Zulkifli Sulong Wed | Aug 26, 09 | 7:05:40 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam. "Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. "Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya. Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau. Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan. Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara. "Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya. Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. "Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. "Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya. Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. "Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau. Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22268&Itemid=1 |
Friday, August 28, 2009
Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS
Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM
Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM | |||
|
Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini. "Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media. Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan. Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu. "Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya. "Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini. "Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya. Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa. PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu. Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu. Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki. "Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi. Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita." http://www1.malaysiakini.com/news/111577 |
Gantung sebat Kartika 'langgar prosedur mahkamah'
Gantung sebat Kartika 'langgar prosedur mahkamah' | |||
|
Tindakan ketua hakim syarie Pahang menggantung keputusan menyebat Kartika Sari Dewi Shukarno melanggar prosedur mahkamah syariah negeri berkenaan, kata Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Timbalan presidennya Muhammad Burok berkata, campur tangan daripada pihak yang tidak berkaitan dalam kes berkenaan juga menggugat pentadbiran keadilan kes tersebut. "Dengan hormatnya saya bertanya atas kapasiti apa ketua hakim Pahang menggantung perintah mahkamah tinggi (syariah)? "Adakah dia duduk di situ sebagai ahli mahkamah rayuan (syariah). Mahkamah rayuan belum bersidang lagi, belum ada semakan," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. "Jadi dia beri perintah itu atas kapasiti apa? Ketua hakim? Tapi yang berhak untuk menggantung keputusan ini adalah mahkamah rayuan, yang mana ketua hakim boleh menjadi panel dalam mahkamah rayuan ini." Jelasnya lagi, mahkamah yang berhak untuk membuat keputusan lanjut - termasuk menangguhkan hukuman - adalah mahkamah rayuan, dan bukannya ketua hakim. "Jadi keputusannya nanti adalah keputusan mahkamah rayuan, bukan keputusan ketua hakim," katanya. Malaysiakini semalam melaporkan panel hakim rayuan syariah "masih belum dilantik" di Pahang. "Kalau semua tahu tentang prosedur ini, maka kemelut ini tidak berlaku sekarang," jelas Muhammad lagi. Tambahnya, walaupun tempoh rayuan telah tamat, Kartika masih boleh memohon untuk melanjutkan tempoh rayuan. "Ada prosedur untuk menyemak semula hukum itu kerana waktu rayuan sudah tamat. Jadi ada pilihan, apabila rayuan sudah tamat, dia boleh ke mahkamah untuk melanjutkan masa merayu," katanya. Tambahnya, kedua-dua pihak pendakwaan dan pesalah juga boleh memohon untuk menyemak keputusan berkenaan, manakala hakim juga boleh menyemak keputusannya sendiri. http://www1.malaysiakini.com/news/111562 |
Thursday, August 27, 2009
Sentuh kes syariah, hina mahkamah
Sentuh kes syariah, hina mahkamah | |||
|
Menteri diminta berhenti mengeluarkan "kenyataan jahil" berhubung prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah, kata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM). Timbalan presidennya Muhammad Burok turut menyeru pihak-ihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah. Beliau mengeluarkan amaran ini susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang. "Apabila umat Islam, lebih-lebih lagi pucuk pimpinan kita hendak keluarkan kenyataan, yang pertama mesti dapatkan maklumat yang tepat. "Jangan keluar kenyataan yang menunjukkan kejahilan kamu tentang undang-undang Islam dalam Malaysia dan menunjukkan kita tidak yakin dengan undang-undang Islam ini," katanya. "Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah. "Sesiapa yang menghalang atau cuba menghalang perjalanan kes, itu adalah menghina mahkamah. Saya tidak tahu berapa ramai yang sudah melakukan kesalah menghina mahkamah, termasuk menteri," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar anjuran gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Kuala Lumpur hari ini. Beliau turut mendakwa campur tangan yang wujud daripada menteri telah menyebabkan perjalanan kes ditangguhkan dengan tidak mengikut prosedur. [Baca juga: Gantung sebat Kartika 'langgar prosedur mahkamah'] “Kes ini telah diputuskan di mahkamah... tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, itu menyebabkan ketidakadilan kepada institusi mahkamah itu sendiri dan juga kepada orang yang dijatuhi hukum. “Orang itu pula memang hendak menjalani hukuman. Beliau sudah insaf dan mahu menjalani hukuman secepat mungkin, tidak kiralah pada bulan Ramadan atau sebagainya. Kalau kita tidak boleh buat siang sebab berpuasa, kita boleh buat (sebatan) waktu malam,” kata Muhammad lagi. Menteri dalam negeri kelmarin menegaskan bahawa hukuman ke atas Kartika tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan. Hukuman ditangguhkan kerana ia merupakan kes pertama yang dihadapi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau juga dilaporkan berkata, Jabatan Penjara perlu dipersiapkan dengan keperluan-keperluan bagi menjalankan hukuman berkenaan. Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abdul Ralip dengan alasan hukuman tersebut pernah dilaksanakan seperti pernah didedahkan dalam satu seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), April lalu. Selain PPMM dan PGSM, Pembela turut disertai antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). http://www1.malaysiakini.com/news/111522 |
