

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata usaha itu bertujuan membolehkan mereka melihat dan menilai perjalanan pilihan raya daripada segi bebas, telus dan adil.
Bagaimanapun, SPR akan mengkaji kesesuaian perkara tersebut serta faktor kewangan sebelum membuat keputusan walaupun kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan satu amalan yang baik, katanya dalam temuramah dengan TV3 dan Bernama, di Bangkok.
Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.
Abdul Aziz berkata SPR tidak pernah menjemput pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum sebelum ini.
Katanya, SPR Thailand menjemput pemerhati antarabangsa bagi meningkatkan lagi keyakinan pengundi mereka dan masyarakat antarabangsa bahawa pilihan raya mereka adalah adil dan telus.
Beliau berkata jemputan itu adalah satu penghormatan kepada SPR kerana SPR dipercayai sebagai badan yang banyak mengendalikan pilihan raya dan mereka yakin pilihan raya Malaysia telus dan bebas.
"Kalau mereka tak iktiraf pilihan raya kita, tak kan mereka panggil kita datang sebagai pemerhati antarabangsa," katanya.
Ditanya secara umum kayu pengukur pemerhati antarabangsa sama ada sesuatu pilihan raya itu telus dan bebas, beliau berkata asasnya adalah pengundi bebas untuk mengundi dengan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak bebas untuk mengundi atau terpaksa mengundi sesuatu pihak sahaja.
Calon-calon pula, katanya, bebas untuk berkempen dengan tiada sekatan dan pengundi pula dapat mendengar kempen dengan bebas.
Aspek kayu pengukur lain termasuk tiada penipuan dan rasuah, katanya.
Mengenai permintaan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Abdul Aziz berkata ruang untuk penambahbaikan memang sentiasa ada kerana SPR tidak menganggapnya sebagai badan yang sempurna.
Beliau menghuraikan satu persatu usaha yang dibuat oleh SPR terhadap lapan permintaan berkenaan:
* Pembersihan daftar pemilih -- usaha itu dilakukan setiap hari tetapi SPR tidak boleh membersihkannya sendiri kerana pengundi yang perlu memaklumkan status mereka dalam daftar tersebut. Katanya tidak ada bukti dakwaan wujudnya pengundi mengundi lebih daripada sekali dan tiada satu pun kes seumpama itu yang dibawa ke mahkamah.
* Tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari -- perkara itu sedang diteliti kerana ada juga parti yang meminta supaya tempoh berkempen dipendekkan dan pandangan aspek keselamatan juga terpaksa diambil kira.
* Penggunaan dakwat celup jari pengundi -- SPR sedang meneliti untuk menggunakan kaedah biometrik yang lebih sainstifik.
* Kemudahan akses yang bebas dan adil kepada media -- Abdul Aziz berkata beliau tidak boleh mengarahkan media untuk memberi liputan kepada sesuatu pihak. Bagaimanapun, beliau boleh berbincang dengan media untuk memberi ruang kepada semua pihak.
* Cadang banteras rasuah -- SPR memang bersetuju tetapi ia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang itu dan terpaksa meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
* Cadang perkukuh institusi polis -- SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut.
* Pembaharuan sistem undi pos -- SPR sedang meneliti perkara tersebut termasuk cadangan untuk mengadakan undian awal seperti amalan di Thailand dengan pengundi bebas untuk mengundi pada hari yang ditetapkan lebih awal atau pada hari pengundian tetapi perkara tersebut juga mempunyai masalah tersendiri.
* Kebebasan berkempen -- Parti politik sememangnya bebas berkempen tetapi terpaksa memohon permit polis atas sebab-sebab keselamatan kerana polis, antara lain, meneliti kesesuaian tempat, isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum dan agama serta aspek lalu lintas.
Oleh itu, Abdul Aziz berkata ada perkara yang berada dalam bidang kuasa SPR dan ada juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa SPR berhubung lapan perkara berkenaan.
Beliau berkata pada mulanya Bersih mengemukakan 17 perkara tetapi setelah berbincang, tinggal lapan perkara sahaja sejak akhir tahun lepas kerana yang lainnya sudah diselesaikan oleh SPR.
"Kalau Bersih meneruskan perbincangan dengan SPR, mungkin tinggal tiga perkara yang belum selesai.
"Demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak bermakna buat demostrasi, SPR akan bersetuju," katanya merujuk kepada cadangan perhimpunan haram yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/168587

Kali ini mangsa mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin dan ADUN BahauTeo Kok Seong yang dicekup ketika menghadiri majlis makan malam DAP di Titi, Jelebu, Negri Sembilan.
Katanya lagi, polis juga menggeledah keretanya dan sehelai baju kuning dan DVD kepunyaan ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming.
Rabu lalu, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.
Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Badan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), "mengesyaki"
Menurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk "melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan".
Dalam satu kenyataan media, ketuanya, Suhaizan Kayat berkata sedangkan tanah yang dimiliki Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dipajak selama 79 tahun telah diserahkan kepada republik itu.
Suhaizan yang juga exco Pemuda PAS Pusat meluahkan kebimbangan kerana tanah itu "akan terdedah kepada pemilikan bebas" apabila ia dimajukan oleh syarikat berkenaan dan bakal dijual dalam pasaran.
Beliau juga membidas kerajaan Malaysia kerana sanggup menyerahkan tanah itu kepada Singapura "demi mengejar keuntungan material semata-mata" dan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta.
Ramai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas. Sultan Johor memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.

Azmin (kanan) turut menuntut supaya Wan Ahmad menarik balik
Azmin turut berang dengan kenyataan Wan Ahmad yang dilaporkan berkata, parti komponen Pakatan kini mula bimbang kerana BN mula meperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil terakhir yang dijalankan sebelum ini.
"Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR," katanya lagi, merujuk kepada pengakuan oleh Kamaruddin sebelum ini berhubung kewujudan sejumlah 'pengundi hantu' di rumah ibu Azmin.

"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.
Ia berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.
Mohamad Daud didakwa mengikut Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan.
Sementara itu di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 9, Shah Alam, Abdul Kayum didakwa mengikut bawah Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Suapan itu dikatakan bertujuan membantu tertuduh untuk mendapatkan kontrak Percetakan Wang Polimer RM5 untuk syarikat Note Printing Australia Limited. Tertuduh juga dipertuduh dengan kesalahan yang sama bagi pertuduhan kedua yang dilakukan pada 15 Februari 2011 di tempat yang sama.

Sebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.
Juruacara majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil berkata “mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita sendiri”. 
"Laporan itu tidak benar sama sekali," kata pengerusi eksekutif Lynas, Curtis Nicholas dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.