Monday, July 25, 2011

Misteri Wahhabi Di Malaysia

(Artikel lama, dicadangkan untuk bacaan)

Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).


Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”.Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.


- Gambar Hiasan

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.


- Gambar Hiasan

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.


http://drmaza.com/home/?p=805#more-805

Biometrik: Bersih perlu sokong, kotor kena tolak

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 Julai: PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini petang tadi.

Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan negeri.

Menurutnya, selepas mendengar taklimat perbincangan pula perlu diadakan sama ada ianya perlu menyokong atau sebaliknya.

“Perkara bersih perlu disokong, perkara yang kotor kita kena tolak. Mana-mana perkara yang rosak atau meragukan kita kena tentang,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, untuk membentuk kerajaan yang adil, ianya perlu diadakan melalui pilihan raya yang bersih dan adil.

Tambahnya, sama ada untuk mentadbir sebuah keluarga, diri, jiran tetangga, negeri atau negara perlu diadakan dengan cara bersih.

Terdahulu Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali, ketika berucap di majlis pelancaran itu berkata, portal rasmi kerajaan Kelantan menduduki tempat keenam daripada 1,145 laman web yang dinilai di peringkat kebangsaan.

Menurutnya lagi, selain itu portal rasmi kerajaan negeri juga berjaya melonjak pencapaian lima bitang di bawah program Penilaian Portal dan Laman Web kerajaan 2010.

“Saya begitu kagum dengan pencapaian ini termasuk portal kerajaan negeri turut berada di tempat ketiga dalam kategori negeri dengan 15 laman web kerajaan dan agensi negeri berjaya memperolehi status lima bintang,” ujarnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4550-biometrik-bersih-perlu-sokong-kotor-kena-tolak

Mens rea TBH: Nazri diminta rujuk kes Altantuya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Julai 25: Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz agar merujuk dimana 'mens ria' (motif) pembunuhan Altantuya Shaariibuu sebelum mempertikaikan 'mens rea' pembunuhan Teoh Beng Hock (TBH).

Kit Siang menjawab dakwaan Nazri kononnya beliau gagal membukti motif pembunuhan TBH kerana gagal menyebut motif pembunuhan itu apabila mendakwa 'menyebabkan terbunuh' sama saja dengan 'membunuh'.

Nazri baru-baru ini mempertikaikan kenyataan Kit Siang dengan mendakwa dakwaan Kit Siang terlalu remote dan tidak boleh dipegang.

“Tengok apa yang Lim Kit Siang kata – paksa bunuh diri sama juga dengan membunuh… mana dia belajar undang-undang ini, ia terlalu remote,” selar Nazri. “Untuk membukti pembunuhan, ia mesti mempunyai mens rea (motif) dan actus reas (tindakan)… dalam kes Teoh, di mana mens rea?” soal beliau.

Lim berkata, perkataan 'mens rea' menyebabkan beliau teringat kes pembunuhan Altantuya di mana dua pegawai Unit Kawalan Keselamatan Pejabat Perdana Menteri, Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah menggunakan bom C4 untuk membunuh model Mongolia tersebut pada bulan Oktober 2006 dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Rakyat Malaysia yang berfikir masih bertanya apa motif pembunuhan Altantuya oleh Azilah dan Sirul...ia membangkitkan banyak persoalan khasnya siapa sebenarnya dalang dalam pembunuhan tersebut dan mengapa dalang tersebut masih bebas?” bidas beliau.

Bagi Kit Siang, dengan mengambil kira benda-benda ngeri termasuk soal siasat SPRM yang kejam dan dipenuhi dengan penyalahangunaan kuasa yang mendorong Teoh untuk membunuh diri seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI), rakyat yang berfikiran waras akan terus menjawab ia adalah satu pembunuhan.

Dalam kenyataannya, Kit Siang juga meminta Nazri mempertahankan kenyataannya yang menyatakan bahawa laporan RCI telah membersihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawainya.

“Ia nampak seperti Nazri tidak membaca dan menelaah laporan RCI James Foong dengan teliti kerana di dalam laporan itu tidak ada penyataan yang membersihkan SPRM dan pegawainya dalam kematian Beng Hock di pejabat SPRM Shah Alam, 16 Julai 2009.

"Bolehkah Nazri memetik laporan RCI untuk menunjukkan bahawa ia telah membersihkan SPRM daripada sebarang tanggungjawab terhadap kematian Beng Hock?” soal Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Sebaliknya, Lim berkata beliau boleh memetik dua perenggan daripada laporan RCI yang menyatakan bahawa pegawai SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

Pada perenggan 198, Lim berkata RCI menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap keterangan saksi pegawai SPRM Raymod Nion anak John Timban yang memberitahu RCI bahawa beliau nampak Teoh sedang berehat di atas sofa pada 6am 16 Julai 2009 di luar bilik Nadzri.

“Pada pandangan kami, beliau bukanlah seorang saksi yang berwibawa dan digunakan oleh pihak bertanggungjawab dalam kematian TBH untuk menjauhkan diri dengan memberikan tanggapan bahawa TBH bukan sahaja masih hidup pada 6am pada 16hb tetapi juga tengah berehat secara selesa dan tenang di kerusi sofa luar bilik Nadzri,” tulis laporan tersebut.

Di perenggan 201 satu pula, Lim berkata laporan RCI menyatakan bukti yang dikemukakan Raymond seolah-olah dibuat untuk disesuaikan dengan objektif tertentu yang dalam kes ini untuk menyelamatkan pegawai SPRM yang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

RCI telah menolak bukti beliau sebagai tidak berwibawa dalam aspek bahawa beliau telah melihat TBH pada 6am 16hb.

