Sunday, October 17, 2010

Najib: 'Kita bukan saudagar mimpi'



Okt 15, 10 6:18pm



Perdana menteri menegaskan bahawa BN adalah parti pembina harapan rakyat yang berpijak di bumi nyata, dan bukannya 'saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan'.

"Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba," katanya Datuk Seri Najib Razak mengakhiri pembentangan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.

NONESebaliknya, tegas perdana menteri, ia adalah hasil dari perancangan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.

"Percaya, bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek.

"Yakinlah, bahawa kami tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang," tambahnya.

Lantaran itu, katanya, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.






Mahfuz: Ucapan bajet terakhir

"Sesungguhnya bajet kali ini merupakan bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan dari parti yang sama.

"Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.

NONE"Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita dibesarkan, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kejayaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan, kita akan bersemadi.

"Kepada-Mu ya Allah, dipanjatkan doa dan dipohon kekuatan, mudah-mudahan segala usaha hamba-hamba-Mu ini beroleh keberkatan," tambahnya.




Setelah ucapan pembentangan bajet itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli parlimen pembangkang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit dan berkata: “Terima kasih untuk ucapan bajet terakhir”.




http://malaysiakini.com/news/145474

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...