Saturday, September 6, 2008

MENGENANG PAK SAMAD.

Posted on September 6, 2008 by Ibnu Khuzaimah


Abdul Samad Ismail, atau Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.


Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.


Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).


Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.


Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram).


Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.


Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.


Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.


Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.


Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).


Pak Samad turut menyertai rombongan “Malaysia Merdeka” yang pertama ke London (1953).


Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.


Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.


Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).


Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).


Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan.


Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).


Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).


Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.


Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.


Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.


Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.

Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.


Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.


Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.


“You don’t have to say sorry on what you had written”


Sajian fusion Jepun


Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my




RESTORAN Zaru Izakaya membuka lembaran baru dalam dunia masakan Jepun.


BAGAIKAN cendawan yang tumbuh selepas hujan, bilangan restoran Jepun semakin bertambah di pasaran sehingga tidak terbilang. Daripada hidangan masakan tradisional dengan stail jamuan yang mengikut budaya masyarakat negara matahari terbit, sehinggalah kepada menu untuk pemeliharaan nutrien dan vitamin.


Namun yang pasti, restoran Jepun jarang sekali memasukkan elemen fusion dalam masakannya yang mencerminkan campuran budaya setempat. Kebanyakannya mengutamakan masakan resipi Jepun asli tanpa menyuntik kepelbagaian selera makan.


Tetapi, dalam era milenium ini, rata-rata muda-mudi lebih gemarkan kepelbagaian dalam menu hidangan mereka. Ini kerana menu yang sama setiap hari pasti menimbulkan kebosanan pelanggan.


Melihat potensi itu, restoran Zaru Izakaya membuka lembaran baru dalam dunia masakan Jepun yang mengadunkan sajian Jepun, Barat dan tidak lama lagi cita rasa Malaysia.



MENU fusion pemakan sayur.


Dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah Sunway Pyramid, kira-kira empat bulan lalu, Zaru Izakaya adalah sebuah bistro dan sushi bar yang semakin mendapat perhatian.


"Kami menyediakan menu mengikut trend semasa. Jika ada permintaan menukar menu kepada sesuatu yang lebih menarik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri masakan Jepun, kami sedia lakukan," ujar Pengurus Besar Restoran Zaru Izakaya, Cathy Tan ketika ditemui Kosmo!.


"Kami juga menerima tempahan untuk acara keramaian seperti sambutan hari jadi, pelancaran produk, majlis perpisahan, parti dan sebagainya," ujarnya yang kali ini menyediakan menu khusus untuk pemakan sayur.


Ini tidak bermakna Zaru Izakaya kehausan masakan bukan pemakan sayur. Dua daripada masakan signatur mereka terdiri daripada lamb rack yang menggunakan daging kambing biri-biri dan kamo yang dimasak dengan filet itik. Kedua-dua masakan ini dihidangkan panas di atas teppan atau pinggan panas dengan kelazatan campuran ramuan yang diperap.



SAJIAN Tempura Banana Ice Cream.


Menu makanan lain pula ialah makimono soft hard yang mengandungi ikan salmon, timun, keju, bawang dan lain-lain. Sake kabuto miso shiro pula adalah kepala ikan salmon yang dimasak dengan cendawan, enoki dan tomato.


Set hidangan promosi bagi makan petang juga menyediakan enam set berbeza agar pelanggan mempunyai variasi meluas.


Dalam pada itu, menu fusion pemakan sayur dimulakan dengan pembuka selera yang terdiri daripada ramen salada, vegetable roll dan inari sushi. Ramen salada ialah mi ramen yang dicampur dengan tomato, daun selada, timun, tempura, bijan dan sedikit gula. Vegetable roll pula menggunakan rumpai laut Nori yang disumbat bersama daun bayam, timun, avokado, cendawan, kanpyo, tempura, nasi sushi, bijan dan sebagainya.





Inari sushi pula nampak menarik sekali dan tidak kurang enaknya ialah nasi sushi; shitake, sejenis cendawan; kanpyo dan takuan. "Pembuka selera ini sahaja sudah cukup untuk membuang toksin dan menyegarkan badan kerana ia bebas daripada minyak dan kaya dengan vitamin."


"Jika sehari suntuk makan daging dan ikan, sayur-sayuran ini membantu mengimbangkan keperluan khasiat dalam badan,"jelasnya yang memperkenalkan hidangan utama.


Set pertama ialah cold noodles yang mempunyai ais di bawah mangkuk. Mi nipis yang dikenali sebagai inaniwa udon disajikan dengan sayur dan ubi keladi dari kawasan pergunungan, selain rumpai laut, daun bawang dan wasabi. Ia dimakan ketika masih sejuk dan dicecah ke dalam sos dan sudah tentunya wasabi.


