Saturday, March 28, 2009

Hamil angkara ‘ustaz temberang’

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud 
asnawi@hmetro.com.my


SEREMBAN: Seorang ustaz temberang yang tidak bertauliah diberkas polis selepas disyaki merogol anak muridnya hingga mengandung tiga bulan di sebuah rumah di Nilai, dekat sini.

Tembelang lelaki warga Indonesia berusia lewat 30-an itu terbongkar selepas pemeriksaan mendapati mangsa yang juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah mengandung.

Difahamkan, perbuatan itu terbongkar Jumaat minggu lalu apabila mangsa yang mengadu tidak sihat dibawa ke klinik untuk menjalani pemeriksaan sebelum disahkan hamil.

Gadis berkenaan mendedahkan dia dirogol ustaz terbabit selepas belajar agama di rumah lelaki itu kira-kira jam 6 petang, 9 Disember lalu.

Berikutan itu, satu laporan polis kemudian dibuat terhadap suspek terbabit.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata bertindak atas laporan terbabit, polis menahan suspek di rumahnya beberapa jam selepas itu.

“Mangsa mendakwa dia diajak ustaz terbabit yang mengajarnya untuk ke pasar malam bagi membeli makanan selepas belajar agama.

“Selepas ke pasar malam, ‘ustaz’ dan mangsa balik ke rumah dan menikmati makanan yang dibeli sebelum gadis itu dirogol,”
katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Penutup Minggu Jenayah Sifar Peringkat Daerah Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mendedahkan perbuatan ‘ustaz’ terbabit kepada pengetahuan sesiapa termasuk keluarganya.

Menurutnya, perbuatan itu terbongkar apabila gadis terbabit disahkan mengandung selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Siasatan polis juga mendapati lelaki warga Indonesia itu mempunyai taraf penduduk tetap (PR) dan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan polis percaya kes rogol membabitkan pelajar itu selesai,”
katanya memaklumkan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Harian Metro difahamkan, ustaz terbabit mempunyai dua pembantu untuk mengajar agama.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090328094410/Article/index_html

Tak sempat belanja wang tebusan RM200,000

BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki yang menculik seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari Taman Gemilang, dekat sini, tidak sempat ‘makan besar’ apabila mereka ditahan sebelum sempat membelanjakan wang tebusan berjumlah RM200,000 yang dituntut daripada keluarga mangsa. 

Difahamkan, remaja berkenaan yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Jit Sin di sini, diculik empat lelaki terbabit ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi, Rabu lalu. 

Semua suspek yang menculik pelajar itu berjaya ditahan sejam selepas menerima wang RM200,000 yang diserahkan bapa mangsa yang juga seorang ahli perniagaan. 

Sumber berkata, ketika menunggu bas, mangsa ditarik masuk ke dalam kereta Proton Gen 2 sebelum suspek menghubungi bapa mangsa menuntut bayaran RM200,000 bagi pembebasan anaknya. 

Bagaimanapun, bapa mangsa memaklumkan kepada polis berhubung kejadian itu sekali gus membolehkan polis merancang usaha bagi membebaskan remaja berkenaan.

“Suspek membebaskan remaja berkenaan selepas bapa mangsa membayar wang seperti diminta,” katanya.

Mangsa kemudian dibebaskan di Lorong Binjai 5, Taman Sri Rambai, selepas bapanya membayar wang kepada suspek. Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seberang Prai Tengah yang mendapat maklumat lebih awal merancang strategi dan berjaya menahan keempat-empat suspek sejam selepas menerima wang daripada bapa mangsa.

Bagaimanapun, hanya sebahagian wang yang dibayar kepada suspek ditemui semula dan suspek direman hari ini untuk siasatan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090328094525/Article/index_html

Budak parah digigit anjing

Oleh Zaitie Satibi dan Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my


JERANTUT: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun bukan saja cedera di kepala hingga terpaksa menerima 17 jahitan, malah dimasukkan di wad Hospital Jerantut (HJ) selama tiga hari akibat digigit anjing peliharaan jiran datuknya, Selasa lalu. 

Kejadian berlaku di Taman Muhibah, di sini, kira-kira jam 3 petang, ketika mangsa, Wan Hazrul Haizam Wan Abdul Rahman dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumah datuknya untuk membeli makanan ringan apabila tiba-tiba diterkam haiwan terbabit.

Bapa mangsa, Wan Abdul Rahman Wan Rosli, 31, berkata ketika kejadian dia berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSAS), Temerloh, kerana menemani isteri, Rozita Ahmad, 25, yang menjalani pembedahan dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan adiknya.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke HJ untuk melihat keadaan anak sulung daripada empat beradik itu sebelum mendapati anaknya menerima 17 jahitan akibat luka teruk pada kepala.

Menceritakan semula detik kejadian itu, pemandu lori itu, berkata anaknya yang ditumpangkan di rumah bapanya, Wan Rosli Wan Stapa, 61, sehari sebelum kejadian itu ke kedai runcit berkenaan bersendirian dengan membawa wang RM1.

“Ketika dalam perjalanan, wang kertas itu tercicir akibat melayang ditiup angin dan cuba mengambilnya semula sebelum tiba-tiba datang seekor anjing hitam menerkam ke arahnya dan menggigit bahagian kepala serta tidak mahu melepaskan walaupun anak saya meronta.

