Saturday, February 26, 2011

Beratur panjang dalam kebun

Beratur panjang dalam kebun

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.

SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Beraturpanjangdalamkebun/Article

Wanita pergi kerja mati

Wanita pergi kerja mati

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.
ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.

JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci maut apabila tiga lelaki yang menunggang motosikal menghimpit motosikal diboncengnya dalam satu cubaan meragut di Jalan Skudai-Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, R Alamelu, 52, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adik iparnya, D Ganesh, 36.

Ketika kejadian, Ganesh dalam perjalanan menghantar mangsa ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Ibrahim untuk berjumpa suaminya yang menaiki kenderaan berasingan sebelum mereka bersama-sama ke Singapura untuk bekerja.

Difahamkan, Ganesh menyedari diekori sekumpulan lelaki dipercayai warga asing sebelum membelok ke stesen minyak di Jalan Padi, Bandar Baru Uda.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki itu terus menghimpit motosikal ditunggangnya sebelum seorang daripada mereka cuba menarik beg pinggang dipakai mangsa.

Tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri tanpa dapat meragut beg pinggang mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Kamil, 30-an berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan.

“Pada awalnya saya menyangka ia hanya kemalangan biasa. Bagaimanapun, saya hanya mengetahui ia cubaan ragut selepas dimaklumkan mangsa. Ada pengguna jalan raya cuba mengejar tiga peragut itu tapi gagal,” katanya.

Menurut Kamil, pada waktu puncak, dianggarkan lebih 30,000 penunggang motosikal akan ke Tambak Johor melalui Jalan Skudai dan ketika itulah ada di kalangan peragut mengambil kesempatan menjalankan kegiatan.

“Kami berharap polis mengambil perhatian berkaitan perkara ini dan lebih kerap mengadakan sekatan jalan serta rondaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kes berkenaan benar-benar membabitkan kejadian ragut.

“Berdasarkan siasatan awal, barangan milik mangsa gagal dilarikan penjenayah, ada kemungkinan mangsa maut akibat serangan jantung.

“Polis akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI) untuk bedah siasat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan.


http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapergikerjamati/Article

'Ini semua salah faham'

'Ini semua salah faham'

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham,” kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Menceritakan bagaimana kejadian itu bermula, Zaefrul berkata, dia dipanggil kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua.

“Dua pegawai terbabit mendakwa mahu bertemu di sebuah kafe di Danau Kota sebelum saya pergi bertemu mereka ditemani tiga rakan kira-kira jam 11.20 malam Ahad lalu.

“Bagaimanapun, keadaan bertukar tegang apabila seorang daripada rakan saya bercakap sesuatu yang kurang enak kepada dua pegawai penyiasat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang daripada tiga rakannya itu mengambil tindakan itu dan dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Selepas mengetahui dua pegawai itu membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan, saya tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong.

“Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut dan selepas siasatan dilakukan saya dibebaskan. Ini jelas membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Zaefrul, dia berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap kejadian yang menimpanya itu.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya menggunakan sindiket nikah palsu didalangi pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berkahwin, Zaefrul mendakwa dia tidak terbabit sama sekali.

“Tidak semua yang dipanggil untuk proses siasatan terbabit dalam sesuatu kes yang sedang disiasat itu. Saya hanya dipanggil menyalurkan maklumat kepada mereka.

“Saya harap penjelasan ini dapat membersihkan semula imej yang tercalar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan pembebasan ketiga-tiga lelaki termasuk Zaefrul yang ditahan pihaknya bagi membantu siasatan membabitkan kes ugutan terhadap dua pegawai SPRM.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelakon drama popular ditahan polis pada 19 Februari lalu selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.

Pelakon lelaki berusia 45 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet.

Beliau bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, supaya tidak meneruskan siasatan terhadapnya yang dilaporkan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua.

http://www.hmetro.com.my/articles/Inisemuasalahfaham/Article

Tujuh siswa iblis

KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.

Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.

Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.


“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.


Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.


Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.


“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.


Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tujuhsiswaiblis/Article/index_html

Kami akan mati di Libya: Saif

BEBERAPA kanak-kanak Libya menunjukkan tanda kejayaan ketika mereka berdiri di atas atas sebuah kereta perisai yang musnah di pangkalan tentera Al-Katiba  di Benghazi semalam. Benghazi jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari lalu.
BEBERAPA kanak-kanak Libya menunjukkan tanda kejayaan ketika mereka berdiri di atas atas sebuah kereta perisai yang musnah di pangkalan tentera Al-Katiba di Benghazi semalam. Benghazi jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari lalu.

ANKARA: Anak Muammar Gaddafi semalam berkata keluarganya akan tetap tinggal dan mati di Libya dan tidak akan membenarkan ‘sekumpulan kecil pengganas’ untuk mengambil alih kuasa negara itu.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh televisyen Turki semalam, Saif al-Islam ditanya sama ada keluarganya mempunyai ‘pelan B’ dalam menghadapi kekacauan yang semakin meruncing di Libya dan merancang meninggalkan negara itu.

“Kami mempuntyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Pelan A ialah menetap dan mati di Libya. Pelan B ialah menetap dan mati di Libya. Pelan C ialah menetap dan mati di Libya,” katanya sambil menunjukkan ke arah peta negara itu.

Wawancara itu dikendalikan oleh peneraju rancangan berita CNN Turkey, Cuneyt Ozdemir.

Cuneyt tiba di Tripoli dengan jet peribadi milik seorang ahli perniagaan Turki yang mempunyai banyak konrak binaan di Libya.

Saif berkata, keadaan di Libya berbeza dengan di Mesir dan Tunisia.

Menurutnya, dalam kes yang membabitkan Libya, kekacauan diketuai oleh kumpulan pengganas.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya berlaku serangan tembak curi atau serangan udara terhadap penunjuk perasaan di negaranya dan menegaskan, kawasan yang dibedil pesawat tentera udara Libya ialah ‘depoh peluru pengganas.’

“Laporan itu tidak benar. Kami tidak memerangi rakyat kami sendiri. Kami memerangi kumpulan pengganas,” katanya.

Beliau juga menafikan laporan kononnya bapanya akan membakar lapangan minyak Libya.

“Tidak!” katanya.

Menurutnya, seramai 242 orang terbunuh sejak kekacauan bermula dan ia membabitkan orang awam dan juga anggota tentera.

Bagaimanapun, Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata sebelum ini, laporan bahawa kira-kira 1,000 orang terbunuh boleh dipercayai.


Saif turut berkata, kebanyakan kawasan di negara itu kini tenang dan ia di bawah penguasaan kerajaan kecuali bandar Zawiya dan Misrata yang dikuasai kumpulan ‘pengganas.’

Beliau mendakwa kumpulan berkenaan mengisytiharkan bandar seperti Beyda dan Derne sebagai ‘Emiriah Islam.’ - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KamiakanmatidiLibya_Saif/Article/index_html

AS, Eropah rancang beku aset Gaddafi

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Eropah akan menimbang kemungkinan membekukan aset pemerintah Libya, Muammar Gaddafi ketika rejimnya bertindak kejam mematahkan tunjuk perasaan di Tripoli.

Jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley berkata sebelum ini, tindakan itu mungkin antara langkah yang akan diambil terhadap Gaddafi dan pegawai kanannya.


Sementara itu, kerajaan Switzerland mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ia sudah membekukan semua aset Gaddafi.

“Merujuk kepada perkembangan di Libya, Majlis Persekutuan memutuskan untuk membekukan serta-merta aset Gaddafi di Switzerland,” menurut kenyataan Kementerian Luar Switzerland.


Kementerian Luar Libya mengecam tindakan itu dengan berkata, Gaddafi tidak mempunyai sebarang akaun bank atau dana di negara Eropah berkenaan dan berikrar untuk menyaman kerajaan Switzerland. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AS_EropahrancangbekuasetGaddafi/Article/index_html

Pasangan biar anak mati kebuluran

TAIPEI: Pasangan rakyat Taiwan didakwa membiarkan bayi mereka mati kebuluran berikutan terlalu obses dengan permainan dalam talian hingga lupa untuk memberi makan bayi itu secara teratur, kata polis, semalam.

Bayi berusia setahun itu mempunyai berat empat kilogram atau separuh berat bayi seusianya ketika pasangan terbabit melaporkan kematiannya awal minggu ini.


