Saturday, September 18, 2010

3 Remaja Perempuan Yang Masih Hilang Belum Ditemui

Jumaat September 17, 2010

IPOH: Tiga remaja perempuan, dua daripadanya adik beradik kembar dari Kampar dekat sini, yang dilaporkan hilang selepas ke rumah kawan lelaki mereka di Parit, pada Hari Raya Kedua masih belum ditemui.

Ibu mereka, Harlizah Samah, 47, ketika dihubungi berkata, sehingga Jumaat, beliau masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung kehilangan anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata polis masih menjalankan operasi mencari mereka dan sehingga hari ini belum ada maklumat diterima mengenai penemuan mereka.

Beliau berkata, sebelum ini mereka dikesan berada di Parit dan Teluk Intan kerana berhari raya di rumah rakan-rakan dan polis cuba mengesan mereka di sana tetapi tidak ditemui.

"Saya percaya ketiga-tiga remaja itu selamat dan mengambil kesempatan sempena cuti sekolah tempoh hari untuk keluar bertemu dengan rakan-rakan,"katanya.

"Polis percaya kesemua mereka itu tidak dikurung atau ditahan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang," katanya.

Mereka yang hilang itu ialah Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya Nurulain dan rakan mereka Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/9/17/mstar_jenayah/20100917171926&sec=mstar_jenayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...