Saturday, July 2, 2011

Demo: K'jaan tak campur jika pelajar M'sia ditahan

Jun 30, 11 4:16pm

Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan bertanggungjawab mahupun memberi sebarang jaminan, sekiranya terdapat pelajar Malaysia yang menuntut di universiti luar negara ditahan kerana didapati mengadakan perhimpunan haram.

uum discipline action against student 260209 mohamed khaled nordinBagaimanapun, menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin bukan mudah bagi pelajar di negara luar untuk mengadakan sebarang perhimpunan dan sudah pasti negara yang terbabit tidak akan memberi kebenaran.

"Mereka tidak sewenang-wenangnya boleh mengadakan sebarang perhimpunan kerana pelajar di sesebuah negara itu tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan mengenai laporan beberapa blog dan portal yang menyatakan pelajar Malaysia di luar negara dikatakan akan turut mengadakan perhimpunan serentak dengan perhimpunan yang dijadual pada 9 Julai ini.

Selain beranggapan tidak wajar untuk pelajar menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpuan haram, Mohamed Khalid berkata pelajar perlu sedar usaha sedemikian tidak mendatangkan hasil, sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

NONEDitanya sama ada pelajar di luar negara yang mendapat kebenaran atau permit untuk mengadakan perhimpunan akan dipanggil balik atau penajaan ditarik balik, Mohamed Khaled berkata terpulang kepada pihak yang memberi tajaan sama ada mahu mengambil tindakan atau sebaliknya.

"Kementerian tidak akan masuk campur kerana pemberian tajaan bukan di bawah kementerian," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168485

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...