Saturday, October 3, 2009

Teh tarik punca sakit jantung

Teh tarik punca sakit jantung


TEH tarik merupakan antara minuman kegemaran ramai termasuk golongan muda tetapi doktor mendakwa ia membahayakan
kesihatan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.

Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.

Beliau berkata, dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

"Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk 'Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ia Berakhir' di PPUKM di sini semalam.

Terkejut lihat sejadah berdiri


MOHAMAD Shuhaimi (kiri) bersama beberapa jirannya melihat sejadah miliknya yang 'berdiri' di Permatang Pauh, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.

"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.

"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Air laut surut, jalan raya terbelah


PELAJAR Malaysia di Universiti Andalas, Norhazura Hamdan (tengah) tidak dapat menahan rasa sebak dapat kembali kepangkuan ahli keluarganya di Pangkalan TUDM Subang pagi semalam.


KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Andalas di Padang, Sumatera Barat, Marwiza Abdul Ghani sudah lali dengan gempa bumi selepas merasai kira-kira 30 kali gegaran sejak tinggal di Padang empat tahun lalu tetapi tidak ada kejadian yang lebih buruk berbanding tragedi pada pukul 5.30 petang Rabu lalu.

Kesan gegaran kuat gempa 7.6 pada skala Richter itu terbukti apabila pelajar Universiti Andalas itu tidak mampu berdiri.

"Kalau dulu saya boleh berlari keluar rumah, kali ini nak berdiri pun tak boleh,'' katanya ketika ditemui sebaik tiba dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang semalam.

Tiga pesawat TUDM mendarat bersama 330 pelajar dengan penerbangan pertama tiba pukul 5 pagi membawa 117 orang.

Ia diikuti pesawat kedua pada 6.15 pagi bersama 164 penumpang manakala penerbangan terakhir dengan 49 penumpang mendarat sejam kemudian.

Ada juga pelajar mendakwa melihat jalan raya terbelah dua, air laut tiba-tiba surut dan mayat bergelimpangan.

Ketiga-tiga peristiwa ngeri itu dialami oleh Mohd. Ashraf Abdul Hamid yang sedang berehat di tepi pantai sebelum dikejutkan dengan air laut tiba-tiba surut dan jalan terbelah dua.

Dia bersama pengunjung lain lintang-pukang mencari kawasan tinggi.

"Ramai tahu itu tanda awal tsunami. Saya cepat-cepat lari dalam keadaan terhoyong-hayang seperti orang mabuk kerana tanah bergegar,'' kata pelajar perubatan Universiti Andalas itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

389 gegaran gempa susulan


SEORANG anggota pasukan menyelamat berdiri di hadapan kawasan yang teruk dilanda gempa di bandar Padang, Sumatera Barat semalam.


JAKARTA - Ketika para pekerja mencari dan menyelamat sudah 72 jam bekerja keras menggali dan mencari mangsa dari celah-celah runtuhan lebih 11,000 bangunan akibat gempa 7.6 skala Richter Rabu lepas, sejak hari itu Sumatera Barat sudah digoncang 389 kali gempa bumi susulan.

Bagaimanapun, gempa susulan itu yang berukuran lebih kecil iaitu antara tiga hingga empat skala Richter mungkin tidak begitu dirasakan oleh penduduk tetapi masih berkemampuan mengakibatkan bangunan yang telah rosak akibat gempa utama itu tiba-tiba runtuh dan mengancam nyawa.

Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, Jaya Murjaya berkata, gempa susulan itu sifatnya hanya menghabiskan tenaga di dalam bumi setelah terjadinya gempa besar.

"Gempa susulan tidak akan melebihi 7.6 skala Richter dan masyarakat tidak perlu takut, tapi waspada saja," katanya dalam laporan agensi berita Antara di Padang semalam.

Sehingga semalam, Pusat Penanganan Bencana di Padang, mencatatkan 448 kematian akibat gempa bumi yang terjadi pada pukul 5.16 petang Rabu itu.

Berdasarkan rekod pihak berkuasa, bilangan mangsa gempa yang cedera parah ialah 237 orang manakala mereka yang mengalami cedera ringan kira-kira 2,100 orang.