Menurut akhbar harian Apple Daily, polis menemui bayi perempuan itu hanya tinggal tulang dan kulit dengan mata yang cengkung di katilnya bersebelahan skrin komputer dengan laman permaianan dalam talian masih terpasang. Pendakwa raya akan menyiasat mengenai punca kematian bayi itu dan akan memastikan sama ada ibu bapanya yang berusia awal 20-an itu bertanggungjawab atas kematian bayi malang itu.

Mereka menghadapi hukuman penjara dua tahun jika didapati bersalah atas dakwaan itu. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pasanganbiaranakmatikebuluran/Article/index_html

12 wanita maut lepas bersalin

JODHPUR, (India): Seramai 12 wanita maut sejurus selepas bersalin di sebuah hospital kerajaan di India dipercayai berpunca daripada pencemaran cecair titisan.

Tiga lagi wanita hamil yang menerima cecair intravenus di Hospital Umaid di bandar barat Jophur dimasukkan ke unit rawatan rapi. Kejadian kematian itu berlaku dalam tempoh 10 hari sejak 13 Februari lalu.


Penolong Superintendan polis Jodhpur, Jyoti Swaroop Sharma berkata, pihaknya sedang menyiasat pengilang dan pembekal cecair ubatan itu yang didakwa dicemari bakteria selepas diuji pihak hospital.

“Kami turut merampas 10,000 botol cecair berkenaan dari tiga lagi hospital kerajaan termasuk di Hospital Umaid,” kata Sharma. Hospital Umaid di wilayah Rajasthan itu turut dikecam tahun lalu selepas siasatan Persatuan Thalassaemia Marwar mendapati sejumlah kanak-kanak dijangkiti HIV dan hepatitis C selepas menjalni pemindahan darah yang sudah tercemar.

Lebih ramai wanita iaitu kira-kira 100,000 maut ketika hamil dan bersalin di India berbanding di negara lain di dunia setiap tahun mengikut Organisasi Kesihatan Dunia. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/12wanitamautlepasbersalin/Article/index_html

Indian state rocked by serial deaths of pregnant women

Indian Express

RAJASTHAN, Feb 25: It took 10 days and the death of 12 full-term pregnant women in Jodhpur in Indian state of Rajasthan before state health authorities woke up to suspect that all might have died after being administered “infected” intravenous “dextrose and ringer lactose” fluids. Five pregnant women are in a “serious condition,” doctors said.

Two foetuses have died in utero (before being born) while the other 10 survived — and these infants are said to be out of danger.

Following confirmation of lab reports in the Women and Child Wing of the state government Umaid Hospital — the largest in the city — that several batches of IV fluids manufactured by the same company were tainted, health officials have recalled all batches of these fluids, lodged an FIR against the manufacturer and issued a statewide alert against its use.

A three-member panel of doctors has been constituted to probe the deaths.

Umaid Hospital Superintendent N G Chaggani told The Indian Express that the first death occurred on February 13.

“All the women died after severe haemorrhaging and, for now, we believe the cause might be an infection after they were administered tainted IV fluids. An FIR has been lodged against Anshul Pharma, the local company that supplied the fluids,” Chaggani said. No one from the company was available for comment tonight.

Chaggani said the fluids were manufactured by Indore-based Parental Surgical India Ltd.

Chaggani added that it was inconclusive whether all the 12 deaths were caused by contaminated IV fluids.

“We are still waiting for some reports but cannot say with authority that infected IV fluids caused all the deaths. However, our lab reports show that several batches of five per cent dextrose and ringer lactose were indeed contaminated with gram negative and positive bacteria,” Chaggani said.

When asked why it took so long, Dr R K Asari, principal of S N Medical College, which is attached to the hospital, said: “We held a meeting on February 16 but didn’t zero in on the tainted fluids then. We sent some samples for testing and received confirmed reports of contamination on February 22.”

Despite 12 casualties, only one post mortem has been conducted. A senior official from Umaid Hospital said: “Though only one post mortem was conducted on February 18, its report so far is inconclusive and we are waiting for the viscera reports.”

