Friday, July 16, 2010

Zakat barang kemas wanita

15 julai 2010


3 Syaaban 1431 H
Oleh:AKHISALMAN

sekiranya barang kemas wanita tersebut adalah bukan emas dan perak maka tidak perlu keluarkan zakat. Walaupun banyak mana sekalipun..Ini perkara yg disepakati oleh semua mazhab..

Adapun sekiranya barang kemas wanita tersebut emas atau perak maka terdapat perbezaan pendapat seperti berikut:.


Pendapat pertama: Wajib keluar zakat sekiranya cukup nisob iaitu 85 gram bg emas dan 600gram bg perak. kena keluar 2.5 peratus bila cukup setahun.(Mazhab Hanafi)

Dalil:

1. Umumnya dalil2 yg mewajibkan zakat emas dan perak.

2. Dalil2 yg khusus utk brg kemas wanita. salah satunya adalah hadis berikut:

Sesungguhnya dua org wanita datang berjumpa Nabi s.a.w. Mereka berdua memakai gelang2 emas. Nabi bertanya: "Adakah kamu suka Allah menyarungkan gelang2 dr neraka pd hari kiamat? Mereka menjawab: "tidak" Baginda bersabda

(فأديا حق هذا الذي في أيديكما)
Maksudnya:"Tunaikanlah zakat gelang2 emas yg kamu pakai"(HR Tirmizi dan Dar Qutni)

Pendapat kedua: Tidak wajib keluar zakat sekiranya barang kemas itu digunakan oleh wanita tersebut. Ini sekiranya tidak terlampau banyak. Kalau terlampau banyak maka wajib keluar zakat.(Mazhab Syafi'ie)

Dalil2:

1. Mereka mentafsirkan hadis2 yg digunakan oleh pendapat pertama dgn barang kemas tersebut melampaui dr kebiasaan.

Pendapat ketiga: Tidak wajib zakat sekalipun banyak mana sekali pun.(Mazhab Malik)

Dalil:

Sesungguhnya Jabir bin Abdullah ditanya tentang barang kemas wanita. "Adakah perlu dikeluarkan zakat?' Beliau menjawab: " tidak" Ditanya: "Kalau sampai seribu dinar?" Jabir menjawab " Sekalipun lebih banyak dr itu" (HR Baihaqi)

Syeikh Atiah Saqor (gambar) telah mentarjikh pendapat yg kedua yg tidak mewajibkan mengeluarkan zakat brg kemas wanita yg digunakan sekiranya tidak melampaui batasan.

Alangkah bahagianya wanita

15 julai 2010


Alangkah bahagianya wanita

3 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Ini adalah diantara kelebihan wanita yg diberi oleh Islam.

1. Syurga sesiapa yg menjaga wanita dgn baik.

Nabi bersabda: Sesiapa yg mempunyai 3 orng saudara perempuan, 2 orng anak perempuan atau 2 org saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yg baik pd mereka, mengelokkan hubungan dgn mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:
من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه
Maksudnya:Sesiapa yg menjaga dua org anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)


2. Larangan berkeras pd wanita.

Nabi bersabda:

لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات
Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yg tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dgn cara elok bila berhadapan dgn karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dgn perhiasan.

Nabi bersabda:Hendaklah kamu kahwinkan anak2 laki dan perempuan kamu. Hiasilah anak2 perempuanmu dgn emas dan perak. Berilah pakaian yg elok pd mereka. Berilah mahar yg baik pd mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dgn wanita dgn cara yg baik

استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesanlah2 pd wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta dr tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yg plng bengkok adalah yg plng atas. Mk sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesan2lah pd wanita dgn cara yg baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesipa yg memuliakan wanita maka dia org mulia, sesipa yg menghina wanita dia org yg hina. (HR Ibnu Asakir)

oleh tu pd lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dgn wanita (ketika perlu) dgn cara yg baik. jgn berkasar pd mereka dan terimalah maaf dr mereka..

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w

Nabi bersabda:

حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya: Perkara yg kusukai di dunia ni adalah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ni menunjukkan taraf yg tinggi yg diberikan Islam pd wanita.

