Wednesday, November 12, 2008

Ambil kira rebat, subsidi sebelum turun harga minyak

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu membuat pertimbangan dalam pelbagai aspek sebelum mengambil keputusan menurunkan harga runcit petrol di bawah paras RM1.92 seliter, iaitu harga sebelum bahan api itu dinaikkan sebanyak 78 sen pada Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata penurunan harga bahan api itu boleh dilakukan lagi sejajar penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini.

“Itu terpulang kepada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

“Tetapi, pelbagai pertimbangan harus diambil kira seperti berapa banyak subsidi sudah dikeluarkan setakat ini, termasuk perbelanjaan rebat minyak kepada pemilik kenderaan dan subsidi minyak kira-kira RM18 bilion,”
katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Etika Perniagaan 2008, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Shahrir mengulas mengenai trend terkini penurunan harga runcit petrol dan diesel berikutan penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini sekitar AS$S70 setong sejak beberapa bulan lalu.

Hingga kini kerajaan sudah menurunkan harga minyak empat kali, terbaru awal bulan ini sebanyak 15 sen seliter menjadikan harga petrol RON97 kini RM2.15 seliter, RON92 pula RM2.05 seliter, manakala diesel RM2.05 seliter.

Beliau berkata, ada kemungkinan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada paras RM2 seliter jika berdasarkan kepada trend penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini.

“Macam saya selalu katakan, bulan Oktober harga purata minyak mentah dunia AS$70 setong dan dijangka pada November ini, harganya dibawah paras AS$70 setong.

“Tentunya kita akan lihat penurunan bagi harga runcit selaras penurunan harga purata minyak mentah di pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengguna sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah biarpun harga runcit bahan api ketika ini lebih rendah berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Pada majlis itu, Shahrir turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2008, anjuran Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BEIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagi kategori syarikat besar, tempat pertama dimenangi Bukit Kiara Properties, Kuala Lumpur, kedua National Semiconductor Sdn Bhd, Melaka dan ketiga Flextronics Technology (Shah Alam) Malaysia, Selangor.

Kategori syarikat sederhana dimenangi Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), kedua, Segi Perkasa (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur dan ketiga, Supreme OEA Trading & Services Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Kategori syarikat kecil pula dimenangi Pusat Tuisyen Sri Wirajaya, Kuala Lumpur, kedua Plus 3 Consultants, Kuala Lumpur dan Koperasi Tadika Minden Bhd, Pulau Pinang.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081112094841/Article/index_html

Maut ditikam amah


Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my



DI SITU...beberapa jiran menunjukkan rumah warga emas
yang dipercayai ditikam pembantu rumahnya.



KUANTAN: Seorang wanita warga emas sempat berjalan terhoyong-hayang dalam keadaan kesakitan sebelum rebah dan meninggal dunia di depan rumahnya di Taman Perumahan Karang Maju di sini, dipercayai ditikam pembantu rumah yang baru empat hari bekerja, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Miyati Bakri, 69, dikatakan ditikam di dada oleh pembantu rumah berusia 16 tahun itu.

Ketika kejadian, mereka tinggal berdua di rumah berkenaan berikutan anak dan menantu mangsa bekerja.

Gadis itu melarikan diri dengan meninggalkan Miyati yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Bagaimanapun, mangsa tetap menggagahkan diri bangun dan berjalan keluar bagi meminta bantuan jiran sebelum rebah dan meninggal dunia di depan rumah.

Seorang jiran yang enggan dikenali, berkata dia berada di luar rumah apabila ternampak mangsa berjalan sambil menunduk dan memegang dada yang berlumuran darah sebelum terjatuh.

Saya bersama beberapa jiran lain cuba mendapatkan mangsa yang ketika itu masih bernafas. Kami terkejut melihat dadanya yang berdarah sebelum membantu mengangkatnya masuk ke dalam rumah.

“Bagaimanapun, mangsa sudah meninggal dunia sebelum kami sempat menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, ada kemungkinan mangsa ditikam pembantu rumahnya yang baru bekerja berikutan dia dilihat beberapa kanak-kanak yang bermain berlari keluar dari rumah berkenaan.

“Mangsa tinggal bersama anak dan menantunya sejak lebih dua tahun lalu manakala pembantu rumah itu baru diambil bekerja bagi menjaga mangsa yang sering sakit,” katanya.

Sementara itu, seorang anak mangsa yang ditemui di tempat kejadian, berkata dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kerana perwatakan pembantu rumah itu begitu baik.

“Kami sendiri menjemput dia yang berasal dari Kalimantan, Indonesia, dari rumah keluarga angkatnya di Klang Gate, Hulu Klang, Selangor.

“Malah, saya turut membawanya ke rumah saya di Temerloh dan menerangkan mengenai tugas yang perlu dilakukannya,” katanya.


Menurutnya, mereka menggunakan khidmat pembantu rumah itu untuk menemani mangsa yang uzur.

Tetapi selepas berada di rumah itu, gadis Indonesia terbabit mengadu tidak selesa dan mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya.

“Kami memintanya bersabar dan berjanji menghantarnya pulang hujung minggu ini tapi tidak sangka pula dia sanggup melakukan perbuatan sekejam itu terhadap wanita yang uzur,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, suspek ditahan di Perumahan Damansara, tidak jauh dari tempat kejadian, selepas melarikan diri dari rumah mangsa.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081112094913/Article/index_html

‘Jangan cari, kita mahu kebebasan’


KUALA LUMPUR: “Seandainya Zarith keluar dari rumah ini, terputuslah ikatan keluarga antara kita, saya inginkan kebebasan dan jangan cari kita (Zarith) lagi,” demikian catatan terakhir Zarith Sofia Ibrahim, 14, (gambar) dalam nota ditemui ibunya sejurus menghilangkan diri dari kediaman keluarganya di Taman Indah, Bukit Siput, Segamat, Johor.

Malah gadis itu turut membawa bersama semua album gambarnya dipercayai bagi mengelak ahli keluarga mengesannya dengan menyebarkan gambar berkenaan.

Ibu mangsa, Zaiton Abdullah, 46, dalam keadaan sebak menyatakan rasa pelik berhubung kehilangan anak gadisnya itu.

“Malam sebelum menghilangkan diri, dia (Zarith) meminta izin untuk keluar ke tapak pesta berhampiran rumah bersama rakannya yang lain.

“Saya mengizinkannya dan dia yang juga anak bongsu daripada tiga beradik langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah berkelakuan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Namun, keesokan harinya Zaiton menemui sekeping nota yang ditinggalkan anak gadisnya itu di atas katil.

Kedua-dua ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.

Harian Metro difahamkan, Zaiton bersama suaminya berusaha mengesan anak bongsu mereka termasuk bertanyakan rakan terdekat mangsa bagi mendapatkan maklumat mengenai kehilangan gadis itu.

“Kami sekeluarga merayu Zarith kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan sesi persekolahan yang turut ditinggalkannya, malah kasih sayang kami tidak pernah surut terhadapnya,” katanya.

“Namun segalanya hampa, rakan-rakannya langsung tidak mengetahui di mana dia berada malah saya difahamkan dia juga tidak mempunyai teman lelaki.

“Sudah bermacam cara kami lakukan termasuk melakukan sembahyang hajat semata-mata untuk mendapat petunjuk di mana dia (Zarith) berada,” katanya.


Malah, Zaiton menegaskan tiada sebarang selisih faham berlaku dengan Zarith sebelum kejadian itu sama ada dengan ibu bapa mahupun adik beradiknya yang lain.

“Kami sekeluarga merayu Zarith kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan sesi persekolahan yang turut ditinggalkannya malah kasih sayang kami tidak pernah surut terhadapnya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081112094931/Article/index_html


***Maaf , tiada sebarang gambar disertakan dalam article ini.***

Sejuk, kelaparan


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my



HULU LANGAT: Teruja untuk menakluki Gunung Nuang tanpa membawa kelengkapan dan bekalan makanan mencukupi, sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak hanya tersesat dalam hutan tebal selama lebih 13 jam, malah turut diancam kebuluran.

Dalam kejadian malam kelmarin, kumpulan pelajar berusia awal 20-an itu mendaki Gunung Nuang di sini, pertama kali tanpa mengetahui cabaran getir yang menanti mereka.

Sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, semua penuntut lelaki itu yang memulakan pendakian jam 8 pagi dari kaki gunung itu, dipercayai bercadang menawan puncaknya sebelum keluar dari hutan terbabit pada waktu petang.


Namun, hujan lebat menyebabkan mereka terkandas sebelum gagal mencari jalan keluar.

Malah, cuaca sejuk selain keletihan mengakibatkan hampir semua pelajar terbabit tidak berdaya berjalan menuruni lereng gunung berkenaan.

Keadaan persekitaran yang semakin gelap juga menghantui mereka.

Enam daripada pelajar berkenaan mengambil keputusan berpecah sebelum keluar dari hutan terbabit bagi meminta bantuan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat di sini.