Sebat Kartika hampiri syariah: PKR
|
Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah. Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri. Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita. Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah. Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini. Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah. Memadailah kami memberikan dua contoh berikut: Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut. Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender. Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat. Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita. Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini. Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam. Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji. Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya. Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu. Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud: "Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma'idah: 38-39) Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut: - Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya. - Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional. - Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam. Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui: - Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO. - Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan. - Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara. - Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti. - Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa. Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR http://www1.malaysiakini.com/news/111533 |
Hentikan campur tangan k'jaan dalam kes syariah
|
Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan. PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut: PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi. Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan. Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal. Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen. Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah. Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan. Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan. Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya. Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan. Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain. Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah. Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini. Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa: Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat. Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan. Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah? Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil. Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah. Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan. Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) http://www1.malaysiakini.com/news/111517 |
Kartika kini lebih tenang jalani hukuman sebat, kata ayahnya
KUALA KANGSAR: Shukarno Abdul Mutalib kini boleh menarik nafas lega melihat keadaan anaknya, Kartika Sari Dewi yang semakin baik sejak hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Sebelum ini katanya, Kartika sentiasa menangis dan berkeras mengatakan yang dia akan disebat kerana salah lakunya tetapi sekarang, dia kelihatan lebih tenang.
"Sekurang-kurangnya sekarang, dia bersetuju untuk bertemu dengan pegawai dari Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," kata Shukarno selepas pertemuan dengan Ketua Penolong Pegawai, Bahagian Akidah Jakim, Halim Ahmad dan dua guru agama perempuan di rumahnya di Kampung Jawang dekat sini, semalam.
Pada ketika itu, model sambilan berusia 32 tahun itu dikatakan ke Ipoh pada sebelah pagi untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk salah seorang anak perempuannya.
"Kami berbincang bagaimana untuk membantu Kartika menghadapi pengalaman yang trauma ini tetapi kami tidak berbincang untuk membuat rayuan," katanya ketika ditanya tentang pertemuannya dengan pegawai Jakim itu.
Halim berkata, beliau telah menasihatkan keluarga itu supaya tabah dan harus mengambil kira sebarang nasihat yang diberikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Pegawai agama Islam Pahang telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Kartika untuk dibawa ke penjara Kajang pada Isnin lalu bagi menjalani hukuman sebat itu.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa Kartika berpatah semula membawanya pulang tidak lama selepas itu.
Mereka memberitahu Shukarno, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan berikutan arahan baru yang diterima daripada pihak berkuasa agama negeri Pahang.
"Ada yang meminta kami untuk membuat rayuan tetapi kami tidak tahu bagaimana. Itu adalah antara sebab mengapa kami meminta nasihat daripada pakar-pakar agama Islam seperti Mufti Perak," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan ketidakpuasan hatinya berhubung cara kes itu dikendalikan.
Beliau yang enggan mengulas mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Kartika berasa kecewa dengan cara pihak berkuasa agama Pahang yang seperti teragak-agak dalam menjalankan tugas mereka.
"Satu masa, mereka mahu melaksanakan hukuman sebat itu, selepas itu, dia (Kartika) dihantar pulang ke rumah.
"Semua ini memperlihatkan ketidakstabilan mahkamah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri semalam.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/27/mstar_berita/20090827115231&sec=mstar_berita
Jaminan kerja untuk 25,000 pelatih 17 bidang
PUTRAJAYA - Kerja dijamin bagi mereka yang menamatkan dengan jayanya program "Latihan dan Penempatan" anjuran kerajaan, menurut Kementerian Sumber Manusia.