“Beberapa jiran yang terdengar jeritan anak saya kemudian datang membantu tetapi haiwan itu tetap tidak mahu melepaskan gigitan menyebabkan jiran terpaksa memukul haiwan itu sebelum ia melepaskan gigitan,”
katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, anaknya dibenarkan pulang dari HJ kelmarin selepas tiga hari menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil selain perlu menjalani pemeriksaan susulan bagi memastikan bebas daripada penyakit anjing gila.

“Saya kesal dengan sikap pemilik anjing terbabit yang tidak ambil kisah mengenai keselamatan dan tanggungjawab terhadap penghuni sekitar kawasan perumahan itu dengan melepaskan haiwan peliharaannya bebas berkeliaran dan mengganggu penduduk,” katanya.

Difahamkan, anjing terbabit kini dikuarantin di Pejabat Perkhidmatan Veterinar daerah selama 10 hari bermula kelmarin.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090328094555/Article/index_html

Haji gelap mata kerana tiket loteri

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Akibat gelap mata, seorang warga emas bergelar haji sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji (TH) semata-mata untuk ditukarkan dengan tiket loteri bernilai RM130,000 yang ditawarkan tiga penipu warga Indonesia dan rakyat tempatan.

Mangsa berusia 60 tahun begitu mudah mempercayai kata-kata tiga individu terbabit, seorang daripadanya wanita apabila menemui mereka di Pusat Perdagangan Pontian, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kecekapan menantunya yang menghubungi polis dan pengurusan TH di Pontian, menyelamatkan mangsa daripada ditipu.

Kejadian bermula apabila mangsa didatangi suspek yang mendakwa memenangi cabutan loteri berjumlah RM130,000.

Ketika itu, wanita warga Indonesia itu menunjukkan tiket loteri terbabit serta keratan akhbar sebagai bukti nombor dibeli menerima ganjaran RM130,000.

Sebaik melihat mangsa termakan helah, penipu terbabit kemudian mendakwa memerlukan wang segera untuk pulang ke negara asal sebelum menawarkan pertukaran tiket berkenaan dengan wang tunai RM10,000.

Ibarat menerima durian runtuh, warga emas itu terus bersetuju lalu meminta mereka menghantarnya pulang ke rumah bagi mengambil buku simpanan TH berkenaan.

Sebaik tiba di rumah, mangsa memberitahu isterinya mengenai tawaran tiket loteri bernilai ratusan ribu ringgit yang bakal diterima daripada tiga suspek berkenaan.

Namun, ia mencetuskan tanda tanya kepada isteri mangsa yang segera menghubungi menantunya di Kluang.

Ini membuatkan menantu mangsa menghubungi pengurusan TH dengan memberitahu bapa mentuanya mungkin ditipu pendatang asing sebelum membuat aduan polis.

Dalam pada itu, mangsa bertegas mahu pergi ke pejabat TH untuk mengeluarkan wang bagi ditukarkan dengan tiket loteri ditawarkan.

Bagaimanapun, mangsa langsung tidak menyedari sampul surat diberikan kakitangan TH sebaik selesai transaksi di kaunter tidak mengandungi wang tunai, sebaliknya hanya buku akaun kosong.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata sebaik polis menerima aduan kes itu, pihaknya menyerbu tempat kejadian berdasarkan maklumat disalurkan pegawai TH.

“Serbuan dilakukan ketika mangsa menyerahkan sampul surat berkenaan kepada suspek dalam kereta mereka di depan pejabat TH, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Suspek cuba melawan dan berlaku pergelutan kecil sebelum dua daripada mereka ditangkap manakala suspek wanita sempat meloloskan diri,”
katanya.

Menurutnya, suspek yang diberkas adalah lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun dari Pulau Batam dan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090328101114/Article/index_html

Drebar teksi sapu cabul, ugut perkosa pelajar kolej

BANGI: Seorang lelaki yang menjalankan perkhidmatan ‘teksi sapu’ haram didakwa mencabul seorang gadis belasan tahun yang menaiki keretanya.

Malah, lelaki itu turut memaksa mangsa melihat rakaman aksi lucah dalam telefon bimbitnya. 

Dalam kejadian pada Rabu lalu di Bangi di sini, seorang gadis berusia 24 tahun juga pelajar sebuah kolej swasta menjadi mangsa lelaki terbabit apabila dia mendakwa dicabul lelaki terbabit ketika dalam perjalanan ke kolejnya.

Menurut sumber, ketika kejadian jam 8 malam, dia serta beberapa lagi penumpang lain menaiki kereta lelaki itu selepas di Stesen Komuter Bangi.

“Ketika kejadian mangsa duduk di sebelah pemandu, risau sekiranya lewat untuk pulang ke kolej, dia merayu kepada suspek untuk menghantarnya pulang lebih awal.

“Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkan permintaan gadis terbabit serta memberikan alasan kolejnya jauh dan perlu menghantar penumpang lain terlebih dulu,” katanya.

Selesai menghantar penumpang lain, suspek melencongkan keretanya ke kawasan sunyi sebelum mencabul dengan memegang kemaluan serta cuba mencium mangsa.

