

Ogos 1, 11
4:24pm
Keluarga mangsa juga memohon kepada mahkamah bagi mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu. Rosni, 55 tahun menjelaskan, permohonan itu terpaksa dilakukan kerana pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara.
"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni kepada wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Peguam keluarga itu, Ahmad Jufliz Faiza berkata laporan bedah siasat lazimnya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap namun keluarga mangsa telah memohon bagi mendapatkannya pada 12 Julai, tetapi sehingga sekarang masih belum menerimanya.
"Kita percaya Baharuddin mati di kawasan yang dikawal oleh polis (pada hari tersebut). Laporan bedah siasat adalah antara bukti (dalam kes Baharuddin).”
Katanya laporan dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca sebenar kematian allahyarham masih belum diperolehi tetapi telah beberapa kali diminta.
Rosni (kanan) ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang tadi.
Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.
Penyakit kronik
"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saya bolehlah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.
Polis sebelum ini mendakwa, Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.
Rosni dan keluarganya bagaimanapun menafikan allahyarham menghidap sebarang penyakit kronik.
"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," katanya.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada sidang medianya pada 22 Julai lalu menafikan taktik ganas digunakan ke Badaruddin, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.
Sebaliknya menurut pegawai kanan polis itu, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Salleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.
“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.
“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya ketika taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman.


The failure of Dayak leaders to highlight the Dayak community’s problems in Parliament and in the Sarawak Legislative Assembly has been described as a key reason for the opposition DAP’s bid to form the Dayak Consultative Council (DCC).According to DCC head John Brian, Dayak leaders in Barisan Nasional had proven to be ineffective.He said the ruling BN having been in power for almost 50 years was less responsive to the voices of the people when compared to the DAP.



Tidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma 'Inshaallah'.
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri. 
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.
"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan ketua pembangkang)," kata Harun dipetik Utusan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

Pada sidang akhbarnya hari ini, Lim berkata kerajaan negeri juga bercadang membangunkan semula beberpa projek perumahan yang akan membabitkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana.

Mahkamah Tinggi di sini Isnin diberitahu bahawa penilaian kadar tanah di Mukim Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah sebanyak RM18 sekaki persegi sebelum dinaikkan kepada RM21 sekaki persegi.Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah berkata jumlah tersebut adalah jumlah yang dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan (JPPH) setelah mengambilkira infrastruktur asas dan bayaran pendahuluan tahun pertama sebanyak lima peratus.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah berkata jumlah tersebut adalah jumlah yang dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan (JPPH) setelah mengambilkira infrastruktur asas dan bayaran pendahuluan tahun pertama sebanyak 5 peratus.
Tambah Tun Abd Majid ia merupakan kadar yang diperaku dan dipersetujui oleh JPPH dan pihak pendakwaan akan membuktikan kadar nilai faedah sebanyak 7.5 peratus setahun sebenarnya tidak diperaku dan dipersetujui oleh JPPH.
Tambah Tun Abd Majid, pihak pendakwaan juga akan membawa keterangan yang menunjukkan pada 6 Nov 2002, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan pembelian tanah tersebut atas dorongan oleh tertuduh yang menyatakan syarat dan terma-terma pembelian tanah tersebut diperku dan dipersetujui oleh JPPH sedangkan tertuduh tahu dan sedar perkara ini adalah tidak benar dan tertuduh juga tidak mendedahkan atau menjelaskan bahawa kadar faedah 7.5 peratus itu adalah tambahan kepada nilai yang diperaku dan dipersetujui oleh JPPH.
Pada 29 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.
Bagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu Jemaah Menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
"Saya tidak akan jawap soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.
Perdana menteri menjawab soalan daripada hadirin semasa Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.