Susulan itu, pihak polis segera menghubungi JPAM Wilayah Persekutuan sekitar jam 7 malam bagi melakukan operasi mencari dan menyelamatkan baki mangsa yang terkandas itu.

Hasil aduan diterima, seramai 18 anggota dan tiga pegawai JPAM Wilayah Persekutuan diketuai Lt Muda Hafiz Ismail bersama tiga anggota Unit Komunikasi JPAM Wilayah Persekutuan, bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang semakin lemah.

“Anggota penyelamat JPAM terpaksa merentasi sungai dan memanjat cerun gunung sebelum menemui semua mangsa sekitar jam 10 malam.

“Sebaik ditemui, semua mangsa yang kelaparan terus menjamah roti yang kami bawa hingga habis. Malah, mereka turut meneguk air mineral kami. Ini jelas menunjukkan mereka teramat lapar dan dahaga,” katanya.

Menurutnya, anggota JPAM memberikan rawatan kepada beberapa mangsa yang keletihan sebelum dipapah menuruni gunung berkenaan.

“Cuaca gelap selain laluan pendakian yang curam menyebabkan semua mangsa hanya dapat dibawa keluar sekitar jam 11 malam. Mereka diberikan rawatan sekali lagi bagi memastikan benar-benar pulih.

“Beberapa anggota polis turut memberi ingatan dan nasihat kepada penuntut terbabit supaya terlebih dahulu mendaftar nama di balai polis paling hampir dengan gunung berkenaan sebelum memulakan pendakian,” katanya.


Menurutnya, prosedur itu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan pantas boleh diambil sekiranya pendaki didapati sesat atau tidak turun pada waktu dijadualkan.

“Kes pelajar atau orang awam yang terkandas atau sesat di Gunung Nuang sudah kerap kali berlaku berpunca sikap pendaki sendiri yang mengambil mudah dan menyangka ia mudah ditawan.

“Mereka (pendaki) biasanya tidak membawa kelengkapan perkhemahan, pakaian bersesuaian, makanan mencukupi dan alat pendakian menyebabkan masalah itu sering terjadi hampir saban bulan,” katanya.



http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20081112085550/Article

Tembok Berlin dilupakan


MAJORITI remaja di Jerman tidak tahu siapa yang membina Tembok Berlin.

--------------------------------------------------------------------------------

SEMBILAN belas tahun selepas kejatuhan Tembok Berlin, bayangan sejarahnya semakin pudar dalam kalangan remaja di Jerman. Malah, ramai di antara mereka tidak tahu siapa membinanya.

Tembok itu dibina oleh bekas kerajaan komunis Jerman Timur pada tahun 1961. Kejatuhannya pada 9 November 1989 sekali gus membuka jalan untuk penyatuan dua negara Jerman setahun kemudian.

Tetapi hari ini, golongan muda di sana menunjukkan minat yang sedikit untuk memahami sejarah Jerman Timur, menyebabkan ahli politik bimbang tentang risiko kehilangan memori yang dikemukakan untuk proses demokrasi.

"Dari tahun ke tahun, German Democratic Republic (GDR) yang dikenali sebagai komunis Jerman Timur menjadi lebih popular. Ramai kini mengingatinya sebagai negara yang beradab di mana ia penuh dengan pekerjaan," menurut laporan yang dipetik dari akhbar Berliner Kurier baru-baru ini.

"Imej Jerman Timur semakin dilupakan. Terdapat kurang sentuhan kepentingan terhadap peranan yang dimainkan oleh SED (Parti Komunis) atau Stasi (polis rahsia)," kata pakar sains politik, Uwe Hillmer.

"Lebih ramai orang berfikir bahawa Jerman Timur sebagai bukan negara demokrasi mahupun diktator," tambahnya.

Tetapi hakikatnya, sebahagian bekas ahli politik Jerman Timur berpeluang melakukan comeback (kemunculan semula) dengan ramai di antara mereka menyertai parti berhaluan kiri, Die Linke.


RUNTUHNYA Tembok Berlin pada 9 November 1989 membuka jalan untuk penyatuan dua negara Jerman setahun kemudian.

--------------------------------------------------------------------------------

Secara tidak langsung, ia menjadikannya sukar untuk mengakses atau mengetahui sejarah Jerman Timur dengan cara objektif.

Untuk badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara arkib Stasi, Jerman telah memindahkan kepercayaan pada tahun 1990-an bahawa 'tidak semua teruk di Jerman Timur' kepada persoalan 'apa yang sebenarnya amat teruk'?

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini oleh Berlin Free University (FU) turut menjelaskan bagaimana generasi muda tahu mengenai bekas rejim komunis, yang ditubuhkan di timur Jerman oleh rampasan paksaan Soviet selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut tinjauan tersebut, sesetengah daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun di timur Jerman, tidak berfikir bahawa GDR adalah kepimpinan diktator. Di barat Jerman pula, anggarannya ialah satu daripada tiga.

Manakala setengah daripada 5,200 kanak-kanak yang mengundi berfikir Stasi dengan mudah menyediakan agensi perisikan biasa dan merupakan mereka yang menghabiskan banyak masa dan usaha mengintip rakyat di rumah.

Malah, tinjauan menunjukkan majoriti pelajar sekolah di Jerman tidak mengetahui bila atau siapa yang membina Tembok Jerman sepanjang 155 kilometer daripada konkrit teguh dan kawat berduri yang merupakan sebahagian 'Tabir Besi' yang menjadi pemisah antara timur dan barat negara itu selama lebih 40 tahun.

Hanya satu daripada tiga penduduk yang menetap di timur mengetahui ia dibina oleh kerajaan GDR sementara yang lain berfikir, ia dibina sama ada oleh Jerman Barat atau sekutunya dari Barat.

Di samping itu, golongan muda juga mempunyai pengetahuan politik yang bercampur-campur dengan suku daripadanya mempercayai bahawa bekas Canselor Jerman Barat, Willy Brandt dikenali kerana polisinya terhadap hubungan ketegangan dengan Timur dan merupakan pemimpin komunis Jerman timur. Malah, berdasarkan tinjauan lain, sebahagiannya berfikir Adolf Hitler mengetuai Jerman Timur.

Mengajar sejarah Jerman moden adalah satu cabaran, terutamanya di wilayah timur Jerman apabila ia bermaksud untuk membincangkan peranan yang dimainkan oleh bekas kerajaan komunis, menurut Hillmer.

"Di beberapa sekolah, sesetengah guru masih berdebat bahawa kepimpinan GDR tidaklah semuanya teruk," ujar Hillmer.

Berdasarkan tinjauan FU, kanak-kanak di selatan Jerman, Bavaria tahu lebih banyak mengenai sejarah Jerman Timur berbanding mereka yang tinggal di negara itu sendiri.

Menurut Hillmer lagi, bukan hanya kanak-kanak yang keliru tetapi orang dewasa juga mempunyai masalah untuk menghargai sejarah lampau.

"Ini kerana sebahagian penduduk kini mempunyai pekerjaan dan rumah sekali gus mahu melupakan aspek kepimpinan diktator parti tersebut."

Kurator muzium GDR, Stefan Wolle menganggap semua itu memeranjatkan seperti mana mereka yang tinggal di Timur apabila setiap hari, mereka berkonfrontasi dengan polis negeri.

"Pihak parti politik sentiasa terlibat dalam hubungan peribadi. Masalah perkahwinan, penceraian, ketagihan alkohol, kesalahan kecil kanak-kanak dan semuanya dibincangkan dalam mesyuarat politik," ujar Wolle dalam artikel yang diterbitkan sebuah akhbar.

Bagi penduduk di Barat, ramai di antara mereka memilih untuk melupakan sejarah lampau Jerman Timur kerana mereka tidak lagi peduli tentangnya. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm

Mengharap Sungai Peralla



AZAB dan menyeksakan. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh lebih 1,000 penduduk Kampung Peralla 2 sejak lebih 20 tahun yang lalu, kerana ketiadaan bekalan air bersih.

Mujur ada Sungai Peralla. Air sungainya yang mengalir lesu menjadi tempat bergantung dan penyambung kelangsungan hidup penduduk kampung yang rata-ratanya miskin dengan meraih rezeki menoreh getah.

Sudah menjadi rutin wajib, mereka berulang-alik mengangkut air untuk kegunaan setiap hari seawal pukul 5.00 pagi. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan punca air itu, mungkin bersyukur kerana tidak perlu menjinjing jauh baldi berisi air.

Agak malang bagi yang tinggal jauh kerana ada yang kering baju di badan, baru sampai ke rumah. Yang mampu, menggunakan motosikal untuk mengangkut air yang diisi di dalam tong.


PENDUDUK yang mampu akan mengangkut air menggunakan motosikal tetapi yang tidak mempunyai jentera itu, terpaksa memikulnya ke rumah.

--------------------------------------------------------------------------------

Paling lega jika ada yang bermurah hati, akan membenarkan penduduk menumpang kenderaan pacuan empat roda mereka untuk kerja-kerja memunggah tong dan baldi air yang sudah menjadi pemandangan biasa di kampung yang agak tersorok ini.