Jumlah kematian paling ramai ialah di Kota Padang iaitu 197 orang diikuti di daerah kecil Padang Pariaman (184) dan selebihnya di beberapa kawasan sekitar.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Dua wanita ditemui selamat


SUSI diusung selepas dikeluarkan dari celah runtuhan di Padang semalam.


PADANG - Pasukan penyelamat mengeluarkan dua wanita yang masih hidup daripada runtuhan kolej tempat dia belajar semalam iaitu hampir dua hari selepas satu gempa bumi kuat memusnahkan wilayah Sumatera Barat.

Mangsa merupakan remaja perempuan berusia 19 tahun, Ratna Kurniasari Virgo iaitu pelajar jurusan Bahasa Inggeris sekolah Bahasa Asing Prayoga di sini.

Dia dikeluarkan dari bawah runtuhan pada pagi semalam, kira-kira 40 jam selepas gempa berkekuatan 7.6 pada skala Richter meranapkan ratusan bangunan dan rumah di sini pada Rabu lepas.

Diiringi laungan semangat sesama mereka, petugas-petugas menarik keluar kedua-dua belah tangan Ratna dari sebuah lubang yang digali dalam runtuhan tersebut.

Sehelai baju-T yang dipakainya masih berada dalam keadaan baik, remaja itu kemudian diletakkan di atas sebuah usungan sebelum dibawa ke hospital.

"Mangsa baik, sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa," kata seorang jururawat hospital tempat Ratna dirawat, Nining Rosanti.

Pada pukul 5.20 petang (waktu tempatan) hari yang sama, mangsa kedua, Susi Revika Wulan Sari iaitu seorang guru sekolah berkenaan pula ditarik keluar dari bawah runtuhan selepas terperangkap bersama beberapa mayat pelajar sekolah itu.

"Dia berada dalam keadaan sedar. Hanya kaki dan jari-jarinya bengkak kerana genggaman kuat," kata pengarah institut berkenaan, Teresia Lianawaty.


TIGA askar mencari mangsa gempa bumi di celah runtuhan di Padang semalam.


"Syukurlah! Ia satu keajaiban Tuhan," tambahnya.

Kejayaan yang dinanti-nantikan itu menyuntik semangat baru berhubung usaha mencari hampir 3,000 mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan-bangunan.

Bagaimanapun, beberapa pegawai berkata, kekurangan jentera penggali berat menyebabkan usaha mengumpil kepingan-kepingan konkrit untuk melihat sama ada terdapat mangsa yang masih hidup menjadi amat sukar.

Di beberapa tempat di sini, anggota-anggota penyelamat dengan bantuan orang ramai menggali timbunan runtuhan dengan hanya menggunakan penyodok dan tangan kosong.

Anggota-angota penyelamat turut terdengar jeritan meminta tolong semalam di bawah timbunan runtuhan Hotel Ambacang di sini di mana 100 orang dikhuatiri terperangkap.

Sementara itu, Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya berkata, angka korban rasmi kekal 715 orang manakala 2,400 lagi dirawat di hospital.

Sebelum ini, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi tahu, sejumlah 1,100 orang maut dalam gempa tersebut. - AP


Sotong kering masih selamat dimakan

Sotong kering masih selamat dimakan


KERATAN Kosmo! 30 September.


KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu bimbang tentang kewujudan sejenis logam berat iaitu kadmium dalam produk makanan laut khususnya sotong kering kerana kandungannya masih berada pada paras yang selamat untuk dimakan oleh pengguna.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, bagaimanapun pihak kementerian akan terus memantau kandungan kadmium dalam produk makanan laut demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna di negara ini.

"Setakat ini, kita mendapati, produk makanan laut masih selamat. Berdasarkan hasil pemantauan melalui sampel yang diuji, kurang daripada satu peratus produk makanan laut positif kadmium," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kelmarin yang mendedahkan bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

Noraini berkata, di bawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan Makanan 1985, paras kadmium yang dibenarkan dalam makanan termasuk makanan laut adalah tidak melebihi satu bahagian daripada sejuta (ppm) atau mg/kg.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Samoa seperti neraka dunia


BEBERAPA penduduk berjalan melintasi sebuah kampung yang musnah dekat Apia, Pulau Samoa semalam.


