Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, yang juga anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditemuramah oleh Bernama di pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Sabtu. Rita mempunyai kecekalan luar biasa dan beliau sangat tabah dalam melalui episod tragis yang menyaksikan ibunya menjadi mangsa pembunuhan kejam. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mempunyai kecekalan luar biasa dan beliau sangat tabah dalam melalui episod tragis yang menyaksikan ibunya menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Mesra dipanggil Rita, anak sulung kepada jutawan kosmetik Datuk SosilawatiLawiya yang disahkan dibunuh bersama tiga lagi individu lain, mempunyai arasketahanan emosi yang cukup tinggi, maka tidak hairanlah ketabahan beliaudikagumi.
Rita ketika ditemui Bernama berkata sekuat mana sekalipun hatinya cubamenahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya tuhan sahaja yang mengerti penderitaan dan kesedihan yang dilalui beliau bersama lima beradik.
"Memang nampak saya tenang.. kalau ikutkan hati, saya memang sangat bersedihtetapi saya tidak mahu melayan kesedihan dan berendam air mata kerana saya tidak rela melihat adik-adik yang lain turut menangis.
"Kesedihan kami biarlah hanya keluarga yang tahu, kami tidak mahu kelakdikatakan meminta simpati.. kami perlu kuat melalui masa mendatang dan teruskan kehidupan meskipun tanpa ibu di sisi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kampung Baru, di sini.
Bagi mengurangkan rasa sedih dan tertekan, Rita berkata setiap hari beliaudan adik-adiknya akan berlagak seperti biasa dengan menceriakan danmenggembirakan satu sama lain.
"Walaupn bersedih tetapi masing-masing cuba menggembirakan satu samalain.. meskipun kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik, namunkami tidak akan melupakan tanggungjawab kami masing-masing," katanya.
Anak-anak allahyarham Sosilawati yang lain ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24,Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, danSiti Nur Fatimah, 13, hasil perkahwinan pertamanya dengan Buhari Mohamad.
Rita bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan kecewaterhadap sikap keluarga kepada rakan-rakan sekolah Siti Nur Fatimah serta pihak sekolah antarabangsa yang seperti kurang peka akan perasaan adik bongsunya itu.
Katanya pihak-pihak berkenaan seharusnya memahami situasi yang dilaluimereka sekeluarga terutamanya perasaan Siti Nur Fatimah yang tertekan apabilakejadian yang menimpa ibunya itu sering ditanya berulang-ulang kali saban hari.
"Di sekolah, guru-guru dan rakan-rakan yang menerima pesanan dari keluarga,kerap bertanya tentang ibu kepada adik.. saya khuatir soalan itu akan membuatkan adik semakin tertekan dan mengganggu fikirannya.
"Adik sering bersedih apabila pulang dari sekolah kerana sering 'diingatkan'tentang kejadian yang menimpa ibu... saya cuma mahu pihak-pihak tersebut membaca akhbar sekiranya mahu mengetahui perihal kes tersebut, jangan tanya pada adik lagi," katanya.
Rita berkata beliau tidak membenarkan adik bongsunya itu membaca suratkhabar kerana dikhuatiri apa yang dipaparkan di media akan terserap ke dalam ingatannya.
Bagi mengelakkan Siti Nur Fatimah daripada berasa tertekan akan berita yangtidak tepat, mereka akan memberitahu sendiri fakta perkembangan kes tersebutkepada adik bongsu mereka itu, hasil 'update' dari pihak polis.
"Saya kesal dengan paparan dan andaian yang dicetuskan pihak luar termasukpihak media kerana ia tidak datang dari mulut saya atau pihak polis sendiri..saya khuatir dengan pengaruh akhbar akan membuatkan keluarga lebih tertekan dan orang di luar keliru," katanya.
Rita, lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, UnitedKingdom yang kini mengambil alih segala tugas dan peranan arwah ibunya, berkata perniagaan masih berjalan lancar walaupun berita mengenai kematian pengasas produk kecantikan tersebut mendapat liputan luas di seluruh negara.
Beliau mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menerajui NouvelleBeauty Centre Sdn Bhd kerana tanggungjawab dipikulnya sebagai pengarah syarikat terlalu berat dan memerlukan tumpuan penuh.
"Ini peninggalan ibu, saya tidak mahu hampakannya. Giliran saya untukmeneruskan perjuangan dan legasi perniagaan ibu dan doakan saya agar perniagaan ini akan terus berjaya, maju dan bertahan sampai bila-bila," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar pihak polis dapat menyegerakankeputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap sampel tulang yang ditemui di lokasi pembunuhan bagi mengetahui ia milik siapa.
"Kita minta pihak polis agar siasat kes ini dengan lebih lanjut dan lebihmendalam.. berdasarkan bahan-bahan bukti yang ditemui, saya percaya bahawa polis telah menjalankan tugas dengan baik malah mereka turut 'update' pada kita tentang berita terkini. "Namun kita masih berharap keputusan DNA akan dikeluarkan dengan cepat..kami masih tertanya-tanya apa yang berlaku.. kami mahukan kepastian," kata Rita.
Beliau berharap agar keadilan menyebelahi mereka serta keluarga tiga mangsayang lain dengan melihat pembunuh yang bertanggungjawab dihukum setimpal dankeadilan ditegakkan.
Beliau berkata hidup mereka sekeluarga tidak akan tenang selagi pembunuhkejam itu tidak dihukum sekeras-kerasnya setimpal dengan perbuatan kejam mereka terhadap ibunya dan tiga lagi individu lain.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44,pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 12 September, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai matisebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Pada Rabu lepas, peguam N. Patmanabhan, 41, pekerja ladang T. Thilaiyalagan,19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atastuduhan membunuh Sosilawati dan tiga individu yang lain.
Semalam, dua lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengakubersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini atas tuduhan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa tersebut. - BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/16/mstar_berita/20101016104408&sec=mstar_berita