Bagi kebanyakan mereka, Sungai Peralla menjadi nadi kehidupan seharian. Air sungai itulah yang digunakan untuk memasak, mandi, membasuh pakaian dan disimpan untuk kegunaan musim kemarau dan musim banjir.

Laluan bertebing dan agak licin untuk sampai ke gigi sungai, membuatkan penduduk terpaksa lebih berhati-hati. Setiap pagi, tengah hari dan petang, ada saja yang mengerumuni, terutama kanak-kanak sekolah yang mandi-manda sebelum atau baru pulang dari sekolah.

Menurut Zahari Che Mud, 42, masalah air di kampung itu sememangnya membebankan penduduk yang terlibat, namun kerana kekangan hidup sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak seberapa membuatkan mereka tidak ada jalan lain untuk terus begini.

"Kami terpaksa mengangkut air setiap hari bagi memastikan urusan seperti memasak dan membasuh pakaian dapat dilakukan. Bila hujan di hulu sungai, air akan berkeladak dan kotor, tapi nak tak nak, terpaksa juga bergantung kepada air sungai itu kerana ia satu-satunya sumber air yang ada di sini.

"Ada juga penduduk yang gali perigi, tetapi air tak berapa elok, airnya berbau seperti karat menyebabkan penduduk lebih gemar guna air sungai," katanya.


--------------------------------------------------------------------------------

Mek Som Teh, 65, yang lahir di kampung itu berkata, sudah puluhan tahun beliau bergantung kepada air sungai itu untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak.

"Setiap hari, tak tahulah berapa kali terpaksa ulang-alik ke sungai. Nak bawa balik ke rumah air banyak-banyak, nenek tak larat," katanya. Masalah air juga pernah mengorbankan nyawa seorang pemuda yang tertimbus ketika menggali perigi untuk kediaman keluarganya.

Pengalaman hampir maut tertimbus dalam perigi yang digali rakan baiknya, sukar dilupakan Mohd Ikram Abdul Rashid. Paling menyedihkan, rakannya, Mat Rapi Husin, 36, tidak sempat menyelamatkan diri dan maut dalam kejadian pada tahun 2005 itu.

"Arwah kata, dia gali perigi tu kerana tak mahu melihat anak isteri dan jiran berdekatan rumahnya bersusah-payah ke sungai untuk ambil air tiap-tiap hari," kata Mohd Ikram. Kepayahan serupa turut dilalui Mek Yam Salleh, 55, yang bergantung hidup kepada air sungai itu sejak 26 tahun yang lalu.

"Susah hidup macam ni, terutama semasa sakit. Dulu masa pantang lepas bersalin dan ada anak kecil memang sedihlah. Selalu menangis bila terpaksa tinggal anak untuk ambil air, bimbit baldi bawa balik ke rumah. Sakit-sakit pun terpaksa buat," katanya.

Ditambah pula dengan risiko dan bahaya yang dihadapi penduduk setiap kali terpaksa mengambil air pada waktu malam, ia sangat-sangat meresahkan.


LEBIH 1,000 penduduk ini bergantung pada sungai untuk bekalan air seharian.

--------------------------------------------------------------------------------

"Kebanyakannya akan simpan bekalan di rumah masing-masing, namun ada juga yang kehabisan air yang disimpan, terpaksa meredah gelap malam untuk ke tebing sungai yang dikelilingi semak dan kebun getah. Bimbang juga terserempak dengan haiwan buas dan berbisa," katanya.

Bagi yang menggunakan pam pula turut menghadapi masalah sendiri. Setiap kali bekalan elektrik terputus, bekalan air juga terputus.

"Kampung Peralla 2 ni, , kalau tak putus bekalan elektrik seminggu sekali, dah boleh kira bertuahlah tu," katanya.

Apa yang diharapkan penduduk, kata beliau, sebuah 'tandak' sebagai tadahan air sungai yang boleh diguna untuk mengepam air ke rumah-rumah yang memerlukan air.

"Tandak tidak memerlukan kos dan penyelenggaraan yang tinggi berbanding telaga tiub atau membina loji.

"Sebelum ini, memang Kesedar sudah bina loji sungai itu, namun terbiar dan tidak dapat lagi digunakan lebih 10 tahun lalu kerana kos penyelenggaraan bulanan yang tinggi tidak mampu dibayar majoriti penduduk. Sejak itu, penduduk di sini kembali menggunakan sungai sebagai sumber air utama mereka," tambahnya. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Remaja misteri muncul kembali


BAMJON duduk sebelum memberi ucapan kepada sejumlah penduduk di kampung Ratanpuri, Nepal kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

KATHMANDU - Beribu-ribu orang mengunjungi satu kawasan hutan terpencil di tenggara Nepal semalam apabila seorang remaja yang dipercayai sebagai kelahiran semula Buddha kembali muncul selepas lebih setahun menghilang, kata seorang anggota polis, Prakash Sen semalam.

Menurut Sen, remaja itu, Ram Bahadur Bamjon yang kini berumur 17 tahun turut bercakap kepada beberapa penganut agama Buddha dari kampung-kampung berhampiran di kawsan hutan Ratanpuri terletak 150 kilometer dari tenggara Kathmandu.

Bamjon sebelum ini mendapat tumpuan media antarabangsa pada 2005 kerana duduk bersila di bawah sebatang pokok dalam hutan tanpa makan dan minum hampir 10 bulan.

Menurut Sen, ratusan orang termasuk dari India sanggup berjalan sehingga lima kilomter hanya untuk melihat remaja itu.

"Remaja itu berbual-bual dengan orang ramai yang berdiri di tepi sebuah kuil. Dia memiliki rambut paras bahu manakala tubuhnya dililiti dengan kain putih.

"Saya berpendapat dia mempunyai kualiti sebagai Buddha kerana ramai orang sanggup berjalan untuk melihatnya," kata Sen.

Buddha iaitu pengasas kepada kepercayaan Buddha adalah seorang putera raja Lumbini di tenggara Kathmandu lebih 2,600 tahun lalu. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Sekolah khas untuk mak nyah



MARYANI berdoa di sekolah khas untuk golongan mak nyah di Yogyakarta, Indonesia.

--------------------------------------------------------------------------------



SEORANG mak nyah menunggu pelanggannya di sebuah stesen kereta api di Yogyakarta, Indonesia.

--------------------------------------------------------------------------------

YOGYAKARTA - Rumah seorang mak nyah, Maryani menjadi sekolah pendidikan Islam untuk golongan transeksual pertama di Yogyakarta, Indonesia.

Sekolah itu diberi nama Senin-Kamis dan dalam tempoh dua kali seminggu, kira-kira 20 mak nyah yang memakai seluar jeans ketat dan skirt mengunjunginya.

Mereka mengunjunginya untuk belajar membaca al-Quran dan memahami dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.

Di negara itu, golongan mak nyah dikenali dengan gelaran waria.

"Waria (mak nyah) adalah juga manusia, kami mahu menjadi orang yang beriman.

"Kami turut mempunyai satu hak untuk pergi ke syurga dan kami mempunyai hak untuk pergi ke neraka.

"Kami perlu mengingati Tuhan kerana kami sudah diberikan kehidupan," kata Maryani.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan takdir ini dan saya menjalani hidup seperti ini," jelasnya.


Maryani yang berumur 48 tahun dilahirkan sebagai seorang lelaki dan dibesarkan sebagai penganut agama Kristian Katholik.

Dia menghabiskan masa bertahun-tahun meminum minuman keras dan menawarkan perkhidmatan seks di jalanan sebelum menganut Islam dan kini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Rizky Aryani berumur lapan tahun.
Menurut Maryani, kini adalah menjadi tugasnya untuk membawa Islam kepada rakan-rakan mak nyahnya.

Waria di Indonesia juga membawa maksud lelaki yang memilih untuk hidup sebagai wanita.

Sebahagian mereka menjalani pembedahan atau mengambil hormon untuk meningkatkan penampilan kewanitaan termasuk menanam implan bagi memiliki payu dara.


MARYANI melayani kerenah anak angkatnya di rumahnya yang menjadi sekolah khas untuk golongan mak nyah di Yogyakarta, Indonesia.

--------------------------------------------------------------------------------

Bagaimanapun, mereka tidak melakukan operasi pembedahan untuk menukar jantina.

Setakat ini dianggarkan terdapat 300 mak nyah dalam komuniti di Yogyakarta.

Golongan mak nyah menjual tubuh sebagai salah satu daripada punca pendapatan.

Mereka mencari pelanggan pada waktu malam di jalanan dan di landasan kereta api.

Namun, sekolah Senin-Kamis yang ditubuhkan pada Julai lalu mempunyai polisi untuk tidak memberi khutbah dan mengelak desakan kepada mak nyah supaya menjadi lelaki sejati atau wanita.

Maryani turut menyatakan dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan tidak merancang untuk menjalani pembedahan menukar jantina.