Chief Minister Ashok Gehlot said today that he had spoken to all officials, including the Health Minister and hospital authorities. “A probe has been launched into this serious issue and those found guilty will be seriously punished,” Gehlot said.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2344:indian-state-rocked-by-serial-deaths-of-pregnant-women&catid=37:world&Itemid=59

Pegawai keselamatan mengaku curi wang penumpang

NEWARK (NEW JERSEY): Pegawai keselamatan pengangkutan di Lapangan Terbang Newark Liberty di New Jersey mengakui dia dan penyelianya kerap mencuri wang daripada beg penumpang kapal terbang ketika melakukan pemeriksaan keselamatan.

Pegawai Pentabiran Keselmatan Pengangkutan, Al Raimi dari Woodbridge mengaku bersalah, semalam di mahkamah persekutuan Newark kerana mencuri. Pendakwa raya berkata, Raimi mencuri wang tunai AS$10,000 hingga 30,000 (RM30,535 hingga 91,605) sejak hampir setahun daripada penumpang yang melalui kaunter pemeriksaan di bawah kawalannya.


Dia juga memberi sebahagian kecil wang kepada penyelianya, Michael Arato yang turut mengaku salah atas dakwaan berkaitan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegawaikeselamatanmengakucuriwangpenumpang/Article/index_html

FB makin popular

JEDDAH: Peningkatan pengguna laman sosial di Arab Saudi mendorong rakyat negara itu berkongsi pandangan bagi memerangi rasuah dan menggesa ketelusan pentadbiran dan hak wanita.

Laman Twitter dan Facebook (FB) bukan saja menjadi medium bagi rakyat Saudi menyokong warga Tunisia, Mesir dan Libya tetapi turut menyuarakan hak mereka.


Menurut kajian mengenai demografi Facebook di negara Timur Tengah dan Afrika Utara dilakukan Carrington Malin daripada Pusat Perhubungan Awam, pada 2010 terdapat 15 juta pengguna Facebook di rantau itu dengan separuh daripadanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka. Lima negara paling banyak menggunakan Facebook ialah Mesir, Maghribi, Tunisia, Arab Saudi dan emiriah Arab Bersatu. Negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Oman) mempunyai lima juta pengguna Facebook dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mewakili 45 peratus.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FBmakinpopular/Article/index_html

Wanita Saudi enggan naik teksi warga tempatan

JEDDAH: Pemandu teksi warga Arab Saudi terkejut kerana golongan wanita cuba mengelak daripada menaiki teksi mereka kerana bimbang dicabul. Kebanyakan wanita negara itu hanya akan menaiki teksi yang dipandu lelaki warga asing.

Sebilangan wanita diwawancara Arab News tidak menyembunyikan kebimbangan mereka.

Suri rumah, Wajida Abdullah berkata, dia lebih menggemari pemandu asing daripada pemandu tempatan.

“Pemandu teksi Saudi mengenakan bayaran yang tinggi. Pemandu warga asing akan memandu perlahan jika ditegur tetapi tidak dengan pemandu teksi Saudi yang tidak akan mempedulikan teguran,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WanitaSaudienggannaikteksiwargatempatan/Article/index_html

Pramugari makan gula-gula kandungi hashish

DUBAI: Seorang pramugari warga Jerman mendakwa dia ditawarkan gula-gula yang tanpa dikatahuinya mengandungi hashish.

“Saya tidak bersalah...saya tidak mengambil dadah dengan sengaja. Ia berlaku tanpa kesedaran dan diluar kawalan,” ujar pramugari berusia 24 tahun itu di mahkamah Dubai.


Dia didakwa mengambil dadah jenis hashish.

