Thursday, May 7, 2009

WABAK PENYAKIT KOLERA (TAUN) DI KAWASAN KLANG

Wabak penyakit kolera kini berada di tengah-tengah masyarakat Klang. Di samping pandemik Flu A N1H1 yang boleh merebak ke kawasan anda pada bila-bila masa sahaja dan kes demam denggi serta Chikugunya yang sudah berada di tahap yang sangat membimbangkan, kini ditambah pula dengan penyakit kolera.

Cuaca yang panas, tekak yang kering serta peluh yang banyak keluar boleh membuatkan anda berhenti di tepi jalan untuk menikmati minuman air tebu atau jambu batu. Tetapi awas anda dan keluarga terdedah kepada kuman Vibrio Kolerae yang sentiasa menunggu mangsa yang cuai dan kurang cermat dalam aspek kebersihan makanan serta minuman.
















http://drhalimahali.blogspot.com/2009/05/wabak-penyakit-kolera-taun-di-kawasan.html

Kaki membesar selepas diserang demam

diperhatikan Mohamad di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam." title="SIMPATI...Shahanim (dua dari kiri) melihat kaki Arzahari sambil
diperhatikan Mohamad di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam." height="181" width="300" border="0">
SIMPATI...Shahanim (dua dari kiri) melihat kaki Arzahari sambil
diperhatikan Mohamad di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: “Saya amat mengharap dan mengalu-alukan jika ada doktor pakar atau pihak berkaitan dapat mengubati penyakit ini yang dihidapi sejak enam tahun lalu,” kata Arzahari Abu Bakar, 30, dari Taman Semarak Fasa 2, dekat sini, semalam. 

Katanya, dia menghidap penyakit untut gajah itu secara misteri selepas demam panas pada 31 Ogos 2003 lalu ketika tinggal di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

“Sehari sebelum itu, saya ada mengambil ubat di klinik bagi meredakan demam panas, namun terperanjat kerana sebaik bangun tidur keesokannya, kaki kanan saya membesar dan membengkak kemerahan. 

“Saya tidak pasti penyakit itu disebabkan ubat yang diambil atau kerana kesan lain seperti gigitan nyamuk dan sebagainya,”
katanya. 

Katanya, akibat penyakit itu dia kehilangan pekerjaan sebagai pembantu kedai dengan gaji RM500 sebulan. 

Arzahari ditemui Harian Metro selepas menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Kedah, Shahanim Mohamad Yusof; Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Muda, Mohamad Md Nor dan Ketua Umno Cawangan Taman Semarak, Rumaizi Mohd Ghazali. 

Menurutnya, pada keadaan biasa dia tidak berasa sakit tetapi setiap kali demam dia akan mengalami bisa pada kaki kanannya. 

“Apabila berjalan, saya masih boleh menapak. Saya risau jika tidak diubati terpaksa pula menyeret kaki. 

“Setakat ini, segala persiapan seperti mandi, makan dan berpakaian dilakukan sendiri. Justeru, saya berharap ada pihak berkaitan dapat membantu meringankan beban saya,”
katanya. 

Sementara itu, ibu Arzahari, Raja Rogayah Raja Hashim, 56, berkata buat masa sekarang anaknya terpaksa berulang alik ke Klinik Kesihatan Berapit, Bukit Mertajam bagi mengambil ubat tahan sakit. 

“Arzahari dinasihatkan agar ke klinik itu dua bulan sekali bagi memantau perkembangan penyakitnya itu. Sebagai ibu tunggal, saya amat bersimpati dengan nasibnya namun menyerahkan kepada takdir selepas berusaha mengubatinya,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar kenal pasti risiko wabak lain

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengenal pasti wabak lain selain Influenza A H1N1 sebagai langkah pencegahan penularan mana-mana wabak di negara ini pada masa akan datang, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.

“Di negara ini hanya wujud wabak H1N1 yang dinamakan ‘classical H1N1’ yang tidak Berbahaya berbanding ‘novel H1N1’ (Influenza A) yang menular di Mexico dan Amerika Syarikat ketika ini (dan 19 negara lain).

