

Jun 24, 11
9:26am
Kehadiran mereka bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu. Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.
Datuk T hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu. Kesemua mereka mengaku bersalah.
Ketiga-tiga mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.
Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', kumpulan itu juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.
Bercakap kepada wartawan, seorang lelaki memberitahu, mereka terdiri daripada “pelbagai NGO dari seluruh negara”.
"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.
"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T,” kata lelaki yang tidak mahu mendedahkan identitinya.
Lelaki itu kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih) yang juga seorang pembantu kepada Rahim.
Sementara,
Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismail berkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.
"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang,” katanya.
Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.
http://malaysiakini.com/news/167881


"Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya.
Turut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan buku Cartoon-O-Phobia, tambah Zunar.
Sebelum ini enam buku Zuhar diharamkan.
"Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya.

Katanya ia lebih kepada usaha untuk mencari kedamaian pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin lebih daripada satu supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga apabila mereka merahsiakan sesuatu perkahwinan.
Saya ditanya, apa salahnya dengan BERSIH 2.0 ini?
Jika benar rakyat menjadi keutamaan maka bukankah atas dasar prinsip demokrasi itu sendiri rakyat seharusnya dibenarkan turun menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 ini agar rakyat bebas menyuarakan pendapat, pandangan mereka tentang sistem politik negara ini.
Bukankah rakyat Malaysia menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan Malaysia sebagai Malaysia? Apakah ada individu yang 'lebih Malaysia' daripada individu lain?
Politik Melayu bukan sahaja telah mewujudkan masalah sektarianisme (berpuak-puak) di kalangan orang melayu itu sendiri malah menjuruskan kepada sikap ekstremis antara umat Islam itu sendiri. Inilah realitinya politik melayu di Malaysia yang merugikan rakyat dan menguntungkan mereka yang bermati-matian menyahkan demokrasi.
Saya cukup hairan apabila seorang ahli akademik gagal melihat isu BERSIH 2.0 daripada sudut pandangan seorang ilmuwan sebaliknya memilih untuk melihatnya sebagai suatu isu politik Melayu? Cerdik pandai jenis apakah yang akan/sedang dihasilkan oleh universiti ini? Kemana hala tuju sistem pendidikan tinggi negara?
Walau apa jua justifikasi negatif dilemparkan, BERSIH 2.0 tetap bersih. Dan apabila golongan ilmuwan memilih untuk menilainya daripada sudut politik perkauman maka belum tentu kita akan merekayasa bangsa Malaysia yang berintelektual dan berpendidikan tinggi.
Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.
Menurut Saifuddin dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.
“Ini tidak boleh diterima, SMS is bukan sahaja mengancam nyawa tetapi berbaur hasutan perkauman,” kata Maria Chin Abdullah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
Ambiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS itu.
“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil-kira perkara itu.
Lim berkata perhimpunan awam adalah sebahagian daripada sejarah negara sama ada bagi membantah ketidak-adilan seperti yang diami dengan sistem pilihan raya sekarang ini.
Beliau berkata seramai 55,975 KIR berpendapatan rendah telah didaftarkan di dalam sistem e-Kasih yang termasuk kumpulan mudah miskin membabitkan 23,235 KIR dan keluarga miskin (4,838 KIR), sehingga 11 Jun ini.
"Ini dapat memastikan proses penyelarasan bancian di peringkat lapangan dapat dipercepatkan," katanya.
Menjawab soalan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai), Jabu berkata seramai 18,876 penerima bantuan Program Bantuan Rumah (PBR), termasuk projek bina baru sebanyak 10,847 dan baik pulih rumah sebanyak 8,029, di Sarawak.
Ketika membentangkan usul pertama itu, Wong yang juga ADUN Bukit Assek berkata SPRM telah mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat rasuah balak ke atas Taib yang juga menghadapi dakwaan yang sama di Switzerland.
Dalam kes tersebut, firma guaman berkenaan mewakili responden, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Che Mat dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan ketika itu, Shamsuddin Hussain.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.
Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.
"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.