“Jadi bagaimana Nazri boleh buat kesimpulan bahawa RCI telah membersihkan SPRM daripada tanggungjawab dalam kematian Beng Hock di mana perenggan 198 dan 201 telah menunjukkan bahawa pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian beliau,” soal Lim, sambil menambah bahawa Nazri perlu membaca laporan RCI itu dengan teliti.

Lim turut menjawab tohmahan bahawa DAP telah mempolitikkan isu kematian Teoh.

“Saya hanya perlu rujuk Nazri kepada laporan RCI TBH yang menyebut bahawa ‘kematian dalam tahanan barangkali merupakan jenayah paling teruk dalam dalam masyarakat yang bertamadun yang ditadbir oleh kedaulatan undang-undang",” kata Lim.

Beliau juga menyeru Nazri agar tidak memandang remeh kematian dalam tahanan sama ada kes Teoh, Ahmad Sarbaini Mohamad yang turut didapati tiba-tiba mati di dalam tahanan SPRM dan juga A.Kugan.

Dalam satu temubual dengan Mingguan Utusan, Nazri dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun SPRM perlu membaiki dirinya, namun RCI telah membersihkan daripada tuduhan membunuh dan ini tidak perlu dipersoalkan lagi.

Nazri turut menuduh bahawa pemimpin DAP telah mempolitikkan isu kematian Teoh sehingga mereka tidak dapat menerima keputusan RCI.

Lim turut menjemput Nazri untuk menghadirkan diri pada forum “RCI Teoh Beng Hock – Di mana kebenaran yang dijanjikan?” yang dijadual besok malam di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall untuk mempertahankan dan memberikan justifikasi terhadap kenyataan beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4545-mens-rea-tbh-nazri-diminta-rujuk-kes-altantuya

Kontraktor belum dibayar tuntutan projek PRK Galas

Aslani Mulhiq

GUA MUSANG, 25 Julai: Selepas sembilan bulan pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas berlalu, namun belum pun kelihatan janji projek perumahan rakyat seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Projek perumahan berharga RM180 juta itu telah diletak batu asas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya berlangsung.

Jauh sekali untuk melihat projek mega lain dilaksanakan, antaranya Golf Club dan Country Resort bernilai RM856 juta, Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus Universiti Malaysia Kelantan cawangan Gua Musang (RM316 juta).

Lebih memalukan lagi usahkan projek bertaraf mega, projek segera yang dilaksanakan bernilai di bawah RM50,000 pun didakwa belum dibayar kerajaan pusat sehingga sekarang.

Lebih malang lagi masalah itu dialami sendiri anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus yang juga seorang kontraktor.

Beliau mendakwa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran dilaksanakan semasa kempen pilihan raya Galas lalu belum dibayar sehingga sekarang.

Abdul Wahab merupakan kontraktor kelas F diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil di bawah kendalian Kementerian Pelajaran semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya telah mengemukakan tuntutan terhadap projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil Galas sejak Disember lalu.

“Malah pada 10 Julai lalu saya datang menemui pihak terbabit bagi menyelesaikan bayaran tuntutan nilai projek yang telah saya laksanakan.

“Namun segala usaha saya bagi mendapat bayaran projek yang dilaksanakan gagal,” katanya ketika datang mengadu masalah itu kepada penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin di sini baru-baru ini.

Beliau begitu kesal kerana kos yang terpaksa ditanggung bagi menyiapkan projek pilihan raya kecil Galas tidak dibayar kerajaan BN sehingga sekarang.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4544-kontraktor-belum-dibayar-tuntutan-projek-prk-galas

TBH: DAP dakwa RCI bercanggah dengan SPRM

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Julai: DAP hari mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Teoh Beng Hock bercanggah dengan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang kecewa dengan laporan RCI yang merumuskan Teoh mati kerana membunuh diri itu berkata, laporan itu ternyata tidak konsisten dan hanya untuk memburukkan reputasi DAP.

"Saya tidak dapat menerima laporan RCI yang mengatakan Teoh mengalami konflik emosi yang keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam, putus harapan dan mengalah kepada kekecewaan kerana laporan SPRM tidak menunjukkan ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di antara saya dan Teoh," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.

Adun Seri Kembangan itu membangkitkan percanggahan laporan RCI yang menyifatkan bekas pembantunya itu menghadapi perubahan minda sehingga bertindak membunuh diri yang disifatkan tidak berdasarkan fakta dan bukti.

Sedangkan katanya keterangan saksi IO Ahmad Shafik Abdul Rahman jelas menunjukkan tiada sebarang bayaran pendahuluan dibuat oleh DAP Serdang Aman untuk membiayai projek kecil di kawasan beliau.

Sebaliknya DAP Serdang Aman hanya bertindak sebagai pembantu pengurusan pada ketika itu.

Namun katanya, RCI tidak mengambil kira maklumat tersebut sebaliknya mengluarkan laporan yang berbeza daripada apa yang dikatakan saksi SPRM.

"Kalau lihat testimoni bertulis oleh IO Shafiq ketika pendengaran RCI adalah senario yang bertentangan. IO Syafik memberitahu RCI bahawa siasatan menunjukkan resit adalah sama dan projek tersebut dijalankan," jelasnya.

Tambahnya, RCI tidak mencari pnca kematian sebaliknya meninggalkan lebih banyak persoalan berhubung kematian Teoh.