“Jadi kita kena pastikan jenis wabak penghidap sama ada classical, novel atau wabak lain untuk langkah keselamatan,”
katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi classical H1N1, tanda wabak ini lebih kurang sama dengan novel H1N1 namun tidak mempunyai keupayaan berjangkit dengan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian seperti novel H1N1.

“Sebagai contoh, setiap individu mempunyai kereta (Proton) Wira yang luarannya sama namun dalamannya berbeza sama ada enjin 1.5 dan 1.6 atau ada aksesori tambahan, begitu juga H1N1, walaupun sama, tetapi kandungan keberbahayaan berbeza,” katanya.

Beliau berkata, jabatan itu juga sedang mengkaji vaksin yang sesuai dari luar negara bagi digunakan untuk tujuan pencegahan jika ada kes wabak influenza A H1N1 

di negara ini.

Dr Abdul Aziz berkata, setiap vaksin yang akan dibawa masuk perlu mempunyai kajian dan dokumen yang lengkap sebelum boleh digunakan di seluruh negara.

Kes kian merebak

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penularan wabak Influenza A H1N1 terus menunjukkan angka peningkatan apabila sehingga semalam, Portugis turut melaporkan satu kes menjadikannya negara ke-21 yang mengesahkan jangkitan wabak itu sejak kali pertama dikesan di Mexico pada akhir bulan lalu.

Perkembangan terbaru itu turut menunjukkan peningkatan terhadap laporan kes daripada 21 negara terbabit apabila sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan angka yang dilaporkan terus bertambah kepada 1,124 kes, tetapi angka kematian yang dicatatkan masih kekal 26 kes.

Setakat semalam, Mexico terus kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 590 orang disahkan positif H1N1 dengan 25 kematian manakala di Amerika Syarikat, bilangan kes terus meningkat kepada 286 kes dengan satu kematian.

Berdasarkan laporan WHO, hasil ujian yang dilakukan terhadap spesimen terkumpul daripada pesakit, bilangan kes di Kanada terus meningkat kepada 140 diikuti Sepanyol (54), Britain (18), Jerman (lapan), New Zealand (enam), Perancis (empat), Israel (empat), El Savador (dua), Itali (dua), manakala Austria, Hong Kong, Costa Rica, Colombia, Denmark, Ireland, Belanda, Portugis, Korea dan Switzerland, masing-masing satu kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata walaupun amaran dikeluarkan WHO masih kekal di Tahap 5, tanpa sebarang arahan sekatan dikeluarkan terhadap pelancong atau rakyat tempatan, pihaknya masih berterusan melakukan langkah pemantauan peringkat awal bagi mencegahnya daripada menular di negara ini.

Katanya, berdasarkan pemantauan di semua pintu masuk utama negara termasuk melalui jalan darat yang dilakukan kelmarin, pihaknya melakukan ujian penyaringan terhadap 9,340 penumpang dan semuanya bebas daripada sebarang tanda atau gejala jangkitan H1N1.

“Kita akan tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan situasi penularan wabak Influenza A daripada merebak ke negara ini walaupun WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran penularan wabak ini pada Tahap 5.

“Malah, melalui pemantauan dilakukan di semua pintu masuk negara, ujian yang dilakukan terhadap 8,749 penumpang yang menaiki 20 penerbangan dan 591 penumpang di pintu masuk darat semalam (kelmarin) juga menunjukkan mereka bebas daripada sebarang gejala H1N1 tanpa ada kes yang memerlukan rujukan hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Ismail berkata, pihaknya sedang menunggu laporan ujian tekak seorang pesakit dari Sarawak yang ditahan di Wad Isolasi Hospital Umum Sarawak malam kelmarin berikutan mempunyai tanda yang menyamai Influenza A H1N1.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan apabila menghidap batuk, demam dan selesema sebaik pulang ke Sarawak pada 1 Mei lalu selepas melawat AS.

