Thursday, July 21, 2011

Ikim: Pedulikan yang tak penting

Abdul Rahim Sabri
Jul 19, 11
11:57am

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata di sebalik isu larangan operasi pusat hiburan pada Ramadan di Kedah, umat Islam patut menumpukan perkara yang lebih besar.

NONE"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.

"Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang tak penting, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Menurutnya, Ramadan bulan yang sangat mulia dan istimewa untuk meningkatkan spiritual umat Islam dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat berbilang agama.

"Jadi sudah pastilah, hak agama itu... mengapa kita nak menafikan, tetapi kita mestilah hormat-menghormati (antara satu sama lain)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas secara terperinci mengenai keputusan kerajaan Kedah berhubung isu larangan kepada pusat hiburan kepada umat Islam dalam bulan Ramadan.

Gesa ulama kuasai realiti semasa

Bagaimanapun, beliau memberi contoh, sekiranya menetap berdekatan gereja, beliau tidak boleh memainkan musik yang kuat pada hari Ahad sebagai menghormati ibadat penganut Kristian pada hari tersebut.

"Kalau nak main musik kuat, pergi tempat lainlah," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin, masyarakat bukan Islam yang telah lama menetap di Malaysia memahami dan menghormati dengan masyarakat Islam.

azlanSementara itu, Nik Mustapha juga menggesa ulama dan pemikir Islam menguasai suasana dan realiti semasa, khususnya dalam bidang sistem kewangan Islam di samping menguasai ilmu al-Quran.

"Apa yang berlaku di Amerika, India, China dan Asean akan mempengaruhi di sini. Mengambil panduan al-Quran dan mengambil kira keadaan semasa, dan kita (boleh) gubal dasar.

"Kita mesti menguasai perjalanan sistem semasa, baru kita boleh mengeluarkan ijtihad dan mengeluarkan pandangan.

"Kita tidak boleh teknikal, mekanikal begitu (dengan merujuk) tulisan-tulisan (semata-mata)," katanya di seminar "Al-Quran dan cabaran pluralisme agama: Pengajaran masa lalu, keperihalan semasa dan hala tuju masa depan" di Institut Ikim.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan dalam program itu.


http://malaysiakini.com/news/170334

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...