Mangsa yang berang cuba untuk melawan, bagaimanapun terpaksa akur dengan kehendak lelaki terbabit apabila dia turut mengugut memperkosanya jika dia melawan. 

Mangsa dihantar pulang oleh suspek berkenaan, risau sekiranya kejadian terbabit berulang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bangi berhubung kejadian.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090328101344/Article/index_html

Poligami boleh mengundang ke neraka?

Sabtu, Mac 14, 2009

Dilulus terbit pada Saturday, March 14 @ 09:00:00 MYT oleh AbuJihad

Bahan Umum Oleh :AHMAD BAEI JAAFAR

Menyebut tentang poligami banyak pihak akan memandang serong kepada yang terlibat walaupun pada setiap hati kecil lelaki inginkan dua tiga isteri. Hal ini kerana poligami yang wujud hari ini dilihat keburukannya lebih terserlah daripada kebaikan.

Poligami dibenarkan oleh Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu takut boleh berlaku adil terhadap anak yatim, kahwinilah perempuan lain sama ada dua, tiga atau empat. Tetapi jika takut untuk berlaku adil, cukuplah satu,” (Surah an-Nisa’: 3).


Melihat pada ayat itu, jelas tiada hukum sunat berpoligami tetapi sekadar tawaran yang membolehkan mereka berpoligami jika mereka mahu. Sungguhpun ada tawaran tetapi disusuli pula dengan ingatan “kalau takut tidak boleh berlaku adil, cukuplah dengan seorang isteri”.

Amalan poligami pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula selepas kewafatan isteri Rasul, Khadijah. Setelah berkahwin dengan Aishah yang masih keanak-anakkan, baginda mengahwini wanita lain juga. Amalan pada waktu itu antara lain bertujuan membela ibu tunggal dan anak yatim iaitu dengan mengahwini ibu anak yatim itu.
Walau bagaimanapun amalan itu tidak lagi menjadi perkiraan umat Islam di akhir-akhir ini. Hal ini mungkin kerana anak yatim hari ini sudah ada pembelanya. Rumah anak yatim sudah mengambil peranan para lelaki yang prihatin.

Kini berlaku poligami secara tidak sihat sehingga orang ramai menganggap poligami sebagai menzalimi wanita dan anak-anak. Kesan poligami, keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran.

Demi mengawal amalan poligami yang mudah disalahgunakan pada zaman ini, kerajaan menggubal beberapa peruntukan undang-undang mengenai poligami. Terdapat syarat tertentu yang dimasukkan yang lazim telah menjadi amalan ulama terdahulu.

Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen 23(5) Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak di segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Sebenarnya berdasarkan peruntukan ini menunjukkan secara nyata bahawa tidak semua orang layak untuk berpoligami. Walaupun terdapat lelaki yang mempunyai pendapatan lebih, belum tentu mereka boleh meneruskan poligami.

Perlu dijelaskan di sini selain kewangan faktor iman dan takwa perlu diambil kira sebelum sesuatu perkahwinan poligami itu hendak diteruskan. Kalau tidak, syarat di atas boleh diputarbelitkan oleh pihak yang berkepen-tingan.

Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum hakam tentang poligami sendiri tidak difahami.

Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, “Madu Tiga”. Melalui filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami.

Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya) yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya.

Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain, padahal dia sendiri hendak berkahwin.

Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat.
Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama kejar mengejar.

Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu. Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik.
Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat.

Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami. Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat isteri muda tetapi isteri tua terus menderita.

Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela.
Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

dari laman Fikrah Islamiah

Ciri-Ciri Pasangan Sejati

Sabtu, Mac 14, 2009

Dilulus terbit pada Saturday, March 14 @ 16:45:49 MYT oleh AbuJihad

Artikel Pendek Oleh Lutfi

"Tips Dalam Berpasangan...........


1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi


Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

http://lutfimj2006.blogspot.com/

Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi

Sabtu, Mac 14, 2009

Dilulus terbit pada Saturday, March 14 @ 16:44:16 MYT oleh AbuJihad

Bicara Agama Oleh 
dreamkiller


Lembaran kalendar untuk bulan 3 (Mac) bagi tahun ini (2009 M), terlihat sebuah tandaan pada tanggal 9 bahawa jatuhnya tarikh untuk maulid Nabi. Saban tahun maulid nabi disambut pada tarikh 12 Rabbi’ul Awwal oleh masyarakat kita dari kalangan umat Islam. 

Ini bermakna, lebih kurang 10 hari sahaja lagi sambutan ini akan dilangsungkan oleh kalangan masyarakat di sini umumnya. Tidak hairanlah, ketika menatap forum-forum di internet dan ketika terlihat beberapa iklan di akhbar-akhbar tertentu ada sebahagiannya yang memainkan slogan-slogan “cinta Rasul”.

Sambutan ini kelihatannya seakan-akan semakin meriah dari tahun ke tahun. Kebiasaannya ia disambut dengan pelbagai pengisian dan tatacara adat mengikut perkembangan zaman. 