“Kini kita sedang menantikan laporan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi mengesahkan penyakit yang dihidapinya itu sama ada ianya H1N1 atau bukan. 

“Ini kerana daripada maklumat yang kita terima, pesakit terbabit sebelum ini baru pulang selepas melawat Amerika yang sememangnya mempunyai kes di sana dan kita berharap dapat memperoleh keputusan itu secepat yang mungkin,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090506050040/Article/index_html

Pegawai kerajaan dalang palsu dokumen

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kerajaan yang masih berkhidmat di jabatan serta seorang wanita warga asing ditahan dalam serbuan kerana disyaki menjadi dalang memalsukan dokumen imigresen bagi membekal pembantu rumah warga asing tanpa permit ke negara ini.

Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Selangor di syarikat pembantu rumah di tingkat dua Pusat Perniagaan Diamond Square, Setapak, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.

Ia dilakukan susulan penahanan seorang ‘runner’ syarikat itu yang membawa dokumen palsu ke Jabatan Imigresen di Shah Alam untuk menguruskan permit kerja pembantu rumah warga asing, pagi kelmarin.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan berusia lingkungan 50-an dan mengambil cuti tanpa gaji selama setahun menafikan pembabitannya dan mendakwa bekerja sebagai kerani di syarikat terbabit yang dipercayai beroperasi beberapa bulan lalu.

Difahamkan, syarikat itu menguruskan beratus-ratus pembantu rumah warga asing yang dibekalkan kepada majikan dengan bayaran RM8,000 setiap seorang.

“Syarikat ini membawa masuk wanita warga asing dari negara jiran terlebih dahulu menggunakan visa pelancong atau pas lawatan sosial untuk dibekalkan kepada majikan.

“Urusan permit kerja pembantu rumah terbabit dilakukan selepas mereka bekerja dua atau tiga bulan dengan majikan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, selepas majikan menerima pembantu rumah masing-masing, syarikat itu memalsukan segala dokumen berkaitan pembantu rumah termasuk permit kerja.

“Kami merampas sekotak cop palsu Jabatan Imigresen, 20 pasport Indonesia, berpuluh-puluh keping borang permohonan pekerja asing serta sejumlah maklumat mengenai majikan yang menggajikan mereka,” katanya.

Pelajar akui ketagih ‘teh lalok’




dapatkan tenaga luar biasa." title="GIAN...Wan (kiri) mengaku ketagih pil kodein untuk
dapatkan tenaga luar biasa." height="198" width="300" border="0">
GIAN...Wan (kiri) mengaku ketagih pil kodein untuk
dapatkan tenaga luar biasa.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang ketagih meminum ‘teh lalok’ mendakwa minuman yang dicampur pil kodein boleh mendatang pelbagai reaksi luar biasa antaranya tidak sakit ketika ditumbuk serta tidak penat walaupun bersukan lebih tiga jam tanpa henti.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 17, berkata, sebelum ini kerap diajar rakan minum ubat batuk kodein dalam bentuk cecair yang dibeli dari beberapa kedai ubat dan kedai sinseh.

Menurutnya, bagaimanapun ubat batuk berkenaan mula diminumnya sejak dua tahun lalu semakin sukar diperoleh selain harganya meningkat RM20 bagi botol kecil.

“Bagaimanapun kewujudan pil kodein satu rahmat bagi kami kerana lebih murah dan senang dibawa dalam kotak rokok atau bekas pensel.

“Berbanding cecair ubat batuk yang perlu dicampur dengan air sebelum diminum, pil ini boleh ditelan terus atau dikunyah perlahan-lahan untuk merasai kesan khayalnya,” katanya yang ditemui selepas operasi Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, kesan pil khayal terbabit lebih dirasai nikmatnya jika diminum bersama air berkarbonat atau teh dan kopi panas.

Dia mendakwa mengetahui mengenai penjualan teh dengan campuran pil kodein di kedai minuman berkenaan selepas diberitahu rakannya.

“Saya pernah beberapa kali mencubanya namun selepas mendapati harganya agak mahal saya lebih berminat memakan pil itu,” katanya.

