Wednesday, December 17, 2008

[Mahligai] 63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Friday, December 5, 2008 3:16 PM
From: "Nor
"


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui
kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan
sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa
dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya
bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63
petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang
melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah
sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira `gerak batin' (intuition)
perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi `menang-menang' .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan `pasangan'.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut `I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja
dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah
semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT di 8:14:00 AM

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2008/12/mahligai-63-petua-bahagia-dr-fadzilah.html

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Khamis, Disember 11, 2008

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat
Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd
Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan
ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,
hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan
Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka
hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan
dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu,
maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang
dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang
biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.
Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan
menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi
wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana
apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan
dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat
pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi
suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke
arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak,
menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat
kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah
sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah
bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka
isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya
suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami
akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak
menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha
sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat
terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami
bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin
beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia,
berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit
keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa
kepada kesengsaraan hidup.

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT di 10:52:00 PM

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2008/12/ciri-ciri-suami-yang-baik-dari-sudut.html

MB: Adun BN belanja RM27 juta dalam dua bulan



Andrew Ong May 23, 08 5:36pm



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.

Khalid kemudiannnya memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.

Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Malah, katanya, Speaker Dewan Undangan Negeri yang lalu, yang bukannya seorang Adun, turut membelanjakan RM600,000.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas mengenai kecekapan, akauntabiliti dan keteluasan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Ekoran perbelanjaan besar dalam tempoh dua bulan pertama ini, kini tidak ada lagi peruntukan yang tinggal bagi 36 kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat - PKR-DAP-PAS - untuk dibelanjakan sepanjang tahun ini.


Dalam titah perasmian sidang DUN Selangor Rabu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda memandang serius perbelanjaan peruntukan Adun bagi tahun 2008 yang habis dibelanjakan dalam dua bulan pertama tahun ini.

Kontroversi Balkis

Menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) mengenai kontroversi Balkis, Khalid berkata beliau telah berusaha mendapatkan jawapan mengenainya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menteri besar berkata, beliau telah menghantar tiga pucuk surat kepada ROS sejak April lalu, untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pembubaran Balkis.

Bagaimanapun, katanya, sehingga sekarang beliau belum menerima sebarang jawapan dari ROS.

Katanya, Balkis perlu memperjelaskan mengenai aktiviti-aktiviti tertentu yang dianjurkan dengan sokongan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Sebagai contoh, kata Khalid, puluhan ribu ringgit dibelanjakan untuk perkara-perkara seperti cenderahati untuk 'VVIP', mengadakan festival dan majlis makan malam.

Salah satu daripadanya, dedah menteri besar, ialah perbelanjaan sebanyak RM279,000 untuk membeli pakaian sukan untuk ahli Balkis.

Khalid berkata, mereka menggunakan Galeri Hafiz Sdn Bhd. Dua bayaran terbabit - RM158,000 dan RM121,000 - adalah untuk menyediakan pakaian sukan untuk lelaki dan wanita.

Menjawab soalan tambahan oleh Jenice Lee (DAP-Teratai), Khalid berkata, kerajaan berpandangan bahawa Balkis masih belum dibubarkan secara rasmi.

Balkis adalah persatuan isteri-isteri wakil rakyat di Selangor.

http://www1.malaysiakini.com/news/83343

DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis

Jimadie Shah Othman Dec 17, 08 10:58am



eksklusif Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri
sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

'Hadiah mahal'

Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.


Sekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

http://www1.malaysiakini.com/news/94982

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta


Jimadie Shah Othman Dec 17, 08 11:15am



Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.



Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

http://www1.malaysiakini.com/news/94985

20,000 nelayan hentikan boikot


Dec 17, 08 6:38pm

Kumpulan 24 persatuan nelayan memberhentikan tindakan mogok ke laut, yang dilancarkan 12 Disember, selepas bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini.

Keputusan jawatankuasa bertindak yang mewakili 20,000 nelayan di tujuh negeri dicapai petang ini selepas pertemuan dengan bekas setiausaha agung MCA itu di Hutan Melintang, Teluk Intan pagi ini.

Ong berjanji akan memperjuangkan tuntutan mereka - antaranya menurunkan harga minyak bersubsidi kepada RM1 seliter daripada RM1.30 yang berkuatkuasa semalam - dalam mesyuarat jemaah menteri, Jumaat ini.

Jurucakap kumpulan nelayan itu Lu Shun Fok berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang lebih serius sekiranya kabinet gagal menunaikan tuntutan mereka.

Tindakan terbaru nanti akan diputuskan dalam tempoh dua minggu lagi, tambahnya.

Persatuan-persatuan nelayan itu semalam berikrar meneruskan mogok walaupun kerajaan menurunkan harga minyak 13 sen daripada RM1.43.

Kelmarin, kerajaan tidak bersedia menurunkan harga petrol dan diesel bersubsidi seperti tuntutan nelayan.

"Nak puaskan hati semua pihak memang mustahil," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau menambah, selain meningkatkan kuota diesel sebanyak 4,000 liter sebulan sejak awal Disember, kerajaan turut menawarkan insentif pendaratan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram tangkapan bagi pemilik-pemilik kapal tunda serta elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan bagi anak-anak kapal.

Persatuan-persatuan nelayan itu turut menggesa insentif-insentif itu dihapuskan dan digantikan dengan peruntukan subsidi minyak dengan alasan ia bersifat "birokratik" dan sehingga kini elaun tersebut belum diserahkan kepada mereka.

http://www1.malaysiakini.com/news/95035

RTM gam lagu puisi Dr Asri 'Aku Bukan Musuh Harta'?


Rabu Disember 17, 2008

Oleh ZIEMAN



Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja 'Aku Bukan Musuh Harta', lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.


Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.


Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.


Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.


Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' hasil nukilan tokoh agama Dr Asri Zainul Abidin khabarnya digam oleh RTM.

"Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,"jelas Xifu Nasir.


Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.


Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album 'Yang Benar Tetap Benar.'


Selain lagu 'Aku Bukan Musuh Harta', lagu title track 'Yang Benar Tetap Benar' juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan 'makar' yang digunakan dalam puisi tersebut.('Makar' adalah kalimah Arab dari Al Quran).



Album 'Yang Benar Tetap Benar' yang memuatkan 10 puisi nukilan Dr Asri Zainul Abidin.

Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.


"Saya hairan mengapa lirik saya 'Aku Bukan Musuh Harta' digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam," jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.


"Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.


"Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu," kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.


Lirik lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' tulisan Dr Asri atau Dr MAZA.

Katanya lagi,"Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan."


Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan 'makar' di dalam puisi beliau yang bertajuk 'Yang Benar Tetap Benar' itu.


"Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian," kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.


Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.


Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.


Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’


Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.


Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_hiburan/20081216201229&sec=mstar_hiburan

Pernikahan rahsia Aidil-Rita tidak direstui keluarga?


Rabu Disember 17, 2008

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


PETALING JAYA: Selepas dikejutkan dengan berita perkahwinan rahsia aktor Cico Harahap, kini giliran aktres Rita Rudaini Mokhtar, 32, dan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, disahkan bernikah di Songkla, Thailand pada 25 Februari tahun ini.


Aidil (kiri) bersama kembarnya, Zaquan Adha.

Hampir 10 bulan Aidil menyembunyikan perkahwinannya dengan Rita daripada pengetahuan keluarganya sehingga bapanya, Abdul Radzak Salleh, 59, mengesahkan berita tersebut, semalam di sebuah akhbar tempatan.


Abdul Radzak Salleh, 59, (tengah) bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan menjawab pertanyaan pemberita sambil ditemani oleh isteri, Azizah Arshat, 56, dan kembar Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha ketika sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini. -foto BERNAMA

Menurut bapanya, dia redha dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama berasa kecewa dengan Aidil kerana membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan.


