Saturday, September 20, 2008

5 penyamun terjerat

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Mereka menggunakan pelbagai taktik bergantung kepada lokasi dan keadaan mangsa sebelum merompak dan melarikan barangan berharga.

Namun, perbuatan jahat mereka itu akhirnya membawa padah apabila semua lima penyamun terbabit ditahan polis, 7 September lalu di dua lokasi berasingan masing-masing di Taman Sejahtera, Segambut dan kawasan Jinjang.

Antara taktik yang digunakan kumpulan terbabit jika mangsa berjalan sendirian, mereka akan menghampiri dan berpura-pura bertanyakan arah sambil mata meliar memerhati barang berharga yang dimiliki mangsa.

Sebaik menyedari mangsa memiliki barang berharga, mereka akan memaklumkan kepada rakan yang sudah bersedia berhampiran lokasi untuk menyamun mangsa dan melarikan diri.

Jika lokasi yang disamun itu kedai atau restoran, mereka akan menggunakan taktik mahu menggunakan tandas dan memesan minuman sebelum memastikan premis yang ingin disamun itu tidak ramai atau langsung tidak mempunyai pelanggan.

Difahamkan, mereka juga sanggup menunggu dan melepak beberapa jam sambil minum di restoran dan akan memastikan premis yang ingin disamun itu tidak mempunyai atau kurang pelanggan.

Bagi kawasan perumahan pula, kumpulan penyamun terbabit akan menggunakan taktik menunggu mangsa yang keluar membuka pintu pagar untuk ke tempat kerja sebelum mereka meluru masuk.

Selain itu, mereka juga turut menyamun mangsa yang berehat atau berhenti tidur di stesen minyak dengan mengacukan parang sebelum melarikan kenderaan milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata dengan penahan lima suspek itu polis berjaya menyelesaikan 20 kes samun yang dilakukan sekitar Kepong dan Jinjang.

“Semua lelaki yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 35 tahun dan bekerja sebagai buruh,” katanya semalam.

http://www.hmetro.com.my/

Perpisahan penuh syahdu


KUALA LUMPUR: Suasana pilu dan sayu menyelubungi ‘majlis khas’ bagi meraikan perpisahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, apabila Menteri Pertahanan itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedih meninggalkan kementerian yang dinaunginya itu sejak 14 tahun lalu.

Malah, Najib dilihat mengesat air mata sebaik beliau bersalaman dengan warga Kementerian Pertahanan yang menanti beliau di perkarangan dataran di Wisma Pertahanan, semalam.

Suasana hiba dapat dirasakan juga oleh lebih 2,000 warga kementerian dalam majlis yang dimulakan kira-kira jam 9.50 pagi itu, apabila ada antara mereka tidak dapat menahan kesedihan berpisah dengan Najib yang bertukar portfolio dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Kewangan.

Majlis penuh bermakna itu dimulakan dengan Najib menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan membabitkan pegawai dan anggota Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi.

http://www.hmetro.com.my/

Kajian semula ISA boleh dibuat tapi dengan cermat: Rais


KUALA KLAWANG: Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berpendapat kajian semula mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (IAS) boleh dibuat tetapi perlu dilakukan dengan cermat.

Oleh itu, beliau berkata gesaan sesetengah pihak supaya ISA dihapuskan merupakan pandangan politik yang tidak harus disuarakan.

“ISA itu bukanlah sempurna 100 peratus...kita boleh lihat aspek-aspeknya yang didakwa tidak begitu memenuhi syarat-syarat kemanusiaan. Ini saya bersetuju, malah prinsip ini memang kita pegang selama ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sedangkan negara lain juga ada tindakan sama seperti ISA dan kenapa mereka tidak menyentuh mengenai perkara itu.

Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata kajian mengenai ISA pernah dimulakan dulu tetapi memakan masa sebab keadaan di negara ini yang sentiasa berubah dalam konteks keselamatan dan kepentingan awam.

“Kalau sudah sampai masanya nanti, harus dijalankan kajian itu dan ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang,” katanya. -Bernama

http://www.hmetro.com.my/

Menu minoriti Muslim Paris

Sepanjang Ramadan, sebuah dapur sup dibuka di luar Cite Edmond Michelet, Paris untuk menyediakan juadah berbuka kepada imigran miskin atau penganggur.


BAGI imigran miskin, di sinilah tempat untuk mereka mengisi perut selepas sehari berpuasa.

-------------------------------------------------------------


MATAHARI sudah terbenam di kota Paris. Kelihatan ramai umat Islam yang berpuasa mula menikmati hidangan masing-masing sejurus azan dilaungkan menandakan masuknya waktu berbuka.

Di tempat lain di dunia, azan dilaungkan dari menara masjid, tetapi di khemah yang disediakan di utara kota Paris, ia datang dari pembesar suara sebuah radio kecil.

Sepanjang Ramadan, sebuah dapur sup telah dibuka di luar Cite Edmond Michelet, sebuah projek perumahan awam di daerah ke-19 kota romantis itu. Menunya pula terdiri daripada makan malam tradisional bermula dengan yogurt dan kurma.

"Ramai orang tidak mampu memenuhi keperluan mereka hari ini, tetapi mereka tidak pernah memberitahu anda," kata Ali Hasni, 45, sukarelawan untuk badan amal Une Chorba Pour Tous yang bermaksud Sup Untuk Semua Orang.

Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim yang terbesar di Eropah. Blok menara yang mengelilingi khemah tersebut adalah pandangan biasa landskap urban Perancis.

Bangunan usang itu menjadi tempat perlindungan kepada ramai imigran Muslim yang datang ke sini untuk bekerja di dalam sektor pembinaan pada tahun 1960 hingga 1970-an.

Kebanyakan blok menara itu merupakan unit terpenting pada tahun 2005 apabila ramai imigran muda merusuh di seluruh Perancis selepas dua remaja terbunuh dalam renjatan elektrik dalam sub-stesen kuasa ketika melarikan diri daripada polis. Sejak itu, keganasan berlaku dengan meluas di kawasan kejiranan.

Kawasan tersebut mendahului statistik jenayah keganasan kota Paris dan kadar pengangguran yang meluas. Tetapi, penganjur kedai sup tidak bimbang dengan reputasi tersebut.

"Kami menerima di mana saja Datuk Bandar benarkan kami membuka kedai, sama ada kawasan kejiranan berbahaya atau tidak. Tetapi, kami benar-benar suka satu alamat tetap sejak permintaan meningkat setiap tahun," kata Farid Adjadj, 34, seorang pekerja tetap yang menjadi sukarelawan sejak tahun 1994.


PEKERJA sukarelawan menghidangkan sup untuk menu berbuka.

---------------------------------------------------------------


Ketika pergaduhan antara kumpulan Muslim Arab dan golongan muda Yahudi Ortodoks menjadikan tajuk-tajuk utama akhbar tempatan, sebahagian penduduk mengatakan ketegangan masih terkawal.

"Ini merupakan salah satu bahagian paling popular di Paris dan kami telah bersama dengan baik. Saya cuma berharap agar perkara ini berlaku di Timur Tengah," kata David Siksik, seorang sukarelawan berbangsa Yahudi.

