Friday, December 10, 2010

Bayi ditempah RM22,000

Bayi ditempah RM22,000

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

INSAF...Suzie menunggu masa untuk bersalin.
INSAF...Suzie menunggu masa untuk bersalin.

KUALA LUMPUR: “Bayi ini sudah ditempah pada harga RM22,000,” kata seorang wanita yang kini menunggu masa untuk melahirkan kandungannya itu kepada dua wartawan Harian Metro yang bertemu dengannya di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Suzie, 22, berkata satu pasangan suami isteri bukan Islam menyatakan hasrat membeli bayi berkenaan ketika kandungannya masih berusia lima bulan.

Pertemuan tanpa dirancang itu berlaku ketika penulis menikmati makan malam apabila ternampak Suzie bersama seorang rakan sekerjanya mencari meja untuk menjamu selera di restoran sama.

Melihat keadaan Suzie yang sarat mengandung sembilan bulan itu, penulis menawarkan tempat untuk dia duduk semeja.

Dalam perkenalan singkat itu, wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbabit mula menyatakan hasrat untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri berkenaan.

“Saya sayangkan bayi ini, tetapi kerana kos sara hidup tinggi di ibu kota, saya terpaksa menjualnya,” katanya ketika pertemuan itu.

Menurutnya, dia nekad mahu menjual bayi dikandungnya itu kerana berasakan tidak mampu menjaganya apabila dilahirkan kelak.

Selain itu, katanya pasangan terbabit mendakwa akan menanggung segala kos bersalin termasuk pembedahan dan perubatan serta mendapatkan sijil beranak sah buat bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Mendengar cerita itu, penulis menasihatinya tidak berbuat demikian dan memujuknya ke Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) di Gombak, untuk bersalin dan dijaga sepanjang berpantang.

Tiga minggu selepas pertemuan pada awal November lalu itu, Suzie dibawa ke rumah berkenaan selepas dia bersetuju cadangan penulis.

Sebaik tiba di Rumah Kewaja, Suzie kelihatan keberatan untuk tinggal di pusat itu, tetapi selepas dipujuk pemilik rumah perlindungan berkenaan, dia bersetuju menginap di situ dan menjalani kehidupan baru.

Wanita terbabit mengakui terdetik rancangan untuk menjual bayi dalam kandungannya itu selepas teruja dengan jumlah wang ditawarkan pasangan berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut, menurut Suzie, dia didatangi pasangan suami isteri itu ketika melepak di Bukit Bintang dan mereka mendakwa sudah berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.

“Pasangan itu menghampiri saya kerana perasan perut saya besar. Ketika itu, usia kandungan baru lima bulan.

“Saya bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam terkemuka, namun takdir mengubah hidup saya apabila berjumpa teman lelaki yang mendakwa mahu mengahwini dan mengubah diri saya kepada kehidupan lebih baik,” katanya ketika ditemui semula di rumah perlindungan itu.

Difahamkan, dia memilih jalan hitam dengan bekerja sebagai GRO selepas terpengaruh kehidupan mewah seorang rakan.

Tambahan pula, Suzie mendakwa dia dilahirkan dalam keluarga pincang dan tidak pernah menerima perhatian serta kasih sayang ibu dan bapa menyebabkannya keluar rumah dan memulakan hidup sendirian.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengandung anak luar nikah, Suzie berkata semuanya bermula apabila mengenali seorang lelaki berusia 30-an di kelab malam tempatnya bekerja.

Selama dua tahun hubungan Suzie dan lelaki itu tidak ubah seperti pasangan suami isteri sehingga satu hari dia mengetahui lelaki terbabit sudah berkahwin.

“Saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa isteri teman lelaki saya dan sebaik ditanyakan perkara itu, teman lelaki saya mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

“Hancur luluh hati ini apabila mengetahui perkara itu, namun kerana sayang kepadanya, saya bersabar sehingga satu hari saya disahkan hamil,” katanya.

Namun, apabila mengetahui perkara ‘gembira’ berkenaan, dia ditinggalkan lelaki terbabit kerana tidak percaya anak yang dikandungnya itu hasil hubungan cinta mereka.

Suzie yang pada mulanya mahu menggugurkan kandungannya ‘menyimpan’ janin terbabit kerana kononnya mahu teman lelaki bertanggungjawab, tetapi lain jadinya, sehinggalah didatangi pasangan berkenaan yang ingin membeli bayi itu.

