|
Dua bayi berusia dua bulan, seorang daripadanya tidak mempunyai tanda-tanda demam atau sesak nafas, menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 56 kes hari ini. Dua dewasa yang turut meninggal dunia akibat virus tersebut mengalami masalah kesihatan, seperti kencing manis dan kegemukan. Maklumat perinci lima kes kematian yang diedarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada media seperti berikut: Pertama, seorang bayi lelaki yang dilahirkan tidak cukup bulan, pada usia kandungan 27 minggu, dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos lalu kerana demam, batuk, selesema dan susah bernafas selama tiga hari. Keadaan bayi semakin teruk dan diventilasi. Swab tekak diambil dan rawatan antivirus diberikan pada 6 Ogos. Bayi meninggal dunia kelmarin dan ujian influenza A (H1N1) adalah positif. Penyebab kematian adalah pneumonia. Sebelum itu, bayi tersebut mula meragam dan kurang minum susu sejak 5 Ogos tetapi tidak mempunyai demam, batuk atau sesak nafas. Keadaan bayi kritikal dan dikejarkan ke unit rawaan rapi (ICU). Keputusan ujian influenza A (H1N1) didapati positif pada 8 Ogos, hari beliau meninggal dunia. Punca kematian "myocarditis, hepatitis and renal impairment" berkaitan H1N1. Ketiga, wanita 49 tahun, yang obes dan mengalami masalah diabetes dan batuk kering. Beliau mendapat demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas pada pertengahan Julai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 29 Julai setelah tidak pulih walaupun mendapat rawatan di klinik swasta. Beliau yang dirawat sebagai pneumonia dibenarkan pulang pada 3 Ogos - bagaimanapun dimasukkan semula ke wad empat hari kemudian untuk rawatan batu kering setelah dikesan berpenyakit tersebut. Beliau kemudiannya disyaki H1N1 dan diberi antivirus pada 8 Ogos. Keadaan pesakit bertambah teruk dan meninggal dunia 11 Ogos. Sebab kematian: pneumonia teruk. Keputusan ujian mendapati pesakit itu positif H1N1. Keempat, lelaki 57 tahun yang mengalami diabetes mula batuk dan selesema pada 2 Julai tetapi tidak sembuh setelah mendapat rawatan. Pada 3 Ogos, sekali lagi pesakit mendapat rawatan di klinik setelah mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan seterusnya dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dan diberikan rawatan antivirus. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada 5 Ogos dan beliau meninggal dunia seminggu kemudian akibat sepsis disebabkan pneumonia. Kelima, lelaki 19 tahun yang dimasukkan ke wad pada 7 Ogos setelah demam dan batuk selama dua hari dan telah diberikan rawatan antivirus. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada keesokan harinya. Beliau diserang sesak nafas teruk dan meninggal dunia pada 11 Ogos akibat pneumonia. myocarditis - inflammation of the myocardium (the muscular substance of the heart). renal impairment - kidney failure or disability. hepatitis - inflammation of the liver, caused by a virus or a toxin and characterized by jaundice, liver enlargement, and fever. pneumonia - inflammation of the lungs with congestion. sepsis - local or generalized invasion of the body by pathogenic microorganisms or their toxins: dental sepsis; wound sepsis. http://www1.malaysiakini.com/news/110559 |
No comments:
Post a Comment