Monday, December 20, 2010

Minda: Petunjuk awal kanser perut

NORA, 47, berasa sangat sakit di perut sejak enam bulan lepas. Dia percaya ia hanya masalah ‘angin’ tetapi sejak kebelakangan ini minyak angin yang menjadi penawar selama ini tidak melegakan sakitnya.

Gary, 53, pula sering mengadu gastrik sejak sebulan lepas. Apabila dia ke klinik, doktor memberitahunya mengalami gastritis dan mengesyorkan ubat untuk melegakan sakit itu. Doktor menasihatkannya supaya makan mengikut masa.

“Tetapi saya tidak faham,” kata Gary. “Saya makan mengikut masa.”

Ia mungkin sukar untuk percaya, tetapi simptom pada Nora dan Gary mungkin penunjuk awal masalah yang lebih besar - kanser perut.

Dr Ramesh Gurunathan, seorang pakar bedah Gastrousus di Pusat Perubatan Sunway, menyatakan kes kanser perut berlaku pada kadar berganda di Malaysia berbanding 700 kes pada 1997 walaupun kes kanser ini berkurangan di seluruh dunia.

“Ini sesuatu yang membimbangkan,” katanya di Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, baru-baru ini.

Kanser perut adalah kanser ketujuh paling lazim di kalangan lelaki Malaysia dan kesepuluh paling lazim pada wanita.

Dr Gurunathan berkata, ramai rakyat Malaysia bagaimanapun masih tidak sedar masalah sebenar di sebalik simptom ini. Ini kerana mereka sering menganggapnya sebagai sakit perut biasa disebabkan tidak makan mengikut waktu atau amalan pemakanan kurang baik.

Beliau berkata, pesakit di peringkat pertama atau peringkat kedua kanser perut mungkin mengalami simptom berikut yang lazimnya tidak banyak berbeza daripada sakit perut biasa:

  • Senak perut atau rasa kurang selesa di perut.
  • Perut macam ada angin, terutama selepas makan.
  • Cepat kenyang, walaupun makan sedikit saja.
  • Pedih hulu hati.
  • Rasa mual.

    Bagaimanapun, katanya, ramai mengalami sebahagian saja simptom ini di peringkat awal. Simptom di peringkat lanjut kanser adalah lebih ketara, seperti najis berwarna hitam yang menunjukkan pendarahan di perut, kehilangan berat badan, hilang selera, rasa letih, sering muntah atau muntah darah.

    “Malangnya, simptom ekstrem inilah yang memaksa pesakit untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” kata Dr Gurunathan.

    “Ketika itu ia mungkin terlalu lewat.”

    Punca sebenar kanser perut masih tidak diketahui, tetapi terdapat faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser.

    Kajian menunjukkan kehadiran bakteria Helicobacter Pylori atau H Pylori, dalam 70 hingga 90 peratus daripada pesakit dengan kanser perut.

    Bakteria ini boleh bertindak sebagai kaseinogen yang akhirnya boleh menyebabkan kanser perut, kata Dr Ragunathan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna semua yang dijangkiti akan menghidap kanser.

    Beliau menunjukkan satu penemuan menarik daripada penyelidikan yang dijalankan di Malaysia iaitu lebih ramai masyarakat India dijangkiti H Pylori berbanding masyarakat Cina, tetapi lebih ramai kaum Cina menghidap kanser perut.

    Dr Gurunathan berkata, simptom awal jangkitan H Pylori hampir sama dengan kanser perut dan adakalanya pesakit dirawat menggunakan ubat saja.

    “Tetapi jika simptom sama berulang walaupun selepas mengambil ubat, anda perlu ke hospital dan jalani pemeriksaan,” kata beliau.

    Ujian darah biasa boleh menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti H Pylori. Rawatan mungkin semudah satu dos antibiotik selama seminggu, katanya.
    Bolehkah jangkitan berulang? Mungkin, kata doktor, tetapi kemungkinannya sangat kecil.

    Kajian menunjukkan asal-usul etnik dan genetik juga memainkan peranan ketara dalam menentukan siapa lebih berkemungkinan menghidap kanser.

    Statistik 2006 Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61.7 peratus daripada pesakit kanser perut, diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).

    “Kami cuba mencari kaitan antara jenis diet yang eksklusif kepada setiap kumpulan etnik itu dan kemungkinan faktor lain, tetapi memandangkan pengaruh antara budaya di Malaysia, keputusannya tidak jelas,” katanya.

    Pada masa sama, makanan mentah yang mengambil masa lama untuk dicerna boleh meningkatkan risiko kanser. Penemuan ini mempertikai kepercayaan segelintir pakar kesihatan yang menggalakkan makanan mentah sebagai alternatif lebih sihat kepada makanan yang dimasak.

    “Makanan mentah dikatakan antara sebab mengapa negara seperti Jepun menyaksikan kejadian kanser lebih tinggi,” kata Dr Gurunathan.

    “Saya tidak berkata anda tidak langsung boleh makan sushi, tetapi mungkin boleh dihadkan kepada sekali setiap bulan.”

    Selain itu, makanan yang digarami, disalai, dijeruk atau makanan diawet yang lazim di negara seperti China, Korea dan Jepun juga dikaitkan dengan risiko lebih tinggi bagi kanser perut.

    Obesiti, penuaan dan tabiat buruk seperti merokok dan ketagihan alkohol juga dikatakan sebagai menyumbang kepada kanser perut.

    Di Jepun, di mana insiden kanser perut sangat tinggi, imbasan dijalankan bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

    “Bagaimanapun, ia tidak mungkin dapat dilakukan di Malaysia kerana kadar kejadian tidak setinggi seperti di Jepun selain ia tidak berkesan dari segi kos,” kata Dr Gurunathan.

    Beliau berkata, kanser perut boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Kaedah ini menggunakan satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke ruang dalam perut menerusi mulut.

    Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa secara visual dan diambil sampel tisu di tempat yang disyaki untuk menentukan kehadiran sel barah, jika ada.

    Beliau berkata, di hospital kerajaan, pemeriksaan menggunakan endoskopi ini dijalankan pada harga murah iaitu RM20 kerana kosnya disubsidi kerajaan.
    Bagaimanapun, katanya, selepas itu doktor mungkin hanya mahu merawatnya dengan ubat-ubatan saja.

    Oleh itu, katanya, jika pesakit itu berusia lebih 45 tahun, mempunyai kanser perut dalam sejarah keluarga dan mengalami simptom itu untuk satu tempoh, mereka harus memaklumkan perkara ini kepada doktor dan bertanya: “Haruskah saya menjalani endoskopi?”

    Jika kanser perut dikesan sementara ia masih di peringkat pertama, pembedahan mungkin tidak perlu untuk mengeluarkan ketumbuhan.

    “Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskopi dan bagi peringkat kedua, satu pembedahan dikenali sebagai gastrostomi mungkin perlu,” kata Dr Gurunathan.
    Prosedur ini membabitkan pembuangan separuh hingga keseluruhan perut bergantung kepada kedudukan ketumbuhan. Ini mungkin disusuli rawatan kemoterapi atau radioterapi.

    Bolehkah seseorang hidup tanpa perut? Jangan terkejut, doktor berkata boleh.
    “Mereka masih boleh menikmati kehidupan agak baik. Satu-satunya masalah ialah mereka mungkin terpaksa makan sedikit-sedikit, enam atau tujuh kali sehari,” katanya.

    Bagaimanapun, peringkat tiga dan empat mungkin sukar untuk dirawat, katanya.
    “Rawatan bagi mereka ini lebih kepada penjagaan paliatif, radioterapi dan kemoterapi. Jadi jalani pemeriksaan awal jika anda mengesyaki sesuatu tidak kena. Ia boleh dirawat jika dapat dikesan awal,” katanya. - Bernama.

  • http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Petunjukawalkanserperut/Article/index_html
  • Halang tabiat suami pelik

    Oleh Faizatul Farlin
    farushkhan@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Isteri yang terpaksa berhadapan dengan selera seks suami pelik sehingga mendatangkan kemudaratan, boleh mendapatkan perintah injuksi daripada mahkamah syariah untuk menghalang suami daripada menyetubuhi mereka sehingga dia berubah dan kembali normal.

    Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (gambar) berkata, isteri yang dianiayai suami masing-masing, mempunyai beberapa pilihan yang boleh dimohon melalui mahkamah syariah sekiranya mereka diperlakukan dengan ganas atau dilayan secara tidak sepatutnya oleh pasangan masing-masing.


    Beliau berkata, bagi isteri yang mahukan perceraian, mereka boleh membuat permohonan fasakh kerana perlakuan suami itu jelas menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan mereka.

    “Manakala bagi yang masih sayangkan perkahwinannya dan tidak mahu bercerai, ada beberapa pilihan yang boleh diambil seperti mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang suami daripada menyetubuhi mereka sehingga suami pulih daripada perlakuan ganasnya.


    “Pasangan itu juga boleh memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui kaunseling di pejabat agama demi memulihkan kembali hubungan suami isteri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


    Mohd Zaidi berkata, kes perceraian akibat perlakuan seks ganas suami yang dibawa ke mahkamah syariah memang banyak tetapi ia selalunya hanya terbongkar ketika permohonan bagi kes perceraian dibuat.

    Katanya, jika sudah dicerai pula, sikap buruk segelintir suami itu juga sering dibangkitkan isteri ketika hendak membuat permohonan mutaah bagi mendapatkan keadilan.


    Harian Metro semalam melaporkan penyeksaan fizikal dan batin yang terpaksa ditanggung seorang isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 26, yang tidak tahan dengan perlakuan seks suaminya seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

    Ada kalanya Niza diikat di katil dan dipukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya malah pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluannya untuk mendapat rangsangan seks.


    Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.


    Walaupun kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, ia tidak pernah bertahan lama sehingga Niza mahu meminta cerai tetapi dinasihatkan keluarga untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati suaminya.


    Berikutan masih sayangkan isteri, suaminya tidak membantah malah bersedia mendapatkan rawatan bagi menyelamatkan rumah tangga selain membuang tabiat buruknya yang gemar menonton filem lucah ganas dan pelik serta bersikap normal dengan isteri ketika bersama.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Halangtabiatsuamipelik/Article/index_html

    Bapa mahu hukuman pesalah juvana dipinda

    BATU PAHAT: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Siti Mazni, 14, yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lalu, meminta kerajaan meminda hukuman pesalah juvana bagi mengelak kejadian sama berulang.

    Abdul Rahman Hassan, 40, berkata remaja berusia bawah 18 tahun ketika ini dilindungi Akta Kanak-Kanak menyebabkan pesalah juvana dikecualikan daripada hukuman berat seperti gantung sampai mati.


    “Bagaimanapun, jika pesalah juvana terus dikecualikan hukuman berat terutama apabila melakukan kesalahan serius seperti membunuh dan merogol, tidak wajar pengecualian itu diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

    Mengulas pembunuhan itu, Abdul Rahman berkata, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi masih sukar menerima cara kematian Siti.


    “Saya minta pelakunya dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan supaya kejadian sama tidak berulang.


    “Sebelum ini, hanya mereka berusia di atas 18 tahun dikenakan hukuman berat menyebabkan ada remaja jadi tidak bertanggungjawab kerana sedar hukuman tidak setimpal.

    “Ketika ini, remaja bawah 18 tahun jika masuk ke rumah dan bunuh orang, semuanya berfikir akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, tetapi jika mereka dijatuhkan hukuman berat, mereka akan takut melakukan jenayah,” katanya.