“Semua ini ketentuan Tuhan dan apa yang mereka sudah lakukan tidak boleh berpatah balik.


Rita Rudaini berkahwin kali kedua selepas bercerai dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Sahari.

“Saya tak dapat cakap sama ada merestui perbuatan mereka atau tidak kerana perkara itu telah berlaku. Namun, saya terima apa yang berlaku.


“Saya berharap orang lain akan memahami karier Aidil pada masa akan datang kerana pendapatannya merupakan periuk nasi kami sekeluarga,” luah Radzak kepada pemberita ketika melakukan sidang media di rumah anak sulungnya di Coral Heights Seremban, petang tadi.


SEBAK ... Azizah Arshat, 56, ibu kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menahan sebak ketika ditanya mengenai perkahwinan anaknya itu dengan pelakon, Rita Rudaini Mohktar, 32, ketika sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini. Turut serta kakak Aidil Zafuan, Ruzithana, 37, (kanan).

Sidang media tersebut dilakukan oleh keluarga Radzak tanpa kehadiran Aidil mahupun Rita.


Ketika berita tersebut sampai ke telinganya melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, tiga hari lalu, Radzak berkata Aidil ada datang berjumpa dengannya pada 13 Disember lalu.


“Aidil hanya datang jumpa saya untuk meminta pandangan tentang Rita tetapi dia tidak beritahu pula mengenai berita perkahwinannya. Malah, saya tak nampak dia macam sudah berkahwin kerana perangai dia macam biasa,” ujar Radzak.


Walaupun perkara yang dilakukan menyalahi undang-undang, Radzak berkata mereka sekeluarga akan menyokong dan mendoakan kebahagian Aidil serta menasihatkan Aidil supaya menyelesaikan masalah tersebut sendiri.


"Saya harap Aidil teruskan dengan apa yang dirancang demi kebahagiaannya.


"Kami sekeluarga hanya berdoa untuk Aidil dan tidak mahu kariernya terjejas,"
katanya.


Radzak berkata Aidil pernah menafikan bahawa dia dan Rita sedang bercinta dahulu sebaliknya berkata mereka sekadar kawan biasa.


Selepas mengetahui berita tersebut, dia ada meminta Aidil pulang berbincang dengan keluarga mengenai hal tersebut namun anaknya itu memberikan pelbagai alasan seolah-olah enggan berbuat demikian.


Dalam pada itu, kakak Aidil, Ruzithana berkata dia mendapat tahu berita tersebut pada hari yang sama sebelum Aidil datang bertemu dengan ayahnya.


“Aidil datang berjumpa dengan saya untuk memberitahu hal ini dan turut menunjukkan sijil pernikahannya sebagai bukti.


“Dia juga meminta saya memberitahu ayah tetapi saya enggan sebaliknya menyuruh dia memberitahu sendiri kerana masalah tersebut ditimbulkan olehnya,” kata Ruzithana.


Sementara itu, ibu Aidil, Azizah Arshad, 56, turut meluahkan rasa terkilannya.


"Saya rasa terkilan dengan Aidil, tetapi suka atau tidak, saya terpaksa terima kerana dia anak saya.


"Saya rasa seperti kehilangan Aidil dan hal ini mengambil masa yang lama untuk menenangkan hati saya semula," ujarnya yang turut melaporkan mereka sekeluarga tidak mempunyai perselisihan faham dengan Aidil sebelum ini.


Dalam sidang media tersebut, abang kembar Aidil, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 21, turut memaklumkan yang adiknya tidak pernah memberitahu apa-apa tentang pernikahannya sebelum ini.


Pasangan Rita dan Aidil dikatakan mula akrab sejak Ogos 2006 dan kisah hubungan mereka mula menjadi bualan dua bulan selepas itu.


Spekulasi perkahwinan Rita, pelakon drama bersiri Bagai Aur Dan Tebing itu sudah lama tersebar namun dia menafikannya dan mendakwa berita tersebut sebagai khabar angin.


Ini merupakan perkahwinan kedua Rita selepas menjanda tujuh tahun dan pernah berkahwin dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Sahari tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_hiburan/20081217185630&sec=mstar_hiburan

Sumpah mubahalah elak rasuah 'tidak kena pada tempat' - Mufti

Rabu Disember 17, 2008

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK



PETALING JAYA: Cadangan mewujudkan sumpah mubahalah untuk diikrar oleh kakitangan kerajaan bagi mengelakkan gejala rasuah merupakan sesuatu yang tidak wajar dilaksanakan.


Malah tindakan mewajibkan setiap kakitangan kerajaan melakukan sumpah mubahalah dianggap janggal mengikut lunas agama Islam.


Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata cadangan sedemikian dilihat seperti 'tidak kena pada tempatnya' kerana penggunaan sumpah mubahalah untuk tujuan membanteras rasuah jelas berbeza dengan pengertian dan penggunaannya.


"Adakah semua perkara kita perlu bersumpah? Kalau begitu bagaimana pula dengan kakitangan bukan Islam, sumpah apa pula mereka nak pakai (guna)?," katanya kepada mStar Online.


Jelas beliau sumpah mubahalah digunakan apabila adanya pertuduhan iaitu sama ada orang yang menuduh atau yang yang dituduh ingin membuktikan kebenaran.


"Senang cerita sumpah mubahalah ini digunakan apabila masing-masing cuba menegakkan benang basah, tapi dalam kes nak banteras rasuah seperti ini apa pula pertuduhannya?," katanya.


Isu ini timbul dalam persidangan Dewan Rakyat kelmarin apabila Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya diwujudkan sumpah mubahalah bagi mengelakkan pegawai atau kakitangan kerajaan terjebak dengan rasuah.


Katanya sumpah sedemikian perlu diwujudkan selain sumpah menyimpan rahsia seperti yang sedang diamalkan pada masa ini.


Tambah Mohd Tamyes cukup sekadar ikrar akujanji yang dibuat oleh kakitangan kerajaan sekarang ini iaitu pengakuan untuk menyimpan maklumat sulit.


"Tak perlu nak libatkan sumpah, kalau nak banteras rasuah melalui cara ini juga cukuplah sekadar ikrar akujanji bahawa seseorang kakitangan itu akan menyimpan maklumat rahsia jabatannya dan juga tidak akan mengamalkan rasuah," katanya.


Jelas beliau lagi seseorang pekerja itu seharusnya sudah mengetahui bahawa amalan rasuah itu adalah sesuatu yang haram dari hukum Islam malah turut dibenci dalam agama lain.


"Kesedaran hukum halal dan haram ini perlu ada. Adakah kita perlu bersumpah untuk tidak makan khinzir, tidak minum arak, meninggalkan amalan judi dan perkara-perkara haram yang lain?


"Nyata sekali kita tidak perlu bersumpah untuk semua perkara itu, maka sumpah mubahalah untuk mengelakkan rasuah juga tidak perlu dilakukan kerana jelas sekali ia haram," katanya.


Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga berpendapat bahawa saranan pengunaan sumpah mubahalah yang bertujuan mengelakkan gejala rasuah tidak perlu dilakukan.


Katanya sumpah bukan satu perkara yang boleh dijadikan mainan atau pun digunakan sewenang-wenangnya.


"Sumpah bukan perkara mainan, dalam situasi ini tidak releven pun kita nak minta semua kakitangan kerajaan untuk bersumpah hanya kerana ingin elakkan amalan rasuah," katanya.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_berita/20081217093504&sec=mstar_berita

Dua mangsa terbaru demam chikungunya


PERIKSA...kakitangan Jabatan Kesihatan memeriksa Dayana
Batrisya Mohamad Zohir selepas Kampung Batu Lima, Jalan
Jeniang diserang demam chikungunya.



SUNGAI PETANI: Dua daripada tiga penduduk dari Kampung Batu Lima, Jalan Jeniang dekat Gurun menjadi mangsa terbaru demam chikungunya selepas dikesan mengalami tanda demam itu ketika menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Kuala Muda, semalam.

