu keluar fakulti tersebut.

Apabila rombongan TPM menghampiri pintu keluar, seorang teman menahan kereta yang dinaikinya dengan berdiri di tengah-tengah jalan.

Kereta tersebut berhenti dan secara spontan pengawal pengiring Abdullah meluru ke arah kami.

Tiba-tiba Pak Lah yang berada di dalam kereta menurunkan cermin keretanya dan menjerit, “jangan tahan pelajar, mereka hanya ingin serahkan surat kepada saya”.

Pengawal pengiring berhenti daripada bertindak dan kami dibenarkan menyerahkan memorandum kepada Abdullah.

Kami tidak pasti sama ada beliau membaca memorandum tuntutan kami atau tidak, akan tetapi kami semua tercengang dan kagum melihat perwatakan Abdullah yang dirasakan baik hati.

Sehingga hari ini, kami tidak mendapat apa-apa respons daripada beliau mengenai tuntutan-tuntutan dalam memorandum tersebut.

Sepanjang pemerintahan beliau selepas pilihanraya Mac 2004, Abdullah gagal melaksanakan reformasi seperti yang dijanjikan oleh beliau dan diharapkan oleh rakyat.

Contohnya, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Cadangan menubuhkan suruhanjaya itu diuar-uarkan oleh Abdullah demi memperbaiki imej polis yang tercemar akibat berlakunya banyak aduan mengenai salah laku polis, khususnya oleh aktivis-aktivis Gerakan Reformasi.

Sudah tentulah cadangan untuk menubuhkan IPCMC akan mendapat tentangan polis kerana bimbang kuasa mereka berkurangan.

(IPCMC akan memberikan peluang kepada rakyat mengadu tentang salah laku polis dan tindakan boleh diambil terhadap polis jika terbukti bersalah).

Pegawai-pegawai kanan polis secara terang-terangan melawan agenda penubuhan IPCMC sehingga terkeluarnya buletin khas Bukit Aman yang bertajuk “IPCMC: Kuasa Yang Tidak Boleh Dicabar?”.

Buletin tersebut turut disiarkan di laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) - ia mengandungi 12 bab yang meliputi latar belakang IPCMC, dialog antara PM dengan pihak kumpulan pegawai PDRM dan sebab-sebab mengapa mereka membantah penubuhannya.

Selain itu, IPCMC turut tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Umno terutamanya yang manjdi proksi kepada bekas Dr Mahathir, termasuk ketua Pemuda, Hishammuddin Hussein.

Abdullah ibarat tersepit di tengah-tengah - antara janjinya kepada rakyat dan penentangan daripada Umno dan PDRM.

http://www1.malaysiakini.com/columns/90237

K'jaan didesak kaji semula kadar tol

Sep 26, 08 7:00pm

Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan (AMKWP) mendesak agar kerajaan mengkaji semula kadar tol, bagi mengurangkan beban pengguna, terutama di sekitar lembah Lembah Klang yang dihimpit kenaikan harga barangan keperluan yang lain.

Oleh itu, AMKWP meminta agar proses perbincangan untuk menurunkan harga tol dengan syarikat konsesi wajar dipercepatkan kerana rakyat semakin dibebani kos perbelanjaan yang tinggi.

"Perkara ini wajar diberi perhatian serius memandangkan harga tol yang tinggi akan meningkatkan perbelanjaan pengangkutan mereka yang tinggal di bandar," kata Ketua AMK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Zaman Md Tasi.

"Sebelum ini kerajaan memberitahu akan mengadakan perbincangan dengan setiap pemegang konsesi bagi mengurangkan kadar tol dan dijangka memakan masa tiga bulan untuk mendapatkan keputusan.

"Namun sehingga sekarang masih belum dapat di pastikan apakah hasil dari perbincangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AMKWP, katanya, mahu agar hasil perbincangan itu dapat diumumkan kepada rakyat bagi melihat sejauhmana harga baru itu dapat diterima mereka dan seterusnya memastikan tiada penyelewengan dari kutipan tol tersebut.

Menurutnya, AMKWP juga mahukan penjelasan dari kerajaan mengenai hasil kajian yang dijalankan tidak pernah diberitahu kepada umum dan "mereka hanya menerima hasil perbincangan itu tanpa boleh menyuarakan pendapat".

