2010/09/02
HULU KLANG: “Saya reda dan terima ini sebagai takdir. Setiap perkara ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Saya memang mengharapkan perkahwinan ini kekal tetapi ia tidak terjadi. Tidak, saya tidak pernah serik,” kata bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim.
Dia berkata demikian ketika selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam, mengesahkan talak satu dijatuhkannya terhadap bekas isteri, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Norhayati Othman.Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam keputusannya berpuas hati bahawa lafaz talak ‘I cerai youlah’ yang dilafazkan Roslin, 35, terhadap Norhayati, 38, adalah sah dan sabit, selepas mendengar keterangan secara lisan daripada kedua-dua pihak terbabit, sebelum ini.
Roslin yang diwakil peguam syarie, Roslizam Rahim kelihatan tenang sebaik keputusan itu dibacakan dan keadaan sama pada Norhayati yang diwakili peguam syarie Zulqarnain Lukman.
Ketika Roslin mengadakan sidang media, seorang lelaki meletakkan dua beg di kaunter mahkamah sementara Norhayati yang ketika itu berada di pintu masuk mahkamah didengar berkata, “You can have your bag,” (kamu boleh ambil beg kamu).
Pada prosiding semalam, Wan Mahyuddin dalam keputusannya berkata lafaz talak pemain badminton itu jelas ditujukan kepada Norhayati dan jatuh talak satu walaupun ketika melafazkan talak itu, Roslin tidak menyatakan jumlah talak.
“Mahkamah berpendapat kejadian cerai di dalam bilik hotel membabitkan kedua-dua pihak ini sebagai menyedihkan dan mengejutkan ramai pihak kerana perkahwinan berlaku dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi perkahwinan berlaku di hotel dan perceraian berlaku juga dalam hotel.
“Plaintif (Norhayati) mendakwa ada saksi yang melihat dan mendengar lafaz Roslin yang didakwanya ketika itu berada dalam keadaan sedar dan waras. Defendan (Roslin) pula mengakui ada melafazkan talak dan sedar mengenai lafaz itu tanpa mempunyai niat berhubung jumlah talak serta mengakui tiada unsur paksaan,” katanya.

Wan Mahyuddin berkata, walaupun dalam keterangan Roslin sebelum ini mengatakan wujud unsur paksaan sehingga dia melafazkan cerai, beliau memutuskan ia tidak boleh diterima memandangkan ia paksaan berbentuk lisan dan bukan boleh mencederakan.
“Ia hanya secara lisan dan tidak memudaratkan tubuh badan. Suami masih ada pilihan melafazkan atau tidak. Mahkamah memberi ingatan kepada defendan dan umat Islam yang lain, perceraian di luar mahkamah hendaklah dielakkan kerana ia zalim dan mendatangkan keburukan.
“Setiap pasangan perlu mempunyai pengetahuan untuk memimpin rumah tangga, menjaga akhlak dan kewajipannya kepada keluarga kerana perkahwinan adalah ibadah yang berat. Kita hendaklah bertolak ansur dan bersabar apabila rumah tangga diuji oleh Allah. Lumrah akan ada perselisihan faham,” katanya.
Mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dilakukan Roslin dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.
Dalam keterangan sebelum ini, Norhayati mendakwa punca mereka bercerai selepas dia mengetahui Roslin pergi ke hotel itu untuk bersama Raja Azmi Raja Sulaiman.
Roslin dan Norhayati mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu di Hotel Flamigo, Ampang, di sini. Ia perkahwinan kedua Roslin selepas dia mengejutkan ramai pihak apabila perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari.
Roslin ketika ditemui turut menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Norhayati tidak mempunyai kaitan dengan Raja Azmi.
“Dia (Raja Azmi) tiada kaitan langsung dengan dalam masalah perkahwinan saya. Apa yang berbangkit sebelum ini tidak perlu dibahaskan kerana tujuan saya ke mahkamah untuk mendengar prosiding pengesahan lafaz cerai, tidak lebih daripada itu,” katanya.
Sementara itu, Norhayati yang dihubungi berkata, dia lega dan tenang dengan keputusan diterimanya itu.
“Saya enggan mengulas panjang lebar berhubung kes ini berikutan masih ada perbicaraan lain membabitkan kes mutaah selepas ini. Bagaimanapun saya cuba meneruskan hidup seperti biasa dengan sokongan ahli keluarga dan rakan,” katanya.

No comments:
Post a Comment