Dia yang kini tinggal beberapa hari saja untuk bersalin, mengakui insaf dan tekad untuk membela bayinya itu sendiri selepas diberi suntikan semangat dan bimbingan agama sepanjang tempoh ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/BayiditempahRM22_000/Article

Bantu kembali ke pangkal jalan

KUALA LUMPUR: “Ada sedikit perubahan pada Suzie berbanding hari pertama dia di rumah ini, dulu berpakaian seksi, tetapi kini memakai pakaian muslimah,” kata pengasas Kem Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, 45, mengenai perubahan Suzie.

Beliau berkata, bukan mudah mengubah seseorang yang sudah 17 tahun bergelumang maksiat hingga kini mengandung anak luar nikah, namun pihaknya kini sedaya upaya memulih akidah dan rohani Suzie supaya menjadi wanita solehah.

“Kami cuba membantunya kembali ke pangkal jalan walaupun tugas ini sukar memandangkan pekerjaan Suzie sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya memerlukan tempoh masa lama untuk memberi pemahaman mengenai Islam dan adat Melayu kepadanya.

“Suzie datang daripada keluarga yang agak pincang, namun Alhamdulillah di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelayan pelanggan (GRO), dia masih mampu mengucap kalimah syahadah dengan lancar dan tahu asas Islam,” katanya.


Menurut Yahya, dalam tempoh tiga minggu Suzie ditempatkan di rumah ini (Kewaja), agak sukar juga pada mulanya untuk mendidik Suzie memandangkan dia wanita yang agak keras kepala dan sukar untuk diajar.

“Namun, ini mungkin ujian Tuhan untuk kami suami isteri kerana sudah lali dengan masalah remaja yang kuat memberontak.

“Mungkin Tuhan masih sayangkan Suzie maka dia dilorongkan ke rumah ini untuk berubah dan tidak mustahil anaknya yang bakal lahir menjadi insan berguna pada agama dan negara,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantukembalikepangkaljalan/Article/index_html

Bantu kembali ke pangkal jalan

KUALA LUMPUR: “Ada sedikit perubahan pada Suzie berbanding hari pertama dia di rumah ini, dulu berpakaian seksi, tetapi kini memakai pakaian muslimah,” kata pengasas Kem Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, 45, mengenai perubahan Suzie.

Beliau berkata, bukan mudah mengubah seseorang yang sudah 17 tahun bergelumang maksiat hingga kini mengandung anak luar nikah, namun pihaknya kini sedaya upaya memulih akidah dan rohani Suzie supaya menjadi wanita solehah.

“Kami cuba membantunya kembali ke pangkal jalan walaupun tugas ini sukar memandangkan pekerjaan Suzie sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya memerlukan tempoh masa lama untuk memberi pemahaman mengenai Islam dan adat Melayu kepadanya.

“Suzie datang daripada keluarga yang agak pincang, namun Alhamdulillah di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelayan pelanggan (GRO), dia masih mampu mengucap kalimah syahadah dengan lancar dan tahu asas Islam,” katanya.


Menurut Yahya, dalam tempoh tiga minggu Suzie ditempatkan di rumah ini (Kewaja), agak sukar juga pada mulanya untuk mendidik Suzie memandangkan dia wanita yang agak keras kepala dan sukar untuk diajar.

“Namun, ini mungkin ujian Tuhan untuk kami suami isteri kerana sudah lali dengan masalah remaja yang kuat memberontak.

“Mungkin Tuhan masih sayangkan Suzie maka dia dilorongkan ke rumah ini untuk berubah dan tidak mustahil anaknya yang bakal lahir menjadi insan berguna pada agama dan negara,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantukembalikepangkaljalan/Article/index_html

Sawan ditangkap khalwat

Sawan ditangkap khalwat

Oleh Zuliaty Zulkiffli

USUNG...remaja perempuan yang diserang sawan dibawa menaiki ambulans ke HSB.
USUNG...remaja perempuan yang diserang sawan dibawa menaiki ambulans ke HSB.

ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia 32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh badannya kekejangan.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam operasi sempena Maal Hijrah.

Beliau berkata, lelaki terbabit turut diambil keterangan kerana disyaki bersekedudukan dengan remaja itu sejak malam Selasa lalu di motel berkenaan.

“Ini kes pertama membabitkan kejadian seperti ini, tetapi tindakan pantas anggota kita mengawal keadaan menyebabkan remaja itu dapat diselamatkan.

“Bagaimanapun, kita akan menahan remaja itu sebaik keluar wad untuk diambil keterangan dan hanya dibebaskan dengan jaminan keluarga sehingga menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah,”
katanya.

Menurutnya, di motel sama, pihaknya turut menahan dua pelajar tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.

Beliau berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri kerana baru pulang bercuti di rumahnya di Johor manakala teman lelakinya berasal dari sini hanya datang menemaninya.

