mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang mula intim dengan kekasih sibernya nekad melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki terbabit sejak 10 hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Mei lalu, mangsa, Nur Fawa Adilla Badrul Hisham, 15, keluar dari rumah di Bandar Baru Sentul dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri.
Beberapa hari kemudian kakak mangsa mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya dihantar adiknya itu memaklumkan dia dalam keadaan selamat.
Dalam SMS itu juga, mangsa mengatakan dia tidak selamat untuk tinggal di rumah mereka kerana ada individu tidak dikenali sedang memburunya.
Bagaimanapun, ibu mangsa, Zaini Ibrahim, 41, berkata dia percaya SMS yang dihantar anaknya itu bukanlah dari mangsa sendiri sebalik dilakukan lelaki yang melarikannya.
Menurut Zaini, anak kedua dari tiga beradik itu sebelum ini pernah ponteng sekolah hampir 14 hari semata-mata mengikut telunjuk lelaki berkenaan kerana sering pergi ke siber kafe untuk melayari laman sembang.
“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan guru kelasnya. Boleh dikatakan setiap hari anak saya itu akan menghabiskan masanya di kafe siber itu. Dia mendakwa melakukan kerja rumah yang diarahkan guru sekolahnya...disebabkan itu saya tidak melarangnya.
“Lagipun, kafe siber itu terletak kira-kira lima meter dari rumah saya. Namun, selepas menyedari aktivitinya itu mula diperhatikan saya, dia mula mengasingkan dirinya daripada ahli keluarga hampir sebulan sebelum menghilangkan diri dipercayai mengikut ‘kekasih’ sibernya itu,” katanya.
Zaini berkata, dia berharap anaknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana perjalanan hidupnya masih panjang.
“Lagipun, dia akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Oktober ini,” katanya.
Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sentul, untuk siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi talian 012- 6535828 atau melaporkan di balai polis berhampiran.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090530090252/Article/index_html
No comments:
Post a Comment