APIA, Samoa - Pasukan menyelamat tiba kelmarin di beberapa kawasan perkampungan kepulauan Samoa di Pasifik bagi memberi bantuan kecemasan selepas angka kematian meningkat kepada 150 orang akibat tsunami yang berlaku ekoran gempa bumi kuat pada Selasa lalu.

Mangsa-mangsa yang terselamat menyatakan mereka ternampak sejumlah mayat diangkut menggunakan lori di Samoa tetapi angka korban dijangka terus meningkat.

"Samoa bukan syurga peranginan lagi, ia seperti neraka dunia," kata seorang mangsa yang terselamat di Apia, Samoa yang berjiran dengan Pulau Samoa milik Amerika Syarikat (AS).

Gempa bumi kuat yang berukuran 8.3 pada skala Richter berlaku pada Selasa lalu di Samoa menyebabkan tercetusnya tsunami yang melanda pulau-pulau di Lautan Pasifik.

Tsunami itu melanda Pulau Samoa milik AS dan Kepulauan Samoa yang merdeka.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Gempa paling dahsyat


PASUKAN keselamatan mengusung mangsa gempa yang terselamat akibat gempa bumi di Padang, Sumatera semalam.


PADANG, Sumatera - Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan-bangunan di sini semalam selepas ribuan orang dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Pulau Sumatera di Indonesia.

Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter itu melanda bandar Padang yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 900,000 orang kelmarin dengan menyebabkan beratus-ratus bangunan termasuk 500 rumah runtuh manakala bekalan elektrik dan talian telefon terputus.

Keadaan di sini porak-peranda dengan mayat bergelimpangan manakala kebakaran berlaku di merata-rata tempat.

"Sebelum ini saya telah melalui beberapa gempa bumi tetapi ini yang paling dahsyat.

"Kesan darah dapat dilihat di merata-rata tempat, mangsa-mangsa pula kehilangan anggota badan. Kami melihat bangunan-bangunan runtuh, ramai orang nazak," kata seorang warga Amerika Syarikat, Greg Hunt, 38, di lapangan terbang di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Gegaran gempa dijangka berterusan


SEBAHAGIAN daripada pekerja di bangunan tinggi yang menyelamatkan diri ekoran gegaran di Kompleks Tun Razak, Johor Bahru semalam.


KUALA LUMPUR – Gegaran susulan dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi ekoran gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera Barat kelmarin.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gempa bumi susulan yang berlaku semalam dan beberapa hari akan datang dijangka semakin lemah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Sejak kelmarin, agensi itu melaporkan berlaku lapan gegaran susulan yang direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Richter.

Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Richter yang turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi semalam iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“JMM akan sentiasa memantau dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku serta mengeluarkan amaran sekiranya berlaku ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

Menurut JMM, gempa bumi yang menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk di Padang telah menyebabkan kejadian tsunami kecil setinggi 0.27m sekitar Padang tetapi ia tidak mengancam Malaysia.

Sementara itu di Johor Bahru, warga bandar raya itu dikejutkan dengan satu lagi gegaran semalam.

Gegaran pada pukul 9.52 pagi itu menyebabkan beratus-ratus pekerja dan orang ramai yang berurusan di bangunan tinggi bergegas turun menyelamatkan diri.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Negara-negara Arab perangi selesema babi

KAHERAH - Negara-negara Arab menggandakan usaha bagi memerangi selesema babi berikutan kebimbangan bahawa musim haji tahun ini akan meningkatkan risiko penularan penyakit itu.

Kira-kira dua juta rakyat asing tidak termasuk ramai warga tempatan dijangka mengunjungi Mekah dan Madinah pada musim haji kali ini yang bermula November ini.

Kebanjiran penduduk dunia bagi mengerjakan haji dan umrah itu dibimbangi menyediakan keadaan kondusif untuk virus influenza A H1N1 merebak.

Pada Julai lepas, menteri-menteri kesihatan di rantau Arab mencadangkan untuk mengharamkan bakal jemaah yang berusia 65 tahun dan di bawah 12 tahun berkunjung ke Mekah.

Larangan tersebut yang mendapat sokongan majoriti negara-negara Arab, turut melibatkan ibu mengandung dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Namun, kerajaan Arab Saudi cuba meredakan kebimbangan itu dengan menyatakan cuma terdapat 26 kes selesema babi di negara itu sepanjang Ramadan lepas tanpa sebarang kematian walaupun Mekah dan Madinah dibanjiri berjuta-juta rakyat tempatan dan asing. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Tabung Haji isytihar bonus awal 2.25 peratus

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengisytiharkan pembayaran bonus awal sebanyak 2.25 peratus yang melibatkan sejumlah RM465 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Disember 2009 kepada penyimpan yang layak.