Ini diikuti dengan kombinasi tempura yang diisi dengan buah labu, ubi keladi, terung, lobak merah dan daun bawang.


Healthy shiro mono seperti namanya sihat untuk badan dan sedap kerana ia merangkumi tujuh jenis serbuk rempah-ratus termasuk pes kacang Jepun, daun bawang, mi ubi atau shirataki dan pelbagai ramuan lain.


Walaupun terlalu banyak makanan untuk sesi pembuka mulut dan hidangan utama, namun persediaannya dalam jumlah yang kecil membolehkan pelanggan menikmati kelazatan setiap makanan tanpa membazir. Memandangkan restoran Zaru Izakaya bebas daripada daging khinzir, pelanggan Muslim boleh menjamu selera tanpa was-was.


Melihat keluasan restoran yang agak besar dan terbuka, restoran Zaru Izakaya mampu menerima hampir 100 pengunjung dalam satu-satu masa. Hidangan disediakan oleh seorang chef utama dan lapan pembantu dapur terbuka.


Terakhir sekali ialah pencuci mulut yang dipanggil Tempura banana ice cream. Ais krim ini menghidangkan sebiji pisang dengan seleksi perasa teh hijau atau strawberi.


Restoran Zaru Izakaya terletak di OB 3, G01 dan G02, Sunway Pyramid, No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Talian telefon untuk dihubungi ialah 03-5632 0559.


http://www.kosmo.com.my/

Puding roti




KADANGKALA, kita dapati ada beberapa keping roti yang sudah menghampiri tamat tempoh. Ini bermakna, roti itu tidak begitu lembut lagi. Ada beberapa cadangan untuk menghabiskan roti tersebut.

Jika anda ingin membuat serbuk roti, keluarkan roti tersebut dari plastiknya. Kemudian letak di atas rak peti sejuk selama tiga hari. Kisar hingga halus untuk mendapatkan serbuk roti buatan sendiri. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk. Ini sangat menjimatkan.

Roti yang sudah beberapa hari tidak habis amat sesuai dibuat croutons. Caranya, potong ia menjadi kiub kecil. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga keemasan. Croutons memang sedap bila dimakan dengan sup cendawan dan sup berempah yang lain.

Selain itu, roti yang 'tidak lagi baru' boleh dibuat puding. Bahan-bahan untuk puding roti agak ringkas. Selain susu cair, anda boleh gunakan susu segar. Jika anda inginkan puding yang lebih lemak, gunakan separuh sukatan krim putar dan separuh susu segar atau susu cair.

Seandainya tiada susu, anda boleh gantikan dengan susu pekat. Namun begitu, hendaklah dilarutkan terlebih dahulu dengan air. Sukatan gula juga mestilah dikurangkan kerana susu pekat sudah sedia manis.

Untuk warna puding yang lebih gelap, boleh gantikan gula kastor dengan gula perang atau gula demerara. Gula perang lebih menyihatkan kerana tidak mengandungi bahan kimia. Ia juga membuat puding rasa seperti berkaramel.

Dalam sebarang jenis kek atau biskut serta puding, esen vanila hendaklah dicampurkan pada saat akhir. Ini supaya keharumannya kekal bila dibakar atau dikukus. Sesetengah orang suka mencampurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam puding. Ini mampu menjadikan ia lebih wangi.

Puding roti menggunakan resipi yang sama. Ia boleh dibakar atau dikukus. Puding yang dikukus lebih lembut dan lembap berbanding yang dibakar. Kadangkala ia tidak boleh dipotong dengan sempurna. Anda harus menyudukan ke dalam pinggan sebanyak mana yang anda ingini.

Campurkan kismis atau buah-buahan kering yang lain ke dalam puding untuk menambahkan kelazatannya. Dengan cara itu juga, warnanya akan bertambah menarik. Ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja yang anda jamu.

Roti yang sudah ada campuran buah-buahan di dalamnya juga sesuai dibuat puding. Hanya pastikan bahagian berbuah itu diratakan sempurna supaya ia tidak terkumpul di satu bahagian sahaja. Taburkan ceri merah dan hijau di atasnya agar lebih berseri.

Untuk menambah serat atau fiber ke dalam diet harian, gunakan roti wholemeal atau gandum tulen. Walaupun teksturnya lebih keras, ia lebih berkhasiat. Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga menambah badam panggang yang dicincang halus.