Penduduk terbabit kemudian ditahan di Hospital Yan bagi mendapat rawatan selepas disahkan dijangkiti demam chikungunya menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti penyakit itu meningkat kepada 35 orang.

Kampung Batu Lima adalah kampung kedua yang diserang penyakit demam chikungunya selepas Kampung Baru Sungkup Para, Bukit Selambau.

Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Shahidan Hashim, berkata mangsa terbaru adalah dua lelaki dimasukkan ke Hospital Yan lewat malam kelmarin selepas pemeriksaan mendapati mereka mengalami tanda demam chikungunya seperti sakit sendi, bengkak badan dan lemah seluruh anggota badan.

Katanya, mangsa terbaru itu diletakkan di wad khas hospital itu bagi memudahkan pegawai dan kakitangannya membuat pemantauan manakala sepasukan pengawai jabatan itu juga telah dihantar ke kampung itu.

“Keadaan dua mangsa ini tidak begitu serius dan cuma memerlukan rawatan lanjut serta sehingga lewat malam semalam terdapat 33 mangsa yang dirawat di Hospital Sungai Petani (lama) dan dua di Yan.

“Jumlah pesakit di HSAH cuma tinggal 29 orang saja selepas tiga daripadanya dibenarkan pulang ke rumah selepas disahkan sihat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081217092355/Article/index_html

Rebut jenazah suami


Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

PEKAN: Akibat menjadi rebutan dua wanita dipercayai isteri pertama di Indonesia dan bekas isteri kedua, seorang wanita tempatan, jenazah seorang kontraktor warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap, yang maut selepas terbabit nahas jalan raya di Kilometer 22, Jalan Pekan-Rompin, Nenasi, di sini semalam, terpaksa ‘ditahan’ seketika di Bilik Mayat Hospital Pekan (HP).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahya Othman, berkata mangsa yang berasal dari Jawa Tengah dikenali sebagai Muslam Sukarno, 38, dipercayai meninggal dunia apabila kereta Proton Wira dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam paya sedalam kira-kira tiga meter di laluan berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu bersendirian dari arah Rompin menuju Pekan dikatakan gagal mengawal kenderaannya dipercayai akibat dipandu laju sebelum terbabas dan terhumban ke dalam paya berkenaan.

Katanya, kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum menghubungi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan yang tiba kira-kira lima minit kemudian.


“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas kerana paya itu digenangi air berikutan hujan lebat beberapa hari lalu,” katanya semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke HP untuk bedah siasat dan sepatutnya dituntut ahli keluarganya sebaik bedah siasat selesai dijalankan, namun terpaksa disimpan di bilik mayat hospital berkenaan berikutan ada dua pihak berebut untuk menuntut jenazah berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila ada seorang lelaki mengaku wakil kepada isteri pertama mangsa yang menetap di Indonesia mahu menuntut mayat lelaki itu untuk disemadikan di negara asalnya.

“Selain itu, terdapat seorang lagi wanita yang mendakwa bekas isteri kedua mangsa dan mempunyai seorang cahaya mata ketika mereka berkahwin turut datang untuk menuntut jenazah bekas suaminya itu,” katanya.

Menurutnya, pertelingkahan kedua-dua pihak berkenaan menimbulkan sedikit kekecohan di bilik mayat HP apabila mereka bertegang urat mempertahankan pendirian masing-masing.

“Wakil isteri pertama mendakwa menerima arahan untuk membawa pulang jenazah mangsa ke Indonesia untuk dikebumikan selain lebih berhak terhadap jenazah itu.

“Bagaimanapun, bekas isteri kedua mangsa berusia 25 tahun membantah keputusan itu dan mendakwa urusan membawa pulang jenazah mengambil masa agak lama selain membabitkan kos tinggi,” katanya.

Berikutan itu, polis mengarahkan kedua-dua pihak berkenaan berbincang bagi mendapat kata putus mengenai cara untuk mengkebumikan jenazah berkenaan.

Sementara itu, pihak HP terpaksa menahan sementara mayat Muslam daripada dituntut mana-mana pihak hingga mereka membuat keputusan muktamad bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081217092514/Article/index_html

Makin ramai wanita dijangkiti HIV


SUBANG JAYA: Kehidupan sosial dengan melakukan hubungan seks bebas antara faktor peningkatan mendadak wanita di negara ini dijangkiti HIV apabila Kementerian Kesihatan mengesan peningkatan kes sebanyak 16.3 peratus tahun lalu berbanding hanya 5.2 peratus pada 1997.

Peningkatan mendadak kes jangkitan HIV di kalangan wanita itu membimbangkan kementerian apabila statistik menunjukkan antara 2003 hingga tahun lalu seramai 75 peratus wanita dijangkiti HIV berusia antara 20 hingga 39 tahun dan kebanyakannya belum berkahwin.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata secara purata, wanita dijangkiti HIV sehingga kini melebihi 12,800 orang dengan 60 peratus daripada jumlah itu ialah wanita sudah berkahwin manakala 40 peratus lagi mereka adalah suri rumah.

Beliau mengarahkan kementerian menubuhkan jawatankuasa bertindak khas bagi mencari jalan supaya wanita di negara ini dilindungi dari virus HIV kerana ada kemungkinan mereka ini dijangkiti virus itu melalui suami dan sebagainya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081217092935/Article/index_html

Demam denggi: Tiga meninggal dalam tempoh seminggu


KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,273 kes demam denggi dengan tiga kematian dilaporkan dalam tempoh seminggu bermula 30 November hingga 6 Disember ini.

Ia menjadikan ia jumlah tertinggi kes dilaporkan dalam seminggu bagi tahun ini.

Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 640 kes diikuti Johor (102), Kedah (65), Sarawak (50), Pahang (42), Kelantan (31), Sabah (23), Perlis (13) dan Putrajaya (13), kata Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman.

Jumlah kes terkumpul bagi 2008 adalah 44,494 dengan 98 kematian, katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.


“Peningkatan kes denggi ini disebabkan kurangnya pembabitan masyarakat. Hujan turut menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes.


“Ini berikutan 81 peratus daripada 969 premis yang didapati positif adalah premis kediaman,” katanya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081217093659/Article/index_html

Tanam 150 susuk berlian pikat VIP


Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Persaingan sengit untuk mengejar pelanggan VIP mendorong segelintir pelayan pelanggan (GRO) sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk kelihatan cantik luar biasa dengan memasang susuk berlian di seluruh anggota badan, termasuk kemaluan.

Mereka sanggup mengetepikan ajaran Islam yang melarang amalan terbabit semata-mata bimbang pelanggan tetap beralih kepada GRO lain yang lebih jelita dan menggoda.

Perbuatan memasang susuk itu didedahkan seorang bekas GRO dikenali sebagai Nita, 20, kepada wartawan Harian Metro yang melakukan siasatan mengenai amalan susuk di kalangan wanita, apatah lagi GRO.

Nita mendakwa memasang lebih 150 susuk berlian pada seluruh anggota badan, termasuk 30 susuk berlian di muka dan kemaluan untuk hidup dalam dunia GRO yang serba mewah.

Katanya, dia hidup mewah dengan wang simpanan lebih RM200,000 apabila sering menjadi buruan golongan VIP yang tertipu dengan kecantikan dan layanan istimewanya.


“Saya bekerja sebagai kakitangan di sebuah bank dan disebabkan mahu mencari wang tambahan, saya membuat kerja separuh masa sebagai GRO di kelab malam di ibu kota.

“Persaingan dengan GRO lain yang muda, menggoda dan jelita menyebabkan saya cuba mencari jalan supaya sentiasa laku serta tidak putus-putus mendapat pelanggan.

“Selepas dipengaruhi beberapa rakan yang memasang susuk berlian, saya mengikut jejak mereka untuk kelihatan cantik,” katanya.