Di antaranya adalah dengan mengadakan bacaan berzanji di setiap masjid sempena beberapa hari menuju tarikh 12 Rabbi’ul Awwal (countdown), mengatur dan mengadakan upacara perarakan dari sekian tempat ke tempat-tempat tertentu dengan melaung-laungkan selawat berserta bacaan marhaban atau berzanji, juga dengan perarakan tersebut disertai mengangkat pelbagai jenis sepanduk slogan cinta Nabi, mengadakan ceramah-ceramah khas berkenaan sekitar mencintai Nabi atau seumpamanya yang berkaitan dengannya.

Selaras dengan perkembangan zaman yang semakin maju dan bercambahnya pemikiran yang global lagi terbuka, pada tahun ini acara maulidur rasul bakal disambut dengan sebuah upacara konsert yang bakal menampilkan artis-artis dari kalangan ustaz dan ustazah terkenal tanah air. 

Tidak terkecuali, kumpulan-kumpulan nasyid tanah air turut mengambil tempat dalam persembahan dan upacara tersebut. Katanya, upacara konsert tersebut bakal dibuka dengan alunan lagu-lagu berzanji dan selawat. 

Wallahu a’lam… Ini adalah sebagaimana yang sempat saya lihat beberapa hari yang lepas melalui sebuah rancangan temubual berkenaan sambutan maulid kali ini yang mana akan dimeriahkan dengan konsert “Sinar Malam MaulidurRasul” melalui salah satu saluran televisyen live dari sebuah stadium.

Hakikatnya, pada tarikh maulid nabi (birthday nabi) itu sendiri terdapat sebuah isu yang menjadi perbincangan di kalangan ulama. Iaitu tiada pendapat atau kata sepakat bagi menetap tarikh kelahiran Nabi itu sendiri. 

Ada yang menguatkan dengan tarikh lahir yang sebenar adalah pada 8 Rabbi’ul Awwal, ada yang menguatkannya dengan tarikh 9, dan ada yang menyatakan dengan tarikh 12 Rabbi’ul Awwal. 

Malah, ada yang mengambil keputusan bahawa, tidak diketahui dengan tepat akan tarikh kelahirannya kerana pada zaman tersebut belum ada lagi sistem kalendar yang sistematik berlangsung. Malah, riwayat-riwayat berkenaan dengannya juga saling diperlisihkan di kalangan ulama.

Jadi, persoalannya… bagaimana sambutan perayaan maulidur rasul ini boleh muncul dengan suburnya di kalangan masyarakat kita? Ini adalah antara yang menjadi persoalan. 

Sehingga ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut di setiap tahun pada tanggal 12 Rabbi’ul Awwal. Sedangkan, tidak ada langsung riwayat dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menganjurkan diadakan perayaan ini. 

Malah, begitu juga ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud. Sungguh aneh sekali, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah pun wafat, tetapi hari lahirnya tetap menjadi sambutan saban tahun dan menjadi titik tarikh kemeriahan. 

Ini kelihatannya tidak ubah umpama kaum Nashrani/Kristian yang menyambut hari natal (Chrismas) di setiap tanggal 25 Disember bagi meraikan kelahiran Jesus (Isa) yang mana turut tidak pernah ada anjurannya dari Isa ‘alaihis Salam sendiri dan melaui kitab-kitab utama agama mereka (seperti Bible).

Telah tsabit dari hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rahimahullah bahawa perayaan dalam Islam hanya ada dua, dan tidak ada lagi selainnya, di mana Nabi telah menjelaskan
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut (perayaan jahiliyyah) dengan hari raya al-Adha (korban) dan Hari raya al-Fitr."

Tetapi, sambutan besar-besaran maulidur Rasul (Birthday Nabi) tetap juga disambut dengan semeriah-meriahnya sambutan perayaan saban tahun. Dengan di dalam sambutannya dilaungkan selawat-selawat memuji Nabi dengan selawat-selawat yang kebanyakannya adalah selawat “versi baru” yang tidak pernah ditemui di dalam hadis-hadis yang sahih/tsabit dari tunjuk ajar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. 

Iaitu, mereka dari kalangan yang kebanyakannya merayakan sambutan “Birthday Nabi” ini mengambil rangkap/lafaz selawat yang telah diubah-suai selawatnya dengan sama ada menambahnya atau menguranginya. Rangkap-rangkap selawat yang pendek dijadikannya begitu panjang dan sukar untuk dilafazkan. 

Mereka turut meletakkan lafaz pujian kepada Nabi dengan perkataan yang ghuluw (melampau) sehingga ada yang seakan-akan menganggap nabi seperti Tuhan. Sedangkan Nabi sendiri telah melarang perbuatan seperti itu. Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan di dalam salah satu hadisnya sebagaimana berikut:

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nashrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Manakala berkenaan tambahan-tambahan lafaz di dalam sebahagian selawat ke atas nabi dengan tambahan Sayyidina, maulana, habibina, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menjelaskan di ketika mana ada seorang lekaki memanggilnya dengan panggilan
“Ya Sayyidina ibni Sayyidina”:

“Wahai manusia, hendaklah kamu bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya engkau adalah Muhammad bin ‘Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya, dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, no. 12551)

Dalam perkara ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (imam besar Mazhab Syafi’i – pen.) pernah ditanya berkenaan kalimat selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, sama ada yang wajib atau pun yang sunnah/sunat:

“Adakah dalam ucapan selawat itu disyari’atkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidina khalqi” atau “‘ala sayyid waladi” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”. Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”