Jika anda menambah cecair atau susu dan air, anda akan mendapati puding yang telah siap agak lembut. Ia lebih sesuai jika diletak di dalam bekas-bekas kecil dan disajikan setiap satu bekas untuk seorang tetamu.

Sos sangat penting bila memakan puding roti. Membuat sos kastard memerlukan ketelitian dan kesabaran. Apinya harus perlahan dan dikacau selalu kerana mudah hangus. Jika sos berbau hangus, ia tidak enak lagi dan mungkin pula rasanya menjadi pahit.

Puding roti sangat mudah dibuat. Jadi, jika ada lebihan roti, anda tidak lagi ketandusan idea untuk menghabiskannya. Ia juga sangat ringkas dan masak dengan cepat. Sesuai dijamu untuk tetamu yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Ia pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan orang-orang tua yang gemarkan makanan pencuci mulut yang lembut.


http://www.kosmo.com.my/

Minyak turun, harga barang tak berubah

KUALA LUMPUR - Penurunan harga minyak yang dijangka 15 sen lagi, tidak diyakini banyak membantu menurunkan harga barang.


Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, ini keranapenurunan harga itu tidak memberi kesan terutamanya kepada golongan peniaga untuk menurunkan harga barang.


"Secara umumnya, sektor pengangkutan dan industri tidak terlibat secara langsung kerana menggunakan diesel malah mereka telah pun menerima kenaikan kuota subsidi (diesel) baru-baru ini.


"Jadi tiada jaminan bahawa harga barangan terutamanya makanan akan diturunkan," katanya ketika dihubungi semalam.


Tambah Muhammad Sha'ani, penurunan harga minyak oleh kerajaan akan turut membantutkan usaha FOMCA untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.


"Bila kerajaan turunkan harga minyak, seolah-olah nampak macam tidak serius untuk menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri," ujarnya.


http://www.kosmo.com.my/

Taksub terhadap ‘Guru Yahu’ - Jelmaan semula ajaran songsang oleh ‘Bang Chik’ kembali menggugat

Oleh ASRON MUSTAPHA dan SAIFUL AFFENDY
SAPRANberita@kosmo.com.my



JIKA pengikut tarikat Samaniah seperti dalam gambar ini menghalalkan solat batin (sekadar niat), pengikut ajaran Abu Darsan yang digerakkan semula oleh ‘Bang Chik’ tidak perlu solat sama sekali.


KUALA LUMPUR – “Yahu Yatuhanku, Kabulkan Huallah itu diriguru, nafas itu diriguru.”


Begitulah antara zikir syirik ajaran Abu Darsan, sebuah daripada 14 ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Zikir itu menjadi amalan wajib kepada lebih 2,000 pengikut ajaran itu sebagai tanda memuja guru mereka, ‘Bang Chik’, 60-an atau juga Guru Yahu yang kononnya dianggap suci dan mampu memberi jaminan syurga.


Rata-rata pengikut begitu taksub dengan guru mereka sehingga beranggapan ulamak lain palsu.


Mereka juga tidak wajib sembahyang dan puasa serta membaca Al-Quran tanpa perlu faham maksudnya.


Para pengikutnya ramai golongan profesional, lepasan universiti serta anggota pasukan beruniform.


Mereka juga tidak keberatan untuk bercerai andai isteri mereka enggan menjadi ahli.


Ini dialami sendiri seorang wanita yang disebabkan mempertahankan akidah diri dan anak-anak, dia terpaksa menjanda.


Bekas suaminya itu seorang usahawan dan pernah bertugas sebagai Inspektor polis.


Namun, ketaksuban terhadap ‘Bang Chik’ menyebabkan Firdaus, 40, (bukan nama sebenar) menceraikan isterinya itu, Faridah, 39, (bukan nama sebenar) dan mengabaikan empat anak mereka termasuk yang bongsu berusia 11 bulan.


Faridah ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini berkata, dia telah berusaha sedaya-upaya menyelamatkan akidah suami dan pada masa yang sama ingin mempertahankan mahligai perkahwinan mereka yang dibina sejak 16 tahun lalu.


“Tapi 11 Jun lalu semuanya terlerai apabila dia melafazkan cerai dengan alasan saya isteri nusyuz (derhaka) kerana enggan mengikut jejak langkahnya sebagai pengikut ajaran itu,’’ katanya.


http://www.kosmo.com.my/

Pengikut tidak berpuasa

Oleh WARTAWAN Kosmo!
berita@kosmo.com.my



DUA buah kenderaan yang diletakkan di kawasan markas 'Guru Yahu' di Kampung Damai, Kuantan semalam.


