

Katanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."
Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.
Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen."Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."
Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
'Tak benar SPR tak ada kuasa'
Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.
Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".
Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.
Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.
Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.
"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.
Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.
Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'
Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.
Mengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa
orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.
Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.
Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.
Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.
http://malaysiakini.com/news/171421


Mangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.
"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.
Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.


“Kita tidak melabelkan sesiapa.
PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami berharap kerajaan Perlis akan turut menjemput kami bersama-sama berdialog dalam isu ini kerana kami juga merupakan pihak yang dituduh (sebagai Wahabi)," kata pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).

"Kalau sekarang kita tidak tahu berapa jumlah pekerja asing yang ada dan ada pula agenda tertentu yang sehingga kini polis dapat pantau dan bendung, tapi pada masa depan jumlah bertambah tanpa diketahui dan boleh menjejaskan keselamatan negara, ketika itu sudah terlambat," katanya di ibunegara.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Romah Mansor enggan melayan dakwaan beliau membeli cincin berharga lebih RM24 juta sebagaimana yang didedahkan oleh beberapa blogger.
Selepas perhimpunan bersama penduduk dari Bandar Kuantan pada 20hb Mac 2011 yang lalu, sambutan cukup menggalakkan sehingga pada hari yang sama, 1500 tandatangan berjaya dikumpul dalam masa 2 jam sahaja dan diikuti dengan perhimpunan rakyat khususnya dari Kuantan di Parlimen kemudiannya sebagai bantahan kepada hasrat Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan untuk membenarkan Lynas daripada mula beroperasi pada bulan September atau November tahun ini di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan di mana terletaknya juga kepentingan pelaburan lain kepada negara seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals, syarikat Petro-Kimia yang besar di pantai timur negara dengan pelaburan yang hampir mencecah ratusan juta ringgit.
Saya ragu-ragu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) yang pastinya duduk di bawah telunjuk Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelaburan Lynas sebanyak itu dan potensi keuntungan tinggi kepada ekonomi negara khususnya kepada SEZ ECER akan berpihak kepada rakyat Kuantan dan Kemaman khususnya untuk tidak membenarkan Lynas beroperasi walaupun kajian semula sedang dilakukan selama sebulan oleh panel yang dikatakan bebas dengan dibantu oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Lebih-lebih lagi, kenyataan wakil syarikat Lynas yang cukup yakin bahawa panel bebas itu akan berpihak kepada mereka.
KUANTAN, 21 Julai: "Di negara mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan."
Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22 Februari 2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta.
Ke empat-empat isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.
