Monday, December 13, 2010

Reaksi Singapura terhadap WikiLeaks

SINGAPURA - Singapura semalam menyatakan laporan terbaru yang didedahkan WikiLeaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks.

"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya, George Yeo yang dipetik media tempatan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan para pemimpin di rantau ini.

Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan WikiLeaks semalam adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.

Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.

Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dikongsi oleh Australia dan Singapura mengenai kes Anwar.

Yeo turut dipetik berkata, sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Diplomat Singapura hina negara jiran


LAMAN web WikiLeaks menyiarkan gambar pengasasnya, Julian Assange di skrin sebuah komputer pada 4 Disember lalu di Lausanne, Switzerland.


SINGAPURA - Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.

Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.

"Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia," kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.

Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.

Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.

Kabel diplomatik itu bertarikh September 2008. Dalam satu memo pada 2009, seorang duta Singapura, Tommy Koh menggambarkan Jepun sebagai seorang abang besar yang kalah dalam konteks untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN.

"Beliau merujuk kepada kemerosotan penghormatan rantau ini terhadap Jepun kerana kepimpinan teruk, kebodohan dan kekurangan visi," kata kabel diplomatik tersebut.

Kabel itu menyatakan, Koh turut menganggap rakan-rakan Indianya yang bodoh sebagai 'separuh dalam, separuh luar ASEAN'. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Kisah duka ditipu syarikat jualan langsung


DUA mangsa penipuan menunjukkan salinan laporan polis dan surat perjanjian sebuah syarikat jualan langsung pada sidang akhbar di pejabat PPIM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.

Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.

"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Tiada hubungan sulit bapa, amah


CHEE FU (kiri) bersama ayahnya, Lai Wing pada sidang akhbar bagi menjelaskan kejadian pembunuhan melibatkan pembantu rumah mereka di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas dekat sini Selasa lalu menafikan bapa mereka mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi suspek utama kes tersebut.

Anak kedua keluarga itu, Lee Chee Fu, 28, berkata, dia percaya dakwaan tersebut sengaja dibuat oleh suspek selepas ditahan polis.

Jelasnya, pembantu rumah berusia 21 tahun yang bekerja dengan keluarga mereka itu dipercayai telah merancang lebih awal untuk membunuh dan mencuri barangan berharga ibunya, Yeop Seok Pen, 60.

"Kami sekeluarga merasa amat tertekan dan tersinggung dengan laporan mengatakan bapa kami mempunyai hubungan dengan pembantu rumah itu dan hubungan itu menjadi punca kejadian tersebut," katanya pada sidang akhbar di Pejabat MCA Kota Bharu di sini semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bapanya, Lee Lai Wing, 64.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Kaki, tangan OKU dikerat

Kaki, tangan OKU dikerat

Oleh Suraya Roslan

DI SINI...tempat mayat dikerat ditemui.
DI SINI...tempat mayat dikerat ditemui.

KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.

Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.

Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia.

Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.

“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya.

Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh.

“Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Rosli meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Asisten Superintendan Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands.


Kes penemuan mayat dikerat

  • 10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat.

  • 30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh.

  • 26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput.

  • 3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh.

  • 22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub.

  • 8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.


  • http://www.hmetro.com.my/articles/Kaki_tanganOKUdikerat/Article
  • Sumbat mayat dalam beg lepas kerat enam


    PETUGAS HTAA mengusung mayat seorang wanita yang ditemui dikerat enam dekat Gohtong Jaya untuk dibedah siasat semalam.


    KUALA LUMPUR - Penemuan sebelah kaki kiri dan tangan kanan berhampiran sebuah tokong Cina membongkar rahsia pembunuhan kejam apabila polis menemui mayat seorang wanita yang dikerat enam di Kilometer 2.3 jalan menghala ke Gohtong Jaya, Genting Highlands dekat sini kelmarin.

    Ia terbongkar apabila orang awam yang melalui kawasan tersebut ternampak dua objek berkenaan pada pukul 4.30 petang sebelum memaklumkannya kepada polis. Dua anggota badan itu ditemui berhampiran antara satu sama lain.

    Polis yang melakukan siasatan kemudian menemui satu bagasi yang tertutup rapat di dalam kawasan semak satu kilometer dari lokasi kaki kiri dan tangan kanan mangsa ditemui. Sebaik dibuka, pihak berkuasa itu ternampak badan dan kepala wanita yang telah dipotong.

    Bagaimanapun, sehingga semalam, polis masih gagal menemui dua lagi anggota badan mangsa iaitu tangan kiri dan kaki kanan.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Noor berkata, siasatan awal pihaknya percaya kesemua anggota badan yang dikerat itu milik mangsa yang sama.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

    Tergamak toreh kemaluan anak

    Tergamak toreh kemaluan anak

    Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

    SELAMAT...ditinggalkan  di surau
    SELAMAT...ditinggalkan di surau

    SEREMBAN: Seorang lelaki layak digelar ‘bapa durjana’ kerana tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang baru berusia empat tahun dalam kejadian di Taman Desa Dahlia, Senawang, dekat sini.

