Ditanya sama ada pemimpin berkenaan akan diambil kenyataan mereka, Ahmad Said berkata:"Siapapun kita akan ambil kenyataan," katanya.
PM dan TPM akan dipanggil BPR
06-08-2008 07:37:27 PM
GEORGE TOWN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang meneliti dan menyiasat laporan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti sebelum memanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan.
“Bagilah kita peluang untuk melakukan kerja kita. Ketika ini sesiapa sahaja yang membuat laporan mesti mempunyai bukti yang kukuh dan tiada elemen-elemen jahat,” kata beliau kepada pemberita selepas menyertai pertandingan menembak Piala Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan veteran Umno Datuk Mazlan Harun kepada BPR terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti semalam.
Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik.ditanya sama ada pemimpin berkenaan akan diambil kenyataan mereka, Ahmad Said berkata:
“Siapapun kita akan ambil kenyataan,” katanya.
No comments:
Post a Comment