"Saya tidak mahu menjalani pembedahan kerana saya bersyukur kepada Tuhan berhubung apa yang diberikan kepada saya.

"Jika saya telah menjalani pembedahan, saya sebenarnya melanggar kehendak Tuhan," katanya.


Guru-guru di sekolah itu adalah terdiri daripada 25 ustaz dari sebuah sekolah agama yang dikendalikan oleh Hamrolie Harun dan terletak berdekatan rumah Maryani.

Seorang guru, Heri Suchaeri yang sudah berkahwin dan mempunyai anak berkata, pada mulanya dia mengajar di sekolah Senin-Khamis dengan diselubungi dengan perasaan bimbang.

"Tetapi, apabila kami pergi kesana dan kami mengikuti kehidupan mereka, mereka turut mempunyai perasaan, mahu bersolat dan mempunyai Tuhan," katanya.

"Sasaran kami adalah dengan tidak menyatakan anda perlu menjadi seorang lelaki, kami tidak mempunyai hak untuk menyatakan sedemikian," jelas Heri.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah itu, terdapat perasaan bersalah dan tentangan dalam sebuah masyarakat.

"Jika anda bertanya kepada saya bahawa keluar pada waktu malan adalah tidak baik, tetapi itu merupakan satu-satu caranya untuk kami memperoleh pendapatan untuk keperluan seharian," kata seorang mak nyah, Tika Aurora.

Dia yang berumur 26 tahun menyatakan demikian berhubung bayaran sebanyak AS$1.86 (RM6.67) bagi mendapatkan khidmat seksnya.

"Prinsip saya adalah jika saya menjalani kehidupan seperti ini pada masa depan,apabila tua, saya masih seperti ini," katanya.

"Kami turut mempunyai harapan seperti wanita lain. Kami berharap untuk hidup dengan seseorang bersama saya, berharap mendapatkan anak lelaki. Hidup seperti manusia biasa," kata Tika.

Bagi pelajar-pelajar itu, sekolah itu memberikan mereka peluang untuk mengikuti ajaran Islam.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Obama di White House


OBAMA dan Bush berbual di Oval Office. White House kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

WASHINGTON - Terbit sahaja matahari Barack Obama akan menghantar dua anak perempuannya ke sekolah di Chicago tetapi menjelang tengah hari beliau sudah berada di Oval Office di White House, lapor sebuah akhbar semalam.

Begitulah hebatnya kehidupan Obama dan isterinya, Michelle.

Obama sempat mengucup dua anak perempuannya, Malia, 10 dan Sasha, 7, serta membantu mereka keluar dari kereta kalis peluru sebelum kedua-dua pergi ke pekarangan sekolah.

Namun, Obama kemudian bergegas ke White House yang menempatkan pejabat serta kediaman Presiden AS.

Namun, White House tidak pernah menyaksikan perpindahan kuasa paling bersejarah sejak lebih 200 tahun pembentukan Amerika Syarikat (AS).

Hampir 22 bulan sejak Obama memulakan kempen, beliau kini boleh bermimpi untuk berjalan memasuki Oval Office sebagai Presiden AS pertama berkulit hitam.

Kelmarin, sudah tertulis dalam sejarah bahawa beliau melihat sendiri keadaan pejabat barunya untuk tempoh empat tahun akan datang.

Beliau tidak akan memperoleh 'kunci' ke White House sehingga majlis angkat sumpah diadakan pada 20 Januari depan.

Ketika Obama dan Presiden George W. Bush berbual-bual di Oval Office, wanita pertama AS, Laura Bush menemani Michelle melawat kompleks White House yang mempunyai 132 bilik.

Kedua-dua pemimpin itu menekankan bahawa perlunya peralihan kuasa dilakukan dalam keadaan lancar terutama ketika AS berhadapan dua perang dan krisis ekonomi.

Setiausaha Akhbar White House, Dana Perino berkata, kedua-dua pemimpin itu berbincang panjang lebar dan semuanya berjalan dalam suasana harmoni dan konstruktif.

"Saya tidak fikir ada antara kita yang akan faham situasi itu kerana mereka berada di dalam kedudukan sangat berbeza untuk memimpin negara ini," katanya.

Bush turut menunjukkan Obama kawasan kediamannya termasuk pejabat Presiden, bilik tidur Lincoln dan bilik untuk dua anak gadisnya.

Sementara itu, White House semalam enggan mengesahkan laporan bahawa Obama menekan Bush untuk menyediakan bantuan kepada industri kereta AS yang terjejas akibat krisis kewangan global.

Jurucakap White House, Tony Fratto berkata, perbualan antara Bush dengan Obama kelmarin adalah kekal bersifat peribadi. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Waspada empat koperasi palsu


Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
berita@kosmo.com.my

PETALING JAYA - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap empat koperasi palsu yang menawarkan pelbagai peluang perniagaan untuk menarik minat pelabur.

Empat koperasi tersebut ialah Koperasi Nabinco, Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise, Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan dan Koperasi Siswazah Islam Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, hasil aduan orang ramai dan siasatan SKM mendapati, pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan nama koperasi dan menawarkan perkhidmatan melalui pelbagai cara seperti iklan, internet, akhbar, e-mel dan risalah melalui ejen.

Kata Noh, antara perkhidmatan itu ialah peluang perniagaan dan pelaburan yang memberi pulangan lumayan dalam masa singkat secara tetap serta memberi kemudahan pinjaman dengan faedah yang tinggi tetapi tempoh bayaran sehingga 15 tahun.

"Hasil risikan SKM mendapati kesemua 'koperasi' tersebut tidak wujud, malah alamat yang diiklankan adalah palsu dan sering berubah-ubah," katanya selepas merasmikan Seminar Perniagaan Melalui Internet Dalam Gerakan Koperasi di sini, semalam.

Noh berkata, sehingga kini pihaknya belum dapat mengambil apa-apa tindakan terhadap pihak terbabit kerana kesukaran mengesan lokasi mereka.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_14.htm

Buru pekerja asing tanpa permit

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja untuk melipatgandakan operasi pemeriksaan di kilang-kilang bagi mengesan pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja.

Katanya, arahan pemeriksaan itu telah dikeluarkan sejak semalam ekoran lawatan yang dilakukan di sebuah kilang di Ipoh dan mendapati 163 daripada 588 pekerja asing di kilang berkenaan tidak mempunyai permit yang sah.

''Saya dapati ada kilang yang mengupah pekerja asing tanpa permit yang sah, jadi saya mahu ia dipantau oleh pegawai jabatan tenaga kerja di seluruh negara, supaya pekerja yang tidak ada permit ini dikeluarkan dari sektor itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan dokumen pinjaman pendidikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di pejabatnya semalam.

Selain pekerja asing tanpa permit, Subramaniam juga mahu pemeriksaan terhadap kebajikan pekerja asing seperti gaji dan tempat tinggal di sektor perkilangan di negara ini turut dilakukan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Gadai nyawa sebab RM1,000

Oleh SYAKIR SAZILI
dan KUMARA SABAPATTY
berita@kosmo.com.my




ANGGOTA polis memeriksa stesen minyak tempat Mohd. Khairuddin (gambar kecil) mati ditetak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

IPOH – Demi wang RM1,000, seorang pekerja sambilan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini mati ditetak penyamun.

Semasa kejadian pukul 6.50 pagi, mangsa, Mohd. Khairud- din Mohamed Isa, 42, yang baru dua minggu bekerja dikata- kan sedang bersiap-siap untuk meninggalkan kaunter jualan minyak itu selepas syifnya akan tamat pukul 7 pagi.

“Ketika itulah munculnya lima lelaki yang tidak pakai topeng dan terus meminta mangsa menyerah wang.

“Mangsa enggan menyebabkan seorang suspek yang berparang terus menetak di baha- gian tengkuk dan tangan kanan mangsa,” kata Ketua Polis Dae- rah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias.

Menurut beliau, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa yang lebih popular dengan panggilan ‘uztaz’ mati di kaunter tempat dia bekerja.

Katanya, ‘ustaz’ tersebut merupakan Pembantu Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Perak dan bekerja sambilan di stesen minyak itu.

Ujar beliau, suspek tersebut kemudiannya merampas wang RM1,000 dalam kaunter di stesen minyak itu.

Selepas itu, Azisman memberitahu, kesemua suspek tersebut melarikan diri dengan sebuah kereta.

Jelasnya, ketika kejadian terdapat seorang lagi pekerja di dalam premis tersebut, manakala dua lagi pekerja bekerja menjaga pam.

“Seorang pekerja wanita yang baru masuk untuk memulakan syif pagi pula terkejut melihat kejadian itu.

“Dia terus menyelamatkan diri dengan keluar dari premis terbabit,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Awas 'Nadia lawa' tipu orang

Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu glamor dengan membayangkan gambarnya akan dipaparkan dalam sebuah majalah, seorang suri rumah kerugian RM5,000 apabila dia ditipu seorang wanita menyamar sebagai wartawan.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Wangsa Maju di sini kelmarin apabila dia dihampiri oleh suspek yang digambar sebagai amat menawan.