    Lelaki yang juga seorang tukang kebun berusia 30-an itu dipercayai menggunakan senjata tajam untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap anak sulungnya itu.

    Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan tinggal bersama suspek di rumah mereka manakala ibunya dikatakan masih berpantang selepas melahirkan anak ketiga sembilan hari lalu di rumah keluarga di Jempol.

    Adik lelaki mangsa berusia setahun pula dijaga seorang saudara suspek tidak jauh dari rumahnya.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu itu terbongkar selepas suspek menghantar kanak-kanak itu ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ.

    “Lelaki terbabit menghantar anak sulungnya menggunakan motosikal ke rumah saudaranya dan memintanya menjaga kanak-kanak terbabit.

    “Suspek turut mengambil anak lelakinya berusia setahun yang dijaga saudaranya dan pada masa sama menyerahkan kunci rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

    Beliau berkata, selepas menyerahkan anak sulung dan kunci rumah, tukang kebun itu beredar bersama anaknya berusia setahun menaiki motosikal dipercayai menghala ke kampung halamannya di Kuala Pilah.

    Menurutnya, saudara suspek yang juga seorang wanita berusia 20-an mengesyaki sesuatu tidak kena terhadap kanak-kanak itu lalu melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu cedera di bahagian kemaluan.

    “Wanita itu membawa mangsa ke hospital dan difahamkan, doktor terpaksa menjahit kemaluan mangsa yang cedera,” katanya.

    “Kanak-kanak itu dapat diselamatkan pihak hospital hasil tindakan pantas wanita berkenaan yang terus membawa mangsa mendapatkan rawatan sebaik mengetahui kejadian itu,” katanya.

    Katanya, suspek dikatakan meninggalkan anaknya berusia setahun itu di sebuah surau di Kuala Pilah, namun mangsa bernasib baik apabila ditemui orang ramai.

    Menurutnya, orang ramai yang menemui kanak-kanak itu segera menghubungi polis sejurus selepas kanak-kanak itu dirujuk ke hospital dan pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Selepas meninggalkan anaknya di surau, suspek dipercayai pulang ke rumah keluarganya di Kuala Pilah sebelum diberkas polis tidak lama selepas itu,” katanya.

    http://www.hmetro.com.my/articles/Tergamaktorehkemaluananak/Article

    Rasukan toreh kemaluan anak


    DI surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah inilah Mohd. Nazimi ditemui selepas ditinggalkan bersendirian oleh bapanya Jumaat lalu.


    SEREMBAN – Entah apa yang merasuk fikirannya, seorang tukang kebun sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila dia tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang berusia empat tahun dengan sebilah pisau Jumaat lalu.

    Kejadian pada waktu pagi itu dikatakan berlaku di rumah yang didiami mereka di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.

    Ketika itu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dikatakan berada di situ bersama anaknya yang masih belum berkhatan. Isterinya pula sedang berpantang di rumah keluarganya di Jempol dekat sini selepas melahirkan anak ketiga mereka beberapa hari sebelum kejadian.

    Selepas menoreh kemaluan anaknya, dia kemudian bertindak membawanya dengan menaiki motosikal ke rumah saudara perempuannya di kawasan berhampiran. Wanita itu dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak itu.

    Sepanjang perjalanan, kanak-kanak itu sentiasa menangis.

    Sebaik meninggalkan anaknya di situ pada pukul 12 tengah hari, dia tergesa-gesa mengambil seorang lagi anak lelakinya, Mohd. Nazimi Norazmi, satu tahun, di rumah wanita itu sebelum membawanya menaiki motosikal ke Kuala Pilah. Jarak antara dua lokasi itu sejauh 22 kilometer.

    Dia kemudian meninggalkan anaknya bersendirian di tempat mengambil wuduk di sebuah surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah tanpa mencederakannya.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

    Singapura percaya Anwar meliwat



    PETIKAN laman web The Sun-Herald, Australia semalam.


    SINGAPURA - Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menurut kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan laman web WikiLeaks semalam.

    Menurut agensi berita AFP, kabel diplomatik itu bertarikh November 2008 dan maklumat tersebut dibocorkan laman web WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia.

    Akhbar The Sun-Herald di Australia semalam menyiarkan maklumat itu berdasarkan apa yang diberitahu Kuan Yew kepada Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA) yang merupakan agensi perisikan Australia.

    Menurut kabel diplomatik itu: "Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas perdana menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa Ketua Pembangkang, Anwar pernah sesungguhnya melakukan perlakuan yang dia kini dituduh."

    Kabel itu menyatakan bahawa pemerintah Singapura membuat rumusan tersebut berdasarkan "risikan teknikal".

    Akhbar Australia melaporkan risikan teknikal itu berkemungkinan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti memintas komunikasi.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

    Anak muda dijangka protes Pakatan Rakyat?