Khemah yang dikenali sebagai big top itu, dipasang merentangi beberapa buah gelanggang bola keranjang. Terdapat banyak meja panjang yang ditutupi dengan pengalas meja plastik.

Menu utamanya ialah stu berempah yang dimakan di pelbagai buah negara merentasi Afrika Utara, Timur Tengah, Selatan Eropah, Turki dan India. Di sini ia dipanggil chorba iaitu bahasa Perancis yang diterjemahkan daripada perkataan Arab untuk sup.

Une Chorba Pour Tous, yang mensasarkan kepada golongan Muslim yang miskin, telah beroperasi sejak tahun 1992. Ia memperuntukkan bajet tahunan sebanyak 150,000 euro (RM736,455) daripada sumbangan syarikat swasta dan orang ramai bagi membolehkan mereka menyediakan hampir 700 menu setiap hari sepanjang tahun.

Tetapi, waktu paling sibuk adalah sepanjang Ramadan apabila mereka menghidangkan purata 2,000 hidangan setiap malam.

"Kebajikan amat penting bagi masyarakat Muslim terutamanya pada bulan Ramadan. Kebanyakan sukarelawan kami terdiri daripada penganut yang beragama Islam. Tetapi, kami tidak menghalang sesiapa yang memerlukan bantuan atau mahu membantu," kata Fanny Ait-Kaci, 56, salah seorang pengasas pertubuhan tersebut.

Harga makanan di Perancis meningkat sehingga 6.4 peratus sejak Julai lalu dan mereka memahami ramai penduduk miskin sukar untuk mendapatkan makanan sewaktu berbuka.


SEORANG lelaki duduk sendirian sambil menunggu waktu berbuka.

---------------------------------------------------------------


Sukarelawan dapur sup berkata, kebanyakan orang datang ke khemah mereka bukan tidak mempunyai rumah, tetapi pekerja imigran yang miskin atau mereka yang menganggur.

"Tiada semangat Ramadan di kawasan kejiranan saya yang terletak di barat Paris, tetapi di sini, itulah saja yang kami perlukan," kata Salima Hajjaj, seorang pendandan rambut yang datang bersama suami yang tidak bekerja dan tiga anaknya. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/

Suara Keadilan belum jawab


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima jawapan daripada Suara Keadilan, akhbar Parti Keadilan Rakyat berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya Jumaat lalu.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dua akhbar lain yang turut diberikan surat tunjuk sebab itu, Sin Chew Daily dan The Sun telah pun memberikan jawapan. KDN memberi tempoh seminggu kepada akhbar-akhbar berkenaan untuk menjawab.

"Sehingga tengah hari ini (semalam), kami masih belum terima surat tunjuk sebab daripada Suara Keadilan, tetapi mungkin ia akan dihantar nanti. Tetapi jika mereka gagal kemukakan surat itu, maka kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya ketika ditanya pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan amal kepada kakitangan kementerian itu di sini semalam.

Sumbangan kepada 289 anggota kementerian yang berpendapatan rendah itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab kerana laporannya yang memetik sumber-sumber yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan lumpuh setelah menjalani pembedahan pintasan jantung.

http://www.kosmo.com.my/


Suara Keadilan sudah jawab surat tunjuk sebab KDN

Sep 20, 08 2:56pm

Suara Keadilan - akhbar rasmi Parti Pakatan Rakyat (PKR) - telah menjawab surat tunjuk sebab Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam waktu yang telah ditetapkan, kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

"Dalam surat itu juga disertakan salinan naskah terbaru Suara Keadilan yang memuatkan pembetulan dan penarikan balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara, (Tan Sri) Musa Hassan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab kerana laporannya yang memetik sumber-sumber yang mendakwa Musa lumpuh setelah menjalani pembedahan pintasan jantung.

Menurut Tian, surat itu telah diserahkan dengan tangan ke pejabat Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Kawalan Pernerbitan & Teks Al-Quran di Putrajaya semalam (19 September), sebelum berakhir tempoh tujuh hari yang diberi oleh kementerian tersebut.

"Cop akuan penerimaan pada tarikh itu telah pun diperolehi dari pejabat KDN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, salinan surat itu juga dihantar dalam bentuk faks ke pejabat KDN pada tarikh yang sama.

Semalam, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sehingga tengahari semalam, KDN belum menerima jawapan daripada Suara Keadilan.

Selain Suara Keadilan, KDN juga menghantar surat tunjuk sebab kepada akhbar The Sun yang didakwa memanipulasi dan memainkan banyak isu sensitif, manakala Sin Chew Daily pula dikatakan melaporkan kontroversi kenyataan berbaur perkauman membabitkan bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Mengikut undang-undang, menteri dalam negeri mempunyai budi bicara untuk menggantung atau membatalkan permit penerbitan jika akhbar-akhbar itu gagal memberi penjelasan memuaskan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90105

Kadar letak kereta cecah RM10


MAHAL. Sesetengah pengusaha tempat letak kereta di ibu kota mengenakan caj sampai RM10 di Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan ini.

----------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Orang ramai yang berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di sini, kecewa dengan tindakan pengusaha tempat letak kereta persendirian yang mengenakan caj tetap yang melampau iaitu sehingga RM10 sekali masuk.

Senario itu dikatakan sering berlaku di kawasan berkenaan setiap kali menjelang Aidilfitri pada setiap tahun dan kenaikan itu didakwa sengaja dilakukan oleh pengusaha yang mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang mahu membuat persiapan Aidilfitri.

Walaupun kadar itu kelihatan tidak terlalu tinggi namun caj itu dikira melampau kerana kebanyakan pengunjung hanya meletakkan kereta untuk beberapa jam dan bukannya untuk sehari.

Tinjauan Kosmo! ke beberapa kawasan letak kereta di situ semalam mendapati, terdapat dua kaedah yang digunakan oleh pengusaha iaitu mengikut jam dan bayaran sekali masuk.

Seorang lagi penyelia tempat letak kereta yang cuma ingin dikenali sebagai Sazali berkata, punca kenaikan disebabkan oleh kadar sewa yang dinaikkan oleh pemilik tanah.

"Sebelum bulan puasa, sewa tapak hanya RM24,000 tetapi menjelang bulan Ramadan penyewa menaikkan sewa sebanyak RM40,000, sebab itu kami naikkan kadar bayaran tempat letak kereta," jelasnya sambil menambah mereka tidak berniat cekik darah pengguna.

http://www.kosmo.com.my/

Kawal segera harga pemborong


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


ADA peniaga membayangkan harga jualan ayam akan melepasi paras siling RM7 menjelang Syawal minggu depan.

-----------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Harga beberapa jenis barangan kawalan sudah mendekati paras siling sehingga mendorong peniaga menggesa kerajaan supaya memastikan ia tidak naik lagi dengan mengawal harga dari pemborong.

Mereka bimbang trend kenaikan harga itu sudah kelihatan sedangkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) hanya bermula Rabu ini.

Ada peniaga berpendapat, skim itu tidak berkesan jika pemborong menjual mahal dan memaksa peniaga meletak harga melepasi had siling.