KUANTAN - Jika tidak perlu sembahyang lima waktu apatah lagi berpuasa.


Demikianlah pelakuan pengikut ajaran 'Guru Yahu' yang yakin, bulan Ramadan kini tidak ada beza dan istimewanya berbanding bulan-bulan lain.


Justeru, ibadah berpuasa di bulan Ramadan tidak perlu dilaksanakan.


Bagi pengikut-pengikut ajaran sesat itu, kesetiaan kepada 'Guru Yahu' iaitu Bang Chik adalah lebih wajib kerana dia boleh menjamin syurga buat pengikut setianya.


"Bang Chik lebih penting dan dia memang hebat!" kata Damak (nama samaran), seorang pengikut Bang Chik kepada wartawan Kosmo! yang berpura-pura bertanya mahu ke rumah 'Guru Yahu' itu di Kampung Damai di sini semalam.


Katanya, Bang Chik memang disegani, disanjungi, pandai dalam semua hal termasuk mengubat orang menyebabkan rumahnya sering dipenuhi dikunjungi orang ramai dari seluruh pelosok tanah air.


"Lebih-lebih lagi hujung minggu, mula pukul 9 malam sampai tengah malam, kalau awak nak ikut sekali pun marilah.


"Siapa yang ikut Bang Chik, dia tak payah puasa sebab itu bukan wajib, tapi kalau nak buat juga tak jadi masalah kerana yang penting, syurga sudah menanti kita," katanya ketika ditemui.


Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa buah kereta memenuhi laman rumahnya dan kelihatan pengikut ajaran itu duduk dalam satu bulatan seolah-olah sedang berbincang sesuatu di markas yang dibina seperti dewan terbuka.


Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Wan berkata, kegiatan Bang Chik telah lama berlarutan dan semakin ramai pengikutnya sejak kebelakangan ini.


"Mereka selalu berkumpul pada lewat tengah malam di rumahnya. Apa aktiviti yang dibuat dan diamalkan tidak diketahui, lebih-lebih lagi Bang Chik tidak bergaul dengan orang kampung dan jarang keluar rumah," katanya.



KERATAN Kosmo! 2 September.


Menurut Pak Wan, seorang sepupunya juga menjadi pengikut setia Bang Chik dan difahamkan sepupunya itu sering berkunjung ke markas tersebut.


"Hidup mereka anak beranak dan apa kegiatannya juga kita tidak tahu kerana mereka tidak mahu bergaul dan berjumpa dengan sesiapa kecuali kumpulan mereka.


"Pernah satu hari, sepupu saya sedang bekerja, tiba-tiba dapat panggilan daripada Bang Chik, terus dia tinggalkan kerja dan pergi berjumpa Bang Chik, betapa hebatnya 'Guru Yahu' ini. Anak bini pun sanggup diabaikan demi Bang Chik," katanya lagi.


Pada perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, perkara ini dalam perhatiannya.


http://www.kosmo.com.my/

Mukhriz umum rasmi rebut Ketua Pemuda Umno esok

05-09-2008 12:18:13 AM
Oleh G. MANIMARAN


KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir akan mengumumkan secara rasmi pendiriannya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno di Alor Star, esok.


"Saya akan menyatakan pendirian rasmi saya esok, bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno," kata beliau ketika dihubungi petang tadi.


Mukhriz, Ahli Parlimen Jerlun merupakan antara mereka yang telah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.


Sebelum ini, beberapa pemimpin termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengumumkan hasrat untuk merebut jawatan itu.


Kelmarin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau sedang menimbang semula secara serius kemungkinan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Disember ini.


Menurutnya, beliau menerima banyak permintaan daripada pelbagai pihak dari seluruh negara supaya bertanding jawatan tersebut pada pemilihan akan datang.


http://mstar.com.my/

Tee Kiat: Tetap saingi kerusi terajui MCA


06-09-2008 02:04:00 PM
Oleh G. MANIMARAN, NURUL AIN MOHD HUSSAIN dan LEE YAN XIU






KUALA LUMPUR: Datuk Ong Tee Kiat yang mengumumkan bersaing jawatan Presiden MCA dua bulan lalu tetap dengan pendirian mahu menyaingi kerusi menerajui parti itu dalam pemilihan bulan depan.


Menteri Pengangkutan itu berkata, pendirian beliau merebut kerusi itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ong Ka Ting masih kekal tidak berubah.


"Ya tetap (saya) bertanding," kata beliau dalam temu bual khas dengan mStar Online baru-baru ini.


