

Jul 30, 11
4:49pm
Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) hari ini.
Katanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahtyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet."Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.
"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.
Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.
Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.
Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.
Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.
Pertukaran
Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.
Palanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.
Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.
Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.
Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.
"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN,” katanya.
Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat “pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh.”
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/171521




"Apabila kita beri kenyataan kepada polis, mereka tanya kami mengenai lawatan luar negara kami. Saya pernah ke Senegal (untuk) Forum Sosial Dunia, ke Australia (untuk) Perikatan Sosialis Dunia dan M Saraswathy pula pernah ke Vietnam.
"Saya amat takut mereka akan mencipta cerita (seperti cuba lancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong) dan gunakan alasan itu untuk menangkap orang lain atau membatalkan pendaftaran parti. Saya juga bimbang mereka akan tahan saya untuk dua tahun, saya cukup tertekan kerana tidak ada hubungan dengan dunia luar...
"Kami bersarapan pada jam 7.30 pagi, (mereka beri kami) roti dan teh-O dan kira-kira 30 minit kemudian, kami dibawa berjumpa dengan pembantu perubatan untuk diperiksa tekanan darah dan diberi keperluan perubatan kami.
Di sebalik pengalaman ngeri itu, Jeyakumar berkata beliau tidak gentar dengan penahanan itu dan label komunis yang cuba dikaitkan dengan dirinya. Katanya, beliau masih teguh pendirian dan kerja-kerjanya dengan PSM.
"Kami menjadi parti sosialis bukan kerana teori bahawa kami akan belajar mengenai komunisme dan berkata ia idea yang baik. Kami melihat apa yang berlaku pada peringkat akar umbi, dan perlu membela golongan terpinggir ini.

Salahuddin dan Mahfuz juga telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di balai polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur.
Seorang pegawai polis lain, katanya,kemudian telah bertanya kepada beliau, sama ada beliau tahu terdapat perintah melarang bagi beliau memasuki Kuala Lumpur?
"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut perlembagaan dan melanggar hak asasi saya," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu disambut ahli-ahli PSM dan aktivis di perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.

Berucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.
Beliau mendakwa pihak berkuasa berusaha untuk mengaitkan PSM dengan komunisme yang bertujuan menggambarkannya sebagai "kumpulan jahat".

Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur, petang tadi, Najib berkata keputusan pihak polis itu dibuat berdasarkan pengamatan dan siasatan mereka sendiri.
Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.
Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.
Katanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan
Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.
Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".
"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.
Mengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa 
Mangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.
"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.
Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.