'Ambil alih konsesi tol'

"Para pengguna juga harus diberikan saluran untuk menyuarakan pendapat mengenai hasil kajian yang dijalankan pihak kerajaan dan pemegang konsesi tol.

"Rakyat tidak mampu lagi terus menerus membayar harga tol tanpa ada kepastian bilakah ianya akan berakhir.

"Melalui cara ini, mereka juga dapat menyuarakan pandangan mereka mengenai hasil kajian tersebut kerana mereka merupakan golongan yang akan menggunakan lebuh raya tersebut," katanya.

Md Zaman berkata, pihak berpendapat, kerajaan seharusnya mengambil-alih sepenuhnya konsesi tol di seluruh negara bagi membolehkan mereka mengawal sepenuhnya harga tol.

"Kerajaan perlu telus dan amanah sebagai membalas kepercayaan rakyat yang memilih mereka menerajui negara," katanya.

Beliau mendakwa, keuntungan daripada konsesi tol hanya dapat dinikmati sebelah pihak sahaja dan "ini secara tidak langsung akan memberi bebanan kepada pengguna".

Pihak konsesi, dakwanya, hanya melihat kepada aspek perniagaan tanpa memikirkan permasalahan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

"Apabila kerajaan mengambil alih konsesi tol yang ada di negara ini, hasil keuntungan daripadanya akan disalurkan kembali kepada pengguna dan secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang mesra rakyat dan lebih berkebajikan," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90476

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac



Jimadie Shah Othman Sep 26, 08 12:11pm

kemaskini 2:04pm Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.

Sebelum ini, Abdullah - dalam pelan peralihan kuasanya - bersetuju untuk menyerah kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan ramai yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.

"Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

Hubungan baik

“Tidak ada kena mengena dengan semua itu (tekanan). Ia berhubung kait dengan kerja saya. Apabila kerja habis, habislah.”

Perkara itu juga, tambah Abdullah, tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tergempar pagi ini.

“Tidak ada apa-apa. Pada hari ini tidak ada langsung (bincang) tentang perkara itu. Mungkin ada dua, tiga orang yang kata begitu. Tetapi tidak ada satu-satu sebab hendak tekan, sebab mereka tahu hubungan saya dengan Najib baik.

“Dalam apa-apa perkara pun, kami mempunyai persefahaman yang baik. Tidak ada masalah patut timbul dalam perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

Perkara itu diputuskan kerana perubahan tarikh mesyuarat di peringkat itu “tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan” kepada parti, tegas Abdullah.

Putuskan sebelum 9 Okt

Keputusan itu disifatkan sebagai “bukan sesuatu yang menyusahkan” bahagian dan telah diterima ahli MT.

Abdullah juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober depan.

“Apa-apa keputusan saya akan buat sebelum mesyuarat bahagian,” katanya.
“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Kamu boleh terus meneka tetapi keputusannya milik saya.”

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibu pejabat Umno pagi tadi.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan timbalannya sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mesyuarat MT ini merupakan pertemuan kedua pada bulan ini, selepas mesyuarat bulanannya pada 18 September.

Tidak akan bercuti

Kebiasaannya, mesyuarat MT hari ini juga diadakan pada sebelah petang tetapi kali ini ia diadakan pada sebelah pagi.

Ditanya sama ada beliau akan bercuti, Abdullah menjawab: "Ada banyak kerja nak buat."

Beliau juga tidak berniat meninggalkan Umno dan perkara itu dibuktikan dengan rekodnya bersama parti itu yang "bersih".

“Saya cintakan parti saya. Walaupun pada masa yang sukar saya tidak tinggalkan. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti lain.

"Saya tidak pernah berada atas landasan pembangkang. Tidak ada rekod saya yang menentang parti pun, pada bila-bila masa pun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.

Najib berada di sisi kanan Abdullah sepanjang sidang akhbar tersebut.

http://www1.malaysiakini.com/news/90422

Najib anggap keputusan MT 'bijaksana'

Sep 26, 08 3:31pm

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno ke Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh mesyuarat Umno bahagian sebagai keputusan yang bijaksana.

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara hari ini.

Najib yang juga timbalan presiden Umno berkata tarikh sebenar perhimpunan agung itu akan diumumkan kemudian, demikian menurut laporan Bernama.