Suspek memperkenalkan diri sebagai 'Nadia' kepada mangsa yang berusia 45 tahun dan bagi menyakin dia adalah wartawan, suspek turut membawa sebuah beg kononnya diisi kamera.

"Sebaik mendekati mangsa, Nadia mula bercerita mengenai kerjayanya sebelum memujuk mangsa bergambar kononnya untuk dimuatkan dalam majalah,'' cerita Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan.

Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan Nadia terpengaruh sehingga dia sanggup mengikut semua arahannya.

"Nadia kemudiannya mengatur strategi dengan mengarahkan wanita itu memilih pakaian di pusat membeli-belah itu,'' katanya.

Zakaria memberitahu, selepas memilih pakaian, Nadia meminta mangsa mencuba pakaian tersebut.

"Ketika di dalam bilik persalinan, dia turut mengarahkan mangsa supaya membuka barang kemas seperti gelang, rantai dan simpan ke dalam beg tangan mangsa dengan alasan majikannya mahu mencari wanita yang berperwatakan gadis kampung,'' katanya di sini semalam.

Kata beliau, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah mengikut semua arahan Nadia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Pakar pasport, MayKad palsu dicekup


ISHAK menunjukkan sebahagian pasport palsu selepas menahan dua lelaki Sri Lanka di Jalan Kuchai Lama Ahad lalu.

PUTRAJAYA – Orang lain punya pasport, orang lain punya butiran. Itulah kepakaran dimiliki dua lelaki Sri Lanka yang mampu menjual setiap keping pasport palsu dengan harga RM15,000.

Malah kegiatan dua lelaki yang menjadikan sebuah villa di Jalan Kuchai Lama di sini turut mempunyai kebolehan memproses MyKad palsu.

Sindiket yang mula beroperasi sejak setahun itu, tumpas Ahad lalu atas maklumat Kastam Diraja Malaysia yang membuat serbuan di rumah tersebut.

Kastam melaku serbuan itu kerana menyangka rumah tersebut dijadi ‘port’ mengedar dadah.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan ia didapati ‘port’ memproses dokumen palsu menyebabkan kastam telah menyerahkan kes tersebut kepada Jabatan Imigresen.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, selepas menjalankan pemeriksaan di rumah itu, pihaknya menemui 20 pas- port palsu Malaysia, tujuh pasport palsu Sri Lanka, lima palsu pasport India dan satu pasport palsu British.

Turut ditemui sebanyak tujuh keping MyKad palsu.

Menurut beliau, semasa serbuan itu kedua-dua suspek itu cuba menyogok pegawainya dengan tawaran sebanyak RM5,700.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Termakan ayat manis - Lagi mangsa tertipu dengan laman sembang

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my




LAMAN sembang internet semakin menjadi medan penipu mencari mangsa khususnya wanita yang mudah terpedaya dengan kata-kata manis. – Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU - Kisah ‘cinta’ palsu di laman sembang siber yang berakhir dengan penipuan kini timbul lagi dengan mangsa terbaru seorang pengurus wanita berusia 43 tahun.

Mengikut cerita mangsa yang berasal dari Kemaman, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang didakwa warga asing pada 2 November lalu.

Suspek yang dikatakan pandai menggunakan kata-kata manis, berjaya memikat hati mangsa untuk membayar RM2,500 semata-mata bagi mendapatkan barangan mewah seperti barang kemas, beg kulit berjenama, komputer riba dan wang tunai AS 5,000.

Namun mangsa itu tidak mengambil iktibar daripada laporan Kosmo! pada 9 Oktober lalu mengenai tiga wanita, juga dari negeri ini, mendakwa kerugian melebihi RM25,000 menerusi taktik penipuan dengan modus operandi yang sama.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan Ab. Rahim Abd. Razak berkata, dalam kes terbaru ini, selepas menerima tawaran tersebut, mangsa menerima satu panggilan telefon dari apa yang didakwa sebuah syarikat kurier di KLIA untuk menuntut barang.

Bercakap pada sidang akhbar semalam, beliau berkata, ketika itu mangsa dikehendaki menjelaskan duti Kastam berjumlah RM2,500 bagi memperoleh barang tersebut.

Selepas memasukkan jumlah itu ke dalam akaun yang diminta pada pukul 4 petang hari yang sama, mangsa kemudiannya menelefon suspek.

“Mangsa diberitahu bahawa jumlah itu tidak mencukupi dan diminta memasukkan RM4,600 ke dalam akaun yang sama,” ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Minyak mungkin turun kepada rm2

PUTRAJAYA – Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.

“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam.

Shahrir menambah, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak.

“Dulu kita guna kaedah penurunan dua kali sebulan supaya pengguna tidak rasa terkejut. Begitu juga sekiranya keputusan kenaikan harga minyak dilakukan.

“Kalau harga nak diturun mendadak, kaedah yang sama juga mungkin digunakan apabila harga naik semula,” tambahnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Peruncit turun harga minggu depan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my




SHAHRIR meninjau stok beras semasa pelancaran kempen penurunan harga 900 jenis barangan di Jusco Cheras Selatan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

SERI KEMBANGAN - Kempen Penurunan Harga yang kini dijalankan di semua pasar raya besar akan diperluaskan ke semua pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara secara berperingkat-peringkat bermula minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pelaksanaan kempen itu adalah inisiatif berterusan dalam menyediakan 'suasana' membeli yang lebih baik kepada semua pengguna.

"Ia bermula pada minggu depan, rata-rata pengusaha telah menyatakan persetujuan untuk menyokong kempen ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Jusco, AEON Cheras Selatan di sini.

Katanya, bagi memastikan kempen itu mencapai matlamat, seramai 2,000 pemantau harga barang akan ditempatkan di kawasan terpilih bagi memastikan semua peruncit mematuhi arahan itu.

Serentak dengan itu juga Shahrir berkata, pihaknya akan mencari satu mekanisme baru agar harga barangan keperluan di luar bandar selaras dengan harga yang dijual bagi mana-mana pasar raya di bandar.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

O'lynn skin lightening cream beracun


KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik O'lynn Skin Lightening Cream dan produk pelangsing badan "Langsing Alami" kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eishah A.Rahman berkata, pendaftaran krim kecantikan itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berikutan pengesanan Tretinoin.

Beliau berkata, penggunaan produk kosmetik yang mengandungi Tretinoin tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan kulit menjadi hipersensitif.

Eishah, dalam kenyataan semalam berkata, produk "Langsing Alami" dikesan mengandungi racun berjadual Subtramine yang boleh menyebabkan pengguna mengalami gangguan sistem kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Beliau meminta peniaga atau sesiapa yang mempunyai stok produk itu supaya menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu dengan segera. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Penemuan Baru: Ubati Diabetes Dengan Madu..


Dilulus terbit pada Monday, November 10 @ 07:04:53 MYT oleh TokPenghulu


Oleh ibnuhasyim


"
Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI




PADA tahun 2002, Catherina Hulbert, seorang warga Amerika telah mengalami kemalangan di jalanraya. Kakinya luka parah... Waktu itu dia sedang menderita penyakit kencing manis atau diabetes. Lukanya tidak mahu sembuh, walaupun berbagai ubat dan antibiotic telah dicuba. Dialaminya terus sehingga 8 bulan.



Melihat keadaan demikian maka Dr Jennifer Eddy dari Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin telah mencadangkan supaya gunakan madu lebah sebagai ubat yang disapu pada tempat luka itu. Setelah beberapa bulan cubaan, luka kaki Catherina Hulbert pun sembuh total. Kes tersebut rupanya menyebabkan Dr Jennifer Eddy terus mendapat sokongan dari Akedemi Amerika Bagi Doktor Keluarga di wilayah Wisconsin, untuk meneruskan kajiannya, khusus mengenai pengubatan melalui madu lebah.


Menurut Dr Jennifer juga, sebelum ini beliau juga pernah mengubati salah seorang pasakit diabetes yang sedang menghadapi fonis amputasi setelah berbagai usaha pengubatan cara lain dibuat tetapi mengalami kegagalan. Maka terbuktilah sudah di kalangan ahli medik bahawa mengubati luka akibat diabetes dengan madu lebah memiliki banyak manfaat, khususnya bagi pengidap diabetes di dunia kini yang jumlahnya mencapai sekitar 200 juta orang.



Di mana 15 % dari mereka mengalami sampai ke tingkat ‘tukak’ atau membusuk akibat dari hilangnya deria rasa di kaki mereka. Sedangkan persentase operasi amputasi bagi penderita diabetes secara internasional menurut Dr Jennifer lagi, dianggarkan terjadi setiap setengah minit sekali. Belanja operasinya di Amerika sahaja mencapai USD 11 juta pertahun. ...dan kes Catherina Hulbert ini merupakan contoh jelas, di mana pesakit diabetes dapat diselamatkan dari kehilangan anggota tubuh mereka dengan hanya biaya yang kecil.