Tinjauan Kosmo! ke Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu semalam mendapati, harga ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), telur dan tomato sudah dijual pada harga maksimum SKHMP.

Seorang peniaga, Hamzah Abdullah kesal kerana episod kenaikan harga ayam tetap berlaku menjelang Aidilfitri.

"Dah 30 tahun saya berniaga ayam dan daging, setiap tahun sama saja ceritanya. Kalau nak harga ikut harga kawalan, kerajaan kena bertindak tegas kawal harga borong,'' katanya.

Menurut Hamzah, harga ayam di Pasar Cow Kit kini pada paras maksimum RM7 sekilogram tetapi sudah ada bayangan ia akan dinaikkan.

"Pemborong tolak kepada kami RM6.10 sekilogram. Tapi dengar cerita, ia akan naik 20 sen esok (hari ini) dan 30 sen sehari kemudian (esok) sehinggalah menjelang 1 Syawal,'' katanya.

Mengikut SKHMP, harga borong maksimum ayam adalah RM6.20 manakala harga jualan maksimumnya RM7.

Sementara itu, Mahmud Abu Samah dari Pasar Pudu berpendapat, harga pasaran yang sepatutnya bagi daging kerbau India ialah RM12 hingga RM13.

"Kerajaan kena kawal harga borong, Kalau sampai kepada kami dah RM10, macam mana nak kekal jual RM11 (harga siling),'' jelasnya.

http://www.kosmo.com.my/

Pelajar diajak kahwin mutaah - Guru dakwa badan akan dirasuk jin

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my

KEPALA BATAS - Akibat terlalu takut kononnya badan akan dirasuk jin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sanggup mempercayai kata-kata karut seorang guru tuisyennya.

Mangsa bukan sahaja percaya bahawa dia perlu berkahwin secara mutaah (kahwin Kontrak) bersama guru tuisyennya, malah dia juga sanggup ke rumah suspek di Tasek Gelugor pada setiap Rabu.

Mengikut kedua-dua syarat tersebut kononnya boleh mengelakkan mangsa menjadi sasaran jin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, guru tuisyen itu mendakwa jika mangsa enggan badannya pada bila-bila masa akan menjadi sasaran jin.

Menurut beliau, kerana ketakutan dengan dakwaan itu, pelajar malang berkenaan mengikut 'bulat-bulat' cadangan gurunya itu.

"Perkara paling senang, gurunya menyuruh anak muridnya datang ke rumahnya (suspek) pada setiap malam Rabu dan sejak itu dia telah diperkosa beberapa kali sejak Februari lalu," kata beliau.

Katanya, setiap kali berlaku perbuatan terkutuk itu, guru tersebut mengugut supaya mangsa tidak membongkarkan 'rahsia besar' itu kepada sesiapa termasuk keluarga sendiri.

Jelasnya, mangsa yang percaya mengikut nasihat gurunya itu.

Bagaimanapun, Zulkifli memberitahu, dalam tempoh itu pelajar tersebut bernasib baik kerana belum berkahwin mutaah.

Namun, ujarnya, sejak kebelakangan ini, pelajar itu mula bosan apabila guru tersebut berulang kali mengugutnya supaya merahsiakan perkara tersebut.

Bukan sekadar itu, mangsa juga mula meragui apabila gurunya itu banyak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau lucah.

"Selepas berfikir berulang kali akan tindakan gurunya, mangsa akhirnya mendedahkan rahsia itu kepada keluarganya malam tadi (kelmarin)," katanya beliau.

Jelas Zulkifli, keluarga mangsa yang terkejut terus membawa mangsa membuat laporan polis pada pukul 8.45 malam kelmarin.

Berikutan laporan itu, katanya, guru tersebut ditahan dan dia disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

http://www.kosmo.com.my/

Merah atau biru? Pertembungan pertahan maruah


Dua kelab terbaik Inggeris dan Eropah bakal berentap di Stamford Bridge malam esok penentu siapa lebih gah musim ini. Namu 'The Blues' punyai banyak kelebihan kali ini

20 Sep 2008 12:32PM
Oleh Yusoff A. Rahman


SEPANJANG hayatnya, John Terry barangkali tidak mungkin dapat melupakan rentetan 'tragedi' pada 21 Mei lalu.

Bayangkan di hadapan 69,552 penonton di Stadium Luzhniki, Moscow, dan berjuta-juta lagi yang menghadap kaca televisyen, Terry mempunyai peluang membuat pemilik Chelsea, Roman Abramovich, menjadi orang yang paling gembira di dunia ketika itu.

Sayangnya, Terry, yang boleh menentukan kemenangan pasukan Chelsea ke atas Manchester United dalam babak tendangan penalti, gagal mencari sasarannya.

Akibatnya, United memenangi pertandingan akhir Liga Juara-Juara Eropah itu dengan tendangan penalti 6-5 selepas pertarungan dalam masa tambahan berkesudahan seri 1-1.

Kini, hampir empat bulan kemudian, Terry bersama rakan-rakannya dalam pasukan Chelsea bukan sahaja boleh menebus kekalahan itu bahkan mempunyai peluang lebih cerah melakukannya.

Pertama, Chelsea akan menerima kunjungan United di Stamford Bridge esok. Sebab, musim lalu, Chelsea menewaskan United 2-1 di depan penyokongnya.

Kedua, banyak perubahan yang berlaku dalam kedua-dua pasukan ini dalam tempoh empat bulan ini.

Dilihat dari sudut United, pasukan itu telah pun melamar pemain Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov. Kehadiran Berbatov bagaikan melengkapi kekuatan United.

Tetapi masalahnya, kemungkinan Berbatov beraksi masih disangsikan kerana beliau difahamkan diganggu masalah kecederaan selepas kemunculan sulungnya menentang Liverpool.

Kemudian, Cristiano Ronaldo baru pulih daripada pembedahan pada pergelangan kakinya.

Ini bermakna Ronaldo mungkin tidak berbahaya seperti dalam final Liga Juara-Juara Eropah. Bahkan, beliau menjaringkan gol tunggal United pada minit ke-26.

Dilihat dari sudut Chelsea pula, pasukan itu bukan lagi dipimpin oleh Avram Grant.

Sebaliknya, Luiz Felipe Scolari, jurulatih yang pernah membantu Brazil menjulang Piala Dunia 2002, dipikat untuk menyertai Chelsea.

Di bawah pimpinan Scolari, Chelsea menjadi pasukan yang lebih segar dari segi cetusan idea permainan, jalinan persefahaman dan corak permainan.

Kehadiran bekas pemain Barcelona, Deco, memantapkan jentera midfield Chelsea. Kemunculan Jose Bosingwa dari Porto menambah kekuatan pertahanan Chelsea.

Jadi, tidak hairanlah jika Chelsea tidak pernah kecundang dalam lima perlawanannya. Bahkan, mereka pernah menang empat kali dan seri sekali. Dari segi gol, mereka telah menjaringkan 13 gol.

Ini berbeza dengan United sejak meniti musim 2008-2009, permainannya begitu sederhana, termasuk kecundang 1-2 di tangan Zenit St Petersburg dalam Piala Super Eropah dan 1-2 di tangan Liverpool dalam Liga Perdana England.