Jawab al-Hafiz Ibnu Hajar:
“Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sehingga ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat seperti itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. Al-Syafi’i rahimahullah sebagai seorang yang sangat memuliakan Nabi shalallhu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad.” (Dinukil dari Syaikh Muhammad Nashidruddin al-Albani, Kitab Sifat Sholat Nabi, , Terbitan Media Hidayah, m/s. 215-216)

Begitulah sedikit penjelasan berkenaan dengan tambahan lafaz-lafaz selawat ke atas Nabi. Di dalam riwayat-riwayat hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengajarkan bentuk-bentuk selawat yang disyari’atkan, dan begitu jugalah para salaf (generasi terawal dari kalangan sahabat) melakukan selawat ke atas Nabi (sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi sendiri dengan tidak menokok tambahnya). 

Maka, tiada ruang bagi kita untuk mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru. Sekiranya di antara kita mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru dan tersendiri dengan meninggalkan lafaz-lafaz selawat yang sahih dan tsabit dari Nabi, maka, hilanglah fadhilat-fahilat selawat yang diberikan melalui hadis-hadis yang sahih. 

Malah, ia bukan sahaja telah lari dari tuntutan sebenar berselawat, tetapi sekaligus ia mencipta bentuk beragama (mencipta syari’at) yang baru, seakan-akan ia lebih pandai dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. 

Malahan juga, dia turut meninggalkan jejak langkah amalan para Salafus Soleh dari kalangan sahabat-sahabat yang diredhai yang begitu kuat berpegang dengan petunjuk Nabi dan begitu mencintai beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana Allah subhanahu wa Ta’ala sendiri telah menjelaskan supaya kita sentiasa mengikuti generasi terawal dalam mengambil agama sebagaimana berikut (maksudnya):

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Pada masa ini, apa yang turut menyedihkan adalah apabila rangkap-rangkap selawat (termasuk zikir-zikir) ini bukan sahaja diubah-suai, malahan turut juga dilagukan dan dinyanyikan, sekaligus dipersembahkan di pentas-pentas konsert. Terutamanya di dalam majlis-majlis yang didakwa sebagai majlis keagamaan dan termasuklah sambutan maulidur Rasul saban waktu dan tahun. 

Tidak cukup dengan dilagukan, ia turut diperindahkan menurut hawa nafsu mereka dengan alunan-alunan muzik kontemporari. Bentuk-bentuk selawat yang asalnya diberikan oleh Nabi kita sebagai Ibadah, kini telah ber-evolusi menjadi bahan untuk berhibur dan mengaut keuntungan, malah bercampur-baur dengan apa yang telah diharamkan. 

Di manakah adab kita sebagai pengikut Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Sungguh perbuatan ini telah jelas-jelas melanyak-lanyak dalil-dalil agama yang murni lagi sempurna.

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Manakala di dalam hadis, Nabi shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan:

“Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Dan di dalam tafsir Ibnu Katsir (tafsiran ayat 6 Surah Luqman) turut menjelaskan perkataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang menyatakan bahawa nyanyi-nyanyian adalah termasuk perkataan yang tidak berguna.

Tetapi, begitulah yang telah berleluasa pada hari ini. Mereka telah pun menjadikan nyanyi-nyanyian sebagai sebahagian dari agama-agama mereka. Wallahu a’lam.

Menyentuh berkenaan amalan membaca berzanji dan marhaban di dalam masyarakat kita, adalah lebih baik supaya amalan ini dikaji dan diteliti semula dengan sebaik-baiknya. 

Ini adalah kerana, di dalam kitab berzanji itu sendiri mengandungi fakta-fakta yang jauh dari kebenaran, fakta-fakta yang menyimpang dari dasar aqidah yang benar, dan tidak keterlaluan jika saya katakan di sebahagian tempat dari kalangan masyarakat kita ini mereka menganggap bahawa membaca kitab berzanji ini sebagai sebahagian dari ritual beragama dan membacanya mendapat ganjaran pahala yang besar. 

Malah, sehingga ada di antara mereka yang menetapkan gaya lagu tertentu ketika membacanya. Tidak lain, sebenarnya perkara ini selain dari perbuatan yang membawa kepada kebatilan, ia turut mengajak kita berpaling dari menghayati al-Qur’an dan as-Sunnah.

Sekali lagi, saya menimbulkan sebuah persoalan di sini. Apakah dengan perayaan “Birthday Nabi” ini mampu merealisasikan slogan “Menyemarakkan cinta kepada Nabi”?

Setelah mana pelbagai pelanggaraan syari’at berlaku dengan tidak terkawal di dalam perayaan itu sendiri. Adakah Nabi kita mengajak kita merayakan hari perayaan sedemikian rupa? 

Apakah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ataukah para sahabat-sabahat beliau yang diredhai pernah mewasiatkan supaya diadakan perayaan-perayaan bentuk baru bagi membangkitkan semangat rasa cinta kepadanya?

Maka, bentuk-bentuk baru dan ritual-ritual baru dalam melahirkan rasa cinta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam sebagaimana yang berlaku melalui perayaan “Birthday Nabi” (Maulid Nabi) ini sewajarnya perlulah dikaji dan diteliti semula. Adakah ianya menepati dengan kehendak Nabi kita serta syari’at Islam itu sendiri.