Dialah peneman waktu bersendirian..
penghibur waktu kesedihan..
peringan beban2 dan kesusahan..
pengelak dr membuat maksiat pd tuhan..
penambah semngat utk buat ketaatan..
penguat semangat ketika dlm kelemahan..
pembantu dlm perjuangan..
penyelesai bg segala permasahan..
penampung bg kekurangan..
penegur ketika lakukan kesalahan..
dialah anugerah tuhan
puisiku untk insan yg brgelar wanita.

Harga Teh Tarik Hanya Naik 1.25 Sen?

Jumaat Julai 16, 2010

KUALA LUMPUR: Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/16/mstar_berita/20100716004531&sec=mstar_berita

Serik Kawin Badrul, Julia Tuntut Cerai

Jumaat Julai 16, 2010

Badrul Muhayat

PETALING JAYA: Isteri pelakon Badrul Muhayat,42, iaitu Julia Daud,29, kecewa dengan sikap suaminya dan sudah tidak mampu lagi untuk menyembunyikan kepedihan hatinya sejak berkahwin dengan pelakon itu.

Julia berkata, dia nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya kerana tidak tahan dipukul selain kegagalan suaminya itu menguruskan nafkah anak.

“Saya tetap mahu menuntut cerai kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangainya. Kali ini saya nekad,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini, dia sudah ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat, semalam, untuk membuat tuntutan cerai kerana ia merupakan jalan yang difikirkan baik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya sudah ke pejabat agama dan nekad untuk bercerai. Kali ini saya tidak mahu mendapatkan apa-apa kaunseling lagi kerana saya benar-benar sudah serik dengan apa yang dia lakukan kepada saya dan anak kami selama ini,” katanya.

Jelas Julia dia layak untuk membuat tuntutan cerai kerana sudah tiga bulan suaminya tidak pulang ke rumah, gagal memberi nafkah anak dan sering memukulnya.

Dalam pada itu, Julia yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon tersebut memberitahu terpaksa melalui kehidupan menyedihkan sepanjang mereka menjadi pasangan suami isteri.

"Selama empat tahun tidak ada apa yang membahagiakan saya selain menderita bersama dia.

"Dia tidak mahu melepaskan saya dengan cara baik sehingga membuatkan hidup saya jadi rimas dan menyusahkan. Saya juga susah hendak bekerja kerana sering diganggu," ujarnya.

Julia pada Isnin lalu sekali lagi membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya terhadap Badrul yang didakwa mengasari dan merampas wang jaminan mahkamah berjumlah RM2,500.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu bermula apabila Badrul menghubungi seorang wanita yang juga penjamin kesnya untuk bertanyakan wang jaminan tersebut.

Wang berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun penjamin atas perintah mahkamah sebaik mahkamah membuat keputusan kes Badrul dan Julia Isnin lalu.

Mahkamah memerintahkan Badrul membayar kompaun kepada Julia sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun difahamkan Badrul tidak berpuas hati dan meminta wang tersebut diserahkan kepadanya walaupun dihalang Julia sehingga berlaku kekasaran menyebabkan Julia terpaksa membuat laporan polis.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/7/16/mstar_hiburan/20100715195008&sec=mstar_hiburan

Julia minta cerai


JULIA memangku anaknya, Badrul Hidayat dan Siti Nur Batisha sambil menunjukkan laporan polis di rumahnya di Kampung Cheras Baru dekat Kuala Lumpur semalam.


AMPANG - "Saya ingat selepas selesai kes mahkamah kami boleh hidup bahagia, tapi angan-angan saya musnah apabila dia buat perangai semula."

Itu pengakuan Julia Daud, 29, isteri kepada pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, yang telah memfailkan permohonan tuntutan cerai taklik terhadap suaminya itu di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Kajang dekat sini petang kelmarin.

Julia mendakwa, walaupun kes Badrul memukulnya selesai pada 12 Julai lalu tetapi pada hari yang sama Badrul sekali lagi mengasari dirinya dan merampas wang jaminan mahkamah berjumlah RM2,500.

Julia juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang berkenaan dan insiden pergelutan di antara dia dan Badrul.

Selepas kejadian itu, Julia berkata, dia menyesal kerana menjamin suaminya.