Melihat kepada fakta di atas, Chelsea menjadi pilihan untuk menang.

Tetapi pengurus pasukan United, Sir Alex Ferguson, telah memberikan semacam amaran bahawa pasukannya akan bangkit dan kembali mengancam.

Amaran itu wajar diberi perhatian kerana di kalangan pemain yang membentuk kesebelasan utama United, tidak kira Paul Scholes, Wayne Rooney, Carlos Tevez atau Ronaldo, kesemuanya mempunyai kelebihan memperlihatkan sekilas kecemerlangan yang boleh membawa padah ke atas Chelsea.

Tetapi di bawah Scolari, Chelsea lebih mantap dari segi bertahan dan menyerang.

Dengan kelebihan itu, Terry bersama rakan-rakannya akan menebus kepahitan 'tragedi' 21 Mei lalu.

http://www.klpos.com/news/2008/09/20/1.html

‘Kek Yang dibawa Mungkin Beracun’ – Pengawal Keselamatan HSNZ

Ditulis oleh NurBaiti
Saturday, 20 September 2008



Meskipun PAS tidak memerintah Negeri Terengganu, namun pendokong dan pimpinan PAS tetap meneruskan usaha dakwah dan memberikan khidmat kebajikan kepada rakyat Terengganu.
Masyarakat umumnya memberikan sokongan dan dapat menerima baik kehadiran PAS, namun usaha murni PAS sentiasa diragui malah digeruni oleh sesetengah penyokong UMNO yang agak tertutup dan fanatik.


Tidak cukup dengan sekatan media massa dan elektronik, sesetengah mereka yang tidak faham cuba menyekat usaha kebajikan PAS Terengganu yang turun kepada masyarakat menerusi program-program yang melibatkan institusi atau agensi kerajaan.


Pengalaman saya mengikuti program Lujnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kelmarin memberikan pengalaman betapa masih ada sesetengah petugas jabatan kerajaan yang masih berfikiran ‘dibawah tempurung’ dalam dunia ‘langit terbuka’ sekarang.


Usaha kebajikan tidak harus terhalang dengan sentimen politik kepartian, namun mungkin mereka yang memandang sinis dan berusaha pula untuk menyekat usaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), adalah mereka yang telah terkunci pemikirannya dan menganggap hanya UMNO sahaja yang segala-galanya.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Eidul Fitri yang bakal tiba, PAS Negeri Terengganu cuba menghidupkan budaya ‘memberi dan menerima’ dengan melaksanakan program ziarah pesakit yang terlantar di wad di HSNZ.


Program tahunan ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya serta memberi semangat dan perangsang bagi pesakit-pesakit.


Antara pimpinan yang turut hadir bersama ialah YB Dato’ Tengku Hasan, ADUN Ladang, YB Dr . Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal dan Ustaz Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Lajnah Kebajikan serta Pengarah Program Dr. Muhammad Abdullah.


Manakala muslimat pula turut disertai Datin Seri Puan Hajjah Zainab, isteri YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang, Presiden PAS, isteri YB Dr . Alias dan isteri Ustaz Abu Bakar Abdullah.


Lawatan dan sumbangan kebajikan ini disambut dengan baik dan mesra oleh semua pesakit dan kakitangan HSNZ, namun terdapat seorang dua kakitangan yang berpandangan negatif terhadap program ziarah ini, cuba menyekat dengan pelbagai alasan.


Antara yang paling mengejutkan ialah ada kakitangan keselamatan yang menuduh rombongan ini datang untuk berkempen pilihanraya dan kek yang dibawa mungkin mengandungi “racun”.


Beberapa pelawat dan pesakit yang menyedari sikap petugas yang tidak professional ini hanya menggelengkan kepala tanda kesal dengan kekasaran sikap mereka.


Keadaan seperti ini pasti tidak berlaku sekiranya petugas Barisan Nasional pula yang turun untuk menyampaikan sumbangan.

Meskipun ruang dan peluang tidak dibuka sepenuhnya, PAS Terengganu tetap bersyukur dan gembira atas respon yang diberikan. Semua pesakit yang diziarahi menghargai kedatangan dan pemberian rombongan kebajikan ini.


Semoga selepas ini, PAS diberi peluang yang lebih luas bagi mendekati dan sama-sama berbakti pada rakyat tanpa prejudis untuk tujuan kepentingan politik semata-mata

http://buletinonline.net/

Mujahid: Pakatan hantar surat pada Agong



Athi Veeranggan Sep 20, 08 2:28pm

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.

Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.

Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Mengikut perlembagaan

Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan.

Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.

Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil.

Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen.

Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan.

Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut.

Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut.

http://www1.malaysiakini.com/news/90104

Badan peguam minta k'jaan bebas segera tahanan ISA

Sep 20, 08 4:31pm

Badan Peguam Malaysia hari ini meminta kerajaan segera membebaskan dengan tanpa syarat semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Badan itu, dalam mesyuarat agung luar biasanya, yang dihadiri oleh 739 anggota, menerima resolusi yang menggesa pembebasan lebih 60 tahanan ISA serta lebih 2,000 tahanan yang ditahan mengikut pelbagai undang-undang pencegahan, sama ada dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

"Terdapat banyak undang-undang yang dikaitkan dengan para tahanan ini dan jika pihak berkuasa mempunyai bukti terhadap mereka, dakwa mereka di mahkamah terbuka bagi membolehkan mereka mempertahankan diri," kata Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau berkata badan itu mendesak kerajaan supaya segera memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Berbahaya 1985, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Ambiga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat itu juga sebulat suara mahukan kerajaan mendokong ikrarnya terhadap Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mempromosikan dan melindungi hak asasi dan kebebasan asas serta menggalakkan kebebasan media.

Mesyuarat yang diadakan di Wisma MCA hari ini turut mengutuk surat tunjuk sebab kepada Sin Chew Daily, The Sun serta Suara Keadilan dan menggesa kerajaan menarik balik surat berkenaan dengan segera.

"Kebanyakan anggota berasa sangat bimbang dengan layanan yang diberikan kepada tahanan ISA di mana mereka berada dalam keadaan daif, diberikan makanan tidak sihat dan kurang berhubung dengan dunia luar," kata Ambiga.

Bekas presiden Sulaiman Abdullah berkata kerajaan sepatutnya mengambil kira pertimbangan mengenai cabaran dan trauma yang dihadapi anggota keluarga tahanan apabila mereka terpisah dengan orang yang disayangi selama lebih enam tahun.

"Sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan ISA memandangkan ia boleh disalahgunakan terhadap mereka yang membantah kerajaan," katanya.

Seorang lagi bekas presiden, Kuthubul Zaman Bukhari berkata ini bukan pertama kali Badan Peguam Malaysia mendesak supaya ISA dimansuhkan dan akta itu tidak lagi sesuai dalam masyarakat masa kini.

