There was an error in this gadget

Friday, October 28, 2011

MINUM SODA PENYEBAB KEGANASAN REMAJA?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 27TH, 2011

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini mendedahkan wujudnya kaitan antara perlakuan ganas golongan remaja dengan jumlah air soda yang mereka minum. Dalam kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah di Boston, mereka yang minum lima tin minuman ringan setiap minggu didapati mudah terlibat dengan perlakuan agresif berbanding pelajar yang kurang mengambil minuman tersebut.
”Apa yang kami temui ialah wujud kaitan yang kuat antara jumlah minuman ringan yang diambil oleh remaja dengan perlakuan ganas mereka.

”Bukan hanya keganasan terhadap rakan sebaya malah perlakuan ganas terhadap teman masing-masing serta adik-beradik.

”Ia satu penemuan yang mengejutkan bagi kami apabila kajian yang dijalankan cukup jelas memperlihatkan perkaitan itu,” kata Profesor di Sekolah Kesihatan Awam, Harvard University, David Hemenway.

Katanya, kajian itu berdasarkan kepada soal selidik terhadap 1,878 responden yang terdiri daripada golongan pelajar berusia antara 14 dan 18 tahun di pusat Boston, kawasan yang mencatatkan jumlah jenayah yang tinggi berbanding pinggir bandar Boston.

Antara soalan yang dikemukakan adalah sama ada mereka pernah meminum arak atau merokok serta membawa senjata dan melakukan keganasan terhadap rakan serta ahli keluarga.

Hemenway berkata, di kalangan mereka yang minum 14 tin minuman ringan dalam seminggu, 43 peratus daripada mereka didapati membawa senjata api atau pisau manakala 27 peratus lagi melakukan keganasan terhadap teman masing-masing dan lebih 58 peratus pula bertindak ganas kepada rakan sebaya.

http://www.kl-today.com/2011/10/minum-soda-penyebab-keganasan-remaja/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...