
Berita BERSIH: 'KDN tapis majalah Economist'

Hazlan Zakaria & Wong Teck Chi
Jul 19, 11
1:22pm
Jul 19, 11
1:22pm
Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist 'dirosakkan' oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
"Laporan berita BERSIH The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.
Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen penanda dengan dakwat yang kekal.
"Laporan berita BERSIH The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.
Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen penanda dengan dakwat yang kekal. Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.
Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:
- 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
- 'Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
- 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
http://malaysiakini.com/news/170353

Khairul Anuar hadir untuk sesi di balai polis Jalan Travers di ibu negara kira-kira jam 1 tengah hari hari ini.
Dihubungi Malaysiakini selepas sesi kira-kira 30 minit itu, Khairul Anuar berkata, polis banyak mengajukan soalan kepadanya berkaitan perhimpunan BERSIH dan hanya sedikit berkaitan baju yang dipakainya.
"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.
Sementara itu, Nik Mustapha juga menggesa ulama dan pemikir Islam menguasai suasana dan realiti semasa, khususnya dalam bidang sistem kewangan Islam di samping menguasai ilmu al-Quran.
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.
Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.
Sebaliknya, menurut beliau, secara umum Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju pusat hiburan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan itu untuk masyarakat bukan Islam sahaja.
Sehubungan itu, Muhamad Sanusi berkata Azizan memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka.
"Selamatlah umat Islam dari gejala yang menjejaskan ibadah sepanjang Ramadan tahun ini dan Ramadan tahun-tahun berikutnya.
Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.
"Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah.
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Beliau turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai 'perhimpunan haram' dan “mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu.”
Dan siapakah sebenarnya yang telah bersekongkol dengan parti politik? BERSIH atau SPR? Persoalan besar yang sepatutnya dijawab oleh beliau bukannya soal pimpinan BERSIH dilihat bersama pembangkang atau tidak.
Apakah Abdul Aziz tidak peka dengan keraguan yang kian memuncak dari kalangan banyak pihak terhadap peranan SPR apakan ia benar-benar menjalankan tugas mereka secara 'telus, beramanah serta adil' dalam mengendalikan pilihan raya di negara kita?
Selain daripada lapan tuntutan asas BERSIH, bakyak lagi persoalan besar yang seharusnya di jawab oleh pihak SPR sendiri. Pengalaman pembangkang pasca pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila Umno mngalami kemerosotan teruk dalam pilihan raya tersebut patut menjadi pengajaran besar kepada ketelusan SPR sendiri.
Begitu juga dengan isu perlantikan 'pembantu tadbir SPR' yang mana pengerusi SPR sendiri telah mengeluarkan arahan bertulis agar melantik mereka dari kalangan anggota Puteri Umno.
Cadangan saya kepada Abdul Aziz adalah merujuk kembali empat tuntutan Bersih terutamanya 'penggunaan dakwat kekal' menjelang pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Tidakkah Pengerusi SPR pada waktu itu cuba memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi setiap pengundi dengan mengemukakan alasan 'keselamatan' dan 'ada dakwat palsu' yang telah ditemui.
Apakah RTM dan Bernama sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang? Yang nyata media perdana ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik rakyat Malaysia.
Mengulas langkah yang diambil kerajaan negeri Kedah, beliau berkata, sebaik-baiknya keputusan yang dilaksanakan kerajaan PAS Kedah dapat dicontohi negeri Melaka bagi memastikan pusat hiburan tidak dikunjungi orang Islam.
“Kebenaran kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa adalah hasil perjumpaan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan pengusaha dan beberapa syarat sudah ditetapkan.
"Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan mana-mana pihak terutamanya puak Yahudi mencampuri urusan negara secara halus," tulis akhbar milik parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis bertindak menahan lebih 1,700 orang dan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan yang disokong oleh pembangkang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.
BERSIH menuntut beberapa perubahan dalam pilihan raya, seperti memperkenalkan dakwat kekal untuk menghalang pengundian lebih daripada sekali dan untuk menghapus perbuatan membeli undi.
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.

Najib, yang membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.
Beliau berkata polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu.
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Naib Presiden PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng (gambar) menggesa pihak polis memanggil semua saksi berhubung serangan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, ketika himpunan aman Bersih 2.0.