    Ahmad Lutfi Othman

    Demonstrasi membantah kenaikan melampau tarif air di Selangor baru-baru ini menunjukkan beberapa petanda menarik. Penyertaan proaktif golongan muda untuk turut berarak dan menuntut hak - termasuk daripada kelompok mahasiswa yang secara jelas dilarang terbabit dengan apa jua kegiatan politik dalam dan luar kampus - mencuit perhatian saya. Tanpa kehadiran mereka, kemeriahan perhimpunan mungkin terjejas teruk.

    Tidak gentar dengan ugutan dan gertakan, ternyata anak-anak muda ini sedia "bertempur", meredah tembakan gas pemedih mata dan basah dihujani pancutan water cannon. Idealisme mengungguli kebenaran terpasak kukuh dalam jiwa dan minda.

    Dan inilah warisan mahasiswa zaman berzaman yang cukup membanggakan; tradisi mencabar dan sedia turun ke gelanggang mempraktikkan ilmu yang dikutip dari bilik kuliah, interaksi meluas dan pembacaan mendalam.


    BUKAN SEKADAR SATU PESTA

    Berlarian di jalan-jalan raya dikejar FRU bukannya sekadar satu pesta yang menyeronokkan. Ia memerlukan komitmen dan kesedaran. Isu yang mahu diperjuangkan perlu dihadam dan diperhalusi.

    Dimensinya pelbagai dan merangkumi pelbagai aspek. Daripada tuntutan proses pilihan raya adil dan bebas, menjangkau desakan pemansuhan akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara, bantahan kenaikan harga minyak, juga tanpa melupakan problem dalam kampus seperti isu PTPTN, kemudahan asrama, akta universiti, sudut pidato, partisipasi politik. Sesekali melepaskan amarah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat menentang sikap neo-imperialisme kuasa besar itu.

    Kali ini bukan sekadar menentang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus pada tahun 2009, diikuti 25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan 5 peratus (2021), yang pastinya membebankan rakyat, malah secara umumnya mahu mengembalikan hak air air kepada rakyat, selain membetulkan kesalahan dalam penswastaan industri perkhidmatan air. Desakan turut dibuat agar sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlebih dahulu. Amalan kronisme yang menjadi budaya politik Umno-BN juga ditentang habis-habisan.

    Berbanding siri perhimpunan raksasa sebelum ini, juga di lokasi sama, iaitu perkarangan Masjid Negara (juga Dataran Merdeka dan kompleks Sogo) menuju Istana Negara, pembabitan orang muda pada 5 Disember lalu jelas mendominasi suasana.

    Biarpun diterajui pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, namun anak-anak muda ini saya yakin bukannya hanya mengikut melulu. Ia didorong atas sikap tanggungjawab yang penuh makna, demi mencapai kebaikan dan manfaat umum. Mereka mendahulukan kepentingan bersama meskipun terpaksa berdepan ancaman dan penguatkuasaan Auku yang mengongkong.


    Lebih menarik apabila lima hari kemudiannya, pada Jumaat, 10 Disember, mereka sekali lagi berkumpul atas solidariti semangat kemahasiswaan di hadapan Masjid Putrajaya, menuju Jabatan Perdana Menteri. Medan kali ini lebih "terkepung" dan berisiko. Bagaimanapun ia bukan kali pertama mahasiswa memilih gelanggang Putrajaya.

    Sudah beberapa kali anak muda terpelajar ini memprotes secara lantang di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi, antara lain, menuntut sistem pilihan raya kampus yang adil, telus, tidak memihak dan benar-benar bebas daripada pengaruh dan campur tangan Urusetia Hal Ehwal Pelajar.


    MENGANGKAT SUARA MASYARAKAT TERTINDAS


    Mesejnya tetap sama, mengangkat suara masyarakat tertindas untuk didengari secara lebih jelas oleh elit penguasa. Mahasiswa mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Razak kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula, yang diumumkan secara tiba-tiba. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

    Mahasiswa pasca Auku juga tidak kurang hebatnya mempamerkan daya juang yang kental, menyelongkar kezaliman, membongkar penganiayaan, membela golongan miskin dan tertindas. Perobohan kawasan setinggan tanpa belas-kasihan, seperti di Kg Berembang, Ampang beberapa tahun lalu menjadi saksi.

    Ia mengingatkan beberapa batu tanda sejarah kegemilangan gerakan pelajar terdahulu, misalnya peristiwa Telok Gong dan Tasek Utara. Penglibatan mahasiswa sebagai pemangkin gelombang reformasi 1998 juga tidak boleh dilupakan sehingga ada yang dipecat daripada universiti. Mereka bagai pembawa obor kesedaran, yang tiada berkepentingan.