Dengan serba sedikit penjelasan isu-isu di atas tadi, kita tinggalkan ia dan kembali bermuhasabah dengan melihat kembali hakikat sebenar mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Pertama-tamanya, marilah kita kembali dan kita fahami bahawa perbuatan mencintai Nabi itu adalah termasuk ke dalam hakikat iman. Ini adalah sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut,

“Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Mencintai dan mencontohi Nabi termasuk ke dalam tuntutan beragama (mencintai Allah) berdasarkan firman Allah berikut (maksudnya):

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (surah al-Ahzaab, 33: 21)

Dengan menghayati maksud ayat-ayat di atas, adakah kita telah mengikuti contoh sebagaimana yang dikehendaki bagi merealisasikan fokus mencintai Allah dan Nabinya? Adakah kita telah benar-benar mengikuti dan mencontohi Nabi dalam beragama? Adakah apa yang telah kita lakukan di dalam amalan-amalan beragama kita menepati sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Di dalam merealisasikan slogan “Cinta Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihiwa Sallam)” apa yang paling penting adalah dengan melihat kembali diri-diri kita adakah kita telah benar-benar mengikuti Sunnahnya. Sejauh manakah sunnah-sunnahnya yang diberikan kepada kita telah kita hayati dan amalkan dengan sebaik-baiknya.

Maka, dengan ini apa yang pertama-tamanya lagi priority supaya sewajarnyalah kita sentiasa menyemak bagaimana kita bertauhid, apakah telah benar sebagaimana Nabi kita mengajarkannya. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibnu Katsir rahimahullah di dalam tafsirnya menjelaskan:

“Allah sentiasa mengutus para Rasul kepada manusia dengan membawa seruan (ajakan) itu semenjak mula munculnya kemusyrikan (syirik) pada anak cucu Adam ‘alaihis Salam, iaitu di era Nabi Nuh ‘alaihis Salam yang Allah mengutusnya kepada mereka. Dan beliau adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi sehinggalah Dia menutup para Nabi dan Rasul dengan mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada jin dan manusia. Sama ada yang berada di bumi bahagian barat, atau pun yang berada di timur.

Dan setiap Rasul mempunyai tugas yang sama, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Ilah (Tuhan yang berhak disembah dengan benar – pen.) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (Surah al-Anbiya’, 21: 25)” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Maka, dengan itu hendaklah kita istiqomah di dalam bertauhid sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sekaligus menjauhi pelbagai jenis penyimpangannya dan menghindari kesyirikan yang banyak berleluasa. Dengan sebab itu juga, penekanan haruslah ditumpukan dalam persoalan ini yang merupakan tujuan utama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan kepada kita semua.

Setelah memenuhi dan memahami tuntutan-tuntutan tauhid, seterusnya ia akan membawa kita supaya sentiasa mengambil dan melaksanakan Sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam setiap aspek kehidupan. 

Di dalam mengamalkan sunnah, hendaklah kita berhati-hati dari berlebih-lebihan terhadapnya iaitu dengan tidak menokok tambah dan mengubahsuai sunnah tersebut. Hendaklah kita mengamalkan agama ini sebagaimana yang diperintahkan dan diajarkan olehnya. 

Termasuk di dalam rangkuman Sunnah, hendaklah kita meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalam kaedah ushul fiqh, terdapat suatu kaedah sebagaimana berikut,

“Perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam meninggalkan sesuatu perbuatan di dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan (melakukannya), ia di sini menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bid’ah”. (Min Usul al-Fiqh Inda ahlil Hadis, 1/82)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (di dalam urusan agama), setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." (Hadis riwayat Muslim)

Apabila kita telah memahami sesuatu itu adalah sunnah dan kebenaran, hendaklah kita berusaha untuk mengamalkannya sekaligus menyampaikannya kepada yang lain.

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan saling nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-‘Ashr, 103: 2-3)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

“Hendaklah orang yang yang hadir (pada hari ini) menyampaikan (sunnahku) kepada mereka yang tidak hadir.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walaupun satu ayat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Perbuatan menyebarkan dan menyampaikan sunnah ini adalah bertujuan meneruskan kelangsungan sesebuah sunnah itu sendiri sekaligus bagi menyebar-luaskan sebuah hakikat kebenaran. 

Sekiranya, dakwah tidak dilaksanakan bagi menyampaikan sunnah-sunnah Nabi ini, niscaya akan berleluasalah kejahilan dan sunnah akan mati, lalu akan digantikan dengan perlbagai jenis bid’ah dan kesesatan.

Selain dari menyampaikan sunnah-sunnah Nabi yang benar, hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firmannya (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, daripada Abu Umamah al-Bahily:
“Barangsiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Telah pun disebutkan sebelumnya, bahawa berselawat ke atas Nabi adalah sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang sahih. 

Dan hendaklah kita tidak melaksanakan selawat dengan tatacara yang menyanggahi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan mengambil lafaz selawat sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang sahih, tidak menjadikannya sebagai bahan untuk nyanyian, dan dengan tidak menokok tambahnya. 

Ini adalah kerana selawat itu sendiri adalah perbuatan ibadah yang tidak dapat dilakukan melainkan dengan adanya dalil yang menunjukkan bagaimana ianya harus dilaksanakan.

