Wednesday, April 29, 2009

40 maut dalam 4 bulan

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Wabak demam denggi di negara ini semakin membimbangkan apabila 16,684 kes denggi membabitkan 40 kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 18 April lalu. 

Jumlah ini jauh lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 11,386 kes dengan 29 kematian.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes bawaan nyamuk iaitu sebanyak 8,928 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,447), Perak (1,405), Johor (901) dan Pulau Pinang (885).

Bilangan kes kematian tertinggi juga turut dicatatkan di Selangor dengan 27 kematian, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (5), Negeri Sembilan (4), Johor (2) serta Pahang dan Sabah, masing-masing sebanyak satu kes.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata KKM mengenal pasti 85 ‘kawasan panas’ pembiakan nyamuk paling aktif di mana 82 daripadanya di Selangor manakala selebihnya di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta di Sarawak.

Katanya, hasil pemantauan dilakukan mendapati 19,657 premis dikesan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan sebanyak 481 kompaun bernilai RM72,159 dikeluarkan.

“Kita sudah melakukan pemantauan secara berkala terhadap kes berkaitan nyamuk aedes di tempat yang dikenal pasti tetapi, masalah ini masih tetap berlaku.

“Angka dicatatkan juga sangat mengejutkan kerana walaupun pelbagai usaha serta kempen dilakukan, bilangan kes terus meningkat dan masih ada premis terus menjadi kawasan pembiakannya,”
katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, kes membabitkan penyakit Chikungunya turut meningkat. Bagi tempoh 12 hingga 18 April lalu 45 kes dilaporkan berbanding minggu sebelumnya 29 kes.

Katanya, jumlah itu meningkat 15 peratus dengan jumlah terkumpul 1,243 kes setakat tahun ini. 

“Kita mengenal pasti lima negeri yang menunjukkan peningkatan berkaitan penyakit Chikungunya dengan Selangor dan Johor masing-masing mencatat empat kes, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga kes diikuti Pahang dan Terengganu, masing-masing dua kes,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090424080923/Article/index_html

Bekas suami lepas tangan

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

suami culas bayar nafkah anak." title="LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis terhadap bekas
suami culas bayar nafkah anak." height="357" width="300" border="0">
LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis terhadap bekas 
suami culas bayar nafkah anak.

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah terpaksa menanggung sengsara rentetan sikap bekas suaminya yang dipercayai lepas tangan apabila gagal membayar nafkah tiga anak mereka sejak lebih setahun lalu. 

Malah, tanggungan yang dipikul membesarkan tiga anaknya, termasuk dua daripadanya masih bersekolah semakin berat selepas wanita berusia 40 tahun itu diberhentikan kerja bulan lalu akibat kemelesetan ekonomi global.

Wanita yang enggan dikenali itu mendakwa bekas suaminya mula menunjukkan ‘perangai’ bermula Disember 2007 apabila tidak membayar nafkah anak seperti diperintahkan mahkamah.

“Disebabkan bekas suami lepas tangan kerana enggan membayar nafkah, keputusan dikeluarkan mahkamah pada Julai tahun lalu yang menuntut bayaran tertunggak.

“Bagaimanapun, sikap bekas suami saya semakin teruk, malah sering menggunakan alasan enggan membayar nafkah konon kerana tidak membenarkan anak berjumpa dengannya walaupun hakikat sebenarnya tidak,” katanya di sini, semalam.

Dia yang sedang mencari pekerjaan baru berkata, dia pada mulanya lega apabila bekas suaminya melaksanakan tanggungjawab dengan membayar nafkah selepas bercerai sejak 2003, namun kecewa apabila lelaki itu kemudian enggan bertanggungjawab.

“Keputusan perintah membayar nafkah tertunggak dikeluarkan mahkamah tahun lalu, namun sehingga kini saya belum menerima sesen pun” katanya.

Menurutnya, dia kini terpaksa menunggu lagi tindakan mahkamah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya yang masih enggan membayar nafkah.

“Saya merayu pihak mahkamah mempercepat proses tuntutan nafkah ini kerana yang penting adalah masa depan anak.

“Wang itu diperlukan untuk pembelajaran anak saya. Kini, ditambah pula dengan keadaan saya yang sedang mencari pekerjaan selepas diberhentikan,”
katanya.

Katanya, dia menghadapi pelbagai tekanan sepanjang menunggu kes tuntutan nafkah, termasuk terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi.

“Saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan membantu selepas bercerai dengan bekas suami.

“Kini, saya tidak tahu ke mana lagi untuk mengadu selain berharap tuntutan nafkah ini selesai dengan secepat mungkin bagi kepentingan anak,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090424075544/Article/index_html

Kesal cara Saravanan

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menyatakan rasa kesal mendalam terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) didapati ’culas’ bertugas. 

Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Md Zin.

“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?“ tanya Ahmad Shah.

Beliau mengulas kejadian kelmarin di Unit Kecemasan hospital itu, di mana Saravanan ‘mengesan’ seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.

Beliau berkata, walaupun Cuepacs tidak akan membiarkan kakitangan awam tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil. 

Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia.

Ustaz prepaid

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my

RAWANG: Bertopengkan perwatakan alim dan bacaan doa murah rezeki, seorang ‘ustaz temberang’ dipercayai mampu bergelar jutawan segera selepas memperdayakan puluhan individu membabitkan jumlah jutaan ringgit melalui skim perkongsian perniagaan kad prabayar sebelum melarikan diri bersama modal diberikan mangsa.

Sehingga kini, lebih 10 individu yang menjadi mangsa ‘ayat pemanis’ ustaz terbabit hanya mampu menepuk dahi apabila kerugian hampir RM2 juta selepas setiap seorang daripada mereka menyerahkan RM200,000 bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 38, berkata dia mengenali lelaki itu selepas diperkenalkan rakannya yang terlebih dulu mengetahui berhubung tawaran pelaburan kad prabayar itu.

Menurutnya, ustaz berkenaan mendakwa mampu membekalkan kad prabayar pada harga serendah RM9.60 untuk pembelian setiap kad bernilai RM10.

“Saya tertarik dengan tawaran itu kerana harganya sungguh luar biasa. Selepas melihat kami mula yakin berurus niaga dalam jumlah modal lebih besar, ustaz palsu itu mula menawarkan pada kami untuk berkongsi dengan alasan kekurangan modal.

“Menurut ustaz itu, dia bimbang ketiadaan modal menyebabkan dia terlepas peluang untuk membekalkan sehingga 10,000 keping kad sehari kepada seorang pembeli di Kuantan, Pahang,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu yang berusia 50-an berjanji akan memberikan keuntungan harian 10 peratus daripada hasil jualan kad prabayar berkenaan kepada mangsa.

“Dalam tiga bulan pertama semuanya berjalan lancar dan keuntungan dijanjikan dibayar mengikut jadual.

“Ustaz itu menawarkan saya menjadi rakan kongsinya dengan membuat pelaburan RM200,000 dan berjanji membayar wang keuntungan berkenaan dalam tempoh beberapa hari selepas pelaburan dibuat,”
katanya.

Menurutnya, dia dan beberapa lagi rakan lain mengeluarkan wang simpanan dan menyerahkannya kepada ustaz terbabit tanpa syak wasangka dan hanya menyedari ditipu selepas lelaki itu menghilangkan diri.

“Yakin berurusan dengan lelaki itu, kami semakin berani menyerahkan wang dalam jumlah lebih besar. Kali terakhir saya menyerahkan wang padanya pada akhir Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

“Ustaz itu seperti mendesak saya menyerahkan wang terbabit dengan alasan untuk membuat pembayaran bagi urusan penting. Walaupun tak sedap hati, permintaan itu tetap saya ikutkan selepas terbayang untung berlipat ganda dijanjikan,”
katanya. 

Dia yang kerugian wang simpanan memberitahu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam, namun sehingga kini suspek dipercayai masih berkeliaran mencari mangsa baru.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Ady, 40, berkata dia yakin berurus niaga dengan ‘ustaz putar alam’ itu berikutan perwatakan alim yang ditampilkan termasuk sentiasa membaca al-Quran setiap kali berkunjung ke rumahnya.

“Setiap kali mengambil wang deposit, dia akan membacakan doa kononnya untuk keberkatan padahal semua itu hanya lakonan untuk membuatkan kami yakin kepadanya.

“Biasanya apabila datang mengambil duit daripada mangsa, dia hanya membawa beg galas atau meletakkan wang kami dalam beg plastik sampah hitam kononnya untuk keselamatan,”
katanya.

Menurutnya, selain menawarkan skim pelaburan kad prabayar, ustaz temberang itu turut cuba memperkenalkan skim pelaburan lain, antaranya pelaburan ternakan lintah, sarang burung dan pelaburan keretek.

“Bagi meyakinkan kami, ustaz itu kerap memberikan cagaran cek selain mengeluarkan resit khas setiap kali mengambil wang deposit pelaburan daripada mangsa. Bagaimanapun, kami mendapati, cek terbabit bukan dimilikinya, tetapi cek milik syarikat lain.