Ditanya apakah tindakan badan itu selepas ini jika tidak mendapat maklumbalas yang memuaskan daripada kerajaan bagi memansuhkan ISA, Ambiga berkata tekanan akan dipertingkatkan terhadap kerajaan menerusi penggubal undang-undang yang dilantik serta sokongan oleh pertubuhan lain.

http://www1.malaysiakini.com/news/90111

Bahagian mula tetapkan tarikh mesyuarat


Abdul Rahim Sabri Sep 20, 08 1:41pm

Sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara sedang membuat persiapan untuk mengadakan mesyuarat masing-masing mulai 9 Oktober depan.

Selain memilih kepimpinan peringkat bahagian, mesyuarat kali ini amat penting kerana mereka akan membuat pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi Umno Disember ini.

Pencalonan tersebut adalah bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Tertinggi (MT)

Di samping itu, mesyuarat bahagian kali ini juga akan memilih perwakilan yang akan mengundi dalam perhimpunan agung parti itu nanti.
Para perwakilan akan terdiri daripada enam pemegang jawatan utama bahagian yang juga dikenali sebagai G6 dan tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian (G7).

Ini bermakna setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan untuk mengundi memilih pucuk pimpinan Umno Disember ini.

Mengikut perlembagaan parti, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan, timbalan 20 peratus (38 pencalonan), naib presiden 10 peratus (19 pencalonan) dan MT 5 peratus (10 pencalonan).

Malaysiakini telah menghubungi kesemua 100 bahagian di Kedah, Wilayah Persekutuan, Perak, Selangor dan Johor dan mendapati 39 daripadanya telahpun menetap tarikh mesyuarat bahagian masing-masing.

Tarikh mesyuarat

Kedah mempunyai 15 bahagian, Wilayah Persekutuan (13), Perak (24), Selangor (22) dan Johor (26)

Sehingga hari ini, bahagian-bahagian yang menetapkan tarikh mesyuarat mereka ialah empat di Kedah, Wilayah Persekutuan (7), Perak (6), Selangor (9) dan Johor (14).

Bahagian di Kedah yang telah menetap tarikh mesyuarat ialah Pokok Sena dan Merbok (18 Oktober), Sik (25 Oktober) dan Padang Terap (11 Oktober).

Wilayah Persekutuan - Cheras, Bandar Tun Razak, Wang Maju dan Segambut (19 Oktober), Setiawangsa (25 Oktober), Kepong (26 Oktober), Labuan (16 Oktober).

Perak - Gopeng (26 Oktober), Bagan Serai (12 Oktober), Padang Rengas (18 Oktober) manakala Lenggong, Sungai Siput dan Tambun (19 Oktober).

Selangor - Shah Alam (12 Oktober), Kapar (18 Oktober), Kuala Langat (19 Oktober), Puchong (2 November), Sungai Besar (8 November), Kelana Jaya (9 Novemer) manakala Sabak Bernam, Petaling Jaya Utara dan Serdang (26 Oktober).

Manakala Johor pula - Tenggara (10 Oktober), Pagoh (12 Oktober), Batu Pahat dan Tebrau (18 Oktober); Kulai, Tanjung Piai dan Bakri (19 Oktober), Labis (25 Oktober); Kluang, Sri Gading, Pulai dan Johor Bahru (26 Oktober), Segamat (2 November) dan Pengerang (9 November).

http://www1.malaysiakini.com/news/90099

Polis bebaskan blogger Kickdefella

Sep 20, 08 4:44pm

Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibebaskan hari ini selepas ditahan polis untuk siasatan selama dua hari oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).

Beliau dibebaskan pada jam 1 tengahari tadi. Semalam, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan beliau direman sehingga 5 petang ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau memberi keterangan pula kepada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan apabila keluar dari pejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang.

Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.

Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

http://www1.malaysiakini.com/news/90114

Raymond Tan keberatan lepas jawatan kabinet

Tony Thien Sep 20, 08 4:15pm

Selepas memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) kini berdepan dengan masalah Timbalan Presiden, Datuk Raymond Tan yang dikatakan keberatan untuk melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah.

Sekurang-kurangnya dua pemimpin SAPP - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Aw Kam Wah serta Jimmy Wong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Datuk Musa Aman - juga telah diminta melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan ekoran keputusan parti itu keluar dari BN.

Hanya Adun Luyang, Melanie Chia, yang telah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri muda.

Seorang lagi pemimpin SAPP, Frankie Chong, yang juga timbalan Speaker, tidak diperlukan melepaskan jawatannya kerana beliau dilantik oleh yang dipertua negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan SAPP yang baru, Chong Pit Fah menggesa Tan menyatakan kebenaran di sebalik keputusannya untuk kekal dalam BN, dan bukannya mendakwa beliau ditolak oleh Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee.

Chong juga menyifatkan Tan sebagai 'tidak mengenang budi' dan turut menyifatkan kenyataannya sebagai 'nakal' dan 'berniat jahat'.

"Raymond Tan adalah seorang menteri kanan dan seorang timbalan ketua menteri. Mengapa harus SAPP menolaknya?

"Beliau tidak sepatutnya memberi alasan untuk terus kekal dalam Barisan Nasional," kata Chong.

Nafi dakwaan Tan

Katanya, beliau percaya rakyat Sabah yang dapat berfikir dengan betul, dapat melihat rasional sebenar mengapa Tan mahu kekal dalam BN.

Selama ini, kata Chong, presiden parti itulah yang berkeras supaya Tan memegang kedua-dua jawatan timbalan presiden parti dan timbalan ketua menteri.

Oleh itu, Chong menolak dakwaan Tan bahawa beliau telah dipulaukan oleh parti, sambil menambah Tan sepatutnya telah dibuang daripada menjadi ketua bahagian Sandakan.

Beliau mendakwa, sejak memegang jawatan tersebut, Tan tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat di bahagian tersebut.

Chong juga membidas Tan kerana mengadu kepada pihak media bahawa dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu baru-baru ini, beliau mendapati kerusinya telah dialih, hanya kerana beliau lewat l5 minit.

"Jika beliau berang dengan perkara kecil seperti itu, maka beliau tidak seharusnya berkata bahawa tidak ada sebab untuk SAPP meninggalkan BN hanya kerana parti itu tidak dijemput menghadiri mesyuarat BN untuk enam kali berturut-turut.

"Beliau sepatutnya faham bagaimana perasaan parti berhubung perkara itu," katanya.

Menurut Chong, memandangkan begitu ramai yang hadir pada hari tersebut, maka kerusi-kerusi mereka yang lewat datang atau tidak datang, telah diisi oleh mereka yang datang lebih awal.

Tambahnya, sebaik sahaja Tan tiba - lebih setengah jam lewat - beliau terus diberi kerusi.

Rombakan kecil

Beliau bagaimanapun mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan, Wong dan bekas ketua Pemuda, chief Au Kam Wah.

Chong juga berkata, parti itu membuat rombakan kecil dalam jawatankuasa ekskutifnya sewaktu mesyuarat majlis tertinggi baru-baru ini.