"Memang saya sedih kerana suami tergamak melakukan demikian sedangkan wang itu digunakan untuk saya dan anak-anak," jelasnya.

Namun, katanya, Badrul langsung tidak ambil peduli kehidupan kami sekeluarga, malah dia yang terpaksa menanggung segala hutang dipinjam suaminya.

"Dulu lagi memang saya pernah minta cerai, tapi dia enggan. Kini saya dah tak tahan dan tak akan maafkan dia lagi," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Julia, dia telah tidak tinggal bersama suaminya itu hampir tiga bulan.

Julia dan Badrul Muhayat berkenalan pada tahun 2005 dan bernikah pada tahun 2007. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Siti Nur Batisha, 3 dan Badrul Hidayat, 4 bulan, yang kini tinggal bersama Julia.

Sementara itu, polis sedang memburu Badrul Muhayat bagi membantu siasatan kes pukul dan curi wang isterinya yang dilakukan kelmarin.

Kenapa isteri curang?



TERDAPAT beberapa sebab isteri curang terhadap suami seperti bersimpati dengan lelaki lain atau membalas dendam.


KALAU 15 tahun dahulu, kes isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes, tetapi kebelakangan ini kes isteri curang boleh berlaku antara lima hingga enam daripada 10 kes.

Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang. Sejauh mana curangnya pasangan? Adakah ia sekadar berkawan, bercinta atau sudah bersama di tempat tidur?

Bagi suami atau lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta, bagi saya masih belum boleh merujuk ia sebagai curang. Berbeza dengan isteri atau wanita, syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami.

Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, isteri itu boleh dikategorikan sebagai curang tidak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.

Kalau suami gagal melaksanakan tanggungjawab menyebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar daripada perkahwinan dan bukan dengan bertindak curang kepada suami.

Islam menentukan, isteri perlu hormatkan suami walau dalam apa juga keadaan. Jika tidak mampu menghormati suami, keluarlah daripada perkahwinan secara terhormat.

Berdasarkan kes yang berlaku, tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tidak kira di pihak isteri atau suami.

Cuba-cuba

Ada individu yang sekadar mahu cuba-cuba, kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan-kawan di tempat kerja. Bermula hanya cuba-cuba dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga. Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa.

Simpati berlebihan

Ada pula yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing-masing atau berkenalan di tempat kerja.

Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kekasih hati hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian.

Balas dendam

Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Saya pernah mengendalikan satu kes awal tahun ini. Seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara-gara terbongkar rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain. Bagaimanapun apabila diselidiki si isteri berbuat demikian disebabkan sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar-tukar pasangan.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab-sebab lain termasuklah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumah tangga.

Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu kerana keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan reda dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan.


CARI jalan penyelesaian untuk menyelamatkan rumah tangga terutama terbuka mengubah sikap.


Andai gagal dibantu setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik adalah keluar daripada perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan, malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Sebagai langkah pencegahan, perkara paling penting adalah bersikap berterus-terang, berbincang dan cuba mengatasi segala masalah yang ada.

Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi. Sebaiknya, bila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus-terang dan suami pula perlu bersikap terbuka.

Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian. Jangan sewenang-wenangnya mendabik dada berbangga inilah anda dan langsung tidak mahu berubah.

Tidak salah berubah sikap jika ia baik untuk perkahwinan dan rumah tangga. Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima kelemahan yang tidak perlu, sebalik kelemahan itu boleh dibaiki. Menerima seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi membantu mengatasi kelemahan masing-masing.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm

Cari suami hilang sahkan sijil nikah

Oleh Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my
2010/07/16

SANGLANG: Seorang ibu muda merayu supaya suaminya pulang ke pangkuan keluarga bagi menyelesaikan masalah pengesahan sijil nikah mereka untuk memastikan masa depan anak mereka terbela.

Nor Diana Md Zin, 23, dari Kampung Tok Mengkula, di sini berkata, suaminya Shaiful Nazri Saad, 27, tidak pulang ke rumah sejak kematian ibu Nor Diana, Som Ahmad, tujuh bulan lalu dan mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka yang berusia antara satu hingga empat tahun.


