PUTRAJAYA - Isteri kedua Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary dan dua anak perempuannya hari ini gagal dalam rayuan mereka bagi menghalang anak lelaki hasil perkahwinan pertama Allahyarham menjadi pentadbir bersama harta pusaka berjumlah RM400 juta.
Hakim Datuk Wira Low Hop Bing yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan berkata keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak Syed Gamal sebagai pentadbir bersama harta pusaka ayahnya adalah tepat.
Beliau berkata, mahkamah berpendapat pertelingkahan antara Syed Gamal dan keluarga tiri iaitu Puan Sri Sofiah Moo Abdullah, 67, dan anaknya Puan Sri Sharifah Zarah, 42, serta Sharifah Munira, 44, bukan alasan yang wajar untuk menghalang Syed Gamal menjadi pentadbir bersama.
Low berkata, dakwaan Sofiah dan anaknya bahawa Syed Gamal tidak berpengetahuan dalam perniagaan bapanya serta beliau (Syed Gamal) gagal dalam perniagaan pakaian serta penjualan sebuah kereta Mercedes selepas itu, bukanlah alasan yang sah untuk menyingkirkan haknya untuk dipertimbangkan sebagai pentadbir bersama.
"Kejayaan dan kegagalan dalam hidup, perniagaan atau aktiviti lain adalah satu perkara yang subjektif. Kejayaan bukanlah sesuatu yang muktamad.
Kegagalan juga bukan suatu kecelakaan.
Apa yang penting ialah kegigihan untuk terus berusaha," katanya.
Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang mencapai keputusan sebulat suara bagi menolak rayuan Sofiah dan anaknya, serta mengekalkan perintah Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng pada 30 Julai lepas bahawa harta pusaka Allahyarham Syed Kechik hendaklah ditadbir secara bersama oleh isteri dan tiga anaknya.
"Pada pendapat kami, Seksyen 30 Akta Probate dan Pentadbiran 1959 memperuntukkan hak semua pihak yang berkepentingan untuk dilantik sebagai pentadbir harta pusaka si mati.
"Kami gagal mencari sebarang kesilapan yang dilakukan Pesuruhjaya Kehakiman itu dalam memutuskan untuk melantik semua perayu (Sofiah, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira) serta responden (Syed Gamal) sebagai pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham," katanya.
Panel itu turut memerintahkan Sofiah dan anaknya membayar kos guaman sebanyak RM40,000 kepada Syed Gamal.
Syed Gamal, 46, seorang pemilik kafe siber, merupakan anak lelaki tunggal Syed Kechik hasil perkahwinan Allahyarham dengan Zainab@Eshah Abdullah.
Kemelut perebutan harta pusaka keluarga itu bermula selepas kematian Syed Kechik ketika berusia 80 tahun pada 10 April 2009 tanpa meninggalkan wasiat.
Syed Kechik ialah bapa mertua pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang tersenarai antara orang terkaya di negara ini.
Pada 15 Sept 2009, Sofiah dan anaknya memfailkan petisyen memohon supaya mereka diberikan surat kuasa mentadbir harta pusaka Allahyarham.
Syed Gamal kemudian memfailkan permohonan kaveat pada 14 April 2009 bagi menghalang keluarga tirinya itu dilantik sebagai satu-satunya pentadbir harta pusaka Syed Kechik.- BERNAMA
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/8471.asp


"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja,"
Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).
“Ia bertujuan untuk mendapat perkenan memulangkan sementara darjah kebesaran tersebut sehingga kes saya selesai.

Ummi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.
Namun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar yang kini adalah ketua umum PKR.
Turut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz (kanan).
Ummi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil untuk menemuinya berhubung satu kes.
Exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.
“(Garis panduan itu ) tidak pratikal. Kalau semua diberhentikan, siapa yang akan mencari pekerjaan untuk mereka?” katanya.

“Setakat pengetahuan saya, tiada maklumat bahawa MCA membeli Da Ma Cai. Sudah tentu, ada spekulasi mengenai isu ini tetapi presiden MCA telah membuat penjelasan.
“Tetapi jika mereka cari pemilik baru, kita tak boleh halangmereka,” katanya kepada pemberita pada majlis kebajikan Pan Malaysian Pools sempenan tahun baru Cina di Kuala Lumpur pagi ini.

Projek mega yang dikendalikan oleh
Mengikut laporan audit PWC yang diarahkan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2009 bagi menyiasat skandal PKFZ, 
Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Ketua Biro Penerangannya, Datuk Reezal Merican dan setiausaha pergerakan itu, Megat Firdouz Megat Junid tiba pada jam 10.35 pagi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dengan beberapa ahli untuk menyerahkan surat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, katanya, 
Empat orang panel dijemput, masing-masing dua mewakili Pakatan Rakyat dan dua lagi mewakili BN.
GEORGETOWN, 13 Jan: 
Katanya, pasukan audit itu tidak seharusnya dijalankan oleh kerajaan sendiri tetapi harus merupakan audit bebas, seperti yang dimiliki oleh syarikat audit ternama.
"Ini bukan pertama kali KTMB menandatangani sesuatu yang boleh dipersoalkan. Mereka asyik mengulangi kesalahan sama dan ternyata silap.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan
Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.
“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.
Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut - ekoran