Sehubungan itu, naib presiden DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan terus komited untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock dan keuarganya dengan menganjurkan pelbagai program penerangan bermula dengan forum bertajuk "laporan siasatan suruhanjaya Teoh Beng Hock-di manakah kebenaran?" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam esok.

"DAP komited untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock dan keluarganya bukan sebab dia merupakan ahli DAP tapi sebab kita mahu tuntut keadilan yang dijanjikan," kata beliau yang juga ahli Parlimen Cheras.

Keputusan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan pada Khamis lalu merumuskan Teoh membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.

Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes yang hanya membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding suruhanjaya diraja menyiasat kematiannya yang didedahkan kepada umum Khamis lalu.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4543-tbh-dap-dakwa-rci-bercanggah-dengan-sprm

Baharudin: Keluarga belum terima laporan post mortem

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Walaupun sudah lebih dua minggu berlalu, keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal ketika perhimpunan Bersih 2.0 masih menunggu laporan post mortem dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui apa punca sebenar kematiannya.

Ini kerana, sehingga kini mereka masih belum mendapat laporan itu walaupun sudah beberapa kali diminta dari pihak hospital.

(Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan sumbangan kepada anak Baharudin, Nasrul ketika beliau berkunjung ke situ ketika jenazah di kebumikan)

"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi laman web Malaysiakini hari ini.

Baharudin meninggal ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu ketika berhimpun berhampiran dengan KLCC.

Pihak polis mendakwa, Baharudin mati kerana komplikasi jantung. Namun keluarganya tertanya-tanya, apa punca empat tulang dadanya patah di samping tiga batang giginya juga patah.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."

Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.

Ketika hari pengkebumiannya, anak saudara Baharudin, Azhar Kassim ketika bercakap kepada Harakahdaily melahirkan rasa ragunya atas punca tulang dada dan gigi yang patah itu akibat dari CPR yang dibuat ke atas Baharudin.

"Kenapa mereka tidak bagi laporan post mortem itu sedangkan sijil untuk mengebumikan jenazah dikeluarkan," soal beliau.

Azhar sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4542-baharudin-keluarga-belum-terima-laporan-post-mortem

15 tahun warga emas tunggu pampasan Perkeso

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 25 Julai: Seorang bekas pekerja kilang papan kesal dengan menteri, agensi kerajaan dan wakil rakyat yang gagal menyelesaikan masalah wang pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang tertangguh sejak 15 tahun lalu meskipun semua dokumen sudah lengkap.

Warga emas Mohan Mariappan, 59, yang mengalami kemalangan di tempat kerja di kilang T. S. Gan Timber Trading dekat sini pada tahun 1995 lalu sehingga tidak boleh bekerja lagi dan disahkan pegawai perubatan layak menerima pencen ilat dan bantuan ilat.

Malangnya setelah enam tahun barulah beliau mendapat wang sebanyak RM315.55 iaitu pada Ogos 2002, tetapi bantuan bulanan langsung tidak ada dalam tempoh selama itu dan mendakwa wang pampasan terkumpul miliknya sudah lebih RM40,000.

“Saya bekerja di kilang papan berkenaan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan sehinggalah pada 13 Mei 1995 mengalami kemalangan dengan tangan sebelah kanan saya termasuk dalam mesin gergaji sehingga mengakibatkan tidak boleh bekerja berat lagi untuk selamanya.

“Doktor yang merawat kemudian mengesahkan saya hilang upaya kekal dan layak mendapat 35% daripada gaji iaitu RM520. Semua dokumen telah dihantar kepada Perkeso Temerloh, tetapi hanya enam tahun kemudian saya baru menerima RM315.55. Itupun setelah tersiar cerita dalam akhbar Tamil.

“Pegawai Perkeso ada berjanji dengan saya wang selebihnya akan dibayar pada setiap bulan. Namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang bayaran yang dimaksudkan,” katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.

Sejak itu Mohan telah beberapa kali menemui pengarah Perkeso, menteri, pemimpin tertinggi MIC, wakil rakyat Umno dan Menteri Besar Pahang namun semuanya hanya janji tinggal janji.

“Kalau tidak silap, sudah enam kali saya bertemu Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam untuk mengadu hal dan minta selesai masalah, kali akhir tahun lalu. Begitu juga dengan Senator T. Murugiah dan semua pemimpin MIC, tapi tetap tiada penyelesaian.

“Jumpa dengan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang juga Exco Kerajan Negeri Pahang janji nak selesai terus senyap. Juga jumpa MIC Mentakab, pun hanya tinggal janji.

“Setelah mengetengahkan kes ini kepada media, barulah pada bulan Januari 2009 saya dibayar RM70 sebulan, mula bulan September tahun itu dibayar RM140. Sehinggalah bulan September tahun lalu saya dibayar RM250. Tetapi masih jauh daripada jumlah sebenar (RM520),” katanya dengan nada sayu.

Soal Mohan, jika sudah 15 tahun seorang menteri tidak boleh selesaikan satu kes seperti beliau, macam mana menteri mahu selesaikan rakyat dan orang ramai? Beliau hairan bagaimana kesnya menjadi rumit sangat hingga tertangguh lama sedangkan semua dokumen ada dan mereka akui.

Mohan yang juga menghadapi masalah jantung dan akan membuat pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berpendapat, masalahnya kesnya ini tidak diambil berat kerana beliau ‘orang kecil’.