    Abdul Rahman yang terlalu sedih menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapamahuhukumanpesalahjuvanadipinda/Article/index_html

    Siti Mazni dikelar di leher, ditikam 3 kali

    BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, Jumaat lalu, dikelar di leher dan ditikam tiga kali di bahagian depan badan.

    Pendedahan itu dibuat bapa Siti, Abdul Rahman Hassan, 40, kepada Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga Johor, Dr Robiah Kosai yang melawat rumahnya semalam.


    “Hasil bedah siasat mendapati kesan kelar di leher selain tiga luka dipercayai kesan tikaman di depan badannya.

    “Bagaimanapun, saya tidak tahu maklumat lanjut kerana sibuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.


    Siti yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra dilaporkan hilang selepas bertemu rakan, Rabu lalu. Mayatnya ditemui tertiarap dan berlumuran darah serta disembunyikan di bawah himpunan pelepah sawit di kebun kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya.


    Kakak angkat arwah, Haizatul Farhalena M Azman, 16, berkata dia terkejut kerana petang Rabu lalu, sebelum kejadian, dia terserempak mangsa di kawasan berhampiran.

    “Bagaimanapun, kami hanya berbalas senyuman, ketika itu Siti memakai baju-T merah jambu, pakaian sama ketika mayatnya ditemui polis.


    “Saya tidak sangka kejadian tragis ini akan berlaku. Sepanjang perkenalan, dia periang serta sentiasa tersenyum,” katanya.

    Rakan arwah, Haizatul Alia Selamat, 14, berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan berkaitan kematian Siti.


    “Di kalangan rakan, kami tahu arwah dan seorang daripada suspek berkawan rapat, namun kami dapati sejak kebelakangan ini persahabatan mereka sedikit renggang,” katanya.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa raya tidak lama lagi.


    “Kami menganggap kes selesai dengan penahanan dua suspek Jumaat lalu serta penemuan mayat, bagaimanapun, kami belum memastikan punca kematian kerana masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SitiMaznidikelardileher_ditikam3kali/Article/index_html

    Tubuh akta kawal sihir

    KUALA LUMPUR: Penggunaan sihir atau ilmu hitam yang berleluasa di negara ini sewajarnya mendorong pihak berkuasa mengkaji keperluan penubuhan akta baru yang bertujuan mengawal perbuatan itu bagi memberi pembelaan sewajarnya kepada mangsa.

    Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata bagaimanapun sejauh mana keberkesanan dan kesan daripada akta itu perlu diteliti secara mendalam supaya tidak ada pihak teraniaya. “Menggubal akta tidak susah, tetapi sejauh mana keberkesanan dan kesan akta itu perlu diteliti supaya tidak ada pihak teraniaya selepas hukuman dijatuhkan berikutan bukti dikemukakan di mahkamah tidak memihak si mangsa.


    “Dalam semua peruntukan akta jenayah termasuk undang-undang Islam, pertuduhan ke atas tertuduh perlu berasas dan dibuktikan melalui perbuatan seperti peralatan dan barangan yang digunakan untuk menghantar sihir terbabit,” katanya ketika dihubungi.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tubuhaktakawalsihir/Article/index_html

    Laporan tak terhad di balai

    PASANG...Arjunaidi memasang plak komuniti kepolisan di rumah wakil penduduk di Taman Damansara Utama, semalam.
    PASANG...Arjunaidi memasang plak komuniti kepolisan di rumah wakil penduduk di Taman Damansara Utama, semalam.

    PETALING JAYA: Laporan polis kini lebih mudah dibuat kerana mana-mana anggota polis yang tiba di tempat kejadian boleh mengambil laporan dibuat mangsa jenayah.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata biarpun kaedah ini sudah lama dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), masih ramai beranggapan semua laporan hanya boleh dibuat di balai polis.


    “Anggota polis pertama yang sampai ke tempat kejadian boleh menerima laporan mangsa dan pegawai penyiasat akan datang ke tempat kejadian untuk membuat siasatan lanjut.

    “Ini bagi memudahkan orang ramai terutama mangsa, mereka mungkin trauma dengan kejadian yang berlaku dan mengambil masa agak lama untuk ke balai bagi membuat laporan serta memberi keterangan,” katanya selepas merasmikan Sektor Rukun Tetangga Zon C, Taman Damansara Utama, di sini, semalam.


    Katanya, banyak usaha dan kaedah sudah dilakukan polis dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai, lebih penting sekarang kerjasama masyarakat bagi mencegah serta mengurangkan jenayah.


    Menurutnya, hasil kerjasama antara masyarakat dengan polis, setakat ini kadar jenayah di Petaling Jaya bagi tempoh Januari hingga pertengahan Disember tahun ini turun sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Laporantakterhaddibalai/Article/index_html

    ‘Kami tak tahu Ain hamil’

    Oleh Salman Hamat
    salman@hmetro.com.my

    JOHOR BAHRU: “Kami sekeluarga langsung tidak tahu Ain hamil dan terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa kandungannya yang berusia enam bulan, mati kerana kecederaan dialami akibat ditikam.

    “Kami juga sudah menguruskan pengebumian janin cukup sifat itu di sebuah tanah perkuburan di bandar raya ini Jumaat lalu,” kata Marlina Jemedi, 30, ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.


    Kakak kepada mangsa tikam dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin, 17, itu berkata doktor mengesahkan janin itu meninggal dunia dalam kandungan berikutan kecederaan dialami pada rahim ibunya akibat kesan tikaman. Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, Ain tidak pernah memaklumkan bahawa dia hamil malah keluarga juga tidak mengesyaki remaja itu mengandung berikutan dia tidak menunjukkan sebarang tanda seperti wanita berbadan dua yang lain.

    “Janin berkenaan dikeluarkan melalui pembedahan pada hari kejadian,” katanya yang enggan mengulas apabila ditanya berkaitan kandungan Ain dan menyerahkannya kepada polis untuk melakukan siasatan.