“Bagaimanapun, ketika serbuan, pintu bilik mereka tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa lama sebelum membukanya.

Menurutnya, operasi bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu membabitkan 28 anggota yang tertumpu sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 32 tahun dengan tiga daripada mereka pelajar universiti dan dua pelajar manakala selebihnya bekerja sekitar negeri ini.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1)dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung hingga mendatangkan syak yang jika dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

“Kebanyakan pasangan memberi alasan menumpang di bilik hotel untuk berseronok,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sawanditangkapkhalwat/Article

Hakim syariah bersekedudukan

Hakim syariah bersekedudukan

Oleh Idris Musa


KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,”
katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Hakimsyariahbersekedudukan/Article

16 saksi untuk bicara kes Dr Ling

KUALA LUMPUR: Kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik (gambar), yang didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002 ditetapkan untuk perbicaraan pada 3 Mei tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi selepas kes berkenaan yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya disebut di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Sekurang-kurangnya antara 15 hingga 16 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu nanti. Dr Ling, 67, didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) di Pelabuhan Klang.


Bagi kedua-dua tuduhan, bekas menteri itu didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Bagi pertuduhan utama, beliau didakwa menipu berhubung pembelian tanah berdasarkan terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang antara lainnya adalah:

  • Luas tanah 999.5 ekar (404.5 hektar) (43,538,200 kaki persegi);
  • Kadar pembelian tanah sebanyak RM25 satu kaki persegi (skp) menjadikan jumlah pembelian bernilai RM1,088,456,000 dan;
  • Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah ‘deferred payment’ (bayaran tertangguh) selama 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600).

    Bekas menteri itu didakwa secara curang menyembunyikan fakta ke atas tanah itu iaitu kadar RM25 skp bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 skp bagi tempoh bayaran balik 15 tahun adalah termasuk kadar kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh itu.

    Penyembunyian fakta itu mendorong Jemaah Menteri bersetuju terhadap pembelian tanah itu sedangkan beliau mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian. Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


    Dr Ling turut didakwa atas tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta serupa pada waktu dan tempat yang sama.


    Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 417 kanun serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Terdahulu pada prosiding semalam, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling memohon mahkamah menetapkan tarikh bicara pada Mei bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen yang akan diserahkan oleh pihak pendakwaan. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai pihak pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan bulan depan, membabitkan lebih 200 dokumen. Dr Ling hadir ke mahkamah ditemani isterinya Toh Puan Ena Ling dilepaskan dengan jaminan bon peribadi RM1juta.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/16saksiuntukbicarakesDrLing/Article/index_html

  • Balik dulu

    ENDAU: “Dua hari selepas meninggalkan rumah, dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf dan memberitahu akan pulang pada suatu hari nanti dan katanya dia ingin kahwin.

    “Puas saya menelefonnya tetapi gagal. Saya sangat sayang pada Nur Farah Hanum (Abdul Aziz),” kata Fatimah Rasid, 55, ibu remaja berusia 16 tahun yang menghilangkan diri sejak 24 November lalu, dipercayai mengikut lelaki Lombok, Indonesia.


    Menurut Fatimah, anak bongsu daripada lapan beradik yang tinggal bersama kakaknya di Kuala Lumpur itu pulang ke kampung baru-baru ini tetapi tidak banyak bercakap, sebelum meninggalkan rumah kira-kira jam 12.45 tengah malam.

    Katanya, Nur Farah yang lebih mesra dipanggil Hanum, dipercayai mengikut teman lelakinya seorang warga Indonesia berasal dari Lombok yang dikenali sebagai Adam, 27.


    “Anak saya berkulit hitam manis, berambut panjang sehingga ke paras siku dan mempunyai tahi lalat di bawah bibir kiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kilometer 2, Jalan Endau–Mersing di sini, baru-baru ini.


    Berikutan bimbangkan keselamatan Hanum, Fatimah membuat laporan di Balai Polis Endau pada keesokan harinya.

    Fatimah berkata, jika benar Hanum ingin berkahwin, dia merestuinya tetapi berharap anaknya itu pulang untuk berbincang secara baik dengan keluarga.


    “Emak sangat sayangkan Hanum dan tidak akan memarahi jika Hanum balik ke rumah. Jika Hanum mahu kahwin emak akan berbincang dengan adik-beradik yang lain,” katanya.

    Sehubungan itu, Fatimah merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya supaya menghubunginya di talian 017-7598148 atau Balai polis Endau 07-7931222.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Balikdulu/Article/index_html


    Muflis hilang MyKad

    KANGAR: Gara-gara kehilangan MyKad tujuh tahun lalu, seorang kakitangan sebuah syarikat pengeluar minuman tempatan, di sini, bukan saja diisytiharkan muflis, malah turut menanggung beban hutang hampir RM200,000.