    Saya tetap yakin, jika ruang dan kesempatan diberikan, golongan mahasiswa hari ini tetap akan membawa panji-panji yang sama seperti generasi 1960-an dan awal 1970-an dahulu. Namun, sesuatu yang pasti, penguasa yang korup sentiasa menganggap masyarakat terpelajar sebagai seteru yang perlu dijinakkan. Peraturan makin diperketat, lingkungan disempitkan dan ruang perdebatan dikecilkan. Pemimpin universiti pula dipilih daripada kalangan pengampu dan kaki bodek. Masing-masing berlumba dan bersaing untuk memuaskan kehendak menteri.

    Persoalan yang timbul, apakah minat dan kecenderungan positif mendekati gelodak rasa masyarakat ini benar-benar melebar di kalangan warga kampus, atau golongan yang sensitif dan prihatin ini tersudut dalam kelompok minoriti di menara gading? Mungkinkah sebahagian besar yang lain masih leka dengan rutin harian yang mementingkan diri sendiri semata-mata, atau langsung tidak terdorong untuk memahami pergolakan dan keresahan komuniti sekitar?


    MELUNTURKAN KOMITMEN

    Ada juga yang bimbang dengan suasana persekitaran yang turut melunturkan komitmen dan kesedaran anak muda sebagai agen perubahan, terutama selepas keluar daripada alam kampus. Memang diakui fenomena ini sentiasa berputar dalam lingkaran yang sudah diduga. Generasi yang begitu aktif dengan gerakan pelajar zaman 60-an dan 70-an pun dijangkiti wabak sama. Realiti dunia sebenar hanya menghakis daya juang yang dibekalkan di institut pengajian tinggi. Asakan kehidupan yang cukup rencam itu sering mengelirukan dan ramai idealis kampus kecundang.

    Jika direnung perangkaan yang menunjukkan kira-kira 4.5 juta orang yang layak berdaftar sebagai pengundi tetapi masih belum berbuat demikian, tercetus kerisauan tentang kesedaran berpolitik anak-anak muda zaman sekarang. Lebih malang apabila dikatakan senario menunjukkan orang Melayu mencatat nisbah terlalu rendah berbanding bukan Melayu dalam pendaftaran sebagai pengundi baru selepas pilihan raya umum 2008. Manakala di kalangan parti politik, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar, lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas tsunami politik, Mac 2008, dengan DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

    Senarai punca dan alasan belia Melayu bersikap tidak peduli mungkin panjang, seperti himpitan Auku, budaya hedonisme dan pengaruh materialisme. Minat mereka untuk turut serta dalam agenda politik, termasuk dalam kegiatan paling minimum seperti pendaftaran sebagai pengundi, berada pada tahap yang cukup membimbangkan. Saya tidak pasti apakah anak-anak muda yang kelihatan prihatin dengan persoalan politik dan bersedia untuk berdemonstrasi memperjuangkan isu-isu rakyat sudah mendaftar sebagai pengundi.

    Perkembangan pesat teknologi maklumat, arus globalisasi dan kemunculan kuasa siber memang mendorong pembentukan masyarakat yang lebih terbuka dan berpemikiran kritis. Ya, zaman penguasa menakrifkan segalanya buat rakyat sudah berakhir. Media "arus perdana" hilang sengat dan bisanya. Anak muda tidak perlu lagi turun bersesak-sesak mendengar pidato politik, sekadar menonton YouTube dari bilik tidur atau membaca berita-analisis terbaru yang segar daripada laman web dan blog. Pelbagai maklumat yang tidak ditapis boleh dilayari dengan mudah dan cepat.

    Soalnya, mengapa dalam situasi yang begitu selesa dan secocok dengan amalan demokrasi yang matang (tanpa mengetepikan halangan dan sekatan masih berterusan, namun kita sudah ada jalan keluar), tiba-tiba kita dihadapkan dengan fenomena golongan muda (terutama orang Melayu) yang dikatakan tidak berminat dengan politik? Walhal, bagi penganalisis politik, perubahan di peringkat persekutuan hanya dapat dilakukan dalam pilihan raya akan datang jika kesedaran datang secara serentak daripada semua kaum, khususnya masyarakat Melayu. Sederap langkah diperlukan, bukannya satu kaum menolak BN sementara kaum yang lain masih mempertahankannya, seperti ditunjukkan dalam pilihan raya 1999 dan 2008.


    TREND POLITIK MAHASISWA CINA


    Secara lahiriah, kelihatan generasi muda bukan Melayu, terutama masyarakat Tionghua, seperti tidak mengambil hirau politik kepartaian. Mereka lebih prihatin dengan kegiatan ekonomi. Mahasiswa Melayu lebih berminat berpolitik khususnya dalam mengidentifikasikan diri dengan parti siasah tertentu.