    Menurutnya, Ain sudah bertunang dengan seorang lelaki berusia 20-an April lalu dan mereka sekeluarga merestui pilihannya itu.


    “Sebelum ini kami hanya menguruskan hal pertunangan tetapi belum berbincang mengenai perkahwinan kerana mahu memberi masa kepada Ain dan tunangnya membiasakan diri,” katanya.

    Menurut Marlina, sejak dimasukkan ke wad, tunang adiknya itu serta keluarganya sentiasa berada di sisi Ain.


    Ditanya keadaan terkini Ain, Marlina berkata, adiknya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) HSI dan sudah sedarkan diri serta menunjukkan perkembangan positif.

    “Paling menggembirakan, Ain bertindak balas apabila ditanya dan menggerakkan tangan serta kaki. Kami bersyukur dengan keadaannya itu.


    “Setiap kali memberi salam atau ditanya soalan, dia menganggukkan kepala sebagai tanda untuk berkomunikasi. Ain juga kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu dengan cuba membuka mulut tetapi terbatas berikutan lidahnya turut melecur terkena asid,” katanya.


    Mangsa dijangka menjalani pembedahan membuang sel kulit mati di HSI pagi ini (20 Disember 2010) selain pembedahan susulan mengambil kulit gantian di belakang badan.


    Bagaimanapun, prosedur menampal kulit gantian itu bergantung kepada keadaan mangsa dan jika tidak mengizinkan, ia akan ditangguh ke tarikh lain.


    Dalam kejadian Khamis lalu, Ain cedera parah di badan akibat ditikam 19 kali oleh lelaki berusia 42 tahun yang dikenalinya dalam kejadian di rumah mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram.


    Selepas menikam Ain dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suspek mencurah asid di badan remaja itu sebelum dia menyerah diri ke Balai Polis Ulu Tiram.

    http://www.hmetro.com.my/articles/2010122002411020101220024110/Article

    5 polis derita santau

    5 polis derita santau

    Oleh Asmah Rusman dan Hamizah Badiran
    am@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Risiko sebagai anggota polis bukan sekadar ancaman maut melalui senjata moden, tetapi turut diserang melalui cara mistik oleh penjenayah yang menyimpan dendam kesumat apabila kegiatan mereka ditumpaskan.

    Itu terpaksa ditempuhi seorang anggota polis hanya mahu dikenali sebagai Hafis dan empat rakan sekerjanya yang kini menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.


    Menurut Hafis, 23, akibat perbuatan itu seorang daripada rakannya paling teruk menderita apabila ditujukan santau katak puru hingga menyebabkan perutnya membesar seperti wanita mengandung dan keras seolah-olah diisi pasir dan batu.

    “Saya dan tiga rakan lain mengalami nasib sama, namun cara santau yang digunakan berbeza. Kata bomoh, kami berempat ditujukan santau angin yang menyebabkan kami sakit perut.


    “Orang yang menghantar santau itu menggunakan objek seperti paku, jarum, rambut dan tulang babi hutan sebagai ramuan racun yang dimasukkan ke dalam makanan kami.


    “Kami dinasihatkan supaya tidak makan di restoran kegemaran kerana racun santau itu ditujukan terus ke situ. Bukan sekadar melalui makanan, malah racun santau juga akan ‘melekat’ pada badan kami setiap kali kami datang ke restoran berkenaan,” katanya.

    Hafis berkata, mereka berlima menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional selepas doktor gagal mengesan punca mereka sakit perut dan kerap demam.


    Menurutnya, kejadian itu mula mereka sedari awal bulan lalu apabila seorang rakan terbabit memberitahu dia menerima SMS amaran berbunyi ‘siaplah korang, salah satu jarum akan kena pada kau dan kawan-kawan kau yang lain...tunggu je lah hari mati korang’.

    “SMS itu dihantar seorang daripada suspek sindiket mencuri motosikal yang saya dan rakan-rakan tumpaskan Mei lalu dan dia kini masih dalam proses pengadilan.


    “Namun, saya tak ambil berat sangat mengenai SMS itu kerana hal ugut-mengugut dan amaran sudah lumrah dalam kerjaya kami,” katanya.


    Bagaimanapun, kata Hafis, telahannya meleset apabila selang seminggu kemudian, dia menerima khabar seorang rakannya yang terbabit dalam usaha melumpuhkan sindiket mencuri motosikal itu sakit teruk akibat penyakit misteri.


    “Bomoh mengatakan penyakit itu ada kaitan dengan seekor katak puru yang diletakkan dalam kawasan rumahnya dan haiwan itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memastikan ilmu hitam yang ditujukan kepada mangsa lebih berkesan.


    “Lebih menakutkan, bomoh berkenaan memberitahu jika katak itu tidak ditemui, kawan saya itu sukar dipulihkan dan akan menemui ajal perlahan-lahan,” katanya.


    Hafis berkata, bimbang keadaan rakannya itu, mereka mencari katak dimaksudkan sepanjang malam sehingga ia ditemui di bawah tangga rumah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.


    Dia mendakwa, mereka bernasib baik kerana katak puru itu ditemui awal kerana keadaannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan menandakan rakannya mungkin menemui ajal pada bila-bila masa.


    Sebelum itu, Hafis berkata, anak rakannya pernah bercerita mengenai beberapa kejadian pelik berlaku di rumahnya seperti mendengar seseorang mengorek tanah dan menanam sesuatu di luar rumah.


    “Selepas rakan pertama itu menderita sakit perut, saya dan tiga rakan lain pula mengalami masalah sama. Kami pergi ke hospital, tapi doktor tidak dapat mengesan punca penyakit kami.


    “Kami terpaksa merujuk pengamal perubatan alternatif dan kami dimaklumkan perut kami sakit disebabkan perbuatan khianat,” katanya. Hafis berkata, walaupun lebih sebulan kejadian itu berlaku, dia dan rakan-rakan belum sembuh sepenuhnya kerana bisa akibat cucukan daripada barangan kotor yang dihantar itu belum dikeluarkan sepenuhnya.

    http://www.hmetro.com.my/articles/5polisderitasantau/Article

    27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

    KEMALANGAN MAUT...Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.