    Mangsa, Syed Idris Syed Agil Alhabshi, 53, berkata, identitinya digunakan secara haram oleh individu tidak dikenali untuk membeli sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero pada 2007 yang kemudian dilelong pihak bank berikutan gagal menjelaskan ansuran bulanan.


    Selain hutang ansuran tertunggak kenderaan itu, dia yang berasal dari Arau, dekat sini, turut menanggung hutang bil telefon dengan sebuah syarikat telekomunikasi mencecah RM2,000 selepas identitinya digunakan untuk mendaftar talian berkenaan.

    Menurutnya, dia hanya menyedari beban ditanggungnya itu selepas menerima surat tuntutan pinjaman daripada peguam dilantik pihak bank pada 28 September 2007, menyatakan Mitsubishi Pajero miliknya sudah dilelong.


    “Selepas lelongan itu, saya perlu menjelaskan baki ansuran pinjaman mencecah RM187,000,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


    Katanya, institusi kewangan terbabit turut memaklumkan namanya sudah disenarai hitam berikutan tunggakan pinjaman untuk membeli kenderaan berkenaan.

    Selain itu, menurutnya, dia turut menerima surat tuntutan hutang bagi bil telefon bernilai RM1,831 yang tidak pernah digunakannya berikutan individu tidak bertanggungjawab menggunakan MyKad miliknya untuk mendaftar talian berkenaan.


    “Terkejut dengan perkara itu, saya terus membuat laporan polis selepas mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan kehilangan MyKad saya pada 2003.

    “Kini, akibat beban hutang berkenaan saya diisytihar muflis atas pinjaman yang tidak pernah dibuat sekali gus berdepan kesulitan membuat pinjaman lain termasuk menjadi penjamin bagi membeli kereta baru anak saya,” katanya.


    Katanya, dia sudah menghubungi bank terbabit termasuk wakil syarikat telekomunikasi berkenaan memaklumkan perkara itu, namun hingga kini dilihat seolah-olah tiada jalan penyelesaian.


    “Saya sendiri bingung kerana kedua-dua pihak itu mengakui kesilapan dan berjanji menyelesaikannya. Bagaimanapun, hingga sekarang, saya masih lagi disenarai hitam akibat hutang pinjaman berkenaan,” katanya.


    Menurutnya, dia berharap pegawai bank terbabit lebih prihatin untuk menyelesaikan masalahnya dan semua maklumat termasuk surat pembatalan tuntutan serta laporan polis berhubung kehilangan MyKad sudah diserahkan sejak beberapa tahun lalu.

    Budak usia 5 tahun dicabul bapa saudara

    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup mencabul anak saudara perempuannya berusia lima tahun ketika hendak memandikannya di rumah ibu bapa kanak-kanak itu di Jinjang, di sini, Isnin lalu.

    Difahamkan, lelaki terbabit yang juga seorang penganggur tinggal bersama bapa mangsa yang juga abangnya sejak setahun lalu.


    Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kanak-kanak itu tinggal bersendirian dengan suspek selepas bapa dan ibunya keluar bekerja.

    Menurut sumber, suspek yang diminta memandikan anak saudaranya itu oleh ibu bapa mangsa dikatakan hilang pertimbangan ketika membuka pakaian mangsa.


    “Suspek yang terangsang sebaik menanggalkan pakaian mangsa kemudian mencabul mangsa.


    “Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu hanya mampu menangis dan suspek cuba memujuknya,” katanya. Sumber berkata suspek berjanji untuk membelikan sesuatu kepada mangsa sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak membongkar perbuatan kejinya itu.

    Bagaimanapun, sebaik ibu dan bapa mangsa pulang ke rumah, kanak-kanak terbabit terus menceritakan kejadian berkenaan. “Walaupun berulang kali ditanya, kanak-kanak terbabit masih memberitahu diperlakukan demikian oleh suspek,” katanya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

    Difahamkan, doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa. Pasangan kemudian ke Balai Polis Jinjang, untuk membuat laporan. Difahamkan, suspek sudah diberkas dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, (gambar) ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakusia5tahundicabulbapasaudara/Article/index_html

    Warga asing dalang SMS rambang tambah nilai prabayar

    KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.

    SMS dipercayai dikirim sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.


    Tambah nilai diperoleh hasil memperdaya orang ramai itu dipercayai akan dijual semula anggota sindiket itu di kalangan warga asing bagi mendapatkan wang tunai.