Nita berkata, dia memasang susuk berlian berharga RM150 sebiji secara berperingkat dengan seorang bomoh susuk di Chow Kit sejak berusia 18 tahun hasil kerja sebagai GRO.

Mulanya dia takut, tetapi kerana terdesak mahu mendapat pelanggan kaya, semua halangan tidak diendahkan.

“Hidup saya dilimpahi kemewahan ketika menjadi GRO dengan upah mencecah RM3,000 sekali melayan pelanggan. Saya turut dilayan seperti VIP jika berada bersama mereka,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dua tahun terjebak menjadi GRO, dia terlantar hampir seminggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta akibat sakit teruk dipercayai terkena ilmu hitam.

Dia sakit teruk yang tidak dapat diketahui punca selepas melayan seorang VIP.

“Selepas sihat, ada beberapa peristiwa berlaku menyebabkan saya insaf dengan dosa yang dilakukan lalu mengambil keputusan tidak menjadi GRO lagi.

“Saya mencari bomoh terbabit bagi mengeluarkan semula susuk berlian yang dipasangnya, tetapi dia enggan berbuat demikian,” katanya.

Lantaran itu Nita berjumpa seorang ustaz yang diperkenalkan seorang rakan.

“Saya tidak mahu mati dalam keadaan memakai susuk walaupun ada mendakwa tidak mungkin ada bomoh lain dapat mengeluarkannya kecuali bomoh yang memasangnya.

“Namun, dengan izin Allah selepas hampir enam jam, semua susuk berlian dikeluarkan ustaz berkenaan,” katanya.

Nita berkata, dia bersyukur kerana sedar perbuatan memakai susuk hanya membawa keburukan pada diri sendiri.

“Bayangkan, saya sanggup memasang lebih 30 susuk berlian di kemaluan semata-mata bagi membuatkan pelanggan saya ‘angau’ dan tidak melupakan saya selepas kami melakukan hubungan seks,” katanya.

Sementara itu, ustaz terbabit yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, berkata dia mengubati Nita selepas bomoh yang memasukkan susuk berlian kepadanya enggan mengeluarkannya kerana berpendapat susuk berlian halal sehingga mendakwa pemakainya boleh menunaikan haji.

“Selepas mengubatinya dan membaca ayat suci al-Quran, ratusan susuk berlian yang dipasang berjaya dikeluarkan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20081217083543/Article

Kuih bakar


Minyak tidak diserap makanan dicipta


SUHAILA (kiri) dan rakan setugas, Rosalina Tan Roslan Tan menunjukkan minyak Addex
di UPM, Serdang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan sejenis minyak yang apabila dicampurkan ke dalam minyak masak dapat menghalang minyak meresap ke dalam makanan terutamanya yang digoreng.

Menurut Profesor Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, minyak yang dinamakan Addex itu terdiri daripada formulasi khas biophenol daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan.

"Hasil penemuan ini, berupaya bertindak sebagai perencat serapan minyak yang pertama di dunia serta sebagai antioksidan lemak semula jadi sehingga 85 peratus terhadap makanan.

"Ia juga mempunyai nilai untuk kesihatan lain seperti menghalang tekanan darah tinggi, antialah, antikejang otot, antikuman, antibengkak dan antikanser," katanya kepada Kosmo! selepas majlis promosi hasil penyelidikan UPM di sini semalam.

Suhaila memberitahu, minyak Addex ini juga dapat mengurangkan kegemukan dan memperlambatkan proses penuaan.

Selain itu, ia juga mampu meningkatkan rasa, kerangupan dan kualiti sesuatu makanan yang di goreng.

Pada masa yang sama, terdapat satu lagi produk lain yang diperkenalkan semalam iaitu 'Imbasan Optikal Berbilang Pancaran'.

Menurut penciptanya, Prof. Madya Dr. Ishak Aris dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, produk itu boleh digunakan untuk sistem laser yang melakukan aktiviti industri seperti pemotongan, penandaan, melorek dan pengimpalan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Remaja diarah ke sekolah pemulihan akhlak


REMAJA yang terlibat dalam kes culik ketika di Mahkamah Majistret Kuantan semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang terlibat dalam satu kes penculikan bayi di Galing Besar dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak di Sekolah Tunas Bakti Jerantut selama tiga tahun.

Remaja itu juga perlu menjalani pengawasan selama setahun selepas tamat menjalani hukuman di sekolah tersebut.

Keputusan itu dibacakan oleh Majistret Nordiana Abd. Aziz setelah remaja tersebut mengaku bersalah ketika pertuduhan pertama dibacakan pada 4 November lalu.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh Mohd. Sabri Mat Amin, 18, dan kakaknya, Shafuan, 30, masih kekal mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Penolong Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin berkata, keputusan mahkamah terhadap remaja itu dibuat mengikut Seksyen 91 (1) (f) Akta Kanak-Kanak 2001.



KERATAN Kosmo! 31 Oktober.
--------------------------------------------------------------------------------


Terdahulu, katanya, ibu remaja berkenaan mengemukakan rayuan meminta supaya anaknya tidak dihantar ke sekolah berkenaan, namun mahkamah menolak rayuan tersebut.

Sementara itu, tarikh perbicaraan bagi kedua-dua tertuduh yang mengaku tidak bersalah ditetapkan pada 26 Februari depan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Pengendali pelaburan bukan 'Datuk'


KERATAN Kosmo! semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


IPOH - Siasatan polis mendapati dakwaan pengendali skim pelaburan 'alam bunian Puteri Jasnita' yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, lelaki itu sebenarnya cuma orang biasa berusia 50-an yang berasal dari Kulim, Kedah.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki berkenaan telah menjadikan Selama kira-kira 130 kilometer dari sini sebagai pusat operasi skim pelaburan 'alam bunian' itu yang kini sudah menjalar hingga ke Pulau Pinang dan Kedah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Masih mencari identiti diri

Pengkid, lesbian dan yang seangkatannya memang jelas haram di sisi Islam. Namun, mengapa ia masih berlaku walaupun pihak-pihak yang berkaitan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah?


GEJALA pengkid yang semakin menular dalam kalangan remaja boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


ISU pengkid, lesbian, gay, pondan dan sebagainya sudah lama membelenggu masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi banyak lagi negara di seluruh dunia.

Walaupun ada sesetengah pihak berpendapat ia bukanlah satu isu yang besar, tetapi hakikatnya perkara ini mampu mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara. Apatah lagi jika negara itu mempunyai populasi penduduk yang ramai menganut agama Islam.

Kesemua perkara yang disebut di atas memang jelas haram di sisi Islam. Namun, mengapa ia masih berlaku walaupun pihak-pihak yang berkaitan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah?

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah pun mengharamkan perbuatan pengkid setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah golongan pengkid juga tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

Malangnya, fatwa yang dikeluarkan itu langsung tidak dihiraukan golongan berkenaan. Malah, mereka seolah-olah menganggap ia hanyalah perbuatan sia-sia belaka hingga sanggup memperlekehkan fatwa tersebut kerana mereka tetap tidak mahu berubah.

Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini. Menurutnya pengkid, lesbian dan yang seangkatan dengannya adalah satu peringkat dalam kehidupan manusia yang mencari-cari identiti sendiri.

"Jadi, dalam pencarian kehidupan itu, mereka sebenarnya telah tersasar dan tersalah memilih jalan yang tidak sepatutnya dilalui. Bagi saya, mereka juga sama seperti insan lain di dunia ini. Cuma jalan yang dipilih berbeza dengan kebanyakan manusia lain.



AFDLIN SHAUKI
--------------------------------------------------------------------------------

"Seharusnya semua orang patut percaya bahawa bukan semua yang berlaku akan berkekalan seperti yang kita kehendaki. Mungkin untuk seketika kita akan bahagia, tetapi dalam lembaran kehidupan yang lain, sebaliknya akan berlaku.