Kini beliau merupakan Naib Presiden. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Ketua Pemuda MCA.


Ketika ditanya sama ada beliau akan berkompromi bagi memastikan keutuhan dan kekuatan MCA tidak terjejas, beliau menjelaskan, "Dalam dunia politik ini, tidak ada satu formula yang tetap, yang saya nampak biasanya bergantung kepada situasi semasa.


"Bagaimanapun beliau tidak menolak soal berunding dengan mereka yang bertanding memang wujud.


"Soal berunding itu memang wujud, tidak pernah saya tidak berunding tetapi runding atas apa? "Runding untuk apa? Kalau runding semata-mata untuk mengagihkan kerusi itu pun satu rundingan juga.


"Jika rundingan itu dapat menghasilkan sesuatu yang boleh membawa manfaat kepada parti, misal kata demi keutuhan parti dan juga ia dapat memantapkan lagi parti dan juga memantap lagi pengaruh parti, itu pun boleh dirunding," katanya.


Beliau mengumumkan bertanding kerusi Presiden selepas pada 18 Julai lalu Presiden Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatannya.


Sehubungan itu, beliau masih kekal dengan pendirian bahawa akan berkempen dan bertanding tanpa membentuk pasukan barisan calon yang diharapkan banyak pihak.Memiliki kelulusan kejuruteraan, pada 1986 beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Tan Sri Lee Kim Sai.


Tiga tahun kemudian beliau bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Ampang Jaya.Kini beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan Pandan yang dimenangi tahun 2004 dan 2008.


Dalam temu bual itu beliau menyentuh banyak isu termasuk sebab bertanding kerusi Presiden, pendekatan kepimpinan, kedudukan MCA dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.


http://mstar.com.my/

Ng Yen Yen pertaruh masa depan politik

05-09-2008 09:46:20 PM


KUALA LUMPUR: Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen telah mencatat beberapa rekod sejak beliau menceburi bidang politik.


Selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, beliau muncul sebagai anggota wanita pertama parti itu yang dilantik sebagai menteri, bagi menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Kini, beliau mencipta satu lagi rekod iaitu sebagai anggota wanita pertama MCA yang menawarkan diri merebut satu daripada empat jawatan naib presiden parti itu. Sebelum ini, jawatan bekenaan hanya menjadi rebutan anggota lelaki.


Bagaimanapun, langkah beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu mengundang risko tinggi dan mungkin berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan jawatan menteri yang disandangnya, jika apa yang beliau harapkan, tidak menjadi kenyataan.


Ini kerana, berdasarkan amalan parti itu, selalunya hanya presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan satu atau dua daripada empat naib presiden MCA disyor menyandang jawatan menteri dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).


Hanya selepas pilihan raya umum lepas, dan itupun, mungkin disebabkan oleh kemerosotan prestasi MCA pada pilihan raya itu, ketua wanita dan pemuda parti berkenaan disyor mengisi empat jawatan menteri yang diperuntukkan kepada MCA.


Ini berlaku selepas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting menolak daripada dilantik sebagai menteri, walaupun beliau memenangi kerusi Parlimen Kulai, sebagai tanda beliau bertanggungjawab bagi prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum berkenaan.


Timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy juga menolak daripada dilantik sebagai menteri.


Berikutan keputusan mereka, setiausaha agung parti itu Datuk Ong Ka Chuan dipilih menyandang jawatan menteri setelah memenangi kerusi Parlimen Tanjung Malim, manakala naib presiden Datuk Ong Tee Keat dinaikkan pangkat daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada Menteri Pengangkutan.


Ka Chuan, yang juga abang kepada Ka Ting dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pula mungkin bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden setelah Ka Ting dan Chan membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti 18 Oktober ini.


Selain Dr Ng, Ka Chuan dan Tee Keat, pemimpin MCA yang menyandang jawatan menteri ialah Ketua Pemuda Datuk Liow Tiong Lai, yang menerajui Kementerian Kesihatan.


Naib presiden paling kanan, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, tidak disyor menyandang jawatan menteri setelah berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia selama dua penggal.


Tee Keat mengisytiharkan akan bertanding jawatan presiden parti, manakala Liow akan bertanding jawatan naib presiden.


Berikutan keputusan Dr Ng untuk bertanding, jawatan naib presiden kini menjadi rebutan lima calon iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Hueng, Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tan Chai Ho, yang juga bekas timbalan menteri dalam negeri, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha dan Liow.