    Justeru, di mana silapnya sehingga masyarakat Melayu dikatakan yang paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi? Walhal parti-parti politik Melayu lebih banyak menjalankan aktiviti - dan ia tidak bermusim sifatnya - berbanding parti-parti lain. Begitu juga dengan kegiatan di kampus, yang dikuasai mahasiswa Melayu. Atau, mungkin keadaan sebenarnya tidak seperti yang dijangkakan itu? Pelajar Cina mungkin lebih selektif beraktiviti tetapi "kesedaran politiknya" jauh lebih matang?

    Pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, daripada semua parti komponen, harus meneliti secara mendalam kecenderungan dan budaya politik anak-anak muda ini. Kesetiaan mereka terhadap parti tidak sepekat generasi lebih dewasa. Golongan ini lebih mudah beralih arah jika dasar atau sikap sesebuah parti (atau pemimpinnya) dilihat tidak serasi lagi dengan mereka.

    Jika mereka berasa dikesampingkan atau tidak diambil peduli, usaha rendahkan keupayaan mereka untuk melakukan "undi protes". Sokongan pada musim pilihan raya terdahulu sama sekali tidak mengikat mereka untuk terus mengundi parti atau calon yang sama untuk pilihan raya akan datang.

    Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, hujung minggu ini wajar memberi tumpuan khas terhadap gelagat anak muda dalam berpolitik. Selain merumuskan deraf manifesto awal pilihan raya umum ke-13 dan membincangkan isu-isu kritikal yang membantut kemajuan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, usaha menggerakkan kesedaran orang muda, sekurang-kurangnya untuk mendaftar sebagai pemilih, seterusnya terlibat aktif sebagai agen reformasi, tidak boleh dilewat-lewatkan.

    Pendedahan bahawa laman-laman sesawang atau blog pro-BN semakin popular mungkin satu petanda bahawa masyarakat kini lebih dahagakan maklumat atau perkembangan baru, meskipun ia disalurkan oleh "media lawan". Keghairahan ingin tahu itu cuba dimanfaatkan oleh strategis Umno. Ia bukanlahlah sesuatu yang patut digeruni.

    Pakatan tidak perlu gentar dengan maklumat walaupun ia mendedahkan kelemahan kerajaan negeri yang dikuasainya ataupun membongkar karenah dalaman parti yang cuba diselindung. Kelemahan harus segera diatasi dan ditangani. Anak muda yang diasuh dengan keterbukaan, integriti dan ketelusan tidak mahu daya intelektual mereka diperbodohkan. Zaman untuk mengangguk dan menerima tanpa bahas sudah berlalu.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29816:anak-muda-dijangka-protes-pakatan-rakyat&catid=86:editor-harakah&Itemid=126

    Singapura minta jangan ambil luar konteks, Bernama hanya Anwar

    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 13 Dis: Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks manakala agensi berita nasional, Bernama hanya mengambil laporan itu dalam konteks Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.

    "Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan republik itu, lapor Bernama.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini yang didedahkan Wikileaks.

    Bagi Bernama, laporan itu merujuk kepada pendedahan bahawa Datuk Seri Anwar telah diperangkap dan Anwar masuk ke dalam perangkap itu.

    Namun, agensi berita itu tidak melaporkan pendedahan lain yang dibuat oleh Wikileaks dalam laporan mereka itu.

    Antaranya, diplomat Singapura, Bilahari Kausikan dalam satu mesyuarat pada September 2008, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney berkata: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu.

    Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

    Seorang lagi diplomat Singapura, Peter Ho dalam Mac 2008, mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

    Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

    Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.

    Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29819:singapura-minta-jangan-ambil-luar-konteks-bernama-hanya-anwar-&catid=1:utama&Itemid=50

    Wikileaks hanya pandangan peribadi - PKR

    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 12 Dis: PKR menyifatkan, pendedahan Wikileaks tentang maklumat diplomatik dari Singapura tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi tanpa sokongan bukti yang sah, oleh itu tidak perlu diambil berat.

    Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Saifudin dipercayai mengulas laporan media Australia yang mendedahkan kononnya perangkap di pasang untuk Datuk Seri Anwar oleh musuhnya dan Anwar 'memasuki petangkap itu'. Ia dikatakan bersumberkan laporan para diplomat Singapura dan Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew.

    Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, laporan itu adalah hasil kerjasama para SB (polis cawangan khas) Malaysia.

    Manakala itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dengan pendedahan Wikileaks ini. Nama beliau turut didedahkan yang antara lain "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa." yang jelas mengaitkan beliau dengan kes Altantuya Shariibuu.

    "Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai," kata Saifudin.

    Orang ramai, katanya, bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

    Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta, kata Saifudin/\.


    Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, kata Saifudin, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

    Bilahari Kausikan

    Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

    Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

    Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

    Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

    Peter Ho

    Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

    Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

    Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

    En Tommy Koh

    Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

    Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

    Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.


    Justeru, kata Saifudin, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

    PKR, katanya, mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

    "Jika tidak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," katanya.

    Akhirnya, kata beliau, semua pihak kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

    "Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

    "Makanya, PKR akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura," tegas beliau.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29814:wikileaks-hanya-pandangan-peribadi-pkr&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY

    Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY
    Dis 12, 10 2:21pm

    Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.

    NONEKabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.

    Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "

    Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.

    ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politik Anwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul.

    "'ONA menilai, dan rakan sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The Sun-Herald yang memetik kabel tersebut.

    Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

    Anwar telah menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan yang sama.

    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/150602

    PKR terkejut 'konspirasi' S'pura terhadap Anwar

    Dis 12, 10 6:36pm

    Dalam reaksinya terhadap pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan hanya memperlihatkan bahawa konspirasi terhadap ketua pembangkang itu berasal dari peringkat tertinggi.

    btn forum 241209 nik nazmiNik Nazmi, yang juga ADUN Seri Setia berkata, apa yang "lebih mengejutkan" ialah kepimpinan Singapura telah memilih untuk turut serta dalam konspirasi terhadap Anwar dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu disinformasi kepada perisikan Australia.

    "Kita mesti bertanya, mengapa badan perisikan Singapura memilih untuk berpakat dengan Cawangan Khas Malaysia dalam menyebarkan pembohongan tentang Anwar," kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

    Dengan ahli parlimen Australia sendiri dan masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan integriti pendakwaan terhadap Anwar, maka ini hanya menambahkan lagi kecurigaan mengenainya, tambah Nik Nazmi ditambah.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berharap 'technical intelligence' yang disebut dalam Wikileaks boleh didedahkan kepada awam kerana ia menjadi asas kepada dakwaan dan kesimpulan yang dibuat badan perisik Singapura.

    Akhirnya, tegas beliau, kempen penganiayaan dan pencemaran terhadap Anwar tiada beza dengan yang pertama: kedua-duanya bergantung kepada penyalahgunaan proses penghakiman dan hanya bergantung kepada bukti perubatan tipis.

    Ini, katanya, menunjukkan kes tersebut bermotifkan politik dan dicetuskan oleh konspirasi di peringkat tertinggi.


    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/150627

    Wikileaks: Jangan ambil di luar konteks, pinta S'pura

    Dis 12, 10 10:17pm

    Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks.

    "Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan republik itu.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini.

    Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan Wikileaks hari ini, adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.

    Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.

    Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dilakukan Australia dan Singapura mengenai kes Anwar.

    Yeo turut dipetik berkata sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/150642

    'Pekung dalam industri pertahanan'

    'Pekung dalam industri pertahanan'
    Kua Kia Soong
    Dis 12, 10
    11:30am

    KOMEN Perbelanjaan pertahanan melonjak selepas Perdana Menteri Najib Razak - yang dianggap sebagai 'kuasa penggerak' di sebalik program pemodenan ketenteraan Malaysia melalui 'Fokus dalam Polisi Luar Negara' - menjadi menteri pertahanan pada 2000 - penggal keduanya menerajui kementerian berkenaan.

    azlanSenarai perbelanjaannya termasuk pembelian kereta kebal tempur dari Poland, peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Russia dan Britain dan jambatan bergerak tentera, peluru berpandu anti-kereta kebal dari Pakistan, jet pejuang F / A 18, kapal selam dari Perancis serta pesawat pejuang Sukhoi Su-30 Russia.

    Kerajaan BN memang jauh dari ketelusan dalam pembelian senjata tersebut. Daripada mengeluarkan tawaran yang kompetitif untuk kontrak pembeliannya, kerajaan sebaliknya, melakukannya melalui perundingan swasta kerana pertimbangan keselamatan.

    Kontrak sering diberikan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik. Pegawai yang meluluskannya, atas alasan yang jelas, meluluskan projek yang dipohon oleh saudara mara atau rakan-rakan pemimpin politik.

    Sesekali, perkara itu didedahkan oleh kakitangan awam dan anggota tentera yang bersara. Sebagai contoh, pada 8 Ogos 1996, sehari sebelum persaraan pilihannya, Panglima TUDM, Lt-Jen Abdul Ghani Aziz menegur bekas pengawai tentera yang menjadi pembekal peralatan pertahanan, kerana menjual peralatan yang tidak sesuai dan usang, dan dengan demikian membahayakan keselamatan bekas rakan-rakan mereka.

    Kisah tentang bagaimana DCNS International dari Perancis dan syarikat pembuat kapal dari Sepanyol, berjaya mendapat kontrak membina dua kapal selam kelas Scorpene untuk Tentera Laut Malaysia adalah contoh tidak ketelusan dalam pemberian kontrak pertahanan dan kepentingan kaitan politik dalam mendapatkan kontrak berkenaan.