Pembayaran bonus awal itu adalah yang pertama bagi TH dan akan dikreditkan kepada akaun penyimpan yang layak pada 5 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan semalam, TH berkata, tahun lepas agensi itu mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus dan pada 2007 membuat pembayaran bonus khas sulungnya sebanyak dua peratus di samping pembayaran bonus sebanyak lima peratus.

TH mula membayar bonus kepada penyimpannya pada 1966 - tiga tahun selepas penubuhannya. Dalam tahun itu, TH membuat tiga pembayaran bonus sebanyak tiga peratus kepada kira-kira 22,000 penyimpan.

Setakat Julai tahun ini penyimpan TH berjumlah 5.09 juta. – Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Lima kampung ditimpa hujan air batu


BUMBUNG dan rabung kebanyakan rumah bocor akibat ribut dan hujan air batu
di Kampung Kekura, Jerantut Ahad lalu. Gambar kecil, air batu yang dikutip oleh penduduk kampung.


JERANTUT - Lebih 4,000 penduduk di lima buah kampung dan sebuah tanah rancangan Felda di Tembeling Tengah dekat sini gempar apabila kediaman mereka dilanda hujan air batu dalam kejadian ribut Ahad lalu.

Kejadian pada pukul 7.40 malam itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rumah di Kampung Cebong, Kampung Pasir Sia, Kampung Air Hitam, Kampung Selimbar, Kampung Kekura dan Felda Sungai Retang rosak teruk.

Hujan air batu sebesar penumbuk orang dewasa itu berlangsung selama 35 minit diikuti angin kencang.

Seorang penduduk Kampung Kekura, Siti Noriah Mohd. @ Mad Isa (gambar kecil), 40, berkata, dia terkejut apabila hujan lebat dan ribut disusuli bunyi yang kuat seperti peluru menghujani bumbung rumahnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Ibu hamil terperangkap satu jam


MOHD. FIRDAUS bersama Norma selepas diselamatkan semalam.


PUTRAJAYA - Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14 di sini semalam.

Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang semalam.

Norma berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.

"Nak minta tolong jiran pun, ramai yang dah keluar rumah akibat gegaran itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Gempa bumi gegarkan Malaysia


AMARAN. Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Kuarters Hospital Kuala Lumpur, Azmi Zahari mengarahkan semua penghuni pangsapuri itu turun mengosongkan rumah masing-masing selepas gegaran kuat semalam.


KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia.

Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.

Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan.


CEMAS... Para pekerja Menara Celcom di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bergegas keluar berkumpul di luar bangunan tersebut selepas merasai gegaran kuat akibat gempa bumi yang berlaku di selatan Sumatera, Indonesia semalam.


Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening.

"Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini.

"Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Cerita pelajar Malaysia yang selamat


SEBUAH kereta dihempap pokok selepas gempa bumi melanda Padang Panjang, Sumatera Barat semalam.



DUA mangsa gempa bumi menerima rawatan di sebuah
hospital di Padang Panjang, Sumatera semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Padang, Sumatera, terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer dari rumah sewanya di Gunung Tangilun, sebuah zon hijau, untuk mendapatkan perlindungan selepas gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan itu petang semalam.

Fashareena Nazir, pelajar perubatan tahun dua di Universitas Andalas berkata, beliau sedang berehat apabila tiba-tiba dikejutkan dengan gempa bumi itu yang berlaku kira-kira 5 petang (waktu tempatan).

"Gempa melanda sekitar 5 petang apabila tiba-tiba berlaku runtuhan dan bunyi kuat seperti satu letupan," katanya kepada Bernama menerusi perbualan telefon di sini semalam.

Fashareena, 23, dari Ampang Jaya, berkata setelah menyedari gempa bumi melanda, beliau segera mengambil barang kepunyaannya, pasport serta dokumen dan terus berlari keluar dari rumah.

Beliau bersama-sama empat lagi rakan serumah warga Malaysia, terus berlari ke arah perkarangan rumah banglo setingkat bagi menyelamatkan diri.