Penganalisis politik meramalkan lebih banyak pemimpin akan menawar diri bertanding jawatan naib presiden dan ini akan menjejaskan peluang Dr Ng.


"Bagi membolehkan beliau mengekalkan jawatan menteri, Dr Ng perlu sekurang-kurangnya mendapat undi terbanyak berbanding calon lain.
"Walaupun ini bukan sesuatu yang mudah, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, dengan syarat beliau mendapat jumlah undi terbanyak daripada anggota perwakilan lelaki," kata veteran MCA Datuk Wong Mok Leong.


Bagaimanapun, bagi bekas setiausaha agung MCA Tan Sri Dr Ting Chew Peh, keputusan Dr Ng untuk bertanding jawatan naib presiden itu tidak mempunyai risiko kerana pelantikan bagi manamana jawatan menteri bukan sematamata berdasarkan kedudukan seseorang di dalam parti.
"MCA sentiasa bersikap fleksibel. Presiden mempunyai kuasa mengesyorkan siapa yang patut diberi jawatan menteri. Ini pernah berlaku dalam parti ini.


"Contohnya, dalam hiraki parti, seseorang yang mendapat jumlah undi paling banyak bagi jawatan dalam jawatankuasa pusat, patut dilantik sebagai setiausaha agung parti. Bagaimanapun, presiden boleh melantik orang lain kerana jawatan setiausaha agung adalah jawatan lantikan," katanya.


Oleh itu, Ting, yang pernah menyandang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan, berkata persoalan sama ada sesuatu keputusan itu mempunyai risiko atau tidak, adalah bersifat subjektif kerana ia banyak bergantung kepada siapa yang akan dilantik sebagai presiden parti pada 18 Oktober ini, apabila 2,188 anggota perwakilan membuat pilihan masing-masing.


"Bagi saya, tidak ada sebarang risiko. Kalau ada pun, risikonya terlalu minimum kerana beliau (Dr Ng) hanya ingin mendapatkan perakuan daripada anggota perwakilan di peringkat pusat. Ini kerana, berdasarkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita, beliau juga adalah seorang naib presiden.


"Malah, pada pendapat saya, beliau patut bertanding jawatan lebih tinggi seperti timbalan presiden, bukannya naib presiden," kata Ting. BERNAMA


http://mstar.com.my/

Yen Yen tanding Naib Presiden MCA, cipta sejarah

05-09-2008 09:49:46 PM


KOTA BAHARU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden MCA pada pemilihan parti itu 18 Oktober depan.


Ng, yang juga Ketua Wanita MCA Pusat dan Pengerusi MCA Kelantan, berkata keputusan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan anggota MCA dan menerima maklum balas memberangsangkan serta sokongan termasuk daripada anggota 14 bahagian MCA di Kelantan, anggota wanita negeri dan Wanita MCA selain sokongan keluarga.


"Semangat dan sokongan daripada semua itu menyebabkan saya berani mengesahkan saya akan bertanding jawatan Naib Presiden.


Saya bawa pengalaman selama 35 tahun dalam MCA, sebagai ketua cawangan, bahagian, negeri, naib ketua wanita dan Pengerusi Wanita MCA selama sembilan tahun.


"Saya juga yakin boleh bekerjasama dengan sesiapa pun dalam MCA," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat MCA Kelantan, di sini, hari ini.


Keputusan itu menjadi satu sejarah buat MCA kerana ini kali pertama wanita bertanding di peringkat tertinggi parti sejak penubuhan parti itu 59 tahun lalu.


Katanya, sudah tiba masanya untuk wanita mempunyai suara dalam pimpinan tertinggi parti walaupun sudah 59 tahun parti itu ditubuhkan.


Ng juga enggan mengulas megenai calon lain yang telah menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden MCA, yang sehingga kini seramai empat pemimpin MCA telah menawarkan diri.


Mereka ialah Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kedah, Datuk Chor Chee Heung yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha; Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, yang juga Ketua Pemuda MCA, dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Tan Chai Ho yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Anggota wanita MCA membentuk 37 peratus daripada keseluruhan keanggotaan dalam MCA dengan jumlah seramai 430,000 anggota.


Sementara itu, Ng berkata MCA akan tetap setia dengan Barisan Nasional (BN) dan mengamalkan semangat setia kawan.


"Kita ada keyakinan kepada BN, dan mesti bersama-sama tangani masalah yang banyak timbul sekarang ini.


Bagaimanapun, kita mesti kaji mengapa kita tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina sekarang ini," katanya.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya parti-parti dalam BN terutamanya Umno gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.