    Isnin Disember 20, 2010

    IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

    Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

    Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

    Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

    Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

    Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

    Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

    http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/20/mstar_jenayah/20101220143635&sec=mstar_jenayah

    Guan Eng mahu saman Utusan

    Guan Eng mahu saman Utusan

    Dis 20, 10 3:29pm

    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.

    NONESetiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan mendakwa akhbar milik Umno itu banyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan Maulud Nabi, perobohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.

    "Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak menjawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk memfailkan saman malu di mahkamah demi kebenaran dan keadilan," kata Cheong.

    Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.

    Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

    NONE"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

    "Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.

    http://malaysiakini.com/news/151264

    Tiada nas larang non-Muslim jadi peguam syarie

    Tiada nas larang non-Muslim jadi peguam syarie
    Dr Juanda Jaya
    Dis 20, 10
    2:51pm

    Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.

    Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

    Jelasnya, dakwaan bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan mencapai keputusan sebulat suara dalam hal ini adalah tidak berlaku sama sekali.

    Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature (pramatang).

    Saya juga mahukan agar kertas ini dihalusi di peringkat fatwa negeri-negeri. Kertas yang disediakan oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

    Dalil yang digunakan adalah tidak tepat pada isunya.

    Kertas Panel JAKIM itu hanya menumpukan tentang nas ayat-ayat walayah (kepimpinan) yang melarang Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali atau pembantu dan penolong dalam urusan mereka, sedangkan saya dan beberapa ahli lain berpandangan, hal ini berkaitan soal wakalah (perwakilan), bukannya urusan walayah (kepimpinan).

    Isu perwakilan, bukan kepimpinan

    Kalaulah ayat walayah (kepimpinan) digunakan dalam hal ini, maka akan berlaku kacau-bilau urusan kenegaraan di Malaysia. Pemikiran ala-Taliban dan ekstrim seperti ini tidak wajar wujud di Malaysia.

    Akan timbul kelak persoalan, apakah sah lantikan para menteri bukan Islam bagi membantu menguruskan orang Islam, apakah sah para ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dilantik dari kalangan non-Muslim?

    Sudah tentu kekecohan akan berlaku. Dan kekecohan ini akan bermula dengan perkara kecil seperti soal wakalah non-Muslim untuk menjadi peguam bagi urusan orang Islam.

    Bahkan menurut pandangan Mazhab al-Syafie sendiri yang menjadi mazhab rasmi Malaysia, menerusi pandangan ulama dan kitab yang sentiasa menjadi rujukan ulama di Malaysia, al-Imam al-Sharbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan bahawa seorang lelaki Muslim boleh mewakilkan seorang kafir dalam urusan menceraikan isterinya yang Muslimah.

    Hal yang sama turut disebut oleh para ulama lain seperti al-Dasuqi dari kalangan mazhab Maliki dan Ibnu Qudamah dari kalangan ulama mazhab Hanbali.

    Ulama mazhab Hanafi lebih terbuka dalam hal ini. Inilah pandangan sebenar jumhur (majoriti) ulama dalam hal ini. Hanya mazhab Syiah yang tidak membenarkan.

    Urusan wakalah guaman adalah termasuk urusan keduniaan sesama manusia. Sikap Islam dalam urusan sesama manusia adalah amat terbuka dan toleransi, kerana ia bukan soal akidah dan ibadah.

    Undang-undang Mesir

    Oleh itu, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa 'ammah Ahli al-'Ilm (keseluruhan ulama) menyatakan boleh dan sah orang kafir menjadi wakil orang Islam dalam urusan sesama manusia kecuali dalam beberapa masalah wasiat dan wakaf. Hal seperti ini yang sepatutnya diperincikan.

    Undang-undang mahkamah di Mesir memberikan kebenaran kepada non-Muslim menjadi wakil mereka dalam urusan guaman di mahkamah.

    Pasti juga para ulama al-Azhar di sana melihat nas dan pandangan ulama yang dinyatakan tadi demi kerukunan dalam hidup bernegara di antara Muslim dan non-Muslim.

    Malaysia pernah digemparkan suatu ketika dahulu masalah perebutan jenazah yang dipertikaikan status keislamannya di Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil.

    Muncul suara pada ketika itu membenarkan non-Muslim memfailkan di Mahkamah Syariah tuntutan mereka yang ingin mendapatkan jenazah saudara mereka yang didakwa sebagai masih kekal dalam agama asal mereka.

    Kita menarik nafas lega dengan wujud sedikit keterbukaan mahu membenarkan non-Muslim menuntut keadilan bagi diri mereka di Mahkamah Syariah pada waktu itu. Keterbukaan seperti ini wajar dikembangkan.

    Syariat Islam menawarkan keadilan kepada semua pihak. Inilah keindahan dakwah Islam yang menjanjikan rahmat untuk semua manusia dan ia bukan untuk dibolot oleh satu golongan sahaja.

    Sangkaan timbul hasil prejudis

    Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Bukankah Ali bin Abu Talib RA pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang Yahudi?

    Yahudi itu dibenarkan untuk membela dirinya di Mahkamah Islam pada waktu itu sehingga Ali bin Abu Talib RA kalah kepada Yahudi itu dalam soal tuntutan mereka.

    Bukankah ini suatu bentuk guaman dan pembelaan diri bagi mendapatkan keadilan di mahkamah Islam yang memberikan hak kepada semua golongan?

    Jelasnya, tidak ada nas yang sarih (jelas) lagi sahih melarang non-Muslim menjadi peguam syarie bagi mengendalikan urusan orang Islam dan bukan Islam di mahkamah Islam. Segala sangkaan dan anggapan akan berlaku kemudaratan adalah timbul hasil sikap prejudis dan mahu menindas golongan bukan Islam.