    SMS itu dikirim daripada telefon bernombor 628528 9826195 dipercayai didaftarkan di Indonesia di mana cubaan Harian Metro untuk menghubungi nombor telefon itu memasuki peti simpanan pesanan suara yang menggunakan bahasa negara itu dan bahasa Inggeris.


    Dalam kejadian terbaru di bandar ini semalam, seorang kakitangan kerajaan berusia 55 tahun menerima SMS berkenaan sebelum menghubungi Harian Metro.


    Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mazlan Abdullah berkata, pengirim SMS itu dipercayai menghantar pesanan itu secara rambang dengan harapan ada pengguna telefon bimbit terpedaya.

    “Usia saya sudah lebih separuh abad, manalah saya ada bapa yang punya urusan di balai polis. Langsung tak munasabah,” katanya.


    Mazlan yang bertugas dalam pasukan keselamatan berkata, pelbagai taktik penipuan disyaki didalangi warga asing dilakukan termasuk SMS menawarkan hadiah lumayan, taktik tiket nombor ekor palsu serta batu delima ajaib.

    “Media selalu memberi peringatan dan diharapkan kes sebegini menjadi ingatan kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dan menanggung kerugian dengan taktik penipu sebegini,” katanya yang menjadi pembaca setia Harian Metro.


    Dalam kejadian sama di Muar, penipuan sama dikesan apabila seorang eksekutif sebuah syarikat multimedia menerima SMS kononnya dihantar bapanya, minggu lalu, tetapi pesanan itu hanya meminta tambah nilai RM30.


    Bagaimanapun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nas berkata, dia mendapati SMS itu palsu apabila menghubungi bapanya yang menafikan menghantar pesanan berkenaan.


    Nas berkata, dia menghubungi nombor telefon dari Indonesia yang mengirimkan SMS itu tetapi tidak berjawab.


    Pegawai sebuah bank di bandar ini turut menerima SMS sama yang kononnya dihantar seorang ‘Pak Cik’ dan meminta dia menambah nilai telefon prabayar sebanyak RM30.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WargaasingdalangSMSrambangtambahnilaiprabayar/Article/index_html

    Kemaruk pil kuda

    KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri yang mempunyai empat cucu mengaku menjadi ‘hamba’ pil kuda selepas ditahan dalam operasi di sekitar Kuala Terengganu dan Marang, awal pagi kelmarin.

    Lebih mengecewakan, ketagihan pasangan itu berpunca daripada pengaruh si isteri berusia 44 tahun yang mengaku mengambil pil kuda sejak berumur belasan tahun dan menyebabkan suami berusia 37 tahun turut terpengaruh mengambil pil berkenaan.


    Malah, dia juga menghabiskan wang gaji suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk mendapatkan bahan terlarang itu tanpa mempedulikan sama ada barangan keperluan harian lain cukup atau tidak.

    Ketika ditemui, wanita itu mengakui sering ditahan polis, tetapi belum bersedia meninggalkan tabiat buruknya buat masa ini.


    “Saya hanya boleh mendapatkan bekalan pil kuda apabila suami mendapat gaji bulanan, ketika itulah baru boleh ‘enjoy’ kerana sekarang tidak macam dulu, duit sentiasa ada,” katanya yang tidak bekerja.


    Dalam operasi sama, polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 25 dan 21 tahun yang mempunyai dua anak berusia 3 tahun dan sembilan bulan.

    Ketua Jabatan Narkotik Daerah, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, pasangan berkenaan ditahan selepas didapati positif pil kuda dan mengaku mengambilnya kononnya untuk kelihatan lebih cergas.


    “Malah, ketika ditahan, mereka mengaku kali terakhir mengambil pil berkenaan kira-kira lima hari lalu dan keluarga si suami sedar anak lelaki mereka penagih, tetapi tidak tahu isterinya juga begitu. “Penahanan dibuat sempena Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan jam 12 tengah malam dan berakhir 12 tengah hari kelmarin,” katanya.

    Katanya, daripada 210 orang ditahan, 154 didapati positif dadah termasuk dua pelajar sekolah dengan seorang daripadanya sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kemarukpilkuda/Article/index_html

    Pijak kepala isteri tegur balik lambat

    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bengang selepas ditegur isterinya kerana sering pulang lewat mengamuk dan memijak kepala wanita itu di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini 1 Disember lalu.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai kerani sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya.


    Menurut sumber polis, sebaik suaminya pulang, mangsa terus menegur lelaki itu.

    “Bagaimanapun, si suami yang tidak tahan mendengar leteran isterinya itu terus naik angin dan memarahi wanita berkenaan sebelum mereka bertengkar.