Beliau telah dilantik sebagai ketua penerangaan menggantikan Kassim Sulaiman yang dilantik sebagai setiausaha organisasi. Kassim menggantikan Edward Dagul yang kini dilantik sebagai ketua Pemuda menggantikan Au, yang meletak jawatan dari parti semalam.

http://www1.malaysiakini.com/news/90109

2,000 ahli SAPP dilapor keluar parti

Sep 20, 08 3:30pm

Kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tanjung Papat mengumumkan keluar dari parti itu sebagai menyokong pendirian Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), demikian menurut laporan Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan, mereka membuat keputusan itu dalam satu perjumpaan di Sandakan malam tadi dengan Tan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat.

Dengan tindakan itu, SAPP Tanjung Papat kini hanya mempunyai satu cawangan iaitu Slipway di kawasan Bandar Sandakan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang.

Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin.

Shaiful Bahari Muin yang sebelum ini ialah Ketua SAPP Cawangan Kampung Melayu Bumiputera berkata mereka membuat keputusan keluar parti sebagai tanda menyokong pendirian Tan.

"Kami sebulat suara menyokong Tan dan bersetuju keluar dari SAPP. Bagi kami Tan adalah pemimpin parti dan wakil rakyat yang memikirkan rakyat dan penyokongnya dalam membuat apa juga keputusan, sudah tentu kami akan menyokongnya," katanya kepada Bernama.

Tan yang juga merupakan pengerusi SAPP Zon Sandakan tetapi disebabkan pendiriannya itu termasuk tidak bersetuju dengan cadangan usul tidak percaya SAPP terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 18 Jun lepas, beliau disisihkan dari parti.

Jawatan Pengerusi ZON Sandakan kini disandang oleh Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong.

Pada 17 September lalu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan keputusan parti itu keluar dari BN setelah lebih 13 tahun dalam gabungan tersebut, dengan alasan BN telah hilang "Semangat BNnya".

Pada 18 Jun, SAPP mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

http://www1.malaysiakini.com/news/90106

Najib perjelas penangguhan lawatan ke Arab Saudi


Sep 20, 08 6:18am

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa beliau menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula semalam sehingga Ahad ini disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai menteri kewangan Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan senario politik dalam negara.

"Lawatan saya tidak dibatalkan, cuma saya menyusun jadual saya supaya saya dapat masuk ke Kementerian Kewangan Isnin ini dan memulakan tugas saya terutama sekali dalam keadaan di mana ekonomi dunia dan pasaran saham dunia yang tidak menentu.

"Kemungkinan ada perkembangan tertentu di peringkat dunia atau global yang memberi kesan kepada ekonomi negara dan bursa saham negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian zakat bagi Parlimen Pekan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penangguhan lawatannya ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula hari ini yang antara lain atur caranya itu ialah merasmikan hotel apartment dan restoran milik Felda di Mekah, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Najib berkata beliau perlu mendapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara Isnin ini bagi menentukan sebarang keputusan mengenai keadaan ekonomi negara.

"Saya perlu mendengar perkembangan terkini daripada Kementerian Kewanagan termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara dan untuk menentukan apa-apa keputusan yang perlu dibuat untuk meredakan keadaan semasa," kata Najib.

Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Najib, manakala Abdullah mengambil alih portfolio menteri pertahanan daripada timbalannya itu.

Bagaimanapun Najib berkata program beliau ke New York dan Washington bagi menghadiri Perhimpunan Bangsa Bersatu (PBB) akan diteruskan.

"(Program ke Arab Saudi) ditangguhkan, tapi saya terus ke New York dan Washington, dalam perjalanan balik saya akan buat umrah dan buka (rasmi) restoran Felda di Mekah," kata Najib.

Ditanya perancangannya sebagai menteri kewangan bagi menghadapi krisis ekonomi dunia ketika ini, Najib berkata: "Elok saya buat (kenyataan) pada Isnin nanti selepas dengar taklimat lebih khusus lagi," katanya.

Bagaimanapun Najib berkata apa yang dibentangkan Abdullah semasa Bajet 2009 yang berkaitan dengan kepentingan rakyat akan tetap diteruskan dan apa-apa perakuan yang dibuat dalam Belanjawan Negara yang berkaitan kepentingan rakyat akan dilaksanakan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90088

Continue rebuilding UMNO, forget Anwar: Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR, Sept 17 (Bernama) -- Umno executive committee member Datuk
Mukhriz Mahathir today expressed his disappointment that Umno has been focusing
more on Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim's antics
that it disturbed the party's branch meetings which ended three days ago.

"We now have a confidence crisis in the party, and surely we need a strong,
new approach to resolve our internal problems to ensure that Umno remains
relevant to the people.

"I believe that people are not so supportive of Anwar but disappointed with
Umno and Barisan Nasional (BN). Therefore, we should not get carried away by
Anwar's antics but focus on our party elections and restoration agenda.

"Sept 16 has passed while the BN government is still standing. He (Anwar)
has now come up with another excuse -- wait until 48 hours, but still there are
people who believe his bluff.

"I am confident the BN government will remain in power, and I urge all the
qualified individuals in Umno Youth to contest in the party elections as young
leaders can help rejuvenate the party," he told Bernama here today.
He also said that Umno Youth should go back to its original role of being a
pressure group in the party but with decorum, "otherwse, we would become
irrelevant and disappoint the people".

Bernama

http://news.my.msn.com/regional/

Malaysia's 'worst in the world' taxis tarnish national image

Agence France-Presse - 9/18/2008 2:55 AM GMT

The ads promoting "Malaysia: Truly Asia" aim to welcome visitors with a warm smile to a prosperous and modern nation, so the taxi fleet branded "the worst in the world" can come as a bit of a shock.

Even the locals are not spared the shabby service of unkempt and hostile drivers behind the wheels of decrepit vehicles who refuse to use the meter, overcharge and pick-and-choose which destinations they will travel to.

At the popular KLCC mall under Kuala Lumpur's iconic Petronas Twin Towers is a typical scene, as a gang of cabbies negotiate with a young Norwegian couple just metres from a signboard warning against "taxi touts".

"Flat rate, flat rate, no metre," one driver insists as the tourists try to find a cab to take them to their hotel, less than two kilometres (1.2 miles) away.

Anxious to escape the baking heat, they agree to pay 25 ringgit (7.22 dollars) for a trip that would have cost less than three ringgit on the meter.

"Is it expensive? We don't know, we thought it is normal here," said the woman as they piled in with their shopping bags.

More frequent visitors, however, are vocal in their criticism and say that aggressive and unprofessional drivers are tarnishing the nation's image as a squeaky clean and hospitable destination.

"I first visited Malaysia in 2006 and I was impressed by everything I saw except for the worst taxi service I have endured," said Kabir Dali, an Indian tourist waiting in vain for a metered taxi at another mall.

"I paid a whopping 260 ringgit (74 dollars) from the Kuala Lumpur International Airport to town and was later told that was twice the proper amount."

Complaints about taxis are common in many countries, but in Malaysia it has escalated to an outpouring of frustration, on blog sites and in letters to newspapers.

In a survey by the local magazine The Expat, some 200 foreigners from 30 countries rated Malaysia the worst among 23 countries in terms of taxi quality, courtesy, availability and expertise.

The respondents lashed the fleet as "a source of national shame" and "a serious threat to tourists -- rude bullies and extortionists".