"Tarikh akan ditentukan dalam sedikit masa lagi tetapi yang pastinya ia akan berlaku bulan Mac," katanya.

Mesyuarat tergempar MT Umno hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan menunda tarikh perhimpunan agung parti yang sebelum ini dijadualkan pada Disember ini ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Mesyuarat Umno bahagian dijadual dari 9 Oktober hingga 9 November.

http://www1.malaysiakini.com/news/90444

Muhyiddin: Tidak jejas wibawa PM


Abdul Rahim Sabri Sep 26, 08 2:10pm

dikemaskini Pelan peralihan kuasa terbaru yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini tidak akan menjejaskan kewibawaan presidennya dan ia berlangsung secara terhormat, kata seorang naib presidennya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berharap keputusan terbaru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat pengumuman penting bulan depan, sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober, akan "diterima baik oleh ahli-ahli Umno."

"Keputusan itu mengambil kira sentimen dan pandangan akar umbi bahawa beliau memikirkan ini pendekatan terbaik.

"Apapun keputusan yang dibuat ia mesti tidak menjejaskan perpaduan di dalam parti dan yang kedua, kita nak memastikan proses peralihan kuasa itu tidak menjejas kewibawaaan presiden.

"Ia mesti dibuat secara terhormat," katanya.

Muhyiddin berharap keputusan hari ini boleh diterima baik oleh ahli Umno di seluruh negara kerana dibuat atas pertimbangan yang bijaksana oleh presiden parti.

"Saya harap keputusan-keputusan yang dibuat atas sebab-sebab yang berpatutan ini walaupun pemilihan ini dilewatkan sehingga Mac tahun depan.

"Maka ahli-ahli seluruh negara tidak merasakan ini menyalahgunakan kedudukan dan kuasa.

"Keputusan ini mengambil kira sentimen, pandangan akar umbi," katanya selepas mesyuarat tergempar MT pagi ini di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mengulas sama ada Abdullah memutuskan akan bertanding atau tidak dalam pemilihan kali ini, Muhyiddin berkata:

"Bukan hak saya untuk berkata perdana menteri akan bertanding (jawatan presiden). Tunggu supaya presiden sendiri buat pengumuman.

"Apa yang penting ialah pengumuman itu dibuat sebelum mesyuarat bahagian bersidang kerana bahagian mahu isyarat jelas sama ada presiden akan bertanding atau tidak.”

Beliau enggan mengulas lanjut pengumuman penting yang akan dibuat oleh Abdullah.

Ditanya sama ada beliau berpuas hari dengan pelan peralihan kuasa yang kelihatan kabur itu, Muhyiddin berkata:

"Saya fikir kita harus ada kepercayaan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin hari ini.

"Jangan membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap keputusan itu."

http://www1.malaysiakini.com/news/90439

Ku Li: Ganti kuasa PM-Najib macam budak-budak

Sep 26, 08 5:13pm


Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku".

"Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang," katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai "mentaliti kelas pertama" dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama.

"Republik pisang" merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

Tengku Razaleigh juga mendakwa dua pemimpin negara itu terlalu ghairah dengan perebutan kuasa sehingga mengabaikan aspek perundangan dan kerosakan yang ditimbulkan mereka ke atas negara ini.

"Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno)," katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas.

"Kerjaya politik mereka kelihatan lebih penting daripada masa depan negara ini.

"Mereka berdua menjadikan Malaysia bahan lawak masyarakat antarabangsa."

Beliau, yang juga ahli parlimen Gua Musang, mengulas keputusan penuh teka-teki Majlis Tertinggi (MT) pagi ini yang tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung Umno ke tahun depan.

MT juga dimaklumkan bahawa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman penting menjelang pemilihan bahagian 9 Oktober ini sama ada akan bertanding atau tidak dalam pemilihan parti Mac 2009.

Dengan nada seumpama tokoh veteran Umno itu, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan Abdullah dan Najib terlalu mempedulikan "masa depan politik Abdullah dan ketua-ketua juak Umno, yang tidak mempunyai masa atau idea memikirkan pelbagai krisis keyakinan yang dihadapi negara ini" sejak 8 Mac.

http://www1.malaysiakini.com/news/90468

Polis halang sebaran risalah anti-ISA


Andrew Ong Sep 26, 08 5:59pm

Polis hari ini menghalang usaha sekumpulan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk mengedar risalah menggesa supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Mereka cuba berkumpul dekat Masjid Jamek berhampiran Dataran Merdeka untuk mengedar risalah tersebut tengahari tadi.