    “Keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila si suami tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan,” katanya.


    Katanya, tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit bertindak kejam apabila menolak dan memijak kepala isterinya.

    “Si suami kemudian keluar rumah meninggalkan isterinya yang ketika itu sedang merintih kesakitan.


    “Mangsa yang cedera di seluruh badan kemudian ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

    Sumber berkata, wanita terbabit juga mengesyaki suaminya itu bertindak agresif kerana dipengaruhi dadah.


    “Mangsa dikatakan tidak tahan dengan perangai suaminya itu yang sejak kebelakangan ini berperangai pelik kerana suka bergaul dengan rakan terdiri daripada penagih dadah,” katanya.


    Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis pada 2 Disember lalu.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat wanita berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pijakkepalaisteritegurbaliklambat/Article/index_html

    Kawal bergaul cara maya

    KUALA LUMPUR: Takrifan pergaulan bebas tanpa batasan di zaman kemajuan siber tidak lagi bermaksud bertemu secara fizikal, malah fenomena pergaulan menerusi laman sosial ketika ini turut disifatkan boleh menjerumuskan individu terjebak dalam bencana akhlak.

    Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar), berkata pelayar laman sosial selalunya terperangkap mendedah identiti diri dan rahsia menerusi pihak tak bertanggungjawab dengan niat memperdaya.


    Menurutnya, apabila mangsa sudah terpedaya hingga sanggup mempamerkan diri termasuk penyerahan gambar tak bermoral sama ada diambil secara sedar atau tidak sedar, pihak yang menganiaya itu akan mula mengambil kesempatan lain seperti ugutan dalam bentuk seks atau wang.

    “Bahaya (pergaulan bebas di laman sosial) sama seperti pergaulan bebas secara bersemuka. Secara prinsipnya, sebagai contoh wanita memegang status isteri yang asyik chatting (berbual maya) dengan bukan mahram hingga menaikkan nafsu tetap berdosa walaupun tidak bertemu fizikal.


    “Sebenarnya orang yang mampu berinteraksi di laman sosial adalah orang yang ada kepandaian. Tetapi akibat jati diri lemah, orang yang pandai akan menjadi tidak bijak seterusnya mudah terpedaya,” katanya.


    Menurutnya, kemajuan teknologi termasuk terciptanya laman sembang sosial seharusnya dimanfaatkan untuk perkara lebih bermakna seperti majlis ilmu, meluaskan pengetahuan atau berguru dengan pensyarah dari jarak jauh.

    Katanya, adalah sangat merugikan apabila kita bukan saja ketinggalan, malah menjadi mangsa teknologi daripada kemudahan di laman sembang sosial.


    Wan Mohamad berkata, masyarakat kena berpegang kepada prinsip tak boleh bergaul bebas walau apa cara sekalipun dengan gaya hidup yang berubah sepantas teknologi.

    “Bagaimanapun, saya nasihat kepada yang terlanjur dan pernah jadi mangsa supaya segera bertaubat. Tinggalkan budaya buruk sebelum hati menjadi keras mendekati Allah.


    “Semua pihak perlu menyokong memulihkan kembali kehidupan mangsa kes sebegini. Kita tak boleh terus-terusan mengecam sebab perbuatan itu menyebabkan mangsa akan murung dan berputus asa,” katanya.


    Harian Metro semalam melaporkan kes seorang wanita bukan saja ditipu puluhan ribu ringgit, malah sanggup bersekedudukan dengan lelaki warga asing dari Pakistan yang kononnya mahu berkahwin dan memberikan kesenangan kepadanya.


    Semuanya bermula melalui perkenalan di sebuah laman sosial pada Julai tahun lalu sebelum wanita dikenali Ida berusia 26 tahun itu jatuh cinta selepas dijanjikan kemewahan oleh lelaki itu yang dikenali dengan nama Malik, 24.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kawalbergaulcaramaya/Article/index_html

    Rozali diberi tempoh selesai kes

    KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail diberi tempoh sehingga 4 Januari tahun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, bagi memberi kata putus terhadap permohonan cerai oleh salah seorang isteri beliau.

    Ketika kes itu disebut pertama kali di mahkamah semalam, Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh berkenaan kerana kedua-dua pihak bersetuju berbincang sebelum Rozali buat keputusan.

    Menurut peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, tokoh korporat itu belum adakan perbincangan berkaitan permohonan tersebut.

    Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir kerana urusan rasmi.

    Plaintif, Justynn Cassandra, diwakili peguam syarie, Amli Embong, failkan permohonan cerai secara baik terhadap Rozali November lalu, difahamkan setelah tiada persefahaman.