Sebelum itu, peguamnya Salem Al Sha'ali menegaskan bahawa anak guamnya tidak tahu gula-gula yang ditawarkan seorang lelaki India kepadanya mengandungi hashish. “Anak guam saya seharusnya melakukan pendakwaan bukan menjadi defendan. Dia yang melaporkan kejadian itu kepada polis. Apa yang sebenarnya berlaku, ketika pemandu anak guam saya menghantarnya ke sebuah hotel, dia bertemu dengan rakyat India itu yang menawarkan gula-gula kepadanya. Dia rasa pening selepas memakan gula-gula itu. Dia menelefon rakannya sebelum dinasihati rakannya itu supaya segera ke hospital,” kata Salem di hadapan hakim Mohammad Majed Mohammad.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pramugarimakangula-gulakandungihashish/Article/index_html


hash·ish

–noun
1.
the flowering tops and leaves of Indian hemp smoked, chewed, or drunk as a narcotic and intoxicant.
2.
the dried resinous exudate of the flowering tops of this plant, containing larger amounts of the active ingredient.

http://dictionary.reference.com/browse/hashish

7000 Orang Banjiri Maher Zain Live In Concert 2011

Sabtu Februari 26, 2011

SHAH ALAM: Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagimenyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, MaherZain, di sini, Jumaat.

Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 ini diadakan selama dua hariiaitu 25 dan 26 Februari khusus bagi peminat-peminatnya di Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Insha Allah ini dibawa oleh YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menyaksikan gabungan antaraMaher dengan 10 pemuzik profesional bertaraf antarabangsa.

Konsert dibuka dengan persembahan penyanyi nasyid terkenal Malaysia,Inteam, penyanyi nasyid Canada, Irfan Makki dan Mesut Kurtis dariMacedonia.

Maher yang muncul kira-kira setengah jam selepas pembukaan konsertpada pukul 9 malam itu memulakan persembahan lagu Allahuakhbar telahmendapat reaksi dan tepukkan gemuruh daripada para penonton.

Dalam persembahan lagu Insha Allah Maher membuat kejutan denganmenampilkan vokalis kumpulan Padi dari Indonesia, Fazly bagimenyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.

Pada konsert hampir dua jam itu, Maher menyanyikan 16 buah lagu hitdalam album Thank You Allah antaranya Barakallah, For The Rest of MyLife, Thank You Allah, Ya Nabi Salam Alaika dan Hold My Hand.

Sepanjang konsert berlangsung, kelihatan peminat-peminat Maher tidakputus-putus memberi reaksi positif dan memberi semangat dengan turutsama menyanyi lagu - lagunya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/2/26/mstar_hiburan/20110226131653&sec=mstar_hiburan

Pengemis raih simpati di masjid kena berkas


BEGINILAH keadaan beberapa pengemis warga asing apabila ditahan JKM Wilayah Persekutuan dalam operasi di Masjid Zaid Harithah di Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Tangisan kuat beserta air mata yang bercucuran tidak menjadikan kanak-kanak warga asing dengan ibunya yang mengemis di Masjid Zaid Harithah, Gombak dekat sini terselamat daripada tindakan penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Biarpun meronta-ronta untuk cuba melarikan diri ketika didatangi oleh pegawai JKM secara mengejut namun lima wanita berusia di antara 30 hingga 45 tahun dan empat kanak-kanak warga Myanmar itu berjaya dikawal dan ditahan atas kesalahan mengemis.

Malah ada antara mereka yang dilihat seperti cuba merayu kepada pegawai JKM meminta agar mereka dilepaskan dengan bahasa yang tidak fahami.

Menurut Timbalan Pengarah 2, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabar Puteh Mahadi, dalam operasi yang dinamakan Ops Masjid itu, pihaknya menerima aduan daripada jawatankuasa masjid tersebut mengenai kewujudan pengemis-pengemis asing yang meminta sedekah di situ sejak tiga bulan lalu terutama pada hari Jumaat.

Katanya, pengemis di situ bertindak agak agresif apabila ada dalam kalangan mereka yang cuba memaksa jemaah supaya memberikan mereka wang.

"Kesemua wanita yang mempunyai status UNHCR (Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian) itu akan ditempatkan selama 30 hari di Desa Bina Diri Kuala Kubu Bharu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Wanita mati terkejut diragut




JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangannya daripada diragut tiga lelaki warga asing berkecai apabila dia mati selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan anak lelakinya di Bandar Baru UDA di sini semalam.

Kejadian pukul 5.50 pagi itu menyebabkan seorang tukang cuci, R. Alamelu (gambar), 49, mati di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kematiannya lebih kepada rasa terkejut dengan kejadian itu.

Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang menunggang motosikal itu memberitahu, ketika kejadian, mereka telah didekati oleh dua buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki warga asing lalu cuba meragut beg tangan ibunya.