“Sepatutnya menteri atau wakil rakyat tahu bahawa RM250 sekarang ini tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi sekarang. Saya masih ada isteri dan seorang anak yang sedang bersekolah dalam tanggungan. Saya juga masih perlukan duit untuk rawatan dan ubat-ubatan,” rayunya.

Justeru beliau yang tinggal di Taman Bukit Bendera, Mentakab merayu pihak berkuasa segera menyelesaikan kesnya sementara usianya masih ada.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4541-15-tahun-warga-emas-tunggu-pampasan-perkeso

Hiburan: Ali Rustam membisu bantahan rakyat

Ahmad Danial

AYER KEROH, 25 Julai: Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab melahirkan kekesalan di atas sikap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang membisu dengan bantahan rakyat terhadap keputusan kerajaan negeri yang memberikan kelulusan untuk pusat hiburan melanjutkan masa operasi sehingga jam 3.00 pagi.

Yusof berkata, Mohd Ali sepatutnya tampil memberikan maklum balas kepada rakyat Melaka sama ada bersedia untuk menghadkan masa operasi pusat hiburan atau meneruskan keputusan kerajaan negeri baru-baru ini.

"Kita kesal kerana di saat umat Islam akan menyambut Ramadhan, kita dikejutkan dengan tindakan kerajaan negeri Melaka meluluskan perlanjutan operasi pusat hiburan sehingga pukul 3.00 pagi, baru-baru ini.

"Kita hairan bagaimana pemimpin yang mengaku Islam tetapi tidak tahu halal haram dan tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Bukit Katil.

Beliau berkata sepatutnya kerajaan negeri Melaka kalaupun tidak mampu untuk menutup pusat hiburan itu sekurang-kurangnya mereka menghadkan masa operasinya dan juga menetapkan supaya orang-orang Islam diharamkan dari memasukinya seperti yang dijalankan di Kedah.

"Jangan hendak hadkan masa operasi dan hadkan orang Islam jangan masuk sebaliknya kerajaan negeri Melaka dengan biadap melanjutkan lagi operasi pusat hiburan ini seolah-olah mencabar Allah yang menyuruh kita memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan.

"Tidakkah kerajaan negeri rasa bertanggungjawab kepada rakyat dengan menggalakkan mereka beribadat bukannya memberikan ruang yang luas untuk berhibur di pusat-pusat maksiat ini?" soalnya.

Yusof sekali lagi menggesa kerajaan negeri menarik balik keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru di samping membuat keputusan supaya orang Islam di larang memasuki pusat-pusat maksiat tersebut.

Minggu lalu, kira-kira 200 orang umat Islam dan ahli PAS Melaka mengadakan himpunan aman membantah perkara tersebut di hadapan Masjid Bukit Katil.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4538-hiburan-ali-rustam-membisu-bantahan-rakyat

Bekas pemimpin BN juga tidak percaya Najib

Fakhri Ali

TASEK GELUGOR, 25 Julai: Bukan saja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak mempercayai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah bekas pimpinan Barisan Nasional (BN) sendiri telah menunjukkan sikap tersebut terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata demikian, ketika berucap dalam majlis penerangan anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Permatang Buloh, malam tadi.

Menurut beliau lagi, tindakan bekas pimpinan BN menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan jelas membuktikan pimpinan Najib bukan saja tidak diyakini dikalangan pimpinan Umno dan BN, tetapi juga penyokong parti tersebut sebelum ini.

"Jika bekas menteri seperti Ong Tee Keat, Tengku Razaleigh dan beberapa pimpinan lain berani bersama organisasi seperti Amanah untuk menzahirkan pandangan mereka secara positif mengenai tindakan menyimpang kerajaan, maka adalah tidak salah bagi rakyat juga untuk menyatakan ketidak puasan mereka.

"Amanah juga menjadi satu lagi tamparan kepada kepimpinan Najib, apabila beliau sering mendabik dada menyatakan sokongan yang diterimanya adalah padu baik dari kalangan pimpinan BN kini, dulu dan selamanya," ujarnya yang juga ahli Parlimen Kuala Krai.

Malah katanya begitu banyak kelemahan dalam pentabdiran Najib menyebabkan rakyat sudah hilang keyakinan di atas reputasi beliau sebagai Perdana Menteri.

"Air Asia juga telah dipindahkan ibu pejabatnya dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Bukankah ini juga suatu lagi krisis keyakinan yang menimbulkan persepsi yang pelbagai rakyat terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Penangkapan peguam Perancis, William Bourdon pada 22 Julai baru-baru ini, juga sesuatu yang memalukan negara. Apa yang hendak ditakutkan oleh kerajaan sekiranya tiada apa yang hendak disembunyikan.

"Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah, sehingga menyebabkan tindakan mencemarkan nama negara itu terpaksa diambil oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN," tegasnya lagi.

Beliau juga berkata, Najib sepatutnya jangan begitu takut kepada bayang-bayang beliau sendiri diatas segala kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan selama memerintah negara.

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula berkata, menyokong Umno dan BN bererti rasuah akan terus bermaharajalela dan berleluasa dalam negara.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, sejarah telah membuktikan bagaimana rasuah bermaharajalela di Perak apabila usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dilakukan oleh BN.

"YB Sivakumar dijanjikan habuan sebanyak RM30 juta jika sanggup menjadi katak seperti yang lain. Manakala YB Yunus pula turut dijanjikan ganjaran sebanyak RM20 juta jika sanggup melompat.

"Ini adalah sejarah hitam yang menjadi nostalgia dan memori hitam dalam sejarah negeri Perak, walaupun ianya telah berlalu. Sejarah tetap menjadi sejarah yang tidak boleh diubah.

