Monday, September 22, 2008
Ringgit tidak ditambat semula
Sep 22, 08 2:28pm
Malaysia tidak akan menambat semula ringgit seperti disarankan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.
"Kita berkeyakinan tentang kedudukan ringgit dan mata wang tempatan itu yang mencerminkan nilai sebenarnya," kata Najib, yang baru dilantik minggu lalu di mesyuarat sulungnya di kementerian itu.
Sehingga jam 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.
Sabtu lepas, Dr Mahathir mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar
berbanding mata wang lain.
Timbalan perdana menteri, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan, bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
http://www1.malaysiakini.com/news/90159
No comments:
Post a Comment