Oleh AZIMI MUSTAPHA
OMAR dikelilingi keluarga membaca surat kiriman anaknya, Pak Tam di Kampung Paya Embun, Pontian semalam.
PONTIAN - "Saya menitiskan air mata bila mengetahui anak saya Pak Tam (gambar) hanya berbuka puasa dengan mi segera dan biskut di penjara Taiwan''.
Itulah reaksi spontan Omar Yaini, 54, bapa kepada Sheikh Faeizan, 19, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Tam yang dipenjara seumur hidup di penjara Taiwan kerana didapati membawa keluar heroin seberat 2.1 gram dalam begnya.
Menurut Omar, beliau bersama isterinya, Hadiah Gondit, 48, tidak dapat menahan sebak selepas membaca surat dihantar oleh Pak Tam yang menceritakan pengalamannya berbuka puasa dengan mi segera.
Lebih menyedihkan, dalam surat itu Sheikh Faeizan menyatakan rasa kerinduan kepada keluarganya apatah lagi menginginkan masakan kegemarannya iaitu ikan asam pedas.
"Namun, apa terdaya kami, hanya air mata menjadi teman selepas membaca suratnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Embun, di sini semalam.
Omar memberitahu, untuk bersahur pula, Pak Tam memberitahu, dia hanya makan roti dengan air mineral.
Biarpun tidak dapat makan makanan sesedap ketika berada di tanah air, namun, anaknya tetap bersyukur kerana masih sihat.
Bagi mengubati kerinduan terhadap anaknya itu, beliau dan keluarganya ada menghantar kad hari raya kepada Pak Tam beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, Hadiah menjelaskan, dia sekeluarga tidak membeli baju raya pada tahun ini kerana teringatkan anaknya.
"Bila ternampak baju raya, saya dan suami pasti teringatkan Pak Tam.
"Sebab itulah tak jadi nak beli baju raya. Pakailah apa yang ada.
"Sebab itulah tak jadi nak beli baju raya. Pakailah apa yang ada.
Menjelang hari raya, saya dan suami akan mencium baju raya warna hijau milik Pak Tam sebagai tanda ingatan," katanya dengan nada sedih.
1 comment:
sodey kannns.. moga moga tak terkena anak cucu kita fulakkks.. uhuhu
Post a Comment