Demikian berita yang saya dapat, bersumberkan ‘Majalah Al-I’jaz Al-Ilmi’ No 30 Jumadil Akhir 1429. Sebelum ini saya telah menulis,Darah Tinggi & Diabetes: Bagaimana Jadi Doktor Sendiri Berubat Tanpa Kos?’ dalam blog saya pada Januari29, 2008. Reaksinya, seseorang yang menyebut dirinya sebagai ‘Man Doktor Sendiri Kulim Kedah’ memberi komen…



‘Sudah setahun (sebenarnya ½ tahun seperti yang dibetulkan semula kemudianya) saya amalkan seperti yang tertulis di artikal ini, nampaknya diabetes yang saya alami semakin baik, boleh di amal dan menjimatkan. Al-hamdulillah panduan ini satu sadakah jariah dari tuan Ibnu Hasyim.. Ramai jiran-jiran saya pun datang mengambil ubat tersebut dari saya, sehingga depa panggil saya Man Doktor Sendiri. Dah jadi macam doktor pula. T.kasih tuan..’



Kali ini saya ingin menyambungkan keterangan mengenai diabetes dan madu lebah… Seperti yang ramai sudah tahu, penderita diabetes mengalami penurunan kelancaran darah dalam pembuluh darah mereka dan lemahnya tingkat imuniti terhadap berbagai penyakit. Ditambah lagi antibiotic yang diberi untuk mengubati luka itu tidak bermanfaat disebabkan bakteri Staphylococcus Aurous akan membentuk perlawanannya sendiri. Sedangkan madu lebah pula mampu menciptakan perlawanan terhadap bacteria dengan berbagai cara.



Sebab itu ianya dianggap sebagai pengubatan paling efektif bagi menyembuh luka diabetes. Dalam madu lebah juga terdapat zat asam yang mudah berinteraksi dan tingkat kelembapan yang rendah. Hal ini menyebabkan madu lebah tersebut mudah membunuh bacteria. Di tambah lagi adanya enzim yang mengeluarkan acid hydrogen berfungsi membersihkan luka, sehingga mudah membunuh semua bacteria yang ada.



Mengenai perbedaan madu, antara lain Dr Agus Rahmadi dari Konsultasi Klinik Sehat ‘Eramuslim.com’ berkata...



“Sebagaimana firman Allah dalam Al Quran, madu adalah ‘obat bagi manusia’… Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Konferensi tersebut membahas pengobatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Madu juga merupakan food supplement karena kandungan gizi yang tinggi dan komplit.



Setiap 100 gram madu mengandung 280-330 kalori; lebih dari 765 gula (fruktosa, glukosa dan sukrosa); mineral terdiri dari 5 mg kalsium, 15-17 mg posfar, 0,4-1,0 mg zat besi, mangan, kalium, belerang, aluminium, dan silikat; vitamin meliputi 1-6 mg vitamin C, vit B1, B2, B6, asam panthotenat, asam nikotinat; enzim-enzim invertase, katalase, inulase, peroksidase; asam organik, termasuk berbagai asam amino esensial, zat warna karoten; zat aromatis seperti terpen, aldehida, ester, manitol, dulcitol, dan sebagainya.



Selain itu juga mengandung biogenetik stimulants, yaitu zat yang dapat merangsang aktivitas pertumbuhan sel tubuh manusia. Madu dapat dikonsumsi dari mulai anak balita sampai orang tua renta. Hanya saja pada anak kurang dari satu tahun sebaiknya diberikan madu murni dan kualitas bagus. Dikhawatirkan jika kualitas madu kurang bagus, akan ada efek ke anak. Dan untuk membedakan apakah madu tersebut bagus atau tidak, dapat diketahui dari :



1…Sumber madu : Madu yang berasal dari daerah yang banyak polusi dan cemaran pestisida kurang bagus dibandingkan dari daerah yang bebas polusi.



2…Melakukan tes dengan meneteskan madu ke dalam air jernih. Jika madu langsung larut dan warna air langsung berubah, maka dapat dipastikan kualitas kurang bagus. Tetapi jika madu mengendap dan baru larut jika diaduk maka kualitas bagus.



3…Jika banyak terdapat buih di dalam botol dan saat dibuka terdengar letupan maka madu tersebut kualitasnya kurang bagus, karena sudah terjadi fermentasi.



4…Belilah madu dari sumber yang terpercaya, yang sudah mempunyai sertifikat SNI, depkes dan LP-POM MUI (bagi negara Indonesia).



Dosis (dos) madu yang dianjurkan untuk orang dewasa adalah 200 – 300 mg / hari dan untuk anak atau balita 30 mg/hari.”




Dr Agus menasihatkan supaya mengawasi madu campuran, “…karena begitu banyak madu yang telah dicampur dengan larutan gula sebagai penambah manis dan untuk menambah banyak secara kwantitas. Madu juga salah satu obat yang dianjurkan Nabi, selain sifat alaminya yang pasti tanpa campur tangan manusia. Dan juga madu dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti panas badan yang tinggi, gangguan lambung, infeksi lambung dan usus, sembelit dan sebagai pengganti gula pada penderita kencing manis.”



Kini, di Saudi Arabia sudah diwujudkan ‘Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah’. Iaitu lembaga pengkajian aspek Sains & teknologi dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Didirikan pada tahun 1987 di bawah Rabithah Alam Islami di Makkah Al-Mukarromah. Pengasasnya adalah seorang ulama asal Yaman, Syekh Abdul Majid Zendani. Beliau adalah seorang ahli farmasi yang sangat menguasasi sains moden, tafsir dan hadits. Sekarang dipimpin oleh Syekh Dr. Abdullah Al-Mushlih, seorang ulama Saudi Arabia.



Maka benar sungguhllah firman Allah SWT dalam Al-Qur’an surat An-Nahl atau Surah Lebah , ayat 68 – 69 :



“Dan Tuhan Penciptamu
mewahyukan kepada lebah…
‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,
di pohon-pohon kayu,
dan di tempat-tempat buatan manusia'.



Kemudian makanlah
dari tiap-tiap (macam) buah-buahan
dan tempuhlah jalan Tuhanmu
yang telah dimudahkan (bagimu).
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)
yang bermacam-macam warnanya,
di dalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan)
bagi orang-orang yang memikirkan.”



Begitu pentingnya makhluk bernama ‘lebah’ sehingga menjadi nama surah dalam Al-Quran. Ya. Selamat mencoba dan kajilah Al-Quran…



Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com
November6, 2008. KL.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18274&mode=thread&order=0&thold=0

Marilah Kita Timbang Dan Kita Fikirkan Bersama..

“Holy Water” Versi Orang Melayu



Dilulus terbit pada Tuesday, November 11 @ 11:05:21 MYT oleh syamil


Oleh dreamkiller


"
Kalau suatu ketika atau mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang cukup terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan oleh golongan paderi dari kalangan penganut kristian. Sebahagian masyarakat Islam khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu yang mampu menjadikan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad dengan serta-merta akibat dari melupai Allah, gagal membaca syahadah, dan lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kepada agama kristian dan menganutinya.



Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!

Namun sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat seperti itu. Seandainya ia benar sekalipun, ia tidak akan mampu memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’la telah berfirman,

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)

Secara logiknya, sekiranya Holy Water tersebut benar-benar wujud sebagaimana dikata yang memiliki kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian, sudah tentu tidak akan ada orang kristian yang akan masuk Islam. Tetapi itulah hakikatnya, di mana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk Islam dengan sukarela saban waktu. Sehingga paderi-paderi mereka pun ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat menjadi pendakwah yang mengajak orang lain menganut Islam.

Setelah kewujudan air “Holy Water” kristian itu menjadi reda, air “Holy Water” buatan orang melayu masih belum reda malah semakin menyubur sehingga ke masa ini.

Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mampu menjadikan seseorang yang asalnya malas menjadi rajin, si bodoh boleh menjadi bijak, orang yang gelap hatinya akan menjadi ulama, orang yang selalu gagal boleh menjadi manusia berjaya, orang bujang boleh segera bertemu jodoh, malah sehingga boleh menjadikan seseorang yang sakit tenat kembali sihat. Sehingga terdapat Holy Water dengan ramuan-ramuan yang tertentu mampu membantu mengubati sehingga penyakit jantung dan buah pinggang yang kronik.

Begitulah keajaiban Holy Water versi melayu. Ia bukanlah suatu yang ditakuti sebagaimana kewujudan Holy Water versi kristian. Tetapi, Air keramat versi melayu ini adalah air yang menjadi buruan masyarakat yang benar-benar belum mengerti yang mengejar keajaiban segera. Mereka sebenarnya menjadi mangsa oleh golongan agamawan yang merosakkan.

Malah, kini ia bukan lagi setakat air, tetapi produk ini kini diperluaskan lagi ke dalam bentuk lainya seperti melalui “Kismis Keramat”, “Madu Keramat”, dan seumpamanya. Produk-produk ini kini memiliki nilai komersil yang begitu hebat sekali.