"Justeru apa yang penting, jika tahap keimanan kita begitu kuat pada Yang Maha Pencipta, saya yakin seseorang manusia akan bertemu dengan apa yang dicari dalam kehidupannya. Dalam pencarian siapa diri kita sebenarnya, manusia sepatutnya mendekatkan diri dengan agama kerana melalui cara itu kita boleh mengenal diri," ungkap Afdlin penuh makna.

Di samping itu, Afdlin berkata, keputusan untuk menjadi pengkid dan sebagainya adalah pilihan peribadi mereka. Oleh itu, pilihan peribadi itulah yang harus dikaji semula sedalam-dalamnya.

"Dalam hal ini, individu yang berada di sekeliling merekalah yang boleh membantu dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Tetapi ia bukan satu tugas mudah dan sebagai artis yang menjadi perhatian umum, adalah menjadi tanggungjawab saya menjadi contoh terbaik dan tidak melakukan perkara negatif yang boleh menjadi ikutan masyarakat."

Sementara itu, pendakwah bebas dan pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali berkata, dalam usaha menarik golongan sedemikian berubah ke arah kebaikan, ia perlu dilakukan secara berhemah dan beransur-ansur.

"Sebagaimana perubahan ke arah menjadi pengkid juga secara beransur-ansur, maka begitu juga sebaliknya. Sebagai masyarakat yang berilmu, kita perlu menggunakan pendekatan berhikmah dalam membimbing individu sebegini.

"Tidak dinafikan ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting ke arah pembentukan peribadi diri anak-anak. Jadi, mulakan didikan sedari kecil dan jangan bersikap sambil lewa dalam mendidik anak-anak," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai isu ini.



PROF. MD. IZUDDIN ALI
--------------------------------------------------------------------------------

Prof Izudin menyatakan peluang untuk berubah sentiasa ada.

"Jangan sesekali berputus asa terhadap rahmat Allah s.w.t kerana ia terlalu luas. Walau sebesar mana pun dosa seseorang anak Adam itu, tetapi jika mereka telah bertaubat sepenuh hati, nescaya akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

"Kedua, cuba dapatkan persekitaran yang positif untuk menggalakkan perubahan dalam diri. Selain itu, untuk berubah sepenuhnya ia mungkin tidak dapat dilakukan seratus peratus, tetapi cuba perlahan-lahan.

"Paling utama, kawal naluri dan nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan. Jangan mencari jalan penyelesaian dengan cara bermasalah seperti membunuh diri dan sebagainya. Tetapi berbincang dan luahkan perasaan pada insan tertentu yang boleh memahaminya," jelasnya lagi.

Bagaimanapun, apabila menyentuh aspek perubahan yang diharapkan di kalangan pengkid, tiada apa yang boleh dilakukan kerana pokok pangkalnya bermula daripada hati masing-masing.

Mungkin sesetengah pihak boleh berdakwah dengan cara berhikmah, tetapi jika tiada kesedaran sendiri di hati mereka, tiada maknanya semua itu. Oleh itu, tepuk dada tanyalah iman, bukan tanya selera. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Kisah cinta tanpa noktah - Pengkid


Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Lisa menyulam rasa cinta bersama seorang pengkid, Eddy hampir lima tahun. Namun akhirnya dia menyedari percintaan yang disemai tidak kemana. Apa kesudahan perjalanan cinta dua wanita ini?


--------------------------------------------------------------------------------


SEMUANYA bermula setelah dia menjejakkan kaki ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di salah sebuah negeri di selatan tanah air.

Perkenalan dengan rakan sekolej, Eddy, 23, yang berperwatakan seperti lelaki pada awalnya hanyalah perkenalan biasa. Tetapi lama-kelamaan Lisa, 23, menyedari ada kelainan dalam layanan Eddy terhadap dirinya.

Walaupun pada mulanya Lisa agak kekok dan berang dengan perlakuan yang ditunjukkan Eddy, namun akhirnya dia akur dan mengakui perasaan sayang yang mula berputik di hatinya.

"Memang saya cuba sedaya-upaya untuk mengelak daripada menyayangi kaum sejenis seperti Eddy. Apatah lagi mengetahui ia adalah satu dosa besar dan haram di sisi Islam. Bagaimanapun, saya tidak dapat menahan diri untuk mengharapkan belaian dan kasih sayangnya.

"Eddy begitu istimewa. Cara, layanan, sikap dan perbuatannya sentiasa menggembirakan hati saya. Apabila bersama Eddy, saya rasa begitu selesa dan dihargai. Mungkin kerana dia juga perempuan, maka dia amat memahami perasaan saya.

"Sejak itu, kami menjadi pasangan yang begitu romantis. Contohnya jika saya ke bilik air untuk mencuci baju, dia akan menemani saya sambil kami berbual-bual mesra. Waktu itu, saya rasa sayalah insan paling gembira di dunia ini," ujar Lisa mengimbau semula momen hitam dalam hidupnya.

Apa yang pasti, Lisa turut berdepan dengan lelaki yang sering membawa masalah dan menjadikan perempuan sebagai mangsa. Ini membuatkan hati wanitanya tertutup untuk menerima kehadiran lelaki.

"Boleh dikatakan persekitaran saya terdedah kepada situasi sedemikian. Ayah contoh paling terdekat menyebabkan saya benci pada lelaki kerana menghancurkan perasaan ibu selain sepupu saya yang dipermainkan suami," terang Lisa dalam nada geram.

Cuma, Lisa amat bersyukur kerana keterlanjurannya bercinta dengan pengkid masih boleh diperbaiki. Peristiwa dia terasa dipermainkan oleh teman pengkidnya yang dikatakan mempunyai pasangan lain, menyebabkan Lisa cemburu dan marah.

Lantaran mahu menyakitkan hati Eddy pula, dia menerima lamaran seorang lelaki yang telah lama menyimpan perasaan padanya meskipun lelaki itu mengetahui bahawa dia berpasangan dengan pengkid.



TIADA asas agama yang kukuh turut menyumbang menularnya gejala pengkid di negara ini. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


Tambahan pula, dia menganggap itu adalah jalan terbaik untuk membalas dendam di atas perbuatan Eddy yang menduakan dirinya.

"Dalam tempoh empat bulan pertama perkahwinan, saya sebenarnya masih tidak boleh menerima suami sepenuh hati. Ini kerana apa yang saya lakukan semata-mata hanya untuk membangkitkan kemarahan Eddy. Memang dia begitu tertekan dan sedih apabila melihat saya berkahwin. Jika tidak mana mungkin dia sanggup memujuk saya untuk lari pada malam perkahwinan saya.

"Kalau diturutkan hati, mahu saja saya lari bersama Eddy kerana perasaan sayang masih berbekas di hati. Tetapi apabila memikirkan persiapan yang telah dibuat dan mengenangkan ibu yang bakal menanggung malu jika ia berlaku, saya tahan diri untuk mengikutnya.

"Alhamdulillah, suami berjaya melembutkan hati saya untuk menerimanya sepenuh hati.

"Setelah merenung jauh dan bermuhasabah diri, saya nekad untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang pada suami yang sanggup menerima saya seadanya. Kini, hidup saya lebih bermakna apabila kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Perasaan apabila bergelar ibu sungguh indah. Kehidupan saya sebagai seorang wanita di dunia ini seperti sudah lengkap," ujar Lisa yang menjalin percintaan dengan Eddy selama lima tahun.

Lisa sempat menitipkan pesanan kepada golongan berkenaan agar membuka pintu hati untuk berubah. Semuanya perlu bermula dari dalam diri.

"Ingatlah bahawa apa yang dilakukan ini tak ke mana. Ia hanyalah sekadar keseronokan duniawi semata-mata. Kuatkan hati dan tabahkan diri untuk berubah kerana ia bukan satu perkara mudah. Sekali anda melangkah untuk berubah, seribu dugaan akan datang melanda. Tapi percayalah, Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar."