    Pasangan tersebut berkahwin pada 2006 dan dikurniakan dua anak.

    http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8500435.asp

    Kenaikan kadar tarif elektrik ambil kira beban pengguna: Najib

    PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

    Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

    Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

    "Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

    Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini berkata, bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

    Bagaimanapun kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

    Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya, bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.

    http://www.sinarharian.com.my/bterkini/7757.asp

    Rakyat perlu muhasabah diri




    JOHOR BAHRU - Rakyat pada hari ini kebanyakannya tidak memahami konsep Ketuanan Melayu, malah menyalahtafsirkan maksudnya yang sebenar.

    Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membangkitkan isu itu apabila baginda tuanku melihat rakyat ketika ini semakin lupa serta mengetepikan perkara tersebut.

    “Ketuanan Melayu, atau lebih sesuai disebut sebagai Kedaulatan Melayu, mencakupi kedudukan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini di mana kedudukan raja sebagai puncak kerajaan di negeri Melayu.

    “Sistem Diraja dan kerajaan Melayu telah wujud ratusan tahun lamanya dan sistem ini tidak pernah putus, malah kekal hingga hari ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda tuanku, ketika berangkat merasmikan majlis Multaqa’ Ulama’ Darul Takzim di sini, semalam.

    Baginda tuanku bertitah, konsep kedaulatan Melayu merujuk kepada Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain yang berkaitan.

    Menurut baginda tuanku, apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

    Ini kerana awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini, iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyat, titah baginda tuanku.

    “Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

    ”Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda tuanku.

    Sultan Ibrahim bertitah membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan dan menyalahtafsir maksudnya yang sebenar.

    Baginda tuanku juga mengambil kesempatan mengingatkan rakyat agar bermuhasabah diri berkenaan isu tersebut agar ketuanan dan kedaulatan Melayu akan terus terpelihara.

    “Berdasarkan perkembangan semasa, suka beta ingatkan kepada rakyat supaya kembali bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.

    “Orang Melayu sendiri mahu menolak kedaulatan Melayu dan dalam hal ini, ulama memainkan peranan untuk menjelaskan kepada masyarakat serta mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu," titah baginda tuanku.

    http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8500153.asp

    Tun M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru




    SHAH ALAM - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad semalam mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

    Menurutnya, kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

    ”Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

    “Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” katanya dipetik dari blognya http://chedet.co.cc/chedetblog.

    Beliau berkata, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin ‘dibersarakan’ namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

    Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penye-lenggaraannya tinggi.

    Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu.

    Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

    http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8501059.asp

    Penagih paling ramai di Terengganu

    Dr. Syed Azman Syed Ahmad

    Amat memilukan…apabila seorang bapa yang berasal dari Hulu Terengganu sanggup bertindak menyimbah isteri, anak serta ibu mertuanya dengan asid. Suspek yang juga seorang penagih dadah pergi ke rumahnya meminta wang RM30, bagaimanapun isterinya enggan memberikannya menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan berakhir dengan tragedi simbahan asid. Ujian air kecing yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah amphetamine dan morfin.

    Lebih malang lagi salah seorang anaknya Nurul Dahyatul Fazlina Khalid yang baru berusia 8 tahun cedera teruk di seluruh muka dan badan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Kini adik Nurul berhadapan dengan kecatatan muka dan badan yang kekal buat selama-lamanya dalam hidup beliau angkara perbuatan bapanya sendiri.

    Namun disebalik peristiwa yang menyanyatkan hati ini, lebih malang lagi bagi ‘negeri cantik budaya menarik ini’ kini berhadapan dengan gejala kerosakan akhlaq dan jenayah yang amat menggerunkan semua pihak. Kes rompak, curi, bunuh, peras ugut dan buang bayi yang jarang-jarang kedengaran berlaku di negeri ini lima atau sepuluh tahun yang lampau kini lebih kerap berlaku. Ini ditambah lagi dengan gejala ribuan remaja Melayu Terengganu yang terjebak dengan penagihan dadah dan HIV.

    Saya terpanggil menyebut gejala dadah ini apabila Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Terengganu Supt. Roslan Abd Wahid pada sidang media di pejabatnya baru-baru ini telah mendedahkan bahawa negeri Terengganu telah mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009. Malah menurut beliau berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

    Beliau menambah lagi; “Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang... dan angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini,”

    Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    Beliau berkata lagi bahawa analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan. Mereka juga menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat penagihan dan pengedaran dadah baru termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.”

    Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan fenomena akhir-akhir ini dimana pihak polis mendapati semakin banyak heroin bermutu tinggi dibawa masuk ke negeri ini dari negara jiran berikutan permintaan yang tinggi. Katanya lagi; “kebanyakan heroin yang masuk ke negeri ini adalah heroin no 4 yang lebih bermutu tinggi berbanding negeri pantai barat yang lebih banyak menggunakan dadah sintetik dan heroin no 3 ”.

    Namun persoalannya siapakah yang harus kita persalahkan dalam hal ini? Apakah kita hendak menyalahkan anak-anak remaja semata-mata? Atau kita mahu menyalahkan ibu-bapa semata-mata? Bagaimana pula peranan kepimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said yang boleh berbelanja mewah lebih dari RM2.2 billion setahun untuk ’pembangunan’ negeri Terengganu? Ya, stadium boleh dibina, jalanraya boleh dibina, jambatan boleh di bina, malahan bangunan pencakar lagit boleh di bina di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Tetapi persoalannya untuk apa ini semua kepada rakyat Terengganu? Apakah rakyat Terengganu terlalu dahagakan ’pembangunan’ sehinggakan ’pembangunan insan’ terabai teruk tanpa siapa yang mahu mengambil tahu!

    Bayangkanlah, negeri berbudaya menarik ini kini berhadapan dengan kadar penagihan dadah yang tertinggi di Malaysia dan mengatasi kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang.. Lebih malang lagi kebanyakan penagih dadah di negeri penyu bertelur ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka ini merupakakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan lagi.

    Persoalannya apakah corak dan masadepan generasi baru Terengganu kite ini? Apakah gambaran generasi remaja Terengganu yang bakal menjadi pemimpin di masa yang mendatang ini? Apakah cukup dengan peruntukan puluhan juta untuk program remaja melalui budaya ’subsidi’ dan ’wang ehsan’ yang di salurkan kepada remaja seluruh Terengganu yang bermotifkan kepentingan ’politik sempit’ setiap kali datangnya musim perayaan? Apakah dengan menawarkan duit seratus, dua ratus ringgit yang di tabur kepada remaja ini boleh menyelesaikan gejala dan kemelut yang mereka sedang hadapi?

    Malang, malang sungguh nasib rakyat Terengganu kite ini. Gula-gula wang ringgit dan kebendaan terus ditaburkan bagi menarik sokongan tanpa mengira kesan buruk yang berlaku. Dek kerana pitis (wang), kini maruah kebanyakan rakyat Terengganu tergadai...

    -----------------------------------------------------------------
    Penulis boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk


    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29761:penagih-paling-ramai-di-terengganu&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

    Khir to submit resignation letter today

    Khir to submit resignation letter today


    SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, who has been charged with fraud, is expected to submit his resignation letter as state opposition leader today.

    The former Selangor Mentri Besar said he would leave it to the state Umno liaison committee to fill the post.

    “I will submit my letter to the liaison committee tomorrow,” he said here yesterday.

    On Monday, Dr Khir announced through his blog www.drkhir.com his decision to step down as opposition leader in the Selangor state assembly with immediate effect. However, he vowed to continue serving his constituents.

    Dr Khir, who is Sungai Panjang assemblyman, said his decision to quit was for the good of the party and to avoid any speculation.

    He was charged in the Sessions Court here with fraud over a deal involving two plots of land and a house in Section 7 here. He pleaded not guilty.

    Ditamas Sdn Bhd managing director Datuk Shamsuddin Haryoni, 52, is charged with abetting in the property deal on May 29, 2007.

    Dr Khir is alleged to have obtained for himself and his wife Datin Seri Zahrah Kechik the land and house from Ditamas through Sham­suddin for RM3.5mil when in fact the lots were bought by Ditamas on Dec 23, 2004, for RM6.5mil.

    The charge under Section 165 of the Penal Code carries a two-year jail term, fine or both. — Bernama

    Putrajaya jatuh, Umno akan kelaparan


    Hazayani Zakaria

    KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

    Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, hari ini.

    PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka.

    Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

    Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.

    Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.

    Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.

    “Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya.

    Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”.

    “PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

    “Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya.

    PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

    Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.

    “Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29773:putrajaya-jatuh-umno-akan-kelaparan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih

    Mohd Nor Yahya

    KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

    Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

    "Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

    Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagi menjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jati diri dan penuh intergriti.

    Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yang berkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

    “Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan dan seolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,”kata beliau.

    “Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti kereta rosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliau terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepada berlakunya rasuah,”ujarnya lagi.

    Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.

    “Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan dan juga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri ini iaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri darii perkara yang buruk,”ujarnya.

    Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untuk kakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29769:sprm-akui-penjawat-awam-kelantan-bersih&catid=1:utama&Itemid=50

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...