Ng berkata semua parti komponen dalam BN perlu duduk semeja dan berbincang serta mengkaji cara untuk menarik semula sokongan rakyat kepada mereka.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata MCA Kelantan akan menghantar surat kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membantah kenyataan berbaur hasutan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.


Katanya keengganan Ahmad meminta maaf atas perbuatannya itu mengecewakan kaum Cina dan tindakan sewajarnya perlu diambil oleh Abdullah. BERNAMA


http://mstar.com.my/

PM: Umno akan terus berjuang walaupun di negeri dikuasai pembangkang

05-09-2008 09:34:17 PM


JITRA: Umno akan meneruskan agenda perjuangannya membela nasib agama, bangsa dan negara walaupun di negeri yang tidak dikuasai parti itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Beliau berkata Umno tidak pernah jemu untuk berjuang, walaupun terpaksa akur dengan keputusan rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.


"Apa yang penting ialah kita terus berjuang dan bukannya cuma bekerja semasa kita memerintah tetapi perjuangan harus diteruskan walaupun masa kita tidak berkuasa," katanya merujuk kepada negeri-negeri yang kini diperintah pembangkang.


Bercakap pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Kedah di sini malam ini, Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat kembali memerintah di Kedah berikutan usaha berterusan kerajaan pusat membela nasib rakyat negeri itu.


"Kita akan memperbaiki apa yang tidak kena dan sekarang adalah di tangan kita untuk menentukannya, dan saya yakin adalah tidak mustahil Umno jadi kerajaan balik di Kedah," katanya.


Abdullah berkata kerajaan pusat di bawah pimpinan BN akan terus membantu rakyat di negeri-negeri di bawah parti pembangkang dan ini dibuktikan dalam Bajet 2009.


Kerajaan pusat akan terus menumpukan usaha membangunkan industri pertanian di negeri itu memandangkan ia dapat menjana pendapatan kepada rakyat, katanya.


Beliau berkata selain daripada membantu rakyat miskin, Bajet 2009 itu juga akan terus mempertingkatkan bantuan jaringan keselamatan sosial dengan meningkatkan kadar bantuan kepada golongan berpendapatan rendah sehingga RM720 sebulan bagi rakyat di Semenanjung dan lebih lagi di Sabah dan Sarawak.


"Dulu bilangan yang layak menerima bantuan ialah 54,000 orang tetapi sekarang (Bajet 2009) bilangannya telah meningkat kepada 110,000 orang," katanya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu. BERNAMA


http://mstar.com.my/

Kuil dalam draf pelan KL tidak akan diroboh

05-09-2008 08:32:22 PM


KUALA LUMPUR: Semua kuil di atas tanah kerajaan yang berada dalam zon perdagangan di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 tidak akan diroboh, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan.


Beliau berkata bagi kuil baru yang hendak di bina, walaupun di atas tanah persendirian, perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu.


Pada masa akan datang, jika ada kuil yang didapati terlibat dalam projek pembangunan, tanah alternatif akan diberi kepada pemilik kuil berkenaan untuk memindahkan kuil itu, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Hindu Malaysia berkaitan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di sini hari ini.


"Setakat ini kami tidak pernah merobohkan manamana kuil dalam Wilayah Persekutuan yang terletak atas tanah kerajaan," katanya.


Beliau berkata kementerian itu juga telah bersetuju memberi ruang kepada masyarakat pelbagai bangsa untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan perumahan.


Pada pertemuan itu, Saravanan turut menafikan kenyataan Majlis Hindu Sangam pada 29 Ogos lepas yang mendakwa beberapa kuil Hindu telah hilang dalam Draf Pelan Kuala Lumpur 2020.


Sehingga kini tiada sebarang aduan bertulis diterima oleh kementerian itu daripada manamana pihak mengatakan kuil mereka telah diroboh atau tiada dalam Draf Pelan Kuala Lumpur itu, katanya. BERNAMA


http://mstar.com.my/

Kerajaan hanya kawal tambang bas ekspress kelas ekonomi

05-09-2008 06:27:37 PM


KUALA SELANGOR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kerajaan hanya mengawal kenaikan tambang bagi bas ekspres ekonomi dan membenarkan bas kelas eksekutif dan perdana menentukan tambang mengikut harga pasaran bermula 1 Sept ini.


Bagi kelas ekonomi yang boleh membawa 40 penumpang, kenaikan tambang maksimum ialah pada kadar 6.5 sen bagi setiap kilometer , katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ahli jawatankuasa Persatuan Penganut Dewa Sei Ling di sini hari ini.