LISA kini bahagia dengan insan bergelar suami dan anak dalam kehidupannya. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


Langkah masih jauh buat Zen, 25, seorang pengkid yang dalam proses berubah untuk menjadi wanita sejati.

Pengalaman selama bertahun-tahun berpasangan dengan kekasih wanitanya menyebabkan Zen begitu sukar mengikis perasaan sayang pada kaum sejantinanya itu.

Meskipun Zen mengakui dia sudah tidak melakukan perkara terkutuk bersama pasangannya itu, tetapi mereka masih lagi tinggal bersama.

"Memang saya cuba untuk berubah. Tetapi ia tidak dapat berlaku dalam masa yang singkat. Saya melakukannya secara perlahan-lahan. Tetapi saya tidak boleh menipu diri bahawa perasaan cinta dan sayang masih penuh di hati. Malah, saya rasa amat cemburu apabila melihat dia bermesra dengan teman lelakinya.

"Justeru, saya cuba mendekatkan diri dengan Tuhan dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Tidak dinafikan ia memberi kesan positif untuk saya tegar menghadapi dugaan ini. Namun, dalam masa yang sama fikiran saya masih tertumpu padanya.

"Tidak terkecuali, saya turut berfikir jika saya sudah berubah sepenuhnya menjadi wanita sejati, adakah insan bergelar lelaki yang sanggup menerima diri saya seadanya. Adakah dia sanggup mengambil saya sebagai isteri jika mengetahui kisah silam saya?

"Apa pun saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang pasti, niat saya untuk berubah akan diberkati dan saya bertekad untuk membasuh palitan lumpur dalam kanvas kehidupan saya ini," tutur Zen yang mula menjadi pengkid sejak berusia 13 tahun.



SAMPAI bila keseronokan bergelar pengkid akan dikecapi? – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


Pengkid adalah hidup saya

BERLAINAN dengan Lisa dan Zen, seorang lagi pengkid yang ditemui, Im tidak peduli dengan apa yang diperkatakan orang mengenai dirinya.

Malah, dia bangga dikenali sebagai pengkid dan mempunyai pasangan yang juga kaum sejenisnya. Apa yang penting dia bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya meskipun tahu ia bergelumang dosa dan noda.

“Terus-terang saya katakan, tiada langsung hasrat di hati untuk berubah menjadi wanita sejati. Saya gembira begini. Saya percaya ramai lagi berfikiran seperti saya. Dosa saya sendiri yang tanggung. Jadi biarkanlah saya begini.

“Mungkin saya dilahirkan memang untuk menjadi pengkid. Naluri saya langsung tiada pada lelaki yang hanya tahu mengecewakan dan menghancurkan hati perempuan.



PENGKID seperti ini sudah lama membuang jauh keinginan untuk berubah menjadi wanita sejati. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Seolah-olah kami ini sampah yang tidak berharga,” jelas Im meluahkan perasaan di hatinya.

Tambah Im lagi, sejak di bangku sekolah dia telah mula mengadakan hubungan sejenis dengan rakannya. Justeru, setelah berbelas tahun hidup dalam keadaan sedemikian, pintu hatinya seolah-olah sudah terkunci untuk berubah kepada fitrah asalnya.

“Entahlah, saya pun tak tahu mengapa ini boleh berlaku. Benda sudah terjadi. Saya tidak mampu berundur semula. Tambahan pula keluarga telah membuang saya apabila mengetahui saya menjadi pengkid. Sudah ditakdirkan saya menjadi pengkid mungkin untuk selama-lamanya,” kata Im yang bersusuk tubuh kecil tetapi tegap.

Tidakkah dia teringin mempunyai kehidupan seperti wanita lain yang mempunyai suami dan anak-anak sebagai pelengkap kehidupan? “Buat apa saya nak cari nahas berkahwin dan mempunyai anak sedangkan saya tahu naluri saya langsung tiada pada lelaki.

“Seperkara lagi, saya tak mahu menyusahkan hidup dengan berkahwin dan terikat dengan lelaki yang mungkin akan membuang saya apabila sudah tidak diperlukan lagi. Banyak kes-kes sedemikian yang dipaparkan di akhbar. Justeru, untuk apa saya berbuat demikian.”

Bagaimanapun, jauh di sudut hati Im, dia tidak menolak seandainya satu hari nanti, pintu hatinya terbuka untuk berubah melalui hidayah yang diberikan Allah. Namun, dia tidak pasti bila perkara itu akan berlaku.

“Biarlah Tuhan yang menentukan segalanya. Terlalu besar dosa yang telah saya lakukan. Tetapi buat masa ini, pengkid adalah hidup saya. Tiada siapa yang boleh menafikannya,” tegas ucapan Im mengenai dirinya yang tersasar jauh dari landasan sebenar sebuah kehidupan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Petrol, diesel turun 10 sen lagi


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, harga petrol RON97 akan dikurangkan kepada RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan kepada RM1.70 seliter daripada RM1.80 seliter.

Harga diesel akan dikurangkan kepada RM1.70 seliter daripada RM1.80 seliter, kata beliau. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

ASN agih pendapatan 7 sen seunit ASB


AHMAD SARJI (kiri) dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Che Othman menunjukkan nilai agihan pendapatan dan bonus untuk seunit ASNB di Kuala Lumpur.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) semalam mengisytiharkan agihan pendapatan 7 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2008.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus sebanyak 1.75 sen seunit.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bahagian agihan pendapatan itu akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM4.22 bilion, hampir sama dengan peruntukan yang dibuat bagi agihan pendapatan ASB tahun lepas.

Bahagian bonus itu akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM678.03 juta oleh PNB, kata beliau kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Ayah Pin muncul pada Aidiladha


Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
haradian_shah@yahoo.com

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Kerajaan Langit, Ayah Pin yang kini menjadi buruan pihak berkuasa didakwa dilihat berada di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Hulu Besut, minggu lalu.

Menurut maklumat, Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 68, dikatakan bersama-sama para pengikutnya melakukan upacara korban dua ekor lembu semasa Hari Raya Aidiladha.

Paling menghairankan, semasa upacara itu dia turut melakukan amalan pelik apabila 'menyembelih' pada bahagian ekor haiwan itu terlebih dahulu dan bukan pada leher seperti kebiasaan.

Kosmo! dimaklumkan lelaki berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu sebenarnya memang bersembunyi di kawasan sekitar perkampungan tersebut yang kini didiami tiga isteri dan para pengikutnya.

Pendedahan mengenai perkara itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi, Ramlan Ali ketika dihubungi semalam.

Menurut Ramlan, beliau tahu perkara itu kerana kawasan diwakilinya terletak berdekatan dengan tempat tinggal kumpulan tersebut.

"Ayah Pin berada di situ untuk melakukan korban baru-baru ini. Dia memang ada di perkampungan itu tapi pejabat agama dan polis gagal mengesannya kerana dia bersembunyi.

"Dia ada ramai anak murid (pengikut) di situ yang boleh membantunya bersembunyi di kawasan belukar," jelasnya.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan dakwaan mengenai pengasas Kerajaan Langit itu yang menghilangkan diri pada tahun 2005, dilihat berada di perkampungan berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

'Datuk' marah tembelang pecah

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my




MESEJ khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh 'Datuk' kepada ahli-ahli yang belot.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Kamu semua adalah pembelot kerana mendedahkan kegiatan pelaburan alam bunian."

Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada 'Datuk' yang marah kepada salah seorang daripada 10 ahli pelaburan bunian berikutan pendedahan yang dibuat kepada Kosmo! sejak dua hari lalu.

Helmi (bukan nama sebenar) bukan sahaja dituduh pembelot, malah difitnah sehingga menimbulkan kebencian kepada pelabur-pelabur lain.