Bagaimanapun, belum sempat mereka berkumpul, sepasukan polis yang diketuai oleh ASP Sydney Clyde Jeremiah memberi amaran kepada penyelaras GMI, E Nalini supaya jangan menggunakan pembesar suara dan membawa sepanduk.

Mereka bagaimanapun cuba memasang kain rentang dan sepanduk di kawasan berdepan dengan masjid, tetapi anggota polis bertindak membuangnya.

"Kita tidak mencapai matlamat kita untuk mengedarkan risalah kerana anggota polis berada di mana-mana dan mereka mungkin akan turut merampas bahan-bahan tersebut," kata Nalini kepada Malaysiakini.

Selepas kain rentang dan sepanduk tersebut dirampas, Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh membaca kenyataan yang mengecam tindakan kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu-individu tanpa bicara.

Beliau berkata, tuntutan hari raya GMI adalah pembebasan semua tahanan ISA, memandangkan ramai daripada mereka yang tidak dapat merayakan Aidilfitri dengan orang tersayang.

"(Anggota keluarga mereka) mengharungi Ramadhan dan Hari Raya untuk enam atau tujuh tahun tanpa kehadiran suami, bapa atau anak," kata Syed Ibrahim.

Katanya, ramai anggota keluarga tahanan ISA telah kehilangan sumber pendapatan keluarga dan kini menghadapi kesulitan ekoran kenaikan kos sara hidup.

Mereka juga, katanya, dibebankan dengan kos pengangkutan yang tinggi ketika melawat tahanan di Kamunting, Perak.

"Bagi GMI, adalah amat malang sekali kerajaan dan pihak polis terus menggunakan kuasa secara membuta-tuli dengan bertopengkan ISA walaupun dalam bulan Ramadhan yang mubarak ini," katanya.

Syed Ibrahim meneruskan ucapannya selama kira-kira lima minit dan berakhir sejurus selepas polis mengeluarkan amaran terakhir.

Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


Kehadiran mereka telah menarik perhatian orang ramai di situ dan umat Islam yang akan mengerjakan solat Jumaat di masjid tersebut.

Sesetengah daripada mereka turut membawa lencana.

Dua sahabat yang berhenti makan di situ untuk menyokong usaha GMI itu - Andrian Ng dan Ruben Emba - memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tergerak untuk menyokong pemansuhan ISA ekoran penahanan pemblog Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

"Saya rasa penahanan Raja Petra tidak berasas... Itulah sebabnya saya berada di sini," kata Emba, 30, seorang perunding.

"Beliau mewakili kebebasan bersuara. Jika mereka boleh tahan seorang penulis blog tanpa bicara, ia bermakna ia juga boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja," kata Ng, 29, juga seorang jururunding.

http://www1.malaysiakini.com/news/90471

Habuan seks ibarat sedekah sekadar 'silap bahasa'

Sep 26, 08 4:20pm

Timbalan pengerusi PKR Perak menyifatkan kenyataan seorang ahli nya bahawa habuan seks seumpama menerima sedekah, sebagai sekadar "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", demikian dilaporkan oleh Bernama.

"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

"Saya boleh komen setakat itu sahaja," kata Zulkifli Ibrahim seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.

Zulkifli (foto kanan) berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi ahli parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata, kenyataan Zul itu datangnya daripada seseorang yang jahil tentang hukum agama, selain satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan dirinya daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lalu bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masing dengan wanita dari China.

'Minta JAIP siasat'

Seksyen berkenaan menyatakan bahawa seseorang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan mana-mana orang melakukan apa-apa pekerjaan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan.

"Kalau laporan itu tidak disiasat dan tidak diambil tindakan, ini ada masalah pada pentadbiran jabatan agama, dan akan menimbulkan persepsi kepada semua tentang (sama ada) kita serius untuk melaksanakan perundangan enakmen jenayah yang sudah diluluskan kerajaan negeri," katanya.