Rahsia teh RM4 sedap semacam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin 
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kelazatan dan nikmat luar biasa hidangan ‘teh lalok’ yang disajikan sebuah restoran mamak kepada pelanggan akhirnya membongkar resipi sulit pemiliknya yang mencampurkan pil khayal kodein dalam bancuhan teh agar pelanggan ketagih dan datang ke restorannya setiap hari.

Penemuan ‘teh gian’ berkenaan yang dicampur pil ubat batuk menyebabkan kebanyakan pelanggan restoran itu terutama golongan remaja kemaruk minum teh berkenaan saban hari walaupun terpaksa membayar RM4 bagi secawan teh.

Bagaimanapun kegiatan itu berjaya dipatahkan selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menjalankan risikan bagi mengenal pasti pembekal pil khayal itu kepada pemilik restoran berkenaan.

Sumber penguat kuasa farmasi berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pemilik premis menjual teh berkenaan memperoleh bekalan pil kodein itu dari farmasi berdaftar di Petaling Jaya.


Menurutnya, peniaga teh berkenaan berusia lingkungan 50-an membeli sekurang-kurangnya 1,000 pil kodein yang disalah guna untuk menambah perisa hebat pada teh tarik dan herba dijual.

“Pihak farmasi yang mempunyai bukti kegiatan berkenan menyerbu premis menjual ubat berdaftar berkenaan pada jam 3 petang semalam,” katanya.

Menurutnya, lima pegawai farmasi terbabit dalam serbuan berkenaan dan mengambil rekod jualan pil khayal premis itu.

Beliau berkata, hasil daripada siasatan itu, pihaknya mendapati pemilik farmasi berkenaan pernah menjual 1,000 pil kodein sekali gus kepada peniaga teh berkenaan.

“Difahamkan, pil kodein berkenaan yang digunakan untuk menyembuh batuk dicampur bersama minuman teh bagi mendapatkan kesan khayal.

“Setakat ini, minuman teh ‘lima bintang’ berkenaan turut menjadi kegilaan pelajar sekolah yang menjadi antara pelanggan tetap restoran itu,”
katanya.

Katanya, kegiatan berkenaan yang berjalan sejak sekian lama dibimbangi boleh menyebabkan pelanggan dan remaja terjebak ke kancah penagihan dadah akibat ketagih selepas sering meminum teh berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lebih 3,500 pil kodein dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Sumber itu berkata, kes disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, pil kodein jika diambil berlebihan boleh menyebabkan mengantuk disusuli rasa mual, pening dan seterusnya ingin muntah.

Ketagihan berterusan menyebabkan kerosakan serius pada paru-paru, hati, sistem penghadaman selain mengganggu buah pinggang.

Pengambilan pil kodein secara berlebihan menyebabkan menjadi mengantuk dan khayal hingga ada antara mereka meninggal dunia semasa tidur.

Difahamkan pil kodein boleh diperoleh dengan harga 50 sen sebiji dan boleh mendatangkan kesan khayal sekiranya dimakan melebihi empat biji sekali gus.

Umpan aksi lucah sebelum cabul murid

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu binatang tergamak mencabul murid perempuan tahun dua dengan mengumpan aksi video lucah daripada telefon bimbitnya, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa dari Bukit Payung, Marang, yang belajar di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini didatangi seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di perkarangan sekolah berkenaan.

Suspek memujuk mangsa ke bilik darjah dan menunjukkan video lucah berkenaan sebelum mencabulnya. 

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang baru selesai mengikuti kelas agama berada di kawasan itu kerana menunggu ibunya yang bekerja di bandar ini menjemputnya kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata ketika dalam perjalanan pulang, mangsa yang beranggapan perbuatan lelaki terbabit biasa, kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 35 tahun melaporkan kejadian itu di Balai Polis Chabang Tiga di sini, kira-kira jam 7.50 malam.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut dan sehingga kini polis masih menunggu laporan pihak hospital,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek berusia 20-an melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan selepas memperdayakan mangsa dengan menunjukkan aksi lucah daripada telefon bimbitnya.