Bagaimanapun katanya, ibunya enggan melepaskan beg tersebut sebelum berlaku adegan tarik menarik.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Penduduk pertaruhkan nyawa


SEJUMLAH penunjuk perasaan mendengar khutbah Jumaat di Benghazi, Libya semalam.


BENGHAZI - Para penunjuk perasaan di ibu kota Libya, Tripoli mempertaruhkan nyawa mereka untuk menunaikan solat Jumaat semalam apabila mereka menjadi sasaran tembakan kumpulan yang setia kepada pemerintah, Muammar Gaddafi.

Pasukan keselamatan di Tripoli melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai yang meninggalkan beberapa masjid di sini selepas menunaikan solat Jumaat.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan bagi mengelakkan penunjuk perasaan berhimpun dengan tujuan mengadakan demonstrasi baru pada hari tersebut yang merupakan cuti umum di Libya.

Beberapa penduduk tempatan berkata, imam-imam di Tripoli dipaksa membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa yang antara lain menggesa orang ramai tidak melakukan hasutan.

Bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi, pasukan polis dan tentera dikerah berkawal di luar beberapa buah masjid sekitar Tripoli.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung dengan pemimpin Britain, Perancis dan Itali bagi mencari kata sepakat mengenai tindakan segera yang perlu dilakukan bagi menangani kekejaman rejim Gaddafi.

Britain dan Perancis sebelum ini meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menguatkuasakan sekatan di samping mendakwa anggota-anggota rejim Gaddafi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kira-kira lebih 1,000 orang maut dalam pertempuran melibatkan penunjuk perasaan dengan tentera upahan Gaddafi di Libya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Gaddafi umum insentif untuk rakyat


RIBUAN penunjuk perasaan anti-Muammar Gaddafi berhimpun di bandar Tobruk, Libya semalam.


TRIPOLI - Stesen televisyen Libya semalam mengumumkan setiap keluarga di negara itu akan menerima wang AS$400 (RM1,221) dalam usaha rejim Muammar Gaddafi mengekang bantahan meluas yang kini menyebabkan sebahagian besar negara tersebut jatuh ke tangan para penentang.

Stesen televisyen berkenaan turut menyatakan, sebahagian kakitangan sektor awam Libya akan menikmati kenaikan gaji sehingga 150 peratus.

Rejim Gaddafi kini menggunakan pendapatan hasil minyak negara untuk membeli sokongan rakyat selepas orang ramai bangkit menentang pemimpin itu.

Bantahan rakyat terhadap pemerintahan empat dekad Gaddafi yang memasuki hari ke-11 semalam, telah menyebabkan sebahagian besar timur negara itu jatuh ke tangan pihak penentang.

Pasukan militan dan mereka yang setia kepada Gaddafi kini bertempur di bandar-bandar berhampiran Tripoli, barat Libya bagi mengekang bantahan rakyat. - AFP


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Wajah penagih dadah bertukar hodoh


PEJABAT Syerif daerah Multnomah, Oregon mengeluarkan imej wajah seorang wanita yang berubah disebabkan pengambilan pil methamphetamine.


SALEM - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.

Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon.

Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004.

Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka.

Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.

Beberapa anggota polis yang terbabit dalam penerbitan klip video itu merakamkan wajah penagih-penagih baru yang pertama kali ditangkap.

Wajah-wajah mereka yang bertukar semakin hodoh dirakam semula beberapa bulan kemudian selepas mereka ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

"Saya mahu penonton dapat membayangkan bagaimana dadah memusnahkan kehidupan seseorang penagih," kata Timbalan Syerif Multnomah, Bret King, 45. - Agensi

a central nervous system stimulant, C 1 0 H 1 5 N, used clinically in the treatment of narcolepsy, hyperkinesia, and for blood pressure maintenance in hypotensive states: also widely used as an illicit drug.

http://dictionary.reference.com/browse/+methamphetamine

Calon BN terus bergelut dengan isu sijil akademik

Jimadie Shah Othman
Feb 26, 11
1:20pm

Calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya.

Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

Syed Ibrahim menepiskan isu tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'.

Katanya, oleh kerana tiada isu besar yang di kawasan itu, maka isu itu ditimbulkan di Kerdau.

Sementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis.

Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya.

'2Malaysia'

"(Strategi saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum lebar.

Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti.

BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada slogan 1Malaysia.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.

Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter.

Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang.

Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya.

Tiada insiden tidak diingi berlaku.


http://malaysiakini.com/news/157099

Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, Kerdau

Feb 26, 11 8:48am

NONE11.40am: Penyokong dari kedua-dua kem BN dan PAS di kawasan Merlimau dan Kerdau mula bersurai.

Tempoh kempen selama lapan hari untuk kedua-dua pilihan raya kecil ini secara rasminya bermula.

Tarikh pengundian bagi kedua-duanya ditetapkan pada Ahad, 6 Mac.

11.35am Merlimau: Tiga bantahan telah dikemukakan Dua dairpada BN dan satu daripada PAS.

PAS telah mengemukakan berhubung perletakan jawatan calon BN Roslan Ahmad daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Setiausaha agung PAS Mustafa Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat perletakan jawatan.

BN pula telah mengemukakan bantahan berhubung alamat calon PAS dan juga berhubung pendaftaran pengundinya.

NONEMustafa juga berkata, setahunya, tiada bantahan dikemukakan ke atas calon PAS.

Calon PAS Yuhaizad Abdullah berkata mesejnya kepada pengundi: Rakyat tetap berada di hatinya.

Sementara itu, calon BN Roslan Ahmad pula berkata, beliau mengakui bahawa peluang kemenangannya banyak dipengaruhi latar belakang politik keluarganya.

Katanya, beliau tidak kisah dengan kelebihan berdasarkan latar belakangnya itu. Bagaimanapun, Roslan berkata beliau mempunyai kelebihan dan kemampuannya sendiri.

Tambahnya, beliau yakin akan namun enggan mendedahkan anggaran majoriti yang bakal diraih olehnya.

NONE11.30am Kerdau: Pengumuman oleh SPR disambut ucapan takbir oleh pemimpin Pakatan dan 1Malaysia oleh BN. Ketika BN melaungkan 1Malaysia, pemimpin Pakatan berjenaka dengan menunjukkan isyarat jari nombor dua. Ia disambut dengan senyuman oleh kira-kira 50 pemberita dan jurugambar.

11.28am Kerdau SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salim dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Satu bantahan telah dikemukakan tetapi ditolak SPR.

11.26am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tiga bantahan diterima namun kedua-dua pencalonan diterima.

NONEBeliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad Abdullah (PAS) bagi pilihan raya kecil ini.

11.02am Merlimau: Sekumpulan enam individu yang mewakili 106 persatuan Cina tempatan dilihat berada di luar pusat penamaan calon. Kumpulan itu menunggu untuk menyerahkan satu rayuan kepada calon PAS dan BN.

11am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff juga mengumumkan proses bantahan tamat.

11am Kerdau:
Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh bantahan berakhir. Difahamkan tiada bantahan telah dikemukakan.

10.51am Kerdau: Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan lawatan mereka ke seluruh negara bermula bulan depan.

NONELawatan itu akan bermula ke Sarawak yang akan melangsungkan pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan, katanya kepada wartawan di sini.

Menurutnya lagi, Najib dan Muhyiddin akan mengunjungi dua negeri setiap bulan. Siri kunjungan ini diharap akan dapat diselesaikan menjelang September, kata Hishammuddin lagi.

Mengulas rancangan Human Rights Party untuk mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur esok, menteri dalam negeri itu berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menangani isu berkenaan.

10.40am: Kumpulan penyokong yang berkumpul di luar kawasan penamaan calon di Kerdau dan Merlimau dilihat semakin tidak bermaya dalam cuaca panas terik di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

NONE10.26am Merlimau: Ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkunjung ke khemah yang dikhaskan untuk pemimpin PAS di pusat penamaan itu sementara menunggu tempoh bantahan berakhir.

Dengan berjenaka, Wee berkata beliau hadir ke situ untuk "mengacau" pemimpin PAS itu.

Jenakanya itu disambut oleh ketua angkatan muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Wee untuk menjaga kem PAS, sementara beliau pergi menjaga kem BN.