Peguam Mohd Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya dalam sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan kedua-dua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, sekadar menjawab:

"Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif."

Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat Ipoh tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua exco kerajaan negeri Perak dari PKR - Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias - sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari tahun depan di Mahkamah Sesyen di Ipoh.

http://www1.malaysiakini.com/news/90447

Muhd Taib: Penangguhan untuk redakan Umno

Muda Mohd Noor Sep 26, 08 1:05pm

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, keputusan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan Umno dapat meredakan keadaan dalam parti itu sekarang berhubung isu peralihan kuasa.

"Penangguhan itu juga baik untuk semua, untuk Pak Lah dan kepada parti," kepada ketika ditemui selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

Sebelum itu, mesyuarat tergempar MT pagi tadi memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan Umno dari Disember kepada Mac tahun depan.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan bahagian akan diteruskan mengikut jadual di mana mereka akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan kerusi MT.

Menurut Muhd Taib, Perhimpunan agung dan pemilihan parti dijangka diadakan pada akhir bulan Mac.

Sehubungan, katanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga akan umumkan keputusannya sama ada akan bertanding jawatan presiden sebelum bermulanya mesyuarat bahagian.

Dalam sidang akhbarnya sebelum itu, Abdullah berkata, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden.

Desak dipercepatkan

"Semua ahli MT menyambut baik keputusan penangguhan tersebut meredakan keadaan seperti panas (dalam parti)," kata Muhd Taib.

Beliau dipercayai merujuk kepada perkembangan semasa dalam Umno berhubung pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Malah, sebahagian Umno bahagian, yang dijadual mesyuarat mulai 9 Oktober ini, secara terbuka mahu mencadangkan calon lain untuk jawatan presiden.

Dan regu pilihan mereka ialah Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ternyata perkembangan itu membimbangkan beberapa pihak dalam Majlis Tertinggi (MT) sendiri, sehingga yang mencadangkan Abdullah tidak bertanding kerana bimbang tidak mendapat pencalonan mencukupi.

Untuk layak mempertahankan jawatan presiden, Abdullah mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus atau 58 pencalonan daripada bahagian. Umno mempunyai 191 bahagian.

Mesyuarat bahagian

Mengulas lanjut mengenai keputusah mesyuarat MT hari ini, Muhd Taib berkata, ia bermakna perdana menteri "mendengar suara di peringkat bawah".

Perdana menteri, kata Muhd Taib akan mengumumkan pelan peralihan kuasa tersebut tetapi tidak tahu tarikhnya.

"Tetapi ada kena mengena penangguhan perhimpunan agung Umno dengan pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib.

"Pak Lah kata dia akan umumkan sebelum mesyuaat bahagian 9 Oktober depan." katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli MT, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menyifatkannya sebagai satu kaedah penyerahan kuasa.

Menurutnya, ia dipersetuju sebulat suara oleh ahli-ahli MT ketika ia dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Mesyuarat MT hanya membincangkan isu ini sahaja dengan ramai MT yang bercakap mengenai perkara tersebut," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90429

PM, Najib adakan pertemuan empat mata pagi ini

Sep 26, 08 11:02am


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam sebelum Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno bermula di ibupejabat Umno di ibunegara pagi ini.

Bertemuan itu berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11 pagi. Mesyuarat MT bermula sejurus kemudian.

Ekoran itu timbul desas-desus yang mengatakan kedua-dua pemimpin tersebut telah memuktamadkan tarikh sebenar peralihan kuasa.

Mesyuarat hari ini, menjadi tumpuan ramai kerana ia dijangka menetapkan tarikh sebenar dan lebih awal peralihan kuasa dalam parti itu dan kerajaan.

Sebelum ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan agar tiada pertandingan bagi jawatan presiden yang disandangnya dan jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Malah, sebahagian Umno bahagian, yang dijadual mesyuarat mulai 9 Oktober ini, secara terbuka mahu mencadangkan calon lain untuk jawatan presiden.

Dan regu pilihan mereka ialah Najib dan Tan Sri Muhyiddin, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ternyata perkembangan itu membimbangkan beberapa pihak dalam Majlis Tertinggi (MT) sendiri, sehingga yang mencadangkan Abdullah tidak bertanding kerana bimbang tidak mendapat pencalonan mencukupi.