    Anggapan boleh berlaku penghinaan kepada mahkamah dan non-Muslim tidak boleh dibicarakan adalah soal teknikal yang boleh diatasi dengan pindaan perundangan, atau diletakkan syarat dalam lesen guaman, atau penghakiman penghinaan itu dialihkan ke mahkamah lain yang boleh mengendalikannya.

    Kalaulah sistem yang ada didapati boleh menafikan keadilan itu, maka rujuklah kepada Islam yang sebenar yang menawarkan keadilan untuk semua.

    Islam tidak silap! Yang silap adalah penafsiran manusia yang tidak mahu faham dan tidak mahu berkongsi rahmat keadilan Allah SWT untuk semua manusia.


    Dr Juanda Jaya ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Beliau juga merupakan felo pelawat di Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.

    http://malaysiakini.com/news/151256

    Bekas timbalan ketua pengarah dipenjara 6 tahun

    Bekas timbalan ketua pengarah dipenjara 6 tahun
    Dis 20, 10 9:57am

    Bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar hari ini dijatuhi hukuman penjara sejumlah 56 tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lepas.

    Hakim Abu Bakar Katar bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh beliau didapati bersalah pada Khamis lalu.

    NONEHakim Abu Bakar turut membenarkan permohonan peguam Yusof, Mohammed Azmi Mohd Said untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi nanti.

    Pada Khamis lepas, Abu Bakar mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir kes pembelaan dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.

    Yusof, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

    Yusof didakwa melakukan kesemua kesalahan berkenaan di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

    Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

    Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

    Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara paling rendah di antara dua tahun dan denda RM10,000, serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap pertuduhan.

    azlanTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantah permohonan untuk penangguhan hukuman memandangkan pihak pembelaan telah gagal menunjukkan sebarang keadaan istimewa untuk di dalam membuat permohonan lisan berkenaan.

    Peguam Mohammed Azmi bagaimanapun berkata mahkamah mempunyai kuasa dalam membenarkan permohonan itu.

    Hakim Abu Bakar membenarkan permohonan itu dan memerintahkan satu notis rayuan dikemukakan seawal esok pagi dan sekiranya gagal, mahkamah akan menarik balik pelaksanaan hukuman tersebut.

    Pada Khamis lalu, mahkamah diberitahu bahawa Yusof telah berkhidmat sebagai penjawat awam lebih 30 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan dalam dua tahun lagi dan selepas dituduh pada 30 Ogos 2008, anak tertuduh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

    Pada 15 Okt lalu, Mahkamah Sesyen yang lain telah melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.

    Wahid, 57, didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.

    Rayuan kes oleh SPRM masih berjalan di Mahkamah Tinggi di sini.

    --Bernama

    http://malaysiakini.com/news/151227

    Konvensyen Pakatan umum program 100 hari

    Konvensyen Pakatan umum program 100 hari
    Susan Loone
    Dis 19, 10
    11:00pm

    Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia.

    pakatan 2nd convention 191210 04Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.

    Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan.

    Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

    pakatan 2nd convention 191210 03Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

    Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.

    Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
    mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.


    Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.

    pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speechLim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.

    Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua
    umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

    Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.

    pakatan convention eve ceramah 191210 crowdMalam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.

    Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan silamban (senibela diri dari selatan India).

    Turut dipersembahkan ialah tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang irama lagu popular P Ramli 'Getaran Jiwa'.

    pkr announce new line up 181210 wan azizahSementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penyokong Pakatan.

    Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai DAP.

    Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS.

    Mereka juga, tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat.

    pas seminar 071109 hadi awangWan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut.

    Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman.

    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/151187

    Karpal: DAP terima Islam sebagai agama rasmi

    Susan Loone
    Dis 19, 10
    9:16pm

    Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

    NONEKarpal (kiri), ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen
    kedua Pakatan, berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor MP merupakan satu-satunya pemimpin Pakatan yang membangkitkan isu kontroversi itu di konvensyen tersebut.

    Peguam veteran itu menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, dan nasihatnya itu diterima baik oleh baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.

    Beliau menasihatkan PAS supaya mempertahankan hak bukan Melayu untuk kebebasan beragama sepertimana parti itu membela Islam sebagai agama rasmi negara di bawah perlembagaan.

    "Tolong beri 'muka' sikit kepada DAP," kata Karpal berseloroh, disambut ketawa para hadirin.

    Karpal sokong Islam negara rasmi

    Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

    “Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

    pakatan 2nd convention 191210 03Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

    Dalam ucapannya, Karpal menyentuh mengenai pelbagai isu, termasuk penggantungan Anwar dari menghadiri sidang Parlimen baru-baru ini dan perilaku hakim dalam kes liwat terhadap ketua pembangkang itu.

    Tawan Putrajaya

    Kemudian, pemimpin Pakatan mengesahkan dokumen bertajuk 'Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia' yang menggaris banyak isu yang dibangkitkan hari ini, seperti krisis, resolusi, program 100 hari, kenyataan bersama, deklarasi dan dasar-dasar Pakatan ketika gabungan mempersiapkan diri untuk menawan Putrajaya.

    Dokumen 20 halaman itu yang akan diedarkan secara meluas, akan menerangkan kepada pengundi rancangan bagaimana gabungan itu akan memerintah negara jika mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan awal tahun depan .

    pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speech 02Disokong oleh Anwar (kiri), Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang,
    perwakilan dan ahli Pakatan diminta supaya menyebarkan dokumen itu secara meluas untuk mempersiapkan gabungan itu dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

    Anwar pula, dalam ucapan penggulungannya, berkata sebahagian besar perbincangan dan perbahasan dalam konvensyen itu menumpukan kepada nasib orang Melayu dan bagaimana BN dan Umno tidak memenuhi janji mereka untuk meningkatkan status masyarakat tersebut.

