Thursday, October 13, 2011

MAKAN COKLAT BOLEH CEGAH STROK

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Makan coklat terlalu kerap tidak dianggap perkara yang buruk, lebih-lebih lagi jika ia coklat hitam. Menurut satu kajian di Sweden yang disiar dalam Jurnal American College of Cardiology, lebih daripada 33,000 wanita menyatakan lebih banyak coklat yang mereka makan, lebih rendah risiko mereka mendapat serangan strok.
Hasil keputusan itu menambah kepada bukti yang menghubungkan antara penggunaan koko dan kesihatan jantung tetapi ia tidak bermakna wanita tersebut boleh sesuka hati mengunyah coklat.

“Berdasarkan pemerhatian reka bentuk kajian tersebut, penemuan-penemuan kajian ini tidak dapat membuktikan sepenuhnya bahawa coklat mampu mengurangkan risiko strok,” kata Susanna Larsson dari Karolinska Institute, Stockholm.

Ahli saintis membuat spekulasi terdapat kandungan antioksida yang tinggi dikenali sebagai flavonoid dalam coklat yang mampu memberi kesan perlindungan ke atas kesihatan.

Menurut Larsson, kandungan flavanoid berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, iaitu risiko bagi serangan strok dan memulihkan pengaliran darah yang dikaitkan dengan kesihatan jantung.
Walaupun Larsson percaya ia mempunyai faedah kesihatan, dia turut menyatakan pengambilan coklat yang terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan.

“Coklat harus dimakan secara sederhana kerana mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi, serta berlemak,

“Oleh kerana coklat hitam mengandungi lebih banyak koko dan gula yang kurang daripada coklat susu maka penggunaan coklat hitam lebih bermanfaat,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/makan-coklat-boleh-cegah-strok/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...