Untuk layak mempertahankan jawatan presiden, Abdullah mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus atau 58 pencalonan daripada bahagian. Umno mempunyai 191 bahagian.

Malah, ketika bertemu dengan ketua-ketua bahagian Umno di Selangor kelmarin, mereka dengan jelas memberitahu Abdullah bahawa mereka akan menyokong pelan 2010 jika semua ahli MT sepakat menerimanya.

Oleh itu, mesyuarat hari ini yang dipanggil saat-saat terakhir semalam, dijangka memuktamadkan tarikh sebenar peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib.

Ia juga dijangka membincangkan saranan supaya pemilihan parti itu - yang dijadualkan pada 16-21 Disember depan - ditangguhkan sehingga tahun depan dan begitu juga dengan mesyuarat bahagian.

Perhimpunan agung Umno ditangguhkan selama 18 bulan ekoran pilihanraya umum 8 Mac lalu. Parti itu mempunyai sehingga bulan Mei tahun depan untuk mengadakan perhimpunan agung.

Apa juga pun, mesyuarat MT hari ini diharap akan memberi jawapan kepada semua teka-teki tersebut.

http://www1.malaysiakini.com/news/90417

Kebocoran radioaktif kapal selam AS di Klang

Sep 26, 08 1:10pm

Kementerian Pertahanan harus menjelaskan kebocoran radioaktif dari kapal selama Amerika Syarikat USS Houston di Pelabuhan Kelang sewaktu ia singgah pada 2006.

Kapal selama itu telah mengalami kebocoran selama dua tahun, termasuk sewaktu kunjungannya ke negara-negara Asean dua tahun lepas, tetapi hanya disedari apabila ia pulang ke negara itu tahun ini.

Menurut laporan CNN, tentera laut Amerika Syarikat mengesahkan kebocoran tersebut sejak dua tahun lalu dan telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia dan Singapura.

Ahli parlimen Kelang, Charles Santiago hari ini mendesak Menteri Pertahanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan laporan dari negara kuasa besar itu seperti yang dimaklumkan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean.

http://www1.malaysiakini.com/news/90430

Naib presiden MCA saksi perebutan 7 penjuru


Sep 26, 08 11:43am

Pertandingan bagi jawatan naib presiden MCA bulan depan bakal menyaksikan perebuatan tujuh penjuru apabila Datuk Yap Pian Hon turut menawarkan diri hari ini.

Enam lagi calon naib presiden ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha; Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai yang juga ketua Pemuda; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen; Exco Negeri Johor Datuk Tan Kok Hon dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn yang akan mempertahankan jawatan tersebut.

Ini merupakan cubaan ketiga Yap - yang merupakan bekas naib presiden dan ahli veteran parti MCA.

Beliau penah menyandang jawatan naib presidn selama tiga penggal sejak 1990-1999.

Bagaimanapun, selepas ituYap gagal dalam percubaannya untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti pada 1999 dan 2005.

"Saya telah melalui banyak cabaran dalam kerjaya politik saya dan semua ini saya anggap sebagai satu aset," katanya dalam satu kenyataan, demikian menurut Bernama.

"Bukannya sesuatu yang mudah untuk mengundurkan diri walau macam mana susahnya ia.

"Justeru, saya memutuskan untuk menawarkan diri saya sekali lagi sebagai calon jawatan naib presiden," katanya.

Yap, yang juga bekas Ketua Pemuda MCA dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, sering kali digelar "kucing punya sembilan nyawa" berikutan kegigihannya dalam dunia politik.

Beliau juga pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Operasi Lalang pada 1987.

Walaupun dipilih sebanyak tiga kali sebagai naib presiden, Yap tidak pernah disenaraikan memegang jawatan menteri atau timbalan menteri, tidak seperti beberapa naib presiden yang lain, yang ditawarkan jawatan dalam kerajaan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90421

PKR: Penurunan harga minyak bermotif politik


Sep 25, 08 6:38pm

PKR menyifatkan pengumuman kerajaan menurunkan harga runcit minyak sebanyak 10 sen semalam sebagai satu keputusan yang didasari motif politik semata.

"Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini gagal untuk mengambil kira aspek mekanisme pasaran dan kepentingan rakyat," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Katanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan, ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi.