3 pelajar nodai budak 5 tahun

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


KUANTAN: Akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Raub ditahan polis selepas disyaki mencabul dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang di Kampung Sempalit, dekat Raub, tiga sahabat terbabit bergurau dengan kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum mula bertindak liar dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa dan merogolnya.

Sebelum itu, tiga sahabat terbabit berusia 13 hingga 15 tahun terbabit bertandang ke rumah mangsa untuk bertemu abangnya, bagaimanapun dia tiada di rumah.

Difahamkan, perbuatan tidak bermoral mereka berlaku apabila mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum seorang daripadanya membuka seluar mangsa.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal apabila tiga remaja lelaki terbabit bertindak ganas memegang tangan dan kaki mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Remaja terbabit kemudian meninggalkan mangsa dalam bilik bersendirian dan pulang ke rumah masing-masing.

Kejadian hanya disedari ibu mangsa berusia 45 tahun ketika mahu memandikan kanak-kanak itu kira-kira jam 6 petang.

Mangsa anak bongsu daripada tiga beradik mengadu kepada ibunya selepas berasa sakit serta pedih di kemaluan sebelum menceritakan kejadian sebenar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di Hospital Raub mendapati kemaluan mangsa koyak dipercayai akibat kemasukan objek tumpul. 

Katanya, susulan laporan ibu mangsa, polis menahan tiga remaja terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk siasatan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090506050654/Article/index_html

Pelajar mangsa seks songsang lelaki

KUALA LUMPUR: Hanya dengan menyamar sebagai jurulatih sukan profesional, seorang remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa hobi seks songsang seorang lelaki yang memaksanya melakukan onani di sebuah rumah usang.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga mendakwa terserempak dengan suspek kira-kira jam 1 tengah hari berhampiran kawasan Kuala Selangor di sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek mengarahkan remaja itu membuka seluarnya dengan alasan dia jurulatih sukan dan ingin melakukan pemeriksaan tubuh.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah kosong tidak jauh dari lokasi berkenaan sebelum mangsa diarah memegang kemaluannya.

“Pada masa sama suspek turut memaksa mangsa melakukan oral seks terhadapnya selain melakukan ciuman pada mulut dan dada,” katanya.

Mangsa yang dilepaskan selepas kejadian pulang ke rumah tanpa menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya.

“Namun, dua hari kemudian, mangsa yang mengalami tekanan emosi akibat insiden itu menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

“Mangsa dibawa ke balai polis untuk membuat laporan. Susulan kejadian itu polis menjalankan siasatan sebelum suspek berusia 35 tahun diberkas,”
katanya.

Siasatan mendapati suspek bukan bekerja sebagai jurulatih sukan sebaliknya seorang pekerja penghantar di sebuah restoran makanan segera.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang gadis berusia 26 tahun menjadi mangsa perkosa tiga lelaki di sebuah rumah di Seksyen 18, Shah Alam.

Anak libas parang

Oleh Salman Hamat
Salman@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Tak tahan melihat anak sendiri bergelumang dosa, seorang bapa menasihatkan anak lelakinya yang bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya sejak setahun lalu agar berkahwin.

Teguran itu mengundang padah apabila anak mangsa berusia 30 tahun mengamuk dengan merosakkan perabot dan memecah cermin tingkap dan pintu.

Dia kemudian meluru masuk ke bilik sebelum keluar dengan sebilah parang panjang dan mengacu ke arah bapanya.

Bagaimanapun, bapa berusia 50-an itu sempat melarikan diri ketika anaknya melibas parang panjang ke arahnya. 


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di sebuah rumah pangsa di sini, Sabtu lalu, si anak yang baru tiba di rumah bersama kekasihnya dileter mangsa yang mahu mereka segera berkahwin.


Menurut sumber, anak mangsa tinggal di rumah itu bersama kekasihnya sejak setahun lalu.