Bagi kelas mewah, kerajaan hanya menetapkan harga minimum tambang iaitu 15 sen bagi kelas eksekutif dan 25 sen bagi kelas perdana.


Bas eksekutif dan perdana masingmasing boleh membawa maksimum 25 penumpang untuk bas satu tingkat dan sehingga 35 penumpang bagi bas dua tingkat.


Noh berharap rakyat tidak terkeliru jika mendengar ada perkhidmatan bas ekspres mengenakan tambang yang mahal. BERNAMA


http://mstar.com.my/

Restoran gagal capai jualan tahunan dilarang pungut cukai perkhidmatan

05-09-2008 12:02:15 PM


KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia menasihatkan agar semua restoran yang tidak mencapai jualan tahunan (Threshold) RM3 juta dan telah dibatalkan lesennya agar berhenti memungut cukai perkhidmatan lima peratus daripada pelanggan mereka.


Penolong Kanan Pengarah Kastam, Hamzah Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, jabatan itu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik restoran yang masih berbuat demikian.


"Pungutan cukai tersebut harus dihentikan serta merta kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975," kata Hamzah.


Beliau berkata, pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam menjalankan operasi dan makan di restoran yang tidak lagi dilesenkan sejak 28 Ogos lepas bagi memastikan restoran terlibat tidak mengenakan cukai perkhidmatan kepada pelanggan.


Katanya, semua restoran yang diadukan oleh orang awam akan dilawati dalam operasi itu.


Berkuat kuasa 1 Julai lepas, tahap jualan tahunan yang ditetapkan bagi restoran di luar hotel dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta. BERNAMA


http://mstar.com.my/

Awasi Tanda - Tanda Strok


Written by Administrator


Kenal pasti Tanda Permulaan Strok





Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian

badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.


Tanda-tanda amaran strok


Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.


Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada
segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.


Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.


Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.


Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.


Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.


Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.


Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.


Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.


Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.


Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.


Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.


Strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.


Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.


Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.


Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.


Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara.


Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.


Bagaimana strok didianogsis?


Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.


Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.


Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.


Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.


‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.


Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.


Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.


Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.


Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.


Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.


http://www.susu.my/

AWAS ! BAHAYA Keracunan MSG Dalam Makanan Harian

Written by Administrator


AWAS ! Bahaya MSG dalam makanan harian anda


"Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing.


Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.


Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia?


Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?


“Silent Killer”Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG.


Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak.


Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.


Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome).


Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit.


Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi.


Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.


Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini.


Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.


Elak sebelum terlambat


Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun.


Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran.


Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG


http://www.susu.my/

Kanser - Apakah Petanda ini Wujud pada Anda ?


Written by Administrator


Kenal pasti samada tanda-tanda ini wujud pada diri anda.. Kesan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.


(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.


(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.


(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.


(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 Punca Utama Kanser :


(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan


http://www.susu.my/

Gula dan Bahayanya !


Written by Administrator

Sedikit persoalan tentang gula..

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan !


Adakah badan kita perlukan gula?


Tidak perlu langsung ! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.


Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer


Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :

Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol


Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!


Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.


Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.


Salah satu kelebihan susu Alpha Lipid Lifeline ini adalah keupayaanya untuk menstabilkan gula dalam darah. Nasihat saya ialah anda patut mecuba susu ini terutamanya kepada sesiapa yang mempunyai masalah kencing manis.


http://www.susu.my/

AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik

Written by Administrator


NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.





Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya…


Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita? Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.


Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.


Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.


Jenis-jenis diabetes :


Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas...Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 1' yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.


Satu bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 2'.


Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.


Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.


Langkah-langkah pemantauan yang mudah:


Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.
Contoh-contohnya termasuklah:


1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.
Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2...
Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang ideal dan sihat.
Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.
Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.
Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus...


2. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.


3. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2..
Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.


4. Kurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.


5. Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.


Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium.
Asid Alfa Lipoik (ALA) juga telah pun terbukti dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes, demikian juga kepada pesakit pradiabetes.ALA telah digunakan lebih 30 tahun di Jerman untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) bagi mereka yang menderita diabetes (jenis 1 dan 2).
Kajian-kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi mereka yang berbadan gemuk dengan mengurangkan pengumpulan lipid dalam tisu lemak.


" Semoga artikel ini dapat memberi manafa'at dan informasi berguna kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga di atas nama sumbangan ilmu. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang menyampaikannya meskipun dia sudah mati..

Harap dapat FORWARD kan artikel ini kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan ikhlas dari anda untuk mereka semua."


Terimakasih,
http://www.susu.my/


http://www.susu.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...