    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/150593

    RPK tubuh gerakan 'perbaiki' Malaysia

    RPK tubuh gerakan 'perbaiki' Malaysia
    Hazlan Zakaria
    Dis 13, 10
    1:00am

    Penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) hari ini mengumumkan bahawa "kuasa ketiganya" - dikenali sebagai Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) - tidak akan mencuri undi dari Pakatan, tetapi sebaliknya bermatlamat untuk "memperbaiki" apa yang rosak di Malaysia.

    raja petra Live telecast of the MCLM Forum in London"Apakah MCLM ini? Nah, jawapan saya ialah KISS: Keep it simple, stupid. Kami adalah sekumpulan tukang-baiki. Dan anda mengatakan ada beberapa perkara yang rosak di Malaysia, seperti parlimen. Kami akan memperbaikinya," katanya semasa siaran langsung webcast dari London malam ini.

    Beliau bercakap di satu forum yang kelihatan berlangsung di sebuah hotel di London, anjuran MCLM untuk menjelaskan mengenai gerakan itu dan misinya.

    Menurut RPK (kanan), MCLM merupakan satu kumpulan yang dikumpul olehnya dan orang lain yang berpusat di Malaysia, seperti peguam yang juga penulis blog, Harris Ibrahim.

    RPK mengetuai gerakan itu, dengan Yolanda Augustines (bawah) sebagai setiausaha manakala Farouk A Peru mengetuai inisiatif maklumatnya. Haris dan yang lainnya menganggotai jawatan MCLM.

    Menurut MCLM, ia akan memulakan satu kempen untuk mendidik rakyat
    Malaysia mengenai kebebasan awam mereka,
    yang juga akan merangkumi penerbitan sebuah akhbar rasmi yang akan diedarkan kepada masyarakat.

    yolanda augustine raja petra Live telecast of the MCLM Forum in LondonRPK menjelaskan bahawa MCLM tidak akan 'mencuri undi' sepertimana yang dibimbangi oleh sesetengah parti politik, tetapi sebaliknya ia akan membantu parti-parti politik untuk mengetengahkan calon-calon terbaik dengan mencadangkan mereka yang mampu berkhidmat dan mendidik masyarakat.

    "Mereka mengeluh yang mereka tidak dapat mencari calon yang tepat. Nah, kita memberi mereka calon yang tepat," katanya.

    Dengan cara ini, beliau percaya ia akan "memperbaiki" situasi di Malaysia di mana calon-calon yang berkhidmat di Parlimen, menurutnya, kini berkualiti rendah.

    "Tujuan kami bukanlah untuk memenangi pilihan raya. Tujuan kami adalah membawa pembaharuan kepada sistem politik," tegasnya.

    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/150644

    Nik Aziz dirawat di HUSM masalah pinggang

    Dis 12, 10 10:11pm

    Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang.

    Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.

    NONE"Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.

    "Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

    Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.

    Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/150641

    TPM: K'jaan sedia timbang permintaan Kimma

    Dis 12, 10 3:19pm

    Kerajaan bersedia untuk menimbang beberapa permintaan yang diutarakan oleh Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) termasuk menambah 25,000 pekerja asing khususnya dari India untuk bekerja di restoran India Muslim yang kebanyakannya beroperasi selama 24 jam.

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana beliau difahamkan tidak ramai pekerja tempatan yang sanggup bekerja selama 12 jam di kira-kira 12,000 restoran India Muslim di seluruh negara.

    "Pengusaha restoran tidak mempunyai jumlah pekerja yang cukup untuk menentukan supaya perjalanan perniagaan mereka dapat berjalan dengan baik dan memberi keuntungan kepada pengusaha-pengusahanya.

    "Saya percaya perkara ini dapat kita selesaikan dalam tempoh seberapa singkat yang akan datang," katanya berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Kimma kali ke-34 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

    Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Kimma Datuk Syed Ibrahim Kader.

    Selain soal pekerja asing, Muhyiddin turut bersedia untuk membantu Yayasan Pengajian India Muslim sebagai satu inisiatif untuk meletakkan masyarakat India Muslim ke peringkat yang lebih tinggi.

    "Saya sedia untuk membantu yayasan dan saya yakin apa saja sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan pastinya ia dapat membantu sebahagian anak-anak dari Kimma dan lain-lain untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam pelajaran," katanya.

    Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata segala usaha yang sudahpun dimulakan oleh kerajaan untuk membantu sebahagian besar rakyat sama ada golongan Bumiputera atau tidak, anggota-anggota Kimma juga layak dan berhak untuk mendapat bantuan tersebut.

    Beliau turut menyarankan kepada parti gabungan Umno itu untuk mengemukakan satu pelan yang lebih terperinci tentang bagaimana untuk membantu masyarakat India Muslim yang terlibat dalam perniagaan kecil dan berhadapan dengan masalah kesukaran mendapatkan dana dan bantuan sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta.

    "Saya harap ia boleh dikemukakan supaya kita dapat mengambil satu langkah berkesan untuk selesaikan masalah ekonomi ataupun pembiayaan perniagaan oleh masyarakat India Muslim di negara kita ini," katanya.

    Mengenai permintaan parti itu supaya ada wakil Kimma dalam kerajaan, Muhyiddin berkata perkara itu akan diberikan pertimbangan yang saksama oleh kerajaan.

