
Jun 30, 11
6:52pm
Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu juga telah menghubungi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi perkara yang melibatkan RTM.
Namun kementerian itu berpandangan bahawa RTM hanya perlu menjadi saluran untuk menguar-uarkan dasar kerajaan, katanya.
"Siapa saja yang menjadi kerajaan, saya pasti, mereka akan buat perkara sama juga," kata Wan Ahmad kepada wartawan selepas menyertai satu program dialog berhubung tuntutan oleh BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya, Wan Ahmad berkata Malaysia juga tidak boleh dibandingkan dengan negara lain dalam isu berhubung liputan media yang adil ke atas pilihan raya, termasuk media yang dimiliki kerajaan.
Pemberita: Ia tidak sama di negara lain, Datuk.
Wan Ahmad: Jangan bandingkan dengan negara lain.
Pemberita: Kenapa tidak?
Wan Ahmad: Jika anda bandingkan dengan negara lain, susahlah.
Pemberita: Singapura juga benarkan pembangkang...
Wan Ahmad: Tetapi...
Pemberita: ... Thailand, Indonesia, dan Filipina...
Wan Ahmad: Tidak... Biar saya kata...
Pemberita: Mereka dianggap sebagai negara yang lebih ke belakang, tapi mereka lebih terbuka dalam perkara ini.
Wan Ahmad: Kita sedang berbincang dengan kerajaan. Inilah yang SPR boleh buat. Kita berbincang dengan kerajaan tentang kebimbangan NGO dan masyarakat sivil berhubung perkara ini.

Abdul Rahman, 46, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbelanjaan itu adalah RM2 bilion untuk projek penanaman semula kelapa sawit dan RM1.5 bilion untuk memiliki saham dalam syarikat gula MSM Holdings Sdn. Bhd.

"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain,” katanya.
Beberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka.

"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.

Selebihnya mempunyai tugas lain dan akan datang secara berperingkat-peringkat selepas ini.
"Saya jawab saya sokong pendirian BERSIH. Sebab itu kami pakai baju kuning," katanya.
"Saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata?" kata Nasrudin Hasan.
"Sejak sekretariat BERSIH mengumumkan Himpunan Aman BERSIH 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru-hara pada hari tersebut.
Bagaimanapun, menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin bukan mudah bagi pelajar di negara luar untuk mengadakan sebarang perhimpunan dan sudah pasti negara yang terbabit tidak akan memberi kebenaran.
Ditanya sama ada pelajar di luar negara yang mendapat kebenaran atau permit untuk mengadakan perhimpunan akan dipanggil balik atau penajaan ditarik balik, Mohamed Khaled berkata terpulang kepada pihak yang memberi tajaan sama ada mahu mengambil tindakan atau sebaliknya.
Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.
Perarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kelulusan itu diberikan oleh sebuah panel semakan kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia setelah mendapat pelbagai bantahan daripada rakyat yang mahu projek itu tidak diteruskan.
Ia diketuai oleh Tero Varjoranta,seorang pengarah IAEA.
“Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.
Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.
"Kerajaan diramal akan bubar parlimen dan pilihan raya mengejut mungkin diadakan, jadi sejarah dah nak berulang.

Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.
Kebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning - warna 'rasmi' BERSIH 2.0 - manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.