Sebaliknya, kata Tian, ia merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar tersebut.

"Keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi minyak hingga menyebabkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 41 peratus pada 4 Jun lalu, jelas meninggalkan impak yang besar ke atas pasaran tempatan.

"Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kesan kenaikan mendadak harga minyak menyebabkan kadar inlasi mencecah 8.5 peratus, merupakan yang tertinggi dalam tempoh 28 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa, seluruh lapisan masyarakat dan industri terkejut serta terjejas oleh keputusan kerajaan yang didakwanya dibuat secara terburu-buru.

'Keadaan ekonomi tenat'

"Walaupun kerajaan cuba memulihkan keadaan ekonomi dengan menurunkan harga minyak sebanyak dua kali, namun keadaan ekonomi yang tenat kini tidak lagi dapat dipulihkan dengan sekadar menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen sahaja.

"Selain itu, keputusan kerajaan juga gagal memaparkan mekanisme kerajaan yang telus dan konsisten dalam proses menentukan kadar harga minyak.

"Kenaikan dan penurunan harga minyak yang tergesa-gesa dan tidak didasari kepentingan rakyat, mengesahkan pendapat umum bahawa pentadbiran sekarang tidak berupaya berhadapan dengan isu minyak serta ekonomi global.

"Pada awal tahun ini, kita menyaksikan ketika harga minyak dunia berada pada AS$100 setong, harga minyak dalam negara adalah RM1.92; manakala harga minyak dalam negara berada pada harga RM2.70 seliter semasa harga minyak dunia mencecah AS$104 setong," katanya.

Bagaimanapun, tegas Tian, hari ini ketika harga minyak dunia jatuh kepada AS$104 setong, kerajaan cuma menurunkan 10 sen dan harga minyak tetap melebihi harga asal sebelum kenaikan pada Jun lalu.

"Sesungguhnya, keputusan kerajaan menurunkan harga minyak kali ini adalah satu lagi keputusan politik berupa gula-gula yang ingin menambat hati rakyat, tetapi tidak didasari kepentingan ekonomi negara dan rakyat.

"Malah Majlis Ekonomi yang ditubuhkan pada awal bulan Ogos juga sekadar komestik yang tidak mempunyai kuasa sebenar untuk mempengaruhi ataupun menyertai proses pembuat keputusan kerajaan berkenaan dasar-dasar ekonomi yang penting," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90407

Muhd Taib: Pertandingan menjurus pada perpecahan

Sep 25, 08 5:13pm

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata cadangan untuk mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam parti perlu dibuat dengan berhati-hati mengikut perlembagaan dengan mengambil kira amalan kemasyarakatan.

Katanya, berdasarkan kepada contoh-contoh besar yang lepas iaitu pada tahun 1981, 1987, 1997 dan 1998, apabila berlaku pertandingan, ia lebih menjurus kepada perpecahan.

Persaingan tersebut telah meninggalkan kesan mendalam terhadap dan ekoran itu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dibenar dipertandingkan.

Menurut laporan Umno, Pemilihan tahun 1981 menyaksi pertembungan antara Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan timbalan presiden.

Manakala pada 1987, Tengku Razaleigh mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden.

Berikutan itu, Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 yang kemudiannya dibubarkan dan mereka kembali semula ke pangkuan Umno pada 1996.

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada 1998 pula menyaksikan Anwar menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jadi kita juga berhati-hati. Bukan semua perlembagaan elok dari segi amalan kemasyarakatan. Perlembagaan adalah 'guideline', kemasyarakatan adalah satu yang lain," kata Muhd Taib kepada pemberita di Bangi hari ini.

"Sama ada masyarakat sudah bersedia, masyarakat boleh menerima dan bertaut balik.

"Oleh itu, kita kena memikir dengan masak-masak apabila kita membuat cadangan," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika tanya mengenai cadangan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya Umno kembali kepada cara lama di mana jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan bagi memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti.

Bagaimanapun, Muhammad berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, adalah baik dan mengikut amalan sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Cadangan Rais itu molek dari segi perlembagaan tapi kadangkala tak berapa molek dari segi kemasyarakatan dan pelaksanaan. Kalau satu-satu jawatan itu kosong, maka ia berbuka untuk pencalonan," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90383
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...