"Seribu satu macam kerosakan, pemborosan, pembaziran, penyelewengan, koruspsi, skandal yang diterajui oleh Umno dan BN berada di puncak sebagai parti nombor satu menguasai keburukan dan kemungkaran," tegasnya.

Beliau juga berkata, berdasarkan kepada begitu banyak bukti yang ada, Umno dan BN layak untuk dilabelkan sebagai parti rasis, pengkhianat bangsa Melayu, perasuah dan parti video seks.

"Oleh kerana itu, masyarakat jangan pula terpedaya dengan bikinan video terbaru selepas ini, yang akan memaparkan pelakon baru dan lama bikinan Umno dan BN, melalui skrip lama yang diolah oleh pengarah baru menjelang pilihan raya umum yang akan datang, " jelasnya lagi.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4537-bekas-pemimpin-bn-juga-tidak-percaya-najib

SPR akhirnya akui wujud pengundi hantu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.

Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.

"Ini merupakan kenyataan “U-turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.

"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan.

Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.

Pada 21 Julai lalu, Suhaizan mendedahkan satu fakta bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.

Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.

Ianya boleh disemak melalui pautan SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Menurut Suhaizan, kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.

"Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

"Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah," jelasnya lagi.

Beliau juga hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Menurutnya, jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," tegasnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4534-spr-akhirnya-akui-wujud-pengundi-hantu

Bekas menteri akui perlu reformasi sistem p'raya

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Pertikaian PAS, Pakatan Rakyat, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan pelbagai pihak lain tentang ketelusan sistem pilihanraya di negara ini diakui berasas dan tidak sewajarnya dipandang ringan oleh kerajaan BN.

Sekiranya pilihanraya di negara ini benar-benar dilaksanakan dengan bersih dan adil, tidak mungkin pertikaiaan mengenainya berlaku sehingga menyebabkan pelbagai protes dilakukan secara berterusan oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, NGO-NGO di tanah air dan pelbagai pihak lain.

Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir (gambar) yang turut mengakui perkara itu antara lain meminta pihak kerajaan BN merujuk kepada penganjuran protes besar-besaran yang dilakukan oleh Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

"Sekiranya pilihanraya di negara ini memang bersih, masakan Bersih sanggup bersusah payah mengadakan perhimpunan itu. Ini menggambarkan keadaan di negara kita yang sudah teruk," katanya.

Berucap pada majlis pelancaran sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, beliau menyarankan kerajaan memperbaiki keadaan itu demi kepentingan negara.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar mengambil pendekatan yang baik dengan turut menerima cadangan-cadangan yang baik dari rakyat termasuk dari Bersih 2.0.

"Untuk memperbaiki perkara itu, Datuk Ambiga turut mencadangkan agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO. Saya kira cadangan itu adalah sesuatu yang baik yang patut diterima oleh kerajaan," tegasnya.

Keadaan yang teruk di negara ini, menurut beliau, selain pilihanraya tidak bersih, juga boleh dilihat dari pelbagai sudut lain termasuk amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, penyelewengan, kerosakan moral dan sistem sosial, kehancuran perpaduan kaum dan hilangnya rasa hormat menghormati antara satu sama lain.

"Semua itu boleh menjejaskan kestabilan politik dan boleh merosakkan negara. Ia berlaku akibat sikap pihak-pihak tertentu yang ingin menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya.

Beliau turut kesal apabila jika terdapat individu tertentu yang prihatin dan tidak senang dengan perkembangan negatif itu menegur dan berusaha untuk memperbaiki keadaan demi kepentingan rakyat dan negara, individu itu pula yang akan tersdingkir dari kerajaan dan ditolak dari barisan kepimpinan kompenan BN.

"Padahal, negara ini bukan milik mereka. Negara kita ini bukan milik kumpulan minoriti. Negara kita ini bukan milik Umno dan bukan milik PAS, tetapi negara ini adalah milik seluruh rakyat negara ini.

"Jadi pihak pemerintah mestilah faham dengan realiti itu dengan sentiasa menjaga perpaduan kaum dan kepentingan semua rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, bukan hanya menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka sendiri sahaja sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa," ujarnya.

Demi kepentingan negara, beliau mengajak pihak pemerintah khususnya dan kesemua pihak di negara ini amnya bersama-sama menghayati pesanan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra khususnya berhubung soal amanah dan perpaduan kaum.

Apabila Bapa Kemerdekaan kita, katanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya:

"Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi, orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian dan sebagainya.

"Jikalau kita jujur dan ikhlas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain.

"Sebagai anggota keluarga yang ikhlas dan jujur, kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik.

"Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia."

Menurut beliau, alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah itu. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mahukan seluruh rakyat negara ini hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia.

"Selepas 54 tahun, di manakah kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Jika belum tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar.

"Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama untuk menyatakan hasrat dan suara kita dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

"Tunku Abdul Rahman bukanlah bercakap kosong atau bercakap tak serupa bikin. Sebaliknya. Tunku Abdul Rahman sendiri mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain," tegas beliau.

NGO baru Amanah yang dilancarkan semalam diketuai oleh Ahli Parlimen Gua Musang selaku presidennya, manakala beliau pula selaku salah seorang timbalan presidennya.

