SEREMBAN: Sikap baik seorang lelaki yang beria-ia mahu membantu mencarikan pekerjaan berjaya memperdaya seorang gadis apabila mengambil kesempatan merogol mangsa.
Mangsa berusia 19 tahun terpengaruh dengan usaha gigih kenalannya berusia 33 tahun yang membantunya mencari pekerjaan di sebuah kilang di Nilai.
Lelaki itu membawa mangsa ke kilang berkenaan untuk menghadiri sesi temu duga beberapa hari lalu, namun mangsa dikatakan gagal.
Berikutan kegagalan itu, suspek dikatakan bersungguh-sungguh mendapatkan pekerjaan lain untuknya.
Rabu lalu, suspek sekali lagi memberitahu sudah mendapatkan pekerjaan yang sesuai kepada mangsa dan membawanya untuk menghadiri sesi temu duga.
Difahamkan, wanita malang yang tidak menyedari niat sebenar suspek keluar bersama lelaki itu untuk menghadiri temu duga seperti dijanjikan.
Sumber berkata, suspek yang mendapati mangsa termakan dengan helahnya kemudian membawa wanita berkenaan ke sebuah rumah di sekitar kawasan Seremban dan bukan ke tempat temu duga.
“Ketika tiba di rumah itu, enam lelaki dipercayai rakan suspek yang mabuk ada di situ dan mangsa dipelawa untuk pergi ke sebuah pusat hiburan.
“Wanita itu bagaimanapun menolak pelawaan itu, tetapi dipaksa masuk ke sebuah bilik lalu dirogol sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu sehingga membawa kepada penangkapan suspek.
“Sepasukan polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu menjalankan pemeriksaan dan rondaan bagi menjejaki suspek dan berjaya menahannya di Terminal One, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
“Berdasarkan laporan wanita itu, hanya suspek yang merogolnya,” katanya.
Sumber itu berkata, siasatan mendapati lelaki itu dikatakan membantu mangsa mendapatkan pekerjaan dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Mereka yang ada maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6013222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090111103714/Article/index_html
No comments:
Post a Comment