KUALA LUMPUR: Tidak sampai tiga bulan berkenalan, wang simpanan RM60,000 milik seorang wanita lebur apabila dia mendakwa menyerahkan wang berkenaan akibat dipukau kepada seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Datuk Malik.
Mangsa berusia 51 tahun itu dikatakan hanya menuruti permintaan Datuk berusia 70-an berkenaan seolah-olah dia terkena ilmu hitam apabila dengan mudah mengeluarkan wang setiap kali dirayu lelaki itu.
Difahamkan, dalam tempoh tiga bulan itu, mangsa yang berasal dari Sungai Sekamat, Kajang di sini dalam keadaan antara sedar dan tidak dipercayai mengeluarkan wang 17 kali menggunakan buku akaun di bank berlainan.
Menurut mangsa yang enggan dikenali, dia mengenali Datuk itu melalui jirannya selepas diberitahu lelaki terbabit sedang mencari pekerja untuk kilang roti miliknya.
“Dulu saya bekerja sebagai operator kilang dan sudah berhenti kerja baru-baru ini. Saya gembira apabila diberitahu jiran ada seorang lelaki digelar Datuk Malik mahu mencari pekerja,
“Kami berjumpa dan Datuk itu bersetuju mengambil saya sebelum membawa saya pergi ke kilang rotinya pada akhir April lalu,” katanya, semalam.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081229100518/Article/index_html
No comments:
Post a Comment