Ini menyebabkan si bapa menasihatkan anaknya berkahwin segera bagi mengelak `cakap-cakap' jiran.

“Mangsa memaklumkan wanita itu tidak boleh lagi tinggal di rumah itu. Nasihat itu menyebabkan anaknya berang lalu merosakkan perabot rumah, cermin tingkap dan pintu sebelum masuk ke bilik mencari parang.

“Sebaik mendapat parang, dia cuba menetak bapanya. Bagaimanapun, mangsa sempat lari menyelamatkan diri. 

“Cucu mangsa cuba campur tangan menyebabkan suspek mengancam mencampaknya ke bawah flet,”
katanya.

Namun, berlaku pergelutan antara si anak dengan cucu mangsa. Dalam keadaan kelam-kabut itu, cucu mangsa melepaskan diri. 

“Melihat bapa dan anak saudaranya melarikan diri, suspek beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Bimbang kejadian itu berulang dan anaknya kembali mengganas, mangsa membuat laporan polis.

Mangsa dikatakan sudah beberapa kali membuat laporan polis berhubung kelakuan anaknya itu yang dipercayai seorang penagih dadah dan kaki botol.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090506051246/Article/index_html

Masyarakat hilang sifat malu, ambil tahu

KUALA LUMPUR: Ini menandakan masyarakat kita sakit tenat (dari segi) rohaninya...mereka (ber)tuhan di hati, beraja di mata menyebabkan runtuh nilai dan tiada fungsinya lagi dalam Islam,” kata pakar motivasi, Dr Rubiah K Hamzah. 

Menurutnya, kes penderaan atau kecurangan yang berlaku dalam keluarga Islam makin melarat apabila masyarakat kejiranan tidak lagi mempedulikan sekeliling mereka, sebaliknya lebih mementingkan wang ringgit serta harta kekayaan. 

Katanya, sikap begitu menyebabkan maksiat tidak terbendung, manakala mangsa penderaan pula lebih pasrah membiarkan diri diperlakukan ibarat binatang meskipun oleh ibu sendiri kerana berasakan tiadanya pihak yang boleh membela nasib mereka.

“Masyarakat kita sudah tanggal rasa malu dan bila tiada (malu) maka hilanglah ciri-ciri manusia itu, mereka membiarkan keburukan depan mata tanpa menegah, manakala ibu yang mendera anak memilih jalan hidup dengan bertindak ganas dari binatang.

“Pertamanya kerana dia tidak berilmu, Allah mencabut (nilai) kasih sayangnya sebab dia terlalu jauh meninggalkan Allah, sekali gus menjadikan (kata-kata) kasih sayang ibu bawa ke syurga itu sudah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro kelmarin mengenai seorang ibu berusia 28 tahun sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Rubiah yang juga Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, berkata pihak berkuasa perlu lebih peka kepada masalah ini kerana membabitkan pembentukan masyarakat lebih-lebih lagi generasi muda yang akan menerajui negara.

“Saya nampak ketika ini tiada saluran yang betul untuk mangsa ataupun masyarakat mengadu, buat laporan dan sebagainya kerana mereka tidak dilindungi, samalah juga dengan kes isteri yang didera suami-tiada tempat berlindung untuk mengelak suami,” katanya.

Ibu mengaku bersalah

Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


KLANG: Seorang suri rumah yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam kelihatan tenang ketika membuat pengakuan bersalah atas tuduhan mencederakan anak sulungnya dengan menggunakan seterika panas pada Isnin minggu lalu.

Tertuduh, Mazlinda Tubari, 28, membuat pengakuan itu selepas mendengar jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Gen Chee Keong.

Mengikut pertuduhan, Mazlinda didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak sulungnya, Nur Aliya Safa Ismail berumur 12 tahun dengan menggunakan benda panas iaitu seterika.

Dia yang mempunyai tiga cahaya mata dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Sungai Udang, dekat sini, pada jam 7 pagi, 27 April lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Noorbaya mencadangkan tertuduh diberikan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah memerintah Mazlinda dikenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan menunggu laporan perubatan serta jatuh hukum.