    Beliau juga menyarankan supaya kepimpinan Kimma dan seluruh anggotanya berganding bahu bersama-sama pimpinan Barisan Nasional (BN) berusaha bersungguh-sungguh agar proses transformasi yang sedang dilakukan kerajaan dapat disempurnakan sebaik mungkin.

    "Selain itu, saya juga ingin mengajak saudara-saudari bersama dengan pimpinan BN berusaha dengan secara bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan asas-asas perjuangan kita dan penting juga untuk kita kukuhkan kerjasama dan perpaduan sesama kita," katanya.

    Beliau berkata peranan Kimma pada masa ini menjadi lebih penting kerana negara tidak mahu masih ada rakyat walaupun dari golongan minoriti merasa terpinggir.

    "Kita tidak mahu ada tanggapan-tanggapan bahawa BN masih lagi belum bangkit daripada menghadapi tamparan hebat pilihan raya umum 2008, kita tidak mahu mendengar lagi ada pihak mengatakan bahawa kita masih tidak bersedia untuk turun ke bawah menyelesaikan masalah mereka dan bertindak dengan cepat untuk mengatasi kelemahan kita," katanya.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/150607

    Kimma minta jawatan senator

    Dis 12, 10 4:00pm

    Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memohon kerajaan melantik seorang Senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim di negara ini.

    Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata ini kerana parti gabungan Umno itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

    "Seperti kaum lain di Malaysia, kaum India Muslim juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah, walaupun hampir kesemua dasar kerajaan mengambil kira kedudukan dan pandangan semua kaum di Malaysia, kaum India Muslim sering terpinggir," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Tahunan Kimma ke-34 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

    Syed Ibrahim berkata Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

    Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

    Mengenai persediaan pilihan raya umum ke-13, Syed Ibrahim berkata Kimma telah memulakan langkah proaktif untuk mendaftar pengundi-pengundi baru khususnya daripada golongan India Muslim bagi menghadapi pilihan raya umum.

    Syed Ibrahim berkata tinjauan parti itu mendapati tujuh daripada 10 individu India Muslim telah mendaftar sebagai pengundi.

    "Bagaimanapun, masih terdapat kira-kira 120,000 orang yang belum mendaftar sebagai pengundi dan Kimma sedang giat menjalankan aktiviti pendaftaran dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka ini," katanya.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/150611

    Pakatan akan elakkan isu berduri di konvensyen

    Pakatan akan elakkan isu berduri di konvensyen
    Dis 11, 10 9:34pm

    Seperti dijangkakan konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan akan mengelakkan isu-isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketiga-tiga parti komponen itu.

    hadi awang, anwar ibrahim, lim kit siang, pakatan leadersBercakap kepada wartawan di inu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang sepakat berkata agenda utama mereka adalah “membincangkan isu-isu yang sudah dipersetujui”.

    Isu negara Islam

    Ditanya sama ada isu negara Islam akan dibangkitkan pada konvensyen di Pulau Pinang itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan hanya membincangkan isu yang telah dipersetui secara sepakat.

    "Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama,” kata Anwar.

    “Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.

    penang pakatan convention 211110 03"Isu martabatkan Islam adalah dalam kerangka perlembagaan dan sebagai seorang Muslim, kami di Pakatan akan bergerak bersama berhubung isu dan agenda yang kita ada konsensus,” katanya.

    Selain memperkasakan agenda bersama gagasan itu, kovensyen kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu kepada bagi mpertahankan perlembagaan negara dan membela rakyat segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa.

    Anwar yang juga ketua pembangkang berkata mereka akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13 dan membincangkan strategi masing-masing.

    "Tapi untuk memperincikan isu pembahagian kerusi itu (perbincangan) akan diadakan kemudian (selepas konvensyen)," katanya.

    azlanMesyuarat hari ini diadakan seminggu sebelum konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan isu ketuanan Melayu untuk membakar sentimen perkauman di negara ini.

    "Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah Umno yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat Melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati," katanya.

    Semakin liar

    Menurut Anwar berkata Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

    NONELim pula berkata asakan Umno berpaksikan fitnah terhadap Pakatan Rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

    "Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta (terhadap) parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang menunjukkan mereka (BN) takut dan khuatir mengenai pengaruh Pakatan Rakyat," katanya.

    Abdul Hadi berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

    "Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk.

    TPM Cina

    NONE“Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan BN dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaan," katanya.

    Ditanya wartawan mengenai isu pelantikan timbalan perdana menteri Cina jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, Abdul Hadi berkata mereka akan membuat keputusan berdasrkan perlembagaan negara.

    "Kita belum menang ataupun ambil alih kuasa, jadi kita belum boleh lagi. Kita tidak boleh bincangkannya lagi tapi kita akan buat ikut perlembagaan (negara),” katanya.

    http://malaysiakini.com/news/150577

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...