"Sekarang ramai pelabur lain yang marah kepada kami kerana mereka mengatakan kami yang menyebabkan 'perniagaan' yang dijalankan 'Datuk' gagal dan pelaburan mereka hangus," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Helmi mendakwa, semuanya angkara 'Datuk' yang sengaja membuat cerita kepada pelabur lain mengatakan dia dan rakan-rakannya bercadang untuk mencederakannya serta mengugut supaya mengembalikan wang mereka semula.

"Kami tidak pernah melakukan perkara tersebut, sebaliknya membuat laporan polis dan mendedahkannya di media supaya orang ramai tidak lagi terpedaya dengan tipu muslihat lelaki tersebut yang memang pandai berpura-pura.

"Apa yang kami lakukan sangat berasas setelah menyedari kami ditipu sepanjang empat tahun bersamanya dan kami tidak mahu orang lain menjadi mangsa terutama mereka yang baru hendak mencuba pelaburan dengannya," ujarnya.



HELMI (kanan) menunjukkan penyata pelaburan alam buniannya kepada wartawan Kosmo! pada pertemuan di Sungai Buloh semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Semalam dan kelmarin Kosmo! membongkar kegiatan seorang lelaki yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk', telah memperdaya orang ramai untuk menyertai skim pelaburan 'alam bunian Puteri Jasnita' yang kononnya mampu memberi pulangan jutaan ringgit kepada pelaburnya.

Lelaki itu dikatakan bergiat aktif mencari mangsa sejak lima tahun lalu di beberapa buah negeri seperti Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Skim itu juga dikatakan menawarkan 'faedah sesat' kepada pelabur iaitu tidak wajib solat, persetubuhan tanpa nikah jadi halal, haram pakai kopiah bagi lelaki dan wanita pula memadai memakai selendang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Tukang Urut dan Pelacur Gay

Sebagai sebuah negara Islam isu khidmat tukang urut dan pelacur gay ini sangat menjengkelkan dan memalukan.



SEMUA agama di dunia tidak membenarkan dan memandang rendah terhadap golongan yang mengamalkan kehidupan songsang ini. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

Kegusaran dan kegelisahan terhadap isu khidmat tukang urut dan pelacur gay menjadi semakin panas dan hangat diperkatakan di kebanyakan media massa, baik media cetak mahupun media elektronik.

Isu yang menarik tumpuan dan perhatian ramai pihak ini mencetuskan pelbagai reaksi, baik yang mengambil langkah membanteras dan ada juga pihak yang tidak mengambil endah terhadap isu ini dan menganggap isu ini suatu agenda yang sengaja dimainkan di media untuk mendapat keuntungan.

Biarpun pelbagai respons dan reaksi yang diberikan namun realitinya harus diterima semua pihak bahawa isu gay ini telah menular di kalangan masyarakat kita.

Golongan yang dilabelkan sebagai cuba lari daripada fitrah semula jadi manusia ini telah wujud sejak zaman Nabi Luth. Golongan ini dikatakan meminati kaum sejenis sehingga membawa kepada kemungkaran Allah dan dibinasakan atas perbuatan mereka sendiri.

Tentunya kita takut untuk melihat kemaslahatan yang sama terjadi pada masyarakat kita pada hari ini. Golongan gay yang tidak ubah seperti 'cendawan yang tumbuh lepas hujan' memberi implikasi yang amat jelas kepada negara kita.

Penyakit HIV/AIDS yang semakin serius di negara kita merupakan implikasi yang menyerang golongan yang mengamal kehidupan songsang ini.

Penyakit bawaan virus ini merupakan mimpi ngeri yang menghantui golongan belia ketika ini. AIDS kini adalah satu wabak pandemik dengan lebih 30 juta orang telah dijangkiti HIV di seluruh dunia.

Lebih 2 juta daripadanya maut akibat AIDS. Mengikut catatan rekod kes HIV/AIDS yang diterima Pusat Sumber Majlis AIDS Malaysia, golongan lelaki sentiasa merangkumi peratusan utama jangkitan HIV (lebih 80 peratus) dan penghidap AIDS sejak 1986 sehinggalah rekod terbaru enam bulan pertama 2008.

Selain menularnya wabak penyakit ini, tanpa kita sedari isu 'khidmat tukang urut dan pelacur gay' ini memberi impak yang negatif kepada imej negara sebagai sebuah negara Islam. Laungan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri kita sedikit sebanyak mendapat tempiasnya.

Sebagai sebuah negara Islam isu sebegini sangat menjengkelkan dan memalukan lebih-lebih lagi isu ini dikatakan agak parah melanda negara.

Kelicikan sindiket yang berjaya mengaburi mata pihak berkuasa menjadi salah satu pemangkin kepada berleluasanya aktiviti golongan gay ini.

Sikap mendiskriminasi golongan ini dan mengasingkan mereka dari lapisan masyarakat bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Biarpun apa yang mereka lakukan di luar norma kehidupan manusia namun sebagai manusia yang mampu berfikir secara relevan dan kritis tindakan sebegini tidak mampu membuahkan hasil malah apa yang jelas menjadi luka yang bertambah parah. Selain itu, apa yang menyedihkan akan sikap segelintir pihak yang duduk menunding jari sahaja tanpa memikirkan solusi yang harus diambil untuk sama-sama membanteras isu ini. Sikap menunding jari ini harus dibuang terlebih dahulu dalam diri setiap masyarakat agar isu 'khidmat tukang urut dan pelacur gay' ini tidak lagi terus menghantui kita.

Sesungguhnya manusia diciptakan berpasang-pasangan, Adam dan Hawa. Perempuan memerlukan lelaki dan lelaki memerlukan perempuan untuk mengimbangi kehidupan di dunia ini.

Apa yang jelas semua agama tidak membenarkan dan memandang rendah terhadap golongan yang mengamalkan kehidupan songsang ini.

Tuntasnya 'khidmat tukang urut dan pelacur gay' ini merupakan penyakit jiwa yang harus dilihat dari pelbagai perspektif.

Mari kita renung-renungkan dan berpegang dengan prinsip 'satu betul tak semuanya betul, tetapi satu salah semuanya salah' agar kita sedar bahawa penyakit sosial yang menyerang dan melanda negara kita adalah tanggungjawab kita bersama. Andai permasalahan ini berjaya kita hadapi bersama, tidak mustahil sebarang masalah yang bakal kita hadapi pada masa akan datang akan dapat kita bendung dengan mudah. Ingat 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_01.htm

Membongkar feqah wanita


Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com


Seharusnya sosok perempuan dikembalikan pada mereka sebagai sosok yang dinamik, sopan dan terjaga akhlaknya.
--------------------------------------------------------------------------------


DALAM kitab-kitab lama dan buku-buku mengenai perempuan, kita dengan mudah akan menemui pandangan-pandangan stereotaip mengenai perempuan seperti, "Pekerjaan seorang wanita yang asasi dan sesuai dengan nalurinya adalah berada di rumah, iaitu mendidik anak-anak dan melayani suami.

Hal ini bukanlah pekerjaan yang mudah dan hina, tetapi merupakan pekerjaan yang teramat mulia, tanggungjawab yang berat dan pekerjaan yang luhur.

Suatu hal yang sangat membahaya yang dilakukan dalam budaya moden ini adalah berpalingnya seorang perempuan dari rumahnya dan anak-anak.

Ia sibuk bersama kaum lelaki di lapangan pekerjaan. Kutipan ini berasal dari sebuah buku bertajuk Problematika Muslimah di Era Globalisasi, yang ditulis oleh Dr. Ahmad Muhammad Jamal.

Kutipan ini memberi gambaran tipikal citra hubungan lelaki-perempuan dalam masyarakat tradisional Islam, di mana perempuan selalu ditekankan sebagai penenang hati suami, sebagai ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anak dan menjaga harta benda suami serta membina etika keluarga.

Apakah ini memang citra perempuan Muslim-seperti yang dihuraikan dalam hampir semua kitab-kitab feqah, misalnya dalam bab nikah iaitu mendidik anak-nak dan melayani si suami? Nampaknya feqah memang menuliskan berbagai masalahnya berkaitan dengan perempuan ini dengan pandangan-pandangan stereotaip seperti itu.