Difahamkan suaminya hadir untuk membayar ikat jamin itu.

Perbuatan tertuduh itu disedari seorang guru selepas ternampak lengan mangsa cedera sebelum dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan dan membuat aduan berhubung kejadian berkenaan pada Rabu minggu lalu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090506051357/Article/index_html

Ibu negara Mexico kembali beroperasi


PEKERJA sebuah restoran membersihkan kawasan perniagaan di La Condesa, Mexico semalam.


BANDAR RAYA MEXICO - Kebanyakan pejabat dan restoran di sini kembali dibuka semalam selepas seminggu diarah tutup oleh pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak influenza A H1N1.

Sungguhpun angka dijangkiti wabak semakin meningkat, pihak berkuasa Mexico berkata, wabak tersebut sudah berjaya dikawal.

Sejumlah sekolah menengah dan universiti kembali beroperasi seperti biasa hari ini manakala sekolah rendah serta tadika akan kembali dibuka Isnin.

Beribu-ribu penjual akhbar, penjaja dan pengemis jalanan mula menanggalkan topeng muka masing-masing.

Pihak berkuasa masih belum memberi kenyataan mengenai tarikh panggung wayang, dewan teater dan kelab malam dibenar beroperasi semula.

Mexico sebeluim ini didakwa menjadi pusat wabak influenza A (H1N1) yang kini sudah merebak ke lebih 20 negara.

Bagaimanapun, kerajaan Mexico mencabar pendapat yang menyatakan wabak H1N1 berasal dari negara itu kerana terdapat beberapa kes turut berlaku serentak di Amerika Syarikat (AS).

"Mexico bertungkus-lumus mempertahankan semua umat manusia daripada dijangkiti virus ini," kata Presiden Mexico, Felipe Calderon kelmarin.

Menteri Kewangan Mexico, Agustin Carstens berkata, wabak selesema itu menyebabkan negara itu kerugian AS$2.3 bilion (RM8 bilion) kerana arahan menutup aktiviti ekonomi dan sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan 70 warga Mexico selamat tiba di sini dengan sebuah pesawat sewa khas selepas ditahan kerajaan China bagi tujuan kuarantin.

Virus influenza A H1N1 sehingga kini disahkan meragut 31 nyawa di Mexico manakala 1,900 lagi jatuh sakit.

Sementara itu di Beijing, sekumpulan 25 pelajar dan seorang profesor dari sebuah universiti di Kanada dibenar meninggalkan negara itu selepas dikuarantin sejak Ahad.

Sebuah pesawat yang membawa 98 warga China yang terkandas di Mexico akibat kebimbangan virus selesema selamat tiba di Shanghai namun mereka kini dikuarantin selama seminggu untuk pemantauan.

Saluran televisyen tempatan menyatakan, semua penumpang dan krew penerbangan kelihatan sihat tanpa simptom selesema. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Ubi jaga kini jadi jus


JUS ubi jaga keluaran Madunia boleh diperoleh di MIHAS 2009 di Kuala Lumpur mulai semalam.


KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini khasiat utama ubi jaga sering dikaitkan sebagai bahan perangsang seks lelaki, kegunaannya telah diperluaskan termasuk dijadikan sebagai jus kesihatan untuk semua peringkat umur meliputi lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

Bagi membolehkan khasiat ubi jaga itu dinikmati ramai, syarikat Madunia Sri Berkat telah mengeluarkan produk jus Ubi Jaga Plus dan Air Kolagen yang menggunakan teknologi gelombang ‘wave’ sebagai minuman kesihatan.

Pengurus Pemasarannya, Basir Mohd. Hairi memberitahu, jus itu dijual RM3 sebotol.