10.12am Merlimau:Ketua pemuda DAP Anthony Loke berkata sesetengah penduduk kampung Melayu takut kepada Pakatan akibat usaha yang didakwa dijalankan BN.

Beliau mendakwa, penduduk kampung itu diberitahu bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaaan, orang Cina akan memerintah dan kedudukan orang Melayu akan terjejas.

Di Merlimau, DAP telah berusaha memasuki kawasan kampung Melayu bersama PAS dalam usaha menjelaskan kedudukan mereka, katanya lagi.

NONEDalam pada itu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.

Katanya lagi, BN berharap supaya pengundi Merlimau tidak terpengaruh dengan usaha itu. BN juga berharap untuk meningkatkan majoriti di kawasan itu.

BN kehilangan kira-kira 3,000 undi pada 2008 bagi kawasan itu berbanding kira-kira 5,000 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2004.

NONE10.10am Merlimau: Kumpulan penyokong BN kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000 orang.

Kumpulan penyokong PAS itu akan melaungkan 'rasuah' setiap kali melihat individu daripada kelompok penyokong BN memasuki kawasan pusat penamaan calon.

10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan bermula.

Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang mengemukakan borang pencalonan merek bagi pilihan raya kecil kawasan ini.

NONE10am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan diterima setakat ini.

9.52am Merlimau: Naib presiden PAS Nasharudin Md Isa berkata kempen parti itu akan menggabungkan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.

Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan satu latihan yang baik kepada jentera Pakatan dan PAS dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

NONEBekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.

Katanya, beliau telah diajukan soalan berhubung isu melibatkan kerajaan persekutuan ketika mengunjungi satu kawasan Melayu pada malam tadi.

9.50am Kerdau: penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada penyokong PAS.

ketika ditemui di sini, naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.

Tuan Ibrahim berkata BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.

Sementara itu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata tidak mustahil calon PAS akan menang kerana generasi muda, termasuk di kawasan Felda semakin bermaklumat dan sedar.

9.45am Kerdau: Penyokong BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama lain.

Sementara penyokong PAS pula menyanyikan lagu 'duit duit, di mananya duit? Di sana, di sana' .

NONE9.45am Merlimau: Polis menghadkan jumlah ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai SPR.

Polis tidak benarkan ahli parti yang sudahpun berada dalam dewan, untuk keluar membawa pas masuk untuk mereka yang lewat tiba.

Jenice yang tiba jam 9.15 pagi dan tidak dibenarkan masuk ke dewan, mendakwa DAP telah memohon 20 pas masuk dan dia ditugaskan oleh parti untuk berada di dalam dewan.

NONEBagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu sudah habis.

"Saya hadir di banyak pilihan raya kecil. Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

9.26am: Kerdau: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, siap mengisi borang pencalonan. Beliau dan calon PAS Hassanuddin Salim kemudiannya bergambar untuk jurufoto sambil berjabat tangan.

Kedua-dua calon serta pencadang dan penyokong masing-masing bersarapan di meja yang sama, sementara menunggu tempoh penamaan calon tamat.

NONE9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.

"Kemenangan besar (di Merlimau) akan menunjukkan penerimaan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Minister Mohd Ali Rustam," katanya.

Sementara itu, jurufoto sibuk mengambil gambar seekor kucing yang dipakaikan baju-T BN.

9.16am Kerdau: Hassanuddin Salim siap mengisi borang penamaan calon di hadapan pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad sedang mengisi borang penamaan calon.

NONE9.04am Merlimau: Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat penamaan calon.

9am Merlimau: Calon PAS Yuhaizad Abdullah (kiri) telahpun berada di pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonannya.

9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan calon bermula.

NONE8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau: Penyokong BN berkumpul di Stadium Temerloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palanivel.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

NONE8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka turut melaungkan 'hidup Islam' dan 'hancur rejim'. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

NONE8.30am Merlimau: Penyokong PAS seramai 5,000 orang berkumpul dengan membawa bendera parti dan juga poster, antaranya dengan slogan 'YB mati Merlimau maju', 'Apco Israel bahaya' dan 'Justice for Beng Hock.'

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

NONE8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

NONE7.30am Kerdau: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.


http://malaysiakini.com/news/157082

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...