Oct 6, 08 11:09am
Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Raja Petra Kamarudin diseret ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini bagi menghadapi perbicaraan kes hasutan.
Pengendali blog terkenal Malaysia Today tiba dari kem tahanan Kamunting, Taiping jam 8.30 pagi.
Beliau yang mengenakan baju biru berkolar putih tiba dalam sebuah kenderaan polis.
Beberapa penyokong beliau hadir di mahkamah. Turut kelihatan di kawasan mahkamah beberapa pemimpin pembangkang yang diketuai tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
Perbicaraan itu yang dijadual selama seminggu berhubung artikelnya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya itu pada 25 April lepas.
Raja Petra, yang juga popular disebut RPK, didakwa 6 Mei lalu.
Beliau mulai menjalani tahanan ISA selama dua tahun di kem itu sejak 22 September.
http://www1.malaysiakini.com/news/90740
No comments:
Post a Comment