    Bagaimanapun, beliau mengingatkan para calon bahawa kekuatan Melayu tidak terletak pada keserakahan tetapi dalam budaya, moral dan integriti.

    Sementara itu, Hadi pula berkata adalah tidak salah untuk orang Melayu, Cina dan India menyayangi kaum masing-masing.

    Malah, katanya, Islam juga memastikan pengekalan hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat.

    Adalah salah, tambahnya, untuk berlaku kejam meskipun jika ia dilakukan kerana alasan bangsa, dan begitu juga, adalah salah menggunakan bangsa sendiri untuk berlaku kejam terhadap yang lain.

    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/151220

    M'sia tetap hormati ajaran Syiah di negara lain

    Dis 19, 10 3:42pm

    Malaysia sentiasa terbuka dalam hubungan diplomatik dan mengiktiraf fahaman Syiah yang diamalkan oleh negara-negara Arab seperti Iran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tetap mengharamkan fahaman Syiah diamalkan di negara ini ekoran terdapat beberapa faktor yang boleh mengelirukan orang Islam dan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan oleh rakyat Islam di Malaysia.

    "Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq.

    "Kita tidak menyekat masyarakat di negara ini mengamalkan amalan Syiah tetapi kerajaan tidak membenarkan penyebaran ajaran Syiah ini dibuat ekoran terdapat beberapa dakyah songsang yang boleh menggugat keharmoniah umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di Kedah hari ini.

    Seramai 450 pelajar dalam kawasan Parlimen Jerai dipilih menerima sumbangan Umno Bahagian Jerai.

    Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 200 pengikut ajaran Syiah dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves apabila dikatakan terpesong dan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal untuk dibunuh.

    "Kalau amalan lain tak menjadi satu kesalahan tetapi nak menyebarkan pegangan seperti ini dan menyimpang jauh hingga mengatakan semua mazhab lain tidak betul dan kafir adalah tidak betul dan melanggar undang-undang," kata Jamil Khir.

    Katanya demi keharmonian masyarakat Islam di negara ini, kerajaan dan Jabatan Agama Islam negeri sentiasa melakukan pemantauan dan mengambil tindakan bagi mengekang kegiatan tersebut berleluasa.

    "Kalau kita tunggu sampai dia jadi akar dan jadi lebih kuat sudah tidak berguna lagi kerana sukar untuk menghapuskannya," kata beliau.

    - Bernama


    http://malaysiakini.com/news/151198

    Hadi akui wujud kelemahan dalam Pakatan

    Dis 19, 10 2:34pm

    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

    pakatan leaders pc in pakatan 2nd convention 191210 hadiBagaimanapun, beliau berkata kelemahan itu merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang.

    Ada ketikanya Pakatan juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Kedua sehari di Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini.

    Konvensyen itu turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
    setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

    Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka.

    Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN.

    pakatan leaders pc in pakatan 2nd convention 191210 01Sementara itu Lim ketika berucap di konvensyen itu berkata Pakatan telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

    "Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya.

    Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain.

    Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Rakyat, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan.

    pakatan 2nd convention 191210 eat cake"Dakwaan yang Pakatan merosot dan menghadapi masalah dalaman sehingga akan dibubarkan adalah salah, sebaliknya kami sentiasa bersatu dan konvensyen ini membuktikan PR masih kukuh," katanya dalam sidang akhbar di konvensyen tersebut.

    Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/151196

    M'sia rancang bina dua loji nuklear

    Dis 19, 10 1:44pm

    Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

    nuclear power plant reactor fusion 040309 02Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.

    Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian.

    "Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.

    nuclear power plant reactor fusion 040309 01Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu.

    "Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ini hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia," katanya.

    Selain itu, kata Chin, sumber-sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria merupakan potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal.

    "Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria)disebabkan oleh kosnya yang tinggi," tegas beliau.

    NONEChin juga berkata kerajaan perlu ada pendekatan seimbang terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana ia tidak mahu tarif meningkat disebabkan oleh kos yang tinggi.

    "Memanglah, semua orang mahukan tenaga boleh diperbaharui, tetapi kosnya? Bolehkah kita paksa orang menerima kenaikan tarif? Kita perlu kaji cara yang seimbang, itulah sebabnya kita tidak boleh bergantung kepada bahan api fosil semata-mata," katanya.

    Chin berkata nuklear menjadi pilihan yang semakin penting dalam mengimbangi sumber tenaga disebabkan kos penyenggaraannya dan tarifnya yang lebih rendah dalam jangka panjang.

    "Contohnya, di Abu Dhabi, mereka sedang membina loji tenaga suria yang besar-besar tetapi pada masa yang sama mengimbanginya dengan loji nuklear. Mereka tidak hanya memberi tumpuan kepada bahan api fosil," kata Chin.

    nuclear power plantMalaysia memulakan operasi reaktor penyelidikan Triga 1 MW sejak 1982 dan mempunyai perjanjian perlindungan nuklear antarabangsa sejak 1972.

    Baru-baru ini, Malaysia juga memperketat undang-undang kawalan eksport untuk mencegah kemungkinan berlaku penyeludupan teknologi nuklear.

    http://malaysiakini.com/news/151193

    Kempen 1 juta tandatangan untuk demokrasi

    Kempen 1 juta tandatangan untuk demokrasi
    Susan Loone
    Dis 19, 10
    1:03pm

    Pakatan Rakyat bercadang untuk melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan untuk Akta Pemulihan Demokrasi yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

    pakatan 2nd convention 191210 04Dalam konvensyen keduanya di Kepala Batas hari ini, Pakatan berkata ia akan melancarkan kempen tersebut pada 1 Januari sehingga akhir Februari tahun depan untuk mengumpul tandatangan tersebut.

    Dalam satu deklarasi yang diedarkan kepada media pagi ini, Pakatan berkata, ia menyedari perlunya untuk menyelamatkan negara ini.