Penubuhan pertubuhan yang dipimpin oleh barisan kepimpinan dari pelbagai bidang itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan rakyat negara ini, bagi menyampaikan suara rasminya dalam menegur kerajaan BN yang kini semakin merosakkan negara ekoran pelbagai tindakan para pemimpinnya yang amat tidak disenangi rakyat.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4529-bekas-menteri-akui-perlu-reformasi-sistem-praya

Biometrik: Bukan langkah selamat malah sia-sia

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya, terutama bagi proses pengesahan pegundi, bukanlah satu langkah yang baik, tepat dan selamat, malah merupakan usaha yang sia-sia dan membazir.

Untuk membolehkankan pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak sepatutnya memperkenalkan sistem itu, tetapi menimbang 8 cadangan jawatankuasa Bersih 2.0 yang dikemukakan kepada pihak SPR dan kerajaan baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, hanya dengan menerima cadangan itu, semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan.

Menurut beliau, setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data.

Katanya, SPR telah diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data.

"Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

"Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem teknologi maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu, tetapi data atau maklumat yang berada di dalam pengkalan data SPR," katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas cadangan SPR untuk memperkenalkan sistem biometrik dalam pilihanraya.

Menurut beliau, dalam konteks SPR, hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data.

Data atau maklumat di dalam pengkalan data, katanya, tidak boleh berubah dengan sendirinya. Sebaliknya, ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya.

"Siapa yang menggunakannya? Anda tahu siapa? Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti data atau maklumat bukanlah kerana aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu, kenapa sistem biometrik dicadangkan?

"Sistem biometrik juga adalah sebuah aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini," ujarnya.

Sebagai contoh, katanya, sistem biometrik yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai kunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk capaian data atau maklumat daripada pengkalan data.

"Setiap rakyat Malaysia mempunyai nombor kad pengenalan unik dan boleh dipadankan dengan cap jari yang juga unik. Sepertimana maklumat nombor kad pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), cap jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan.

"Sepertimana didapati terdapat nombor kad pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), cap jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana nombor kad pengenalan dan cap jari yang sama dimasukkan oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang berbeza, keputusan daripada sistem biometrik juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi," kata Nasrudin (gambar).

Oleh itu, menurutnya, isu ketelusan dan pengundi hantu bukanlah kerana aplikasi capaian (perkakasan atau/dan perisian). Jadi, apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luar.

"Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan sistem biometrik itu?

"Secanggih manapun aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad Id, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika data atau maklumat yang sedia ada di dalam pengkalan data tidak dibersihkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai rakyat akan ketelusan mereka, saya tidak melihat sumbangan sistem biometrik itu kepada ‘ketelusan' itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

"Malah manipulasi sistem biometrik boleh dilakukan kepada pengkalan data. Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya,” tegas beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4549-biometrik-bukan-langkah-selamat-malah-sia-sia-

Kerajaan silap anggap biometrik selesaikan masalah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sistem biometrik hanya mampu mengenal pasti mereka yang mempunyai MyKad dan berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan tertentu.

Bagaimanapun, sistem itu masih tidak mampu menyelesaikan masalah pokok yang dibimbangi rakyat iaitu pengundian berganda.

"Apakah jaminan seseorang yang telah mengundi tidak boleh mengundi lagi di tempat-tempat lain.

"Apatah lagi sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas.

"Berbeza dengan dakwat kekal, apabila sesorang itu dicalit dakwat, semua orang tahu bahawa beliau telah mengundi dan tidak boleh mengundi lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Dzulkefli mengulas pengumuman SPR persetujuan kerajaan agar biometrik digunakan untuk pengesahan pengundi di hari pilihan raya nanti.

Sistem ini akan disambungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status sesaorang pengundi.

Persoalan sistem ini menjadi hangat kerana hilangnya keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kewibawaan SPR.

Ini kerana, pelbagai maklumat tersebar kononnya beberapa pemimpin kanan SPR dilantik khas oleh pemimpin kerajaan untuk mempastikan kemenangan BN.

Usaha pimpinan kampus pendidikan tinggi di Malaysia untuk menggunakan sistem yang serupa dalam pilihan raya kampus juga ditentang hebat oleh pelajar kerana isu ketidakyakinan kepada pengendali pilihan raya.

Dr Dzulkefli yang baru dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, sebaliknya, sistem menggunakan dakwat kekal adalah yang terbaik setakat ini kerana ia boleh dilihat oleh semua orang yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau yakin, sistem biometrik yang cuba hendak diperkenalkan SPR dan mendapat sokongan Kabinet ini tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Tahniah kepada rakyat

Namun begitu, beliau mengucapkan tahniah kerpada rakyat negara ini, khasnya Bersih 2.0, kerana akhirnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengakui bahawa sistem pilihan raya di negara ini tempang dengan adanya pengundian berganda untuk seorang pengundi.

"Setelah mengakui hakikat inilah, kerajaan mahu memperkenalkan sistem biometrik ini," kata Dr Dzulkefli.

Namun, kata Dr Dzulkefli (gambar kanan) , penyelesaian yang diberikan kerajaan BN ini seumpama mahu menggunakan senjata besar yang canggih, misile misalnya, bagi membunuh seorang 'bandit' .

"Ia tentu berbelanja besar dalam masa yang suntuk kerana timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin telah mengumumkan pilihan raya sudah tidak beberapa bulan saja lagi," katanya.

Beliau yakin, sebagaimana pembelian dakwat sebelum ini, projek 'biometrik' akan tinggal cadangan sahaja.

"Jika ia hendak dilaksanakan juga, kerajaan akan hadapi masalah belanja yang besar, latihan, keyakinan rakyat dan sebagainya," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan agar isu ini diselesaikan dengan cara yang semudah mungkin.

