Oleh ASRON MUSTAPHA dan SAIFUL AFFENDY
SAPRANberita@kosmo.com.my
JIKA pengikut tarikat Samaniah seperti dalam gambar ini menghalalkan solat batin (sekadar niat), pengikut ajaran Abu Darsan yang digerakkan semula oleh ‘Bang Chik’ tidak perlu solat sama sekali.
KUALA LUMPUR – “Yahu Yatuhanku, Kabulkan Huallah itu diriguru, nafas itu diriguru.”
Begitulah antara zikir syirik ajaran Abu Darsan, sebuah daripada 14 ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Zikir itu menjadi amalan wajib kepada lebih 2,000 pengikut ajaran itu sebagai tanda memuja guru mereka, ‘Bang Chik’, 60-an atau juga Guru Yahu yang kononnya dianggap suci dan mampu memberi jaminan syurga.
Rata-rata pengikut begitu taksub dengan guru mereka sehingga beranggapan ulamak lain palsu.
Mereka juga tidak wajib sembahyang dan puasa serta membaca Al-Quran tanpa perlu faham maksudnya.
Para pengikutnya ramai golongan profesional, lepasan universiti serta anggota pasukan beruniform.
Mereka juga tidak keberatan untuk bercerai andai isteri mereka enggan menjadi ahli.
Ini dialami sendiri seorang wanita yang disebabkan mempertahankan akidah diri dan anak-anak, dia terpaksa menjanda.
Bekas suaminya itu seorang usahawan dan pernah bertugas sebagai Inspektor polis.
Namun, ketaksuban terhadap ‘Bang Chik’ menyebabkan Firdaus, 40, (bukan nama sebenar) menceraikan isterinya itu, Faridah, 39, (bukan nama sebenar) dan mengabaikan empat anak mereka termasuk yang bongsu berusia 11 bulan.
Faridah ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini berkata, dia telah berusaha sedaya-upaya menyelamatkan akidah suami dan pada masa yang sama ingin mempertahankan mahligai perkahwinan mereka yang dibina sejak 16 tahun lalu.
“Tapi 11 Jun lalu semuanya terlerai apabila dia melafazkan cerai dengan alasan saya isteri nusyuz (derhaka) kerana enggan mengikut jejak langkahnya sebagai pengikut ajaran itu,’’ katanya.
http://www.kosmo.com.my/
2 comments:
Sesungguhnya org yg menyesatkan org lain tanpa usul periksa adalah sesesat-sesatnya org. Bangchik @ Guru yahu yg difitnah oleh iblis ni adalah anak murid Wak Abu Darsan. Wak Abu adalah anak murid Kiyai Salleh selepang merah (Johor) dan Kiyai Salleh adalah murid Sheikh Fadzil Bentan, mufti diraja Johor yg pertama.Tidak ada kena mengena dgn hassan anak rimau maupun ayah pin kerajaan langit. Saya bermohon kpd ALLAH supaya siapa saja yg memfitnah Guru saya menerima balasan setimpal.
Ugama hanya sekadar dimulut yg celupar saja, ada hati nak menuduh org. MasyaALLAH
Post a Comment