“Selain menyegarkan, jus ini juga boleh menghilangkan rasa mengantuk, menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan urat saraf dan sesuai untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Bicara harta sepencarian Noraniza 1 Jun



NORANIZA


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 1, 21 dan 23 Jun depan bagi perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian yang difailkan penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris terhadap bekas suaminya, penyanyi Fareez.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan tarikh tersebut setelah Fareez atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Tajudin, 45, gagal mengemukakan afidavit pembelaan bagi permohonan tersebut.

Penyanyi terkenal tahun 80-an yang kini telah berkahwin semula itu turut tidak menghadirkan diri bagi sebutan kes itu semalam.

Terdahulu, peguam syarie, Zuri Zabudi Budiman yang mewakili Noraniza, 41, memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang jawapan daripada Fareez.

Sehubungan itu, mereka memohon supaya mahkamah meneruskan perbicaraan setelah beberapa kali kes itu ditangguhkan.

Menurut Noraniza, bekas suaminya itu telah berjanji untuk menyerahkan separuh daripada harta sepencarian mereka selama 18 tahun berkahwin.

Harta yang dituntut ialah sebuah rumah dan sebuah rumah kedai tiga tingkat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Lagi wanita hamil maut selepas diragut


BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sudahlah beg tangannya diragut sehingga motosikal yang ditunggang hilang kawalan, wanita itu pula kemudian dirempuh sebuah kereta sehingga menemui ajal di tempat kejadian.

Itulah kesudahan hidup Saripah Mohd. Noor, 34, (gambar kecil) selepas diragut dua lelaki berjiwa syaitan di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh di sini semalam.

Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh apabila tali beg tangan yang disilang pada badannya ditarik oleh dua lelaki bermotosikal kira-kira pukul 10.50 pagi.

Selepas terjatuh, mangsa yang mengandung tiga bulan anak keenamnya kemudian dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah, Tumpat untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Lepek, Bachok dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa sebelum itu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya sebelum berlaku pergeseran.

Akibat pergeseran itu, motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak kerana terlalu hampir dengan mangsa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Menular ke Puchong pula


SHAHRUDDIN membiarkan kakinya yang sakit dipicit rakannya Abdul Jahir Abdul Manap di rumahnya di Taman Tenaga, Puchong, Selangor semalam.


PUCHONG – Jika kelmarin, penduduk di beberapa buah kampung di Kedah dilaporkan diserang penyakit misteri, keadaan yang sama dikatakan turut berlaku di Taman Tenaga, Puchong.

Sehingga semalam, lebih 20 orang daripada 15 keluarga mengalami demam dan sakit-sakit sendi sejak tiga bulan lalu.

Paling ramai membabitkan penduduk di Jalan 1 dan Jalan 7 taman tersebut.

Apa yang menghairankan, walaupun pesakit telah mendapatkan rawatan dan melakukan ujian di pelbagai klinik serta hospital sebelum ini namun kebanyakan doktor gagal mengesahkan penyakit yang mereka alami.

Seorang penduduk, Abas Ahmad, 57, berkata, sehingga kini beliau bingung memikirkan penyakit misteri yang menimpa isterinya, Raja Zahariah Raja Ahmad, 57, dan anak perempuan mereka, Wan Azira, 28, yang dikesan pada 26 Mac yang lalu.

“Ia bermula dengan demam mengejut di antara satu hingga dua hari sehingga menyebabkan badan menjadi lemah disusuli sakit di bahagian sendi terutama di kaki dan tangan.

“Apabila kami mengambil ubat antibiotik dan ubat tahan sakit di klinik, ia kemudiannya bertukar menjadi ruam dan gatal-gatal,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, selepas demam dan ruam itu pulih dalam tempoh beberapa hari, mangsa akan sakit pada sendi-sendi badan pula.

Abas berkata, ujian darah yang dilakukan ke atas dirinya dan keluarganya membuktikan beliau bebas daripada sebarang penyakit berbahaya seperti denggi.

“Cuma doktor ada membayangkan simptom yang kami alami ini kemungkinan penyakit chikungunya, tetapi apa yang saya tidak tahan ialah penyakit sendi itu menyerang berkali-kali, kadangkala hendak bergerak pun sukar,” ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...