"Mengapa takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal sedangkan ia terbukti berjaya di negara yang paling lama demokrasinya di dunia sebelah sini iaitu India.

"Cara ini mudah dan telus kepada rakyat kerana isu sebenar adalah ketelusan. Guna biometrik hanya akan dapat ditentusahkan oleh pegawai bertugas sahaja berbanding dakwat kekal yang boleh disaksi oleh semua yang berada dalam tempat mengundi," kata beliau lagi.

Beliau tidak dapat membayangkan kerumitan yang bakal berlaku di hari mengundi nanti jika sistem biometrik diperkenalkan dalam keadaan tanpa latihan yang cukup kepada pegawai dan kefahaman yang jelas dari rakyat.

PENDAPAT BERKAITAN

Sistem biometrik tidak selamat


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4530-kerajaan-silap-anggap-biometrik-selesaikan-masalah

Sistem biometrik tidak selamat

Huzir Sulaiman

Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap ‘competitive’ atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Satu keperluan ‘survival’ rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan ‘survival’ mereka.

Tidak terlalu 'extreme' atau berat kalau saya katakan, kita amat memerlukan teknologi maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya daripada penjajahan ekonomi.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif teknologi maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.

Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai ‘ketelusan’ melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan semalam (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data. data atau maklumat di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan. Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luaran.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan Umno BN untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada ‘KETELUSAN’ itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

“Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well.”

“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua’lam.

**Penulis mempunyai pengalaman hampir 15 tahun di dalam Industri Teknologi Maklumat. Cadangan rujukan kepada pihak umum adalah di http://www.eff.org/wp/biometrics-whos-watching-you



http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/4527-sistem-biometrik-tidak-selamat

LEPAS KAWAN VATICAN,KINI HINA ARAB SAUDI?

POSTED BY ADMIN ON JULY 25TH, 2011

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

“Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini,” dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan ‘dinaungi’ kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

“Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923),” dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat antikeganasan anjuran pihak polis.

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini “orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis”.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno – antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan – juga boleh disenaraikan.

“Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan,” sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

‘Tolak juga fahaman tak demokratik’

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

“Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

“Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris,” katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu – merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama – hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

“Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

“Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia,” kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Malaysiakini


http://www.kl-today.com/2011/07/kawan-vaticankini-hina-arab-saudi/

ZAHID: BOURDON USED BY DAP & SUARAM

POSTED BY ADMIN ON JULY 25TH, 2011

The government is now claiming that French human rights lawyer William Bourdon was exploited by Suaram and the DAP for its own ends. Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi said Bourdon, who was deported for visa violation last Friday, was “utilised and “victimised” by Suaram director and former DAP MP Dr Kua Kia Soong.

Kua initiated the legal action to probe into RM7 billion Scorpene submarine deal between French company DCNS and the Malaysian government. The deal is said to be linked to the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu.

“He is being utilised and victimised by the DAP, Dr Kua and Suaram,” Ahmad Zahid said after officiating the signing of a Memorandum of Understanding and Memorandum of Agreement between Perhebat (Ex-Servicemen’s Affairs Corporation) and six other private companies here at the Defence Ministry.

Pakatan Rakyat claimed the Najib administration had deported Bourdon out of fear that other multi-billion ringgit defence contracts will come under scrutiny..

Ahmad Zahid, however, shrugged off the allegation and said Bourdon had no right to bring the case, which will soon enter full trial in Paris, to Malaysia.

“Ask him to ask himself whether he got the right to defend the case here. If he would like to defend his case, do it in France, not here,” he said when asked if he agreed with the deportation of Bourdon.

Ahmad Zahid’s remarks followed Home Minister Hishammuddin Hussein’s comment on the matter earlier today.

No political motive

Hishammuddin said that there was no political agenda in the deportation of Bourdon. The minister said he was deported due to “visa non-compliance” and for making a speech in Penang.

“It’s due to a visa violation. There are certain things tourists cannot do. I don’t know what it is, but one cannot give a speech,” he told reporters today.

Hishammuddin also denied that Bourdon’s deportation had any political agenda behind it.

“People get deported everyday, but people have selectively chosen this case to say that it is political,” he said.

The French lawyer was held by immigration officers when he landed in Sepang from Penang on July 22 just after he spoke on the progress of the Scorpene case at a fundraiser organised by Suaram. He was scheduled to speak at another event on the day he was arrested.

Suaram had filed a suit with the French courts – which will be heard on December 9 – in a bid to declassify information on government contracts signed with a Malaysian company as well as other related information which have been classified as official secrets.

Perimekar Sdn Bhd, owned by Abdul Razak Baginda, a close associate of Prime Minister Najib Tun Razak, was said to have received close to RM500 million in commissions from the Scorpene deal.

Najib, who may be called upon to testify before the French court, was the defence minister at the time.

Kua: No one can ‘use’ Bourdon

When contacted, Kua laughed off the Defence Minister’s comments, saying that Bourdon was a person of high calibre who would not allow himself to be used by any party.

“How do you victimise a person? Bourdon is a world famous human rights lawyer. He is a person of calibre who will not allow anyone to ‘victimise or utilise’ him,” he told FMT.

As for the minister’s argument that Bourdon should have defended his case in France and not here, Kua explained that Bourdon was not in Malaysia to defend his case.

“I think he has no hope in the Malaysian judicial system. He is our lawyer employed by us. He has taken up the case in France and his main work is there,

“He was merely here to inform us, his clients, of the progress of the case,” he added.