    Sambil mengikrarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, rakyat dan negara, Pakatan menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan BN untuk menggubal akta tersebut, berdasarkan kepada enam isu penting.

    Enam isu tersebut ialah:

    1. Menghapuskan semua deklarasi darurat.

    2. Memansuhkan semua undang-undang anti-demokratik.

    3. Menghormati perjanjian untuk membentuk Malaysia bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak.

    4. menjamin integriti pilihanraya umum.

    5. Mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.

    6. Mewujudkan kebebasan akhbar.

    [Baca berita penuh]

    http://malaysiakini.com/news/151191

    Bekas anggota keselamatan rayu sumbangan RM1,000

    Dis 19, 10 12:44pm

    Seorang bekas anggota pasukan keselamatan zaman darurat yang bertugas dalam pasukan Special Constabel (SC) merayu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meluluskan permohonannya bagi mendapatkan sumbangan khas sebanyak RM1,000 seperti yang pernah diterima rakan-rakannya.

    Che An Ulong, 78, yang kini sudah uzur, tinggal bersama isterinya Hamsiah Din, 71, di sebuah rumah yang daif di Jalan Bakar Sampah, Kampung Raja, Kupang di Baling.

    Katanya beliau sudah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan sumbangan khas itu tetapi kecewa kerana permohonannya masih gagal.

    Sambil menunjukkan surat tamat perkhidmatan sebagai anggota SC dengan memakai nombor badan 51955, beliau kesal kerana pihak tertentu saperti Persatuan Bekas Polis yang dianggotainya dengan nombor keahlian K 003082 gagal membantunya.

    Che An berharap rayuannya untuk mendapatkan sumbangan saguhati khas RM1,000 kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat dari 1948 hingga 1962 yang diterima rakan-rakannya sabelum ini akan menjadi kenyataan.

    "Saya hairan bagaimana nama saya boleh tercicir daripada senarai penerima sumbangan khas itu, sedangkan saya telah kemukakan bukti surat tamat
    perkhidmatan semasa mengisi borang permohonan bersama rakan-rakan lain yang pernah berkhidmat dahulu," katanya.

    Beliau yang mula bertugas mulai 1 April 1954 pernah menerima latihan asas senjata selama beberapa bulan di sebuah pusat latihan polis sebelum dihantar ke kawasan operasi di Sungai Siput, Perak dalam tahun yang sama dan kemudian ditukarkan ke kawasan operasi Pengkalan Hulu, Perak pada 1956.

    Ketika berlaku Rundingan Baling antara kerajaan yang diketuai bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Setiausaha Agungnya Chin Peng pada 1955, Che An dan unitnya diletakkan di kawasan operasi di Pengkalan Hulu.

    Beliau kini bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya sebanyak RM300 sebulan selain mengambil upah menebas kebun milik kenalannya.

    Rumah milik warga emas ini bumbungnya bocor di beberapa bahagian dan jika hujan lebat seluruh rumahnya akan basah.

    "Walaupun saya ada anak, tetapi mareka juga ada tanggungan masing masing dan pendapatan mereka juga kecil," katanya.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/151190

    Isu air: Selangor runding secara profesional

    Dis 18, 10 10:54pm

    Rundingan antara Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan dilakukan secara profesional, telus dan beretika, walaupun syarikat air itu mengemukakan saman RM471 juta terhadap kerajaan negeri berkenaan.

    khalid ibrahimMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor akan berusaha sedaya upaya untuk membela diri terhadap saman SYABAS, yang menuntut ganti rugi berikutan keputusan negeri itu tidak membenarkan tarif air dinaikkan.

    Menurut satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan membiarkan kes mahkamah itu menjejaskan rundingannya dengan SYABAS pada masa akan datang.

    "Kami sentiasa bersikap profesional serta telus pada masa lalu, dan akan terus berbuat demikian," katanya.

    Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata beliau tidak pasti sama ada SYABAS boleh melakukan perkara yang sama kerana syarikat itu marah dan kecewa dengan keputusan Selangor tidak membenarkan tarif dinaikkan sehingga rundingan mengenai isu air itu selesai.

    http://malaysiakini.com/news/151172

    Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

    Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani
    Dis 18, 10 9:53pm

    Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan mufti negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat, lapor Harakahdaily.

    mohammad nizar jamaluddinNizar berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

    "Yang saya bangkitkan dalam sidang DUN baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

    "Tak kisah la letak ancak ke, renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya semasa dihubungi, hari ini.

    Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

    Harussani ZakariaPenjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

    "Semasa saya bangkitkan dalam sidang DUN itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

    "Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

    Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

    Isu berkenaan kemudiannya dipanjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

    NONEBiarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

    Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

    Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

    "Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

    "Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

    azlan"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

    Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan DUN yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

    Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana membangkitkan perkara itu.

    http://malaysiakini.com/news/151169

    'Talibanisasi ke atas Syiah akan cetus keganasan'

    'Talibanisasi ke atas Syiah akan cetus keganasan'
    Dis 18, 10 9:31pm

    Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bimbang tindakan yang diambil kerajaan supaya menahan pengikut Syiah akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.

    NONEBeliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu.

    Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.

    Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.

    NONETumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS meningkatkan pemantauan ke atas pensyarah dan pelajar universiti bagi membendung pengaruh ajaran itu.

    Malah tindakan tegas juga akan diambil ke atas pelajar dan pensyarah yang didapati terlibat dengan ajaran itu.

    Mengulas lanjut Mohd Asri berkata penahanan pengikut Syiah seperti itu membuktikan negara menuju era "Talibanisasi" sekiranya tindakan itu dilakukan "tanpa sebarang tanda zahir (pengikut kumpulan berkenaan) melakukan keganasan."

    "Saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yg kononnya demokratik yg menafikan kebebasan rakyat utk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam

    pakistan forces streetfighting against taliban forces in swat valley pakistan 190509 07"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dgn ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dgn mereka

    "Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

    http://malaysiakini.com/news/151170

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...