Akhirnya, cara menghasilkan air-air keramat dan produk-produk keramat itu kian terbongkar! Caranya amat mudah iaitu hanya dengan memanggil mana-mana orang berpangkat tok-tok guru atau ustaz-ustaz tertentu supaya mereka membacakan doa-doa tertentu, atau jampi-jampi tertentu, atau dengan mana-mana ayat-ayat suci al-Qur’an atau kebiasaannya surah Yasin, pada produk-produk tersebut. Setelah dibacakan pada produk tersebut, maka ianya akan dibungkuskan untuk dipasarkan kepada para pengguna atau pembeli yang mengkehendakinya. Malah ada juga produk seperti madu asli yang khas dibacakan dengan 30Juzuk al-Qur’an oleh Ma’had-ma’had tahfiz tertentu bagi menjadikan madu tersebut lebih “power” (memiliki nilai tambah) berbanding madu asli yang lainnya. Malah dengan bacaan tersebut, akan menjadikan madu tersebut memiliki kuasa terapi dan daya penyembuhan yang lebih dasyat. Sehingga mampu memberikan keajaiban segera kepada para peminumnya. Wallahu a’lam.

Namun, tidak pula kita temui daya tambah yang seperti itu melalui kalam Rasulullah... wallahu a’lam. Meminum madu itu sememangnya anjuran sunnah, sayangnya tidak pula Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan atau menunjukkan kaedah nilai tambah sebagaimana yang tersebut.

Sehinggakan saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis-majlis bacaan yasin (yasinan) dan majlis-majlis tahlil (tahlilan) yang menyediakan air dalam jumlah-jumlah tertentu dengan diletakkan pada bekas-bekas tertentu yang kebiasaannya botol-botol bersaiz bekas mineral water, diletakkan pada kedudukan di tengah-tengah lingkaran majlis tersebut diadakan. Lebih menariknya, apabila bacaan/majlis hendak dimulakan, penutup bekas (atau botol) akan dibuka dan setelah tamat majlis, penutup botol akan ditutupkan semula. Kemudiannya air-air tersebut akan diagih-agihkan dan diminum dengan hasrat akan memberi keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

Malah, selain dari majlis itu, air-air seperti itu kini kian menjadi suatu bahan produk yang benar-benar memiliki nilai yang tinggi hasilnya. Serta memiliki nilai permintaan yang begitu tinggi di negara kita. Sekaligus mampu memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada para penjualnya.

Begitulah betapa telah meluasnya produk-produk ganjil dan aneh tersebut di dalam pasaran negara kita hari ini. Semuanya tidak lain, ianya wujud dan menjadi begitu “demand” disebabkan oleh kejahilan sebahagian masyarakat kita terhadap agama.

Jikalah benar para ustaz dan tok-tok guru tersebut ikhlas mahu membantu, apalah salahnya sekiranya dijampikan saja air sebanyak di lautan, air sepanjang sungai, air-air di empangan milik jabatan bekalan air, selebar air di tasik-tasik, air setelaga, beras di gudang-gudang, dan padi yang sedang menguning di sawah-sawah padi. Cara seperti ini lebih membantu, malah hasilnya kelak bakal diterima oleh keseluruhan masyarakat dengan lebih komprehensif dan adil. Kebaikannya bakal dapat dirasai bersama. Sama ada masyarakat yang miskin atau kaya. Yang mengetahui atau yang tidak mengetahui. Lalu, akan cerdik agama, bijak bestari dan sihat-sihat belakalah seluruh masyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Akhirnya, seluruh negara akan mendapat manfaatnya. Nescaya akan cemerlang, gemilang dan terbilang masyarakat kita di Malaysia dengan berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Kelak akan lahirlah bijak pandai Melayu yang bakal menerima anugerah Nobel di peringkat antarabangsa, dan apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya, maka jawablah, “Saya mengamalkan memakan madu keramat atau air penerang hati atau mungkin juga kismis doa!”

Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan kepada adanya persoalan ruqyah dan jampi. Namun bukanlah sehingga diperluaskan skopnya kepada semua persoalan dan malah sehingga ianya dikomersilkan (dipasarkan).

Perlu untuk kita fahami sesuatu konsep itu dengan betul. Bahawa orang yang jahil (bodoh), ubatnya adalah dengan menuntut ilmu, orang yang gelap hatinya adalah dengan mempelajari al-Qur’an dan hadis, ubat bagi sebuah kegagalan adalah dengan meningkatkan daya usaha dan perancangan, orang yang malas ubatnya adalah dengan motivasi dan galakkan, orang yang sakit adalah dengan berjumpa doktor. Jangan kita brputus asa, Malah Allah memberi ruang kepada kita agar sentiasa berdoa memohon kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)

Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin atau terkena sihir, bolehlah dia diruqyah iaitu diberi rawatan dengan cara terapi jampi berpandukan petunjuk as-Sunnah. Iaitu dengan doa-doa tertentu yang tsabit dari as-Sunnah dan dengan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an tertentu. Juga mereka yang terkena sengatan lipan dan gigitan haiwan berbisa tertentu, maka memang ada sunnahnya dalam hal ini. Namun, perlulah merujuk dengan kaedah yang benar-benar sahih dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukannya main hentam kromo mengikut hawa nafsu yang kemudiannya dijadikannya sebagai produk meraih keuntungan. Bukanlah juga dengan sekadar membeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” di pasaran lalu diberikan kepada anak-anak yang sedang demam, anak yang mahu mengambil peperiksaan, anak-anak yang mahu menambah daya hafalan, dan seumpamanya.

Cara yang terbaik adalah si pesakit (yang mengalami gangguan) mengubati dirinya sendiri berpandukan zikir-zikir atau doa-doa yang ditunjuk-ajarkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadisnya yang sahih. Di samping itu, mereka sendirilah yang perlu mengubah cara hidupnya iaitu dengan cara memperbaiki amal-amalnya, menjauhi syirik (sentiasa memelihara aqidah), dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tidak lupa supaya dia sentiasa membaca, meneliti, serta mengamalkan isi kandungan al-Qur’an di mana pun dia berada. Jangan sehingga menjadikan rumahnya seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Begitulah indah dan mudahnya mengamalkan Islam. Ia dipraktikkan berdasarkan ilmu dan keikhlasan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqomah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Maka, dengan ini, tinggalkanlah air-air keramat berupa produk-produk yang boleh menjadikan kita sebahagian dari pengikut hawa nafsu! Berubahlah dengan menjadi manusia yang beragama berpandukan ilmu.

http://an-nawawi.blogspot.com/"


--------------------------------------------------------------------------------

"“Holy Water” Versi Orang Melayu" Login/Create an Account 15 comments Search Discussion

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.


Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by matnoq on Tuesday, November 11 @ 11:27:25 MYT
(User Info Send a Message)
agaknya awak ni tak pernah baca kajian air oleh seorang Prof Jepun. Memang sah awak ni WAHABI. Belajar byk sikit, rujuk banyak lagi . tak jumpa rujuk bukan bermakna tak ada cuma awak yg tak jumpa.



Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu by UMNO_4ever on Tuesday, November 11 @ 12:07:28 MYT




Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by diablo (al_capone@yahoo.com) on Tuesday, November 11 @ 11:36:46 MYT
(User Info Send a Message)
betul tu saudara dreamkiller..
sedangkan air zam-zam pun tak boleh di commercialkan..
ni kan pulak ayaq yasin.. ayaq penerang ati ni semua..





Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by AbahHakeem on Tuesday, November 11 @ 12:01:40 MYT
(User Info Send a Message) http://www.therion-grass.blogspot.com
Kajian pada air... air bukan sahaja untuk minum, tapiada kajian yang dibuktikan, bahawa air menjadi satu medium yang amat berkesan didalam absorb zat. seperti cahaya dan memori...

contohnya begini.... disebalik kita berwuduk, tersirat Allah memberi khasiat kesihatan disitu... caranya, setiap waktu solat, ada cahaya2 harinya, seperti maghrib, lembayung senja memberi cahaya yang amat baik untuk ingatan dan jantung... kita tak dapat absorb maksimum zatnya... tapi jika berwuduk ketika itu (nak solat maghrib la)... badan kita yang basah dengan air sembahyang membantu kita memaksimakan absorb zat itu....

2 tahun lepas ketika saya bekerja di K.L dan buat part time tuisyen, saya meminta pelajar saya membawa air mineral atau bekal air mineral dalam apa wadah pun.... bile mula kelas, baca doa dan belajar.... tamat sesi, saya suruh mereka minum abis air tu (segelas dah cukup)... kerana mengikut kajian, air satu medium yang cukup kuat untuk absorb memori sekitarnya...

secara fizikal susah kita nak terangkan, saya dapat ilmu ini dari perbincangan dengan seorang doktor yang mengkaji khasiat cahaya dan alam sekitar... orang Melayu Islam...

terpulang untuk mempercayai atau tidak...