Kua said that under the international law, Bourdon has the right to report to his clients and by violating that right, Malaysia has put itself in a very bad light in the eyes of the international community.


http://www.kl-today.com/2011/07/zahid-bourdon-used-by-dap-suaram/

ISU CINCIN ROSMAH MASIH DIRAGUI

POSTED BY ADMIN ON JULY 25TH, 2011

Setelah negara dikejutkan dengan pembelian cincin berlian RM24.45 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, pelbagai penafian dan cara dibuat untuk melenyapkan pendedahan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).Ini termasuk menyatakan tuduhan itu sebagai palsu dan mendakwa berlian tersebut dibawa masuk ke negara ini hanya bagi tujuan pameran yang kononnya sulit pada 17-19 April 2011.

Justeru itu, satu borang dikeluarkan yang dinamakan K2 oleh pihak Kastam di Raja Malaysia, bagi membuktikan berlian berkenaan dibawa keluar ke Singapura selepas empat hari memasuki negara ini (gambar bawah).

Namun sebuah blog mendedahkan bahawa borang tersebut menimbulkan banyak keraguan, termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Blog yang bernama edyesdotcom.blogspot.com mendakwa, borang itu ditandatangani seorang pegawai kastam yang mempunyai nama seakan Perdana Menteri iaitu Abd Najid Razak.

Borang K2 yang ditandatangani oleh Pegawai Kastam bernama Abd Najid Razak.

Maklumat yang tertera pada borang itu menunjukkan pegawai tersebut berkhidmat sebagai Penguasa Kastam cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA.

Namun menurut blogger itu, pegawai tersebut sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan, Kastam Putrajaya berdasarkan cop yang bertindan pada borang itu.

Menurutnya, beliau mengesahkan maklumat itu yang dikenalpasti dari laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang dikemaskini hingga Julai 2011.

“Saya telah membuat pemeriksaan dilaman portal rasmi, dan walaupun dengan maklumat yang terhad. Maklumat tentang pegawai yang diragui itu dapat dikesan,”

“Ini kerana tidak munasabah, seorang pegawai yang jelas namanya bertugas di Putrajaya menurunkan tandatangan ke atas borang K2 tersebut yang berada di KLIA,” kata penulis blog itu.

Pada 13 Julai lalu Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian berlian ‘Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon’ berkenaan.

Chegubard mendedahkan bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York, Jacob & Co.


http://www.kl-today.com/2011/07/isu-cincin-rosmah-masih-diragui/

ANWAR TIDAK MUNGKIN JADI PM?

POSTED BY ADMIN ON JULY 25TH, 2011

Saudara Pengarang,

Perjuangan merintis ranjau dan onak berduri sejak zaman belia lagi saudara Anwar telah mencipta nama sama ada di peringkat kampus, negara dan antarabangsa. Namun, setakat mana perjuangan Anwar sehingga beliau boleh diangkat menjadi PM satu hari nanti. Adakah Anwar sudah bersedia diasah untuk menjadi PM atau mungkin Anwar akan dibiarkan keciciran di pentas politik negara.

Anwar bukan tandingan Najib atau mana-mana pesaing di dalam negara untuk menjadi PM kerana Anwar sebenarnya sudah berada di pentas dunia malahan beliau sepatutnya mentadbir PBB demi keselamatan dunia.

Anwar yang aku kenali, boleh mencipta nama tetapi bukan di kampung sendiri kerana Anwar mempunyai anugerah ciptaan Ilahi. Sekiranya jawatan Setiausaha PBB boleh diundi pasti Anwar akan mendapat sokongan 100% dari seluruh dunia. Anwar mesti sedar bahawa Anwar bukan lagi berjuang di dalam negara, kerana Anwar hanya boleh mendemokrasikan Malaysia dengan kuasa dan bukan dengan cara jalan raya.

Hari ini dan semalam merupakan hari duka dan lara Anwar, setiap pergerakan dan tindak tanduk Anwar pasti ada yang menghina dan mereka cipta cerita. Kerajaan sedia ada sebenarnya bukan berkerja untuk negara tetapi berkerja untuk memastikan bukan Anwar PM Malaysia. Impian rakyat mungkin atau tidak menjadi nyata, kerana Anwar sentiasa menjadi serangan seluruh kuasa di negara Malaysia. Cerita direka semua menjadi bualan semata-mata. Tapi, Anwar masih berdiri megah dan teguh namun belum tentu Anwar jadi PM kerana mereka ada kuasa.

Sejarah bakal tercipta, tetapi inspirasiku tetap juga merasa Anwar bukan PM dan biarlah ada penggantinya. Berikan tampuk dan bakal PM dari Pakatan Rakyat dari kalangan Underdog, di mana fitnah dan cerita tidak boleh direka. Jika Anwar pernah bersumpah sebelum terpenjara 1998, akan lahir 100 orang seperti Anwar maka Anwar kena buktikan dan dari 100 orang itu adalah bakal PM Malaysia. Pilih yang terbaik dan bukan bekas UMNO, angkatlah pemuda yang bakal jadi PM itu sebagai inspirasi Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia.

Doaku dan Malaysiaku, semoga Anwar mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa untuk memberikan Malaysia satu lonjakan ke arah memartabatkan demokrasi di negara tercinta. Amin…

Calon Perdana Menteri
ibnunasir81@gmail.com


http://www.kl-today.com/2011/07/anwar-tidak-mungkin-jadi-pm/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...