“Dia yang bijak bermain kata sering bercerita kononnya rapat dan mempunyai pertalian dengan seorang Tan Sri yang juga tokoh automotif negara. Namun, semua dakwaannya hanyalah rekaan selepas lelaki itu melarikan diri,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090428073341/Article

Beca bawa ratusan biji buah kelapa


GAMBAR menunjukkan sebuah beca dipenuhi dengan ratusan biji kelapa di Mysore, India.


MYSORE, India - Orang ramai seperti tidak percaya apabila melihat sebuah beca beroda tiga yang berenjin tetapi sarat dengan beratus-ratus biji buah kelapa, lapor sebuah akhbar semalam.

Beca itu dalam perjalanan ke sebuah pasar apabila pemandunya membawa bersama ratusan biji buah kelapa.

Mereka menyangka pemandu beca itu hilang akal kerana melakukan pekerjaan berbahaya yang boleh mengundang kemalangan.

Bagaimanapun, lelaki itu berbuat demikian dipercayai kerana terdesak untuk pergi ke pasar Kamataka di sini, selatan India tanpa perlu berulang alik.

"Setiap sebiji kelapa diikat dengan menggunakan kulitnya yang dikopek," kata seorang lelaki. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Nenek Obama terima tawaran kerjakan haji

DUBAI - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menerima pelawaan daripada jutawan hartanah Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr. Sulaiman Al Fahim untuk mengerjakan fardu haji tahun ini, menurut satu laporan.

"Saya dapati beliau tidak pernah mengerjakan haji dan beliau ingin sangat nak pergi. Memandangkan ibu kandung saya sudah tiada, keluarga kami ada tempat yang terluang. Saya mempelawa beliau dan beliau menerimanya," Ketua Pegawai Eksekutif Hydra Properties itu dipetik sebagai berkata oleh Arabian Business.

"Saya sangat ternanti-nantikannya," kata Dr. Al Fahim, yang penyedia berita perniagaannya dilaporkan bertemu Mama Sarah semasa melawat Kenya minggu lepas.

Dilantik sebagai duta muhibah bagi menyokong Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau menjelajah Kenya untuk melancarkan kempen anti-malnutrisi di wilayah berkenaan.

"Ini sesuatu yang saya akan lakukan dengan lebih banyak lagi," katanya, sambil mengakui bahawa beliau sangat bertuah kerana kerjaya dan perniagaan miliknya sendiri.

"Saya merasakan sudah tiba masanya untuk menabur bakti dan berusaha melakukan sesuatu untuk golongan kurang bernasib baik," kata Dr. Al Fahim dalam laporan Arabian Business itu. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Pasangan jalin hubungansulit ditembak mati


WANITA ini ditembak mati kerana melakukan hubungan sulit.



KLIP video yang disiarkan oleh saluran berita Dawn News menunjukkan mayat seorang wanita ditembak mati.


ISLAMABAD - Satu klip video pasangan lelaki dan wanita yang disyaki menjalinkan hubungan sulit ditembak mati oleh anggota-anggota kumpulan Taliban disiarkan saluran berita Dawn News di Pakistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian yang berlaku di daerah Hangu, berhampiran sempadan Afghanistan itu dirakam dengan menggunakan telefon bimbit berkamera oleh seorang wartawan tempatan.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang tidak didedahkan identitinya itu ditembak dari arah belakang di sebuah padang berhampiran.

Anggota-anggota Taliban itu kemudian kembali semula ke padang tersebut selepas orang ramai memberitahu bahawa pasangan itu masih hidup.

Klip video itu menunjukkan anggota-anggota Taliban kembali semula sejurus kemudian dan menembak mati pasangan berkenaan.

Pembunuhan kejam itu menunjukkan bahawa pengaruh Taliban semakin meluas di Pakistan.

Sebelum ini, kerajaan Pakistan memberikan kebenaran kepada militia Taliban menguatkuasakan undang-undang syariah di Lembah Swat bagi mengekang pengaruh kebangkitan mereka. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Thai, Indonesia henti import babi elak penularan wabak

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menggantung semua import babi dan produk daging berkenaan semalam sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap penularan wabak selesema babi.

Langkah itu dilakukan berikutan pertemuan menteri-menteri kanan yang berbincang mengenai koordinasi terhadap ancaman wabak itu terhadap Indonesia.

Sementara itu di Bangkok, pihak berkuasa Thailand mula memasang alat pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bagi menyekat kemasukan produk babi dari Mexico atau Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kesihatan, Witthaya Kaewparadai berkata, para penumpang dari beberapa destinasi turut diperiksa terhadap simptom jangkitan virus selesema babi. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Orang ramai jangan bercium



DUA orang berpelukan di sebuah lapangan terbang di Manila semalam.


MANILA - Pihak berkuasa kesihatan Filipina semalam menggesa orang ramai mengelak berpelukan dan berkucupan di tempat awam berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak selesema babi.