Allahukakhbar...




Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu by nurAiman on Tuesday, November 11 @ 21:33:01 MYT




Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by JualTilam on Tuesday, November 11 @ 12:19:16 MYT
(User Info Send a Message)
Dulu ada sorang Ustaz bagi kuliah. Di akhir kuliah, dia bagitau dia jual air yang telah dibacakan 30 juzuk oleh madrasah di mana dia mengajar. Hasil jualan di masukkan dalam tabung madrasah untuk tujuan mendidik penuntut2 madrasah. Sikit pun Ustaz tu tak ambil. So, terpulanglah kepada mereka yg hadir kuliah tersebut samada nak beli atau tidak, Ustaz tu tak paksa beli.

In fact, kalau berpeluang jumpa gerai jual botol/air jampi ni, cuba baca betul2 kat sticker dia tu, kat sape duit hasil jualan tu dia bagi ?

Adakah jatuh syirik si pembeli dgn membeli air tersebut ?
Adakah tidak wajar untuk penjual menjual air tersebut ?

Pikiaq betui2, try be in their shoes.




Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu by nurAiman on Tuesday, November 11 @ 21:37:35 MYT




Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by masa_depan on Tuesday, November 11 @ 12:31:04 MYT
(User Info Send a Message)
Salam...

sepatutnya setiap umat Islam perlu tahu apa yang perlu dibaca pada air untuk diminum tanpa bergantung pada ustaz2. Kerana budaya ini akan menyebabkan umat Islam itu malas berusaha sendiri. Peranan ustaz2 yang sepatutnya menyampaikan ilmu dah disibukkan pula dengan permintaan2 untuk menjampi air pulak..

Ditakuti pula secara tidak sedar umat islam yang tidak mahu belajar ini akan melakukan syirik yang tersembunyi dengan bergantung dengan ustaz2 dan tok guru2 pula dan tidak lagi kepada Allah tanpa perantaraan.

Kalau dibacakan air kepada kanak2 memanglah bagus kerana kanak2 itu belum lagi mampu untuk membaca doa2 dan ayat2 Al-Quran, tapi biarlah ibu-bapa itu sendiri yang membacakannya.

Wassalam...






Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by Panglima_Besi on Tuesday, November 11 @ 12:48:14 MYT
(User Info Send a Message)
ko ni cakap pakai logic akal je,kajian telah dibuat oleh beberapa saintis.mengikut kawan au cite,die blajar kimia petroleum (agak pandai jugak la di banding ngan aku). prof2 ni amik air 'holy water', air dari jampi sami buddha ngn macam2 air la last skali air zam zam. kemudian die suh ahli agama masing2 supaya membaca doa atau mentera kat air masing2. air sebagai medium penyerap dapat menyerap energy2 tersebut.

macam holy water ngn air2 lain dorg leh lihat dibawah microskop kuar gmbrn berupa jin atau setan. dah air zam zam terdapat kalimah Allah. aku xdapat nak pastikan sebab ni melalui cerita mulut ke mulut.kalau korang xpercaya pon xpe.tapi aku percaya cite ni.






Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by ibnuaki on Tuesday, November 11 @ 13:32:46 MYT
(User Info Send a Message)
payah kalau berpikir cara logik saja. kena banyak baca baru boleh tulis macam2. yang aku tahu asalkan tidak besalahan dengan al-Quran dan al hadis ianya halal untuk dituruti. selagi tiada fatwa daripada mana-mana pihak yang mengharamkannya korang tulislah apa pun.nak tanya, kalau kita percayakan ubat panadol boleh sembuhkan sakit kepala kira macam mana? kira sebahagian pengikut hawa nafsu jugak ke?







Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by MFTAQIYUDDIN on Tuesday, November 11 @ 13:47:07 MYT
(User Info Send a Message)
SALAM.TAJUK THREAD BUKAN MAIN LAGI,BILA BUKA MENYIMPANG JAUH. SAYA CUBA SENDIRI KISMIS TOK GURU TU.ALHAMDULLILLAH.DAH 2 BOTOL.INGATAN MAKIN KUAT,TENANG RASANYA BILA JAWAB EXAM SEKARANG.
SAYA BERUSAHA MELALUI APA YANG TELAH ALLAH CIPTAKAN,DAN AMALAN NI DAH LAMA DIAMALKAN.APA SALAHNYA?
TOK GURU-TOK GURU YANG MENJAMPI TU GUNAKAN AYAT AL QURAN DAN MUNGKIN NIAT MEREKA MENJAMPI DAN MENJUAL BENDA TU SEBAGAI SATU USAHA MENDAPATKAN DANA UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA YANG TAK DAPAT BANTUAN PENUH.
APA SAUDARA FIKIR DAN NAK TIMBULKAN SEBENARNYA?






Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by AbahHakeem on Tuesday, November 11 @ 15:58:49 MYT
(User Info Send a Message) http://www.therion-grass.blogspot.com
untuk ingatan bersama... mereka bukan men"jampi"... lebih kepada berdoa dan doa itu diabsorb oleh medium.... jampi-jampi tu bomoh ada la... dan bomoh serta dukun itu adalah fitnah yang besar di dalam Islam... Allahuakhbar....






Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by sakurabayu on Tuesday, November 11 @ 16:47:04 MYT
(User Info Send a Message)
Setelah terbaca artikel ni, saya rasa sedikit perbezaan pendapat dgn penulis. Sebab saya pernah baca thesis pasal molekul air hasil kajian seorang prof jepun. Air diletakkan dlm bilik yg kedap udara, bunyi, dan segala faktor fizikal lain, dan dialunkan dua jenis muzik yg berbeza. Satu dialunkan muzik hardrock, dan satu lagi dialunkan muzik balada yg biasanya dimainkan untuk menenangkan fikiran. Hasilnya, molekul air yg dialunkan lagu hardrock mengalami perubahan struktur yg tidak teratur dan mengalami kerosakan pada molekulnya. Tetapi ini berbeza dgn air yg dialunkan lagu balada yg mana molekul air itu tidak mengalami kerosakan struktur, bahkan lebih tersusun ikatan antara molekulnya. Disini , saya berpendapat , alunan al-Quran seperti surah yasin juga memberi impak dalam penyusunan struktur molekul air, dan sudah tentu mempunyai kesan kepada peminum walaupun sedikit. Wallahualam....






Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by abujahal on Tuesday, November 11 @ 23:26:58 MYT
(User Info Send a Message)
salam
JANGAN BERCITA-CITA NAK MENUTUP REZEKI ORANG YANG SEUGAMA DENGAN KITA DENGAN KEPANDAIAN KITA YANG SEDIKIT.ALLAH MAHA MENGETAHUI ,.





Re: “Holy Water” Versi Orang Melayu (Score: 1)
by jayabdih on Wednesday, November 12 @ 06:37:16 MYT
(User Info Send a Message)
Perkataan HOLY Water = Kristian Punya

Air Al-Quran = Islam punya

Kenapa pula di versi-samakan? Bible dengan Quran jauh bezanya.


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18305&mode=thread&order=0&thold=0

MINISTRY OF EXTERNAL RELATIONS ISSUES STATEMENT ADDRESSING MALAYSIA

2008-11-07 19:10:35 Хэвлэх Найздаа илгээх



Ulaanbaatar, /MONTSAME/ The world community is well aware of the ruthless murder of Mongolian citizen ALTANTUYA Shaariibuu on October 19, 2006, in Punchak Alam, Malyasia, being shot twice and blown up by an explosive.
The Government of Mongolia reaffirms hereby that it has been consistently paying attention, from the very beginning of this cruel crime to the court proceedings. The Prime Minister and the Minister for Foreign Affairs (previous name) of Mongolia have sent letters twice each to their Malaysian counterparts expressing their confidence that related Malaysian authority would bring a murderer to justice and deliberate a fair court conviction for the case.
The Government of Mongolia deeply regrets that the Malaysian high court judge made a decision on October 31, 2008, to acquit Abdul Razak Baginda--the murder suspect for killing Mongolian ALTANTUYA Shaariibuu.
Although Mongolia has no legal rights to take part in the court proceedings, the Government of Mongolia is responsible for protecting legitimate rights and interests of its citizen under international treaties and national legislation.
In connection with the recent court decision to acquit the suspect Abdul Razak Baginda, the Minister for Exterrnal Relations of Mongolia Mr. S.Batbold has sent another letter addressed to the Foreign Minister of Malaysia Mr. Rice Yatim requesting the latter to pay attention to and render support for ensuring conditions for a final court decision free from politics and other side influence.
The letter carries a statement by Mongolia's Government testifying that it will have a strong reasoning for turning to the international court in order to defend rights and interests of its citizen if the court's final decision results in unfair trial and proceedings.
A trial for the special unit officers charged for the murder is expected to take place shortly and the Mongolian Government keeps its eyes and ears wide open on the proceeding.
S.Batbayar
16.40




http://www.montsame.mn/index.php?option=com_news&mt=normal_news&tab=200811&task=news_detail&ne=347
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...