Nor Diana yang juga isteri kedua Shaiful menghadapi masalah kerana sijil nikah yang dikeluarkan di Thailand belum mendapat pengesahan dari Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), menyebabkan pendaftaran kelahiran ketiga-tiga anaknya juga menghadapi masalah.


Menurutnya, dia dan suaminya berkahwin secara rahsia di Thailand sejak lima tahun lalu kerana usianya yang masih muda dan selepas berkahwin, dia mendapati dirinya ditipu kerana suaminya yang berasal dari Kampung Megat Dewa, sebenarnya sudah berkahwin dengan wanita lain.


“Saya pernah meminta suami untuk membuat pengesahan sijil itu namun dia melambat-lambatkan urusan berkenaan sehingga dia menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.


“Malah, suami juga tidak memberi nafkah untuk anak-anak dan saya terpaksa bekerja di kedai makan di Alor Setar dan berulang-alik setiap hari,” katanya.


Katanya, pendapatannya sebanyak RM300 hingga RM500 sebulan juga tidak cukup untuk membiayai kehidupan mereka sekeluarga kerana dua anaknya, Aina Arisya, 3 tahun, dan Aifan Daniel, setahun lima bulan terpaksa diserahkan kepada pengasuh dengan upah RM150 sebulan.


Anak sulungnya pula, Aiman Haris, 4, kini dijaga kakak iparnya.


“Saya pernah pergi ke rumah mentua saya, namun diberitahu suami tidak tinggal di situ dan mereka enggan memberitahu di mana suami saya tinggal menyebabkan saya mengalami tekanan kerana sehingga kini masih tidak berjumpanya.


“Keluarga mentua pula seperti tidak menerima saya dan anak-anak dan pernah sewaktu arwah ibu saya baru meninggal dunia, saya bersama anak-anak menumpang sekejap di rumah mentua kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk anak-anak, namun keluarga mentua masih enggan menerima mereka,” katanya.


Nor Diana berkata, kehidupannya kini diibaratkan kais pagi makan pagi kerana tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan lain, malah permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula masih tidak mendapat sebarang maklum balas sejak empat bulan lalu.

“Apa yang saya risaukan ialah keadaan anak-anak yang semakin membesar dan akan memasuki alam persekolahan tidak lama lagi. Sekiranya suami masih enggan pulang dan menguruskan soal pengesahan sijil nikah dan sijil pendaftaran kelahiran anak, sudah tentu mereka akan tercicir dalam pelajaran,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Carisuamihilangsahkansijilnikah/Article

Harga gula, petrol naik

2010/07/16

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini, semalam.


Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG RM1.85 sekilogram. “RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan mekanisme harga automatik. Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.


“Bagi gula, pelarasan harga 25 sen sekilogram,”
katanya.


Menurut Najib dalam kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.


“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.


“Walaupun membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara terendah di rantau ini,”
katanya.


Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.


Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula berasaskan hakikat pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.


Menurut Perdana Menteri, keputusan itu berasaskan tiga perkara penting.


Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan rakyat tempatan berpendapatan tinggi yang mampu membayar harga tanpa subsidi.

Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau kereta Kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.


Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.


Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini. Pada 2009 saja, Najib berkata, penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan. “Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu,” kata Perdana Menteri.


Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.

Najib berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengadakan perundingan dengan rakyat.


“Beribu-ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian pada Hari Terbuka Makmal Dasar dalam proses mendapatkan maklum balas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


“Bagi reformasi subsidi, bajet, Program Transformasi Kerajaan dan kini Bidang NKEA, kerajaan membabitkan orang ramai, mendengar dan belajar, dan bertindak, mengikut keutamaan negara,”
katanya.


Beliau berkata, langkah ini dilaksanakan supaya ia hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.


“Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani,” kata Najib.


Dengan memilih melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisit fiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia, kata Najib.


Perdana Menteri berkata, langkah ini akan meningkatkan kestabilan kewangan Malaysia dan pada masa yang sama melindungi rakyat. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargagula_petrolnaik/Article

Saman RM2j




Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/07/16

SHAH ALAM: Seorang bapa melahirkan kekesalan terhadap perbuatan tiga daripada lima anak kandungnya sebagai tidak wajar kerana memaksanya menandatangani pada surat pembahagian harta pusaka, selepas didakwa mengurungnya dalam rumah, tiga tahun lalu.

SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam.

“Tindakan ketiga-tiga anak saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya masih hidup, mereka paksa saya tandatangan kerana mahu rampas harta saya,”
kata Baharom Long dengan linangan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.

Terdahulu, dia yang menyambut hari jadi ke-85 semalam, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM2 juta terhadap tiga anaknya yang didakwa mengurung dan memaksanya menurunkan tandatangan pada satu surat berhubung pembahagian harta pusaka, pada 2007.

Baharom, bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memfailkan saman itu menerusi peguam Muhd Azmi Talib & Co.

Dia menamakan anak sulungnya, Md Hanafiah, 55, pesara tentera sebagai defendan pertama, manakala Zakariah, 52, dan Musa, 50, kedua-duanya bekerja di bahagian kargo syarikat penerbangan, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. Baharom mempunyai dua lagi anak, Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Dalam penyataan tuntutannya, Baharom mendakwa, defendan kedua berjumpanya di Masjid Selayang di pinggir Kuala Lumpur, sekitar November 2007 dan membawanya ke rumah defendan pertama sebelum mengunci pintu dan tingkap kediaman itu.

Di situ, Baharom mendakwa dipaksa menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungannya sekiranya mahu berkahwin kali kedua.

Menerusi salinan surat yang diterimanya kemudian, plaintif mendapat tahu ia surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda di Batu Caves, milik dia dan arwah isterinya.

Oleh itu, plaintif mendakwa semua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya memaksa dia menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.

Selain itu, dia mendakwa defendan secara agresif memaksanya menyerahkan geran kedua-dua tanah terbabit tanpa persetujuan atau kerelaannya.

Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa dia mengalami trauma serius sehingga sentiasa hidup dalam ketakutan terutama tinggal berseorangan di rumah.

Dia mendakwa mengalami kemurungan teruk kerana bimbang kejadian sama berulang sehingga memaksanya mengambil ubat khas bagi mengawal masalah itu.

Selain itu, plaintif mendakwa perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan psikologi akibat trauma daripada peristiwa berkenaan.

Umpan Rolls-Royce




Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/07/16

SERDANG: Umpan digunakan sebuah syarikat pelaburan bukan calang-calang kerana dikatakan sanggup mengeluarkan modal menyewa sebuah kereta mewah model Rolls-Royce bernilai RM2.85 juta untuk meyakinkan pelabur asing.

BUKTI ...Abd Razak (kanan) menunjukkan kereta mewah dan plat kuning pada kereta Rolls-Royce, semalam.

Selain itu, kereta mewah terbabit turut menggunakan plat kuning tertera nama DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al Marhum YAM Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Darul Islam diletakkan ketika satu majlis pelancaran sebuah bangunan di Bandar Puteri, Puchong kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam.


Bagaimanapun, gimik pihak terbabit berakhir apabila polis merampas kereta mewah berkenaan dan menahan seorang lelaki selepas curiga dengan nombor pendaftaran digunakan.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, hasil siasatan mendapati kereta mewah terbabit sengaja dipamerkan pihak penganjur bertujuan meyakinkan pelabur asing yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan.

“Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan, mendapati kenderaan mewah dipamerkan itu menjadi tumpuan terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.

“Curiga keadaan itu anggota polis menghampiri kereta mewah itu,”
katanya.
Menurutnya, ketika itu ada tiga lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun yang mendakwa sebagai pemandu dan juga penganjur majlis berada di situ sebelum polis menjalankan pemeriksaan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu kereta positif dadah jenis ketamin dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dua lagi lelaki dibebaskan dan polis masih menjalankan siasatan dan kemungkinan beberapa individu lain ditahan,”
katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati, kenderaan mewah itu milik syarikat sebuah jualan kereta terpakai dan disewa menggunakan nama Sultan Melaka untuk menarik kepercayaan pelabur asing.

Abd Razak berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Raja Noor Jan sama ada mengetahui namanya digunakan syarikat pelaburan berkenaan.

“Kita akan merujuk kes kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lelaki ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...