Virus itu sudah mengakibatkan 103 maut di Mexico dan dijangka lebih ramai akan mati sekali gus menyebabkan pihak berkuasa di seluruh dunia mengambil langkah-langkah keselamatan.

Pusat Epidemiologi Filipina, Eric Tayag berkata, pihaknya meningkatkan pengawasan terhadap ketibaan penumpang di lapangan terbang serta menggesa orang ramai untuk mengehadkan sentuhan di tempat awam.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata, setakat kini belum ada sesiapa yang dijangkiti virus itu di Filipina.

Menurutnya, tidak ada pembatalan ketibaan pesawat dari Mexico atau lain-lain negeri di Amerika Utara.

Beberapa pegawai kesihatan berkata, sebanyak 11 pengimbas haba di ditempatkan di beberapa buah lapangan terbang antarabangsa.

Sementara itu, penternak-penternak babi Filipina diarah untuk memberi pelalian pada haiwan ternakan mereka. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm


Selesema babi di New York


BEBERAPA penumpang yang tiba dari Mexico memakai topeng muka ketika tiba di sebuah lapangan terbang di Madrid, Sepanyol semalam.


BANDAR RAYA MEXICO - Bimbang dengan selesema babi yang semakin merebak di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, berjuta-juta penduduk Mexico tidak keluar rumah bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan yang sudah meragut 103 nyawa.

Menteri Kesihatan, Jose Angel Cordova dalam kenyataan lewat semalam berkata, angka kematian akibat penyakit itu di Mexico meningkat kepada 103 orang manakala 400 yang lain masih dirawat di hospital di seluruh negara.

Di ibu negara Mexico, keadaan bandar raya berkenaan hampir lumpuh apabila berjuta-juta warga kota tinggal di dalam rumah bagi mengelak dijangkiti selesema babi.

Mereka yang berani keluar rumah berbuat demikian dengan memakai topeng muka manakala sesetengah majikan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah semalam.

"Ini ialah kali pertama saya keluar rumah dalam tempoh dua hari. Saya perlu mengambil angin," kata seorang pekerja pejabat, Juan Casino, 39.

Ketika kematian akibat selesema babi terhad pada Mexico, penyakit itu semakin menular dengan 20 kes dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dan enam di Kanada selain beberapa kes baru di Eropah, Israel dan New Zealand.

AS mengisytiharkan darurat kesihatan manakala seorang pegawai kanan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan kebimbangan kematian akan berlaku ketika penyakit itu semakin menular di negara berkenaan.


SEORANG wanita dan remaja yang 
memakai topeng muka meninggalkan Hospital Queens, New York kelmarin.


Beberapa pegawai kesihatan New York pula mengesahkan lapan pelajar sekolah tinggi Saint Francis di bandar raya berkenaan dijangkiti virus maut itu manakala 140 pelajar lagi turut menunjukkan simptom influenza.

Kesemua mereka disyaki dijangkiti virus H1N1 daripada seorang pelajar yang baru pulang dari Mexico baru-baru ini.

Kelapan-lapan pelajar sekolah St. Francis yang disahkan positif virusH1N1 itu menyertai 12 orang lagi di AS yang dijangkiti selesema babi.

Mereka yang menghidap penyakit itu akan menunjukkan tanda-tanda selesema biasa seperti demam mengejut, sakit tekak, batuk dan sakit sendi sebelum merebak menjadi jangkitan paru-paru teruk.

Ketika ini wujud kebimbangan wabak selesema babi yang merebak melalui jangkitan antara manusia akan menular ke seluruh dunia dan mengakibatkan kematian lebih 100 juta orang.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) me nyatakan ubat selesema burung, Tamiflu didapati berkesan bagi merawat penyakit maut itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Pondan bersilat belasah peragut

Pondan berusia 28 tahun itu dikatakan bersilat, bergelut dan sempat menendang perut suspek sebelum beg tangannya dilarikan di Jalan Tun Razak pada awal pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Bahagian Risikan dan Operasi, Supritendan Nordin Mustapha berkata, dalam kejadian pukul 1.30 pagi, mangsa yang sedang menunggu rakannya didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

"Mangsa didatangi suspek yang menunggang motosikal. Suspek kemudian mendekati mangsa untuk berbual. Tiba-tiba, suspek merentap beg tangan yang disangkut di bahunya.

"Ketika bergelut, mangsa yang bekerja sendiri itu sempat melawan dan menendang perut suspek. Suspek bagaimanapun dapat melarikan diri bersama beg tangan mangsa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, dalam pergelutan itu juga, mangsa cedera di muka akibat ditumbuk oleh suspek.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...