Barangkali inilah yang menjadi agenda buku Rekonstruksi Fiqh Perempuan dalam Peradaban Masyarakat Moden, yang disunting oleh M. Hajar Dewantoro dan Asmawi yang menginginkan adanya perubahan pada teks feqah konvensional yang dianggap 'membelenggu' kaum wanita dalam mengembangkan peranannya dalam masyarakat moden.

Buku ini menegaskan bahawa apabila sosok perempuan yang tampil dalam kitab-kitab feqah dihadapkan pada realiti masa kini, maka yang terjadi adalah proses pembentukan stereotaip yang berangkat dari gagasan abstrak, umum dan statik.

Aplikasi feqah dalam rentang waktu yang panjang dan melampaui sosio-budaya di mana feqah diformulasikan, tanpa diikuti oleh analisis sosiologi yang mendalam akan menghilangkan keragaman sosok perempuan yang khas dan tidak mungkin digeneralisasikan.

Ini menunjukkan upaya untuk mempertahankan feqah klasik tanpa menimbangkan perubahan zaman, tingkat pendidikan dan konsep kesetaraan masyarakat telah menafikan perempuan sebagai makhluk yang berkembang dan berubah sebagaimana lelaki.

Kecerdasan untuk mempertahankan feqah klasik dengan menekankan kedudukan stereotaipnya telah membawa kejumudan pemikiran Islam terhadap masalah kaum perempuan, yang dari masa ke semasa selalu dibentuk hanya untuk kepentingan di luar dirinya.

Sudah waktunya diadakan rekonstruksi atau pembongkaran terhadap konsep-konsep Islam yang lebih memberi peluang pada perempuan untuk hadir sebagai sosok yang dinamik dan bermanfaat bagi agama dan masyarakat. Seharusnya sosok perempuan dikembalikan pada perempuan pada masa Rasulullah saw, yang sering dilupakan dalam feqah, sebagai sosok yang dinamik, sopan dan terjaga akhlaknya.

Masalah mendasar yang berkaitan erat dengan masalah perempuan adalah berkembangnya budaya 'patriarki' (mementingkan lelaki) dalam masyarakat kontemporari, yang dalam kadar tertentu, selaras dengan latar budaya kebanyakan dari kitab-kitab feqah klasik. Sementara itu, modernisasi telah memberi peluang pendidikan yang sama antara lelaki dan perempuan yang kemudiannya menumbuh kesedaran baru tentang hak dan kewajipan mereka sebagai seorang manusia.

Di saat mereka mencuba untuk membongkar halangan-halangan budaya terhadap perempuan, di saat itu pula bias-bias budaya dalam kitab-kitab feqah akan kelihatan.



PERLU ada perubahan pada teks feqah konvensional yang dianggap ‘membelenggu’ wanita dalam mengembangkan peranannya dalam masyarakat moden. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


Tidak hairanlah bila terdapat di kalangan pemikir Islam mahupun tokoh-tokoh feminis Muslim terdesak untuk mengadakan kajian kritis terhadap kemungkinan merumuskan feqah alternatif yang mampu menjawab permasalahan kontemporari yang dihadapi kaum perempuan.

Dalam satu kajian yang menarik dan telah dibukukan bertajuk, Argumen Kesetaraan Gender: Perspektif Al-Quran, pengarangnya, Dr. Nasaruddin Umar cuba mengupasnya dari sudut analisa gender.

Dengan melihat berbagai budaya, alam, aspek psikologi dan juga teks al-Quran, Nasaruddin memberi peringatan pada kita untuk berhati-hati dalam memahami pertalian seksual dan pertalian gender.

Pertalian seksual adalah hubungan antara lelaki dan perempuan yang didasarkan pada tuntutan dan kategori biologis. Sedangkan pertalian gender adalah sebuah konsep dan realiti sosial yang berbeza di mana pembahagian kerja seksual tidak didasarkan pada pemahaman yang bersifat normatif serta kategori biologi melainkan pada kemahiran, keterampilan serta berdasarkan kesepakatan sosial.

Dengan demikian, konsep dan manifestasi dari pertalian gender lebih dinamik serta memiliki kelenturan dengan menimbangkan 'variabel' psiko-sosial yang berkembang. Berdasarkan pemahaman ini, mungkin saja seorang yang secara biologi dikategorikan sebagai perempuan, tetapi dari sudut gender, mungkin berperanan sebagai lelaki.

Sebagai contoh, seorang suami kerana suatu hal, memilih bekerja di rumah dan mengasuh anak, maka dari segi gender, dia telah mengambil peranan sebagai perempuan meskipun dari segi seksualnya adalah lelaki. Sebaliknya, si isteri dengan segala keterampilannya dan atas kesepakatan bersama lebih memilih bekerja mencari nafkah di luar rumah, maka dia telah berperanan sebagai lelaki. Menurut kajian Nasaruddin, sesungguhnya di dalam al-Quran, terdapat istilah-istilah yang harus dibezakan; yang satu menunjuk kategori seksual-biologi sedangkan istilah yang lain menunjuk pada konsep gender, namun hal ini sering dikaburkan!

Menurut Nasaruddin lagi, dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran, kita sering mencampuradukkan dua kategori yang jelas berbeza ini, bahkan cenderung mengindentitikan yang satu dengan yang lain.

Dalam soal kepimpinan dan tugas mencari nafkah, misalnya, jika al-Quran diperhadapkan dengan realiti kehidupan moden, maka sangat dimungkinkan munculnya berbagai penafsiran dan implementasinya.

Tidak ada kenyataan al-Quran mengenai soal jawatan Perdana Menteri, Menteri dan sebagainya kerana sewaktu al-Quran diwahyukan, dunia Arab ketika itu belum mengenal birokrasi serumit sekarang ini.

Dengan demikian, persoalan gender merupakan wilayah yang terbuka untuk ditafsirkan dengan menimbangkan konteks sosialnya.

Sekali lagi, perbezaan anatomi biologi lelaki dan perempuan memang cukup jelas. Kenyataan biologi yang membezakan dua jenis kelamin ini telah melahirkan dua teori besar yakni teori nature dan teori nurture.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm

Ramai rakyat AS ke pajak gadai


LOS ANGELES – Semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) bertindak menggadaikan barangan berharga milik mereka untuk menangung keperluan hidup.

Kemelesetan ekonomi yang menghimpit AS menyaksikan sektor pajak gadai semakin kukuh dan berkembang pesat terutamanya di kawasan elit Beverly Hills, California.

“Bank-bank tidak lagi memberi pinjaman menyebabkan orang ramai bertumpu ke tempat kami untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek dengan menggadaikan barangan mereka seperti berlian, jam tangan dan barang kemas lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Firma Beverly Loan Co, Jordan Tabach-Bank. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_12.htm

2009 tempoh sukar ekonomi dunia


MADRID - Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn semalam memberi amaran bahawa kegawatan ekonomi mungkin merebak ke seluruh dunia.

Bagaimanapun, Strauss-Kahn berkata, ekonomi dunia mungkin mula pulih pada lewat 2009 atau awal 2010 selepas menghadapi tahun yang sangat sukar.

"Keadaan ekonomi global akan terus merosot. Kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia kini berada di depan kita," katanya.

Menurutnya, perkembangan ekonomi yang semakin merosot di negara-negara maju seperti China tidak akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi di negara-negara membangun.

"Kita menghadapi penurunan pengeluaran yang tidak dijangka dan kita juga mempunyai bukti berhubung ketidakpastian yang mengehadkan keberkesanan beberapa dasar fiskal.

"Ekonomi dunia akan menghadapi tempoh yang sukar pada 2009 tetapi pada lewat 2009 atau awal 2010 keadaan akan mula pulih," katanya. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...