Beliau berkata, keseluruhan rumah itu kini penuh dengan rekahan dan lantai yang tidak sekata.

Demi keselamatan, Fashareena dan rakan serumahnya berjalan kaki ke Gunung Tangilun untuk mendapatkan perlindungan daripada rakan dari universiti lain.

Fashareen berkata, beliau menjadi trauma dengan apa yang disaksikannya - rumah jiran terbakar, tanah terbenam dan ada yang sekelip mata hilang daripada pandangan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Padang dalam kegelapan


SEORANG mangsa gempa bumi mendapat rawatan di sebuah hospital di Padang Panjang, Sumatera Barat.


JAKARTA - Gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter yang menggegarkan Sumatera Barat, khasnya ibu kotanya Padang pada 5.16 petang semalam mengakibatkan kepanikan luar biasa di kalangan penduduk yang bertempiaran keluar menyelamatkan diri.

Maklumat daripada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menunjukkan gempa itu berpusat di kilometer (km) 57 ke barat laut Pariaman di kedalaman 71 km.

Ini disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala Richter pada 5.38 petang berpusat di kilometer 22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22km.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar memberitahu Bernama, semua 330 pelajar Malaysia yang rumah mereka runtuh dan sebahagiannya dilaporkan terbakar, kini berkumpul di kampus Universiti Andalas sebagai mematuhi arahan standard prosedur menghadapi bencana.

"Walaupun bangunan Fakulti Kedoktoran juga dilaporkan runtuh, tetapi kita telah meminta mereka berkumpul di kawasan berdekatan bagi memudahkan pengawasan sesama mereka dan mengambil tahu keadaan rakan masing-masing. Kita berkomunikasi terus menerus dengan mereka," katanya.

Namun, laporan stesen TV tempatan menyebut gempa itu mengakibatkan banyak bangunan tinggi yang runtuh termasuk sebuah hotel selain ribuan rumah juga runtuh atau rosak akibat gempa pertama dan gempa kedua beberapa minit kemudian.

Sehingga malam semalam, bekalan elektrik terputus dan talian telekomunikasi juga rosak mengakibatkan kota Padang berada dalam kegelapan.

Ada laporan televisyen menyebutkan beratus-ratus orang dikhuatiri tertimbus di celah runtuhan bangunan, manakala mereka yang selamat masih berhimpun di jalan-jalan lantaran tidak berani pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang dipetik media massa tempatan sebagai berkata amaran tsunami untuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan India telah pun ditarik balik.

Ini dilakukan selepas pemerhatian selama satu jam dilakukan dan didapati tidak berlaku perubahan besar gelombang di laut.

Bagaimanapun, BMKG tidak mengeluarkan amaran yang serupa. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Ibu kurung anak 54 bulan dalam almari

Ibu kurung anak 54 bulan dalam almari


LARHONDA MARIE MCCALL



BANDAR OKLAHOMA - Seorang wanita ditahan polis selepas anak lelakinya yang berusia 14 tahun mendakwa dikurung di dalam almari pakaian selama empat tahun setengah, kata polis kelmarin.

Seorang pengawal keselamatan di sini menghubungi polis selepas remaja itu mendapatkan pertolongannya setelah berjaya melarikan diri dari rumah pada Jumaat lalu.

"Dia lapar, kotor dan mempunyai banyak kesan calar. Saya sangat sedih," kata Sarjan Gary Knight.


STEVE VERN HAMILTON


Remaja itu dihantar ke hospital untuk diperiksa sebelum diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kemanusiaan (DHS), kata Knight.

Tambah Knight, remaja itu berpindah ke Oklahoma dari New Jersey selepas ibunya dibebaskan dari penjara.

Remaja tersebut mendakwa dia melepaskan diri setelah berjaya menolak penghadang almari.

Polis pada Sabtu lalu menahan ibu remaja itu, LaRhonda Marie McCall, 37, dan rakannya, Steve Vern Hamilton, 38, atas 20 aduan kerana mengabaikan kanak-kanak serta penderaan.

Tuduhan rasmi masih belum dikemukakan tetapi kedua-dua suspek dikenakan bon AS$400,000 (RM1.4 juta), menurut sejumlah rekod penjara. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...