Selanjutnya, hendaklah kita sentiasa membenarkan apa sahaja yang dibenarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Segala apa yang sahih disampaikan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendaklah kita mengimaninya, membenarkannya dan mentaatinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisa’, 4: 65)

Setelah kita memahami bahawa wajibnya menuruti segala apa yang datangnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, hendaklah kita meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh beliau, meninggalkan dan membenci apa sahaja yang dibenci oleh beliau, dengan itu juga hendaklah kita menyayangi apa sahaja yang beliau sayangi dan mencintai apa sahaja yang beliau cintai.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (Surah al-Ahzaab, 33: 36)

Diriwayatkan di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan supaya menyayangi dan mencintai orang-orang yang beriman (mukmin) dan orang-orang yang membela agama Allah. Iaitu bermula dari kalangan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala turut menjelaskan supaya kita sentiasa berkasih sayang terhdap orang-orang yang beriman dan tidak berkasih sayang terhadap orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

Secara umumnya, demikianlah beberapa langkah awal bagi melahirkan dan mendidik diri di dalam mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. 

Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syi’ar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. 

Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.

Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid’ah).

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Qur’an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.” (Surah Muhammad, 47: 7)


http://an-nawawi.blogspot.com/ "

Nik Normadiha Pelajar Terbaik SPM 2008

Posted by: pinkturtle2 | Mac 12, 2009

mungkin pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.tapi mungkin tak masuk dalam senarai kot...sebab sekolah Agama di bawah kerajaan Negeri Kelantan (YIK) kan...

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image“Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.Image

“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau.

http://www.harakahdaily.net

Menurut seorang ustazah yang mengajar di maahad Muhammadi Perempuan yang saya hubungi sebentar tadi ,beliau mengatakan ramai wartawan datang ke sekolahnya pagi ini termasuk dari Bernama,The Star,berita harian metro dan yang sewaktu dengannya.Dan setakat yang dia tahu Nik Normadiha adalah pelajar terbaik bagi negeri  kelantan dan peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008 .

—————————————————————————————————

Kan dah kata tadi,confirm Nik Normadiha tak tersenarai dan tidak di hebohkan dalam akhbar2 arus perdana yang merapu ni… walaupun dapat 34 A sekalipun ,mana ada dalam senarai untuk dihebohkan…

kalau tak caya tengok laporan bernama di bawah…

paling-paling tinggipun 16A … 2 orang 15A…

6,277 Calon SPM Dapat Gred A

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) — Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Daripada jumlah itu seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.

“Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.

Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007 manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan itu berbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.

Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan Mohd Shafiq Sahdon dari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.

Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.

Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripada jumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.

Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI).

Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

RESPON

  1. Tahniah.
    Memanglah bersekolah agama mendapat baraqah Allah.Sebab itu pencapaian mereka sangat cemerlang,bukan sahaja dalam akademik,tetapi sahsiah.
    Sekolah agama memang menjadi pilihan rakyat sekarang.Apatahlah bersekolah di negeri serambi mekah yang penuh berkat dengan kepimpinan ulama’

  2. TAHNIAH

  3. Tahniah!…sejuk perut ibu mengandung….

  4. waaah tahniah madihah
    2 tahun berturut-turut maahad muhammadi perempuan lahirkan pelajar terbaik spm
    tahun dulu fatimah
    tahun ni madihah

    bangga2

  5. tahniah kpd nik normadiha ,kedua dua ibu bapanya dan seluruh warga pendidik maahad muhammadi perempuan kota bharu. syukur kehadrat allah atas kejayaan ini .amin.

  6. tahniah buat kak madiha dan family
    maju mmp maju
    menjulang nama

  7. Yang baik datangnya dari ALLAH. Bersyukurlah kepadanya dan insaf bahawa ilmu kita tak sampai sebesar zarah pun. Jangan jadi seperti Sufiah sudah lah. Bagaimana pun tahniah dan ini hanya suatu permulaan yang baik. Syabas…

  8. no quality in education anymore
    wats d use taking so many subject and then the good students are avoided..??

    u people can take many as “ur” subjects are there?
    wat about other races which cant?

    pilih kasih… dont have strong foundation… no wonder many “ur top scorer” cant speak english properly… bullshit..

  9. Biasa le sekolah YIK, kalau sekolah smk tu. wa ingat gegak gumpita 2 bulan….apa2 pun TAHNIAH Adik Madihah…anda IDOLA dan KEBANGGAAN kami rakyat Klate…berkat TOk Guru tu.

  10. pendidikan beralaskan agama/Islam memang dah diuji kebenarannya.
    sayapun nak anak2 saya masuk sekolah-sekolah sebegini…selamat dunia dan akhirat.
    mohon kerajaan Negeri Kelantan…buka ruang juga kepada pelajar2 di luar Kelantan.

    Tahniah YIK..tahniah ibu bapa Adik Nik Madiha dan adik Nik Madiha sendiri…Korang semua ni telah mengangkat nama MELAYU dan ISLAM

  11. Tahniah.

    Kita mahu ramai lagi umat Islam Melayu berjaya dengan cemerlang.

    Cuma nasihat kita. Bila sudah dewasa, jangan salah guna ilmu cukup lah.