Salvation is in sight though, as a number of smaller, up-scale operators enter the market to provide a more expensive but quality taxi service for frustrated visitors and locals.

The uniformed drivers, behind the wheels of smart new multi-purpose vehicles and sedans, switch on the meter as a matter of course and do not refuse destinations -- surprising and delighting commuters in the capital.

Abdul Razak, operations manager for Dubai-based Citicab which launched here in January, said that even in poorer nations such as Thailand and Indonesia, taxis are smarter and the drivers far more courteous.

"I would say it is the worst in this region, undoubtedly. I have travelled to all countries in this region and our company operates taxis in many parts of the world. The situation here is the worst I have seen," he told AFP.

"The vehicles are in shabby condition, the driver will take you if he likes your face -- that is, if he agrees with where you want to go for the price he insists on."

The government has called on taxi firms to lift their standards, but various campaigns have achieved little, and many blame the lack of enforcement on rampant corruption in the police and bureaucracy.

"It is difficult for the roads and traffic department to take stern action," said a security officer at one city mall as he watched the touts swoop.

"Taxi operators and the company which hold the licences are all linked to some politician or another," he said. "Drivers here are ruthless because they are unchecked by authorities who are almost non-existent."

John Koldowski, from the Pacific Asia Travel Association, said that "less than desirable" taxi drivers have an outsize impact on a nation's image.

"The first contact a tourist gets with locals is often during airport transits to hotels and it creates a very, very strong first impression, either be good or bad," he said.

"Authorities certainly need to do their jobs and act upon any complaints strongly, quickly and visibly."

http://news.my.msn.com/regional/

DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!


Dilulus terbit pada Saturday, September 20 @ 00:02:52 MYT oleh SongkokPutih


Oleh hermansamsudeen


"
Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 18 September, Pegawai Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh di edarkan kepada pihak luar.


Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

“Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit.”

“Saya dan ahli-ahli Pas telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak.” kata Dr. Lo’Lo lagi.

Pada masa ini Dr. Lo’Lo’ terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli Pas Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr. Lo’ Lo’ turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu.

Sebelum ini Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar.

Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.

Setakat ini kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada Kawasan Parlimen Setiawangsa.

Rakyat begitu kecewa kerana ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai yang banyak kepada DBKL setiap tahun.

Surat Dari Pejabat Dr. Lo’Lo’






Surat Dari DBKL






*penulis adalah Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali

.......lawati : http://docpearl.blogspot.com/ atau http://drlolo.wordpress.com/ untuk mengikuti perkembangan Dr. Lo'Lo'"


http://www.tranungkite.net/

Membaca disebalik tindakan dan 'gerak-geri' Abdullah


Pertukaran hari ini bukan suka sama suka seperti dipamerkan tetapi Najib terpaksa menerimanya


18 Sep 2008 10:04AM

Oleh Mohd Sayuti Omar


SEKALIGUS pertukaran portfolio antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib Razak untuk jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan memperlihatkan keikhlasan Abdullah untuk mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.

Pertukaran itu juga sebagai persiapan kepada Najib untuk berlatih mengira dan mengenali not-not wang negara asing.

Petukaran itu juga membayangkan Abdullah bersedia memenuhi impian dan angan-angan Najib untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri.

Najib tentu gembira dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba itu dan seolah yang bulat datang menggolek dan yang leper datang melayang itu! Yalah Menteri Kewangan merupakan menteri paling berprestej dan glamour.

Ditangan menteri itulah terletaknya karung dan guni kewangan negara.

Najib juga diberikan jawatan Pengerusi Khazanah Negara. Kedudukan itu meletakkan Najib sebagai pemegang segala khazanah dan seluruh kekayaan negara baik yang beku atau cair.

Peralihan itu juga semacam menampakkan Abdullah mengakui akan kelemahan beliau dalam menjana ekonomi negara.

Peralihan itu mengesahkan apa yang dilemparkan kepadanya, jahil mengenai ekonomi dan buta untuk mencari wang kepada negara.

Beliau seakan mengakui akan kelemahan itu dan bersedia memberikan kepada mereka yang lebih layak dan bernafsu untuk merangkulnya.

Dalam hal ini saya ada pandangan lain mengenai diri dan politik Perdana Menteri ini.

Pada saya apa yang beliau lakukan itu bukan proses memberi pengalaman atau kenaikan pangkat kepada Najib, tetapi ia satu perangkap kepada timbalannya itu.

Pertukaran hari ini bukan suka sama suka seperti dipamerkan tetapi Najib terpaksa menerimanya. Harapnya Najib tidak silap dalam mentafsirkan ini.

Apa yang mungkin terselimut di sebalik hati Abdullah ialah beliau mahu rakyat mengetahui sejauh manakah kemampuan Najib menjana ekonomi negara.

Kantung kewangan negara kini kering kontang. Perkembangan dan pergerakan ekonomi lembab. Apakah dengan suasana ini Najib dapat mengubah dan menambah kantung kewangan negara?

Pada Abdullah mungkin Najib tidak akan dapat melakukan sesuatu untuk merancakkan ekonomi negara. Dengan ilmu yang sedikit sudah pasti Najib tidak dapat melakukan apa-apa yang lebih baik daripadanya.

Najib pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan satu masa dulu. Pengalaman itu sangat cetek untuk Najib terjun ke lautan ekonomi yang bergelora.

Jadi apa yang Abdullah hendak tengok ialah kegagalan Najib kelak.

Kegagalan itu pula akan menjadi senjata kepada Abdullah untuk melihat Najib mati secara beragam dengan angan-angan besarnya.

Saya nampak dalam hal ini Abdullah mahu memberi peluang kepada Najib melakukan sesuatu. Apakah beliau berbakat dalam hal kewangan dan ekonomi atau tidak?

Abdullah ada alasan sendiri untuk menjadi PM bukan saja memerlukan kepada kesegakkan tubuh badan tetapi kecerdikan otak serta sifat-sifat lain lagi yang tidak kurang pentingnya.

Sepatah kata Abdullah dalam memancing dan mencabar Najib, sekiranya prestasi Najib bagus mungkin beliau akan berundur awal.

Mungkin pancing itu dimakan dan ditelan Najib dengan penuh keazaman dan lahap.

Tetapi dalam suasana hari ini - dengan kemelesetan ekonomi global apa yang Najib mampu lalukan?

Di sebalik pertukaran yang berlaku hari ini saya juga nampak Abdullah mahu apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim dulu berulang kepada Najib. Anwar semasa menjadi TPM juga menjadi Menteri Kewangan.

Kementerian berkenaan menjadikan Anwar lupa daratan dan membina kekuatan politiknya. Amalan kronisme dan nepotisme wujud ketika itu.

Akhir apa yang berlaku ke atas Anwar dengan kedudukkan itu; beliau menjadi seperti bawang yang ditimpa oleh jambaknya.

Jadi pertukaran yang dianggap ikhlas oleh Najib mengenai portfolio itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan Najib. Para langau Najib tidak perlu memikirkan yang bukan-bukan dengan kedudukan dan kuasa terbaru Najib itu.