Mereka yang diberhentikan kerja dan siswazah menganggur patut memanfaatkan peluang itu kerana ia menyediakan latihan dan kerja dalam 17 profesion dan kemahiran, menurut jurucakap kementerian itu semalam.
Antaranya ialah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, elektrik dan elektronik, pengangkutan, farmasi, hospitaliti dan pelancongan, pentadbiran perniagaan, pendidikan, jahitan dan landskap.
Terdapat sebanyak 24,937 tempat ditawarkan bagi pelbagai jenis kursus latihan dan pelatih dibayar antara RM500 dan RM800 sebulan sepanjang menjalani latihan, katanya kepada Bernama.
Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara online melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my atau mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat tenaga kerja, katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Pak Tam simpan makanan untuk berbuka
KERATAN Kosmo! 2 Jun 2008. OMAR bersama isteri Hadiah Gondit, menatap gambar Pak Tam bagi melepaskan rindu di rumah mereka di Pekan Nenas, Pontian semalam.
PONTIAN - "Pak Tam terpaksa menyimpan makanan tengah hari untuk dimakan ketika waktu berbuka puasa manakala makan malam pula disimpan untuk bersahur."
Demikian cerita Omar Yaini, 55, bapa kepada Sheikh Faeizan, 20, atau lebih dikenali sebagai Pak Tam yang kini merengkok di penjara Taiwan setelah didapati bersalah membawa dadah pada perbicaraan 24 Jun tahun lalu.
Menurut Omar, Pak Tam sejak empat bulan lalu telah dipindahkan ke Penjara Besar di Taiwan dan di penjara tersebut dia kerja kilang kek selama lima jam setiap hari.
"Sepanjang berada di penjara baru ini, Pak Tam pernah menelefon sebanyak dua kali dan terbaru dua minggu lalu.
"Dalam perbualan tersebut, dia menceritakan kisahnya yang sering dibuli banduan lain terutama ketika bersembahyang berikutan cuma dia seorang warga Malaysia yang beragama Islam ditahan di situ," ceritanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Seri Kiambang, Pekan Nenas di sini semalam.
Pak Tam ditahan di Taipei pada 24 Mei lalu sewaktu hendak berlepas pulang ke Malaysia setelah didapati membawa heroin seberat 2.141 gram dan dihukum penjara 25 tahun oleh mahkamah di Taipei.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
'Pulanglah Fatin, mak rindukanmu'
nazatulshima.razali@kosmo.com.my
KUALA KANGSAR - Seorang ibu tunggal merayu anak bongsunya, Fatin Erlina Ramli, 16, yang hilang sejak sembilan hari lalu supaya kembali semula ke pangkuan keluarga.
Menurut Normadiah Hamzah, 54, Fatin kali terakhir ditemui pada pagi 16 Ogos lalu selepas meminta izin untuk ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, di sini.
Dia semasa keluar dari rumah memakai kemeja T sekolah, bertudung putih, berseluar dan berkasut sukan.
Fatin bagaimanapun dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah pada pukul 5.30 petang ketika mahu mengambil basikalnya yang diletakkan berhampiran sebuah rumah selepas turun dari bas kira-kira 200 meter daripada jalan besar berhampiran kampungnya.
"Ketika dia turun dari bas, majikan saya ada ternampak dia mengambil basikalnya, begitu juga ada seorang mak cik turut mendakwa ternampak Fatin bersama basikalnya.
"Tetapi ketika mak cik menunggu dia di hentian bas selepas mendapati dia lewat pulang, basikal dia langsung tidak terusik," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Kes Kartika: Hukuman sebat dilaksana selepas Jabatan Penjara bersedia
KUALA LUMPUR: Hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dijangka dilaksanakan selepas Ramadan sekiranya Jabatan Penjara sudah bersedia dengan kemahiran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undangundang Syariah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hukuman Syariah bukan perkara enteng yang boleh dilaksanakan semudahnya lebihlebih lagi apabila Jabatan Penjara tidak mempunyai sebarang pengalaman.