  12. Tahniah mek wei!! semoga terus jaga agama!!!
    (raso banggo kerana ambo pun dok kkota baru jugok!)
    Tapi mengikut berita bernama di atas, saya masih hairan kenapa pencapaian umum anak2 kita tidak begitu memuaskan.
    Misalnya, cuma 181416 murid yg lulus semua mata pelajaran drpd yg menduduki, 442936, iaitu ertinya cuma 41.0%. Kenapa sampai hampir 60% tak lulus semua mata pelajaran. itu ramai sangat!!
    Mungkin dasar PPMSI ini tidak menjadi!
    Satu lagi, bagi sayalah BI 1119 adalah satu2 yg saya boleh ambil kira dari segi reliabilitinya. Dari murid2 yg berani* mendudukinya cuma 41.1% yg berjaya mendapat taraf cambridge assessment (iaitu 182270 drpd 442936*)
    dan…..cuma 19.7% sahaja yg berjaya !A & 2A, iaitu 87383)
    [nota:Saya mengajar di Universiti, dan saya dapati wlpn murid mendapat A dlm 1119, mereka masih lg membuat kesilapan tatanahu dgn ketara]

    apakah dasar @ cara kita mengajar BI betul2 berkesan??

  13. manusia yang tak mau terima hakikat maka tungguuu balasannya. juara heboh tak sempat nak heboh le2.

  14. tahniah adik madihah!! Tahniah dik!

  15. THANIAH…TAPI TOLONG TINGKAT KAN KESELAMATAN DIRI…KERANA BEBERAPA PELAJAR PERUMPUAN MALAYSIA YANG KECUNDANG DI LUAR NEGARA MENGENAI AHKLAK..

  16. tahniah…kepada madihah, teruskan prjuangan….walaupun mmp adalah di bawah yik,,namun pencapaian terbaik spm peringkat kebangsaan msih menjadi milik mmp…

  17. salam..tahniah setinggi tinggi tahniah buat adik nik nur madihah..juga buat kedua dua ibubapa adik..semuga adik terus cemerlang d dunia juga d akhirat..Amin..

  18. selaut tahniah dan selangit syabas .ukhti madihah ,kami bekas pelajar mmp turut bangga

  19. assalamualaikum… ana pelaja mpi mengucap taniah di atas kejayaan anda.. semoga anda mencapai ke makam al falah.

  20. salam warahmatullah….ana sebagai rakyat d bawah payung serambi mekah berasa bangga ngan kejayaan nik nomadiha…anta telah buktikan kapada rakyat malaysia yang sekolah di bawah YIK mendahului mane-mane sek keb….ISLAM KINI DAN SELAMA NYE…DO THE BEST

  21. to bullshit

    hope u’re getting this. never questioning what the best for those girl, she have done great for the exam. she worked hard worth for his parent who have raised her. next time think properly be4re anything came out from your bullshit mouth..

    No wonder who the hell u re , idiot!!!!!

  22. Salam…syabas buat adik Nik Nur Madihah… semoga dengan kejayaan ini akan dapat membuka matahati manusia2 yang memandang rendah terhadap sekolah agama YIK…I LUV ISLAM!

  23. Tahniah.syukur Alhamdulillah. jangan alpa dan leka ya

  24. mabruk ya ukhti…semoga kejayaann ini lbh mendekatkan diri anti dgn allah…yik power..

  25. congrate…smoge lbh cemerlang..insyaAllah..

  26. tahniah untuk adik madihah jangan lupa jasa ibubapa dan guru2 anda semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.

  27. tahniah kak madihah ana bangga ngan kak madihah insyaallah taun ni pjuangan kak madiha kami truskan .. maahad trus gmilang tmbah lak mudirah bekkeng..hahaha.. takbir.. allahuakbar..

  28. tahniah madihah..sy pun trut rse gmbira krna org ngaji agama mmpu cmrlang

  29. Alhamdulillah, tahniah kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal kerana berjaya cemerlang dengan keputusan spm 2008. Didoakan semoga akan meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi selepas ni dan boleh membimbing adik-adik yang akan mengambil peperiksaan selepas ini dan buktikan bahawa pelajaran aliran agama boleh dan mampu untuk setanding bahkan lebih cemerlang dari bangsa lain. Semoga selepas ini akan lahir lagi insan yang cemerlang seperti beliau. Iaitu cemerlang dunia akhirat dan bakal pemimpin masa depan. Insyallah…

  30. tahniah madihah atas kejayaan anda
    saye bangga sbgai sesama kelantan

  31. inilah bukti skolah agama lebih drpd skolah lain…………………….
    pandanglah semua makhluk yang bergelar manusia!!!

  32. tahniah kak madihah! saya juga sdg belajar di sek maahad muhammadi.thanks kak madihah!kerana dpt mengharumkan nama sek kite.harap dpt junpa dgn kak !hari tu dpt tgk aje!sek arab mmg bagus

  33. assalamualaikum…tahniah kak madihah! saya juga sdg belajar di sek maahad muhammadi.thanks kak madihah!kerana dpt mengharumkan nama sek kite.harap dpt junpa dgn kak !hari tu dpt tgk aje!sek arab mmg bagus


    http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/03/12/17125/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...