Sebab kalau tidak kena gaya kuasa baru yang dijabati hari ini akan membawa Najib ke lembah yang curam dan dalam!

Sementara itu pengambilalihan jawatan Menteri Pertahanan itu mungkin disebabkan Abdullah sudah sedar apa dilakukan Najib dengan kementerian itu.

Penggunaan Military Intelligent Organization (MIO) oleh Najib untuk kepentingan poltiknya mungkin membimbangkan Abdullah.

Jadi sebelum pagar memakan padi elok kalau beliau mengawal sendiri kementerian berkenaan dan biarlah MIO melaporkan semua perkembangan mengenai keselamatan dan politik negara kepadanya seorang saja tanpa berkosngsi dengan orang kedua.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/09/18/7.html

Pak Lah 'reject', Anwar tinggal satu pilihan menghadap Yang di-Pertuan Agong buktikan beliau punya majoriti


Anwar tidak boleh paksa Parlimen bersidang, itu kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat PM


19 Sep 2008 10:59AM


KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menolak tuntutan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.
'Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,' kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.

Abdullah juga berkata beliau tidak ada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 'terhadap Anwar atau sesiapa pun'.

Sebelum itu, Anwar berkata beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini.

Seorang peguam dan pakar perlembagaan berkata Anwar tidak boleh memaksa Parlimen bersidang.

'Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri,' kata Shad Saleem Faruqi kepada agensi berita Reuters.

Anwar kini mempunyai satu pilihan sahaja, yakni menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Faruqi berkata Yang di-Pertuan Agong 'boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen'.

Anwar berkata keputusan itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Pakatan Rakyat.

Abdullah semalam menegaskan bahawa sebarang perubahan pada pelan peralihan kuasa akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum dibawa kepada makluman Majlis Tertinggi. / Agensi

Mustafa Ali akur teguran Nik Aziz


Apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah


19 Sep 2008 11:28AM


KB: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.

"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.

"Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.

"Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.

Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.

Ekoran itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur kenyataan tersebut kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, beliau tidak boleh hendak cerita apa dimaksudkan jelas itu.

"Sebagai anak saya kena mari. Jadi apa yang diterangkan Tok Guru saya fahamlah. Bagi saya sekarang sudah tidak ada apalah.

"Dan InsyaAllah seterusnya tidak ada apa. Saya puas hati dan faham apa hasil pertemuan tadi," katanya.

Menurutnya beliau dan Tok Guru sebagai ayah dan anak dan hubungan di antara ayah dengan anak.

"Hubungan ayah dengan anak kadang-kadang ada benda-benda kecil, sebab ayah rasa dia hendak tegur dia tegur.

"Dan sebagai anak apabila kena kena tegur kadang-kadang ada rasa hendak cakap atau lagu mana ke... itu sudah menjadi perkara biasa," ujarnya.

Beliau menjelaskan isu itu bermula ada hubung kait interview khasnya yang disiarkan Harakah sebelum ini.

"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," katanya.

Oleh itu beliau menolak andaian yang menyebut PAS dilanda krisis.

"Bukan krisis sebagaimana diperkatakan. Kita akui ada perbezaan pendapat itu dan bukan krisis. Tok Guru akan tegur semua," katanya.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS. / Harakah

http://www.klpos.com/news/2008/09/19/8.html

"Saya tak gila, 35 MP telah nyata sokongan" Anwar



19 Sep 2008 11:23AM

KL: "Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila."

Demikian reaksi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini apabila ditanya lagi butiran mengenai senarai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah bersetuju untuk beralih ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru persekutuan dibentuk.

Hari ini beliau berkata, seramai 35 Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Kelmarin - pada 16 September - Anwar yang dikatakan bakal mengumumkan senarai Ahli Parlimen BN yang sedia melompat parti berkata, beliau sudah ada bilangan wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Anwar yang turut diminta memperkenalkan semua Ahli Parlimen seperti yang didakwanya mencukupi untuk membentuk kerajaan, terus merahsiakan maklumat tersebut atas alasan keselamatan.

"Kami ada senarainya, saya dah kata nak tunjukkan kepada Perdana Menteri nanti.

"Lagi pun ahli-ahli Parlimen berkenaan yang meminta saya agar tidak umumkan dulu sehingga masanya sesuai kerana bimbang akan keselamatan (mereka)," katanya.

Pada sidang media kelmarin, Anwar tidak mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu.

Sebaliknya kata Anwar, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Abdullah terlebih dahulu.

"Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.

Bagaimanapun pada hari yang sama Abdullah menolak permintaan Anwar itu.

Anwar juga menyelar tuduhan kasar Perdana Menteri semalam yang mendakwa beliau merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

"Nampaknya Perdana Menteri tidak faham kandungan surat itu.

"Saya tulis untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik," katanya.

"Saya guna bahasa yang sopan, tidak pula saya nak kata untuk adakan perbincangan bagi gulingkan beliau dan kerajaannya," katanya dengan sinis apabila ditanya mengenai pandangan Abdullah bahawa Anwar merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/09/19/7.html

Tinggalkan Umno sertai PKR? Ini jawapan Zaid


Zaid akan terus berkhidmat sebagai senator


19 Sep 2008 11:07AM


KL: Datuk Zaid Ibrahim, yang meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia awal minggu ini, menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai rancangan meninggalkan Umno.
Beliau juga menafikan khabar-khabar angin bahawa kononnya beliau akan menyertai parti pembangkang.

Zaid berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai senator Barisan Nasional (BN) dan akan menumpukan usaha merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia.

'Hanya kerana saya meninggalkan Kabinet pada 16 September, ada pihak yang mendakwa saya buat begitu untuk menyertai Pakatan Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

'Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berhenti kerana penahanan wartawan, ahli Parlimen dan penulis blog,' katanya kepada akhbar New Straits Times (NST) di sini, kelmarin.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Selasa lalu dengan alasan gagal melaksanakan perubahan selepas enam bulan memegang jawatan.

Zaid berkata keputusannya itu juga bukan disebabkan pembentukan kerajaan baru yang hanya angan-angan kosong pembangkang, sebaliknya beliau tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

'Ia bukan disebabkan faktor lain. Saya tidak merancang perkara ini atau berfikir mengenainya. Bagaimana saya tahu ada orang 'bodoh' akan menahan tiga individu pada 12 September? Apabila saya menyuarakan bantahan saya, sudah ada suara mahu saya dipecat,' katanya lagi.

Beliau juga mengakui rakan-rakannya dalam pembangkang ada meminta supaya beliau menyertai mereka, namun ditolaknya secara baik. / NST, BHM

http://www.klpos.com/news/2008/09/19/5.html

PAS akan sertai kerajaan baru dengan syarat.. - Hadi


Dato' Seri Abdul Hadi Awang

18 Sep 2008 3:05PM

PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi.

"Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Majlis semalam dimulakan dengan tahlil dan berbuka puasa yang turut disertai Dato' Seri Presiden PAS. Lebih 5,000 hadirin memenuhi Kompleks PAS Kedah itu semalam mendengar ceramah dua tokoh terbabit. / Harakah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...