"Kita tangguhkan bukan kerana susah untuk mendapatkan jurusebat dan bukan kerana kita tidak boleh lakukan hukuman tersebut tetapi ini adalah kes pertama yang dihadapi oleh kita...mata dunia kini menumpukan kepada kes ini maka Jabatan Penjara perlulah bersiap sedia dengan segala keperluan terlebih dahulu.
"Tetapi jika Kartika tetap tidak mahu membuat rayuan bagi menggelakkan hukuman sebat berkenaan, maka pihak penjara perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjalankan hukuman tersebut selepas berakhirnya Ramadan," katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja Malaysia-Australia mengenai Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang di sini hari ini.
Mesyuarat tertutup dua hari itu diadakan Malaysia dan Australia bagi membincangkan masalah penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang yang dihadapi keduadua negara.
Hishammuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara perlu bersedia dari sekarang untuk melaksanakan hukuman tersebut jika ia sudah menjadi satu keperluan.
"Realitinya tidak akan lari daripada apa yang sepatutnya, iaitu keadilan dan kesaksamaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di sebalik keputusan mahkamah namun kita mahu setiap orang betulbetul mendalami dan memahami apa yang dituntut," katanya.
Hukuman sebat ke atas Kartika sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang tetapi ditangguhkan setelah mendapat arahan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.
Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata meskipun beliau kecewa dengan kekalahan Barisan Nasional (BN), ia tidak akan melemahkan semangat parti itu untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat.
"Saya tidak nafikan saya sedih dan kecewa namun kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat... semua tahu ia kubu kuat PAS.
"Kita telah bersungguh yakinkan orang ramai dalam banyak pilihan raya kecil yang kita lalui di negerinegeri lain justeru tugas untuk meyakinkan orang ramai terhadap Barisan Nasional mesti diteruskan dan tidak terhenti begitu sahaja," katanya.
Beliau berkata jentera BN tidak akan sesekali berputus asa bahkan semakin optimis dan konsisten dengan perubahan yang mereka bawa dalam memastikan negara terus aman dan stabil.
"Lama kelamaan jika kita konsisten dengan apa yang kita lakukan sekarang iaitu untuk melakukan perubahan, saya yakin kita akan dapat semula sokongan rakyat," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi. BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/26/mstar_berita/20090826195724&sec=mstar_berita
Kes Kartika: Kekeliruan masyarakat punca polemik, kata ABIM
PETALING JAYA: Keputusan hukuman sebatan yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Soekarno yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang telah ditangguhkan pelaksanaannya, telah mengundang pelbagai pendapat berhubung isu tersebut.
Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, perkara tersebut tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
"Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.
"ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan.
Namun demikian, sehingga kini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.
Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.
Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor semalam dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saatsaat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.
Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Fadhlina berkata, mahkamah hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.
"Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya.
"Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang," katanya.
Justeru, beliau berkata ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika serta menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri.
"Maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Tegasnya, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sahaja (dalam kes Mahkamah Syariah) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak.
"Justeru ABIM melahirkan kekecewaannya terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan daripada luar negara.
"Yang jelas, Kartika Sari telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati,"katanya.
Katanya, prinsip Kartika Sari dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati.
"Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan mahkamah dan pendirian Kartika Sari dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.
"ABIM menyeru agar hukuman ke atas Kartika Sari ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengkonsumsi arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut,"katanya.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/26/mstar_berita/20090826171324&sec=mstar_berita
Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan
Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan | |||
|
Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan. "Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. "Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. (Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan). Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah. Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan. "Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah. "Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan. Beliau, juga ahli parlimen Marang, berkata cara merotan pesalah dalam Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan untuk penjenayah bawah undang-undang negara sekarang. "Mengikut Islam, sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain daripada memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. "Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja."[Baca juga: Hukuman rotan syariah tidak melukakan] Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi. "Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah," kata presidennya Muhammad Razak Idris. "Kefahaman sedia ada di kalangan masyarakat Islam tidak menyeluruh." Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini. "Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula," katanya kepada Malaysiakini. "Dari segi pelaksanaan hukuman ini ke atas Kartika, kita hormati keputusan mahkamah. Kita yakin hakim ada pertimbangan sendiri dalam mengadili kes berkenaan. "Ini boleh menampakkan lagi kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud. "(Kartika) sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini menunjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya." http://www1.malaysiakini.com/news/111476 |